• Tiada Hasil Ditemukan

Cabaran utama berkaitan dengan produk kewangan Islam ialah tentang pengurusan risiko dan pasaran globalisasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Cabaran utama berkaitan dengan produk kewangan Islam ialah tentang pengurusan risiko dan pasaran globalisasi"

Copied!
23
0
0

Tekspenuh

(1)

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0802

Fikih Muamalat Dalam Institusi Kewangan Modern

Sanep Ahmad1 School of Economics Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi, 43600 Selangor D.E.

Malaysia e-mail:nep@ukm.my

1Lecturer of islamic economics, School of Economics, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bangi 43600, Selangor, Malaysia Fax: 603-89215789 http://www.ukm.my/ekonis

E-mail: ekonis@ukm.my

(2)

Abstrak

Makalah ini cuba menunjukkan bahawa fikih muamalat sebagai satu cabang dalam syariah Islam menyediakan berbagai kontrak yang boleh diaplikasikan dalam institusi kewangan Islam sebagai alternatif kepada kaedah konvensional. Ternyata kontrak dalam fikih muamalat amat praktikal untuk diaplikasikan dalam semua aspek transaksi perniagaan sama ada didalam sektor perbankan, sektor bukan bank, pasaran modal atau pun pasaran wang. Pengaplikasian didapati sesuai untuk tujuan deposit, pembiayaan, perkhidmatan, pensekuritian dan pengumpulan dana modal. Ia hanya tidak boleh diaplikasikan dalam pasaran wang derivatif iaitu futures, options dan swap. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan diantara pandangan ulama’ berkaitan penerimaan sesetengah kontrak dalam produk perbankan, namun kemunculan berbagai produk yang berbeza menunjukkan kerelevanan sistem kewangan Islam untuk dipraktikkan. Cabaran utama berkaitan dengan produk kewangan Islam ialah tentang pengurusan risiko dan pasaran globalisasi. Pembiayaan berasaskan ekuiti seperti mudharabah dan musyarakah didapati mempunyai risiko pengurusan yang lebih tinggi dan kurang keupayaan bersaing.

Ini menjadi alasan mengapa pembiayaan berasaskan ekuiti kurang dilaksanakan.

Berhubung dengan persoalan globalisasi pula, pengaplikasian produk Islam didapati kurang popular kerana sistem konvensional didapati masih terlalu dominan. Untuk tujuan menghadapi masa depan yang lebih mencabar serta berdepan dengan zaman globalisasi masyarakat dunia maka produk kewangan Islam perlu lebih kepada inovatif dan lebih kompetitif.

Kata Kunci:

Fikih Muamalat, Kewangan Islam, Perbankan Islam, Pembiayaan Ekuiti.

(3)

1. Pengenalan

Urusan kewangan manusia masa kini banyak menggunakan kaedah konvensional yang secara umumnya berdasarkan riba / kadar bunga. Urusan simpanan, pinjaman, pembiayaan, jual beli kesemuanya melibatkan riba. Transaksi yang melibatkan riba adalah dilarang kerana riba secara terang adalah diharamkan pengamalannya oleh Islam. Islam memberi alternatif kepada riba. Banyak kontrak didalam Islam yang boleh dipraktikkan dalam urusan transaksi yang bebas daripada riba. Kontrak tersebut merupakan persoalan utama yang dibincangkan dalam fikih muamalat.

Fikih muamalat adalah hukum atau perundangan perdagangan Islam. Ia merupakan salah satu daripada cabang dalam perundangan syariah yang membincangkan persoalan tentang kontrak, sama ada diterima atau tidak serta menjelaskan syarat kesahan mengenainya.

Persoalan tentang kontrak adalah persoalan yang tidak rigid sebagaimana ibadat khusus.

Ibadat khusus adalah tetap, syarat dan rukunnya jelas serta tidak terdapat ruang perubahan kepadanya. Akan tetapi kontrak perdagangan berkait dengan urusan perdagangan manusia yang sentiasa berubah, semakin kompleks dari masa kesemasa dan melibatkan persoalan perdagangan yang semakin rumit. Oleh itu kontrak perdagangan boleh berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa manusia.

Urusan manusia dalam institusi ekonomi dan kewangan kini melibatkan bukan sahaja urusa niaga yang kompleks tetapi juga melibatkan manusia secara global. Urusan perniagaan kini melibatkan hubungan sesama Islam dan juga bukan Islam diseluruh dunia. Keperluan manusia kini telah menjadi berbagai, melibatkan amoun yang besar, serta memerlukan transaksi yang khusus. Pengaplikasian kontrak tradisional secara mudah mungkin tidak lagi sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut. Lantaran itu manusia kini memerlukan kontrak yang khusus bersesuain dengan sifat urusniaga dan kehendak kewangan manusia. Keperluan ini menghendaki manusia masa kini memikirkan bentuk kontrak yang lebih releven tetapi tetap bertepatan dengan dasar asal ilmu fikih muamalat.

Namun demikian Islam sebagai agama yang luhur daripada Allah swt tentunya mempunyai sifat yang universal serta lengkap dan boleh diaplikasikan dalam apa keadaan sekalipun. Sehubungan itu fikih muamalat sebagai salah satu cabang syariah tentu juga dapat diaplikasikan untuk memenui keperluan manusia masa kini yang nyata sangat kompleks, khususnya bagi memenuhi kehendak dan keperluan kewangan. Oleh itu perlu diselidiki bagaimana fikih muamalat dapat diaplikasikan pada zaman moden yang penuh mencabar ini.

