• Tiada Hasil Ditemukan

Juga mengkaji hubungan efikasi kendiri dengan kebimbangan bahasa yang berlaku dalam kelas pembelajaran bahasa Arab

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Juga mengkaji hubungan efikasi kendiri dengan kebimbangan bahasa yang berlaku dalam kelas pembelajaran bahasa Arab"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

EFIKASI KENDIRI DAN KEBIMBANGAN BAHASA DALAM KELAS PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH AGAMA

(Self Efficacy and Language Anxiety in the Arabic Language Classroom at Religious School)

*Afandi Yusoff1, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff1, Harun Baharuddin1

1Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43650 Bangi, Selangor, Malaysia

*Corresponding author’s email:cikndy@gmail.com Article History:

Submit: 26 March 2020 Accepted: 15 April 2020 Revised: 11 June 2020 Published: 29 June 2020 Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 4, No. 1 (2020), 35-47

Abstrak

Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing mempunyai kaitan dengan faktor psikologi. Faktor ini merupakan kepercayaan, perasaan dan tingkah laku yang dialami oleh pelajar boleh mempengaruhi proses pembelajaran di dalam bahasa asing. Di antara faktor psikologi ini adalah efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa dalam kalangan pelajar sekolah serta perbezaannya berdasarkan faktor jantina. Juga mengkaji hubungan efikasi kendiri dengan kebimbangan bahasa yang berlaku dalam kelas pembelajaran bahasa Arab. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik General Self Efficacy Scale (GSE) dan Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS).

Responden kajian terdiri daripada 420 orang murid yang sedang menuntut di SMKA. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk memperolehi dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri pelajar adalah tinggi, manakala tahap kebimbangan bahasa berada di tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa berdasarkan jantina. Namun terdapat hubungan negatif yang signifikan antara efikasi kendiri dengan kebimbangan bahasa. Kesimpulannya, efikasi kendiri memberi kesan kepada kebimbangan bahasa Arab dalam kalangan murid. Implikasi kajian ialah guru bahasa Arab perlu mengurangkan kebimbangan murid melalui pengurusan bilik kelas dan meningkatkan efikasi kendiri murid bagi mengukuhkan pembelajaran di dalam kelas bahasa Arab. (199 perkataan)

Kata kunci: psikologi, efikasi kendiri, kebimbangan bahasa, bahasa asing, pembelajaran bahasa Arab

Abstract

Learning Arabic as a foreign language has to do with psychological factors. This factor about the belief, feeling and behavior experienced by the student that can influence the foreign language learning process in classes. Among these psychological factors are language anxiety and self efficacy. This study aims to identify the level of self efficacy and language anxiety of school students and thier differences based on gender factors. Also to identify the correlation of self efficacy with language anxiety in Arabic language learning classes. Quantitative study was conducted using the General Self Efficacy Scale (GSE) and Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS). There were 420 responden involved who are currently studying at SMKA. Descriptive and inference analysis is used to obtain the result of the study. Research findings showed that the level of self efficacy were high, yet the language anxiety was moderate. The differences between self efficacy and language anxiety based on gender was no significant. However, there was a significant negatif correlation between self efficacy and language anxiety. The implication is the Arabic teachers should reduce the students' anxiety through classroom management and enhance student self-efficacy to strengthen Arabic language learning. (199 words)

Keywords: psychology, self efficacy, language anxiety, foreign languages, Arabic language learning

PENDAHULUAN

Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia mengalami perkembangan yang menarik. Proses ini dipercayai bermula sebelum merdeka melalui sistem pondok dan diajar oleh guru-guru bahasa Arab yang mendapat pendidikan di Makkah (Nor Aziah, Mohd. Ismail, Kamarul Azmi, & Mohd.

Hanafi, 2017). Namun selepas merdeka, sistem pembelajaran ini telah berkembang sehingga berlaku peralihan kepada sistem sekolah yang lebih tersusun dan kemas serta ditadbir oleh pihak kerajaan atau

(2)

swasta (Noorafini, Saini, & Muhammad Suhaimi, 2017) . Bahasa Arab mula diajar di sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat dan di institusi pengajian Islam tinggi sekitar tahun 70-an. Manakala kurikulum bahasa Arab digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan secara rasmi di sekolah- sekolah agama KPM pada Januari 1977 (KPM, 2009).

Melalui akta pendidikan 1996, secara rasmi, bahasa Arab di Malaysia telah dijadikan sebahagian kurikulum kebangsaan dan dikategorikan sebagai bahasa asing bersamaan dengan bahasa Jepun, Jerman atau Perancis yang boleh ditawarkan di mana-mana sekolah (Akta Pendidikan, 1996). Sehubungan itu, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa Asing ini boleh dilaksanakan sebagai salah satu mata pelajaran di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan yang mampu berbuat sedemikian (Nor Aziah et al., 2017). Rentetan itu, bahasa Arab diperkenalkan dan diajar kepada pelajar-pelajar seawal di pra sekolah sehingga di institusi pengajian tinggi samada di peringkat ijazah, diploma atau sijil. Kini, pembelajaran bahasa Arab turut dihangatkan lagi dengan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kurikulum bersepadu dini dan kurikulum bersepadu tahfiz di sekolah-sekolah agama terpilih bermula tahun 2015 (KPM, 2015).

Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa Asing yang wujud di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran asas bahasa Arab. Di samping itu, dengan bahasa Arab pelajar mampu berkomunikasi, berinteraksi sosial dan meningkatkan akses kepada ilmu pengetahuan (Ahmad Muradi, 2013; Azman & Soon, 2010; KPM, 2017). Bagi memperkasa pembelajaran bahasa Arab, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kurikulum standard bahasa Arab dan membekalkan guru-guru terlatih untuk mengajar bahasa Arab di semua sekolah.

Walau bagaimanapun, beberapa kajian terdahulu mendapati bahawa masalah penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah masih wujud. Kajian Awatif, Hairun Najuwah, Ku Fatahiyah, & Nor Syaidah, (2016); Mohamad Ziyad & Izudin, (2011); Nik Mohd Rahimi, Sarizan, & Siti Nuhajariah, (2016) mendapati bahawa kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah masih lagi di tahap sederhana dan lemah.

Sementara itu, dalam meneliti punca masalah penguasaan ini, kajian Nadwah dan Nadhilah (2014) dan kajian Mohd Fadzli & Mohd Sukki, (2012) mendapati bahawa ianya adalah disebabkan oleh faktor sikap pelajar itu sendiri. Pelajar mengalami masalah motivasi, keyakinan diri dan mempunyai persepsi yang negatif terhadap bahasa Arab (Ashinida, 2013; Nor Aziah et al., 2017).

PERNYATAAN MASALAH

Selaras dengan kedudukan bahasa Arab yang diiktiraf sebagai bahasa Asing dalam sistem pendidikan formal di Malaysia, maka pembelajaran bahasa ini berhadapan dengan tanggung jawab yang mencabar agar dapat setanding dengan bahasa-bahasa Asing yang lain. Selain perlu menguasai kosa kata, tata bahasa dan gaya bahasa Arab, pelajar juga berhadapan dengan halangan-halangan tertentu semasa mempelajari bahasa ini seperti sikap dan psikologi yang ada dalam kalangan pelajar (Azman & Soon, 2010). Menurut Spielberger &

Donald (1983) psikologi boleh menimbulkan tingkah laku dan perasaan emosi tertentu dan seterusnya memberi kesan terhadap pembelajaran bahasa. Antara faktor psikologi yang mempunyai kaitan dengan pembelajaran ialah motivasi, efikasi kendiri, kebimbangan dan sebagainya (Skehan, 1991). Faktor-faktor ini didapati memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar seperti yang ditemui dalam kajian Afandi, Nik Mohd Rahimi, & Harun, (2019) dan kajian Abdullah, Nik Farhan, Che Radiah, & Wan Muhammad, (2017) terhadap perasaan kebimbangan; kajian Ghazali, Nik Mohd Rahimi, & Parilah, (2010) terhadap perasaan bimbang; kajian Ghazali et al. (2010) terhadap motivasi; kajian Kamarul Shukri, (2014); Kamarul Shukri, Mohamed Amin, Nik Mohd Rahimi, & Zamri, (2009) terhadap metafizik (spiritual) dan kajian Nik Hanan, Nik Farhan, Nadwah, & Mahmud, (2013) terhadap efikasi kendiri.

