• Tiada Hasil Ditemukan

Teori Belanjawan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Teori Belanjawan"

Copied!
46
0
0

Tekspenuh

(1)

Teori Belanjawan

dari Perspektif Pembangunan Negara d i Malaysia

Shaw al b. Kaslam

Siri Monograf

Kajian Pentadbiran dan Undang-undang

IN S T IT U T T E K N O LO G I MARA CAW ANGAN M ELA K A

(2)

C e ta k a n P e rta m a 1996

© Shawal b. Kaslam, 1996

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian aritikel, ilustrasi, isi kandungan monograf ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekamkal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis dan penerbit.

O

Font: Times New Roman 11 Peliharalah Alam Sekeliling Kita

Diterbitkan oleh Kajian Pentadbiran dan Undang-undang Institut Teknologi MARA Cawangan Melaka

Hari Q, Oktober 1996.

(3)

Kandungan

PENDAHULUAN

PENGENALAN 1

DEFINISI BELANJAWAN NEGARA 2

PERANAN BELANJAWAN NEGARA 3

1. An u a l it i 8

2 . Ko m pr e h e n s if 8

3 . Spe s if ik 8

4 . Ke t e pa t a n 9

5 . Pe n g e s a h a n 9

KOMPONEN DASAR BELANJAWAN 9

PENGGUBALAN DASAR BELANJAWAN 12

PENGAWALAN PERBELANJAAN 15

EDARAN BELANJAWAN DI MALAYSIA 18

Su r a t Pa n g g il a n 19

PENYEDIAAN BELANJAWAN OLEH JABATAN 2 0

ULASAN OLEH PEGAWAI PENGAWAL 20

PENYERAHAN DAN KAJIAN ANGGARAN BELANJAWAN OLEH AGENSI PUSAT 20

KELULUSAN OLEH KABINET 21

KELULUSAN OLEH PERBENDAHARAAN 21

KELULUSAN PARLIMEN 21

Pe n g e s a h a n o l e h Ya n g DiPe r t u a n Ag o n g 22

PELAKSANAAN BELANJAWAN 22

Au d it b e l a n j a w a n 22

PERKEMBANGAN SISTEM BELANJAWAN DI MALAYSIA 23 DASAR BELANJAWAN DI MALAYSIA SEHINGGA TAHUN 1990 26

(4)

STRATEGI BELANJAWAN PEMBANGUNAN DEKAD 1990-AN 30

DASAR BELANJAWAN MASA DEPAN 35

KESIMPULAN 38

BIBLIOGRAFI

(5)

Pendahuluan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah. Maha Penyayang,

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya saya dapat menyudahkan penulisan monograf ini.

Dengan keterbatasan waktu yang ada, penulisan monograf mengenai Teori Belanjawan dari perspektif pembangunan negara di Malaysia telah dapat disudahkan dengan ringkas. Dalam penulisan ini, saya telah menghuraikan secara umum bagaimanakah teori belanjawan yang diamalkan oleh kebanyakan negara dan secara khusus dengan merujuk kepada teori belanjawan di Malaysia seterusnya membuat penganalisisan tentang sejauhmanakah dasar belanjawan di Malaysia dapat memenuhi matlamat pembangunan negara. Daripada penganalisisan secara diskreptif ini, kesimpulan telah diperolehi bahawa sejak empat dekad yang lalu dasar belanjawan di Malaysia telah berjaya meningkatkan pembanguanan negara sama ada dari perspektif pembangunan ekonomi dan juga sosial. Diharapkan semoga penulisan ini akan dapat memberikan kefahaman ringkas mengenai teori belanjawan terutamanya bagi pelajar-pelajar Diploma Pentadbiran Awam Institut Teknologi MARA dan mana-mana pihak yang berminat.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Prof.

Madya Dr. Ibrahim Kamal Abd Rahman dan En Rozalli Hashim yang telah sudi memberi maklumat, pandangan dan seterusnya menyunting hasil penulisan ini.

SHAW AL B. KASLAM

(6)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Shawal b. Kaslam, Pensyarah Kanan Pentadbiran Awamlnstitut Teknologi M ARA Melaka

Pengenalan

Belanjawan negara merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menentukan pembangunan dan masa depan sesebuah negara. Kegagalan untuk merancang dan melaksanakan dasar belanjawan yang berkesan bukan sahaja akan mencetuskan krisis kewar.gan, bahkan akan membawa kepada kemerosotan dan seterusnya kejatuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Dasar belanjawan bukan hanya sekadar pernyataan tentang bagaimana hasil atau pendapatan negara diperolehi dan dibelanjakan, lebih daripada itu, dasar belanjawan menjelaskan tentang hasrat kerajaan dalam merancang, menjana dan mengalakkan pertumbuhan pembangunan negara, menyediakan infrastruktur pembangunan, menyediakan perkhidmatan sosial dan mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh lapisan masyarakat secara adil dan seksama. Setiap tahun, kerajaan akan menyediakan Dasar Belanjawan Negara sebagai satu asas bagaimana kerajaan akan membelanjakan tabung kewangan negara yang sedia ada untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Penulisan ini akan membincangkan secara diskriptif, bagaimanakah teori belanjawan negara di Malaysia dapat di institusikan untuk menjana dan

(7)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 2 Malaysia

menggalakkan pembangunan negara. Untuk membincangkan persoalan ini, empat perkara asas akan dihuraikan;

a. Bagaimanakah rangka dasar belanjawan negara.

b. Apakah komponen penting dalam dasar belanjawan bagi mehjana pembangunan negara

c. Sejauhmanakah kesan dasar belanjawan kepada pembangunan negara d. Apakah halatuju dasar belanjawan negara di masa depan.

Definisi Belanjawan Negara

Mengikut kamus, belanjawan ialah satu istilah yang diertikan sebagai rancangan perbelanjaan wang. Belanjawan dari perspektif negara pula merupakan satu istilah yang mempunyai pengertian yang lebih luas. Mengikut Burkhead (1956 ) dalam bukunya, Government Budgeting: mendefinisikan belanjawan sebagai “ The way in which revenues and expenditures are grouped for decision-making ”. Goode (1984) pula menyatakan belanjawan merupakan hasil daripada proses yang melibatkan penyediaan dan penggubalan rancangan kewangan kerajaan, penilaian dan kelulusan oleh badan perundangan, pelaksanaan rancangan tersebut dan penilaian atau laporan keberkesanannya.

Menurut Ahmad Atory Hussain (1986), belanjawan negara diertikan sebagai satu kontrak tahunan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan Parlimen yang membenarkan jentera kerajaan mendapat dan membelanjakan wang awam mengikut kehendak kerajaan. la merupakan proses politik, pentadbiran dan perundangan yang dinyatakan dalam bentuk kewangan. Secara umum, d

(8)

Teori Belanjawan dan Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 3 Malaysia

Malaysia, belanjawan negara merupakan satu perancangan tentang hasil dan perbelanjaan negara bagi tahun kewangan tertentu yang biasanya akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober atau November setiap tahun oleh Menteri Kewangan. Belanjawan negara. diperlukan untuk membiayai aktiviti- aktiviti dan projek kerajaan.

Peranan Belanjawan Negara

Belanjawan merupakan unsur penting di dalam perancangan dan pengawalan hal ehwal kewangan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, ucapan belanjawan oleh Menteri Kewangan pada setiap tahun merupakan satu detik penting dan sering ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat sama ada peniaga, pekerja, kakitangan kerajaan dan orang ramai. Dalam ucapan belanjawan, Menteri Kewangan akan menganalisis keadaan ekonomi semasa, meramal keadaan ekonomi masa depan dan membuat perubahan-perubahan terhadap struktur hasil terutamanya cukai dan struktur perbelanjaan. Analisis ini penting kerana ia menerangkan corak agihan untuk tahun fiskal tersebut tentang lokasi perbelanjaan, perubahan dan pengenalan cukai baru, perbelanjaan dan pembiayaan projek pembangunan yang akan memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dan juga impak kepada pembangunan negara. Misalnya, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia dalam ucapan belanjawan 1994 menegaskan;

(9)

Teori Belanjawan dan Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 4 Malaysia

“ National Budget is an important instrument to ensure a strong, vibrant and sustainable economic growth, it also provide a new concept, culture and direction to the functions of government, and seeks to reinvent government”.