Didalam makalah ini akan dibincangkan: pertama latarbelakang fikih muamalat; kedua, aplikasi fikih muamalat dalam kewangan Islam; ketiga bagaimana operasi pembentukan sesuatu produk kewangan Islam; keempat, persoalan berkaitan perlaksanaannya khususnya persoalan pengurusan risiko; dan akhirnya yang kelima, isu globalisasi dan cabaran kewangan Islam masa hadapan.

(4)

Rajah 1 Skop Perbincangan Makalah

2. Pengharaman Riba

Riba bermaksud tambahan, menambah atau menjadikannya lebih daripada apa yang diberikan. Ia adalah amalan semenjak zaman jahiliah tetapi masyarakat tetap menganggap ia sebagai penghasilan yang tidak suci. Buktinya ialah semasa pembinaan untuk pembaikan kaabah mana-mana sumbangan daripada sumber yang bercampur riba telah ditolak. Dizaman awal Islam wang dianggap sebagai alat pertukaran, ukuran nilai dan unit akaun tetapi menolak fungsinya sebagai penyimpan nilai. Pinjaman yang dikenakan riba adalah dilarang kerana ia adalah tindakan yang tidak adil, kerana wang tidak boleh menghasilkan wang.

Islam mengharamkan riba melalui firman Allah swt didalam al-quran 2:275 yang bermaksud “dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” . Walaupun tidak dijelaskan secara terperinci tentang amalan riba tersebut bagaimana ciri dan sifatnya secara qa’tie sehingga ada pandangan yang mengatakan bahawa pulangan tetap bank yang rendah sekadar 3% itu bukan riba, namun syariah telah menetapkan beberapa ciri utama untuk menentukan sesuatu amalan itu sebagai riba:

a) Ia bernilai positif (naik) dan telah ditetapkan. (ex-ante) b) Ia terikat dengan masa dan jumlah pinjaman

c) Bayaran semula adalah tetap tidak mengira sama ada pinjaman mendatangkan hasil atau apakah tujuan pinjaman

d) Bayaran adalah wajib dan dikuat kuasakan.

Haram Riba

Fikih muamalat

Ins kewangan

Bank B bank

Intermediaries / financial market

mm cam com dm im

(5)

3. Fikih Muamalat Sebagai alternatif 3.1 Kontrak dalam Fikih Muamalat

Fikih muamalat adalah perundangan perdagangan Islam. Ia menerangkan peraturan dan syarat dalam kontrak perdaangan, iaitu apakah syarat sah dan batal, apakah kontrak yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan serta apakah jenisnya dan bagaimana ia dilakukan. Idea asas dalam melaksanakan kontrak adalam untuk mendapat persetujuan semua pihak yang berkontrak serta mengelakkan pertelengkahan yang mungkin berlaku setelah kontrak dilakukan. Pembentukan kontrak berasaskan kepada Al-Quran 5:1 yang menyuruh orang beriman supaya menunaikan janji dengan firmannya:

“Tunaikanlah janji”

Didalam ayat yang lain Allah swt menghalang memakan harta secara batil dengan firmannya:

“ Janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan cara yang batil kecuali dengan cara perniagaan yang sama redho diantarakamu”.

Nabi saw juga didalam hadisnya menyatakan harta muslim adalah tidak halal bagi muslim lain kecuali dengan izin pemiliknya.

Kontrak akan menjadi sah apabila memenuhi beberapa syarat. Syarat tersebut adalah khususnya berkaitan dengan enam (6) perkara iaitu dua orang yang berkontrak, sighah iaitu ijab dan qabul, perkara yang dikontrakkan dan harga kontrak. Setiap satunya mempunyai syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi menjadikan sesuatu kontrak itu sah disisi syarak.

Kontrak secara umumnya terdiri daripada dua jenis iaitu kontrak satu pihak dan kontrak dua pihak. Kontrak satu pihak adalah kontrak yang sah dilakukan oleh satu pihak sahaja dan tidak memerlukan penerimaan dari pihak kedua. Kontrak hadiah, hibah, pelupusan hutang, wasiat dan wakaf adalah kontrak satu pihak. Manakala kontrak dua pihak adalah kontrak yang hanya boleh dilakukan dengan adanya persetujuan daripada kedua-dua belah pihak yang berkontrak. Kontrak dua pihak boleh dikategorikan kepada 6 jenis iaitu iaitu kontrak pertukaran (uqud al-muawadat), kontrak jaminan / security (uqud al- tawthiqat), kontrak perkongsian (uqud shirkat), kontrak simpanan (uqud al-wadiah), kontrak tentang penggunaan manfaat (uqud al-manfaah) dan kontrak tentang kerja (uqud al- wakalah, jualah) sebagaimana ditunjukkan didalam Rajah 1.

Jenis kontrak secara specifik boleh disenaraikan diantaranya adalah seperti berikut: jual beli (al-bai’), kontrak hutang (al-dain), al-inah, al-salam, al-istisna’, al-wadiah, al- wakalah, al-kafalah, al-rahnu, al-ijarah, al-qard, al-mudharabah, al-musyarakah, al- murabahah, al-jaalah, wakaf, al-tawarraw, al-ujr, dan qard al-hassan. Terdapat tidak kurang daripada 25 jenis kontrak atau prinsip syariah dalam fikih muamalat.

(6)

Rajah 2: Kontrak Dalam Fikih Muamalat

3.2 Usul Fikih 3.2.1 Definisi

Usul berasal dari perkataan al-aslu. Dari sudut bahasa bermaksud asas, dalil, rajih atau kaedah. Fikih bermaksud memahami atau memahami. Dari sudut istilah usul fikih bermaksud ilmu ynag membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid untuk mengeluarkan hokum syarak yang berkaitan dengan dengan perbuatan mukallaf dari dalil yang tafsili.