Untuk itu, pelbagai usaha perlu dilakukan tidak hanya tertumpu kepada merangka strategi, aktiviti pengajaran dan gaya pembelajaran yang sesuai bagi memahami dan menguasai dengan cepat dan berkesan (Ashinida, 2012), malah ianya merangkumi usaha ke arah peningkatan keupayaan untuk mengarahkan pembelajaran kendiri serta mampu mengatasi cabaran persekitaran pembelajaran (Mohamad Azrien &

Zamri, 2011). Menurut Doolan & Honigsfeld (2010), penggabungan gaya pembelajaran dan aspek kendiri mampu meningkatkan prestasi pembelajaran. Aspek kendiri ini merangkumi kemampuan dan keyakinan diri yang pelajar berikan dalam pembelajaran terutama dalam bidang pemerolehan bahasa Asing. Keyakinan diri dalam konteks psikologi pendidikan dikenali sebagai efikasi kendiri (Woodrow 2011).

Walau bagaimanapun, Menurut Wan Hanum Suraya dan Jamal@Nordin (2014), efikasi kendiri pelajar berada pada tahap yang belum boleh dibanggakan, malah pelajar mudah goyah terutama ketika menghadapi cabaran modenisasi. Begitu juga dalam hal berkaitan pembelajaran bahasa. Berdasarkan

(3)

beberapa dapatan kajian lepas seperti kajian Faridah & Nik Rosila (2012); Nik Hanan Mustapha et al. (2013);

Özkan & Gülin (2015) mendapati bahawa pelajar masih mengalami masalah keyakinan diri semasa mempelajari bahasa. Oleh itu, pelajar memerlukan kepercayaan dan keupayaan diri dalam menyempurakan sesuatu tugasan pembelajaran khususnya pebelajaran bahasa (Ghazali, Nik Mohd Rahimi, Parilah, Wan Haslina, & Ahmed Thalal, 2011; Mohamad Azrien & Mohd Alwee, 2009).

Selain efikasi kendiri, aspek psikologi dalam pendidikan yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa adalah kebimbangan bahasa. Aspek psikologi ini berlaku dalam diri individu semasa menjalani proses pemerolehan bahasa (Alrabai, 2014; Illahi Bux, Sanaullah, Ume, & Abdullah, 2017). Namun, kajian Nadwah

& Nadhilah (2014) dan Noorafini et al. (2017) mendapati bahawa faktor dalaman pelajar mempunyai kaitan yang rapat dengan kelemahan bahasa Arab. Pelajar mempunyai kepercayaan diri dan motivasi yang rendah sehingga lahir rasa takut dan malu melakukan kesalahan dalam bahasa Arab (Ashinida, 2012). Oleh itu, perasaan bimbang ini juga wujud dan dialami oleh pelajar di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab. Perkara ini disokong lagi dengan beberapa dapatan kajian lepas seperti kajian Abdullah et al. (2017), Kajian Abdullah (2018), kajian Haryati (2013) dan kajian Nur Pratiwi et al. (2014) yang menemui bahawa pelajar mengalami masalah kebimbangan dan keyakinan diri semasa di dalam kelas bahasa Arab.

Selain itu, dapatan kajian tersebut juga mendapati bahawa perasaan sebegini yang wujud dari dalam diri pelajar adalah disebabkan oleh penguasaan asas bahasa Arab yang lemah dan terlupa kosa kata semasa bertutur dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu, kajian Ghazali et al. (2010) telah mendapati bahawa pelajar yang mempelajari bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara (UITM) mengalami tahap kebimbangan bahasa yang tinggi. Begitu juga dapatan yang sama diperolehi daripada kajian Alida & Harun (2018) terhadap pelajar-pelajar Thailand di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hal ini juga berkemungkinan adalah disebabkan oleh pelajar yang tidak yakin untuk menguasai bahasa Arab dan menganggap bahawa bahasa Arab merupakan bahasa yang susah. Maka faktor ini lah yang boleh menjadikan pelajar ketinggalan dalam pembelajaran dan seterusnya merencatkan pencapaian bahasa Arab mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kebimbangan bahasa dan efikasi kendiri yang dialami oleh murid semasa mempelajari mata pelajaran bahasa Arab di dalam kelas di Sekolah Agama dan menentukan perbezaannya berdasarkan faktor demografi iaitu jantina. Kajian ini juga bertujuan untuk mengesan hubungan antara efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa semasa mempelajari mata pelajaran bahasa Arab.

SOROTAN KAJIAN

4.1 Efikasi Kendiri Dan Kebimbangan Bahasa

Efikasi kendiri adalah berkaitan dengan keyakinan individu dalam keupayaannya untuk mencapai matlamat (Hsieh, Sullivan, & Guerra, 2007). Menurut Albert Bandura (1977) efikasi kendiri adalah kepercayaan seseorang terhadap keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan tindakan bagi menghasilkan sesuatu tugasan dengan jayanya. Dalam konteks pembelajaran, efikasi kendiri merujuk kepada keupayaan seseorang pelajar untuk berjaya dalam mempelajari sesuatu subjek dengan menunjukkan tingkah laku dan mengawal pemikiran yang sesuai (Bong & Clark, 1999; Faridah & Nik Rosila, 2012). Dengan adanya keupayaan ini dalam diri pelajar, mereka mampu untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran bagi mencapai kejayaan dalam akademik (Bandura 1977; Kanammah et al. 2014; Noorafini et al. 2017; Wan Hanum Suraya

& Jamal@Nordin 2014).

Selain itu, pelajar yang mempunyai efikasi kendiri mampu mengurus tingkah laku dan tindakan dalam pembelajaran dengan mudah dan betul (Bandura, 1994). Ini bermaksud, mereka yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi mampu menghadapi kesukaran akademik dengan tenang dan menganggap ianya sebagai satu cabaran, tetapi mereka yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah sentiasa berada dalam keadaan resah dan bimbang apabila menghadapi cabaran yang sama (Butler, 2002). Justeru, efikasi kendiri berperanan menentukan cara manusia berfikir, bertingkah laku dan memotivasikan diri sehingga dapat mencapai peningkatan akademik pelajar dalam pembelajaran (Bandura, 1994; Pajares, 1996).

Manakala kebimbangan bahasa merupakan perasan tertekan dan keresahan dalam konteks pembelajaran bahasa asing dari sudut pertuturan, pendengaran dan pembelajaran, (MacIntyre & Gardner, 1994). Perasaan ini melibatkan tingkah laku tertentu apabila seseorang menggunakan atau mempelajari bahasa asing di dalam kelas (Horwitz, Horwitz, & Cope, 1986). Kebimbangan bahasa ini boleh memberi

(4)

kesan terhadap pembelajaran bahasa dan juga boleh mempengaruhi serta melemahkan kognitif individu sendiri (Che Haslina, 2014; Horwitz, 2001; Zuhana, 2007). Walaupun kebimbangan bahasa dilihat sebagai penggangu dalam proses pembelajaran bahasa, namun dalam situasi tertentu, kebimbangan bahasa boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan tersebut (MacIntyre, Noels, & Clément, 1997). Hal ini kerana, ada ketikanya perasaan bimbang diperlukan bagi memberi tekanan sedikit dalam pemerolehan bahasa kerana tiada kejayaan tanpa hadirnya kesakitan (Spielmann & Radnofsky, 2001).

