• Tiada Hasil Ditemukan

Di dalam al-Qur‟an banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Di dalam al-Qur‟an banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan"

Copied!
165
0
0

Tekspenuh

(1)

1 BAB PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan telah bermula apabila Allah mencipta Nabi Adam a.s untuk menjadi khalifah di bumi dan berkesinambungan sehingga hari ini. Di dalam al-Qur‟an banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan. Antaranya firman Allah S.W.T tentang kedudukan orang yang berilmu:



















Maksudnya: Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat. (Surah al-Mujadalah,58:11)

Ayat di atas menjelaskan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memperoleh darjat atau ketinggian sebagai insan khalifah Allah di bumi. Kurniaan Allah akan darjat manusia adalah untuk meninggikan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang akan mentadbir alam.

Menurut Dr. Muhammad Fadhil Al-Jamali, tujuan pendidikan al-Qur‟an adalah membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas dirinya, sistem kemasyarakatan Islam dan sikap serta rasa tanggungjawab sosial di samping memberi kesedaran terhadap alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya bagi kebaikan umat manusia. Tetapi yang penting ialah ma‟rifah kepada Allah dan beribadah kepadaNya dengan cara mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.1

1 Drs. Hanafi Mohamed (1996), Falsafah Pendidikan Menurut al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi , h. 112.

(2)

2 Proses pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula sejak dilahirkan dan sehingga ke liang lahad. Secara terperinci, bentuk pendidikan terbahagi kepada dua iaitu secara tidak formal dan secara formal. Pendidikan tidak formal biasanya dirujuk kepada pendidikan yang berlaku di rumah dalam lingkungan keluarga. Manakala pendidikan formal ialah pendidikan asas yang berlaku di institusi pendidikan seperti sekolah.

Pendidikan boleh disampaikan dengan pelbagai metodologi atau pendekatan. Al- Qur‟an merupakan sumber rujukan dan pedoman yang amat lengkap dan sempurna dalam penyampaian pengajaran dan pendidikan2. Di antara metodologi atau pendekatan pendidikan yang digariskan di dalam al-Qur‟an ialah pengajaran dan nasihat(maw‟izah)3, peringatan (tazkirah)4, penceritaan atau kisah5, tanya jawab atau diskusi (muhadharah)6, perbandingan7, janji dan ancaman (targhib dan tarhib)8, teladan yang baik (qudwah)9, amar ma‟ruf dan nahi mungkar10, perumpamaan (tamthil)11 dan seruan jihad12.

Oleh itu, kajian ini dilakukan tertumpu kepada salah satu metodologi pendidikan iaitu janji dan ancaman ataupun dikenali sebagai targhib dan tarhib. Kajian ini akan meneliti konsep targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an. Pengkaji ingin melihat

2 Ibid , h. 195

3 Contoh ayat: Surah Ali „Imran :ayat 138, Surah Taha:ayat 44, Surah al-„Araf:ayat 68 dan Surah al-„Asr:ayat 1-3.

4 Contoh ayat: Surah az-Zariyat: ayat 55, Surah al-Ghashiyah: ayat 21, Surah Qaf:ayat 37, Surah al-„Araf:ayat 62, Surah al-Isra‟:

ayat 41 dan Surah az-Zukhruf: ayat 36.

5 Contoh ayat: Surah Yusuf:ayat 3, Surah Yusuf:ayat 111, Surah Luqman: ayat 13, 17 dan 18, surah an-Nahl: ayat 11 dan ayat al- Fussilat: ayat 34.

6 Contoh ayat: Surah an-Nahl: ayat 125, Surah al-Mukminun: ayat 84-87 dan Surah al-Anbiya‟: ayat 7.

7 Contoh ayat: Surah al-Ankabut: ayat 43, Surah Ibrahim: ayat 24-25, Surah An-Nisa‟: ayat 162 dan Suran Az-Zumar: ayat 9

8 Contoh ayat ancaman (tarhib): Surah An-Nazi‟at: ayat 37-39 dan Surah al-Mu‟min: ayat 76. Contoh ayat janji(targhib): Surah An-Nisa‟:ayat 124, Surah at-Tin: ayat 6, Surah Ali „Imran: ayat 179 dan Surah at-Talaq: ayat 2.

9 Contoh ayat: Surah al-Ahzab:ayat 21, Surah al-Qalam:ayat 4 dan Surah Ali „Imran: ayat 132 .

10 Contoh ayat: Surah al-„Araf: ayat 199, Surah al-Maidah: ayat 2, Surah al-Ahzab:ayat 21 dan Surah Ali „Imran: ayat 57.

11 Contoh ayat: Surah al-Kahf: ayat 54, Surah al-Hashr: ayat 21 dan Surah al-Anbiya‟: ayat 11.

12Contoh ayat: Surah al-Baqarah: ayat 190, Surah an-Nisa‟:ayat 84, Surah At- Tawbah:ayat 41 dan Surah al-Haj: ayat 78.

(3)

3 sejauhmanakah metode ini difahami dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah iaitu dalam pendidikan formal.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Meneliti akhlak sebahagian umat Islam hari ini dari pelbagai peringkat usia, seolah-olah kita sedang menyaksikan zaman jahiliah. Setiap hari kita akan melihat dan mendengar pelbagai masalah yang timbul dikalangan remaja. Menurut Pengarah Jabatan Pendaftaran Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri tersebut pada tahun 2011 dan lebih menyedihkan, majoriti bayi yang dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya13. Selain itu, menurut Datuk Zainab Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Negeri Sembilan, kes pembuangan bayi yang dicatatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun 2005 hingga 2009 mencatatkan 407 kes dan ia menunjukkan situasi yang amat membimbangkan.14

Berdasarkan laporan-laporan gejala sosial yang kian meruncing ini, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dalam menanganinya. Pada 23 Mac 2012, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Program Jelajah Elok Saja Tau!

(BEST!) sebagai inisiatif membendung gejala sosial yang semakin serius di kalangan masyarakat.15 Selain pihak berwajib, ibubapa dan guru-guru merupakan antara pihak yang amat penting dan dekat dengan golongan yang sering terlibat dalam gejala soaial ini iaitu remaja.

Guru merupakan pihak kedua terpenting yang berperanan selepas ibubapa dalam menangani masalah gejala sosial ini. Ini kerana sebahagian besar perjalanan hidup

13 Berita Harian Online, www.b.harian.com.my/bharian/articles/Gejalasosialkronik/Article/print_html, 7 April 2012.

14 Arkib Utusan Online 14/04/2011, www.utusan.com.my , 7 April 2012.

15 Arkib Utusan Online 24/03/2012, www.utusan.com.my , 7 April 2012

(4)

4 remaja adalah berada di sekolah iaitu 6 jam sehari selama 11 tahun. Oleh itu, guru perlulah menjadikan ilmu yang diajar bukan hanya sebagai teori, sebaliknya menjadikan diri mereka seumpama cermin kepada murid-murid. Guru-guru perlulah bijak menggunakan pelbagai pendekatan dan metodologi pendidikan yang terdapat di dalam al-Qur‟an agar murid- murid sedar akan akibat keterlibatan dalam gejala-gejala sosial.