Dari sudut istilah usul fikih juga bermaksud ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid untuk mengeluarkan hokum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil juzi’

Dari sudut istilah usul fikih juga bermaksud ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid untuk mengeluarkan hokum syarak yang berkaitan dengan dengan perbuatan mukallaf dari dalil qat’i dan dhanni.

3.2.2 Kaedah usul fikih

Ilmu usul fiqh disusun mengikut beberapa kaedah. Kaedah yang mashur ialah kaedah ulama’ al-syafie, kaedah ulama’ Hanafi dan kaedah ulamak muta’akhir.

Kaedah ulama Shafie

Kaedah ini adalah kaedah berdasarkan nas dan yang disokong oleh dalil. Meninggalkan kaedah yang bertentangan dengan dalil.

Fikih Muamalat

Kontrak satu pihak Kontrak dua pihak

tukaran jaminan kongsian titipan manfaat kerja

(7)

Kaedah ulama Hanaf

Kaedah ulama’ Hanafi mengguna kaedah usul fikih berdasarkan zann atau sangkaan yang kuat.

Kaedah ulama Muakhir

Kaedah muta’akhir menggabungkan cara yang diamalkan oleh ulama’ Syafie dengan cara ulama’ Hanafi. Ia menetapkan kaedah usul dan membawa dalil serta diimplimentasi atau dicantumkan kaedah-kaedah usul terhadap masalah fikih.

3.2.3 Bahagian Usul fikih

Didalam fikih ada terdapat sebanyak 99 usul. Kaedah tersebut boleh dirumuskan kepada 5 kaedah utama atau pun sesetengah ulama’ membahagikan kepada 12 usul utama. Usul tersebut boleh diguna pakai bagi menentukan sama ada sesuatu perkara tersebut sah atau batal, halal atau haram dan boleh atau tidak boleh disisi syarak. Jika dirujuk kepada produk perbankan Islam maka ia akan diguna pakai bagi menentukan sesuatu produk perbankan itu sah atau sebaliknya. Usul tersebut, diantaranya ialah:

1. Segala perkara bergantung kepada tujuannya 2. Yakin tidak boleh disingkirkan dengan yang syak 3. Kemudaratan hendaklah disingkirkan

4. Kesukaran menjadi sebab kepada keringanan

5. Adat (yang baik) dijadikan sebagai rujukan dan diakui

6. Tindakan pemerintah terhadap rakyat adalah terikat dengan muslihat 7. Keadaan dharurat mengharuskan perkara yang dilarang

8. Keadaan dharurat diukur mengikut kadarnya

9. Tidak dinafikan perubahan hokum dengan perubahan zaman dan keadaan 10. Menutup segala pintu kerosakan

11. Menghindarkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari muslihat

12. Boleh ditanggung kemudaratan yag khas untuk menghindarkan kemudaratan yang am 13. Tidak merosakkan dan tidak dirosakkan

Berpandukan kepada usul diatas kontrak didalam fikih muamalat boleh diaplikasikan kedalam amalan seharian sama ada ianya digunakan secara terus atau pun dilakukan dengan melakukan perubahan berdasarkan keperluan kontrak tertentu semasa, dengan syarat ia tidak terpesong daripada konsep dan prinsip asas sesuatu kontrak. kesemua kontrak boleh diaplikasikan kedalam urusan sistem kewangan masa kini.

Memandangkan sesuatu produk perbankan yang dicipta melibatkan beberapa proses urusniaga, maka ia perlu dinilaikan keabsahannya.

Adanya perbezaan kaedah dan huraian usul maka akan berlaku perbezaan pandangan berbeza diantara ulama’ Islam. Oleh itu boleh dan akan berlaku bahawa sesuatu perkara itu dianggap sah bagi sesuatu mazhab tetapi dianggap batal oleh mazhab yang lain.

Begitu jugalah dengan produk perbankan Islam dimana sesuatu produk itu dianggap halal bagi sesuatu mazhab tetapi dianggap haram bagi mazhab yang lain.

(8)

3.3 Kontrak Fikih dalam Sistem Kewangan

Terdapat tidak kurang daripada 25 kontrak transaksi dalam fikih Muamalat.

Sekiranya kontrak dalam fikih muamalat tersebut dihubungkaitkan dengan urusan perdagangan dan perniagaan sebagaimana lazimnya dilakukan dalam aktiviti harian manusia serta merujuk kepada apa yang dipraktikkan oleh sistem kewangan masa kini maka ia boleh dikategorikan kepada 4 kategori utama iaitu urusniaga (transaction), pembiayaan (financing), perantaraan (intermediation) dan kebajikan sosial (social welfare). Rajah 3. Didalam setiap kategori akan terdapat berbagai kontrak yang boleh diaplikasikan.

Rajah 3: Kontrak Dalam Perdagangan

Jualbeli murabahah perkongsian qard Ijarah Ijarah fee-based services

Sarf Musharakah Insurans wakaf

Kontrak urusniaga (Transactional contracts)

Kontrak urusniaga berurusan dengan sector benar ekonomi. Ia memudahkan proses pertukatan, jual dan beli barang dan perkhidmatan. Urusniaga utama adalah berkaitan dengan tukaran barang iaitu sama ada barang dengan barang, barang dengan harga atau barang dengan harga tangguh atau harga dengan barang tangguh. Kontrak yang digunakan disini ialah kontrak jual beli, kontrak salam, kontrak istisna’, kontrak sarf dan sebagainya.

Kontrak pembiayaan ( Financing contracts)

Kontrak pembiayaan adalah kontrak yang mengwujudkan dan menawarkan kredit / hutang. Ia menyediakan kemudahan kepada proses tukaran dengan menjadi saluran kepada pembentukan modal dan mobiliti sumber diantara pelabur dan pengusaha.

