• Tiada Hasil Ditemukan

View of Keselamatan Insan dan Akses Pendidikan Kanak-kanak Warga Indonesia di Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Keselamatan Insan dan Akses Pendidikan Kanak-kanak Warga Indonesia di Sabah"

Copied!
19
0
0

Tekspenuh

(1)

(Heritage, Archaeology and History)

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/

Keselamatan Insan dan Akses Pendidikan Kanak-kanak Warga Indonesia di Sabah

Amir Shah Noor Ahmad1 Manuskrip diterima: 3 Oktober 2019

Diterima untuk penerbitan: 15 Oktober 2019

1 Calon Ijazah Sarjana, Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. E-mail: dunia_shah@yahoo.com

Abstract

Traditional security is heavily influenced by scholars of realism in the context of International Relations. Security studies emphasize national security against any military threat from foreign countries. The onset of the cold war has changed the landscape of security studies and the birth of new concepts of universal security including human security. Human beings is an object exposed to various threats such as human smuggling, persecution, crime of personal harassment, infectious disease, famine, poverty and social disorder. There is a new phenomenon of migration of foreign children to other countries. This study has three objectives, namely;

First, examining the factors of the presence of foreign children in Tawau.

Second, the efforts of the government and non-governmental organizations in providing educational facilities. Third, the threat to human security faced by foreign children in Sabah. This study used interview method in the fields and with agencies. Also use observation method in the study area.

Studies have found that parents are a major contributor to the existence of foreign children in Sabah as they are brought together in migration as well as those born in Sabah. Foreign children need to gain educational rights to prevent them from being left behind in the fast-growing development of Sabah.

Keywords: Human security, Foreign Children, Education, Sabah

(2)

Abstrak

Keselamatan tradisional yang banyak dipengaruhi oleh sarjana fahaman realisme dalam konteks Hubungan Antarabangsa. Kajian keselamatan amat menitikberatkan keselamatan negara daripada sesuatu ancaman ketenteraan daripada negara luar. Berakahirnya perang dingin telah mengubah landskap kajian keselamatan dan lahirnya konsep baharu berkenaan keselamatan yang lebih menyeluruh termasuk keselamatan Insan. Insna merupakan objek yang terdedah kepada pelbagai ancaman seperti penyeludupan manusia, penganiayan, jenayah gangguan peribadi, penyakit berjangkit, kebuluran, kemiskinan dan gangguan sosial. Wujud fenomena baharu migrasi kanak-kanak asing ke negara lain. Kajian ini bertujuan Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu; pertama, melihat faktor kewujudan kanak-kanak warga asing di Tawau. Kedua, usaha kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan. Ketiga, ancaman keselamatan insan yang dihadapi oleh kanak-kanak asing di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah temubual di di kawasan ladang dan agensi. Juga mengguna kaedah pemerhatian di kawasan kajian. Kajian mendapati ibu bapa adalah penyumbang utama kepada kewujudan kanak-kanak asing di Sabah kerana dibawa bersama dalam migrasi dan juga yang dilahirkan di Sabah. Kanak-kanak asing perlu mendapatkan hak pendidikan bagi mengelakkan mereka tertinggal dengan arus pembangunan yang semakin pesat di Sabah.

Kata Kunci: Keselamatan Insan, Kanak-kanak asing, Pendidikan, Sabah

Pengenalan

Freedom from Want dan Freedom from Fear merupakan komponen utama dalam konsep keselamatan insan. Keselamatan insan merupakan konsep yang telah diperkenalkan oleh United Nation Development Program (UNDP) pada tahun 1994 sebagai salah satu konsep baharu terhadap keselamatan non-traditional. Konsep keselamatan tradisional yang sinonim dengan mempertahankan negara semata-mata, non- tradisional merupakan pelengkap kepada konsep keselamatan agar lebih menyeluruh (Bajpai, 2000).

Ramli & Kamarulnizam (2017) dalam kajian terhadap pekerja asing di Malaysia menjelaskan bahawa migrasi warganegara Indonesia (WNI) ke Sabah telah berlaku sejak dahulu lagi hingga mencapai pada

(3)

satu tahap kemasukan warga asing ke Sabah sudah tidak dapat dibendung lagi. Maka Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan (PPKP) telah ditubuhkan pada 19 Oktober 1989 bagi membendung kemasukan warga asing yang tidak terkawal ini.

Kemasukan warga asing ke Sabah dipicu oleh permintaan yang tinggi terhadap sektor pertanian dan perladangan sebelum Sabah masuk bergabung dengan Malaysia. Kemasukan warga asing yang tidak terkawal ini pada akhirnya membawa isu lain, iaitu lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ancaman bukan ketenteraan seperti bencana alam, kebuluran, pemerdagangan wanita dan kanak-kanak, kemiskinan dan penyeludupan dadah dan migrasi manusia merupakan isu yang hangat diperkatakan di peringkat negara dan antarabangsa. Isu migrasi manusia yang berlaku setiap hari sama ada dalam keadaan aman mahupun disebabkan konflik merupakan isu utama yang mendapat perhatian dalam konteks keselamatan insan di seluruh negara. Faktor tolakan di negara asal dan faktor tarikan di negara yang dituju telah mendorong kepada penghijraaan manusia dari satu negara ke negara yang lain demi meneruskan kelangsungan hidup (OECD, 2014). Dalam konteks kajian ini, pengkaji cuba melihat akses pendidikan kanak-kanak Indonesia di Sabah terutamanya kanak-kanak Indonesia di Ladang-ladang.

Kajian literatur

Kanak-kanak Warga Indonesia di Sabah

Kebanjiran warga asing di Sabah bukanlah suatu perkara yang baharu, hal ini kerana penghijraan buruh asing dari Filipina dan Indonesia di Malaysia dan, Sabah khususnya telah berlaku sejak awal tahun 1990an untuk memenuhi keperluan buruh terhadap pembangunan ekonomi negeri Sabah (Ramli & Kamarulnizam, 2017). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, jumlah warga asing di Sabah adalah 27 peratus atau 889,779 orang.

Berdasarkan statistik tersebut, Tawau merupakan daerah yang menyumbang kepada jumlah warga asing yang paling ramai di negeri Sabah, iaitu 171,409 orang atau 41 peratus daripada jumlah penduduk di daerah tersebut. Namun data ini merangkumi semua warga asing tidak mengira sama ada PATI mahupun warga asing sah. Daripada 889,779 orang warga asing di Sabah, jumlah daripada lingkungan umur bayi hingga 19 tahun adalah seramai 46,539 orang. Daripada jumlah tersebut, kanak-kanak WNI adalah lebih ramai berbanding kanak-kanak warga asing lain, iaitu seramai 112,099 orang berbanding kanak-kanak Filipina

(4)

seramai 82,404 orang dan lain-lain seramai 99 orang. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan daerah Tawau sebagai kawasan kajian dan kanak-kanak WNI dijadikan responden kajian.

Secara geografi, Sabah dikelilingi oleh 3 buah negara yang berkongsi sempadan, di bahagian utara Sabah bersempadan dengan Filipina, di bahagian barat bersempadan dengan Brunei dan di bahagian barat dan selatan bersempadan dengan Indonesia. Oleh yang demikian, proses migrasi rentas sempadan dengan mudah akan berlaku sama ada melalui laut, darat mahupun udara. Migrasi terbesar di Sabah adalah daripada Indonesia dan Filipina. Migrasi Filipina paling ketara pada tahun 70-an apabila berlaku konflik berpanjangan dan masalah kemiskinan di selatan Filipina telah menyebabkan migrasi menuju ke Sabah (Buendia, 2005; Rachgan dan Dorall, 1981).

Jumlah warganegara Filipina dianggarkan seramai 73,000 orang hingga 100,000 orang telah menjadi pelarian di Sabah. Bagi WNI pula, migrasi awal ke Sabah adalah disebabkan oleh faktor ekonomi yang didominasi oleh kaum Bugis yang telah melakukan hubungan perniagaan dengan Sabah sebelum kedatangan British ke Borneo (Suraya, 2013).

Kehadiran warga asing ke Sabah dapatlah dibahagikan kepada dua secara umumnya, iaitu warga asing sah dan PATI. Warga asing sah di Malaysia dapatlah dibahagikan kepada dua kategori (Intan Suria & Sity, 2016). Kategori pertama, pekerja “ekspatriat” yang merujuk kepada pegawai dagang. Ciri pegawai dagang adalah berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, professional dan pengurusan, menerima gaji yang tinggi dengan minimum RM5 ribu sebulan dan menandatangani kontrak sekurang-kurangnya 2 tahun. Pas yang digunakan oleh eskpatriat ini adalah pas penggajian. Manakala kategori kedua adalah pekerja berkemahiran rendah, yang terlibat dalam 6 sektor yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia iaitu, perladangan, pertanian, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Kategori kedua ini menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) (Jabatan Imigresen Sabah, 2018).

Bagi PATI pula dapatlah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu PATI yang masuk secara tidak teratur ke Malaysia dan PATI yang pada asalnya adalah warga asing sah namun melanggar peraturan serta akta imigresen 1959/63 seperti tinggal lebih masa atau menyalahgunakan pas. Kebanjiran pendatang asing ini telah membuka ruang kepada para aktivis yang selalu menyalahkan pihak kerajaan terhadap kegagalan kerajaan menangani exploitasi pekerja asing PATI, pengaliran wang

(5)

asing, dan kegagalan kerajaan memberikan perlindungan kepada warga asing daripada penganiayaan (Women’s Refugee Commission, 2012).

Kebanjiran PATI dan warga asing sah telah mengundang fenomena baru iaitu kanak-kanak tanpa dokumen (KKTD) di Sabah.

Konsep Keselamatan Insan

Keselamatan insan lahir daripada konsep keselamatan non-tradisional yang telah mengubah paradigma baru terhadap kajian keselamatan yang sebelumnya amat sinonim dengan keselamatan tradisional yang didominasi oleh fahaman realisme. Antara perbezaan konsep keselamatan tradisional dan keselamatan non-tradisional adalah dari segi objek yang harus dilindungi, iaitu manusia. Konsep keselamatan insan ini juga merupakan pendekatan keselamatan yang lebih komprehensif (Shinoda & Jeong, 2004). Menurut Buzan (1991) terdapat lima sektor keselamatan yang tidak boleh terpisah dan saling berkait, iaitu keselamatan ketenteraan yang memberi fokus kepada kebolehan menyerang dan bertahan, keselamatan politik iaitu merujuk kepada kestabilan organisasi politik, sistem kerajaan dan ideologi yang berkesan. Keselamatan ekonomi pula merujuk kepada kebolehan untuk akses kepada sumber, kewangan dan saham yang perlu dalam mengekalkan kesejahteraan negara. Keselamatan sosial pula tertumpu kepada kebolehan sosial untuk mempertahankan identiti nasional, seperti budaya, bahasa agama dan adat istiadat dan yang terakhir adalah keselamatan alam sekitar bagi mengekalkan kestabilan ekosistem alam sekitar terjaga dengan baik.

Menurut Newman, (2010) keselamatan tradisional sememangnya amat perlu namun tidak cukup untuk menjaga kesejahteraan manusia. Kehadiran konsep non-tradisional ini telah mencabar hujahan golongan realist yang selama ini mempertahankan negara sebagai objek yang harus dilindungi dan tentera merupakan ancaman bagi golongan ini. Kemunculan pendekatan non-tradisional ini telah membuka konsep keselamatan yang lebih luas dengan mengetengahkan ancaman lain selain ketenteraan, seperti HIV, dadah, terorisme, senjata kecil dan pemerdagangan manusia. Keselamatan insan pula meletakkan apa-apa yang boleh mengancam keselamatan individu adalah sebuah ancaman keselamatan, seperti kemiskinan, kebuluran, penyebaran penyakit, kemerosotan alam sekitar sebagai ancaman (Shinoda & Jeong, 2004; Newman, 2010).

Di penghujung Perang Dingin isu perjuangan terhadap keselamatan insan sudah mula ditunjukkan melalui gerakan serta usaha

(6)

oleh pelbagai badan antarabangsa, antaranya adalah Brant Commission, Bruntland Commission pada 1987, dan kemudiannya Commision on Global Governance. Tiga suruhanjaya ini telah banyak membantu dalam mengubah fokus keselamatan daripada keselamatan negara kepada keselamatan individu (Acharya, 2001). Namun konsep ini mula popular pada tahun 1994 selepas dibentangkan dalam laporan Human Development Report. Istilah keselamatan insan ini mula digunakan pertama kali oleh Setiausaha Agung bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), iaitu Boutros-Boutros Ghali dalam laporan Agenda for Peace (1992) sebagai tindakan kepada akar permasalahan terhadap konflik, ekonomi, sosial dan isu politik. Konsep tersebut diteruskan oleh Kofi Annan pada penghujung 90-an menggunalan istilah keselamatan insan dalam beberapa siri laporan dan persidangan, seperti Millennium Declaration (1999), United Nations Trust Fund for Human Security (1999), Human Security Network (1999). Usaha memperkasakan keselamatan insan diteruskan dengan penubuhan Human Security Commission (HSC) pada tahun 2001 dan kemudian HSC ini berjaya menerbitkan laporan akhir Human Security Now 2003 dengan memberikan definisi baharu kepada keselamatan insan. HSC telah menubuhkan Human Security Unit di bawah Secretariat in the Office for the Coordination of Humanitarian affair (UNOCHA) (2004). HSC juga menubuhkan Friend of Human Security (2006) dan mendapat pengiktirafan dengan dijadikan tema pada persidangan agung PBB (2008) dengan tajuk Thematic Debate on Human Security.

Dalam kajian keselamatan terhadap manusia, konsep keselamatan insan amat sesuai untuk digunakan bagi memahami fenomena serta ancaman terhadap manusia. Konsep yang sama telah digunakan oleh Vietti & Scribner (2013) yang mengetengahkan perspektif keselamatan insan bagi memahami migrasi antarabangsa dan keselamatan insan terhadap pendatang asing yang tidak sah (irregular migrants) (Koser, 2005). Justru dalam kajian ini pengkaji turut mengangkat konsep keselamatan insan bagi kanak-kanak warga asing dari perspektif kemudahan pendidikan.

Malaysia-Indonesia dalam Usaha Menyediakan Pendidikan

Usaha bilateral telah dilaksanakan bagi menyelesaikan isu kanak-kanak WNI di Malaysia. Dalam Annual Consultation 2004, Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama dengan Presiden Indonesia Ke-5, Megawati Sukarno Putri telah memetaraikan perjanjian persefahaman berkenaan dengan penghataran guru Indonesia ke

(7)

Malaysia bagi menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak WNI di Malaysia. Perkara ini disusuli dengan Annual Consultation 2006 antara Presiden Indonesia Ke-6, iaitu Sosilo Bambang Yudhoyono dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah menghasilkan join statement (kenyatan bersama) yang salah satunya adalah Pembinaan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK). Sebagai kesinambungan kepada usaha tersebut Mesyuarat Joint Commission for Bilateral Cooperation (JCBC) yang ke-13 telah dilaksanakan di Jakarta pada 2 Disember 2013. Antara keputusan daripada mesyuarat tersebut adalah kerajaan Malaysia memberikan kebenaran untuk menubuhkan Community Learning Centre (CLC) di Sabah untuk kanak-kanak pekerja WNI.

Hasil pemerhatian di kawasan kajian, pengkaji mendapati bahawa masih terdapat kesedaran ibu bapa dan kanak-kanak dalam pendidikan meskipun segelintir ibu bapa masih membiarkan anak mereka membesar tanpa bersekolah dengan alasan kos yuran yang amat membebankan (Zahid, 08 Jun 2018). Peranan kerajaan Indonesia serta kerajaan Malaysia telah membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan kanak-kanak asing di Malaysia. Terdapat beberapa pusat pembelajaran bukan kerajaan di kawasan kajian yang beroperasi atas usaha pihak swasta, NGO dan Kedutaan. Antaranya adalah CLC, Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat dan Humana serta sekolah swasta lain, seperti sekolah agama rakyat. Beberapa jenis pusat pembelajaran ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak warga asing di ladang termasuklah kanak-kanak yang tidak berdokumen.

Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk kajian kes. Menurut Cresswell (2009) kajian kes merupakan sebuah pendekatan yang mencari dan memahami suatu kes secara spesifik.

Kajian kualitatif juga sesuai digunakan bagi memahami masalah sosial atau masalah manusia melalui gambaran yang menyeluruh dan kompleks serta kajian ini djalankan semula jadi dan sebenar. Kajian ini menggunakan data primer, iaitu temubual bersama kanak-kanak warga negara WNI di ladang terpilih. Responden yang dipilih adalah secara rawak tanpa mengira umur. Dalam masa yang sama pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian di sekitar ladang dan kampung terpilih di Daerah Tawau. Untuk menyokong hujah pengkaji, data sekunder, seperti dokumen dan penyelidikan bercetak yang terpilih, seperti buku, laporan serta tesis menjadi rujukan. Atas permintaan responden nama sebenar adalah dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.

(8)

Rekabentuk penyelidikan kajian kes adalah bersesuaian apabila pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian terhadap suatu kumpulan atau unit, keluarga, kelas masyarakat atau peristiwa. Pengkaji menggunakan kajian kes agar memudahkan pengkaji fokus kepada satu isu dalam kelompok manusia yang digelar kanak-kanak warga asing.

Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, pengkaji turun sendiri ke lapangan dengan menemubual 10 orang responden, yang memadai dalam membantu analisis kajian ini.

Hasil Kajian

Latar Belakang Pendidikan Kanak-kanak WNI di Sabah

Pendidikan merupakan termasuk dalam salah satu perkara wajib bagi kanak-kanak, dan sebuah kewajiban kepada ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan pada usia kanak-kanak lagi. Dalam konteks Malaysia peraturan pendidikan adalah wajib dan terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 dimana seksyen 29A(2) memperuntukkan bahawa setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini untuk memastikan anak mereka yang berumur 6 tahun pada hari pertama bulan Januari untuk didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Bahkan sekiranya gagal berbuat demikian ibu bapa boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 29A(4) yang membawa denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali (Akta Pendidikan 1996, 2012).

Sama halnya dengan undang-undang Republik Indonesia Nomor 20 tahun 2003 yang memperuntukkan Pasal 7 Nombor 2 yang menyatakan bahawa setiap orang tua berkewajiban memberikan pendidikan dasar kepada anaknya serta Pasal 6 Nombor 1 yang menyebutkan bahawa setiap warganegara yang berumur tujuh hingga 15 tahun wajib mengikuti pendidikan dasar. Ini menunjukkan keseriusan dan betapa pentingnya pendidikan kepada kanak-kanak di usia muda.

Dalam konteks kanak-kanak warga asing di Malaysia termasuklah kanak- kanak tidak berdokumen ini, mereka tidak tertinggal dengan arus pendidikan meskipun mereka tidak berstatus warganegara kerana banyak pihak telah memainkan peranan dalam kelangsungan pendidikan kanak-kanak asing di Malaysia. Dalam Universal Declaration of Human Right 1984, pada Artikel 26 disebutkan juga berkenaan setiap orang mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan merupakan sesuatu yang wajib kepada semua orang tanpa mengira latar belakang kewarganegaraan.

(9)

Community Learning Centre (Kedutaan Indonesia)

CLC merupakan inisiatif daripada kerajaan Indonesia bagi memberikan kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak Indonesia di ladang bagi memastikan kanak-kanak Indonesia di ladang tidak ketinggalan dalam arus pendidikan semasa. Kokurikulum dan silibus pendidikan yang diajarkan di CLC adalah selaras dengan sistem pendidikan di negara Indonesia. Dengan itu kanak-kanak yang bersekoleh di CLC kelak akan dapat melanjutkan pelajar di negara asal mereka tanpa harus mengulang dan tidak perlu mengambil ujian khas ataupun tapisan yang lain (Khair, 24 Jun 2018). Di CLC, kanak-kanak diberi pendidikan bermula dari Kelas 1 hingga Kelas 6 yang dikenali sebagai Sekolah Dasar (SD), kemudian diteruskan dengan Sekolah Menengah Pertama (SMP). Seterusnya, bagi yang ingin melanjutkan pelajaran Sekolah Menengah Atas (SMA), boleh meneruskan pengajian di Sekolah Indonesia yang terletak di Kota Kinabalu ataupun menyambung pelajaran di negara asal.

Salah satu sekolah CLC yang terdapat di Daerah Tawau adalah CLC Pekan Kalabakan. Sekolah ini asalnya merupakan pusat tuisyen namun kemudiannya telah bekerjasama dengan pihak CLC bagi menempatkan pelajar SD yang hampir kesemuanya tidak mempunyai sebarang dokumen. Atas kesedaran guru yang melihat kanak-kanak tidak bersekolah dan berkeliaran, maka guru pusat tuisyen ini mengambil inisiatif untuk menyekolahkan kanak-kanak tidak berdokumen ini.

Walaupun hanya menumpang di pusat tuisyen namun guru yang mengajar merupakan guru daripada CLC dan kokirukulum serta mata pelajaran adalah sama dengan apa yang diajar seluruh CLC Sabah. Pelajar ini akan turut menduduki ujian nasional (ujian paket A) pada Kelas 6 SD.

Antara alasan membuka cawangan CLC di pusat tuisyen ini adalah kerana CLC induk terletak jauh dari kawasan ini (Cikgu Musdalifah, 2 April 2018). Walau bagaimanapun, pusat tuisyen ini tidak mendapatkan peruntukan kewangan dari pihak kedutaan berbanding CLC yang lain. Oleh hal yang demikian, yuran dikenakan kepada pelajar yang belajar di pusat tuisyen ini. Manakala bagi pelajar yang belajar di pusat CLC induk, sebarang yuran tidak dikenakan kecuali terdapat keperluan tambahan mengikut cawangan CLC masing-masing (Khir, 24 Jun 2018). Guru di CLC terbahagi kepada dua, iaitu guru yang didatangkan khas daripada Indonesia melalui Konsulat Jendral Indonesia (KJRI) dan Guru Lantikan Ladang.

(10)

Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat (Yayasan Peduli Insan Nusantara)

Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat (PKBM) pula merupakan sebuah pusat pendidikan di ladang yang ditubuhkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Yayasan Peduli Insani Nusantara (YAPINUS) lantaran kesedaran pendirian yayasan tersebut terhadap nasib kanak-kanak di ladang. PKBM ini merupakan suatu tindak balas terhadap banyaknya kejadian penganiayaan serta keterabaian kanak-kanak di ladang termasuklah kes rogol terhadap kanak-kanak di bawah umur (Firdaus, 19 Mac 2018). Idea penubuhan PKBM ini dicetuskan oleh Encik Firdaus sendiri pada tahun 2006, namun hanya mula beroperasi pada tahun 2008 di Kampung Biaring, Keningau. PKBM berkembang di beberapa ladang di Lahad Datu dan Tawau. Sistem pendidikan yang diperkenalkan di sekolah ini adalah selaras dengan sistem pendidikan Indonesia dan pelajar layak menduduki ujian nasional mengikut paket A, B dan C, seperti amalan pendidikan di Indonesia.

Kanak-kanak Kelas 1 sehingga 6 SD dan SMP belajar dalam satu kelas yang sama disebabkan kekurangan guru dan pelajar. Guru menggunakan kreativiti dalam memastikan penyampaian pembelajaran dalam satu kelas sama kepada tingkat pelajar yang berbeza. Kelas yang ditempati oleh pelajar ini merupakan bekas stor baja yang telah diubah suai menjadi kelas. Pelajar Kelas 6 akan menduduki ujian paket A.

Manakala SMP Kelas 3 akan menduduki ujian paket B dan SMA akan menduduki ujian paket C. Kelulusan bagi setiap ujian ini adalah diiktiraf oleh kerajaan Indonesia dan ujian ini akan dilakukan secara serentak dengan ujian nasional di Indonesia.

Pelajar di PKBM ini memakai pakaian seragam sekolah Indonesia berwarna merah putih serta buku pembelajaran juga didatangkan khas dari Indonesia. Setiap pelajar yang bersekolah di sini dikenakan yuran sebanyak RM15 per murid. Bayaran yuran tersebut dikenakan bagi setiap pelajar untuk tujuan menampung gaji guru dan buku tambahan serta hal petadbiran. Walau bagaimanapun, yuran tersebut menjadi alasan sebahagian warga asing untuk tidak menghantar anak mereka bersekolah di PKBM.

Humana

Tujuan utama Humana adalah bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan pendidikan yang sempurna dan tidak tertinggal daripada arus pendidikan. Dengan adanya sekolah ini, maka kanak-kanak tidak

(11)

menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan menjadi buruh kanak-kanak. Pelajar di sekolah ini akan menduduki peperiksaan mengikut Paket A untuk Darjah 6, Paket B untuk SMP dan Paket A untuk SMA. Semua ujian ini akan dilaksanakan serentak dengan ujian nasional di Indonesia.

Humana merupakan salah sebuah pusat pembelajaran alternatif kepada kanak-kanak asing di kawasan kajian. Humana ditubuhkan bagi memberikan kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak asing di ladang. Kokurikulum yang dilaksanakan di Humana adalah berdasarkan kokurikulum pendidikan Malaysia meskipun pelajar terdiri daripada kanak-kanak asing WNI dan Filipina. Humana memberikan pendidikan kepada kanak-kanak bermula dari Darjah 1 sehingga Darjah 6. Bagi pelajar WNI, mereka diberi peluang untuk menduduki Paket A apabila Darjah 6 bagi melayakkan mereka untuk menyambung pelajaran ke SMP Kelas 1 di CLC yang berdekatan.

Faktor Mendorong Kepada Kewujudan KKTD

Menurut Morehouse & Blomfield (2011) terdapat lapan asas kepada kewujudan irregular migrants antaranya adalah, masuk secara haram melalui pintu masuk yang tidak diwartakan, penggunaan dokumen palsu, pemalsuan maklumat, tinggal lebih masa, lahir secara tidak teratur, dan gagal meninggalkan negara apabila diarahkan meninggalkan negara.

Berikut merupakan kes biasa dilanggar oleh kebiasaan migran dewasa.

Namun bagi kes kanak-kanak tidak berdokumen di kawasan kajian pula didapati ada beberapa faktor yang mendorong kepada kewujudanya.

Ibu Bapa PATI dan Anak tidak berdokumen

Salah satu penyumbang kepada kewujudan kanak-kanak tidak berdokumen di kawasan kajian adalah disebabkan oleh status orang tua yang sememangnya PATI. Kemudian secara tidak langsung kanak-kanak juga menyandang status PATI. Terdapat dua keadaan yang membolehkan wujudnya kanak-kanak tidak berdokumen yang disebabkan oleh ibu bapa PATI itu sendiri;

a. Kelahiran di Malaysia

Walaupun kanak-kanak Indonesia lahir di Malaysia, namun kerana disebabkan status orang tua yang sememangnya PATI telah menyebabkan kanak-kanak tersebut secara tidak langsung adalah kanak- kanak PATI. Keadaan ini bertambah parah apabila kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen kerana kekhuatiran orang tua untuk mendaftarkan bayi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

(12)

berdekatan mahupun pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) yang berdekatan bagi tujuan mewujudkan pengenalan peribadi. Jika dibiarkan pada akhirnya kanak-kanak akan membesar dengan identiti yang tidak jelas dan akan menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenalpasti kewarganegaraan sebenar apabila ditahan atau sekiranya berurusan dengan pihak KJRI. Seperti yang diceritakan oleh Aris (17 Tahun) yang lahir di Kalabakan namun membesar tanpa sebarang dokumen kerana orang tua yang juga berstatus irregular migrant.

Aku lahir di Kalabakan, orang tuaku ndak urus dokumenku dari aku kecil (Aris, 7 Mac 2018).

Aris telah ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atas kesalahan tidak mempunyai dokumen dan kini dalam proses untuk menunggu perintah usir dan proses pendataan daripada pihak KJRI. Aris telah ditahan oleh pihak polis kerana positif dadah jenis syabu. Dia telah berjinak-jinak dengan syabu sejak umurnya 16 tahun atas sebab pengaruh kawan yang sama-sama tidak bersekolah. Kerana tiada dokumen dan tinggal di ladang maka masa kecil dihabiskan tanpa mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Sehingga umur 15 tahun barulah dibenarkan untuk bekerja sebagai “tukang spray” dengan gaji RM600 sebulan di sebuah ladang di Kalabakan. Selama 17 tahun di Malaysia tanpa dokumen Aris telah beberapa kali berulang alik ke Indonesia secara illegal melalui Sungai Kalabakan ke Nunukan.

Sama halnya dengan yang diceritakan oleh tahanan PTS lain iaitu Saripah (27 Tahun). Saripah telah melahirkan anak di Sin Onn, anaknya dilahirkan di rumah dengan bantuan bidan kampung. Saripah memilih untuk melahirkan di rumah kerana berstatus PATI dan takut untuk berurusan di hospital kerajaan. Saripah telah masuk ke Tawau melalui

“batu-batu” dari Aji Kuning Indonesia dengan bantuan orang tengah.

Anaknya yang kini berusia 4 tahun (Nursafikah) tinggal dengan suaminya semenjak dia menjalani hukuman penjara atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen (PATI). Dia ditangkap ketika serbuan daripada pihak berkuasa kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah (Saripah, 7 Mac 2018).

Keadaan ini menunjukkan bahawa, status orang tua PATI secara tidak langsung menyebebabkan anak mereka tidak mempunyai sebarang dokumen dan tidak didaftarkan untuk tujuan mewujudkan pengenalan peribadi. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak membesar tanpa

(13)

pengenalan diri yang pada akhirnya akan menyusahkan anak itu sendiri dan juga pihak penguatkuasa dalam urusan pengenalpastian kewarganegaraan.

b. Lahir di Negara Asal

Terdapat juga kes dimana kanak-kanak tersebut lahir di negara asal namun pada usia muda dibawa bersama oleh orang tua ke Malaysia dengan cara tidak teratur, iaitu melalui pintu masuk yang tidak diwartakan dan masuk tanpa menggunakan sebarang dokumen, seperti pasport. Berdasarkan maklumat daripada responden yang ditemubual, terdapat kanak-kanak yang dibawa masuk oleh orang tua melalui

“samping”, iaitu tidak melalui CIQS sebaliknya melalui jalan yang tidak diwartakan, seperti Jumasni (18 Tahun) yang telah masuk ke Malaysia pada umur 10 tahun bersama orang tua melalui “batu-batu” Tawau, seperti yang dituturkan oleh kedua responden berikut.

Aku lahir di Bone, umur 10 tahun aku masuk dari samping limpas batu-batu, ada yang atur sampai Lahad Datu, kami bayar saja (Jumasni, 7 Mac 2018).

Sama halnya dengan Aslan, (16 Tahun) yang merupakan salah seorang tahanan di PTS:

Aku lahir di Kalaka, Sulawesi Tenggara, aku masuk dengan mamaku limpas batu-batu waktu umurku 14 tahun (Haris, 7 Mac 2018).

Aslan ditahan bersama makciknya dalam satu Operasi Bersepadu.

Kanak-kanak ini ditangkap kerana telah memasuki Malaysia pada usia 14 tahun secara haram bersama ibunya melalui pintu masuk yang tidak diwartakan yang dipanggil ‘batu-batu’. Dengan menggunakan khidmat orang tengah maka mereka dibawa masuk dan diberi jaminana akan sampai ke tempat yang dituju. Selama berada di Malaysia sebagai PATI kanak-kanak, Aslan telah bekerja sebagai buruh yang ditugaskan untuk menyabit yang dilakukan secara pajak dengan pendapatan RM 1,400 hingga RM 1,500 perbulan. Pendapatan yang diperolehinya akan dikirim ke kampung (Sulawesi) untuk membeli motor (Aslan, 7 Mac 2018).

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh kedua-dua responden di atas, didapati bahwa kewujudan kanak-kanak tidak

(14)

berdokumen ini juga turut dipicu oleh sikap orang tua yang mana turut melibatkan kanak-kanak mereka ketika masuk secara haram ke negara.

Kanak-kanak didedahkan dengan risiko dengan cara masuk ke Malaysia secara haram tanpa sebarang dokumen yang pada akhirnya kanak-kanak hidup dalam kesusahan kerana tidak mempunyai dokumen yang membolehkan mereka hidup seperti kanak-kanak lain.

Ibu Bapa Berdokumen Sah Tetapi Anak Tidak Berdokumen

Bagi kes lain pula, terdapat keadaan dimana kanak-kanak tidak berdokumen walaupun ibu atau bapa atau kedua-dua orang tuanya adalah warga asing yang sah, namun anak-anak dibiarkan tanpa sebarang dokumen yang sah. Keberadaan warga asing di Malaysia dan kemudian melahirkan anak di Malaysia adalah tidak menjadikan anak tersebut automatik menjadi warganegara sebaliknya akan mengikut status semasa orang tua.

a. Lahir di Malaysia

Selaras dengan peraturan imigresen yang terkandung dalam Pekeliling Imigresen Malaysia Bil. 24 Tahun 1998 yang berkuatkuasa di Sabah, pekerja asing yang memegang PLKS di Sabah tidak dibenarkan berkahwin dan membawa tanggungan, dan bagi mana-mana wanita yang berstatus buruh atau PLKS atau Pembantu Rumah Asing yang didapati mengandung, maka buruh asing tersebut tidak dinyatakan sihat (unfit) dan disyorkan untuk keluar dari negara ini dengan cara mendapatkan Check Out Memo (COM) daripada jabatan imigresen terdekat. Ini menunjukkan bahawa sistem pengurusan pekerja asing di Sabah tidak membenarkan pekerja asing untuk melahirkan anak di negara ini untuk tujuan pencegahan daripada wujudnya ramai kanak-kanak tidak berdokumen.

Namun hasil daripada temubual, didapati terdapat pekerja asing yang status pasnya masih sah namun telah melahirkan anak di Sabah, seperti halnya Ramadani (19 Tahun). Ramadani telah dilahirkan di Malaysia namun tidak pernah mempunyai sebarang dokumen sedangkan orang tuanya merupakan pekerja asing yang sah di sebuah ladang di Sabah. Sehingga dia berkahwin dan melahirkan anak, kemudian anaknya juga turut tidak mempunyai dokumen yang sah walaupun suaminya merupakan warganegara. Namun suaminya juga tidak mahu menguruskan dokumennya, maka dia dan anaknya hidup sebagai PATI.

Antara sebab yang mendorong ketiadaan dokumen yang sah terhadap

(15)

anak yang dilahirkannya adalah dia dipaksa berkahwin pada usia 16 tahun (Ramadani, 7 Mac 2018).

b. Lahir di Negara Asal

Penyebab lain kepada kewujudan kanak-kanak tidak berdokumen ini adalah walaupun orang tua mempunyai dokumen yang sah, namun ibu bapa nekad membawa masuk anak mereka ke Malaysia secara tidak sah.

Seperti yang diakui oleh Nursiah, sebelum ditahan di PTS Tawau, Nursiah masuk ke Malaysia secara sah dan pernah bekerja sebagai perbantu rumah asing yang sah sehingga 2017. Nursiah telah membawa sekali anaknya yang berumur 13 tahun (Randi) pada tahun 2012 melalui CIQS Tawau seperti kenyataannya:

Anakku umur 13 tahun aku bawa masuk limpas kastom, cop paspor di imigresen tapi anakku tidak ada passport dan ndak kedapatan (Nursiah, 7 Mac 2018).

Ini menunjukkan bahawa kelemahan sistem di pintu masuk telah menyebabkan kanak-kanak tidak berdokumen ini tidak diperiksa dan berjaya membolosi kawalan pintu masuk. Kanak-kanak kemudiannya tinggal dan membesar di Sabah dan menyandang status tidak berdokumen atau PATI.

Aris bin Bacho yang berumur 17 Tahun telah ditahan dan ditangkap di Kalabakan kerana didapati menggunakan dadah jenis syabu, kanak-kanak ini telah berjinak-jinak dengan syabu ketika berumur 16 tahun. Setelah menjalani hukuman penjara selama 3 bulan, kanak-kanak ini diserahkan ke Jabatan Imigresen untuk dideportasi ke negara asal. Kanak-kanak ini lahir di Kalabakan namun tidak pernah memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Oleh kerana itu juga Aris tidak pernah bersekolah kerana masalah tiada dokumen dan belum ada fasiliti pendidikan di ladang tempatnya membesar. Pada usia 15 tahun kanak-kanak ini telah menjadi buruh yang ditugaskan sebagai penyembur racun dengan digajikan sebanyak RM600. Oleh kerana ibu dan bapanya telah bercerai maka dia bergantung hidup dengan ibunya yang juga merupakan pekerja yang berstatus PATI. Dengan membesar dengan status kanak-kanak PATI tidak menghalangnya untuk beberapa kali berulang alik ke Indonesia secara haram melalui Sungai kalabakan (Aris, 7 Mac 2018).

(16)

Keperluan Kanak-Kanak Bersama Ibu Bapa

Keputusan orang tua untuk membawa kanak-kanak dalam migrasi merupakan suatu keputusan yang amat berat kerana beban dan risiko yang dihadapi amatlah berat. Namun begitu, keperluan biologi dan psikologi, maka ramai pekerja asing berkahwin seterusnya melahirkan anak di Malaysia meskipun syarat melanggar peraturan yang telah ditetapkan kepada pekerja asing. Tidak kurang juga pekerja asing yang membawa anak mereka berhijrah bersama-sama ke Malaysia kerana tidak mahu meninggalkan anak mereka di negara asal tanpa jagaan sama ada melalui jalur sah mahupun jalan tikus yang tidak diwartakan.

Kanak-Kanak Terbiar Tanpa Ibu Bapa di Negara Asal

Membawa bersama kanak-kanak dalam proses migrasi merupakan suatu keputusan yang amat berat kerana warga asing yang membawa anak ke Sabah sememangnya mengetahui risiko yang akan dihadapi, iaitu kanak- kanak akan menjadi PATI sebaik sahaja pas meraka tamat, begitu juga bagi mereka yang datang dan masuk melalui pintu masuk yang tidak diwartakan. Antara alasan yang ibu bapa sanggup membawa anak mereka bersama ketika bermigrasi adalah ketiadaan keluarga di kampung halaman yang mahu atau rela menanggung beban untuk menjaga anak mereka. Keadaan ini yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk membawa bersama anak bagi mengelakkan anak mereka terbiar di kampung halaman tanpa jagaan. Tambahan pula berpisah dengan orang tua meyebabkan kanak-kanak berasa takut hidup bersedirian (Meir etl all, 2012). Seperti yang dituturkan oleh Asmuni (8 Jun 2018) bahawa faktor utama yang mendorongnya untuk membawa 2 orang anaknya ke Malaysia adalah kerana umur anaknya yang masih kecil ketika awal perantauan dan tiada siapa yang boleh menjaga anaknya di kampung asal. Asmuni telah masuk ke Malaysia melalui pintu masuk sah bersama anaknya, namun anaknya berjaya masuk tanpa menggunakan sebarang pas.

Ancaman dan Cabaran KKTD

Walaupun terdapat usaha oleh pelbagai pihak sama ada kerajaan, bukan kerajaan bahkan kedutaan masing-masing namun masih terdapat kanak- kanak yang tercicir dari pendidikan disebabkan oleh kesedaran oleh ibu bapa yang kurang, terdapat KKTD di ladang yang sepatutnya bersekolah, namun sebaliknya ditugaskan oleh ibu bapa menjaga adik mereka memandangkan kedua ibu bapa turut bekerja sebagai buruh ladang.

Akibatnya kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan bersekolah. Selain daripada itu, terdapat juga ibu-bapa yang menggalakkan dan merelakan

(17)

anak mereka bekerja sebagai buruh kanak-kanak bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga. Antara kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah seperti mengutip biji buah sawit dengan upah yang akan dibayar berdasarkan perguni yang penuhi.

Selain daripada itu antara pekerjaan lain adalah sebagai penyembur racun di ladang. Secara tidak langsung apa yang dilakukan oleh ibu-bapa dan syarikat adalah bertentangan dengan Undang-Undang Buruh Menurut ILO (1998), buruh kanak-kanak adalah suatu bentuk penafikan hak kepada pendidikan dan peluang untuk mencapai hak secara fizikal dan pertumbuhan psikologikal (ILO, 2002). Manakala menurut Chandra (2009) bahawa buruh kanak-kanak merupakan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti yang menjana pendapatan sama ada dilakukan sendiri ataupun mendapat sokongan keluarga yang secara mahupun tidak langsung berkonflik dengan perkembangan dan pendidikan kanak-kanak terbabit.

Kesimpulan

Secara kesimpulanya dapatlah kita fahami bahawa pendidikan merupakan hak bagi setiap insan di sebuah negara. Dalam konsep keselamatan insan, setiap manusia haruslah bebas dalam mendapatkan apa yang dikehendakinya dan haruslah bebas daripada perasaan takut.

Namun dalam konteks KKTD, pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh KKTD dalam memenuhi keperluan pendidikan. Keterbatasan dokumentasi menjadi halangan bagi mereka untuk bebas bergerak sepertimana kanak-kanak tempatan. Usaha pihak KJRI dalam menyediakan pendidikan merupakan suatu perkara yang harus dipuji dalam usaha memastikan setiap rakyatnya mendapat pendidikan meskipun memegang status tanpa dokumen di Malaysia. Usaha kerajaan Malaysia bagi memberi kebenaran pihak KJRI membuka SIKK,CLC, Humana serta PKBM merupakan tanda komitment kerajaan dalam memenuhi Akta Pendidikan 1996, Undang-undang Sistem Pendidikan Indonesia dan Konvensyen Hak Anak oleh PBB. Namun begitu, selain daripada usaha kerajaan dan NGO dalam memastikan kanak-kanak tidak tertinggal dari segi pendidikan, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dan menanamkan kesedaran terhadap pentingnya pendidikan bagi anak-anak mereka meskipun tidak memiliki dokumen.

Rujukan

Acharya, A. 2001. Human Security: East Versus West. International Journal. Vol. 56(3). Hlm. 442–460. https://doi.org/10.1063/1.29 78249.

(18)

Akta Pendidikan 1996. 2012. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia.

Bajpai, K. P. 2000. Human Security: Concept and Measurement. Kertas Kerja. Kroc Institute Occasional Paper #19:OP:1.

Buendia, R. G. 2005. The State‐Moro Armed Conflict in the Philippines Unresolved National Question or Question of Governance? Asian Journal of Political Science. Vol. 13(1). Hlm. 109-138.

Buzan, B. 1991. New Patterns of Global Security in the Twenty-frst Century. International Affairs. Vol. 67(3). Hlm. 431–451.

https://doi.org/10.2307/2621945.

Chandra, A. 2009. Child Labor-A Study from Anthropological Perspective with Special Reference to Glass Industry, Firozabad. The Anthropologist, Vol. 11(1). Hlm. 15-20.

Creswel, J. W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. Los Angeles: University of Nebraska–Lincoln.

Grootaert, C., & Kanbur, R. 1995. Child Labour: An Economic Perspective.

International Labour Review. Vol. 134. No. 2.

ILO (International Labour Organization). 2002. Annotated Bibliography on Child Labour. Geneva: International Labour Organization.

Intan Suria, H., & Sity, D. 2016. Implikasi Kemasukan Pekerja Asing Di Malaysia : Suatu Tinjauan Awal. Sains Insani. Vol. 1. Hlm. 69–77.

Koser, K. 2005. Irregular Migration, State Security and Human Security.

Kertas Kerja. Global Commission on International Migrant.

University College London.

Meir, Y., Slone, M., Levis, M., Reina, L., & Livni, Y. B. D. 2012. Crisis intervention with children of illegal migrant workers threatened with deportation. Professional Psychology: Research and Practice.

Vol. 43(4). Hlm. 298–305. https://doi.org/10.1037/a0027760.

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Ibnor Azli Ibrahim & Azizah Kassim. 2016. Impak Migrasi Pelarian Muslim Filipina Terhadap Survival Politik Muslim Sabah (1963-2013). Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol. 3(2).

Newman, E. 2010. Critical human security studies. Review of International Studies, 36(01), 77. https://doi.org/10.1017/S026 0210509990519.

OECD. 2014, International Migration Outlook 2014. OECD Publishing:

Paris.

Othman Lebar. 2014. Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(19)

Rachagan, S. S., & Dorall, R. F. 1981. The Conflict in Mindanao:

Perspective from South of the Border. Agham-Tao. Vol. 4(2).

Ramli Dollah, & Kamarulnizam Abdullah. 2017. Wacana Hegemoni dan Dasar Pekerja Asing di Malaysia: Kajian Kes ke atas Persaingan Elit Pemerintah dan Towkays di Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo. Vol. 5. Hlm. 63-81.

Suraya Sintang. 2013. Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. https://www.bharian.com.

my/berita/wilayah/2018/02/393911/3477-pati-diusir-dari- sabah-tahun-ini. Diakses pada 16 Nov 2018.

Shinoda, H., & Jeong, H. 2004. Introduction: Conflict, Human Security and Peace-building. IPSHU English Research Report Series No.19, (19), 1–4.

Vietti, F., & Scribner, T. 2013. Human Insecurity: Understanding International Migration from a Human Security Perspective.

Journal on Migration and Human Security, 1(1), 17–31.

Women’s Refugee Commission. 2012. Children in Immigration Detention in the U.S., (September), 1–3. Retrieved from womensrefugee commission.org.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Anak-anak pula tidak mampu untuk membawa ibu bapa yang telah tua untuk tinggal dengan mereka di tempat baru kerana rumah sempit, masa untuk bersama kurang dan tidak

Anak-anak pula tidak mampu untuk membawa ibu bapa yang telah tua untuk tinggal dengan mereka di tempat baru kerana rumah sempit, masa untuk bersama kurang dan tidak

Berdasarkan Jadual 5, hasil dapatan kajian telah melaporkan bahawa nilai koefisien korelasi Spearman antara penglibatan ibu bapa [r=0.559, p=0.00] dengan perkembangan

Hal ini berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan tentang pengetahuan, kesedaran dan sikap ibu bapa di kawasan luar bandar berkenaan jenayah pedofilia terhadap kanak-kanak

Ini juga menunjukkan bahawa telah berlaku kerjasama di antara ibu bapa bersama pendidik, ibu bapa bersama murid sebagaimana yang diutarakan oleh Epstein (2001)

Selain itu, mana-mana orang termasuklah ibu bapa yang bertindak mengeksploitasi kuasa mereka ke atas kanak -kanak dengan melakukan kesalahan-kesalahan selaras dengan seksyen

Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, mereka tetap melaksanakan kaedah bercerita sekurang-kurangnya sekali dalam sehari kepada anak autisme di rumah sehinggakan anak mereka mampu membawa

Kes penceraian kedua ibu bapa dapat memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan awal kanak-kanak 1 1% 1 1% 6 6% 16 16% 76 76% 4.65 0.729 Keseluruhan 4.74 5 0.412