• Tiada Hasil Ditemukan

SISTEM PENYAMPAIAN PROGRAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SISTEM PENYAMPAIAN PROGRAM "

Copied!
43
0
0

Tekspenuh

(1)

SISTEM PENYAMPAIAN PROGRAM

PENDIDIKAN: SATU KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH DI BALING, KEDAH.

MAHATHIR YAHAYA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2018

(2)

SISTEM PENYAMPAIAN PROGRAM

PENDIDIKAN: SATU KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH DI BALING, KEDAH.

oleh

MAHATHIR YAHAYA

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Doktor Falsafah

Jul ai 2018

(3)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, sesungguhnya hanya puji bagi Allah, dengan limpah kurniaNya, saya berjaya menyempurnakan tesis pada peringkat ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih kepada penyelia utama saya iaitu Dr. Muhammad Fadhil Nurdin yang telah menjadi pencetus idea dalam menyiapkan tesis ini. Buat penyelia bersama iaitu Professor Dr. Azlinda Azman merangkap penyelia utama setelah ketiadaan Dr.

Muhammad Fadhil Nurdin di Universiti Sains Malaysia, jutaan terima kasih kerana menjadi pembimbing dalam memberikan tunjuk ajar, ilmu pengetahuan, teguran membina, sokongan moral dan peluang untuk menyiapkan tesis ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan dalam sumbangan kalian.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada barisan pensyarah Kerja Sosial, kakitangan pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan rakan-rakan Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA), Universiti Sains Malaysia yang turut memberikan bantuan dalam pelbagai segi sepanjang menyiapkan tesis ini. Jutaan penghargaan terima kasih juga diberikan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Sains Malaysia kerana menjadi penaja dibawah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). Terima kasih juga kepada agensi-agensi yang terlibat dan para responden dalam membantu saya untuk menjalankan proses menyiapkan tesis ini, terutamanya dalam proses pengutipan data.

Buat bonda tercinta, Hajah Paridah Md Dom, terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang telah diberikan sehingga ke peringkat ini. Begitu juga kepada arwah bapa tersayang, Haji Yahaya Abu Bakar, impianmu telah menjadi kenyataan. Ribuan terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga yang telah banyak membantu. Buat isteri tercinta, Siti Sakiinah Mohd Sharif, yang kini sedang sarat mengandung untuk

(4)

anak kedua kami dan beliau sentiasa menjadi penyokong setia ketika jatuh bangun sepanjang proses menyiapkan tesis ini. Buat anak-anak tersayang, kejayaan ini adalah untuk kalian. Semoga Allah membalas jasa baik yang telah disumbangkan oleh mereka semua.

(5)

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

ABSTRAK xv

ABSTRACT xvii

BAB 1 - PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.1.1 Pembangunan Masyarakat 2

1.1.2 Masyarakat dan Pendidikan 4

1.2 Permasalahan Kajian 7

1.3 Persoalan Kajian 13

1.4 Objektif kajian 14

1.5 Kepentingan Kajian 14

1.5.1 Kepada Masyarakat Luar Bandar 14

1.5.2 Kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 15 1.5.3 Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 16

1.5.4 Kepada Polisi Kerajaan 17

1.5.5 Kepada Bidang Kerja Sosial 18

(6)

BAB 2 - SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 19

2.1 Pendidikan Dalam Kehidupan 19

2.2 Kefungsian Sosial Dan Pendidikan 21

2.3 Kesedaran Terhadap Kepentingan Pendidikan 23

2.4 Kepentingan Komunikasi dalam Pembangunan Masyarakat 26 2.5 Sistem Penyampaian Dalam Operasi Perkhidmatan 30 2.6 Sistem Penyampaian (delivery system) dalam Pendidikan 33 2.7 Kaedah Komunikasi dalam Pembangunan Masyarakat 36

2.7.1 Media Massa 36

2.7.2 Kunjungan 36

2.7.3 Pertunjukan Kaedah dan Demonstrasi Plot 37

2.7.4 Ceramah 38

2.7.5 Kursus 39

2.8 Komunikasi dalam memperkasakan komuniti 40

2.9 Penyertaan Sosial Terhadap Pembangunan Masyarakat 48

2.10 Penyertaan Sosial Masyarakat 49

2.10.1 Penyertaan Komuniti dan Pemimpin Komuniti 52

2.10.2 Budaya Penyertaan Sosial 55

2.11 Kemiskinan dan Pendidikan 57

2.12 Sikap Terhadap Pendidikan 59

2.13 Sistem Sumber Dalam Masyarakat 63

2.14 Teori Yang Berkaitan 65

2.14.1 Teori Pembangunan Sosial 65

2.14.2 Teori Pemerkasaan Sosial 69

(7)

2.14.3 Teori Sistem Ekologi 73 2.14.3(a) Implikasi Teori Ekologi Terhadap Pendidikan 75

2.14.4 Model Pembangunan Komuniti 77

2.14.4(a) Pemimpin masyarakat dan masyarakat tempatan 79

2.14.4(b) Teras pembangunan komuniti 80

2.14.4(c) Proses pembangunan komuniti 82 2.14.4(d) Hasil pembangunan komuniti. 83 2.14.5 Pembangunan komuniti melalui pemerkasaan sosial 84 2.14.6 Pemerkasaan komuniti dari perspektif kerja sosial 91

2.14.7 Aplikasi Teori 93

2.14.8 Kerangka Konseptual 95

2.15 Definisi 97

2.15.1 Pembangunan Masyarakat 97

2.15.2 Luar bandar 97

2.15.3 Remaja 97

2.15.4 Pendidikan 98

2.15.5 Penyertaan Sosial 98

2.15.6 Sistem Penyampaian 99

2.15.7 Komuniti 99

BAB 3 - METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 100

3.1 Rekabentuk Kajian 100

3.2 Persampelan 101

3.3 Teknik Pengumpulan Data 106

(8)

3.4 Instrumen Kajian dan Lokasi kajian 108

3.5 Prosedur Pengumpulan Data 111

3.5.1 Temubual secara bersemuka 112

3.6 Perhubungan Rapo (Rapport) 113

3.7 Penganalisisan Data 115

3.7.1 Analisis Bertema 116

3.8 Etika Penyelidikan 118

3.9 Kajian Rintis 118

BAB 4 - DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 121

4.1 Latar Belakang Responden 121

4.1.1 Pelajar 121

4.1.2 Ibu bapa 125

4.1.3 Responden Pelaksana 131

4.2 Objektif Kajian 1: Mengenal pasti bentuk sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan msyarakat Baling. 132

4.2.1 Responden pelajar 133

4.2.1(a) Media Elektronik 133

4.2.1(b) Media cetak 136

4.2.1(c) Kunjungan 137

4.2.2 Responden Ibu Bapa 140

4.2.2(a) Media Elektronik 141

4.2.2(b) Media cetak 143

4.2.2(c) Kunjungan 145

4.2.3 Responden Pelaksana 148

(9)