Perbincangan teori metodologi pendidikan yang terdapat di dalam al-Qur‟an banyak diperbincangkan namun kajian ini memperbincangkan secara teliti mengenainya dari sudut teori dan praktikal dalam situasi yang sebenar. Kajian ini akan meneliti sejauhmana guru-guru menggunakan metodologi pendidikan targhib dan tarhib dalam pendidikan formal. Ini kerana semua golongan remaja di Malaysia mengalami pendidikan formal selama 11 tahun iaitu 6 tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan dan 5 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Jika diteliti pada silibus Pendidikan Islam, terdapat unsur-unsur targhib dan tarhib yang tersembunyi di dalamnya. Falsafah Pendidikan Islam iaitu melahirkan insaniah yang berakhlak akan tercapai sekiranya metodologi pendidikan berdasarkan al- Qur‟an disampaikan dengan sempurna terhadap pelajar-pelajar. Gejala-gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja akan dapat diatasi.

(5)

5 1.3 Permasalahan Kajian

Kajian ini merumuskan permasalahan kajian sebagaimana berikut : 1. Apakah konsep targhib dan tarhib di dalam al-Qur‟an.

2. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan modul pendidikan menggunakan metode targhib dan tarhib dengan modul pendidikan barat .

3. Bagaimanakah guru Pendidikan Islam mengaplikasi metode targhib dan tarhib dalam pendidikan.

4. Apakah kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti konsep targhib dan tarhib di dalam al-Qur‟an.

2. Mengenalpasti perbezaan dan persamaan modul pendidikan menggunakan metode targhib dan tarhib dengan modul pendidikan barat.

3. Mengkaji dan menyelidik pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

4. Mengkaji dan menyelidik kesan metode targhib dan tarhib terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(6)

6 1.5 Kepentingan Kajian

Setiap penyelidikan yang dilaksanakan sudah tentu mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kajian ini berperanan untuk membaiki kelompongan yang ada dari kajian- kajian yang lepas berkaitan targhib dan tarhib yang kebanyakannya menumpukan kepada aspek hadith, bidang dakwah dan teori metode pendidikan. Justeru, kajian ini akan menggabungkan dua elemen iaitu targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an dan pengkajian terhadap pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

Seterusnya, kajian yang dilakukan ini diharap dapat memberi sumbangan, rujukan dan panduan kepada warga pendidik khusus guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Metode atau pendekatan pengajaran yang berkesan dapat memberi impak yang positif kepada pelajar khasnya.

Oleh itu, kajian ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan ilmu yang secukupnya melalui pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam yang berkualiti.

Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti punca-punca masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam usaha mereka untuk meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, pihak pentadbir sebagai pembimbing dan penggerak kepada guru bersama-sana berusaha menangani permasalahan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini semua sangat penting bagi menghasilkan guru Pendidikan Islam berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mencapai objektif untuk melahirkan murid yang berakhlak dan beramal soleh.

(7)

7 1.6 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Shah Alam. Shah Alam dipilih sebagai lokasi kajian kerana ia sebuah kota metropolitan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran hidup. Justeru, cabaran guru berhadapan dengan murid yang mudah terdedah dengan gejala sosial adalah tinggi. Oleh itu, pendidikan agama amat diperlukan sebagai pedoman dalam kehidupan murid.

1.7 Huraian Istilah

Sebelum penulis mengupas tajuk dengan lebih terperinci terlebih dahulu penulis memperjelaskan pengertian tajuk yang diberi. Tajuk yang dipilih ialah “Metode targhib dan tarhib Menurut Al Qur‟an : Aplikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Guru Pendidikan Islam Di Shah Alam.”

Metode

Metode ialah cara melakukan sesuatu atau sistem.16 Targhib

Targhib ialah satu bentuk galakan, rangsangan dan motivasi kepada umat manusia agar mereka sentiasa mempertingkatkan ketaqwaan dan keperibadian mereka kepada Allah s.w.t. Targhib juga sebagai janji-janji baik dan ganjaran pahala orang soleh.17

16 Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 887.

17 Al-Mundhiri, Imam al-Hafiz Zaki al-Din Abd al-„Azim Ibn Abd al-Qawiy (t.t.), al-Targhib wa al-Tarhib min al-Hadith al-Sharif, j.1. Bayrut : Dar al-Fikr, h. 38.

(8)

8 Tarhib

Tarhib ialah satu bentuk peringatan dan ancaman kepada manusia supaya mereka menghindarkan diri daripada sebarang bentuk kejahatan dan kemaksiatan samaada zahir atau batin.18

Menurut al-Qur’an

Menurut bermaksud seperti yang dikhabarkan, diberitakan dan dihebahkan.19 Kalimah Al-Qur‟an adalah kalimah Bahasa Arab yang beerti bacaan. Al-Qur‟an pada istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai mukjizat, mendapat pahala membacanya, yang dipindahkan kepada kita secara mutawatir , yang termaktub di dalam mushaf, dimulakan dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah An-Nas.20

Aplikasi Dalam Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Aplikasi bermaksud kegunaan (pada praktiknya)21. Pengajaran pula ialah perihal mengajar segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. Manakala pembelajaran pula ialah proses kegiatan belajar. 22 Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar dan murid, yang sifatnya sentiasa berinteraksi dan pengaruh-mempengaruhi. Menurut al-Syaibani, kaedah yang baik dapat membantu murid memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, mengubah sikap dan

18 Al-„Imrani, A. Hayei (1983), Hadha al-Qur‟an. Emiriyah Arab Bersatu:Ihya‟ Turas al-Islami, h.131.

19 Noresah bt Baharom (2002), op. cit, h. 1500.

20 Mahmud Salim „Abidat (1990), Dirasat fi „Ulum al- Qur‟an. Aman:Dar „Umar, h. 11.

21 Noresah bt Baharom (2002),op. cit, h.59.

22 Ibid, h. 18.

(9)

9 tingkah laku, menanamkan minat dan nilai- nilai yang diingini.23 Sementara Pendidikan Islam dalam kajian ini adalah merujuk kepada mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).Mata Pelajaran ini wajib dipelajari dan diambil oleh setiap murid Islam di semua sekolah menengah di Malaysia. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam di dalam kelas.

Guru Pendidikan Islam di Shah Alam

Guru Pendidikan Islam dalam kajian ini merujuk guru –guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam (Teras) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Sementara Pendidikan Islam dalam kajian ini adalah merujuk kepada mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Mata Pelajaran ini wajib dipelajari dan diambil oleh setiap murid Islam di semua sekolah menengah di Malaysia

Shah Alam pula merupakan salah sebuah daripada sembilan daerah di negeri Selangor.

23 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 66.

(10)

10 1.8 Ulasan Kepustakaan

Ulasan kepustakaan atau dikenali sebagai kajian literatur merupakan bahagian yang penting dalam penyelidikan di mana pengkaji membuat tinjauan ke atas kajian-kajian lepas untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan kajian.24 Ulasan Kepustakaan berperanan sebagai panduan kepada penyelidik untuk mengetahui tentang apa yang perlu diselidiki, data yang perlu dikumpul dan jenis analisis yang perlu digunakan.25

Pengkaji telah meneliti beberapa kajian berkaitan dengan targhib dan tarhib iaitu:

1. Jamil bin Hashim (1990)26 “Persoalan targhib dan tarhib menurut perspektif Aqidah Islamiah”. Beliau mengkaji dan menyelidik sikap sebenar umat Islam terhadap targhib dan tarhib dan meneliti sejauhmana wujudnya hubungan dan konteksi di antara persoalan targhib dan tarhib dengan „Aqidah Islamiah dan Ibadah. Kajian ini membataskan kepada Jama‟ah Tabligh dan al-Arqam sebagai responden untuk menilai penerimaan manusia terhadap konsep targhib dan tarhib.

2. Jamiah bte Minhaj (1997)27 “Kedudukan Uslub targhib dan tarhib dalam Da‟wah”. Latihan ilmiah ini mengupas konsep targhib dan tarhib, contoh- contoh yang terdapat dalam al-Qur‟an dan Hadith serta membincangkan penggunaan uslub tersebut dalam dakwah.

24 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, h. 35.

25 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM, h.44.

26 Jamil Hashim (1990), “Persoalan Targhib dan Tarhib menurut perspektif „Aqidah Islamiah”, (Latihan Ilmiah , Fakulti Usuluddin Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

27 Jamiah Minhaj (1997), “Kedudukan Uslub Targhib dan Tarhib dalam Da‟wah”, (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

(11)

11 3. Ahamad Asmadi bin Sakat, Mohd Najib bin Abdul Qadir dan Aroma bin Abdul Wahid (2002)28 “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode al- targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau”. Kertas kerja ini membincangkan perbandingan keunggulan metodologi al-targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan al- Hadith dengan teori motivasi Barat. Skop kajian kertas kerja ini adalah tertumpu kepada pelaksanaan al-targhib dan al-tarhib dalam konteks dakwah Islamiyyah.

4. Sulaiman Muhammad Hasan (2003)29 “Tahqiq dan Takhrij Kitab Hidayat al Habib Fi al-targhib wa al-tarhib oleh Syeikh Nur al-Din al-Raniri”. Kajian ini bertujuan untuk menghidupkan kembali karya-karya Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan melihat sejauhmana kesahihan hadith-hadith yang digunakan di dalam Kitab Hidayat al Habib Fi al-targhib wa al-tarhib. Bagaimanapun kajian ini tidak membincangkan konsep al-targhib dan al-tarhib di dalam al-Qur‟an, ia hanya tertumpu kepada kajian atau tahqiq Kitab.

5. Abdul Razzak Abdul Rahman Al-Sa‟di (2003)30 “Konsep Irhab di dalam Al- Qur‟an dan Al-Sunnah Mengikut Pengertian Barat”. Kertas kerja ini membincangkan pendirian al-Qur‟an dan Hadith mengenai konsep Irhab iaitu keganasan di dalam Islam. Kajian ini juga melakukan perbandingan antara konsep Irhab menurut al-Qur‟an dan Hadith dengan pengertian yang diberikan oleh pihak Barat. Walaupun perkataan Irhab adalah kata terbitan yang membawa maksud menakutkan dan menggerunkan, kajian ini tidak

28 Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode al-Targhib dan al-Tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau” (Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18 Mei 2002).

29 Sulaiman Muhammad Hasan (2003). “Tahqiq dan takhrij Kitab Hidayat al Habib Fi al-Targhib Wa al-Tarhib oleh Syeikh Nur al- Din al-Raniri”, (Disertasi, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor).

30 Abdul Razzak Abdul Rahman Al-Sa‟di (2003), “Konsep Irhab Di Dalam Al-Qur‟an Dan Al-Sunnah Mengikut Pengertian Barat”, (Kertas Kerja 13, Muttaqa Ulama Sedunia, Putrajaya, 10-12 Julai 2003).

(12)

12 membincangkan secara khusus mengenai uslub targhib dan tarhib di dalam al- Qur‟an.

6. Syed Abdurahman bin Syed Hussin (2005)31 “Pendekatan targhib dan tarhib Dalam Penyampaian Dakwah” telah mengupas bentuk-bentuk dan contoh targhib dan tarhib yang terdapat di dalam al-Qur‟an secara umum. Manakala skop artikel ini membataskan konsep dan kepentingan targhib dan tarhib dalam penyampaian dakwah.

7. Khader bin Ahmad, Muhammad Faidz bin Mohd Fadzil, Mohd Aizul bin Yaakob dan Khairul Saufil Hadi bin Muhamad (2010)32Pendekatan Al- targhib dan Al- tarhib Dalam Membentuk Remaja dan Belia Cemerlang”. Skop perbincangan artikel ini adalah berkaitan pendekatan targhib dan tarhib ke arah membentuk jiwa remaja dan belia yang mengikut telunjuk al-Qur‟an dan hadith dalam membina peribadi dan membentuk akhlak mulia dalam diri.

Walaubagaimanapun artikel ini hanya membincangkan konsep al- targhib dan al- tarhib menurut al-Qur‟an secara umum sahaja.

8. Bahrudin (2006)33. “Metode targhib dan tarhib dalam Pendidikan Islam (Analisis Hadith Nabi saw)”. Skop perbincangan kajian ini adalah analisis hadith-hadith yang berkaitan targhib dan tarhib. Beliau melakukan takhrij hadith dari segi sanad, matan dan asbab al-wurud. Berdasarkan penelitian, kajian ini tidak membincangkan targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an secara terperinci.

31 Syed Abdurahman Syed Hussin (2005), “Pendekatan Targhib Dan Tarhib Dalam Penyampaian Dakwah”, Jurnal Usuluddin, Bil.

21, Julai 2005, h. 117-138.

32 Khader bin Ahmad et al. (2010), “Pendekatan al-targhib dan al-tarhib Dalam Membentuk Remaja dan Belia Cemerlang”, dalam Mustaffa Abdullah et al. (eds.), Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, h. 241-257.

33 Perpustakaan IAIN Walisongo Semarang, http://library.walisongo.ac.id/digilib/gdl.php?mod=browse&op=read&id=jtptiain-gdl- s1-2006-bahrudinni-1595 , 16 April 2012.

(13)

13 9. “Mengenal Metod Targhib dan Tarhib”34 Artikel ini membincangkan metode targhib dan tarhib dari aspek definisi targhib dan tarhib serta contoh-contoh targhib dan tarhib dari al-Qur‟an dan Hadith secara ringkas.

Walaubagaimanapun, artikel ini tidak menilai sejauhmana metode ini dilaksanakan dalam bidang pendidikan di Indonesia.

10. “Metode „amali, „Ibrah wa Mau‟izah dan targhib wa tarhib Dalam Pendidikan Islam”.35Artikel ini membincangkan pengertian ketiga-tiga metode yang telah disebutkan dan bentuk-bentuk pelaksanaannya dalam Pendidikan Islam. Ia juga mengenengahkan beberapa contoh targhib dan tarhib dari al-Qur‟an dan Hadith.

Walaubagaimanapun, artikel ini tidak membincangkan uslub targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an secara terperinci dan ia merupakan perbincangan secara teori sahaja. Artikel ini tidak membincangkan sejauhmana ia dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran.

Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan, perbincangan metode targhib dan tarhib tertumpu kepada konsep uslub tersebut dari segi maksud, bentuk dan contohnya yang terdapat di dalam al-Qur‟an dan Hadith. Kebanyakan kajian yang dijalankan adalah tertumpu dalam bidang dakwah dan juga secara teori dalam Pendidikan Islam.

Berdasarkan kajian literatur, pengkaji tidak menemui mana-mana kajian yang membincangkan sejauhmana metode targhib dan tarhib diaplikasikan dalam Pendidikan Islam pada situasi yang sebenar.

Selain dari kajian literatur di atas, terdapat satu lagi kajian yang mempunyai kaitan dengan uslub targhib dan tarhib iaitu kajian yang dijalankan oleh Sharifah Norshah

34 Ibnu Qosim‟s Blog, http://ibnuqosim.blogspot.com/2010/10/mengenal-methode-targhib-dan-tarhib.html , 16 April 2012.

35 Diary Ukhtie Blog, http://nountilakad.blogspot.com/2012/01/metode-amaliibrah-wa-mauizah-dan.html, 16 April 2012.

(14)

14 Bani bt Syed Bidin (2009) “Impak Uslub Tabshir dan Indhar dalam membentuk personaliti: kajian di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas dan Batu Gajah, Perak.”36 Selain istilah al-Targhib wa al-Tarhib, penggunaan istilah al- Tabshir wa Indhar juga mempunyai konsep yang sama iaitu memberi galakan melakukan kebaikan dengan pengkhabaran gembira dan menakutkan dengan sesuatu ancaman daripada melakukan sebarang kemungkaran.37 Beliau mengkhususkan bidang kajian berkaitan uslub tabshir dan Indhar di dalam al-Qur‟an . Kajian ini merupakan kajian lapangan yang membataskan kepada penghuni dua buah Sekolah Henry Gurney38.

Berdasarkan penyelidikan terhadap kajian – kajian lepas yang telah dijalankan, tidak terdapat kajian yang tertumpu kepada pelaksanaan uslub al-targhib dan al-tarhib dalam bidang pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan. Walaupun kajian yang dijalankan oleh Sharifah Norshah Bani tertumpu di sekolah, namun terdapat perbezaan dari segi responden yang berlainan. Ini menunjukkan, keperluan satu kajian yang menyelidik tentang konsep al-targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan bagaimanakah ia dilaksanakan sebagai modul atau kaedah dalam pendidikan.

36 Sharifah Norshah Bani bt Syed Bidin (2009), “Impak Uslub Tabshir dan Indhar dalam membentuk personaliti: kajian di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka dan Batu Gajah, Perak”. (Tesis PHD, Jabatan al-Qur‟an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

37 Khader bin Ahmad et al. (2010), op cit, h. 243.

38 Sekolah Henry Gurney (SHG) merupakan institusi pemulihan akhlak di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Di Malaysia, terdapat empat buah SHG iaitu dua buah di Semenanjung Malaysia iaitu SHG Telok Mas (SHGTM) dan SHG Wanita Batu Gajah (SHGWBG), sementara dua buah lagi terletak di Sabah, iaitu Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu (Wanita) dan Sekolah Henry Gurney II Keningau.

(15)

15 1.9 Metodologi Kajian

Metodologi kajian ialah kaedah yang akan digunakan sama ada untuk mengumpul data atau menganalisa data.39 Kajian ini difokuskan kepada Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Harian di sekitar Shah Alam. Pengkaji akan menganalisa konsep targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an dan juga mengkaji pengaplikasiannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan, Shah Alam.

1.9.1 Rekabentuk kajian;

i. Kajian Tinjauan.

Secara umumnya, kajian ini adalah bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (survey) dan deskriptif 40 sebagai metodologi kajian. Melalui metode ini pengkaji akan berusaha sedaya upaya mencari , mengumpul dan mengupas beberapa data yang dapat dikumpulkan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik, temu bual, instrumen pemerhatian dan pengamatan (observasi) dan seterusnya menentukan serta memastikan kebenaran data yang diperolehi.

ii. Kajian Perpustakaan .

Di samping itu, pengkaji akan menggunakan kajian perpustakaan dalam mencari bahan- bahan bertulis berbentuk fakta dan sebagainya seperti dokumentasi , histori seperti al- Qur‟an dan al-Hadith sebagai rujukan utama, buku- buku , jurnal dan majalah.

39Ahmad Sunawari Long (2009), Op cit., h. 42.

40Penyelidikan deskriptif bertujuan menjelas dan mentafsir terhadap “apakah dia (what is)”. Ia memfokuskan kepada fenomena kontemporari dan belum diselidik atau kemungkinan sudah diselidik tetapi ditumpukan kepada aspek lain. Ibid, h. 24.

(16)

16 1.9.2 Persampelan

Untuk instrumen soal selidik dan temubual, kajian ini melibatkan guru Pendidikan Islam sebagai responden.Terdapat 20 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Shah Alam. Berdasarkan populasi, terdapat 167 Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Shah Alam. Mengikut Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel bagi populasi 160 ialah 113 41 dan ia menepati 30% dari populasi.Oleh itu, pengkaji akan menggunakan persampelan rawak mudah bagi menentukan pemilihan sampel tersebut.

1.9.3 Instrumen kajian:

Instrumen yang akan dibina dan digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini:

i. Borang soal selidik.

Satu set soal selidik akan digunakan iaitu soal selidik kepada Guru Pendidikan Islam bagi mengetahui pelaksanaan metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan, Shah Alam

ii. Temubual

Temubual akan dijalankan kepada guru yang dipilih secara rawak untuk mengetahui tahap kefahaman mereka terhadap metode pengajaran berlandaskan targhib dan tarhib.

iii. Instrumen pemerhatian dan pengamatan (observasi)

Pengkaji membuat observasi ke atas responden terbabit semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Perkara ini penting kerana dengan cara ini pengkaji dapat mengetahui perkara sebenar yang berlaku di dalam kelas.

41 Chua Yan Piaw (t.t), Op. cit, h. 186.

(17)

17 1.10.3 Kaedah analisis data

Data – data yang bersifat kuantitatif akan dianalisa menggunakan perisian komputer Pemerosesan Data SPSS. Pengkaji akan membentangkan hasil kajian dalam bentuk jadual yang mudah dan akan membuat ulasan ke atas data dan keputusan kajian yang diperolehi.

Maklumat yang diperolehi dalam bentuk temubual dianalisa berdasarkan rekod dan catatan semasa sesi temubual bagi menjawab persoalan kajian. Data berdasarkan temubual ini akan dapat membantu bagi mengetahui lokasi kajian dengan lebih tepat dan juga pandangan-pandangan responden mengenai metode targhib dan tarhib.

1.10 PENUTUP

Cendikiawan-cendikiawan ilmu tarbiyyah (pendidikan) bersepakat bahawa penggalakan dan memberi ganjaran adalah perkara yang penting dalam pendidikan apabila anak melakukan perkara-perkara yang baik. Begitu juga hukuman perlu dibuat untuk mengatasi perkara yang sebaliknya dan perkara ini diperakui oleh cendekiawan- cendekiawan ilmu psikologi.42

Al-Qabisi43 mengatakan bahawa sanjungan atau galakan adalah salah satu pendekatan pendidikan di mana ia mempunyai kesan dalam mendorong seseorang pelajar untuk tekun sehingga mereka dihormati. Al-Qabisi juga berpesan kepada guru agar tidak menjalankan hukuman kecuali setelah dipergunakan segala bentuk penggemaran. Ini bertujuan mendalamkan hubungan kasih sayang antara guru dan pelajar di mana hubungan guru dan pelajar samalah seperti hubungan bapa dan anak.44

42 Zahazan Mohamed (2006), Anakku Hebat Anakku Soleh. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, h. 24-25.

43 Namanya yang lengkap ialah Abu al-Hasan „Ali bin Muhammad bin Khalaf al-Mu‟afiri al-Qairani. Beliau dilahirkan di Qairawan

pada tahun 935 Masihi. Beliau seorang yang banyak meriwayat, mengetahui Hadith, „illah-„illahnya dan tokoh-tokohnya, mengetahui fiqh dan usulnya, seorang yang petah berbicara, baik tindak tanduknya dan beliau merupakan seorang yang buta. Antara hasil karyanya ialah Risalah fi al-„Itiqadat, Risalah fi al-Zihri wa al-Du‟a, Mulakhkhas al-Muwatta‟, al- Risalah al-Mufassilah li Ahwal al-Muta‟alimin wa Ahkami al-Mu‟alimin wa al-Muta‟alimin dan lain- lain lagi.

44„Abdullah Al-Amin Al-Na‟miy (1994), Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Mohd Ramzi Omar (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 241.

(18)

18 Al-Ghazali berkata dalam Ihya‟ „Ulumuddin, semua perkara baik yang ditunjukkan oleh anak perlulah dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik kerana kelakuannya itu merupakan sesuatu yang bermanfaat.45

Menurut Dr. „Abdullah Nashih Ulwan, metode pendidikan dengan menggunakan uslub targhib (iaitu memberi dorongan dengan kata-kata yang baik atau memberikan hadiah) dan tarhib (iaitu memberikan hukuman) adalah amat penting dalam membina iman dan akhlak seorang pelajar.46

Berdasarkan kata-kata tokoh ilmuan di atas, pendekatan targhib dan tarhib amat penting dan merupakan metodologi pendidikan yang berkesan dalam membina jatidiri pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Pendekatan ini banyak disebut di dalam al- Qur‟an yang menganjurkan manusia berfikir tentang implikasi yang akan diterima berdasarkan perbuatan atau amalannya. Setiap perbuatan dan tindakan yang baik akan membawa kesenangan dan kenikmatan hidup dan sebaliknya perbuatan dan amalan yang jahat atau buruk akan mengakibatkan kesusahan dan penderitaan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh itu, satu kajian yang mendalam diperlukan dalam mengkaji sejauhmana metode targhib dan tarhib ini digunakan oleh para pendidik dalam pengajarannya dan kesannya terhadap pembinaan jatidiri murid.

45Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi Ad-Damasqi (2006), Intipati Ihya‟ „Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-Orang Mukmin Imam Al-Ghazali. Abu Hasan Din Al-Hafiz (terj.), Kuala Lumpur: Darul Fajr, h. 726.

46 „Abdullah Nashih Ulwan (1996), Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Saifullah Kamalie et al.(terj.), j.2. Kuala Lumpur: Victory Agencie, h. 63-64.

(19)

19 BAB 1

KONSEP TARGHIB DAN TARHIB MENURUT AL-QUR’AN

1.0 Pendahuluan

Al-Qur‟an adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman dan pegangan hidup seluruh umat manusia. Malah al-Qur‟an juga merupakan kitab suci dari Allah yang mengandungi peraturan yang amat lengkap dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia yang wajib diimani dan dinyakini untuk mencapai kebahagian hidup didunia dan di akhirat. Segala usaha untuk menyingkap rahsia-rahsia yang terkandung di dalam al-Qur‟an dapat menambahkan kenyakinan terhadap kebenaran al-Qur‟an sebagai satu-satunya pegangan dan jalan untuk mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah. Firman Allah:

















Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Al-Baqarah (2):2

Al-Qur‟an menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa47 atau yang berusaha membentuk diri mematuhi perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganya. Oleh itu, jika diteliti terdapat pelbagai metodologi atau pendekatan yang digunakan dalam al- Qur‟an untuk menarik manusia ke arah ketakwaan kepada Allah. Diantara metodologi yang sering diperkatakan ialah metode targhib dan tarhib. Metode ini sering

47Takwa ialah memelihara atau melindungi diri dari sesuatu yang ditakuti atau dibimbangkan. Bertakwa kepada Allah ialah memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada siksaan dan kemurkaan Allah dengan menjalankan undang-undang peraturannya serta hukum perintahnya. „Abdullah Muhammad Basmeih (1983), Tafsir Pimpinan ar-Rahman, c.6. Kuala Lumpur:

Dar al-Fikr, h. 6.

(20)

20 diperbincangkan dalam bidang dakwah dan juga pendidikan. Ini kerana matlamat kedua-dua bidang ini adalah untuk melahirkan insan yang mantap „aqidah, membentuk akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh dan bertaqwa kepada Allah swt.

1.1 Konsep Targhib Dan Tarhib 1.1.1 Definisi al-targhib

Kalimah al-targhib berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu kata nama yang diambil daripada kata kerja بغر . Kalimah بغر telah disebut sebanyak lapan kali di dalam al-Qur‟an dalam pelbagai bentuk iaitu fi‟il mudari‟ marfu‟ )نىبغزت( 48 dan )بغزي)49 , fi‟il mudari‟ mansub )اىبغزي( 50 , fi‟il amar mabni )بغراف( 51 , hal ) ابغر( 52 , khabar muqaddam )بغار( 53 serta khabar َّنا )نىبغار(54. Berdasarkan terjemahan ayat bagi kalimah tersebut, ia membawa maksud suka, membenci, mengasihi, gemar, ingin atau harapan55. Walaubagaimanapun, hanya ayat 9 Surah at-Taubah menunjukkan ayat yang menggunakan metode targhib dalam jihad iaitu:









































































48 Surah An-Nisa‟ (4): 127. Muhammad Fuad „Abdul Baqi (2001),al-Mu‟jam al-Mufarras al-Alfaz al- al-Qur‟an al-Karim, al- Qaherah:Dar al-Hadith,h. 396. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi (1997), Mu‟jam I‟rab al-Alfaz al-Qur‟an al-Karim. Nashirun:

Maktabah Lubnan, h. 127.

49 Surah Al-Baqarah (2):130. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h25.

50 Surah At-Taubah (9):120. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h263.

51 Surah Al-Syarh (94): 8. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 813.

52 Surah Al-Anbiya‟ (21): 90. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 430.

53 Surah Maryam (19):46. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 400 .

54 Surah At-Taubah (9): 59 Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 250 dan Surah Al-Qalam (68):32. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h759 .

55 Abdullah Muhammad Basmeih (1983), opcit.

(21)

21

































Maksudnya:Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang- orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'rab"

ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana Sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (Tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (Tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.

Surah at-Tawbah (9):120

Ayat ini merupakan teguran keras Allah kepada penduduk Madinah yang membelakangi Rasullullah dalam perang Tabuk yang dikenali orang „Arab. Allah juga memberi rangsangan dan motivasi semangat kepada mereka dengan menyatakan bahawa setiap apa juga bentuk kesusahan yang mereka terima dalam usaha memberi sokongan kepada Rasullullah s.a.w. itu akan dicatat sebagai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala56. Ini merupakan bukti bahawa kebanyakan metode targhib di dalam al-Qur‟an tidak menggunakan perkataan raghaba, tetapi ia memerlukan penelitian terhadap maksud dan tafsiran ayat.

Dari segi pengertian, kalimah al-targhib yang berasal daripada kata kerja بغر mempunyai dua maksud iaitu :

1. Perkataan بغر apabila diikuti selepasnya dengan harf jar يف yang bererti menghendaki , menyintai , menyukai, gemar atau memberangsangkan .

2. Perkataan tersebut apabila diikuti selepasnya dengan نع bererti enggan atau

56 Ibnu Kathir (2000), Tafsir al-Qur‟an al-„Azim , Muhammad „Abdul Rahman al-Mar‟ashli (ed.), j.2. Beyrout: Dar Ehia al-Tawrath al-„Arabi, h. 398. Lihat juga Salahuddin Abdullah et al. (2009), Tafsir Mubin, J.3. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka, h.23.

(22)

22 benci kepada sesuatu dan meninggalkannya (seperti ayat 130: Surah al- Baqarah). 57

Daripada dua pengertian di atas dapat dirumuskan bahawa al-targhib itu ialah sesuatu yang disukai dan digemari yang menyebabkan atau menimbulkan rasa benci terhadap sesuatu yang tidak disukai atau tidak digemari.

Ia adalah suatu bentuk galakkan , rangsangan dan motivasi kepada umat manusia sejagat agar mereka sentiasa mempertingkatkan ketakwaan dan ibadat mereka kepada Allah S.W.T. Al- targhib juga dimaksudkan sebagai janji- janji baik dan ganjaran pahala kepada orang – orang soleh. Ia boleh didapati di dalam dua sumber utama di dalam Islam iaitu al-Qur‟an dan al-Hadith. Antara contoh – contoh al- targhib adalah seperti galakkan supaya sentiasa ikhlas di dalam amalan, benar dalam perbuatan dan lain- lain lagi.58

1.1.2 Definisi al-Tarhib

Al-tarhib juga berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu kata nama yang diambil daripada kata kerja بهر yang bererti takut atau gerun59. Kalimah بهر telah disebut sebanyak dua belas kali dalam pelbagai bentuk iaitu fi‟il mudhari‟ marfu‟ )نىبهزي (60, fi‟il amar mabni )نىبهراف ( 61, fi‟il mudhari‟ marfu‟ ) نىبهزت( 62, fi‟il madhi mabni

57 Mahmud Yunus dan Muhammad Qasim Bakri (1930), al-Qamus al-Dhahabi. Misr: al-Matba‟ah al-Rahmaniyyah, h. 130. Lihat juga al-Bustani , al- Mu‟allam Butrus (1987), Muhit al-Muhit : Qamus mutawwal li al-Lughat al-A‟rabiyyah. Bayrut: Maktabah Lubnan, h. 341. Lihat Seminar Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode al-Targhib dan al-Tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau” (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18 Mei 2002), h.1.

58 Al-Mundhiri, Imam al-Hafiz Zaki al-Din „Abd al-„Azim Ibn „Abd al-Qawiyy (1994), al-Targhib wa al-Tarhib, j. 1. al- Kaherah:Dar al-Hadith, h.19.

59 Ibn Manzur. Abu al-Fadl al-Din Muhammad al-Mukarram(1968), Lisan al-A‟rab, j. 4. Bayrut: Dar al-Bayrut, h. 436.

60 Surah Al-A‟raf (7):154. Fuad „Abdul Baqi,Ibid, h.399. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 216.

61 Surah Al-Baqarah (2): 40 dan Surah An-Nahl (16): 51. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h. 9 dan 352.

(23)

23 )مهىبهزتسا ( 63,majrur ) بهزلا( , tamyis) 64 ةبهر( , 65 ma‟tuf ) ابهر( 66 , ma‟tuf ) نابهزلا ( 67, ma‟tuf) انابهر( 68, ma‟tuf ) مهئابهر( 69 dan ma‟tuf) ةينابهر( 70.

Al-tarhib membawa erti menakutkan dan menggerunkan manusia dalam pengabdian diri kepada Allah dengan cara menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah dengan pelbagai bentuk dalam kehidupan71. Ia menyebabkan seseorang itu merasa takut, gerun dan perasaan benci kepada sesuatu yang buruk dan seterusnya menyebabkan seseorang itu meninggalkannya.

Ia adalah satu bentuk peringatan dan ancaman kepada manusia supaya mereka sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang bentuk kejahatan dan kemaksiatan samaada zahir ataupun batin . Al-tarhib ini dapat diketahui dari dua sumber utama di dalam Islam iaitu al-Qur‟an dan al-Hadith.

Kesimpulannya , al-targhib merupakan suatu galakan dan rangsangan (motivation) kepada umat manusia seluruhnya di dalam bentuk ganjaran pahala dan balasan baik supaya mereka sentiasa berbuat baik dan meninggalkan segala tegahan sepanjang menjalani liku- liku kehidupan di dunia ini.

62Surah Al-Anfal (8):60. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h236.

63 Surah Al-A‟raf (7):116. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h210.

64 Surah Al-Qasas (28):32. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h511.

65 Surah Al-Hasyr (59):13. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h732.

66 Surah Al-Anbiya‟(21):90. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h430.

67 Surah At-Taubah (9):34. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h246.

68 Surah Al-Mai‟dah(5):82. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h153.

69 Surah At-Taubah (9):31. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h245.

70 Surah Al-Hadid (57):27. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h723.

71 Yusuf al-Qardawi (1993), al-Muntaqa Min al-Targhib wa al-Tarhib lil Mundhiri, c.1. al-Mansurah: Dar al-Wafa‟ al-Taba‟ah wa

Nasr wa al-Tawzi‟, h. 9.

(24)

24 Manakala al-tarhib pula lebih merupakan ancaman (warning) 72 dan peringatan (reminder) dari Allah s.w.t kepada manusia di dalam bentuk dosa dan balasan azab supaya tidak melakukan sebarang kejahatan dan seterusnya berusaha untuk mematuhi segala perintahNya.Tegasnya, manusia mestilah bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

1.1.3 Persamaan dan perbezaan targhib dan tarhib.

Berdasarkan definisi, al- targhib mempunyai perbezaan dengan al- tarhib dari segi maksud. Al- targhib bermaksud menyemarakkan, menarik perhatian dan mendorong kearah ketaatan kepada Allah. Manakala al- tarhib pula bermaksud mengancam dan menjauhkan diri daripada larangan Allah.

Namun terdapat persamaan dari segi sumber dan tujuan. Kedua- dua istilah adalah berasal dari sumber al-Qur‟an dan al-Hadith. Allah menggunakan uslub targhib dan tarhib di dalam al-Qur‟an untuk memberi perangsang kepada manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan serta untuk mencapai ketaatan kepada Allah.

1.2 Bentuk targhib dan tarhib dan contohnya yang terdapat dalam al-Qur’an.

Uslub targhib dan tarhib adalah uslub al-Qur‟an dan banyak disebut di dalam al- Hadith juga. Ia menerangkan mengenai janji dan ugutan )ديعىلا و دعىلا(, perihal akhirat, gambaran syurga dan neraka, ganjaran orang mukmin yang bertakwa dengan kenikmatan yang kekal dan balasan bagi orang yang kufur dengan azab yang pedih.

Dalam al-Qur‟an terdapat banyak ayat menggemarkan kepada menerima kebenaran dan menggerunkan terhadap kekufuran dan akibat darinya. Uslub targhib dan tarhib banyak disebut di dalam al-Qur‟an, khususnya dalam ayat-ayat Makiyyah dan tertumpu

72 Khalid M. Hussain et al. (1995), Kamus dwi bahasa : Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu, c. 10. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1418.