Gulam Hassan (1995), menyatakan setiap belanjawan yang diumumkan meliputi berbagai objektif ekonomi dan sosial. Antaranya, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, mengekalkan kadar gunatenaga yang tinggi, memastikan kestabilan paras harga, menyediakan satu masyarakat penyayang dan mengekalkan kestabilan ekonomi. Secara umum, belanjawan memainkan peranan penting dalam sesebuah negara dari segi pembangunan ekonomi dan sosial.

Dari perspektif yang lebih global, peranan belanjawan negara dapat dilihat dari tiga perspektif. laitu dari perspektif pengurusan, ekonomi dan pembangunan negara. Daripada prespektif pengurusan, belanjawan negara disediakan untuk memenuhi tiga tujuan utama ( Sabitha Marican 1994: 78 ).

Pertama, ia merupakan satu kaedah untuk melaksanakan dasar kerajaan.

Belanjawan menyediakan garis panduan kepada para pegawai kerajaan tentang prosedur mendapatkan dan menggunakan wang awam. Disamping itu, ia dapat mengawal pentadbiran kerajaan agar tidak menyimpang daripada objektif utama negara serta meningkatkan kecekapan sektor awam. Kedua, belanjawan negara merupakan satu kaedah pengawalan yang sah. Proses penggubalan dan pelaksanaan belanjawan negara adalah tertakluk kepada peruntukan perlembagaan, prosedur perundangan dan arahan khas pihak berkuasa eksekutif dan pentadbiran. Keputusan yang didapati selepas belanjawan diluluskan akan

(10)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 5 Malaysia

termaktub sebagai akta perundangan. Penekanan kepada aspek ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang awam. Ketiga, dokumen belanjawan merupakan sumber maklumat yang penting kepada orang ramai. la mengandungi pernyataan yang menyeluruh mengenai rancangan kerajaan dan penggunaan wang bagi membiayai aktiviti harian dan program barn untuk sesuatu tahun kewangan. la juga mengandungi kedudukan hasil negara serta anggarannya berdasarkan dasar fiskal yang digunakan dengan mengambil kira kedudukan ekonomi negara. Mengikut Lynch (1979) pertama, belanjawan memainkan beberapa fungsi, antaranya belanjawan dapat membantu untuk mengawal saiz perbelanjaan kerajaan. Tanpa prosedur belanjawan yang jelas oleh Badan Perundangan, negara mungkin akan hilang keupayaan untuk menghadkan tingkat perbelanjaan kerajaan. Kedua, belanjawan juga dapat meningkatkan akauntabiliti, pengurusan dan perancangan aktiviti sektor awam.

Belanjawan resmi boleh digunakan untuk meyemak sama ada wang rakyat digunakan sebagaimana dikehendaki oleh rakyat dan diluluskan oleh Parlimen.

Ketiga, belanjawan juga sebagai alat perancangan. la membolehkan orang ramai membandingkan faedah-faedah yang diperolehi daripada projek-projek yang akan dijalankan oleh kerajaan dan menentukan keputusan secara lebih bijak.

Keempat, belanjawan juga meningkatkan kefahaman rakyat mengenai masa depan sesebuah negara. Sebagai alat pengurusan kewangan negara, dasar belanjawan boleh dijadikan cara-cara untuk menterjemahkan objektif pembangunan ekonomi dalam bentuk program, skima projek dan aktiviti. Dasar belanjawan juga boleh digunakan untuk mengagihkan sumber-sumber dengan lebih cekap dan memperbaiki perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti- aktiviti kerajaan.

(11)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 6

Dari prespektif ekonomi pula, belanjawan negara boleh memberi kesan ekonomi yang sangat luas. Dari sudut makroekonomi, dasar belanjawan boleh digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah inflasi, akaun kurangan semasa, hutang negara, dan tingkat ekonomi negara. Dari sudut mikroekonomi pula, dasar belanjawan dapat digunakan untuk menentukan kadar cukai, dan tingkat perbelanjaan kerajaan yang boleh menggalakkan pengeluaran dan penggunaan. Belanjawan negara juga sering digunakan sebagai alat untuk mengawal aliran wang dalam sesebuah negara. Misalnya, lebihan aliran wang dalam negara akan mendorongkan. kepada peningkatan kuasa membeli orang ramai. Sekiranya kuasa membeli lebih tinggi daripada kuasa menjual keadaan ini akan mendorong kepada masalah inflasi. Untuk menyekat keadaan ini, melalui dasar belanjawan kerajaan boleh mengurarigkan aliran wang negara dengan mengambil dasar kewangan berjimat cermat dan menaikkan kadar faedah pinjaman dan simpanan. Secara am, belanjawan negara boleh memainkan peranan yang luas dalam semua sektor ekonomi.

Belanjawan dari prespektif pembangunan negara mempunyai peranan yang cukup penting. Di mana-mana negara, belanjawan menjadi alat utama untuk menggalakkan dan memantapkan polisi-polisi pembangunan. Kenyataan- kenyataan mengenai dasar belanjawan terutamanya di negara-negara membangun mengatakan bahawa pembangunan negara akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya dasar belanjawan dan polisi pembangunan negara dapat dikaitkan dan diselaraskan secara sistematik. Menurut Gulam Hassan (1995), belanjawan yang dikemukakan adalalr penting bagi mengerakkan jentera kerajaan disamping menyambungkan semula peranan

(12)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 7

kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai seperti kesihatan, pelajaran, keselamatan dan memperuntukkan dana pembangunan untuk membina infrastruktur seperti pembinaan lapangan kapal terbang, pelabuhan, lebuh raya dan kereta api.

Peranan belanjawan negara secara keseluruhannya adalah amat penting. Belanjawan boleh mengimbangi keadaan ekonomi sesebuah negara sama ada dalam keadaan ekonomi negara meleset atau meningkat. Dalam keadaan ekonomi negara yang lembab, belanjawan kurangan 'budget deficit’

sering dijadikan cara untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Belanjawan kurangan akan mendorongkan kepada aliran wang melalui lebihan perbelanjaan awam. Lebihan perbelanjaan ini akan menggalakkan perbelanjaan dan seterusnya meningkatkan aktiviti pembangunan. Walau bagaimanapun, dasar belanjawan kurangan yang berterusan dan tidak dikawal akan mendorongkan kepada masalah inflasi. Sebaliknya, dalam keadaan ekonomi meningkat, dasar belanjawan lebihan 'budget surplus' sering dijadikan cara untuk mengimbangi ekonomi melalui dasar fiskal dan kewangan yang lebih ketat. Walau bagaimanapun, biasanya sesebuah negara akan lebih cenderung untuk mengamalkan dasar belanjawan berimbang 'balance budget’ untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Melalui belanjawan pembangunan negara dapat ditingkatkan melalui sokongan dasar fiskal dan dasar kewangan .