4.2.3(a) Media Elektronik 148

4.2.3(b) Media cetak 149

4.2.3(c) Kunjungan 151

4.3 Objektif Kajian 2: Menganalisis Halangan Masyarakat Baling Terhadap

Sistem Penyampaian Program Pendidikan. 152

4.3.1 Responden Pelajar 152

4.3.1(a) Kos 153

4.3.1(b) Sikap 155

4.3.1(c) Masa 158

4.3.1(d) Kewangan 160

4.3.1(e) Kebolehcapaian (accessibility) 163

4.3.2 Responden Ibu Bapa 165

4.3.2(a) Kos 166

4.3.2(b) Sikap 168

4.3.2(c) Masa 171

4.3.2(d) Kewangan 174

4.3.2(e) Kebolehcapaian (accessibility) 176

4.3.3 Responden Pelaksana 178

4.3.3(a) Kos 179

4.3.3(b) Sikap 180

4.3.3(c) Kewangan 181

4.3.3(d) Masa 183

4.3.3(e) Kebolehcapaian (Aksesbiliti) 184 4.4 Objektif kajian 3: Menganalisis keperluan masyarakat Baling terhadap sistem

penyampaian program pendidikan. 186

4.4.1 Responden Pelajar 186

(10)

4.4.2 Ibu Bapa 188

4.4.3 Responden pelaksana 190

4.5 Objektif kajian 4: Mencadangkan model sistem penyampaian program

pendidikan dalam kalangan masyarakat Baling. 192

4.5.1 Responden pelajar 192

4.5.2 Responden ibu bapa 194

4.5.3 Responden Pelaksana 195

4.6 Rumusan Tema Utama Dan Sub Tema Utama Dalam Penyelidikan 198

4.7 Rumusan 226

BAB 5 - PERBINCANGAN, IMPLIKASI, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 228

5.1 Latar Belakang Responden 228

5.1.1 Responden pelajar 228

5.1.2 Responden ibu bapa 230

5.2 Objektif 1: Mengenalpasti bentuk sistem penyampaian program pendidikan

yang digunakan oleh masyarakat Baling. 231

5.2.1 Media Sosial 231

5.2.1(a) Media elektronik 232

5.2.1(b) Media cetak 248

5.2.1(c) Kunjungan 255

5.2.1(c)(i) Komunikasi bersemuka 259 5.3 Objektif 2 : Menganalisis halangan sistem penyampaian program pendidikan

dalam kalangan masyarakat Baling. 265

5.3.1 Halangan masyarakat dalam sistem penyampaian 265

5.3.1(a) Kos 266

5.3.1(b) Sikap 274

(11)

5.3.1(c) Masa 281

5.3.1(d) Kewangan 285

5.3.1(e) Kebolehcapaian 291

5.4 Objektif 3 : Menganalisis keperluan masyarakat Baling dalam menggunakan

sistem penyampaian program pendidikan. 296

5.4.1 Penyertaan sosial 296

5.4.2 Pendekatan dalam komuniti 298

5.5 Objektif 4 : Membina model sistem penyampaian program pendidikan dalam

kalangan masyarakat Baling. 302

5.5.1 Model sistem penyampaian dalam kalangan masyarakat Baling 302

5.5.1(a) Pelaksana 303

5.5.1(b) Ibu bapa dan Pelajar 307

5.5.1(c) Komuniti setempat dan Badan Bukan Berkanun (NGO) 308 5.5.1(d) Proses Sistem Penyampaian Melalui Pendekatan “Atas- Bawah” dan “Bawah-Atas”. 315

5.5.1(d)(i) Pendekatan “Atas-Bawah” 315 5.5.1(d)(ii) Pendekatan “Bawah-Atas” 317 5.5.1(e) Peranan pekerja sosial dalam model sistem

penyampaian 319

5.6 Implikasi Kajian 327

5.6.1 Implikasi terhadap sistem keluarga 327

5.6.1(a) Peranan Keluarga Dalam Pendidikan 328

5.6.2 Implikasi masyarakat luar bandar 330

5.6.3 Implikasi terhadap pendidikan kerja sosial 332 5.6.4 Implikasi terhadap praktis kerja sosial 334

5.6.5 Implikasi terhadap kerajaan 336

5.7 Limitasi Kajian 337

(12)

5.8 Cadangan Kajian Masa Hadapan 338

5.9 Kesimpulan kajian 342

RUJUKAN 345

LAMPIRAN

(13)

SENARAI JADUAL

Muka Surat Jadual 1.1 Statistik gagal matapelajaran negeri Kedah 8

Jadual 4.1 Umur Responden Pelajar 123

Jadual 4.2 Jantina Responden Pelajar 124

Jadual 4.3 Bilangan Adik Beradik Responden Pelajar 124 Jadual 4.4 Tempoh Persekolahan Responden Pelajar 125 Jadual 4.5 Tanggungan Responden Ibu Bapa 128 Jadual 4.6 Pendapatan Responden Ibu Bapa 129 Jadual 4.7 Tahap Pendidikan Responden Ibu Bapa 130 Jadual 4.8 Medium Sistem Penyampaian Responden Pelajar 133 Jadual 4.9 Medium Sistem Penyampaian Responden Ibu Bapa 140

Jadual 4.10 Kos Responden Pelajar 153

Jadual 4.11 Sikap Responden Pelajar 156

Jadual 4.12 Masa Responden Pelajar 158

Jadual 4.13 Kewangan Responden Pelajar 161

Jadual 4.14 Kebolehcapaian Responden Pelajar 163

Jadual 4.15 Kos Responden Ibu Bapa 166

Jadual 4.16 Sikap Responden Ibu Bapa 169

Jadual 4.17 Masa Responden Ibu Bapa 171

Jadual 4.18 Kewangan Responden Ibu Bapa 174 Jadual 4.19 Kebolehcapaian Responden Ibu Bapa 176 Jadual 5.1 Strategi Sistem Penyampaian Program Pendidikan 312

Dalam Kalangan Masyarakat Baling

(14)

SENARAI RAJAH

Muka Surat Rajah 2.1 Jalinan Komunikasi Antara Kerajaan Dan Rakyat 28

Rajah 2.2 Analisis Jaringan Sumber 64

Rajah 2.3 Model Pembangunan Komuniti 78

Rajah 2.4 Teras Pembangunan Komuniti 81

Rajah 2.5 Adaptasi Dan Telah Diubahsuai Dari Muhammad Fadhil 85 Nurdin, Faktor-Faktor Strategik Dalam Pembangunan

Masyarakat (Mohd. Razali Agus & Fashbir Noor Sidin, Pembangunan Dan Dinamika Masyarakat Malaysia 2000)

Rajah 2.6 Model Kerangka Konseptual 95

Rajah 3.1 Prosedur Pengumpulan Data 112

Rajah 4.1 Latar Belakang Responden (Pelajar) 122 Rajah 4.2 Latar Belakang Responden Ibu Bapa 126 Rajah 5.1 Model Sistem Penyampaian Program Pendidikan 313

Dalam Kalangan Masyarakat Baling.