Kontrak pembiayaan adalah dengan cara sama ada pembiayaan perdagangan, jaminan bersandarkan harta, ataupun membekalkan model dengan cara perkongsian ekuiti.

Kontrak

Urusniaga Pembiayaan Perantara Sosial

(9)

Pembiayaan Islam tidak menggalakkan pembiayaan berasaskan hutang. Kontrak yang digunakan meliputi murabahah, mudharabah, musyarakah, ijarah bersandarkan asset.

Kontrak Perantaraan (Intermediation contracts)

Kontrak perantaraan adalah memberikan kemudahan dan kelancaran kepada perlaksanaan kontrak urusniaga dan pembiayaan. Ia merupakan tindakan agen yang berfungsi sebagai perantara diantara pemodal dan pengusaha. Agen akan mendapat balasan daripada beberapa kontrak iaitu perkongsian, perkhidmatan berasaskan bayaran dan takaful. Didalam kontrak perkongsian agen boleh menggunakan kontrak mudharabah atau musyarakah. Perkhidmatan berasaskan bayaran pula boleh dilakukan melalui kontrak seperti kafala, jaalah, amanah atau wakalah.

Kontrak Kebajikan Sosial (Social Welfare Contracts)

Kontrak ini adalah diantara individu dengan masyarakat untuk tujuan menjamin kebajikan individu yang kurang bernasib baik. Kontrak untuk tujuan kebajikan adalah seperti wakaf dan qard al-Hassan.

4. Institusi Kewangan Islam dan Aplikasi Kontrak Fikih Muamalat 4.1 Produk Institusi Kewangan Islam

Institusi kewangan Islam sama ada perbankan atau bukan perbankan secara umumnya berfungsi sebagai perantara kewangan diantara pihak yang mempunyai modal iaitu pendeposit dan pihak yang memerlukan modal iaitu pengusaha. Ia menawarkan produk kewangan sebagaimana kewangan konvensional merangkumi kategori deposit, pembiayaan dan perkhidmatan. Kesemua produk dibentuk berasaskan kepada sesuatu kontrak tertentu berasaskan prinsip syariah dan bebas dari riba. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mungkin diterima pakai dan diamalkan oleh sesuatu negara berdasarkan mazhab anutannya tetapi mungkin juga ditolak oleh negara yang lain. Walau bagaimana pun perkara tersebut tidak menjejaskan perlaksanaan produk kewangan Islam kerana setiap product yang ditawarkan mempunyai asas syariah yang tertentu.

Produk berikut adalah merupakan diantara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem kewangan Islam pada masa kini. Lima kategori utama ialah deposit, retail banking (pembiayaaan pengguna), corporate banking (pembiayaan korporat), pasaran wang dan perkhidmatan lain. Setiap kategori produk mempunyai dan berdasarkan kepada kontrak atau prinsip syariah yang tertentu mengikut kesesuaian. Misalnya deposit semasa berpandukan kepada prinsip wadiah manakala deposit pelaburan pula berasaskan kepada prinsip mudharabah. Sesetengah prinsip pula boleh diaplikasikan kepada beberapa produk yang berbeza. contohnya prinsip mudharabah boleh diaplikasikan kepada produk deposit pelaburan, pembiayaan projek dan penerbitan bon atau sukuk.

Jenis produk dan perkhidmatan serta konsep fikih muamalat yang diaplikasikan ditujukkan seperti didalam Jadual 1 dibawah.

(10)

Jadual 1: Produk Kewangan Islam

Produk /perkhidmatan Jenis Kontrak / prinsip syariah 1. Deposit

Current deposit Savings deposit General investment Special investment

Wadiah Yad Dhamanah / Qard Hassan Wadiah Yad Dhamanah / Mudarabah Mudharabah

Mudharabah 2. Retail/consumer Banking

House & property finance Hire purchase

Share financing

Working capital financing Credit card

BBA / diminishing Musyarakah Ijarah thumma al-bai’

BBA /Mudharabah / Musyarakah Murabahah / Bai al-inah / Tawarruq Bai al-inah / tawarruq

3. Corporate Banking Project financing Letter of credit Venture capital

Financing syndication Revolving financing Letter of guarantee Export/import finance Leasing

Work in progress finance Bill discounting

Mudharabah/musyarakah/bai al- inah/BBA/istisna’

Musyarakah / wakalah/murabahah Musyarakah/diminishing musyarakah Musyarakah/murabahah/istisna’/ijarah Bai al-inah

Kafalah/ujr

Musyarakah/salam/murabahah Ijarah

Istisna’

Bai’ al-dain 4. Treasury/money market

Islamic bond

Government investment services Foreign exchange

Mudarabah/musyarakah/istisna’/ijarah Qard Hassan/salam/mudarabah

Ujr 5. Other products/services

Stock brokering services

Funds transfer (domestic & foreign) Safe-keeping

Factoring

Hiring of strong boxes Demand draft

ATM services & telebanking

Murabahah/wakalah/jaalah Wakalah/jaalah

Wakalah /jaalah

Wakalah/jaalah/bai’ al-dain Amanah/wakalah

Ujr/jaalah Ujr

(11)

4.2 Struktur Kewangan Islam 4.2.1 Deposit

Deposit menjadi sumber kepada institusi kewangan mendapat dana daripada penyimpan dan pelabur. Institusi kewangan adalah perantara /intermediaries diantara pelabur dan peminjam. Deposit boleh dilakukan sama ada dalam bentuk deposit semasa, deposit simpaan atau deposit pelaburan. Kontrak yang biasa digunakan dalam perbankan Islam ialah al-Wadiah dan al-Mudharabah.