4.2 Hubungan Efikasi Kendiri dengan Kebimbangan Bahasa

Efikasi kendiri mempunyai peranan yang penting dalam mengawal peningkatan kebimbangaan khususnya semasa proses pembelajaran bahasa asing (Tiw Seok Lian, 2017). Buktinya, berdasarkan konsep timbal balik pada teori kognitif sosial, efikasi kendiri berfungsi untuk mempengaruhi dan memberi keyakinan diri dalam melaksanakan tugas berkaitan pembelajaran (Santrock, 2011). Bandura (1997) menyatakan bahawa efikasi kendiri yang terbentuk daripada teori kognitif sosial ini memberi kesan kepada keadaan psikologi terutamanya kebimbangan. Ini bermaksud efikasi kendiri yang rendah akan menghasilkan kebimbangan yang tinggi. Begitu juga dalam bidang pendidikan, pelajar yang mempunyai efikasi kendiri biasanya akan mengalami kebimbangan yang rendah sehingga boleh menumpukan kepada tugasan dan meningkatkan hasil pembelajaran (Fadhilah, 2013).

Beberapa kajian mengenai efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa banyak dijalankan di luar negara.

Kajian Mills et al. (2006) yang melihat hubungan efikasi kendiri dengan kebimbangan penguasaan kemahiran bahasa terhadap pelajar bahasa Perancis mendapati bahawa efikasi kendiri tidak mempunyai hubungan dengan kebimbangan tersebut, begitu juga dapatan sama yang diperolehi dalam kajian Cubukcu (2008) yang mengkaji terhadap bakal guru English di Turki dan kajian Mohamad Azrien & Mohd Alwee (2009) dalam pembelajaran bahasa Arab di Universiti Malaya. Namun terdapat beberapa kajian lain yang menemui dapatan yang sebaliknya, seperti kajian Ghonsooly & Elahi (2009), kajian Woodrow (2011) dan kajian Haley et al. (2015). Hasil kajian-kajian yang mereka jalankan mendapati bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris. Malah Haley et al. (2015) membuktikan bahawa efikasi kendiri menjadi mediator antara kebimbangan bahasa dan pencapaian kemahiran bahasa tersebut. Oleh itu, kajian sebegini dirasakan perlu dilakukan untuk melihat samada wujud atau tidak hubungan efikasi kendiri dengan kebimbangan bahasa khususnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah.

METODOLOGI 5.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan berpandukan instrumen soal selidik sebagai alat kajian untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Reka bentuk ini dipilih adalah bertepatan dengan tujuan kajian untuk melihat persepsi dan trend dalam sikap terhadap efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa pelajar. Selain itu, dengan menggunakan kaedah tinjauan ini, data dan maklumat dikumpul sekali sahaja daripada sampel pada satu masa (Creswell, 2014; Mohd Majid, 2000). Data yang diperolehi melalui kaedah ini dapat membekalkan maklumat deskriptif yang kukuh tentang persepsi dan tingkah laku sampel yang dikaji (Thalahuddin, 2016). Dengan itu proses memperolehi maklumat ini akan menjadi mudah, cepat dan efisien (Gall, Gall, & Borg, 2005).

5.2 Populasi dan Sample Kajian

Populasi kajian ini ialah pelajar tingkatan empat yang sedang mempelajari mata pelajaran bahasa Arab di SMKA seluruh Malaysia. Berdasarkan enrolmen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM, jumlah pelajar SMKA yang menjadi populasi adalah seramai 6,925 orang. Oleh sebab kajian ini melibatkan populasi yang besar, maka pemilihan responden dilakukan menggunakan kaedah persampelan kelompok atas kelompok (multi stage cluster), bagi setiap kelompok, sampel dipilih secara rawak sistematik. Sehubungan itu, dengan mengambil kira penentuan saiz sampel oleh Krejcie & Morgan (1970) dan perisian G*power, seramai 420 orang murid yang terdiri daripada 190 orang murid lelaki (45.24%) dan 230 orang murid perempuan (54.76%) dijadikan responden kajian. Jadual 1 dibawah menerangkan secara terperinci bagaimana sampel kajian dipilih berdasarkan jumlah besar populasi.

Jadual 1 : Profil sample kajian

Negeri (Zon) Jantina JUM

(5)

Lelaki Perempuan

Kedah (Utara) 38 46 84

Terengganu (Timur) 38 46 84

Selangor (Tengah) 38 46 84

Melaka (Selatan) 38 46 84

Sarawak (Malaysia Timur) 38 46 84

Jumlah responden Keseluruhan 190 230 420

5.3 Instrumen Kajian

Bagi memperolehi data tentang tahap efikasi kendiri dalam kalangan pelajar di SMKA, kajian ini menggunakan soal selidik General Self-Efficacy Scale (GSE) yang dibangunkan oleh Schwarzer & Jerusalem (1995). Terdapat 10 item dalam GSE yang menggunakan 4 skala likert bagi mengukur efikasi kendiri iaitu bermula skala (1) tidak benar sehingga skala (4) sangat benar. Menurut Schwarzer (2014), tujuan GSE dibangunkan adalah untuk menilai kepercayaan individu terhadap kemampuannya dalam melakukan tindakan tertentu bagi memperolehi natijah yang disasarkan samada melalui persekitaran atau interaksi sosialnya (Faridah & Nik Rosila, 2012). Selain itu GSE telah digunakan dalam pelbagai budaya dan bangsa dan boleh dipercayai serta sah dilaksanakan dalam pelbagai bidang pengajian (Schwarzer, Bäßler, Kwiatek, Schröder, & Zhang, 1997).

Manakala soal selidik yang digunakan bagi mengukur tahap kebimbangan bahasa dalam kajian ini ialah Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS) yang diperkenalkan oleh Horwitz et. al. (1986).

Walaupun pada asalnya FLCAS ini digunakan untuk mengenal pasti persepsi dan tahap kebimbangan bahasa asing terutama bahasa Inggeris, namun soal selidik ini telah disesuaikan dengan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing. Alat ukur FLCAS ini mempunyai 33 item dan menyediakan skala likert 5 mata untuk dijawab oleh responden.

Kedua-dua soal selidik ini telah dijalankan back translation sebagaimana yang disarankan oleh Brislin (1970) dan telah melalui kesahan muka dan kesahan kandungan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi pendidikan dan bidang pendidikan bahasa Arab. Setelah dijalankan kajian rintis bagi melihat kekuatan dan kelemahan kedua-dua soal selidik tersebut, kebolehpercayaan instrumen GSE memperolehi nilai pekali alfa 0.84 dan instrumen FLCAS memperolehi nilai pekali alfa 0.91.

ANALISIS DATA

Data yang diperolehi daripada kajian sebenar dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan bagi menentukan tahap efikasi kendiri dan tahap kebimbangan bahasa pelajar yang mempelajari bahasa Arab di SMKA berdasarkan nilai min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi yang menggunakan ujian T bagi mengenal pasti perbezaan kedua-dua pemboleh ubah berdasarkan jantina dan korelasi pearson dilakukan bagi menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah iaitu efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa.

Penentuan tahap dalam analisis deskriptif adalah seperti yang tunjukkan pada jadual 2. Schwarzer (2014) mencadangkan bahawa tahap efikasi kendiri dikategorikan kepada dua sahaja iaitu rendah (nilai min 1.00 hingga 2.50) dan tinggi (nilai min 2.51 hingga 4.00). Manakala tahap kebimbangan bahasa ditentukan berdasarkan nilai min 1.00 hingga 2.00 dikategorikan sebagai tahap rendah, nilai min 2.01 hingga 3.99 dikategorikan sebagai tahap sederhana dan nilai min 4.00 hingga 5.00 dikategorikan sebagai tahap tinggi seperti yang dicadangkan oleh Çağatay (2015) dan Wilson (2006).