(15)

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Surat Jaminan Kajian Terhadap Responden Lampiran B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baling Lampiran C Panduan Soalan Temubual

(16)

SISTEM PENYAMPAIAN PROGRAM PENDIDIKAN: SATU KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH DI BALING, KEDAH

ABSTRAK

Sistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi menyebarkan sebarang bentuk maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat. Intipati sebarang program pendidikan tidak dapat disampaikan kepada masyarakat sekiranya sistem penyampaian yang digunakan adalah tidak efektif. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana sistem penyampaian pendidikan masyarakat Baling dengan lebih mendalam. Objektif kajian ini adalah: (1) Mengenal pasti medium sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Baling; (2) Menganalisis halangan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan sedia ada; (3) Menganalisis keperluan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan; (4) Membina model sistem penyampaian program pendidikan yang lebih berkesan bagi masyarakat Baling. Sejumlah 10 orang pelajar, 10 orang ibu bapa serta lima wakil pelaksana daripada agensi kerajaan telah terlibat dalam proses temubual secara mendalam. Analisis bertema telah digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa medium media elektronik, media cetak dan aktiviti kunjungan menjadi medium utama kepada pihak sekolah dalam menyalurkan satu-satu maklumat program kepada masyarakat Baling.

Walau bagaimanapun, kos yang tinggi, masa yang terhad, kewangan yang tidak kukuh, sikap negatif terhadap pendidikan serta kekurangan kebolehcapaian adalah antara halangan utama kepada masyarakat Baling mendapatkan maklumat pendidikan yang sewajarnya. Berdasarkan halangan tersebut, masyarakat Baling dilihat memerlukan bantuan penglibatan daripada komuniti setempat dan badan bukan kerajaan bagi

(17)

mendapatkan maklumat berkaitan program pendidikan. Pendekatan ‘atas ke bawah’

dan ‘bawah ke atas’ dilihat amat diperlukan untuk memperkasakan masyarakat Baling.

Hasil kajian turut mencadangkan sebuah model sistem penyampaian program pendidikan yang dilihat berkesan serta mempermudahkan lagi pihak sekolah untuk menyalurkan maklumat program pendidikan kepada kedua-dua ibu bapa dan para pelajar. Model ini turut mencadangkan keperluan koloborasi antara golongan pelaksana iaitu agensi kerajaan, komuniti setempat dan badan bukan kerajaan bagi memperkemas dan meningkatkan lagi keberkesanan penyaluran maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat Baling secara keseluruhannya.

(18)

EDUCATION PROGRAM DELIVERY SYSTEM: A CASE STUDY OF A SCHOOL IN BALING, KEDAH

ABSTRACT

An effective delivery system is crucial to disseminate any form of education related information to the society. The core information of any programmes related to education will not be delivered to the society if the delivery system is ineffective. This study aims to investigate the effectiveness of the education delivery system for the Baling community in greater depth. The objectives of this study are: (1) To identify the current medium for education delivery system used for the Baling community; (2) To analyse the obstacles of Baling community in accessing the existing education delivery system programmes; (3) To analyse the needs of the Baling community on the education delivery system; (4) To develop a more effective education delivery system for Baling community. A total of 10 students, 10 parents and five implementers representing several government agencies were involved in this in-depth interview.

Thematic analysis was used to analyse the collected data. Study findings reported that the medium of electronic media, printed media and personal visits becomes the primary mediums for schools to disseminate information on education programme to the Baling community. However, high cost, time constraints, financial limitations, negative attitude towards education as well as the lack of accessibility were some of the major obstacles for the Baling community to obtain the needed information about education programme. Based on these obstacles, the Baling community clearly need assistance from the local community and non-governmental organizations to get information about education programme. The “top-down” and “bottom-up”

approaches are indeed important to empower the Baling community. The study

(19)

findings suggested a more effective delivery system for education programmes, which able to facilitate the schools to better disseminate education programmes to both parents and students. The model also suggests on the importance of collaboration among the implementers, being the government agencies, local community and non- governmental organisations to further enhance and improve the effectiveness of information dissemination pertaining to education for Baling community as a whole.

(20)

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Kajian ini mengkaji sistem penyampaian maklumat program pendidikan dalam kalangan masyarakat di Baling Kedah. Kajian ini juga melihat kepada peranan masyarakat dalam program pendidikan sekaligus menjurus kepada kepentingan pendidikan sebagai satu asas pembangunan masyarakat sejahtera. Selain itu, bab ini membincangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian dan kepentingan kajian.

1.1 Latar Belakang Kajian

Dalam kehidupan seharian setiap manusia mengimpikan kehidupan yang sempurna. Apa yang dikatakan kehidupan yang sempurna adalah mencukupi aspek fizikal, mental dan sosial, ia merujuk kepada kesejahteraan sosial (Wahab, 2010).

Terdapat juga kehidupan sempurna atau kesejahteraan sosial itu dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur dalam perkhidmatan sosial yang bertujuan membantu individu dan masyarakat bagi mencapai kefungsian sosial atau kualiti hidup yang memuaskan (Abu Bakar, 2012). Apa yang dapat difahami disini, kesejahteraan sosial itu bukan hanya memiliki kesempurnaan kehidupan diri sendiri tetapi ia juga ternilai apabila menyempurnakan kehidupan orang lain dengan bantuan perkhidmatan sosial.

Ia mungkin juga mencapai kesempurnaan hidup diri sendiri dengan bantuan orang lain melalui perkhidmatan sosial. Walau bagaimanapun kesejahteraan sosial wujud daripada bidang kebajikan sosial. Ini kerana kesejahteraan sosial itu bergantung kepada kelancaran dan keberkesanan fungsi institusi kebajikan yang ada dalam sesebuah negara. Bidang kebajikan sosial ini pula sering dikaitkan dengan polisi atau

(21)

dasar, program pembangunan dan perkhidmatan sosial yang diwujudkan bagi memenuhi hak asasi manusia (Abu Bakar, 2012). Negara yang mementingkan kesejahteraan sosial akan wujud didalamnya pelbagai program sosial, intervensi sosial dan perkhidmatan sosial bagi masyarakat yang memerlukan bantuan. Semua intervensi sosial dan program sosial ini dirancang berdasarkan kajian yang empirikal untuk memberi gambaran sebenar kepada masalah yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Kesimpulannya kebajikan sosial negara bertindak sebagai jurutera sosial yang praktikal dalam pembangunan masyarakat.

