• Tiada Hasil Ditemukan

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HASILKAN PRODUK INOVASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HASILKAN PRODUK INOVASI"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

KUBANG KERIAN, 14 Jun 2015 - Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ialah satu platform bagi warga Universiti Sains Malaysia (USM) menterjemah idea yang kreatif dan inovatif untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Program kali ini menampilkan 8 kumpulan dalam dua kategori iaitu 6 teknikal dan 2 pengurusan.

“Penganjuran Konvesnyen KIK yang telah memasuki tahun yang kesembilan ini menandakan bahawa kita sudah maju ke hadapan dalam aspek inovasi dan kreativiti serta akan meneruskan langkah yang seterusnya,” kata Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed di Majlis Perasmian Penutup Konvensyen tersebut.

Katanya, program sebegini banyak faedahnya dan menguntungkan pihak pengurusan mahu pun staf itu sendiri untuk kepentingan USM secara keseluruhannya dalam banyak aspek.

Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Profesor Madya Dr Adam Husein yang juga Pengerusi Jawatankuasa KIK Kampus Kesihatan berkata, program KIK ini memberi peluang kepada semua staf di semua peringkat dalam mencipta inovasi yang berfaedah dan berkualiti kepada masyarakat.

“Program KIK ini banyak memberi manfaat kepada semua pihak contohnya alat yang dicipta dapat memudahkan urusan penggunaannya, menjimatkan kos dan USM boleh menjual alat tersebut bagi menjana pendapatan universiti apatah jika inovasi yang dicipta diiktiraf di peringkat antarabangsa tentunya dapat meningkatkan KPI kepada universiti,” katanya lagi. Program ini juga diadili oleh Pengurus Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC), Nik Rosdi Nik Yusoff selaku Ketua Panel Hakim, Che Mohamad Khalib Omar dari Unit Kesihatan Pendidikan Jabatan Kesihatan Kelantan dan Haji Mohd Rozali Jaffar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II. Nik Rosdi semasa sesi rumusan berkata, walaupun secara keseluruhannya semua persembahan kumpulan yang bertanding adalah memuaskan tetapi perlu lebih banyak penambahbaikan untuk memantapkan lagi hasil inovasi yang dicipta dan perlu menumpukan kepada impaknya.

“Saya kagum dengan pihak USM yang tidak pernah gagal untuk mewujudkan Kumpulan KIK yang baru saban tahun dan mampu menghasilkan penemuan yang pelbagai serta memberi banyak faedah kepada umum yang jika mereka berjaya di peringkat kampus, mereka akan ke pusingan seterusnya di peringkat Wilayah Timur dan berpeluang untuk ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Kumpulan mediCIT dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Teknikal dan Naib Juara disandang oleh kumpulan Beyond Rehab dalam Konvensyen KIK 2015.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HASILKAN PRODUK INOVASI

14 JUN

(2)

Hadir sama ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dan Penyelaras Kualiti Kampus Kesihatan, Dr. Mary Abraham. - Teks: Mohamad Iqmal Mathlan & Zulkifli Zakaria/Foto: Mohamad Nazri Md Zain

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sejuta penghargaan dan ribuan terima kasih untuk semua pihak yang telah banyak memberi kerjasama kepada saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan

Jasin, 23 Februari – Bengkel Pengukuhan dan Intensif Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diadakan di Perpustakaan UiTM Kampus Jasin,

dapat hi-.1up berdikari sebagai anggota ffiasyarakat... adalah ainai

MOSTI Memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan idea, inovasi, dan produk baru dalam bidang sains dan teknologi yang menyumbang kepada

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman yang komprehensif kepada pelajar berkenaan kreativiti dan inovasi serta kaedah dan strategi pemikiran kritis dan inovatif dalam

(2004) ke atas dua kumpulan wanita iaitu kumpulan yang pernah menjalani Pap-smear dan kumpulan yang tidak pernah menjalani saringan mendapati kedua-dua kumpulan ini

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai keberkesanan tahap pelaksanaan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.. Melalui

"Sejujurnya saya tidak pernah tahu adanya anugerah ini, iaitu Anugerah Ikon Istimewa Kebangsaan serta saya tidak tahu siapa yang mencalonkan saya dan apa yang