Jadual 2 Interprestasi jawapan responden

FLCAS GSE

Nilai Min Tahap Nilai Min Tahap

1.00 hingga 2.00 Rendah 1.00 hingga 2.50 Rendah 2.01 hingga 3.99 Sederhana 2.51 hingga 4.00 Tinggi 4.00 hingga 5.00 Tinggi

(6)

DAPATAN KAJIAN

7.1 Tahap Efikasi Kendiri dan Kebimbangan Bahasa

Secara keseluruhan, tahap efikasi kendiri pelajar yang mempelajari bahasa Arab di SMKA, secara keseluruhannya mencapai tahap yang tinggi dengan nilai min 2.60 dan sisihan piawai 0.517. Secara terperinci, dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai median ialah 2.6, nilai mod ialah 2.8 dan julat nilai minimum dan maksimum ialah 2.8. Ketiga-tiga nilai yang hampir antara satu sama lain ini membuktikan bahawa data kajian ini menghampiri taburan normal (Pallant, 2011). Berdasarkan jadual 3, analisis kajian juga mendapati seramai 211 (50.2%) orang murid mencapai tahap efikasi kendiri yang tinggi manakala selebihnya iaitu 209 orang murid (49.8%) memiliki tahap efikasi kendiri yang rendah.

Jadual 3 Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai efikasi kendiri Efikasi Kendiri Kekerapan Peratusan Min Sisihan Piawai

Tinggi 211 50.2 2.6 0.517

Rendah 209 49.8

Manakala tahap kebimbangan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa Arab di SMKA berada pada tahap sederhana dengan skor min adalah 3.32 dan sisihan piawai 0.563. Berdasarkan jadual 4, analisis kajian mendapati ketiga-tiga sub konstruk atau faktor kebimbangan bahasa tersebut mencapai tahap sederhana di mana nilai min adalah antara 3.27 hingga 3.41. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor ‘bimbang penilaian negatif’ mencapai skor min yang tertinggi (3.41) berbanding faktor-faktor kebimbangan bahasa yang lain.

Jadual 4 Skor min dan sisihan piawai tahap kebimbangan bahasa berdasarkan sub konstruk

Kebimbangan Bahasa Min Sisihan Piawai Tahap

Kebimbangan Komunikasi 3.27 0.660 Sederhana

Kebimbangan Ujian 3.31 0.512 Sederhana

Bimbang Penilaian Negatif 3.41 0.672 Sederhana

Keseluruhan 3.32 0.563 Sederhana

7.2 Perbezaan Efikasi Kendiri dan Kebimbangan Bahasa Berdasarkan Jantina

Ujian t tidak bersandar dilakukan bagi mengenal pasti perbezaan tahap efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa berdasarkan faktor jantina. Keputusan ujian t tersebut dijelaskan seperti jadual 5. Hasil dapatan ujian t tidak bersandar menunjukkan bahawa nilai t=-1.003 dengan df=418 dan nilai p=.317. Oleh keranan nilai p>0.05, maka ujian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan jantina pelajar. Dengan lain perkataan tahap efikasi kendiri tidak membataskan antara jantina pelajar.

Jadual 5 Analisis Ujian T tidak bersandar perbezaan efikasi kendiri dengan jantina

Pemboleh Ubah Jantina N Min S.P. t df p

Efikasi Kendiri Lelaki 190 2.53 .528

-1.003 418 .317

Perempuan 230 2.58 .508

Sekali lagi ujian T tidak bersandar dijalankan bagi menguji perbezaan kebimbangan bahasa dengan jantina, Keputusan ujian t tersebut dijelaskan seperti jadual 6. Hasil ujian t tidak bersandar menunjukkan bahawa nilai yang diperolehi ialah t= -.549 dengan df=418 dan nilai p=.583. Oleh kerana nilai p>0.05, maka ujian ini membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kebimbangan bahasa dengan jantina pelajar. Hal ini bermaksud kebimbangan bahasa yang dialami oleh pelajar bahasa Arab juga tidak dipengaruhi oleh jantina.

Jadual 6 Analisis Ujian T tidak bersandar perbezaan kebimbangan bahasa dengan jantina

Pemboleh Ubah Jantina N Min S.P. t df p

Kebimbangan

Bahasa Lelaki 190 3.30 .562

-.549 418 .583

Perempuan 230 3.34 .564

(7)

7.3 Hubungan Kebimbangan Bahasa Dengan Efikasi Kendiri

Ujian korelasi pearson digunakan bagi mengukur kekuatan hubungan antara tahap efikasi kendiri dan tahap kebimbangan bahasa dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Arab di SMKA. Setelah kesemua pra syarat bagi ujian korelasi pearson telah dipenuhi, analisis dapatan ujian korelasi ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kedua pemboleh ubah tersebut p=0.000 (p<0.05). Hubungan ini bersifat negatif dan berada ditahap sederhana iaitu nilai r= -0.650. Ini memberi maksud, semakin tinggi tahap efikasi kendiri, semakin rendah tahap kebimbangan bahasa pelajar, begitu juga sebaliknya. Secara jelasnya, tahap efikasi kendiri yang dimiliki boleh mempunyai kaitan dengan tahap kebimbangan bahasa yang dialami oleh pelajar semasa di dalam kelas bahasa Arab.

Jadual 7 Korelasi tahap tahap efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa

Hubungan antara Pemboleh ubah r r2 Sig. Tahap

Kebimbangan bahasa dan efikasi kendiri -.650 0.422 .000 sederhana Nilai signifikan 0.05

PERBINCANGAN

Perbincangan dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian sebagai menjawab objektif kajian.

Pertama tahap tahap efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa Arab yang dialami oleh pelajar di SMKA, kedua perbezaan efikasi kendiri dan tahap kebimbangan bahasa berdasarkan jantina dan ketiga hubungan antara efikasi kendiri dengan kebimbangan bahasa. Hasil dapatan kajian lepas juga digunakan sebagai sokongan dalam membincangkan dapatan kajian ini.

8.1 Tahap Efikasi Kendiri

Secara umumnya, berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, efikasi kendiri pelajar berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, nilai min yang diperolehi berada pada skor permulaan kategori tinggi. Hal ini terbukti apabila melihat peratusan pelajar yang mencapai efikasi kendiri di tahap tinggi adalah hampir sama dengan pelajar di tahap rendah. Oleh yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa sebahagian besar pelajar di SMKA mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Arab. Aras keyakinan atau efikasi kendiri pelajar yang tinggi ini mungkin adalah disebabkan oleh tahap motivasi yang mereka alami juga adalah tinggi. Buktinya, kajian Ghazali Yusri et al. (2010) telah mendapati bahawa pelajar yang mempelajari bahasa Arab mempunyai motivasi yang tinggi. Pelajar bahasa Arab khususnya pelajar muslim memandang tinggi terhadap mata pelajaran tersebut atas faktor agama dan persekitaran (Ghazali et al., 2010). Malah Albert Bandura (1993) berpendapat bahawa efikasi kendiri mempunyai kaitan dengan motivasi dalam beberapa bentuk, iaitu penetapan matlamat, usaha yang dikerahkan, tekal menghadapi rintangan dan berkesan terhadap apa yang diusahakan.

Dapatan ini konsisten dengan dapatan kajian Anyadubalu (2010) yang mendapati bahawa pelajar sekolah Satri Si Suriyothai, Thailand memiliki tahap efikasi kendiri di tahap tinggi. Kajian Cubukcu (2008);

Fazlinda (2013); Salihah (2016) terhadap pelajar-pelajar di peringkat kolej dan universiti juga memperolehi dapatan yang sama. Namun dapatan kajian ini tidak menyokong kajian yang dijalankan oleh Özkan & Gülin (2015) di Turki dan kajian Tiw Seok Lian (2017) terhadap pelajar Sekolah Rendah di Nusajaya Johor. Kedua- dua kajian ini mendapati bahawa pelajar yang mempelajari bahasa asing mempunyai efikasi kendiri pada tahap sederhana. Begitu juga dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, dapatan kajian ini dilihat lebih baik jika dibandingkan dengan kajian Ghazali et al. (2011) dan kajian Nik Hanan et al. (2013). Kedua-dua kajian tersebut menunjukkan bahawa efikasi kendiri pelajar berada di tahap sederhana, sedangkan efikasi kendiri pelajar yang diperolehi daripada kajian ini berada di tahap tinggi. Oleh itu, kajian ini sedikit sebanyak membantu mengisi kelompangan kajian berkaitan efikasi kendiri dalam pembelajaran bahasa Arab.