1.1.1 Pembangunan Masyarakat

Apakah maksud pembangunan dan bagaimanakah ia mempengaruhi hidup masyarakat? Pembangunan adalah kata kunci dalam dialog kontemporari berkaitan kehidupan manusia atau masyarakat. Terdapat tiga elemen utama maksud pembangunan (Yahaya, Othman, & Haron, 2005) iaitu, merujuk kepada sesebuah masyarakat sama ada mundur, membangun atau maju. Kedua: idealisme pembangunan mempunyai agenda untuk tindakan tertentu. Ketiga: pembangunan merujuk kepada proses iaitu pergerakan daripada mundur kepada membangun dan seterusnya maju.

Merujuk kepada Midgley (1995), pembangunan sesebuah masyarakat yang damai makmur dapat dicapai bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah keadaan kehidupan masyarakat, wujudnya masalah sosial dan wujudnya peluang-peluang bagi memajukan diri, keluarga dan masyarakat adalah antara faktor pembangunan masyarakat yang aman. Persekitaran sesebuah masyarakat amat mempengaruhi proses pembangunan sesebuah masyarakat dalam mencapai kesejahteraan sosial.

Pembangunan juga adalah proses pelbagai dimensi yang melibatkan perubahan dalam struktur sosial , pembuatan keputusan dan dasar, pertumbuhan ekonomi,

(22)

ketidaksamarataan dan menghapuskan kemiskinan (Todaro 1977). Pembangunan perlu mewakili perubahan menyeluruh untuk memenuhi keperluan asasi kelompok sosial dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia juga merangkumi kebebasan daripada dibelenggu keadaan hidup yang tidak memuaskan, disamping kualiti hidup yang dianggap baik daripada segi material, kebendaan mahupun kerohanian. Objektif pertama pembangunan adalah untuk memberi penambahan dalam menyalurkan keperluan asas dalam pelbagai aspek seperti kesihatan, penempatan, keperluan asas makanan, perlindungan dan pendidikan. Objektif kedua adalah untuk meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan, memperluaskan peluang pekerjaan, mendapatkan taraf pendidikan yang lebih baik dan menumpukan kepada nilai-nilai kemanusiaan dan budaya yang akan menambahkan kekayaan dan kemakmuran yang ada. Pada masa yang sama pembangunan juga menghasilkan individu yang baik dan berwibawa melalui pendidikan. Objektif yang ketiga, memperluaskan lagi pilihan individu dan masyarakat dari segi ekonomi dan sosial dengan membebaskan mereka daripada bergantung dengan orang lain, perhambaan dan bebas daripada kuasa yang menindas dan menekan manusia (Yahaya, Othman, & Haron, 2005). Oleh itu, usaha membangun sesebuah masyarakat bukan hanya digalas oleh kerajaan mahupun anggota masyarakat tetapi juga bergantung kepada tiga keadaan (Nurdin & Azman, 2013). Keadaan yang pertama adalah setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kemampuan bagi memenuhi dan melengkapkan keperluan hidup. Kedua, masyarakat mampu mengawal dan menangkis segala bentuk masalah sosial dengan berkesan kerana permasalahan sosial mampu merapuhkan keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Keadaan ketiga bergantung kepada peluang dan tahap kesediaan anggota masyarakat dalam usaha memperkasa dan memajukan diri serta masyarakat. Menurut Nurdin &

Azman (2013), masyarakat yang sejahtera merujuk kepada kestabilan seseorang

(23)

individu, sesebuah kumpulan atau masyarakat dari segi ekonomi, hubungan personal, kemerdekaan, kesihatan, pendidikan dan keamanan. Walau bagaimanapun, faktor dalaman juga perlu dititikberatkan bagi mencapai konsep masyarakat sejahtera.

Ketenteraman dan keselesaan dalam menjalin hubungan antara individu, kumpulan mahupun komuniti adalah antara faktor dalaman. Apabila kesemua faktor telah diambil kira, maka lahirlah sebuah masyarakat yang sejahtera. Bagi Saad dan Hatta (2012), mereka melihat dan menilai masyarakat sejahtera dari sudut yang berbeza dimana pembangunan masyarakat sejahtera turut dicapai melalui kepuasan, kebajikan sosial dan taraf hidup sesebuah masyarakat seperti melalui pendidikan, pemakanan, rekreasi, perlindungan, keselamatan, kesihatan, kestabilan fizikal dan melalui pendapatan.

1.1.2 Masyarakat dan Pendidikan

Aspek pendidikan merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang sejahtera kerana aspek pendidikan dan kesejahteraan berkait rapat antara satu sama lain. Masyarakat yang berpendidikan dilihat berkemampuan mencapai tahap kesejahteraan sosial yang baik. Setiap kehidupan terutamanya manusia berhak mendapat pendidikan sejak dari kecil dan menunjukkan perkembangan dalam proses pendidikan. Hal ini kerana pendidikan merupakan dasar penting dalam kehidupan seharian bagi melahirkan seseorang yang berpendidikan. Pendidikan adalah antara proses kehidupan yang dijalani oleh setiap individu yang bertujuan untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi diri supaya individu tersebut dapat meneruskan kehidupan dan menjadi seorang yang berpendidikan. Justeru, pelaburan dalam pendidikan bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan

(24)

meningkatkan kualiti hidup seseorang (Affizal Ahmad, 2011). Pandangan dan pemikiran setiap individu dalam sesebuah masyarakat turut dipengaruhi oleh kualiti pendidikan. Kualiti kehidupan akan bertambah baik apabila pandangan dan tahap pemikiran masyarakat lebih menyeluruh. Kualiti hidup juga dilihat apabila mendapat kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan menonjolkan bakat masing-masing (Azahan et al, 2008). Proses pendidikan akan mengalami perubahan dan perkembangan mengikut era dari segi konteks dan keperluan sosial. Pendidikan yang berkualiti pula menerapkan kemahiran-hidup serta kemahiran-kemahiran lain dalam meorentasikan pendidikan agar keseimbangan pendidikan dapat dicapai. Hal demikian kerana individu yang mempelajari pelbagai kemahiran cenderung untuk menjadi lebih cemerlang dalam kehidupannya termasuklah di tempat kerja, dalam komuniti ataupun di rumah. Dunia kini lebih memerlukan individu yang mempunyai pelbagai kemahiran atau multi-kemahiran. Sebagai contoh setiap individu dapat mengimplementasikan multi-kemahiran dalam kehidupan seharian seperti dalam perhubungan sesama ahli keluarga mahupun masyarakat. Jika ia diaplikasikan dalam konteks pendidikan sebagai contoh dapat melahirkan pelajar yang cenderung dan peka terhadap perkembangan ilmu. Justeru, mereka dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut dalam sesebuah situasi yang sesuai. Namun, mereka perlu bijak menyesuaikan diri di samping mempraktikkan kemahiran dengan tepat terhadap persekitaran semasa.