Di negara-negara ASEAN misalnya, mengikut Kim & Abbott (1983), belanjawan negara merupakan penyumbang besar kepada KDNK dan telah meningkat setiap tahun. Kadar jumlah belanjawan negara kepada KDNK di negara-negara ASEAN sekitar 15% - 37% setahun. Peningkatan kadar ini

(13)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 8 Malaysia

adalah kesan daripada pertambahan jumlah perbelanjaan pembangunan kerajaan terutamanya untuk tujuan membiayai aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi dalam sektor awam. Di Malaysia, belanjawan negara telah menyumbangkan kepada KDNK kira-kira 30-40% setahun. Untuk memainkan peranan yang berkesan, mengikut Burkhead ( 1956) belanjawan negara mestilah memenuhi prinsip-prinsip berikut:-

1. Anualiti

Belanjawan negara mestilah dibuat untuk jangka masa tertentu biasanya satu tahun kalender atau juga dikenali sebagai tahun fiskal.

2. Komprehensif

Belanjawan mestilah lengkap dan meliputi semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan dengan jelas. Aktiviti atau program .yang dijalankan mestilah dikaitkan dengan matlamat jabatan itu.

3. Spesifik

Belanjawan negara mestilah mengkhusus kepada aktiviti-aktiviti yang utama atau menekankan kepada perbelanjaan-perbelanjaan yang lebih penting.

(14)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 9

4. Ketepatan

Jumlah hasil dan perbelanjaan yang ditunjukkan dalam belanjawan mestilah tepat walaupun ia hanya anggaran.

5. Pengesahan

Belanjawan negara mestilah disahkan oleh badan perundangan sebelum dilaksanakan oleh badan Eksekutif.

Komponen Dasar Belanjawan

Belanjawan negara biasanya dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu Belanjawan Mengurus dan Belanjawan Pembangunan. Belanjawan Mengurus dapat ditakrifkan sebagai perbelanjaan bagi aktiviti-aktiviti harian yang berulang-ulang dan berterusan, atau dapat juga disebut sebagai perbelanjaan penggunaan. Di Malaysia perbelanjaan ini terbahagi kepada dua iaitu Perbelanjaan Tertanggung dan Perbelanjaan Perbekalan. Perbelanjaan Tertanggung dikenali sebagai kod 'T ’ di dalam anggaran belanjawan dan dipertanggungkan terus di bawah Kumpulan Wang Disatukan Persekutuanl . Item-item perbelanjaan Tertanggung merangkumi peruntukan elaun Diraja, gaji Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim, gaji Ketua Audit Negara dan peruntukan kepada suruhanjaya-suruhanjaya. Kerjaan tidak perlu menggubal undang-undang baru bagi meluluskan peruntukannya tetapi mencukupi dengan

(15)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di H a la m a n 10

Malaysia

waran baru dikeluarkan setiap tahun bagi membolehkan perbelanjaan dilakukan.

Perbelanjaan Perbekalan pula merupakan semua jenis perbelanjaan yang digunakan bagi membiayai semua kegiatan harian yang selalunya dilakuka berulang-ulang oleh setiap kementerian dan jabatan. la memerlukan kelulusan Parlimen melalui rang undang-undang Perbekalan sebelum dapat dibelanjakan^.

Perbelanjaan mengurus atau juga dikenali sebagai Belanjawan Semasa adalah dibawah kawalan terus Perbendaharaan.

Perbelanjaan Pembangunan adalah perbelanjaan yang melibatkan pelaburan modal yang besar dan faedahanya didapati bagi jangka masa panjang.

Proses keputusan mengenainya memerlukan perancangan dan penyelidikan yang teliti dan rumit. Item-item perbelanjaan pembangunan merangkumi peruntukan untuk membiayai projek-projek pelaburan oleh agensi pelaksana dan diurus oleh Unit Perancangan Ekonomi Negara (UPEN) dan diperiksa oleh Perbendaharaan. Peruntukan-peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan adalah diberi mengikut projek tetapi ditunjukkan secara lanjut mengikut jenis perbelanjaan seperti berikut;

h Pembinaan dan pengambilan milik;

n Peralatan;

h Pelaburan;

ii Pembayaran pindah;

1 Perkara 98, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2 Perkara 102, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

(16)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 11 Malaysia

n Perbelanjaan pembangunan yang lain.

Projek-projek yang boleh dibiayai atau yang boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan pembangunan adalah dinyatakan dalam Akta Kumpulan Pembangunan Tahun 1996. Diantara projek-projek yang disebut ialah sekolah, hospital, jalan, pelabuhan dan seumpamanya. Daripada segi peringkat pengurusan, peruntukan perbelanjaan pembangunan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu;

n Perbelanjaan Pembangunan Persekutuan;

n Perbelanjaan Pembangunan kerajaan-kerajaan negeri; dan n Perusahaan A warn Bukan Kewangan (PABK).

Pengagihan perbelanjaan-perbelanjaan itu pula dibahagikan kepada sektor- sektor seperti yang berikut;

n Perkhidmatan Ekonomi;

n Perkhidmatan Sosial;

n Keselamatan; dan n Pentadbiran am.

Rancangan belanjawan di Malaysia dibahagikan kepada dua asas iaitu belanjawan berasaskan Rancangan Malaysia Lima Tahun 'Five-years Malaysia Plan’ dan Rancangan Belanjawan Tahunan 'Yearly Budget Plan’. Rancangan Malaysia Lima tahun merangkumi satu rancangan jangka pendek bermula daripada Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970), Rancangan Malaysia

(17)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 12 Malaysia

Kedua ( 1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), dan seterusnya.

Kini mencapai peringkat Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Dalam setiap rancangan, kerajaan akan memperuntukkan jumlah perbelanjaan merangkumi aktiviti sepanjang 5 tahun tersebut. Misalnya, dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM37,290 juta dan dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)sebanyak RM55,000 juta untuk perbelanjaan pembangunan. Rancangan belanjawan tahunan merupakan satu dasar belanjawan yang terperinci mengandungi butiran-butiran perbelanjaan yang diperlukan bagi tahun tersebut dan akan dibentangkan setiap tahun oleh Menteri Kewangan untuk diluluskan oleh Parlimen.

Penggubalan Dasar Belanjawan

Proses penggubalan dasar belanjawan di Malaysia melibatkan Agensi Pusat bertindak sebagai pengawal iaitu Perbendaharaan dan Unit Perancangan Ekonomi Negara (UPEN) serta agensi pelaksana iaitu semua kementerian dan jabatan. Penggubalan belanjawan bermula dengan Perbendaharaan dan UPEN mengeluarkan surat pekeliling kepada semua kementerian dan jabatan, mengarahkan penyediaan cadangan/anggaran perbelanjaan mengurus dan juga perbelanjaan pembangunan tahunan. Pekeliling ini menjelaskan tentang dasar dan strategi belanjawan tahun tersebut, asas-asas penyediaan anggaran peruntukan dan format yang perlu diikuti. Cadangan belanjawan kementerian dan jabatan akan dibahaskan bersama oleh agensi pusat dengan agensi pelaksana untuk meneliti kesesuaian dengan keadaan ekonomi dan kewangan

(18)

Teori Belanjawan dan Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 13 Malaysia

negara. Selepas cadangan belanjawan diterima, pegawai-pegawai belanjawan akan menyediakan:-

i. Kertas Turns cadangan belanjawan kepada Pengarah Bahagian Belanjawan.

ii. Kertas Jemaah Menteri mengenai Anggaran Belanjawan.

iii. Rang Undang-undang Perbekalan untuk Perbelanjaan Mengurus dan Draf

Usui bagi Perbelanjaan Pembangunan Tahunan.

iv. Draf Ucapan Belanjawan kepada Menteri Kewangan.

Setelah Pengarah belanjawan mempersetujui anggaran belanjawan tersebut, kementerian dan jabatan akan diminta meminda cadangan anggaran perbelanjaan mereka bagi menyesuaikan dengan peruntukan yang te'ah dipersetujui di peringkat Perbendaharaan. Di samping itu, anggaran belanjawan tersebut akan dibincangkan -oleh kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen.