4.2.2 Pembiayaan / financing

Didalam aktiviti kewangan, aktiviti pembiayaan merupakan satu aktiviti yang paling banyak dilakukan. Ia merupakan aktiviti bank yang paling utama. Dalam pembiayaan umumnya sistem kewangan Islam boleh mengguna sama ada kaedah pembiayaan hutang atau pembiayaan ekuiti.

Pembiayaan hutang

Pembiayaan hutang adalah kaedah pembiayaan yang menggunakan konsep hutang didalam urusan pinjaman dimana penerima biaya adalah sebagai pihak yang berhutang daripada pemberi hutang. Memandangkan pinjaman ini tidak melibatkan riba maka kontrak yang boleh digunakan ialah murabaha, BBA, ijarah, bai al-inah dan istisna’.

Kaedah pembiayaan ini akan juga melibatkan persoalan urusan diantara bank dan sekuriti hutang.

Rajah 4: Kategori Pembiayaan

BBA,

Murabahah, musyarakah

Istisna’, mudharabah ijarah,

al-inah

Pasaran antara bank Pasaran wang Pasaran modal Pembiayaan

Pembiayaan hutang Pembiayaan ekuiti

Bank Sekuriti hutang Sekuriti ekuiti

(12)

Pembiayaan Ekuiti

Pembiayaan ekuiti adalah kaedah pembiayaan yang menggunakan konsep ekuiti didalam urusan pinjaman dimana penerima biaya sebagai pihak yang berkongsi ekuiti daripada pemberi hutang. Pembiayaan ini menekankan konsep perkongsian diantara pembiaya dan penerima biaya. Kontrak yang selalu digunakan ialah mudharabah dan musyarakah. Kaedah pembiayaan ini akan melibatkan persoalan pensekuritian ekuiti.

4.3 Aplikasi Kontrak Fikih Muamalat dalam Produk Kewangan

Bahagian ini akan menerangkan bagaimana sesuatu kontrak dan prinsip syariah itu diaplikasikan kedalam kedalam produk kewangan Islam. Aplikasi akan ditunjukkan bagi kes deposit iaitu untuk tujuan pengumpulan dana dan pembiayaan kewangan dalam pasaran kewangan untuk tujuan penyaluran dana kepada peminjam.

4.3.1 Deposit

a) Wadiah Yad Dhamanah: Simpanan semasa

Ia berasaskan konsep trust / amanah. Pendeposit akan menyerahkan hartanya kepada pemegang amanah dan memberi jaminan bahawa hartanya akan dijaga dan dikembalikan semula dengan selamat. Pemegang amanah boleh mengguna harta tersebut untuk diniagakan dengan jaminan akan dibayar ganti rugi sekiranya berlaku kerugian.

Bahagian untung akan menjadi milik pemegang amanah, walaubagaimana pun ia boleh memberi kepada pendeposit sebagai hibah.

Rajah 5: Wadiah Yad Dhamanah

Hibah jika ada (3) (1)

Menerima (2) Deposit asas Membayar semula

Wadiah

b) Mudharabah : Simpanan Pelaburan

Ia dilakukan berasaskan konsep perkongsian. Pendeposit akan menyerahkan hartanya kepada bank untuk diusahakan dan diniagakan berdasarkan kontrak mudharabah.

Keuntungan akan dibahagi mengikut persetujuan dan sebaliknya jika berlaku kerugian Bank

Individu

(13)

pihak bank akan memberi jaminan ganti rugi. Memandangkan kontrak mudharabah adalah mudharabah mutlak maka pihak bank biasanya akan melakukan tier mudharabah.

Rajah 6: Simpanan Pelaburan Mudharabah (1) dana mudharabah (2) tier mudharabah

(4) Bahagi antara bank dan pemodal

(3) bahagi antara pengusaha dan bank

4.3.2 Pasaran Kewangan (Financial Market)

Didalam pasaran kewangan, aplikasi fikih muamalat dapat dilakukan dalam proses mendapatkan modal daripada bank. Bank akan bertindak sebagai perantara diantara pemilik modal dan pengusaha. Proses mendapatkan modal tersebut berlaku dalam pasaran modal. Proses ini adalah untuk tujuan mendapatkan pinjaman dan pembiayaan jangka panjang. Modal boleh diperolehi sama ada melalui pembiayaan hutang atau pembiayaan ekuiti.

4.3.2.1 Pasaran Modal : Pembiayaan Hutang

a) Murabahah: Commodity Murabahah Transaction

Urusniaga yang menggunakan konsep dimana harga jualan bersamaan kos dan tambahan untung. Pembiaya akan mengenakan harga jualan kepada pihak berhutang dengan harga jualan sejumlah kos belian tambah keuntungan.

Rajah 7: Pembiayaan Murabahah (1) pertanyaan harga

(3) C+P (murabahah) (4) bayar

(6) barang (5) barang (2) quote harga

Client Bank Vendor

Individu Bank Pengusaha

keuntungan

keuntungan

(14)

b) Murabahah: Bai’ bi Thaman Ajil

Proses transaksi sama seperti murabahah tetapi didalam langkah ke-3 bayaran dilakukan secara ansuran / cicilan untuk beberapa tahun.

c) Bai’ al-Inah: Pinjaman pribadi (personal loan)

Peminjam akan mendapat pinjaman tunai melalui kontrak bai al-inah. Pihak pembiaya akan menjual asset kepada client dengan harga tangguh yang kebiasaannya lebih tinggi daripa harga jualan semula. Dengan ini mengikut kontrak pertama client telah berhutang dengan pembiaya. Bank kemudiannya akan membeli semula asset yang dijual tadi daripada client dengan pada harga yang lebih rendah dengan harga tunai. Dengan ini client akan mendapat tunai yang dikehendaki dengan terlebih dahulu telah berhutang dengan pihak bank sebagai pembiaya.