Oleh itu, kemahiran dapat dibahagikan kepada empat kategori dalam ruang pendidikan dimana yang pertama mereka belajar untuk mengetahui. Kemudian mereka belajar untuk melakukan dengan perbuatan, mempelajari untuk hidup bersama-sama orang lain serta belajar untuk menjadi seseorang yang bermanfaat. Malah, pengurusan diri, sosial, kemahiran berfikir dan teknik tumpuan juga adalah antara kemahiran yang signifikan. Hal demikian kerana kemahiran seperti kemahiran hidup membantu

(25)

individu untuk mengenalpasti info dan tindakan yang akan dilakukan serta mampu meningkatkan perasaan kawalan-diri seseorang (Christoffel & Gallagher, 2006)

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti. Sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Antaranya ke arah meningkatkan mutu sistem penyampaian pendidikan.

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, kerajaan telah membuat penambahbaikan iaitu menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran dalam mengimplementasikan dasar yang telah disediakan antaranya adalah sistem penyampaian pendidikan.

(26)

1.2 Permasalahan Kajian

Pendidikan merupakan senjata kepada setiap individu atau masyarakat untuk memperolehi kehidupan yang berkualiti kerana pendidikan berkait rapat dengan ilmu pengetahuan, tanpa pendidikan ilmu tidak dapat diperolehi sekaligus kehidupan akan tidak terurus (Ahmad, 2008). Pendidikan juga membantu individu untuk meneroka diri sendiri bagi membina keyakinan dalam mendapatkan dan meningkatkan ekonomi, serta mempunyai aktiviti sosial dalam menstabilkan hubungan sosial bagi menikmati kemudahan yang sedi ada (Ahmad, 2008). Walau bagaimanapun, kekurangan kemudahan untuk belajar di luar bandar menyebabkan masyarakat luar bandar terutamanya golongan remaja semakin ketinggalan dalam mencapai pendidikan yang berkualiti.

Kemunduran pendidikan dalam kalangan masyarakat Baling ini merupakan kebiasaan dalam fenomena kehidupan masyarakat daerah itu. Masalah utama kemunduran pendidikan di daerah-daerah di luar bandar seperti Baling disebabkan wujudnya kelemahan dan ketidakefisyenan dalam konteks pengurusan dan sistem pendidikan (Idris & Nik Pa, 2008) . Selain itu, masalah keciciran pelajar adalah disebabkan oleh kaedah pembelajaran dan pengajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar tidak menarik minat pelajar. Kelemahan pengurusan dalam sesebuah organisasi pendidikan juga dilihat sebagai punca penurunan prestasi pelajaran dalam akademik. Kelemahan pengurusan ini merujuk kepada menguruskan dalam organisasi yang melaksanakan program khususnya program kepada pelajar. Kaedah lama sememangnya tidak berfungsi lagi bagi persekitaran pembelajaran pada masa kini. Ini kerana maklumbalas daripada ibu bapa terhadap usaha kerajaan yang dijalankan tidak memberangsangkan menyebabkan kurang pembaharuan tentang peningkatan pendidikan dijalankan (Idris & Nik Pa, 2008).

(27)

Jadual 1.1: Statistik gagal semua dalam mata pelajaran negeri Kedah mengikut daerah (2010-2012)

Akademik Daerah

UPSR PMR SPM

Kubang Pasu 3.09% 2.06% 1.36%

Kota Setar 3.34% 2.15% 1.93%

Kuala Muda/ Yan 3.51% 2.98% 2.78%

Kulim/ Bandar Baharu 3.37% 3.37% 3.71%

Pendang 3.97% 2.89% 1.88%

Padang Terap 6.11% 3.76% 2.76%

Baling 6.67% 4.28% 3.92%

Langkawi 7.00% 4.17% 5.14%

Sumber: Pejabat Pelajaran Daerah Baling

Jadual diatas adalah statistik keputusan gagal semua mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri Kedah mengikut daerah. Ternyata daerah Baling antara daerah yang termundur dalam pendidikan berdasarkan jadual diatas.

Sebanyak 6.67% pelajar (UPSR), 4.28% pelajar (PMR), dan 3.92% pelajar (SPM) gagal semua matapelajaran dalam peperiksaan masing-masing. Peratusan ini meletakkan daerah Baling tempat kedua terakhir paling tinggi dalam paksi gagal semua matapelajaran diikuti daerah langkawi. Ini menunjukkan daerah Baling mengalami kemunduran pendidikan dalam negeri kedah.

Pelbagai usaha penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan mutu pendidikan di daerah tersebut.Walau bagaimanapun, prestasi pelajar-pelajar di Baling hanya menunjukkan peratusan yang mendatar tahun demi tahun. Perkara ini juga disokong oleh Penolong Pegawai Pelajaran daerah Baling, Encik Asmadi Abdul Rahim (personal communication, 13 Mei, 2013). Sememangnya terdapat pelbagai program yang telah dijalankan di daerah Baling sepanjang tahun.

Sebagai contoh, program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang merupakan

(28)

Pelajaran Malaysia ini diadakan bertujuan memupuk minat membaca dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang dijalankan seluruh Malaysia. Ia memberi impak yang positif jika diimplementasikan secara sisitematik dan berdisplin. Kesemua sekolah daerah Baling juga tidak ketinggalan menjalani program ini. Usaha ini adalah untuk meningkatkan minat membaca sekaligus menambahkan ilmu pengetahun bagi meningkatkan tahap pendidikan disekolah khususnya kawasan luar bandar.

Walau apapun program, infrastruktur, atau khidmat sosial diwujudkan di Baling, prestasi pelajaran dibaling adalah diantara yang terendah di Negeri Kedah.

Peratusan keputusan peperiksaan sekolah di Baling juga tidak memberangsangkan walaupun pelbagai program dan khidmat pendidikan diadakan. Ini dibuktikan oleh jadual pencapaian akedemik daerah Baling bagi tahun 2005 hingga 2010. Perkara ini jelas menunjukkan pelajar yang mendapat keputusan gagal semua mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) meningkat daripada 6.56 peratus pada tahun 2005 kepada 7.28 peratus pada tahun 2010. Peratusan pelajar yang mendapat A dalam semua matapelajaran juga tidak menunjukkan peratusan yang konsisten di mana, pada tahun 2007, seramai 9.18 peratus pelajar yang mendapat A dalam semua matapelajaran menurun sehingga 5.66 peratus pada tahun 2008, walaupun ia meningkat semula pada tahun 2010 dengan 8 peratus. Walaupun ia meningkat pada tahun 2010, tetapi keseluruhan peratusan mendapat A semua mata pelajaran adalah tidak konsisten dan peratusannya sangat kecil. Ini juga berlaku kepada pelajar yang mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Di mana bilangan yang mendapat A bagi semua matapelajaran tidak konsisten dengan jumlah 2.31 peratus pada tahun 2007 menurun sehingga 1.62 peratus pada tahun berikutnya. Lebih mengecewakan, pelajar yang mendapat gagal dalam semua matapelajaran meningkat secara mendadak bermula tahun 2005 dengan jumlah 1.08 peratus kepada 2 peratus pada tahun 2007

(29)

walaupun tahun berikutnya menunjukkan penurunan dengan hanya perbezaan kecil sebanyak 0.04 pada tahun 2008 dan 0.29 pada tahun 2009. Malangnya pada tahun 2010, ia meningkat semula sebanyak 2.22 peratus. Prestasi yang mendatar pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar yang mendapat A dalam kesemua matapelajaran dengan jumlah sebanyak 0.09 peratus pada tahun 2005 dan tidak banyak perubahan sehingga pada tahun 2010 dengan jumlah 0.41 peratus.

Perkara yang membimbangkan apabila pelajar gagal dalam semua matapelajaran dalam SPM sejak tahun 2005 dengan jumlah 1.06 peratus meningkat sehingga tahun 2007 dengan jumlah 3.70 peratus.

Statistik di atas jelas menunjukkan pencapaian tahap akademik pelajar Baling tidak pernah mencapai peratusan yang memuaskan. Prestasi pendidikan pelajar Baling juga tidak memberangsangkan tahun demi tahun walaupun khidmat pendidikan, program dan infrasruktur yang mencukupi dilambakkan kepada penduduk daerah itu, khususnya kepada masyarakat miskin. Persoalannya, mengapa masih wujud kemunduran pendidikan dikalangan masyarakat itu? Dengan kemudahan dan aktiviti yang diwujudkan, ia sepatutnya dapat menjadi pemangkin kepada motivasi masyarakat miskin Baling bagi meningkatkan kefungsian sosial mereka dan membanteras kemunduran pendidikan yang ada. Dalam persoalan ini dilihat lambakan khidmat pendidikan, program pendidikan serta infrastruktur telah banyak diusahakan oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah pendidikan yang ada tetapi mengapakah pelajar di Baling masih dibelenggu dengan kemunduran pendidikan?

Adakah program yang dijalankan oleh kerajaan tidak diterima dengan baik oleh masyarakat Baling? Bagaimanakah program ini disalurkan kepada masyarakat Baling?

Persoalan ini menjadi fokus utama yang ingin dikupas oleh pengkaji bagi memastikan program yang dijalankan oleh kerajaan diterima oleh masyarakat Baling.

(30)

Melihat kepada konsep pendidikan, ia memerlukan satu proses pembinaan kokurikulum dan sistem penyampaian (delivery system) yang selari dengan kehendak individu dan masyarakat serta merangkumi norma dan nilai-nilai yang ditetapkan (Idris & Nik Pa, 2008). Selain usaha ke arah memperbanyakkan program pendidikan, sistem penyampaian juga mempunyai kepentingan tersendiri dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan luar bandar. Ini dibuktikan dalam Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10), pihak kerajaan telah berusaha untuk mempertingkatkan sistem penyampaian awam bagi mempermudahkan masyarakat luar bandar berurusan. Bagi memupuk budaya menjana maklumat, kemahiran dan pengetahuan. Program kampung tanpa wayar iaitu bekalan talian internet di 5,737 kampung diseluruh negara telah disediakan. Selain itu, 971 menara telekomunikasi telah dibina bagi membolehkan komuniti luar bandar mengakses internet untuk keperluan pelbagai urusan termasuklah bidang pendidikan. Usaha-usaha ini dilakukan oleh kerajaan khas bagi masyarakat luar bandar adalah kerana terdapat jurang antara bandar dengan luar bandar dalam pelbagai aspek termasuklah aspek pendidikan. Oleh itu, ternyata sistem penyampaian amat diperlukan dalam masyarakat luar bandar khususnya dalam aspek pendidikan.

Ini kerana tanggungjawab dalam menyampaikan maklumat ini lebih tertumpu kepada sektor kerajaan berbanding sektor swasta dalam memperbaiki kelemahan sistem penyampaian perkhidmatan (Verma et al., 2005). Tekanan hidup seperti kemiskinan yang melanda masyarakat luar bandar menjadi masalah utama pihak kerajaan untuk menyalurkan maklumat (Wisniewski & Olasfsson, 2004; Siddique, 2006; Kuppusamy, 2008). Dalam kajian Ibrahim & Abd Karim, (2004) yang melihat kecekapan kerajaan Malaysia dalam pengurusan perkhidmatan, menemukan bahawa pendapatan penduduk atau masyarakat memainkan peranan dalam meningkatkan

(31)

kecekapan kerajaan dalam menguruskan perkhidmatan yang sedia ada seperti menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Ia juga berkait rapat dengan penggunaan teknologi (Ibrahim & Abd Karim, 2004). Dalam kajian Zakaria & Che Razak (2008) tentang amalan sistem penyampaian perkhidmatan menyatakan, kehendak dan keperluan komuniti perlulah diambil kira sebelum proses dijalankan dan ia penting bagi mengukur keberkesanan sistem penyampaian tersebut. Walau bagaimanapun, pengurusan dalam sektor kerajaan sering dipertingkatkan, namun isu sistem penyampaian perkhidmatan masih kurang diberi perhatian. Kenyataan ini disokong oleh Menor, Roth & Mason (2001) yang menyatakan bahawa kajian sistem penyampaian dalam perkhidmatan khususnya dalam konteks penyaluran maklumat kepada masyarakat perlu dilakukan disebabkan kekurangan kajian dalam bidang tersebut.

Rentetan daripada itu, pengkaji melihat di daerah Baling terdapat masalah dalam sistem penyampaian yang digunakan khususnya dalam urusan menyampaikan maklumat program yang dijalankan kepada pihak ibu bapa. Menurut Penolong Pegawai Pelajaran daerah Baling, Encik Asmadi Abdul Rahim (personal communication, 13 Mei, 2013), hanya 30 peratus daripada keseluruhan ibu bapa yang hadir dalam setiap program yang dijalankan di setiap sekolah termasuk mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). Jumlah ini dilihat amat berkurangan daripada jumlah yang disasarkan oleh setiap sekolah. Ini kerana, pihak sekolah hanya menyampaikan maklumat aktiviti atau program yang diadakan disekolah hanya menggunakan kaedah tertentu. Persoalannya adakah ibu bapa di daerah Baling mengetahui tentang program yang dijalankan? Adakah maklumat atau pengisian serta kelebihan program itu dapat difahami dan diterima baik oleh ibu bapa? Perkara inilah

(32)

yang menjadi isu utama kajian ini bagi mengkaji isu kemunduran pendidikan melalui sistem penyampaian yang digunakan di setiap sekolah di Baling.

1.3 Persoalan Kajian

Pernyataan masalah menggambarkan bahawa Baling telah dilambakkan dengan program sosial melalui pendidikan dan penambahbaikan infrastruktur yang menjadi usaha kerajaan dalam membangunkan daerah Baling. Maka persoalan kajian ini cuba mengupas isu kemunduran pendidikan dan bentuk penyampaian program pendidikan sebagai satu agenda bagi pembangunan sosial terhadap kemunduran pendidikan dalam kalangan remaja Baling.

Oleh itu, kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut:

1) Apakah bentuk sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Baling?

2) Apakah halangan yang dihadapi oleh masyarakat Baling dalam sistem penyampaian?

3) Apakah keperluan masyarakat Baling dalam menggunakan sistem penyampaian program pendidikan?

4) Apakah model sistem penyampaian program pendidikan bagi masyarakat Baling?

(33)

1.4 Objektif kajian

Kajian ini memfokuskan kepada sistem penyampaian program pendidikan yang dijalankan di Baling. Program yang diperkenalkan oleh badan kerajaan tidak akan memberi perubahan yang holistik terhadap pendidikan remaja di Baling jika system penyampaiannya tidak efektif. Ia juga memerlukan satu model bagi meningkatkan system penyampaian pendidikan terhadap masyarakat luar bandar.

Berdasarkan persoalan diatas, objektif kajian adalah:

1) Mengenalpasti medium sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Baling.

2) Menganalisis halangan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan.

3) Menganalisis keperluan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan.

4) Membina model sistem penyampaian program pendidikan bagi masyarakat Baling.

1.5 Kepentingan Kajian

1.5.1 Kepada Masyarakat Luar Bandar

Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia yang merujuk kepada masalah infrastruktur ekonomi atau program kerajaan, namun kajian ini lebih menekankan kepada kesedaran dan sikap masyarakat miskin luar Bandar dengan pendidikan yang sedia ada. Rentetan sikap dan kesedaran mereka terhadap pendidikan, maka pengkaji akan melihat kepada model intervansi bagi membantu masyarakat miskin yang terdapat di luar bandar daripada aspek pendidikan.

Dengan model inilah pelbagai usaha yang dapat dijalankan bagi menyelesaikan

(34)

masalah atau isu yang ditekankan. Oleh yang demikian, diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran dan manfaat kepada ibu bapa dalam kalangan masyarakat luar bandar supaya sedar bahawa pendidikan perlulah diutamakan bagi membimbing anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Dengan taraf ekonomi yang rendah, ahli masyarakat khususnya ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap pelajaran anak mereka. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam aktiviti dan program disekolah anak mereka. Ini kerana dengan penyertaan mereka dalam program sebegini akan membuka minda dan membantu anak mereka dalam meningkatkan mutu pendidikan. masyarakat luar bandar haruslah mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat program yang dijalankan. Dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti masyarakat setempat akan membantu ibu bapa, khususnya luar bandar dalam menjana maklumat dan idea bersama masyarakat dalam meningkatkan prestasi pelajaran anak- anak disamping mengetahui tentang program pendidikan yang dijalankan sekolah.

Hanya dengan pendidikan yang berkualiti, anak mereka mampu melanjutkan pelajaran yang lebih baik sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ibu bapa juga seharusnya bersikap positif kepada program yang dianjurkan oleh badan kerajaan atau badan bukan kerajaan bagi menyemarakan lagi semangat anak mereka untuk lebih serius dalam pelajaran.

1.5.2 Kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Dengan adanya kajian berasaskan kemunduran pendidikan ini, diharap dapat membuka mata pihak kerajaan dalam memperbaiki sistem penyampaian pendidikan yang ada. Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam isu pendidikan ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga boleh mengambil manfaat daripada kajian ini bagi membuat penambahbaikan kepada program yang dijalankan. Idea program

(35)

pendidikan yang bermula diperingkat kementerian disalurkan kepada JPN dan diagihkan kepada setiap daerah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan ianya mencapai objektif dalam program berkenaan.

Ini penting kerana dengan memperbaiki sistem penyampaian maklumat program di peringkat negeri akan memudahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengatur strategi dalam menyalurkan maklumat program kepada masyarakat. Setiap pegawai pendidikan daerah akan menghadiri mesyuarat di JPN untuk menerima segala maklumat baru tentang akademik, program, aktiviti atau polisi kerajaan. Strategi baru dalam meningkatkan prestasi pendidikan setiap negeri juga dibincang. Hasil kajian ini juga dilihat dapat disertakan dalam mesyuarat setiap JPN bagi melihat kepada usaha penambahbaikan tentang program yang melibatkan ibu bapa. Hal ini penting bagi membincangkan kaedah yang sesuai untuk menyampaikan maklumat sesebuah program. Dengan berpandukan kajian ini, ia boleh membantu para pegawai dalam mengeluarkan pandangan dan membina kaedah yang sesuai dalam menyalurkan maklumat. Apa yang dapat dilihat disini, PPD juga berperanan penting dalam program yang dijalankan. Model kajian ini juga dapat membantu PPD dalam membincangkan dengan pihak sekolah kaedah sesuai untuk menyalurkan maklumat kepada ibu bapa mengikut keperluan budaya setempat.

1.5.3 Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kajian ini perlu dilakukan bagi membantu Jabatan Kebajkan Masyarakat (JKM) bagi merangka dasar-dasar awam untuk membantu menaikkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembangunan pendidikan. Dengan adanya kajian ini, JKM dapat mengetahui bahawa terdapat bantuan khusus seperti bantuan peralatan yang merujuk kepada perkakas komputer dan talian internet yang diperlukan oleh

(36)

golongan miskin luar bandar agar dapat mereka menjana maklumat dengan lebih pantas. Selain itu, pihak JKM juga boleh menjadikan kajian ini sebagai asas kepada bantuan pendidikan. Bantuan kewangan yang disalurkan selama ini hanyalah untuk membantu masyarakat miskin dalam perbelanjaan harian. Bantuan pendidikan yang dikatakan, adalah berbentuk program berunsurkan kecemerlangan pendidikan.

Program ini juga berupaya untuk menilai dan memperbaiki program pembangunan masyarakat bagi mencapai kualiti dan kesejahteraan hidup yang baik.

1.5.4 Kepada Polisi Kerajaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah kementerian yang menguruskan hal pendidikan yang ada dalam negara kita. Sehubungan ini, pihak kementerian boleh meneliti hasil kajian ini sebagai data bagi melihat keperluan semasa dalam permasalahan pendidikan dalam negara. Ia boleh dijadikan sebagai fakta untuk menyokong penggubalan dasar tentang penyertaan komuniti setempat dalam membantu untuk menyalurkan maklumat program kepada ibu bapa diluar bandar.