(25)

25 pada dua juzu‟ yang terakhir iaitu juzu‟ dua puluh sembilan dan tiga puluh.73 Antara gaya bahasa dan tajuk yang diperbincangkan dalam ayat Makki ialah dakwah kepada tauhid dan beribadah hanya kepada Allah, pembuktian mengenai risalah, hari kebangkitan dan hari pembalasan, hari kiamat dan kedahsyatannya, neraka dan seksaannya serta syurga dan nikmatnya.74

Uslub targhib dan tarhib dalam syariah datang mengikut pelbagai keadaan, pelbagai bentuk kejiwaan, dan pelbagai sikap yang diambil. Ia datang dalam bentuk penyelesaian kepada halangan, juga bentuk berita gembira dan amaran. Ini kerana terdapat kepelbagaian emosi dan mentaliti manusia. Jiwa manusia yang sukakan perkara kebaikan akan mudah menerima uslub targhib sebagai suatu motivasi untuk menjadi lebih baik. Manakala manusia yang gemar kepada kebendaan dan kemungkaran, perlu dikejutkan dengan tarhib, disekat dengan amaran serta diperingatkan dengan perkara yang menakutkan mereka terhadap akibat daripada perbuatan yang dilakukan mereka.

Dalam konteks pendidikan, al-Qur‟an telah menggariskan beberapa petunjuk untuk membimbing manusia ke jalan yang benar yang diredhai Allah. Oleh itu, uslub targhib dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an merupakan salah satu pendekatan untuk mencapai tujuan pendidikan. Antara tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah, bertakwa kepada Allah, membentuk insan soleh, mewujudkan kemakmuran di muka bumi dan mewujudkan kebahagiaan hidup,

Berdasarkan tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an, uslub targhib dibahagikan kepada dua bentuk iaitu menggesa dan mendorong ketaatan kepada Allah dan pembinaan sakhsiah diri yang mulia. Kedua- dua bentuk ini saling berkaitan, ketaatan kepada Allah akan mendorong melakukan ibadat dan seterusnya ibadat pula akan menghalang sifat keji dan mungkar serta mendidik jiwa manusia ke arah akhlak mulia

73 Yusuf al-Qardawi (1993), Op. cit., h. 12.

74 Manna‟ al-Qatan (1992), Mabahith fi „Ulum al-Qur‟an. Bayrut: Muassasah al-Risalah, h.63.

(26)

26 yang menjadi benteng kepada gangguan syaitan. Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam banyak ayat, antaranya melalui surah-surah al-Ankabut (29):45, al-Baqarah (2): 182 &

198, al-Dhariyat (51): 56, al-Tawbah (9):103 dan al-A‟raf (7): 14-17.

1.2.1 Bentuk targhib yang menggesa dan mendorong ketaatan kepada Allah Mendorong seseorang untuk taat kepada Allah memerlukan pendekatan yang menggembirakan. Allah memberikan nikmat yang kekal dan benar kepada mereka yang beriman kepada Allah iaitu ganjaran syurga. Perkara ini banyak disebut dalam al-Qur‟an seperti Surah an-Nisa‟: 124, Surah ad-Dukhan (44): 51-56, Surah an-Naba‟ (78): 31-36, Surah al-Thur (52): 17-24 dan surah al-Taghabun (28): 9.

























































Maksudnya: (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa- dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;

yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Surah al-Taghabun (28): 9

Dalam menghuraikan ayat di atas, al-Maraghi menyatakan “Hari Taghabun”

ialah hari ketika orang kafir dapat melihat dengan jelas kerugian dan nasib malang mereka kerana kekufuran mereka. Orang yang beriman pula melihat nasib mereka yang baik kerana mereka mengutamakan keimanan daripada keduniaan. Orang yang beriman kepada Allah dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya akan terhapus dosa dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan nikmat. Inilah

(27)

27 kemenangan yang besar bagi manusia75. Uslub targhib yang dinyatakan dalam ayat ini menggunakan kaedah perbandingan antara orang yang rugi dan orang yang berjaya di akhirat. Setiap manusia pasti tidak mahukan kerugian dan ia akan mendorong seseorang mentaati perintah kepada Allah kerana mereka mahukan kemenangan dan kejayaan yang besar iaitu Syurga yang penuh dengan nikmat. Syurga merupakan janji Allah yang utama yang diberikan kepada orang yang bertakwa. Terdapat banyak ayat al-Qur‟an yang menggambarkan perkara ghaibiyyat ini seperti Surah al-Zukhruf (43):70-73, Surah al-Waqiah (56): 12-14 dan surah „Ali-Imran (3): 133.

Uslub ini juga didatangkan dalam bentuk menerangkan apa yang manusia akan dapat di dunia lagi dari segi keamanan, keselamatan dan ketenangan diri apabila melakukan amal soleh seperti dalam surah Maryam (19): 96:





















Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.

Syeikh „Abdullah bin Muhammad Basmeih menyatakan maksud perasaan kasih sayang ialah Allah akan menanamkan perasaan kasih sayang dalam hati orang ramai di dunia terhadap mereka dan akan diberikan apa yang mereka inginkan pada hari akhirat kelak76. Al-Qurtubi juga mengatakan bahawa kasih sayang yang dianugerahkan di dunia sama juga akan dinikmati di akhirat. Allah akan menganugerahkan nikmat, kebaikan, rahmat dan memuliakan seseorang yang beramal soleh dengan ikhlas77. Inilah ganjaran dan janji yang diberikan oleh Allah di dunia lagi bagi menaikkan semangat

75Ahmad Mustaffa al-Maraghi (1946), Tafsir al-Maraghi, j. 29. Mesir: Syarikat Maktabah dan Percetakan Mustaffa al-Bab al- Halani, h. 125.

76 ‘Abdullah Muhammad Basmeih (1983), op. cit. hlm. 630.

77 Al-Qurtubi (2006), al-Jami‟ li Ahkam al-Qur‟an, „Abdullah bin „Abdul Mohsin al-Taraki (ed.), c.1. Beirut: Muassasah al-Risalah

lil-Toba‟ah wa Nasr wa al-Tauzi‟, h. 527.

(28)

28 untuk sentiasa melakukan amal soleh. Begitu juga orang yang selalu mengingati Allah atau zikrullah akan dapat mententeramkan hati dan jiwa seperti dalam surah ar-Ra‟d:

ayat 28.























Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan

"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Surah Ar-Ra‟d (13): 28

Selain itu, Allah juga akan memberikan janji kepada orang yang bertakwa dengan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi, rahmat, memberikan rezeki dari sumber yang tidak pernah terlintas oleh manusia dan juga mengampunkan dosa. Ia banyak disebutkan seperti dalam surah al-Talaq (65): 2 dan 3, surah al-Taghabun (64):

11 dan 17, surah Ali „Imran (3): 101 dan surah al-Baqarah (2): 186.

1.2.2 Bentuk targhib yang mendorong pembinaan sakhsiah diri yang mulia

Pembinaan insan yang mulia adalah antara salah satu tujuan pendidikan, Terdapat banyak ayat al-Qur‟an yang menerangkan mengenai ganjaran kepada seseorang yang sentiasa berakhlak dengan akhlak mulia. Allah memberikan khabar gembira kepada manusia yang sentiasa meninggikan akhlak dengan cara Allah akan memberikan balasan pertolongan kepada mereka juga. Perkara ini banyak disebut di dalam al-Qur‟an seperti dalam Surah al-Baqarah (2): ayat 152 dan 153.