Rajah 8: Personal Loan (1) bank jual asset

(2) Hutang Perlu tunai

(4) bayar tunai (3) Bank beli semula aset

Pasaran Modal : Pembiayaan Ekuiti a) Kontrak Mudharabah

Kontrak yang dilakukan antara dua pihak untuk membiayai perniagaan. Satu pihak sebagai pemberi modal dan satu pihak lagi pengusaha. Jika perniagaan mendatangkan untung maka keuntungan akan dibahagi mengikut kadar yang dipersetujui bersama. Jika perniagaan merugikan maka kerugian modal akan ditanggung oleh pemodal.

Rajah 9: Pembiayaan Mudharabah (1) Memberi modal

(2) Kongsi untung

Client Bank

Pemodal / bank Pengusaha

(15)

b) Ijarah : Sukuk Ijarah

Sukuk / bon Islam diterbitkan dengan menggunakan dan mengaplikasi konsep Ijarah.

Rajah 10: Sukuk Ijarah

(1) jual (5) terimaan sewa / pulangan

(4) sewa (3) dana (2)tertbian

sukuk

b) Musyarakah: Sukuk Musyarakah

Sukuk / bon Islam diterbitkan dengan menggunakan atau mengaplikasikan konsep musyarakah.

Rajah 11: Sukuk Musyarakah

(1) (2)

(3) Aset (4) Dana Kongsi Modal

(5)

(6) kongsi hasil (6) kongsi hasil Pemilik aset

S P

V pelabur

Projek/aset

SUKUK

penerbit Sukuk musyarakah pelabur

Projek

Hasil

(16)

4.3.2.2 Perkhidmatan / Services a) Qard al-Hassan: Pinjaman ikhsan

Rajah 12: Qard al-Hassan (1) pinjaman

hibah

(2) bayaran

b) Ujr: Demand Draf

Rajah 13: Demand Draf (3) Ujr

(1) memerlukan (2) menyediakan DD DD

4.3.2.3 Money Market

Pasaran wang untuk pinjaman dan pembiayaan jangka pendek seperti treasury bill dan bankers’ acceptances. Pasaran wang Islam diantaranya Cagamas mudharabh bonds, mudharabah interbank investment, government investment certificate (GIC).

a) Mudharabah inter-bank money market Rajah 14: Mudharabah inter-bank

(1) Bank A menyediakan dana untuk dilabur (mudharabah) oleh bank B dengan kadar kongsi untung tertentu

(2) Pada masa matang untung akan dikongsi bersama dan dana asal akan dikembalikan.

Klien bank

Financial institution A (Capital provider)

Financial Institution B (Entrepreneur)

Klien Bank

D Draf

(17)

b) Issuance of Bank Negara Negotiable Notes

Bank Negara mengeluarkan Negotiable notes untuk mendapatkan dana tunai Rajah 15: BNM Negotiable Notes

(1) BNM jual aset (2) FI bayar tunai

(4) BNM bayar cara hutang dengan BNNN (3) BNM beli semula aset

c) Aktiviti Pensekurutian Hutang (securitazation)

Rajah 16: Pensekuritian Hutang

(2) Jual hutang

(1) Biaya

(5) Bayar

(3) terbit (4)

Jual hutang - asas konsep bai’ al-dayen Terbit sukuk - Sukuk Cagarmas mudharabah

Financial Institution Bank Negara Malaysia

Bank Klien Cagarmas

Hutang

Sukuk Pelabur

(18)

d) Rahnu lending Facilities

Institusi kewangan yang memerlukan dana boleh memohon daripada Bank Negara, dan seterusnya akan membuat pinjaman daripada Bank Negara. Pinjaman diberi dengan syarat dikenakan cagaran / rahnu sebagai sekuriti / jaminan bayaran balik.

Rajah 17: Kemudahan al-Rahnu

(3) Bayaran

(1) Loan

(2) Sediakan cagaran

(4) BNM jual cagaran jika gagal bayar

5. Cabaran Kepada Produk Kewangan Islam

Jadual 2: Persoalan dan Cabaran

Persoalan & Cabaran Strategi ?

Pengurusan Risiko

Risiko pengeluaran Risiko operasi Risiko kecairan Risiko Kredit Risiko pasaran Risiko Fudiciary Globalisasi

Penerapan nilai Islam Mekanisma pasaran Major Incidents Keperluan Mendesak

Inovatif Kompetatif

Islamic Akaunting

Asas hutang ? Sistem iwad ? Sistem monitor ?

Dinar emas ?

Prinsip Fikih Muamalat ?

5.1 Pengurusan Risiko dalam pembiayaam ekuiti

Institusi kewangan Islam dikatakan lebih stabil berbanding sistem konvensional.

kelebihan ini dikatakan wujud kerana kewangan Islam menggunakan konsep

Financial institution BNM

Cagaran

(19)

perkongsian risiko diantara pemodal dan pengusaha dalam pembiayaan ekuiti. Namun demikian kelebihan ini tidak dapat memastikan bahawa kewangan Islam dapat mengatasi pesaingnya perbankan konvensional. Terdapat banyak risiko yang harus dihadapi oleh perbankan Islam dalam perniagaan, dan risiko tersebut telah melenyapkan keunggulan kewangan Islam, diantaranya ialah:

a) Risiko pengeluaran (withdrawal risk)

Keuntungan yang tidak pasti dan mungkin lebih rendah khususnya jika prestasi ekonomi tidak baik. Keadaan ini akan mendorong klien “withdraw deposit” daripada perbankan Islam. Kaedah perkongsian risiko dikatakan hilang keunggulan berbanding pembiayaan berasaskan hutang kerana ia berasaskan kepercayaan sedangkan kepercayaan telah hilang dari kehidupan manusia. Lantaran itu keyakinan untuk mendapat pulangan yang baik juag berkurangan.

