• Tiada Hasil Ditemukan

Tajuk Kursus Perbelanjaan Awam 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Tajuk Kursus Perbelanjaan Awam 2"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1. Tajuk Kursus Perbelanjaan Awam

2. Kod Kursus EX2153

3. Status Kursus Wajib Program

4. Jam Kredit 3

5. Prasyarat Tiada

6. Penilaian Kerja Kursus 20 % Peperiksaan Pertengahan Semester 30 % Peperiksaan Akhir 50 %

7. Pensyarah HAIRUNNIZAM B. WAHID

Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Perniagaan UKM Tel : 8921 3453

e-mail: hairun@pkrisc.cc.ukm.my web: www.ukm.my/hairun

8. Masa & Tempat Hari Rabu : 10.00 a.m – 12.00 p.m DK4FEP 9. Semester Semester I Sesi 2007/2008

10. Objektif Kursus Setelah mengikuti kursus ini pelajar dapat:

1. menjelaskan perbelanjaan awam dan tingkat kebajikan ekonomi yang maksimum.

2. menganalisis teori agihan optimum, proses politik fiskal dalam pilihan awam, prinsip penilaian barang awam, teori pertumbuhan perbelanjaan awam dan teori federalisme fiskal.

3. menghuraikan amalan perbelanjaan awam di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta skim bantuan yang dilaksanakan untuk menyediakan kemudahan awam dan mempergiatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

11. Sinopsis

Matlamat Perbelanjaan Awam merupakan satu kursus yang mengkaji kegiatan ekonomi kerajaan daripada aspek perbelanjaan yang berasaskan pengalaman Malaysia. Topik perbincangan adalah kegagalan mekanisme pasaran yang memerlukan campur tangan kerajaan, analisis pembekalan optimum barang awam tulen dan tidak tulen, eksternaliti pengeluaran dan penggunaan, dan masalah pasaran monopoli dalam ekonomi, isu agihan optimum politik fiskal dalam pilihan awam serta penentuan prinsip penilaian perbelanjaan awam. Kursus ini juga menganalisis teori pertumbuhan perbelanjaan awam, dan struktur dan prestasi perbelanjaan awam di Malaysia, khususnya perbelanjaan kerajaan persekutuan. Kursus ini juga menghuraikan teori federalisme fiskal dan amalannya di Malaysia.

Kaedah Pengajaran Kuliah dan tutoran

1

(2)

12. Perincian Kursus

MINGGU TAJUK JAM 1 Kegagalan Pasaran Dan Asas campurtangan Kerajaan

1. Pengenalan

2. Jenis Kegagalan Pasaran

3

2 Pengenalan Teori Ekonomi Kebajikan 1. Pengenalan

2. Kecekapan Pareto

3. Syarat Penggunaan dan Pengeluaran Optimum 4. Keluk Kemungkinan Penggunaan & Pengeluaran 5. Pasaran Persaingan Sempurna dan Tidak Sempurna

3

3 & 4 Teori Barang Awam 1. Pengenalan

2. Pengertian dan Sifat Barangan Awam

3. Pembekalan Optimum Barang Awam Tulen: Analisis Keseimbangan Spara

4. Pembekalan Optimum Barang Awam Tulen: Analisis Keseimbangan Umum

a. Model Samuelson b. Model Lindahl

c. Model Lindahl-Johansen d. Model Musgrave

6

5 Eksternaliti 1. Pengenalan 2. Eksternaliti

a. positif b. negatif 3. Jenis Eksternaliti

a. Eksternaliti Pengeluaran

b. Eksternaliti Pengeluaran-Penggunaan c. Eksternaliti Penggunaan

4. Cara Mengatasi Masalah Eksternaliti a. Percukaian

b. Pemberian Subsidi c. Liabiliti Kerosakan d. Hak milik

3

2

(3)

MINGGU TAJUK JAM 6 & 7 Monopoli Dan Dasar Awam

1. Pengenalan

2. Analisis Keseimbangan Spara Tentang Kehilangan Kecekapan dalam Pasaran Monopoli

3. Analisis Keseimbangan Umum Tentang Kehilangan Kecekapan Akibat Kewujudan Pasaran Monopoli

4. Penyelesaian Jenis Monopoli a. Monopoli Semulajadi b. Monopoli Tulen

5. Dasar Kerajaan (P = AC & P = MC)

6

8 Teori Agihan Optimum 1. Pengenalan

2. Kecekapan Peruntukan Sumber Mengikut Pendekatan Pareto dan Kaldor-Hicks

3. Keadilan dalam Agihan

4. Kriteria Agihan mengikut pendekatan Utilitarian dan Egalitarian

5. Petunjuk dan Ukuran Agihan 6. Isu Agihan di Malaysia

3

9 & 10 Pilihan Awam Dan Politik Fiskal 1. Pengenalan

2. Ciri dan Implikasi Proses Politik

3. Sistem Pengundian dalam Pilihan Awam

4. Pengundian Majoriti Mudah dan Peruntukan Sumber 5. Fenomena Paradoks Pengundian atau Majoriti Kitaran 6. Corak Puncak Tunggal dalam Pilihan Fiskal

7. Analisis Sistem Pengundian Mengikut Mata 8. Pertukaran Undi dalam Pilihan Awam 9. Peserta dalam Proses Politik

10. Hipotesis Leviathan

6

11 & 12 Prinsip Penilaian Perbelanjaan Awam 1. Pengenalan

2. Peraturan Membuat Keputusan Perbelanjaan Awam 3. Pengenalpastian Faedah dan Kos

4. Pendiskaunan Nilai Faedah dan Kos 5. Batasan Analisis Faedah-Kos

6. Isu Kos Faedah Projek Awam & Swasta di Malaysia

6

3

(4)

MINGGU TAJUK JAM 13 Teori Pertumbuhan Perbelanjaan Awam

1. Pengenalan 2. Teori Wagner

3. Hipotesis Peacock-Wiseman 4. Teori Baumol

5. Teori Kepentingan Birokrat

6. Penentu Pertumbuhan Perbelanjaan Awam

7. Analisis Regresi Terhadap Pertumbuhan Perbelanjaan Awam Di Negara-negara terpilih

3

14 Federalisme Fiskal 1. Pengenalan

2. Perlunya Federalisme Fiskal a. Fungsi Penstabilan

b. Fungsi Agihan c. Fungsi Peruntukan

3. Bantuan Antara Kerajaan 4. Federalisme Fiskal di Malaysia

3

13. Rujukan Utama

Hyman, David N. 2002. Public Finance: A Contemporary Application of Theory To Policy. Edisi ke-7, New York: Harcourt College Publishers.

Rujukan Tambahan

Boadway, Robin W. 1979. Public Sector Economics. Cambridge: Winthrop Publishers.

Md. Zyadi Md. Tahir. 1995. Pengenalan Perbelanjaan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Musgrave, R. dan Musgrave P. 1989. Public Finance in Theory and Practice. Edisi ke-5, New York: Mac Graw Hill.

Wellisch. D. 2004. Theory of Public Finance in a Federal State. Cambridge: Cambridge University Press.

4

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

o Penglibatan kerajaan dalam kegiatan ekonomi, sosial, dan pentadbiran menyebabkan perbelanjaan awam meningkat lebih daripada sepatutnya berbanding dengan kalau kegiatan yang

Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kerajaan tetap akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun kerajaan memerlukan masa yang lebih panjang.Cukai

Topik perbincangan adalah kegagalan mekanisme pasaran yang memerlukan campur tangan kerajaan, analisis pembekalan optimum barang awam tulen dan tidak tulen, eksternaliti

Selain itu, kajian terhadap perbezaan perbelanjaan antara pelajar aliran sains sosial dan sains tulen dibuat bagi mengetahui keperluan institusi zakat memberikan

Matlamat Kursus ini menganalisis kelakuan agen-agen dalam ekonomi iaitu pengguna dan pengeluar yang telah menghayati prinsip ekonomi Islam.. Implikasi perubahan sikap setiap

Perlu ditegaskan di sini bahawa kegagalan projek- projek pembangunan yang dibiayai oleh perbelanjaan kerajaan akan merugikan banyak pihak kerana kegagalan projek

Perolehan Kerajaan adalah pemerolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan wang awam

Kos penawaran barang awam ini adalah pada kos yang tetap (malar) walaupun berlaku peningkatan dalam kuantiti barang awam yang dikeluarkan.. (a) Dengan menggunakan maklumat di