Biasanya, cadangan belanjawan dan Rang Undang-undang Perbekalan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan oktober untuk dibahaskan dan seterusnya diluluskan. Setelah mendapat kelulusan sebagai akta Perbekalan oleh kedua-dua dewan, selepas itu ia akan dihantar kepada Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda.

Setelah belanjawan tersebut termaktub sebagai rang undang-undang yang sah, Menteri Kewangan akan mengeluarkan Waran Am bagi membolehkan Akauntan Negara mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan. Waran peruntukan juga akan dikeluarkan kepada semua

(19)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 14 Malaysia

kem enterian dan jabatan bagi membolehkan perbelanjaan dilakukan. Walau bagaim anapun peruntukan tidak akan dikeluarkan sekaligus tetapi' berdasarkan sekala tempoh masa tertentu. Tujuannya supaya kementerian atau jabatan tidak akan membuat perbelanjaan dengan terlalu cepat. Semua perbelanjaan akan dikaw al oleh Perbendaharaan bagi menentukan akauntabiliti pegawai awam.

Rajah 1: Proses Penggubalan Belanjawan Tahunan

Penyediaan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan

(20)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 15 Malaysia

Daripada Rajah 1, menunjukkan penggubalan dasar belanjawan di Malaysia adalah berbetuk ' bottom-up ’ bermula daripada penyediaan cadangan belanjawan di peringkat jabatan, kemudian dihantar ke peringkat Kementerian dan seterusnya ke peringkat Perbendaharaan. Perbendaharaan bersama-sama dengan Agensi Pusat yang lain akan merumus semua cadangan belanjawan kementerian dan menyediakan satu deraf belanjawan tahun tersebut untuk di bentangkan di peringkat Kabinet dan seterunya kelulusan di Parlimen. Proses penyediaan belanjawan adalah tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Perbendaharaan melalui Pekeliling Perbendaharaan. Semua agensi kerajaan mesti mengikut dan tertakluk kepada prosedur-prosedur ini.

Pengawalan Perbelanjaan

Proses pengawalan aktiviti-aktiviti perbelanjaan negara adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah dipertanggung dengan pengurusan segala hasil Persekutuan dan dengan segala pembayaran bagi perkhidmatan awam Persekutuan. Dalam menjalankan kewajipan ini Yang di-Pertuan Agong adalah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri dan melalui perantaraan Perbendaharaan. Bagaimanapun, tiada perbelanjaan boleh dilakukan tanpa mendapat kuasa badan Perundangan terlebih dahulu. Yang di-Pertuan Agong melalui Menteri Kewangan dari semasa ke semasa memberitahu Badan Perundangan akan keperluan-keperluan kewangan Kerajaan. Badan Perundangan pula membenarkan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang

(21)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halamari 16 Malaysia

dikehendaki dan juga mengadakan dengan cara menguntukkan hasil yang didapati bagi membayar perbelanjaan yang telah dibenarkan olehnya.

Badan Perundangan menjalankan pengawalan atas perbelanjaan Kerajaan melalui peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan:-

(i) Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 13 Akta Acara Kewangan

Bahawa segala hasil daripada apa-apa punca juapun hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulanwang Disatukan, dan tiada apa-apa pembayaran boleh dibuat daripada kumpulanwang itu kecuali apabila penguntukan sebanyak yang ditetapkan bagi maksud-maksud yang tertentu telah dibenarkan oleh undang-undang.

(ii) Seksyen 13 (6) Akta Acara Kewangan

Bahawa apa-apa wang yang telah diuntukkan bagi sesuatu maksud yang khusus hendaklah diserahbalik kepada Kumpulanwang Disatukan sekiraanya tidak dibelanjakan bagi maksud tersebut dalam tempoh yang dibenarkan baginya.

(iii) Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan

bahawa akaun awam hendaklah diperiksa oleh Juruaudit Negara dan laporannya mestilah dibentangkan dalam Dewan Badan Perundangan yang dipilih.

Untuk mempastikan supaya hal-ehwal kewangan negara dijalankan dengan memuaskan hati Badan Perundangan, Kerajaan yang bertindak melalui

(22)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangutian Negara di Halaman 17 Malaysia

Perbendaharaan, menjalankan pula pengawalan yang lebih cermat atas perbelanjaan semua jabatannya dan atas semua perkara mengenai acara kewangan dan pengakaunan, termasuk acara bagi memungut, menyimpan dan membayar wang awam dan acara bagi membeli, menyimpan dan melupuskan barang-barang awam.

Kawalan oleh Perbendaharaan atas perbelanjaan wang awam Persekutuan oleh Pegawai pengawal boleh dijalankan pada tiga peringkat;

(i) Pembentukan dan pengemukaan cadangan dan kelulusannya oleh Perbendaharaan- tiap-tiap cadangan yang melibatkan perbelanjaan wang persekutuan mestilah dikemukakan kepada Perbendaharaan sebelum diluluskan oleh Kerajaan. Cadangan tidak akan dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri melainkan pandangan Perbendaharaan telah didapati terlebih dahulu.

(ii) Perlaksanaan atau pentadbiran sesuatu projek- Selepas sesiiatu projek diluluskan oleh Badan Perundangan dan pengeluaran bagi membiayainya dibenarkan menurut undang-undang, tanggungjawab utama pelaksanaan atau pentadbirannya adalah terletak pada Pegawai Pengawal.

Perbendaharaan juga boleh menjalankan pengawalan dan pemeriksaan.

(Hi) Peringkat Audit dan Lapordn- Apabila Laporan Juruaudit Negara diterima, Perbendaharaan akan menyiasat apa-apa perkara yang dibangkitkan didalamnya bagi maksud membantu jawatankuasa Akaun Awam dalam

(23)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 18 Malaysia

menimbangkan laporan itu dan juga bagi maksud mendatangkan pembaikan pada masa hadapan.

Aspek pengawalan ini amat penting untuk memastikan agar semua perbelanjaan atas wang awam dilaksanakan mengikut amalan dan peraturan yang telah ditetapkan dan seterusnya untuk memastikan kecekapan dalam pengurusan kewangan Kerajaan.

Edaran Belanjawan Di Malaysia

Edaran belanjawan merupakan satu proses yang penting dalam menentukan aktiviti belanjawan bagi satu-satu tahun fiskal. Proses edaran belanjawan merangkumi aktiviti menyedia, melulus, melaksana dan mengaudit belanjawan. Aktiviti-aktiviti ini berlaku secara urutan dan berterusan dalam satu edaran (cycle). Kalender belanjawan yang penting merangkumi biasanya bermula pada bulan Januari penyemakan analisis belanjawan lepas, bulan Mac- Jun penyediaan cadangan belanjawan, bulan Oktober pembentangan di Parlimen.

(24)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 19

Edaran belanjawan di Malaysia merangkumi komponen-komponen berikut:

Surat Panggilan

Perbendaharaan Negara akan menghantar surat panggilan kepada semua jabatan dan kementerian memaklumkan supaya mereka menyediakan program dan rancangan yang memerlukan sumber kewangan dari perbendaharaan.

(25)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 20

Penyediaan Belanjawan oleh jabatan

Jabatan akan menyediakan anggaran belanjawan bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan bagi tahun berkenaan untuk dihantar kepada pihak Perbendaharaan untuk diluluskan.

Ulasan oleh Pegawai Pengawal

Pegawai Pengawal akan membuat ulasan mengenai belanjawan yang lepas dan juga belanjawan akan datang. Ini untuk membolehkan pihak Perbendaharaan membuat anggaran belanjawan yang akan diluluskan kepada jabatan yang berkenaan.

Penyerahan dan kajian anggaran belanjawan oleh Agensi Pusat

Anggaran belanjawan yang telah disediakan oleh Perbendaharaan akan diserahkan kepada Agensi Pusat untuk dikaji sebelum diluluskan. Jika ada terdapat mana-mana bahagian yang didapati tidak perlu maka bahagian tersebut akan dibatalkan.