b) Risiko operasional (operational risk)

Sistem Islam juga berhadapan dengan risiko operasional. Kepercayaan mengharapkan kepada kejujuran. Sekiranya manusia kebanyakannya hilang kejujuran menghadapi masalah keruntuhan akhlak dan “moral hazard” maka business cenderung untuk tidak berjaya dan mengalami kerugian. Perbankan Islam tidak mempunyai kuasa untuk memastikan kawalan atau mengenakan sistem monitor keatas pengusaha. Perbankan juga dalam usaha mempertahankan keunggulan mungkin akan cuba membayar pulangan yang tinggi melebihi keuntungan sebenar semasa dengan harapan akan mendapat lebih keuntungan pada masa akan datang. Ini akan menyebabkan bank menghadapi masalah operasi perdagangan.

c) Risiko kecairan (liquidity risk)

Kecairan biasanya berkait dengan keupayaan institusi. Lebih cair dikatakan lebih baik.

Masalah institusi kewangan biasanya ialah masalah kecairan dari aspek kekurangan kecairan. Akan tetapi bagi kewangan Islam masalah sebaliknya pula berlaku iaitu berlebihan kecairan, akibat kekurangan asset dan tempat pelaburan lulus syariah. ini menyebabkan dana yang terkumpul tidak dapat disalurkan kepada pelaburan yang menguntungkan dan seterusnya mengakibatkan kurang laba atau keuntungan pulangan.

d) Risiko kredit (credit risk)

kewangan Islam masa kini banyak menggunakan kaeadh pembiayaan berasaskan hutang seperti bai’ muajjal, bai al-salam, ijara dan bai al-istisna’. Oleh itu kewangan Islam menghadapi risiko kredit sama sperti perbankan konvensional berhubung kemungkiran.

Akan tetapi perbankan konvensional mempunyai mekanisma mengenakan penalty dan tambahan bayaran keatas kemungkiran bayaran. Malangnya kewangan Islam tidak boleh menegenakan tambahan bayaran bagi setiap kelewatan bayaran.

e) Risiko pasaran (market risk)

Kewangan Islam biasanya terlibat dengan perdagangan barangan dalam murabahah.

Begitu juga dengan pelaburan yang diakukan oleh perbankan Islam dimana kebanyakannya berkait dengan urusan perdagangan yang tidak boleh terlepas daripada

(20)

harga barang. Perubahan harga atau kemeruapan tingkat harga akan mempengaruhi pulangan perdagangan.

f) Syariah compliance risk / Fudiciary risk

Fudiciary risk adalah berkait dengan perlanggaran kontrak. (brich of the invensment contract). Perlanggaran kontrak pelaburan dalam kewangan Islam boleh berlaku dari aspek pematuhan syariah dan juga salah pengurusan. Jika ini berlaku maka ia mengakibatkan kerugian.

Cabaran kita sekarang dan akan datang ialah bagaimana mungkin boleh mengurangkan dan menangani risiko tersebut.

Rajah 19: Risk Profile of Islamic Financial Institution

Credit risk rate of return management operational risk risk risk market risk withdrawal reputation

risk risk ekuity risk solvency risk Hedging risk fudiciary risk

5.2. Globalisasi

a) Penerapan kaedah Kewangan Islam

Sistem kewangan global adalah sistem kewangan yang terdiri daripada institusi dan peraturan yang terpakai diperingkat antarabangsa. Pemain utama dalam sistem kewangan global adalah institusi antarabangsa, agensi nasional dan institusi kerajaan seperti bank pusat, menteri kewangan serta institusi persendirian yang bergerak pada peringkat global. Institusi antarabangsa adalah yang utama seperti IMF, Bank Dunia dan WTO. Mereka mengguna kaedah kewangan konvensional, dan bagaimana menerapkan sistem Islam kerana kebanyakan penerima manafaat adalah negara Islam.

Risk profile

Financial risk

Business risk

Treasury risk

Governa nce risk

(21)

i) IMF

IMF menjaga akaun bagi baki bayaran akaun antarabangsa (International balance of payments accounts ) dan bertindk sebagai peminjam terakhir (lender of last resort) negara-negara ahli yang mengalami krisis kewangan, atau masalah imbangan bayaran perdagangan.

ii) World Bank (WB)

Menyediakan dana, memberi kredit untuk projek pembangunan negara sedang membangun.

iii) World Trade Organization (WTO)

Menyelesaikan perbalahan perdagangan dan mengadakan rundingan perjanjian perdagangan antarabangsa.

Dapatkah sistem dan kaedah kewangan Islam diaplikasikan kedalam amalan ekonomi global ?

b) Market Mechanism

Pasaran global melabatkan segala bentuk urusan ekonomi termasuk stock, bon, tukaran wang asing dan pasaran derivatif. Namun demikian system Islam tidak terlibat pasaran kewangan derivatif seperti options, futures dan swaps sama ada untuk tujuan perdagangan mahupun hedging. Ia telah disepakati haram tetapi ini membawa implikasi bahawa aplikasi kontrak fikih muamalat dikatakan terhad.

Perlukah sistem kewangan Islam menerokai kemungkinan dalam pasaran wang derivatif tersebut ?

c) Major incidents

Negara Asian menghadapi krisis kewangan (Asian financial crisis) dan begitu juga dengan negara Islam. kejatuhan nilai MYR, Indonesia Rupiah dan Thailand Bath. Negara lain seperti Rusia menghadapi masalah nilai wang dan menyebabkan devaluation dalam nilai wang Russia.

Perlukah negara Islam memikirkan kembali persoalan mata wang ? Perlukan kembali kepada dinar emas ?