Bagi melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia, seseorang itu haruslah memiliki jiwa atau rohani yang bersih daripada penyakit-penyakit hati, dan cara yang terbaik untuk membersihkan jiwa ialah bertaubat. Allah mengaitkan taubat dengan kebahagiaan. Lafaz al-tawwab di dalam al-Qur‟an di sebut sebanyak 11 kali iaitu dalam surah al-Baqarah (2): ayat 37, 54, 128, 160, surah al-Nisa‟ (4): ayat 16, 64, surah al-

(29)

29 Tawbah (9): ayat 104,118, surah al-Nur (24): ayat 10, surah al-Hujurat (49): ayat 49 dan surah al-Nasr (110): ayat 3 78. Al-Sya‟rawi menuturkan, kalimah tawwab menunjukkan Allah tidak mengambil kira hamba-hambanya yang melakukan dosa kerana Allah adalah tawwab yang bermaksud maha menerima taubat walaupun seseorang melakukan banyak dosa dalam satu masa ataupun ramai orang yang melakukan dosa. Inilah antara bentuk targhib yang mendorong seseorang bertaubat dengan mengkhabarkan bahawa Allah Maha menerima taubat bagi orang yang taubat nasuhah tanpa sebarang syarat walau sebesarmanapun dosa dan maksiat yang telah dilakukan.

Bagi melahirkan tindak-tanduk yang terpuji, ibadat merupakan salah satu cara untuk mendidik jiwa serta membersihkan hati daripada kekotoran dan kekejian.

Terdapat banyak uslub targhib yang menggesa dan mendorong supaya melakukan ibadat seperti solat, zakat, sedekah dan jihad. Ganjaran yang sering disebutkan adalah berbentuk pahala dan gandaan pahala bagi setiap ibadat yang dilakukan. Perkara ini banyak disebut dalam al-Qur‟an seperti surah al-Baqarah (2): 271, 274, 277 dan surah al-Layl (92); 17-21.Selain ganjaran pahala, mereka juga disebut sebagai orang yang berjaya dan akan mendapat petunjuk dari Allah seperti yang disebutkan dalam surah Luqman (31): ayat 2 hingga 5.

Seseorang yang mempunyai sakhsiah yang mulia perlulah menghiasi diri mereka dengan akhlak yang baik. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang melahirkan perbuatan manusia terhadap Allah s.w.t terhadap dirinya sendiri dan juga makhluk lain bersandarkan pertimbangan dan petunjuk al-Qur‟an al-Karim dan Hadith Rasullullah s.a.w79. Terdapat banyak ayat al-Qur‟an yang menggesa berakhlak mulia seperti

78 Zulkifli Haji Mohd Yusoff et al (2009), Kamus al-Qur‟an. Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd, h. 117.

79 Norzulaili Mohd Ghazali et al (2005), “Metode Al-Quran Dalam Membina Akhlak Dan Peribadi” , Jurnal Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia, h. 22.

(30)

30 bercakap benar, bersabar dan berbudi bahasa dengan ibubapa seperti surah al-Ahqaf (46): ayat 15-16, surah Taha (20): ayat 130-132 dan surah al-Ahzab ( 33 ): ayat 70- 71.

















































Maksud: Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara), Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Surah al-Ahzab (33): 70-71

Ar Razi menjelaskan bahawa ayat ini menyuruh manusia melakukan kebaikan samada dari segi perbuatan atau perkataan kerana ia adalah ciri-ciri orang yang bertakwa 80. Ketakwaan kepada Allah akan mendorong kepada amalan-amalan yang baik dan ia akan kekal sehingga ke syurga dan juga diberi pengampunan oleh Allah.

Uslub targhib yang disampaikan oleh Allah di dalam al-Qur‟an adalah sesuatu yang amat berkesan dalam mendidik jiwa seseorang. Pelaksanaannya dalam mendidik perlulah diseimbangkan dengan uslub Tarhib. Larangan yang disertakan ancaman mampu menyedarkan dan mengingatkan seseorang akan kesan melakukan kemungkaran tersebut. Berdasarkan tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an, tarhib dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tarhib terhadap perbuatan syirik dan ketidaktaatan kepada Allah dan tarhib terhadap perbuatan melakukan kemungkaran dalam masyarakat.

1.2.3 Bentuk tarhib terhadap perbuatan syirik dan ketidaktaatan kepada Allah.

Tarhib datang dalam bentuk mengalihkan perhatian kepada akhirat dengan dorongan mengutamakan kehidupan yang kekal ke atas kehidupan yang fana ini.

Dorongan begini perlu dilakukan kerana terdapat kalangan manusia yang jiwanya

80 Ar Razi (1981), Tafsir Al Fakhrul Razi Al Mushtahir Bi Al Tafsir Al Kabir Wa Mafatih Al Ghaib, j.2. Lubnan: Dar al-Fikr, h.235.

(31)

31 tergoda dengan harta benda dunia dan syahwat sehingga meninggalkan amalan-amalan dan perbuatan baik. Terdapat banyak ayat al-Qur‟an yang menjelaskan bahawa dunia ini hanyalah sebagai tempat persinggahan dan kehidupan yang abadi adalah di akhirat seperti surah al-Hadid (57):ayat 20-21, surah al-Shura (42): ayat 20, surah al-„Ala (87):

ayat 16-17, surah al-Inshiqaq (84): ayat 6, Surah al-Balad (90): ayat 4, Surah al- Taghabun (64): ayat 14-15 dan surah al-Inshirah (94): ayat 5-8.

Tarhib kadang-kadang datang dalam bentuk memberi ingatan tentang kemurkaan dan kemarahan Allah dengan menyebut ayat-ayat al-Qur‟an yang menakutkan mereka yang menderhaka, yang fasiq dan yang sombong dengan siksaan azab neraka. Allah juga menggambarkan azab-azab yang terdapat dalam neraka bagi menggerunkan manusia yang dalam kelalaian. Hal ini diperingatkan melalui banyak ayat al-Qur‟an antaranya dalam al-Nisa‟ (4):55, surah al-„Araf (7): ayat 40-43, surah an-Nahl (16):ayat 84-87,surah al-Ma‟arij (70): ayat 42, surah al-Waqi‟ah (56): ayat 41-44, surah An- Naziyat (79): ayat 37-39, surah al-Mu‟min(40): ayat 76 dan surah al-Mulk (67): ayat 6- 11.









































































































































Maksudnya:Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu, dalam kajian semasa ini, selain mengkaji jurang pilihan pembaca dan wartawan terhadap jenis pemberitaan yang dipaparkan dalam BH dan The Star, kajian ini juga

of Malaya.. 14 Selain itu juga kajian ini amat penting dalam memastikan punca permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid ketika menjalani program LINUS. Melalui amalan

viii) Di dalam transaksi al-tawarruq, Al-maÑqud Ñalayh merupakan rukun yang paling banyak mencetuskan isu dan polemik. Oleh itu, ia penyelenggaraannya amat perlu

Pertama sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada Profesor Madya Dr Kuang Ching Hei selaku penyelia yang telah memberi bimbingan dan tunjuk

11 Terdapat dalam kalangan mereka membicarakan munāsabat dari aspek hubungan di antara ayat-ayat al-Qur‟an, 12 ada juga yang menulis dari aspek hubungan di antara

Selain itu masalah yang biasa dihadapi adalah masalah teknikal dan makmal komputer yang tidak mencukupi juga menghalang mereka untuk menggunakan bahan bantu animasi

Langkah ini juga selari dengan Dasar Pendidikan Negara yang telah menggariskan suatu matlamat untuk menjadikan seseorang individu itu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

Berdasarkan data yang telah dibincangkan sebelum ini dapatlah disimpulkan bahawa, para responden iaitu daripada kalangan pensyarah dan para pelajar melihat pembangunan etika