8.2 Tahap Kebimbangan Bahasa

Analisis deskriptif juga menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kebimbangan bahasa berada pada tahap yang sederhana. Hasil penelitian kepada sub konstruk kebimbangan bahasa, kajian mendapati bahawa ketiga-tiga sub konstruk tersebut juga berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, sub konstruk bimbang penilaian negatif mempunyai nilai min yang tertinggi berbanding dua lagi sub konstruk iaitu kebimbangan ujian dan kebimbangan komunikasi. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa pelajar bahasa Arab di SMKA mempunyai perasaan bimbang semasa mempelajari bahasa tersebut di dalam kelas. Namun perasaan yang dialami ini tidak begitu menggusarkan kerana ianya berada ditahap sederhana. Antara faktor

(8)

kebimbangan bahasa yang sering berlaku pada perspektif pelajar adalah mereka bimbang akan dipandang negatif dan ditertawa oleh rakan-rakan sekelas semasa mereka bertutur bahasa Arab. Oleh yang demikian, antara faktor yang menyebabkan tercetusnya perasaan bimbang ini dalam kalangan pelajar bahasa Arab di SMKA adalah disebabkan (1) bimbang penilaian negatif, (2) kebimbangan komunikasi dan (3) kebimbangan ujian.

Dapatan kajian ini bukanlah menjadi sesuatu yang asing dalam kajian kebimbangan bahasa. Hal ini kerana dapatan ini adalah selari dengan beberapa dapatan kajian berkaitan kebimbangan bahasa sebelum ini. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Kuşçu (2017) mendapati bahawa tahap kebimbangan bahasa pelajar sekolah menengah di Turki berada pada tahap sederhana. Begitu juga kajian Hussain et al. (2011), kajian Dewaele & Ip (2017) dan kajian Choi et al. (2019) yang memfokuskan kajian kepada pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah menengah, turut memberikan dapatan yang sama. Sungguhpun demikian, dapatan kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa Asing juga berdepan dengan masalah kebimbangan bahasa, namun tahap kebimbangan masih terkawal. Malah dapatan kajian ini dilihat lebih baik berbanding dengan kajian Alida & Harun (2018); Cheng & Erben (2012); Indrawati (2017) yang mendapati tahap kebimbangan bahasa adalah tinggi. Begitu juga dapatan kajian ini menunjukkan senario yang berbeza dengan kajian Atasheneh & Izadi (2012); Elkhafaifi (2005); Nur Pratiwi (2015) menunjukkan tahap kebimbangan bahasa yang rendah.

8.3 Perbezaan Tahap Efikasi Kendiri dan Kebimbangan Bahasa Berdasarkan Jantina

Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap efikasi kendiri dan tahap kebimbangan bahasa berdasarkan jantina pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa tidak ada mana-mana kumpulan jantina dalam kalangan pelajar yang menonjol bagi efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa samada di tahap tinggi mahupun di tahap rendah. Hal ini bermakna, semua pelajar tidak kira lelaki ataupun perempuan berpotensi untuk mempunyai efikasi kendiri dan mengalami kebimbangan bahasa di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab. Keadaan ini adalah bergantung kepada kemampuan individu dalam mengurus perasaan tersebut dalam diri pelajar itu sendiri.

Bagi perbezaan tahap efikasi kendiri, keputusan kajian ini dilihat selari dengan beberapa kajian lepas seperti kajian Cubukcu (2008) dan kajian Fazlinda (2013). Begitu juga kajian Faridah & Nik Rosila (2012) terhadap pelajar sekolah agama di negeri Kedah yang mendapati bahawa tiada perbezaan tahap efikasi kendiri terhadap jantina. Selain itu, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa tahap efikasi kendiri mempunyai perbezaan antara lelaki dan perempuan seperti kajian yang dijalankan oleh Fadhilah (2013) dan Özkan & Gülin (2015). Melihat akan perkara ini, kajian ini menyokong dapatan yang menyatakan bahawa kebimbangan bahasa dan efikasi kendiri hadir ke atas individu pelajar tanpa mengira jantina khususnya dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

Manakala bagi perbezaan tahap kebimbangan bahasa pula, dapatan kajian ini menyamai dengan kajian yang dilakukan oleh Aida (1994) dan Kuşçu (2017). Begitu juga dapatan ini dilihat selari dengan beberapa dapatan kajian kebimbangan bahasa yang lain seperti kajian Haryati Ahmad Termizi (2013); Mohd Hasrul et al. (2013); Nor Haliza & Khaidzir (2010). Namun dapatan analisis perbezaan ini berbeza dengan apa yang diperolehi daripada kajian Choi et al. (2019) yang mendapati tahap kebimbangan bahasa 414 orang remaja di Korea Selatan adalah berbeza antara lelaki dan perempuan. Malah kajian Park & French (2013) dan kajian Karatas et al. (2016) mendapati bahawa pelajar perempuan mengalami tahap kebimbangan bahasa lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Terdapat juga kajian yang menemui dapatan yang sebaliknya seperti kajian Wilson (2006) dan kajian Hussain et al. (2011).

8.4 Hubungan Efikasi Kendiri Dengan Kebimbangan Bahasa

Ujian korelasi pearson yang mengukur hubungan efikasi kendiri dengan kebimbangan bahasa dalam kalangan pelajar di SMKA menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa. Manakala kadar hubungan tersebut berada di tahap sederhana. Hal ini menjelaskan bahawa kebimbangan bahasa yang dialami pelajar mempunyai kaitan secara sederhana dengan efikasi kendiri pelajar. Selain itu, hubungan negatif yang diperolehi daripada hasil kajian ini menjelaskan bahawa semakin rendah tahap kebimbangan bahasa, maka semakin tinggi tahap efikasi kendiri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, begitulah sebaliknya. Dengan lain perkataaan, efikasi kendiri seseorang pelajar dapat mengawal peningkatan tahap kebimbangan bahasa yang dialami oleh pelajar tersebut. Efikasi kendiri juga mampu menurunkan tahap kebimbangan bahasa dan seterusnya membantu meningkatkan pencapaian bahasa Arab pelajar (Nik Hanan et al., 2013).

Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa hubungan yang signifikan ini adalah selari dengan teori kognitif sosial oleh Bandura (1997) yang mengaitkan kesan efikasi kendiri terhadap keadaan psikologi termasuklah kebimbangan. Begitu juga, dapatan kajian ini mempunyai persamaan dan seterusnya

(9)

menyokong dapatan beberapa kajian lain yang dilakukan terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa asing seperti kajian Ghonsooly & Elahi (2009), kajian Anyadubalu (2010a), kajian Woodrow (2011), kajian Haley et al. (2015) dan yang terbaharu kajian oleh Tiw Seok Lian (2017) yang mengkaji hubungan serupa terhadap 289 orang pelajar sekolah rendah di zon Nusajaya, Johor. Beliau mendapati bahawa tahap efikasi kendiri yang rendah boleh menjadi salah satu punca kebimbangan bahasa asing yang dipelajari pelajar.

Namun beberapa kajian yang lepas seperti kajian Mills et al. (2006) mendapati bahawa kebimbangan bahasa dalam kalangan 95 orang pelajar yang belajar bahasa Perancis di Universiti Amerika Syarikat tidak mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri. Dapatan yang sama diperolehi daripada kajian Cubukcu (2008) yang dilakukan terhadap bakal guru bahasa Inggeris di Universiti Turki. Perbezaan dapatan kajian ini mungkin disebabkan oleh faktor latar belakang responden tersebut. Hal ini diakui oleh Cubukcu (2008) yang mengatakan bahawa kebanyakan bakal guru yang menjadi responden kajian beliau adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari bandar-bandar kecil di Turki. Oleh yang demikian, sifat keperibadian mereka yang pemalu, takut untuk menyuarakan pendapat di dalam kelas atau di khalayak ramai dan kemampuan mereka untuk bercakap dengan bahasa asing menyumbang kepada perbezaan dapatan kajian tersebut.