(26)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 21

K clulusan oleh Kabinet

Kabinet dengan bantuan Agensi Pusat akan memeriksa segala anggaran belanjawan yang telah disediakan. Program atau rancangan yang penting akan diberi keutamaan.

Kelulusan oleh Perbendaharaan

Setelah disemak oleh Kabinet, anggaran belanjawan tersebut akan diluluskan oleh Perbendaharaan untuk dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan.

Kelulusan Parlimen

Menteri Kewangan akan membentangkan anggaran belanjawan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk dibahaskan dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen.

(27)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 22

Pengesahan oleh Yang DiPertuan Agong

Setelah anggaran belanjawan diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen, maka anggaran belanjawan tersebut akan disahkan oleh Yang DiPertuan Agong dan seterusnya diwartakan sebagai Akta Perbekalan.

Pelaksanaan Belanjawan

Menteri Kewangan akan memberi kuasa kepada Akauntan Negara untuk menguruskan agihan peruntukan perbelanjaan kepada jabatan dan agensi-agensi yang berkenaan.

Audit belanjawan

Segala perbelanjaan yang telah diperuntukan kepada jabatan dan agensi adalah tertakluk kepada peraturan audit. Tujuan audit ini ialah untuk menilai pelaksanaan belanjawan. Kuasa ini akan diberikan kepada Ketua Audit Negara.

(28)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 23 Malaysia

Perkembangan Sistem Belanjawan di Malaysia

Sistem belanjawan di Malaysia telah melalui beberapa tahap perubahan.

Sejak Malaysia Mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga kini, secara amnya terdapat beberapa jenis sistem belanjawan telah diamalkan. Bermula pada tahun 1957 hingga tahun 1968, sistem belanjawan di Malaysia telah diasaskan kepada sistem belanjawan incremental yang dikenali sebagai Sistem Belanjawan Butiran Tradisional 'Traditional Line-Item Budget’ . Dalam sistem belanjawan ini, apa yang ditekankan ialah kepada aspek kawalan di dalam belanjawan iaitu dari segi apa yang perlu dibeli oleh kerajaan dan bukannya matlamat perbelanjaan. Memandangkan kepada pertambahan fungsi dan jumlah perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat, melalui Pekeliling Perbendaharaan Tahun 1968, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi atau PBBS. Melalui sistem belanjawan ini diharapkan kerajaan akan dapat merancang agihan sumber yang terhad dengan lebih efektif dan seterusnya memperbaiki keseluruhan edaran perancangan, pelaksanaan dan penilaian perbelanjaan dalam aktiviti-aktiviti kerajaan.

Badaruddin (1981), menjelaskan untuk mencapai matlamat ini, Sistem Belanjawan Program dan Prestasi telah menggariskan lima tugas:-

n Perbelanjaan mengurus dan pembangunan akan disepadukan dan penggubalannya berdasarkan pendekatan bersama;

n Permohonan untuk mendapatkan perbelanjaan akan disertakan bersama- sama dengan program dan projek; .

(29)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 24 Malaysia

n Segala program dan projek akan disemak secara teliti;

n Satu kajian akan dijalankan terhadap sistem maklumat kewangan semasa dengan tujuan untuk meningkatkan ketepatan dan kesempurnaan maklumat tersebut;

n Satu usaha yang lebih serius untuk meningkatkan kutipan hasil dan mengenalpasti hasil-hasil baru yang boleh dikutip.

Melalui sistem belanjawan PBBS, aktiviti-aktiviti awam akan dapat diukur dan semua agensi-agensi kerajaan akan mempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai polisi, objektif dan aktiviti yang hendak dilaksanakan.

Lebih daripada itu, melalui perbincangan yang kerap antara Menteri Kewangan dengan pelbagai sektor masyarakat Malaysia, diharapkan sistem belanjawan ini akan meningkatkan kefahaman mereka mengenai polisi fiskal dan kewangan yang diperlukan untuk mempengaruhi halatuju dan kadar pembangunan di Malaysia. Kesan daripada pelaksanaan sistem belanjawan ini, kerajaan telah dapat mengukur kecekapan dan prestasi perbelanjaan yang telah dilaksanakan.

Sistem ini telah diamalkan secara menyeluruh di agensi-agensi kerajaan bukan sahaja untuk memenuhi matlamat kecekapan dalam peqgurusan sumber kewangan kerajaan tetapi juga bagi tujuan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Melalui dasar ini, perbelanjaan kerajaan telah diarahkan untuk mencapai keseimbangan dalam sektor ekonomi menjelang tahun 1990.

Pelaksanaan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi telah membawa satu era perubahari dalam perkembangan sistem belanjawan di Malaysia. Mengikut Toye (1981), pencapaian PBBS di Malaysia adalah seperti berikut;

(30)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 25 Malaysia

(1) Budget examiners are better informed

(2) Agencies achieve a clearer view of their objectives.

n Worthless output is identified.

n As financial management improves in agencies, treasury is prepared to relinquish detailed controls with advantages for Treasury, agencies and financial management generally.

Walaubagaimanapun, menjelang tahun 1988, kejaraan telah memperkenalkan Sistem Belanjawan Ubahsuai 'Modified Budget System’ kerana didapati bahawa Belanjawan Program dan Prestasi terdapat beberapa kclemahan terutama dari segi pelaksanaan. Kelemahan-kelemahan implementasi SBPP ialah;3

h Fokus penyediaan, pemeriksaan dan pelaksanaan belanjawan tahunan adalah masih ditahap perbelanjaan terperinci;

n Belanjawan digunakan sebagai alat bagi pengagihan peruntukan dan tidak sebagai alat pengurusan;

n Pencapajan prestasi tidak dipentingkan;

h Terdapat 'dichotomy’ di antara urusan membuat keputusan atas perkara- perkara kewangan dan keputusan mengenai dasar dan pelaksanaan program/aktiviti;

h Pendekatan kepada penyediaan belanjawan adalah 'bottom-up’.

3 Dipetik daripada nota Bengkel MBS Institut Teknologi MARA pada Jan 1996

(31)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 26 Malaysia

Memandangkan kepada kelemahan-kelemahan ini, Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 1991 Lampiran A, kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai yang bertujuan memperbaiki lagi proses belanjawan dan pengagihan sumber serta mempertingkatkan lagi pengurusan program-program kerajaan selaras dengan konsep “ Let Managers Manage”. Sistem belanjawan ini telah dilaksanakan secara perintis di Kementerian Kesihatan, Kementeria Kerja Raya dan Kementerian Perpaduan negara dan Pembangunan Masyarakat. Sehingga kini, sistem belanjawan ini telah dilaksanakan diseluruh Kementerian dan jabatan terutama bagi perbelanjaan mengurus.

Dasar Belanjawan di Malaysia sehingga Tahun 1990

Bermula dari Rancangan Malaysia Pertama (1961 - 1965) sehingga ke Rancangan Malaysia Keenam (1991 - 1995), memperlihatkan satu corak perubahan dasar kerajaan dalam perbelanjaan persekutuan dan negeri.

Perubahan dari segr dasar perbelanjaan adalah sehaluan dengan perubahan dari segi dasar-dasar pembangunan ekonomi dan sosial. Sejak merdeka hingga kini, Dasar Kerajaan Malaysia adalah menekankan kepada pembangunan, terutamanya untuk meningkatkan taraf hidup masayarakat dan pertumbuhan ekonomi yang seimbang. Selaras dengan halatuju ini, perbelanjaan awam merupakan dokumen kerajaan yang penting untuk memastikan hasrat ini tercapai. Melalui dasar belanjawan, kerajaan telah merangka strategi-strategi kewangan dan fiskal yang sesuai meliputi berbagai objektif ekonomi dan sosial.

