• Tiada Hasil Ditemukan

HMT 321 - SEMANTIK BAHASA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HMT 321 - SEMANTIK BAHASA MALAYSIA "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2007/2008

Jun 2008

HMT 321 - SEMANTIK BAHASA MALAYSIA

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan. Pilih mana-mana DUA soalan daripada Bahagian A dan mana-mana DUA soalan daripada Bahagian B.

…2/-

(2)

[HMT 321]

- 2 -

Bahagian A

1. Jawab [a], [b] DAN [c].

[a] Dengan memberikan DUA contoh yang sesuai, jelaskan maksud hubungan paradigmatik.

[8 markah]

[b] Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan konsep kolokasi.

[8 markah]

[c] Berdasarkan hubungan paradigmatik dan kolokasi, jelaskan cara ketaksaan leksikal dapat ditangani.

[9 markah]

2. Jawab [a] DAN [b]

[a] Berdasarkan analisis komponen yang digagaskan oleh Katz dan Fodor (1963) dan diperluas oleh Jackson (1988) dan Lyons (1995), cirikan komponen-komponen makna bagi data berikut:

[i] perempuan [ii] gadis

[iii] anak dara [iv] wanita

[12 markah]

[b] Menurut Lyons (1995), motivasi teoretis analisis komponen adalah cukup jelas. Berdasarkan kenyataan ini, huraikan pencirian makna leksikal oleh analisis komponen.

[13 markah]

3. Sekiranya kita menerima hipotesis bahawa makna kata/leksikal ialah kombinasi denotasi dan konsep, jelaskan masalah yang mungkin timbul akibat penerimaan hipotesis ini?

[25 markah]

…3/-

(3)

[HMT 321]

- 3 -

Bahagian B

Jawab [a] DAN [b]

4. [a] Jelaskan maksud prototaip berserta contoh yang jelas mengikut model konsep Rosch et al. (1976) .

[15 markah]

[b] Lyons (1995) telah mengendalikan antonim sebagai kekomplimentarian, iaitu item-item leksikal ini saling melengkapi antara satu sama lain seperti dalam DATA A.

DATA A

Lelaki Æ perempuan, berkahwin Æ bujang Hidup Æ mati.

Namun, pengendalian antonim sedemikian menimbulkan masalah. Jelaskan.

[10 markah]

5. Peranan tematik merupakan satu cara menghuraikan situasi berkenaan peranan sesuatu entiti yang terlibat dalam sesuatu ayat.

Entiti-entiti ini berhubungan dengan adanya kata kerja dalam ayat tersebut. Berdasarkan peranan tematik oleh Dowty (1991), jawab soalan [a] dan [b].

[a] Perturunkan contoh ayat bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap peranan yang berikut :

[i] Agen [ii] Penderita [iii] Tema [iv] Pengalami [v] Pemanfaat [vi] Instrumen [vii] Lokasi [vii] Matlamat [viii] Sumber

[10 markah]

...4/-

(4)

[HMT 321]

- 4 -

[b] Jelaskan masalah yang timbul berdasarkan kaedah peranan tematik ini dalam kajian semantik.

[15 markah]

6. Jawab soalan [a] dan [b].

[a] Huraikan pendapat yang dikemukakan oleh Palmer (1989) tentang sinonim.

[10 markah]

[b] Apakah kaedah yang dilakukan oleh Palmer (1989) bagi menangani persoalan kesinoniman sesuatu kata?

[15 markah]

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berdasarkan contoh ini kita dapati bahawa Kata Kerja Kini ( عِراَضُلما لْعِفلا ) yang memberi makna ‘masa kini’ dan berkaitan dengan ‘masa depan’

Kenalpasti satu persoalan kajian dan jelaskan pernyataan masalah yang boleh dikaji secara empirikal, hipotesis yang boleh diuji, dan kaedah pengutipan data yang

Kenalpasti satu persoalan kajian dan jelaskan pernyataan masalah yang boleh dikaji secara empirikal, hipotesis yang boleh diuji, dan kaedah pengutipan data yang

Hipotesis linguistik sejarah dan perbandingan menyatakan bahawa persamaan dan kemiripan yang wujud antara bahasa disebabkan bahasa- bahasa berkenaan mempunyai hubungan

Hipotesis linguistik sejarah dan perbandingan menyatakan bahawa persamaan dan kemiripan yang wujud antara bahasa disebabkan bahasa- bahasa berkenaan mempunyai hubungan

[c] Nyatakan jika pasangan ayat-ayat dalam Data 1 berikut menganclungi proposisi yang sama atau berlainan..

Antara lima peserta akhir Akademi Fantasia, Vince sering mendapat kedudukan selesa setiap minggu sejak lapan minggu lepas, berbanding Khai, Azizi, Nija dan Liza yang turut

[iii] Jika kedua-dua p dan q adalah benar, maka, yang demikian, p adalah benar.. [iv] Sekiranya p adalah benar, maka kita tahu bahawa sama ada p atau q