IMPLIKASI KAJIAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini membuka ruang kepada tenaga pengajar bahasa Arab untuk mengambil perhatian yang serius tentang perkara-perkara yang berkaitan emosi, kognitif dan sosial pelajar termasuklah kebimbangan bahasa dan efikasi kendiri. Guru perlu membantu pelajar-pelajar dalam mengurangkan perasaan bimbang yang mereka alami dan pada masa yang sama meningkatkan efikasi kendiri dengan memanfaatkan penglibatan mereka sebanyak mungkin di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab.

Kata-kata nasihat, semangat, motivasi seharusnya sentiasa diberikan bagi menyokong mereka dalam mendepani beban perasaan yang mereka tanggung.

Selain itu, pendekatan dan strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mereka di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab perlu dimuhasabah kembali. Dengan mengambil kira tahap kebimbangan bahasa dan tahap efikasi kendiri yang dimiliki oleh setiap pelajar tanpa mengira jantina, guru seharusnya mewujudkan suasana kondusif semasa mengajar mata pelajaran bahasa Arab ini. Suasana yang tidak bertimbang rasa dan terancam dengan kenyataan-kenyataan negatif seperti memarahi, mentertawa dan memperlekeh pelajar di khalayak sepatutnya dielakkan semasa proses PdPc berlangsung. Elakkan daripada membandingkan pelajar-pelajar antara satu sama lain kerana tindakan ini akan merosakkan semangat dan keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran. Sebaliknya tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar pelajar yang mengalami perasaan bimbang dan keyakinan diri ini tidak terus ketinggalan dalam pembelajaran bahasa Arab.

Di antara amalan-amalan di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab yang boleh menangani kebimbangan bahasa dan memupuk efikasi kendiri pelajar ialah peranan guru sebagai pemangkin. Guru memberi ruang dan peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk meluahkan idea, pengalaman mereka dan melakukan tugasan yang mampu mereka capai. Namun tugasan tersebut tidaklah terlalu mudah sehingga tidak memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pelajar. Dengan itu, amalan sebegini akan menggalakkan pelajar ke arah memupuk rasa keyakinan dalam diri individu. Selain itu, budaya kerja berpasukan dalam kalangan pelajar harus digalakkan. Dalam menyiapkan tugasan berkaitan pembelajaran bahasa Arab, pelajar boleh membantu dan mengajar rakan-rakan yang lain, berkongsi idea dan lain-lain. Hal ini secara tidak langsung, perasaan bimbang pelajar akan hilang secara beransur-ansur dan pada masa yang sama rasa keyakinan diri atau efikasi kendiri pelajar akan meningkat.

Dalam konteks hubungan antara efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa, dapatan kajian ini memberi makna bahawa pelajar yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi mampu mengawal peningkatan kebimbangan bahasa mereka. Oleh yang demikian, pelajar mesti berusaha meningkatkan keyakinan diri sendiri jika ingin menghindari diri daripada perasaan bimbang semasa mempelajari bahasa Arab. Sekali lagi, perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak berkenaan terutama pihak guru, kerana tanpa bantuan dan sokongan guru, pelajar terutama di peringkat sekolah belum mampu untuk mengawal perasaan yang berkaitan emosi, kognitif dan sosial ini secara bersendirian.

Kajian yang dijalankan ini melibatkan dua pemboleh ubah yang mempunyai kaitan rapat dengan pembelajaran bahasa Aras sebagai bahasa asing. Namun, terdapat keperluan untuk dijalankan penyelidikan lanjut mengenai hubungan antara kebimbangan bahasa dengan pemboleh-pemboleh ubah lain yang juga mempunyai kaitan dengan pembelajaran bahasa Arab seperti faktor spiritual, faktor desakan ibu bapa, faktor pengawalan diri dan lain-lain. Kajian ini juga hanya terbatas kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama sahaja, maka adalah dicadangkan agar kajian akan datang memfokuskan kepada peranan dan kaitan bahasa

(10)

Arab dalam kehidupan pelajar muslim di Malaysia. Hal ini kerana, bahasa Arab dianggap sebagai bahasa agama dan bahasa ibadah bagi umat Islam khususnya di Malaysia.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian yang dilaksanakan ini menunjukkan bahawa pelajar tingkatan empat yang mempelajari bahasa Arab di SMKA memiliki efikasi kendiri yang agak tinggi, namun skor min yang diperolehi menghampiri kategori rendah. Namun pelajar di SMKA ini juga mengalami kebimbangan bahasa pada tahap sederhana. Selain itu kajian ini juga dapat mengesahkan bahawa kebimbangan bahasa dan efikasi kendiri dialami oleh kebanyakan pelajar sekolah tanpa mengira jantina samada lelaki ataupun perempuan.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara kebimbangan bahasa dengan efikasi kendiri pelajar. Sehubungan itu, salah satu cara untuk mengurangkan tahap kebimbangan bahasa yang dialami semasa mempelajari bahasa Arab di dalam kelas, pelajar seharusnya berusaha sedaya upaya bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri mereka. Akhirnya, usaha yang dilakukan melalui kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan khususnya guru bahasa Arab dalam mengurus pelajar yang mengalami masalah ini semasa proses PdP bahasa Arab berjalan di dalam kelas.

RUJUKAN

Abdullah, H. (2018). Kebimbangan Bahasa Guru Pelatih Terhadap Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab dan Kaitannya Dengan Strategi Pembelajaran. Tesis Dr.Fal, Universiti Putra Malaysia.

Abdullah, H., Nik Farhan, M., Che Radiah, M. P., & Wan Muhammad, W. S. (2017). Mengapa Guru Pelatih Bimbang Untuk Bertutur Dalam Kelas Bahasa Arab? Jurnal Kemanusiaan, (15), 1–6.

Afandi, Y., Nik Mohd Rahimi, N. Y., & Harun, B. (2019). Kebimbangan Bahasa dan Hubungannya dengan Pencapaian dalam Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(2), 1–9.

https://doi.org/http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.02-01

Ahmad Muradi, M. A. (2013). Tujuan Pembelajaran Bahasa Asing (Arab) di Indonesia. Al-Maqoyis, I(Januari-Jun), 128–137.

Aida, Y. (1994). Examination of Horwitz, Horwitz, and Cope’s Construct of Foreign Language Anxiety:

The Case of Students of Japanese. The Modern Language Journal, 78(2), 155–168.

Akta Pendidikan. (1996). Akta 550 ; Peraturan-peraturan Terpilih (1998).

Alida, S., & Harun, B. (2018). Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Dan Tahap Kebimbangan Dalam Kalangan Pelajar Thailand Di Malaysia. In International Conference On Global Education VI (pp.

308–320). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Alrabai, F. (2014). The Influence Of Teachers’ Anxiety- Reducing Strategies On Learners’ Foreign Language Anxiety. Innovation in Language Learning and Teaching, (October), 37–41.

Anyadubalu, C. C. (2010). Self-Efficacy, Anxiety, And Performance in The English Language Among Middle-School Students In English Language Program In Satri Si Suriyothai, Bangkok.

International Journal of Social Science, 5(3), 193–198.

Ashinida, A. (2012). Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab.

GEMA Online Journal of Language Studies, 12(2), 645–666.

Ashinida, A. (2013). Demotivating Factors in The Arabic Language Clasroom: What Demotivates Non- Muslim Malaysian Learners When it Comes to Learning Arabic? Procedia - Social and Behavioral Sciences, 93, 1652–1657. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.096

Atasheneh, N., & Izadi, A. (2012). The Role of Teachers in Reducing / Increasing Listening Comprehension Test Anxiety : A Case of Iranian EFL Learners. English Language Teaching, 5(3), 178–187.