Menurut Gulam Hassan (1995), dalam dekad yang lalu, perbelanjaan kerajaan

(32)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 27 Malaysia

secara tidak langsung menunjukkan adanya pengenalan dan perubahan dasar Kerajaan. Pada awal tahun 1960-an, peranan kerajaan dalam pertumbuhan ekonomi adalah kurang. Pada ketika itu, peranan kerajaan lebih tertumpu kepada pemberi perkhidmatan sahaja. Hal ini adalah jelas dengan jumlah perbelanjaan Kerajaan pada tahun 1960 sebanyak 14.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) penyertaan kerajaan dalam pembangunan ekonomi mula meningkat.

Keadaan ini dilihat dengan kenaikan perbelanjaan kerajaan yang agak besar' untuk mencapai objektif yang terkandung dalam DEB iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur masyarakat. Jadual 1 menunjukkan jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan tahun 1970 - 1990, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan telah meningkat dari 23.1 peratus kepada 39.7 peratus dari tahun 1970 ke tahun '1980. Perbelanjaan kerajaan terus meningkat sehingga tahun 1985 kepada 35.1 peratus tetapi telah menurun kepada 31.2 peratus pada tahun 1990. Sejak pertengahan tahun 1980-an kerajaan telah mengamalkan dasar belanjawan berimbang jimat cermat. Melalui dasar ini kerajaan telah mengurangkan jumlah perbelanjaan mengurus daripada 22.0 peratus sekitar tahun 1970-an kepada 16.9 peratus sekitar tahun 1990-an, perbelanjaan pembangunan menurun daripada 9.7 peratus pada tahun 1975 kepada 9.3 peratus pada tahun 1990. Penurunan ini adalah strategi kerajaan untuk bertindak balas terhadap kesan dasar antipusingan ekonomi ( anti-cyclical) untuk mengatasi masalah kemelesetan eknomi dan dasar liberalisasi ekonomi, iaitu dasar penswastaan untuk mengurangkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi dan mengurangkan beban kewangan negara. Walaupun berlaku penurunan dari segi peratus perbelanjaan tetapi jumlah perbelanjaan sebenar telah meningkat

(33)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 28 Malaysia

misalnya antara tahun 1970 -1975 jumlah perbelanjaan ialah sebanyak RM11,457 juta dan antara tahun 1986-1990 meningkat kepada RM63.950 juta.

Jadual 1: Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan ( Peratus daripada KDNK)

Tahun Jumlah Perbelanjaan

PiTbel.inj.ian Mengurus

PcrbLl.mja.in Pi-mb.iiiguii.in

Jumlah ll.Lsil

Kuranga/

Lebihan Semasa

1960 14.2 12.1 2.1 16.2 4.1

1970 23.1 17.3 5.8 19.2 1.9

1975 31.7 22.0 9.7 23.0 1.0

1980 39.7 25.7 14.0 26.1 6.8

1985 35.1 25.9 9.2 27.2 3.0

1990 31.2 21.8 9.3 25.8 3.9

1995 23.7 16.9 6.8 23.4 6.5

Walaubagaimanapun, penurunan jumlah perbelanjaan kerajaan telah memberi kesan kepada kenaikan jumlah hasil terutamanya hasil cukai. Jumlah hasil telah meningkat daripada 23.0 peratus daripada KDNK atau RM5,117 juta pada tahun 1975 kepada 23.4 peratus daripada KDNK atau RM47.641 juta pada

(34)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 29 Malaysia

tahun 1995. Kenaikan hasil ini telah dapat mengurangkan kurangan semasa daripada -8.5 peratus daripada KDNK pada tahun 1975 kepada lebihan perbelanjaan sebanyak 0.4 peratrus daripada KDNK pada tahun 1995. Lebihan perbelanjaan yang terkumpul digunakan untuk perbelanjaan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk terutamanya dari segi membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar disamping meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Dasar ini telah memberi kesan terutamanya dari segi kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.0 peratus pada tahun 1970 kepada 17.1 peratus pada tahuan 1990. Dasar perbelanjaan berimbang juga telah memberi kesan kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 8.0 peratus setahun.

Sepanjang 3 dekad yang lalu ( 1960 - 1990 ), peranan Kerajaan dalam pembangunan ekonomi dan sosial memang amat ketara terutamanya dalam pembangunan infrastruktur. Berdasarkan kepada jumlah perbelanjaan yang telah diperuntukkan di bawah Rancangan Lima Tahun Malaysia, jelas menunjukkan bahawa komitmen Kerajaan dalam pembangunan adalah serius.

Jadual 2 menunjukkan peningkatan jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan dalam pembangunan infrastruktur sejak tahun 1960 hingga 1990.

Peningkatan jumlah perbelanjaan ini adalah didorongkan oleh hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti pembinaan lebuh raya bagi mewujudkan sistem perhubungan yang moden, rangkaian sistem pengangkutan yang cekap terutamanya di kawasan bandar dan sistem komunikasi yang canggih. Pembinaan sistem infrastruktur ini secara langsung

(35)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 30

juga telah memberi kesan kepada usaha-usaha pembangunan sektor ekonomi dan sosial di persekitarannnya.

Jadual 2: Jumlah Perbelanjaan Pembangunan Infrastruktur Kerajaan Persekutuan Tahun 1966 - 1990 (RM Juta )

Sumber: Naidu (1996)

Jumlah Perbelanjaan

Perbelanjaan Infrastruktur

Per.itus

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

4,550 1,538 34

Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975)

11,457 3,121 27

Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980)

36,722 10,724 29

Rancangan Malaysia Kelima (1981-1985)

80,331 14,916 18

Rancangan Malaysia Keenam ( 1986-1990)

63,950 17,169 29

Strategi Belanjawan Pembangunan Dekad 1990-an

Menjelang dekad 90-an, bermula dengan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) kerajaan menegaskan bahawa dasar perbelanjaan kerajaan akan terus mengekalkan dasar perbelanjaan berhemat dan terkawal. Tun Daim Zainuddin Menteri Kewangan Malaysia dalam ucapan Belanjawan 1991 menegaskan bahawa kerajaan akan terus mengekalkan kesinambungan pertumbuhan ekonomi yang pesat melalui dasar belanjawan yang berimbang.

Belanjawan 1991 telah memperuntukkan sebanyak RM9.565 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan

(36)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 31

belanjawan pertama tahun 1992 selepas mengambil alih sebagai Menteri Kewangan menegaskan bahawa kerajaan akan terus mengamalkan dasar belanjawan yang lebih berimbang untuk mengekalkan kejayaan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Dengan senario ekonomi pada ketika itu, strategi belanjawan tahun 1992 menjurus ke arah;4

n memastikan pertumbuhan ekonomi yanga mampan dengan harga n yang stabil;

n mengukuh imbangan pembayaran;

n memupuk sikap cerm.at dan berhemat bagi menggalakkan tabungan dan;

n mengukuh ketahanan ekonomi negara.

Selaras dengan strategi belanjawan 1992, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM45.447 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM33.925 bilion adalah perbelanjaan mengurus manakala sebanyak RM11.522 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Dalam ucapan belanjawan 1993, sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa;

“ The Budget 1993 is not only solely concerned with 'managing success’ or 'fine-tuning the economy’ and addressing the problems o f the balance o f payments, and inflationary pressures, labour shortages and infrastructural bottleenecks. What is even more challengging is the need to formulate an overall strategy to deal with the development agenda to enhance the quality o f life o f the rakyat in the coming years. This includes measures to build the

4 Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia , Ucapan Belanjawan 1992, Parlimen Malaysia.

(37)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 32 Malaysia

economic resilience o f the nation after taking into consideration the keen competition in this region and the weak international economy

Dengan mengambil kira keadaan pada ketika itu, dasar belanjawan 1993 telah mengambil dasar berikut;

n memastikan dasar fiskal berhemah;

n mengawal inflasi;

n meningkatkan kecekapan dan persaingan di sektor swasta; dan n menekankan kualiti hidup dan kejayaan negara.

Belanjawan 1993 telah memperuntukkan sebanyak RM44.144 bilion.

Daripada jumlah ini RM32.290 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan sebanyak RM11.853 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Belanjawan 1995, sekali lagi kerajaan telah mengambil dasar fiskal cermat dan berhemat untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan mampan; mengurangkan tekanan inflasi; menyediakan sumber daya manusia; menumpu tenaga ke arah penyelidikan dan pembangunan serta membudaya nilai positif bagi mengangkat martabat manusia. Dengan hasrat ini, Belanjawan 1995 dirangka bagi mencapai 4 objektif utama;

Pertama : ke arah pertumbuhan yang kukuh dan mampan;

Kedua : kawalan inflasi pada kadar terendah;

Ketiga : pembangunan sumber daya manusia berketerampilan;

dan

(38)

Teori Belanjawan dari.Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 33

Keempat : pembentukan masyarakat progresif dan seimbang.

Untuk mencapai objektif tersebut sejumlah RM48.798 bilion telah diperuntukkan. Daripada jumlah ini sebanyak RM34.395 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan sebanyak RM14.403 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Dalam dekad 90-an, strategi belanjawan pembangunan dibahagikan kepada 4 sektor utama iaitu sektor keselamatan, sektor perkhidmatan sosial, sektor perkhidmatan ekonomi dan sekotr pentadbiran am.

Jadual 3 menunjukkan jumlah perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukan dari tahun 1991-1995. Sektor ekonomi merupakan sektor yang paling banyak menerima peruntukan iaitu sebanyak purata 50 peratus setahun dari keseluruhan perbelanjaan pembangunan. Sementara pengangkutan merupakan sektor perkhidmatan ekonomi yang paling banyak menerima jumlah peruntukan berbanding dengan sektor perkhidmatan yang lain.

Jadual 3: Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan 1991 -1995

SEKTOR PERBELANJAAN

1991 1992 1993 1994 1995

RM

%

RM % RM % RM % RM %

KESELAMATAN 2,211 2,173 22.4 2,258 22.3 2,484 2,916

Pertahanan 23.1 . 1,629 16.8 1,729 17.1 19.9 21.0

Keselamatan Dim Negeri 1,866 . 544 . 5.6 529 5.2 2,164 2,557

19.5 17.3 18.4

345 320 359

3.6 2.6 2.6

PERKHIDMATAN 2,426 2,653 27.4 2,220 21.9 2,949 3,769

SOSIAL 25.4 7,205 12.4 1,117 11.6 23.6 27.1

Pendldikan 1,285 602 6.2 425 4.2 1,561 2,043

Kesihatan 13.4 94 1.0 167 1.6 12.5 14.7

Perumahan 572 752 7.8 452 4.5 298 438

lain-lain 6.0 2.4 3.2

66 392 493

(39)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 34 Malaysia

0.7 503 5.3

3.1 698 5.6

3.5 795 5.7

PERKHIDMATAN

EKONOMI 4,684 4,504 5,265 6,320 6,385

Pertanian dan 49.0 46.5 52.0 50.6 45.9

Pembangunan 1,126 1,098 1,276 1,472 1,482

Kemudahan Awam 11.8 11.3 12.6 11.8 10.7

Perdagangan dan 681 834 610 808 861

Perindustrian 7.1 8.6 6.0 6.5 6.2

Pengangkutan 969 648 660 1,035 1,008

Perhubungan 10.1 6.7 6.5 8.3 7.3

Lain-lain 1,897 1,896 2,678 2,963 2,989

19.8 19.6 26.5 23.7 21.5

1 4 5 8 14

0.0 0.0 0.0 0.1 0.1

10 24 35 34 31

0.1 0.2 0.3 0.3 0.2

PENTADBIRAN AM 244 358 381 749 833

2.5 3.7 3.8 6.0 6.0

9,565 9,688 10,124 12,502 13,903

JUMLAH 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

(-10.5 ) ( 1 .3 ) ( 4 .5 ) ( 23.5 ) (1 1 .2 )

Perbelanjaan pembangunan di Malaysia dalam separuh dekad 90-an yang lain menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara. Peningkatan ini adalah didorong oleh hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Untuk memastikan hasrat ini dicapai, kerajaan telah membelanjakan jumlah perbelanjaan yang banyak terutamanaya untuk membiayaai projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan seperti pembinaan lebuh raya dan lapangan terbang. Dijangkakan jumlah perbelanjaan ini akan terus meningkat pada masa depan memandangkan bariyak projek-projek kerajaan yang masih belum selesai dan yang masih dalam perancangan. Misalnya projek KLIA di Sepang, projek LRT di Kuala Lumpur dan pembinaan empangan

(40)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 35

Bakun di Serawak yang menelan belanja bilion-bilion ringgit. Menjelang sukan Komenwal 1998, negara memerlukan banyak kemudahan awam untuk memastikan pelaksanaan yang cekap. Untuk ini kerajaan dengan kerjasama sektor swasta akan membelanjakan jumlah perbelanjaan yang banyak bagi membina kemudahan-kemudahan ini.

Dasar Belanjawan Masa Depan

Belanjawan 97?

Berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan di sepanjang separuh dekad 90-an yang lepas, kerajaan yakin bahawa prestasi sektor awam di masa depan akan terus meningkat. Dengan keyakinan ini dasar belanjawan bagi tahun-tahun akan datang pasti akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan sektor awam disamping terus mengekalkan keseimbangan ekonomi. Berdasarkan kepada perkembangan pembangunan semasa, aktiviti-aktiviti pembangunan akan terus dijalankan terutamanya aktiviti pembangunan dalam sektor ekonomi dan sosial. Rancangan Malayasia Ketujuh (RMK-7) iaitu tempoh rancangan dari tahun 1996 hingga tahun 2000 menyatakan bahawa;

(41)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 36

“ The Seventh Malaysia Plan attempts to strengthen the economic foundations o f the country to become more resilient and competitive in facing

increasing economic and social challenge that arise in the quest fo r sustainable long term growth in line with the aspirations envisaged under the vision 2020”.

Rancangan Malaysia Ketujuh telah menetapkan linia dimensi baru yang akan diberi tumpuan oleh kerajaan sepanjang tempoh rancangan daripada tahun 1996 hingga tahun 2000. Dimensi-dimensi baru ialah;

n Pertumbuhan yang didorong produktiviti n Peningkatan daya saing

n Memesatkan pembangunan sumber manusia n Memantapkan pembangunan

n Menjanakan sektor pertumbuhan baru

Berdasarkan lima dimensi baru ini, Rancangan Malaysia Ketujuh telah memperuntukkan bagi aktiviti-aktiviti pembangunan sebanyak RM 162.5 bilion berbanding RM117.658 bilion bagi Rancangan Malaysia Keenam. Daripada jumlah itu kerajaan Persekutuan mendapat sebanyak 41.5 peratus atau RM67.6 bilion berbanding dengan RM58.5 bilion bagi Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6). Peruntukan pembangunan dibahagikan mengikut sektor seperti dalam jadual 4. Sektor yang mendapat peruntukan yang apaling besar ialah sektor ekonomi iaitu RM33.7 bilion atau 50 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan. Diikuti oleh sektor sosial sebanyak RM 19.8 bilion atau 29.3 peratus, keselamatan sebanyak RM9.2 bilion atau 13.6 peratus dan pentadbiran sebanyak RM4.8 bilion atau 7.1 peratus.

(42)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 37

Jadual 4: Peruntukan Pembangunan Mengikut Sektor RMK-6 dan RMK-7

Sektor Peruntukan (RM bilion )

RMK-6 %

Dati Jumlah

RMK-7 %

Dari Jumlah

Ekonomi 29.9 51.0 33.7 50.0

Sosial 14.8 25.3 19.8 29.3

Keselamata n

11.1 19.0 9.2 13.6

Pentadbiran 2.7 4.7 4.8 7.1

Jumlah 58.5 100.0 67.5 100.0

Peningkatan perbelanjaan bagi pembangunan bagi RMK-7 berbanding dengan RMK-6 adalah didorongkan oleh komitmen kerajaan untuk terus mencapai sasaran kadar pertumbuhan ekonomi pada kadar 8 peratus setahun, pendapatan per kapita RM14,788, kadar pengangguran 2.8 peratus, kadar kemiskinan 5.5 peratus menjelang tahun 2000. Berdasarkan kepada pencapaian ini, kerajaan yakin bahawa hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan dicapai.

(43)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 38

Kesimpulan

Sepanjang empat dekad yang lain, dasar belanjawan di Malaysia telah mencapai kejayaan yang amat membanggakan. Hasil daripada perancangan dan pelaksanaan dasar belanjawan yang berhemat dan terkawal, Malaysia telah dapat menikmati kadar pertumbuhan ekonomi pada kadar 8 peratus setahun sejak 1990 hingga kini serta kemajuan yang pesat dari segi ekonomi dan sosial.

Amalan belanjawan di Malaysia yang pada mulanya berasaskan prinsip incremental telah berjaya meningkatkan tahap pembangunan dan keluar daripada sistem penjajah. Walau bagaimanapun, pengalaman-pengalaman seterusnya telah memberi pengajaran yang cukup matang bagi kerajaan yang akhirnya telah mendorongkan untuk merancang dan melaksanakan dasar belanjawan yang lebih sempurna, bukan sahaja menumpukan kepada aspek peningkatan ekonomi tetapi juga pembangunan yang seimbang. Walaupun pada satu ketika Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi .akibat daripada kejatuhan ekonomi dunia tetapi dengan pelaksanaan dasar belanjawan yang berhemah dan terkawal, Malaysia telah dapat mengatasi masalah ini dan akhirnya berjaya mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang terus meningkat. Dengan perancangan dan pelaksanaan dasar belanjawan yang terkawal dijangkakan Malaysia akan terus menikmati pertumbuhan pembangunan yang pesat dan menjelang tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Apa yang lebih mengkagumkan ialah selain daripada faedah-faedah pertumbuhan ekonomi yang pesat, kerajaan yakin bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan membangun secara

(44)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 39 Malaysia

seimbang melalui perancangan pembangunan yang teratur dengan mengambilkira semua faktor. Untuk memastikan hasrat ini kerajaan telah bersedia untuk memperuntukan jumlah perbelanjaan awam bagi menjayakan rancangan ini. Dalam masa yang sama, sektor swasta juga telah digesa untuk memainkan peranan yang sama untuk memastikan hasrat ini tercapai. Dalam hal ini, komitmen kerajaan terutamanya melalui dasar belanjawan dan komitmen seluruh rakyat Malaysia untuk membangunkan Malaysia merupakan faktor yang sangat penting dan punca kejayaan.

Bibliografi

Ali Hassan, Tan Sri (1996) Rational and Strategies o f the 7 ^ Malaysia Plan, Paper Presented at 7 ^ Malaysia Plan Convention, K. Lumpur, 5-7 August

1996.

Ahmad Atory Hussin, (1986 ) Pengantar Pentadbiran Awam, Utusan Publications and Distributors, K. Lumpur, 1992.

Burkhead, J. (1956) Government Budgeting, John Wiley & Sons, N.Y 1956.

Badaruddin Abd Samad, Dato (1981) Issues and Realities o f Budgeting - Malaysia Experience, Summary Report of the German Foundation for International Development in cooperation with the Ministry of Finance, Malaysia, January 1981.

Belanjawan 1991, Teks Ucapan belanjawan, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Belanjawan 1992, Teks Ucapan Belanjawan, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

(45)

Teori Belanjawan dari Perspektif Pembangunan Negara di Halaman 40 Malaysia

Belanjawan 1993, Teks Ucapan Belanjawan, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Belanjawan 1994, Teks Ucapan Belanjawan, K. Lumpur, Kementerian' Kewangan Malaysia.

Belanjawan 1995, . Teks Ucapan Belanjawan, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Dean, P. N (1986) Programme and performance budgeting in Malaysia, Public Administration and Development Vol: 6 1986.

Gulam Hassan, (1996) Belanjawan di Malaysia, Dewan Masyarakat, K.

Lumpur Mac 1996

Goode, R. (1984) Government Financing in Developing Countries, Washington D.C ; The Brooking Institution.

Ibrahim Kamal Abd Rahman, Dr. (1993) Privatisation in Malaysia with special Reference to Changes in Accounting System, Unpublished Ph.D Dissertation, University of Hull UK.

Lynch, D. T (1979) Public Budgeting in America, Prentice-Hall, N.J.

Laporan Ekonomi 1990/91, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Laporan Ekonomi 1991/92, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Laporan Ekonomi 1992/93, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Laporan Ekonomi 1993/94, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Laporan Ekonomi 1994/95, K. Lumpur, Kementerian Kewangan Malaysia.

Malaysia Kita, (1992) INTAN, K.Lumpur, Percetakan Negara.

Konsep MBS, Nota bengkel MBS ITM, 1996

(46)

Teori Belanjawan dart Perspektif Pembangunan Negara di Malaysia

Halaman 41

Kim & Abbott, ( 1983) Budget procedures and policies in ASEAN Countries, Public Budgeting and Finance, Winter 1983.

Perlembagaan Malaysia, International Law Books Services, K.Lumpur 1994 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1991, K.Lumpur, Jabatan Percetakan

Negara.

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1985, K.Lumpur, Jabatan Percetakan Negara.

Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000, (1996), K.Lumpur, Percetakan Negara.

Sabitha Marican, (1994) Pengurusan Awam, K.Lumpur, Utusan Publication and Distributors.

Toye, J. (1981) Public Expenditure Reform in India and Malaysia, Developmend Change 12(1).

World Development Report 1988, Oxford University Press, New York 1998.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Di samping itu, memandangkan perbelanjaan Belarus melebihi pendapatan, maka kerajaan perlu mengawal atau mengurangkan perbelanjaan bagi mengelakkan defisit belanjawan

Sementara itu, walaupun terdapat beberapa perubahan dasar, matlarnat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang terkandung dalarn Dasar Ekonomi Baru (DEB)

a) Belanjawan merupakan hasil daripada proses perancangan, yang bererti belanjawan mewakili kesepakatan daripada rundingan antara penyertaan yang dominan dalam suatu

Sediakan satu belanjawan tunai pada setiap sukuan bagi tahun 2004 yang menunjukkan jumlah keseluruhannya secara mendatar serta baki akhir pada setiap sukuan dengan

Memperkenalkan peranan komitmen organisasi sebagai pemoderat hubungan dimensi-dimensi perlakuan pembelanjawan iaitu perhatian peribad.i terhadap belanjawan, penilaian

4) Beberapa kredit m:m9 yang diproseskan dan dicatatkan pada hujung tahun adalah berhubung dengan jualan dan akaun belum terima bagi tahun 199g. Kesemua butiran ini

kajian ini adalah bagaimana proses pembentukan dasar belanjawan pendidikan dalam perubahan perlembagaan Indonesia pada tahun 1999-2002 boleh

·Ana lis is mendapati bahawa motivasi (motivasi intrinsik) mempunyai kesan sebagai pembolehubah pencelah ke atas perhubungan penyertaan dalam belanjawan dengan