Rajah 19: Kembali Kepada Dinar Emas ?

globalis asi

Crisis Dinar

emas

(22)

5.3 Keperluan Segera a) Innovasi

Institusi kewagan Islam perlu innovatif. Inovasi banyak lagi produk baru berdasarkan prinsip baru. Cuba mencipta prinsip baru dan produk baru yang lebih kompetatif.

Jadual 3: Inovasi Prinsip dan Produk Baru

Cari Prinsip Baru Produk Baru

Satu prinsip baru

Cari prinsip yang belum digunakan

Gabungan dua prinsip Ijarah thumma al-bai’

Wakala thumma al-bai’

Istisna’ bil bai’ muajjal Kafalah bil ujr

Mudharabah fil bai’ al-dayen Gabungan tiga prinsip Istisna’ bil ijarah thumma al- bai’

House Financing Export financing Home financing Kredit kad

Pensekuritian hutang / sukuk

Pembiayaan

b) Keperluan kepada Perakaunan Islam (Need for Islamic Value Accounting - IVA) Islam melibatkan persoalan etika maka sudah tentu ia memerlukan perakunan Islam kerana ia melibatkan prestasi etika (ethical performance). Dalam kajian kewangan semasa terdapat beberapa perkembangan tentang perakaunan etika. Diantara pendekatan yang boleh dilakukan ialah:

i) Laporan prestasi sosial

Suasana persekitaran, keselamatan tempat kerja, kepuasan pekerja, layanan gender ii) Audit sosial

sama seperti kajian prestasi sosial tetapi lebih kuantitatif dan komprehensif.

iii) Akaunting etika.

Sejauh mana sesuatu institusi itu mengamalkan nilai-nilai Islam.

(23)

6. Pengalaman Malaysia

Malaysia telah melaksanakan beberapa produk dalam pasaran wang Islam dan pasaran modal berasaskan kontrak fikih muamalat, diantaranya ialah:

Al-mudharabah Inter bank Invensment, Islamic Inter Bank Cheque Clearing System, Government Investment Certificate, Islamic Negotiable Notes, Cagamas Mudharabah Bonds, Islamic Acceptance Bills (Import.Export), Islamic Repo, al-rahnu lending facilities, dan Islamic Private Debt Securities, sukuk ijarah dan sukuk mudharabah. . 7. Kesimpulan

Fikih muamalah telah menyediakan banyak rinsip syariah untuk diaplikasikan kedalam aktiviti kewangan Islam. Boleh dikatakan bahawa prinsip fikih muamalat yang ada boleh digunakan didalam semua aktiviti ekonomi sebagai ganti kepada system kewangan konvensional. Berbagai produk berbeza boleh dibentuk berdasarkan prinsip syariah yang sama seperti mudharabah boleh digunakan untuk produk simpanan, pinjaman dan pembiayan. Ini menunjukkan fikih muamalat amat flexible dan amat releven untuk dipraktikkan. Walaubagaimana pun terdapat perbezaan pandangan dan penerimaan dikalangan ulama’ Islam berbeza mazhab tentang sesuatu produk kewangan yang diwujudkan. Misalnya seperti BBA, diterima oleh ulama’ Asia khususnya Malaysia tetapi ditolak oleh ulama Timur Tengah.

Terdapat beberapa cabaran dalam kewangan Islam modern khususnya ketika berdepan dengan globalisasi. Pemain utama sistem kewangan dunia masih terikat dengan sistem konvensional dan belum berseda untuk menerapkan sistem Islam. Kewangan Islam juga berdepan dengan persoalan pengurusan risiko untuk bersaing dengan konvensional kerana sistem pembiayaan ekuiti yang berkonsepkan “konsgi risiko” adalah lebih berisiko berbanding sistem kadar bunga dalam ekonomi konvensional.

Kewangan Islam juga menghadapi cabaran segera dimasa hadapan khususnya berkaitan dengan keperluan inovasi prinsip dan produk bagi tujuan menwujudkan produk baru yang lebih kompetatif.

Rujukan

Mohammed Obaidullah. 2005. Rating of Islamic Financial Institutions: Some Methodological Suggestions. IERC, King Abdul Aziz University.

Simon Archer & Rifaat Ahmed Abdel Karim. 2007. Islamic Finance: The Regulatory Challenge. John Wiley & Sons.

Zamir Iqbal & Abbas Mirakhor. 2007. An Introduction to Islamic Finance: Theory and Practice. John Wiley & Sons.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam pengurusan makanannya pula, pihak hotel telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Halal yang bertanggungjawab memastikan urusan penyediaan makanan dan minuman

Cabaran ini melihat kepada kemodenan capaian maklumat yang cuba diterapkan oleh para pemikir Barat ke dalam pemikiran umat Islam.. Namun, setiap perubahan atau cabaran

Dalam era globalisasi ini, antara cabaran yang dihadapi oleh pendakwah selebriti wanita ialah perubahan mendadak dunia globalisasi terutamanya yang melibatkan media,

Sehubungan dengan huraian itu, makalah ini menyentuh mengenai cabaran penjagaan tidak formal, khususnya cabaran yang dihadapi oleh penjaga dalam menyediakan penjagaan untuk

Justeru, ditegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan penyelidikan Syariah itu ialah penyelidikan hukum Islam berkaitan dengan seluruh keperluan amali masyarakat sama

Kerana teori paling dasar dalam maqasid al-Syariah ialah bahawa tujuan utama dari pensyariatan berbagai hukum dalam Islam ialah untuk mewujudkan kemaslahatan bagi

Hasil kajian menunjukkan bahawa pembolehubah makroekonomi turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pengurusan risiko kecairan dimana perbankan islam

Dalam kajian ini, institusi-institusi yang terpilih ialah Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Wilayah yang mewakili institusi peribadatan; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia