• Tiada Hasil Ditemukan

WARGA EMAS BERGIAT AKTIF DALAM MASYARAKAT GENGGAM IJAZAH USM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "WARGA EMAS BERGIAT AKTIF DALAM MASYARAKAT GENGGAM IJAZAH USM"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 0953

PULAU PINANG, 26 April 2015 - Dua warga emas iaitu Johari Yahya, 66 dan Koay Ooi Sim, 69 yang memegang jawatan penting dalam komuniti menggengam Ijazah Sarjana dalam bidang masing- masing dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Johari yang bergraduasi dalam bidang Kesusasteraan melahirkan rasa syukur kerana kejayaan ini dapat menjadi perangsang dan juga dorongan kepada penduduk kampung terutamanya anak muda untuk terus menyambung pengajian.

IMG 0975 IMG 1019

"Sebagai seorang pemimpin, pengetahuan dan ilmu harus dipertingkatkan supaya menjadi perangsang kepada anak-anak muda untuk terus menuntut ilmu demi kejayaan masa hadapan," ujar Johari, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pering, Padang Serai, Kedah yang mempunyai seramai 672 orang penduduk serta memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu.

“Sejak di bangku sekolah menengah lagi saya memang meminati bidang sastera terutamanya membaca kritikan sastera dan juga rencana,” kata Johari mengenai minat beliau yang mendalam dalam bidang sastera.

Johari, sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Kanan di PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS) selama 31 tahun dan bergraduasi dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera di USM juga pada tahun 2011.

IMG 0989

Bagi Koay pula, ilmu yang beliau pelajari akan terus disampaikan kepada masyarakat dan beliau berhasrat untuk menyambung Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kaunseling.

“Saya menyeru lebih ramai anak-anak muda untuk memartabatkan bidang ilmu berbanding terus hanyut dalam bidang teknologi digital yang hanya membuatkan mereka ketagihan.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

WARGA EMAS BERGIAT AKTIF DALAM MASYARAKAT GENGGAM IJAZAH USM

26 APR

(2)

“Saya berharap juga teknologi ini dapat digunakan oleh mereka untuk memperkembangkan bidang ilmu pengetahuan,” ujar beliau yang bergraduasi dalam bidang Sarjana Komunikasi.

Koay juga berkata USM menyediakan peluang yang cukup luas untuk warga emas menyambung pengajian melalui saluran khas di samping ditawarkan kursus dengan kos yang berpatutan.

IMG 0155jhb

Menurut seorang lagi graduan warga emas, Safiah Abu Bakar, 65 yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera, beliau menyambung pengajian bagi mengisi masa terluang selepas persaraan.

“Saya memilih untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah ini adalah kerana ia merupakan impian saya sejak tamat Tingkatan 6 pada tahun 1967,” ujar Safiah yang mengambil pengkhususan dalam bidang Bahasa Inggeris untuk Profesional.  

IMG 0125hg

Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, USM Profesor Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi berkata Safiah adalah seorang pelajar yang harus dicontohi oleh golongan muda kerana semangat dan keinginan beliau untuk menuntut ilmu tidak terpadam separuh jalan.

“Beliau sangat berdedikasi dan tidak kenal erti kepayahan dalam menghadiri kelas seawal 8.00 pagi dan kadang-kadang sehingga waktu malam,” tambah Tengku Sepora.

Ketiga mereka ini adalah contoh yang perlu diambil semangat oleh anak muda untuk terus menuntut ilmu dan tidak mengira usia. - Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains (dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan PNGK 2.00 – 2.49 dengan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains (dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan PNGK 2.00 – 2.49

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains (dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan PNGK 2.00 – 2.49

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains (dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan PNGK 2.00 – 2.49 dengan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains (dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan PNGK 2.00 – 2.49

Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK minima 3.00 dari mana-mana universiti

Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK 2.99 ke bawah dari mana-mana

Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK 2.99 ke bawah dari mana-mana