Awatif, A. R., Hairun Najuwah, J., Ku Fatahiyah, K. A., & Nor Syaidah, B. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab di KUIS. Research Gate, 1–12.

Azman, C. M., & Soon, G. Y. (2010). Situasi Pembelajaran Bahasa Asing Di Institut Pengajian Tinggi : Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin Dan Bahasa Perancis. AJTLHE, 2(2), 9–20.

Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a Unifying Theory of Behavioral Change. Psychological Inquiry, 84(2), 191–215.

Bandura, A. (1993). Perceived Self-Efficacy in Cognitive Development and Functioning. Educational Psychologist, 28(2), 117–148.

(11)

Bandura, A. (1994). Self-Efficacy. Encyclopedia of Human Behavior, 4, 71–81.

Bandura, A. (1997). Self-Efficacy: The Exercise of Control. New York: Worth Publishers.

Bong, M., & Clark, R. E. (1999). Comparison Between Self-concept and Self-Efficacy in Academic Motivation Research. Educational Psychologist, 34(3), 139–153.

Brislin, R. W. (1970). Back-Translation for Cross-Cultural Research. Journal of Cross-Cultural Psychology, 1(3), 185–216.

Butler, D. L. (2002). Individualizing Instruction in Self-Regulated Learning. Theory into Practice, 41(2), 64–

Çağatay, S. (2015). Examining EFL Students’ Foreign Language Speaking Anxiety: The Case at a Turkish 67.

State University. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 199, 648–656.

Che Haslina, A. (2014). Intervensi Modul Bimbingan Islam Terhadap Masalah Kecelaruan Kebimbangan Umum Dalam Kalangan Pelajar Universiti: Satu Kajian Kes. Tesis Dr. Fal, Universiti Sains Malaysia.

Choi, N., No, B., Jung, S., & Lee, S. E. (2019). What Affects Middle School Students’ English Anxiety in the EFL Context? Evidence from South Korea. Education Sciences, 9(1), 39.

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approach (4th ed.).

California: SAGE Publication Inc.

Cubukcu, F. (2008). A Study on the Correlation between Self Efficacy and Foreign Language Learning Anxiety. Journal of Theory and Practice in Education, 4(1), 148–158.

Dewaele, J.-M., & Ip, T. S. (2017). The Link Between Foreign Language Classroom Anxiety, Second Language Tolerance of Ambiguity and Self-rated English Proficiency among Chinese Learners.

Studies in Second Language Learning and Teaching, 3(1), 47.

Doolan, L. S., & Honigsfeld, A. (2010). Illuminating the New Standards with Learning Style: Striking a Perfect Match. A Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas, (November), 37–41.

Elkhafaifi, H. (2005). Listening Comprehension and Anxiety in the Arabic Language Classroom. The Modern Language Journal, 89(2), 206–220.

Fadhilah, A. (2013). Hubungan Antara Efikasi Kendiri dan Kemahiran Belajar dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Faridah, M., & Nik Rosila, N. Y. (2012). Efikasi Kendiri Dan Pencapaian Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Kedah. Malaysian Education Deans Council (MEDC), 11(December), 76–89.

Fazlinda, A. H. (2013). Kemahiran Kebolehgajian, Estim Kendiri Dan Efikasi Kendiri Pelajar Teknikal Dan Vokasional Yang Bermasalah Pendengaran Di Politeknik Dan Kolej Komuniti, Malaysia. Tesis Dr.

Fal, Universiti Putra Malaysia.

Gall, J. P., Gall, M. D., & Borg, W. R. (2005). Applying Educational Research: A Practical Guide (5th ed.).

Boston: Pearson/Allyn & Bacon.

Ghazali, Y., Nik Mohd Rahimi, N. Y., & Parilah, M. S. (2010). Kebimbangan Ujian Dan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Dalam Konteks Kemahiran Lisan. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE), 2(2), 46–58.

Ghazali, Y., Nik Mohd Rahimi, N. Y., Parilah, M. S., Wan Haslina, W., & Ahmed Thalal, H. (2011).

Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab. GEMA Online Journal of Language Studies, 11(1), 81–96.

Ghonsooly, B., & Elahi, M. (2009). Learners’ Self-efficacy in Reading and its Relation to Foreign Language Reading Anxiety and Reading Achievement. Journal of English Language Teaching and Learning, 53(217), 83–93.

Haley, M., Marin, M. R., & Gelgand, J. C. (2015). Language Anxiety and Counseling Self-Efficacy. Journal Of Multicultural Counseling and Development, 43(July), 162–172.

Haryati, A. T. (2013). Orientasi Matlamat Pencapaian Dan Keresahan Terhadap Bahasa Arab Dalam Kalangan Murid Felda. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.

Hashim Fauzy, Y., & Ishak, M. S. (2009). Efikasi Diri dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar IPTA. Fakulti Pendidikan UTM, 47–72.

Horwitz, E. K. (2001). Language Anxiety and Achievement. Annual Revew of Applied Linguistics, 21, 112–

127.

Horwitz, E. K., Horwitz, M. B., & Cope, J. (1986). Foreign Language Classrom Anxiety. The Modern Language Journal, 70(2), 125–132.

Hsieh, P., Sullivan, J. R., & Guerra, N. S. (2007). A Closer Look at College Students: Self-Efficacy and Goal Orientation. Journal of Advanced Academics, 18(3), 454–476. https://doi.org/10.4219/jaa-2007- 500

(12)

Hussain, M. A., Shahid, S., & Zaman, A. (2011). Anxiety and Attitude of Secondary School Students Towards Foreign Language Learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 29, 583–590.

Illahi Bux, G., Sanaullah, A., Ume, K., & Abdullah, L. (2017). An Empirical Investigation of Foreign Language Anxiety in Pakistani University. International Journal of English Linguistics, 7(2), 21–31.

Indrawati, E. D. (2017). The Relationship Between Motivation , Axiety and English Proficiency at Pusdiklat Keuangan Umum Jakarta. In UHAMKA International Conference on ELT and CALL (UICELL) (pp. 23–24). Jakarta.

Kamarul Shukri, M. T. (2014). A Closer Look at Metaphysic Strategies and Language. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE), 6(2), 24–36.

Kamarul Shukri, M. T., Mohamed Amin, E., Nik Mohd Rahimi, N. Y., & Zamri, M. (2009). Strategi Metafizik: Kesinambungan Penerokaan Domain Strategi Utama Pembelajaran Bahasa. GEMA Online Journal of Language Studies, 9(2), 1–13.

Kanammah, M., Melissa, N. L. Y. A., & Shahizan, H. (2014). Pengaruh Faktor Psikologi Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 29, 39–54.

Karatas, H., Alci, B., Bademcioglu, M., & Ergin, A. (2016). An Investigation into University Students’

Foreign Language Speaking Anxiety. Science Direct, 232(April), 382–388.

KPM. (2009). 50 Tahun Pendidikan Islam di Malaysia. Cheras, Selangor: Info Meditasi Sdn. Bhd.

KPM. (2015). Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan Islam KPM 2015. Cyberjaya: Bahagian Pendidikan Islam.

KPM. (2017). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Bahasa Arab Tingkatan 3. Putrajaya:

Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities Robert.

Educational and Psychological Measurement, 38(1), 607–610.

Kuşçu, E. (2017). Teaching the Anxiety of Learning a Foreign Language That Influences High School Students in Learning French as a Second Foreign Language “ The Case of Denizli .” Journal Of Language And Linguistic Studies, 13(1), 88–102.

MacIntyre, P. D., & Gardner, R. C. (1994). The Subtle Effects of Language Anxiety on Cognitive Processing in the Second Language. Language Learning, 44(2), 283–305.

MacIntyre, P. D., Noels, K. a, & Clément, R. (1997). Biases in self-ratings of second language proficiency:

The Role of Language Anxiety. Language Learning, 47(2), 265–387.

Mills, N., Pajares, F., & Herron, C. (2006). A Reevaluation of the Role of Anxiety- Self-Efficacy, Anxiety, and Their Relation to Reading and Listening Proficiency. Foreign Language Annals, 39, 276–295.

Mohamad Azrien, M. A., & Mohd Alwee, Y. (2009). Motivasi, Pembelajaran Pengaturan Kendiri dan Prestasi Akademik: Satu Kajian di Kalangan Pelajar Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Jurnal Al-Tamaddun, 4(1), 1–16.

Mohamad Azrien, M. A., & Zamri, G. (2011). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dan Efikasi Kendiri : Kajian Ke Atas Pelajar. Sarjana, 26(1), 81–99.

Mohamad Ziyad, M., & Izudin, M. (2011). Penguasaan Asas Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar PPISMP GSTT- PAI: Satu Kajian Kes. GEMA Online TM Journal Of Language Studies, 11(2), 1–22.

Mohd Fadzli Ismail, & Mohd Sukki Othman. (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Tinjauan di SMAP Kajang. In Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) (pp. 173–189).

Mohd Hasrul, K., Noraniza, I., Melor, M. Y., & Noriah, M. I. (2013). Language Anxiety among Gifted Learners in Malaysia. English Language Teaching, 6(3), 20–29.

Mohd Majid, K. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (5th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadwah, D., & Nadhilah, A. P. (2014). Permasalahan Pertuturan Dalam Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua. GEMA Online Journal of Language Studies, 14(1), 117–133.

Nik Hanan, M., Nik Farhan, M., Nadwah, D., & Mahmud, A. W. (2013). Arabic Language Efficacy Questionnaire (ALEQ): Assessing Self-Efficacy and Achievement. GEMA Online Journal of Language Studies, 13(1), 155–167.

Nik Mohd Rahimi, N. Y., Sarizan, S., & Siti Nuhajariah. (2016). Tahap Kefahaman Bahasa Arab Mengikut Taksonomi Bacaan dalam Kalangan Pelajar (The Level of Arabic Comprehension According to Taxonomy of Reading Among Students). Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 33–37.

Noorafini, K., Saini, A. D., & Muhammad Suhaimi, T. (2017). Pengaruh Sikap Pelajar dan Pengajaran Guru Terhadap Penguasaan Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar PPIB, UMS. Jurnal ‘Ulwan, 1, 125–

142.

(13)

Nor Aziah, J., Mohd. Ismail, M., Kamarul Azmi, J., & Mohd. Hanafi, A. R. (2017). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab : Masalah dan Cabaran. International Journal of Religion Research in Education, 1(2), 65–71.

Nor Haliza, I., & Khaidzir, H. I. (2010). Kebimbangan Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 13(Jun), 73–88.

Nur Pratiwi. (2015). Tahap Keresahan Pelajar Dalam Kelas Maharat Al-Muhadathah Wa Al-Khatabah.

Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Pratiwi, Suhaila Zailani Hj. Ahmad, & Salamiah Ab. Ghani. (2014). Kajian Terhadap Faktor Keresahan Pelajara dalam Kelas Al-Muhadathah Wal Khatabah. Prosiding Seminar Pengajaran &

Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 1–10.

Özkan, K., & Gülin, D. K. (2015). An Investigation of L2 Learners’ Writing Self-Efficacy, Writing Anxiety and Its Causes at Higher Education in Turkey. International Journal of Higher Education, 4(2), 57–66.

Pajares, F. (1996). Assessing Self-Eficacy Beliefs and Academic Outcomes: The Case For Specificity and Correspondence. American Educational Research Association, 1–21.

Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS (4th ed.). Australia:

Allen & Unwin Book Publishers.

Park, G.-P., & French, B. F. (2013). Gender differences in the Foreign Language Classroom Anxiety Scale.

System, 41(2), 462–471.

Rui, C., & Antony, E. (2012). Language Anxiety: Experiences of Chinese Graduate Students at U. S. Higher Institutions. Journal of Studies in International Education, 16(5), 477–497.

Salihah, S. @ A. H. (2016). Efikasi Kendiri Dan Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dalam Kalangan Pelajar KKTM Sri Gading. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Santrock, J. W. (2011). Educational Psychology (5th ed.). New York: McGraw-Hill.

Schwarzer, R. (2014). Everything you wanted to know about the General Self- Efficacy Scale but were afraid to ask. Retrieved from http://userpage.fu-berlin.de/~health/faq_gse.pdf

Schwarzer, R., Bäßler, J., Kwiatek, P., Schröder, K., & Zhang, J. X. (1997). The Assessment of Optimistic Self Beliefs: Comparison of the German, Spanish, and Chinese Versions of the General Self Efficacy Scale. Applied Psychology, 46(1), 69–88.

Schwarzer, R., & Jerusalem, M. (1995). Generalized Self-Efficacy scale. In J. Weinman, S. Wright, & M.

Johnston (Eds.), Measures in health psychology: A user’s portfolio, Causal and control beliefs (pp.

35–37). Windsor, England: NFER-NELSON.

Skehan, P. (1991). Individual Differences in Second Language Learning. Study in Second Language Learning Acquisition, 13, 275–298. https://doi.org/10.1017/S0272263100009979

Spielberger, & Donald, C. (1983). Manual for the State-trait Anxiety Inventory. Palo Alto, CA: Consulting Psychologist Press. Stevick.

Spielmann, G. U. Y., & Radnofsky, M. L. (2001). Learning Language under Tension New Directions from a Qualitative Study. Modern Language Journal, 85(2), 259–278.

Thalahuddin, A. (2016). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru di SABK Negeri Perak. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tiw Seok Lian. (2017). Relationship Between Speaking Anxiety And Self-Efficacy Among Chinese Vernacular Primary School Students In Second Language Classrooms. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.

Wan Hanum Suraya, W. M., & Jamal@Nordin, Y. (2014). Aplikasi Teori Albert Bandura dalam Memantapkan Optimis Akademik Pelajar Menengah. In International Seminar On Global Education II (pp. 1–14). UKM Bangi.

Wilson, J. T. S. (2006). Anxiety in learning english as a foreign language: its associations with student variables, with overall proficiency, and with performance on an oral test. Tesis Dr. Fal., Universiti Granada.

Woodrow, L. (2011). College English writing affect: Self-efficacy and anxiety. An International Journal of Educational Technology and Applied Linguistics (SYSTEM), 39(4), 510–522.

Zuhana, M. Z. (2007). The Relationship Between Reading Anxiety And Academic Reading Performance Among ESL Learners. Tesis Master, Universiti Putra Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seramai 60 orang murid dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada murid tahun lima dan kesemua responden berumur 11 tahun. Kesemua responden yang

Berdasarkan kepada jadual 4, data menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap yang kuat (r=0.57, p&lt;0.05) antara efikasi kendiri dengan kepuasan

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara penggunaan alat interaktif terhadap efikasi kendiri murid dalam pendidikan matematik..

Hasil kajian memaparkan mempunyai hubungan positif antara penyesuaian akademik dengan efikasi kendiri akademik (r=0.47, p&lt;0.05 dan hubungkaitan fakulti

Hasil daripada analisa ujian–t seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.3, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi subskala efikasi dalam penglibatan murid [t

Berdasarkan situasi yang diterangkan berkenaan kajian terhadap aspek efikasi kendiri guru dan isu-isu dalam persekitaran latihan mengajar, penyelidik berkeyakinan bahawa

Berdasarkan situasi yang diterangkan berkenaan kajian terhadap aspek efikasi kendiri guru dan isu-isu dalam persekitaran latihan mengajar, penyelidik berkeyakinan bahawa

5.4.2 Kesan Pengantara Efikasi Kendiri Menahan Diri Terhadap Hubungan Corak Komunikasi Ibu Bapa dengan Kecenderungan Tingkah Laku Seks Berisiko dalam Kalangan Remaja Lelaki