Hasil kajian ini juga boleh digunakan dalam memperbaharui dasar yang ada dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Dalam RMK-10 terdapat usaha kerajaan dalam membantu masyarakat luar bandar dengan memastikan penyampaian perkhidmatan awam berfungsi dengan lebih berkesan. Terdapat banyak telecentre dan talian internet diwujudkan dikawasan luar bandar sebagai pusat menjana

maklumat. Dengan adanya kajian ini, pihak kerajaan boleh mengetahui terdapat pelbagai halangan masyarakat luar bandar untuk menggunakan medium sistem penyampaian teknologi maklumat seperti internet untuk menjana maklumat. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menggubal dasar yang sedia ada dalam rancangan Malaysia

(37)

seterusnya bagi mengenalpasti medium yang sesuai boleh digunakan kepada masyarakat luar bandar.

1.5.5 Kepada Bidang Kerja Sosial

Selain itu, hasil kajian ini juga akan memberi sumbangan kepada bidang kerja sosial di Malaysia bagi membantu para perkerja sosial menjalankan strategi yang dibina dan dibentuk berdasarkan masalah yang dikenalpasti. Dengan kajian ini, sistem penyampaian program pendidikan dalam kalangan masyarakat miskin luar bandar diharap dapat dipertingkatkan lagi. Peranan pekerja sosial sebagai mediator bagi menyalurkan maklumat program pendidikan disekolah akan lebih berfungsi berdasarkan model yang dibina. Hal ini dilihat akan lebih memberi pencerahan kepada bidang kerja sosial dalam menentukan pelan tindakan yang akan dibuat berdasarkan displin ilmu yang ada.

Ia juga akan memberi kesan kepada perubahan dasar sosial negara bagi mendapatkan polisi yang sesuai dan bertepatan terhadap masalah yang dibincangkan.

Daripada hal ini, maka timbul peranan pekerja sosial sekolah yang dilihat dapat membantu sekolah dalam mengendalikan hal ehwal pelajar.

Di samping itu, kajian ini dapat memperbanyakkan literatur dalam displin kerja sosial khususnya bidang berkaitan pembangunan sosial luar bandar. Kajian ini juga diharap dapat menyumbang kepada ilmu sains sosial serta membantu pengkaji akan datang untuk memperkayakan lagi penyelidikan mereka bagi pembangunan masyarakat secara holistik. Hasil kajian ini juga dapat membantu pengkaji dalam bidang kerja sosial akan datang untuk memahami sejauhmana isu kemunduran masyarakat luar bandar di Malaysia.

(38)

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab ini lebih tertumpu kepada kajian-kajian lepas dan teori-teori berkaitan permasalahan pembangunan masyarakat dan pendidikan. Literatur sangat penting sebagai panduan pengkaji untuk memahami sesuatu isu yang dikaji secara mendalam.

Sehubungan itu, perbincangan pada bahagian ini diharapkan memberi panduan kepada fasa pemahaman kajian. Selain itu, aspek teori dan kerangka konseptual juga disediakan bagi memahami kajian ini dengan lebih mudah.

2.1 Pendidikan Dalam Kehidupan

Setiap individu atau komuniti manusia boleh merasai dan menikmati darjah kesejahteraan di mana ia merupakan pencapaian terhadap kualiti hidup (Christoffel &

Gallagher, 2006). Kualiti hidup merupakan suatu yang abstrak di mana ia tidak dapat diukur dan mempunyai maksud yang menyeluruh untuk difahami serta boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek. Kualiti hidup merupakan satu konsep yang sistematik dan tidak bersifat konkrit yang memberi impak positif terhadap taraf kehidupan manusia dalam pembentukkan polisi dan tindakan. Terdapat lapan prinsip utama bagi menentukan kualiti hidup manusia iaitu kualiti emosi, fizikal, hubungan bersemuka melalui aktiviti sosial, perkembangan kendiri, hak serta kemahiran membuat keputusan (Schalock, 1996). Hubungan peranan pendidikan dengan kualiti hidup amatlah rapat sehingga dapat mewujudkan sebuah kehidupan yang berkualiti dengan memberi kesan baik terhadap pelbagai aspek dalam kehidupan manusia supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang berkualiti (Wan Maznah et. al, 2016). Dengan

(39)

adanya pendidikan dalam sesebuah masyarakat, ia akan membantu membasmi kemiskinan dan mendapat kualiti hidup yang baik melalui kebolehan manusia itu sendiri (Sen, 2000). Bagi Zakaria Stapa (2009), tinggi atau rendahnya nilai sesebuah masyarakat bergantung kepada kemampuan individu dalam menyuarakan pendapat bagi memperlihatkan potensi mereka dalam membantu mendapatkan penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan. Pendidikan yang berkualiti dilihat sebagai suatu konsep yang dinamik, dan berkembang mengikut keperluan semasa yang merujuk kepada konteks sosial, ekonomi, dan persekitaran setempat. Selain itu, bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti, seseorang itu perlu menggunakan pendekatan kemahiran-hidup dalam pendidikan dan memasukkan kemahiran lain dalam meorentasikan pendidikan untuk memperolehi keseimbangan. Manusia, sebaik-baiknya menggunakan multi-kemahiran ketika melaksanakan aktiviti harian; berhubung dengan ahli keluarga dan masyarakat;

serta bertindak sebagai individu, ahli dalam sesuatu kumpulan, dan pekerja sesebuah organisasi. Dengan adanya pendekatan kemahiran-hidup dalam pendidikan, para pelajar lebih peka kepada perkembangan ilmu, mengguna dan mempraktikkan pelbagai jenis kemahiran sesuai dengan tuntutan persekitaran pembelajaran tersebut.

Memiliki dan mempraktikkan kemahiran dengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa. Individu memerlukan kemahiran dalam setiap empat ruang pendidikan iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk melakukan, belajar untuk hidup bersama orang lain, dan belajar untuk menjadi seseorang. Selain itu, setiap individu juga memerlukan kemahiran kognitif, tumpuan, pengurusan diri, dan sosial. Kesimpulanya, pendidikan digambarkan sebagai jentera bagi mencapai kehidupan yang sempurna. Taraf kualiti hidup manusia dapat diperbaiki serta ditingkatkan dengan membuat pelaburan dalam pendidikan yang bermula dengan

(40)

fasa pertama iaitu pra-sekolah sehingga ke fasa yang tertinggi. Selain itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Pendidikan (2013-2025), wujudnya usaha transformasi kepada kehidupan seseorang individu, keluarga, dan masyarakat yang miskin bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Ini kerana kemiskinan adalah petunjuk kepada pendidikan di mana individu, keluarga atau masyarakat terdiri daripada golongan berpendidikan rendah (Chamhuri Siwar, 2009). Tuntasnya, pendidikan mampu memberi impak yang besar terhadap kehidupan.

2.2 Kefungsian Sosial Dan Pendidikan

Kefungsian sosial harian seperti komunikasi antara ahli keluarga atau rakan, beraktiviti atau beriadah, memasak mahupun bekerja berkait rapat dengan tahap kesihatan dan kualiti hidup individu (Lawton, 1994). Individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik dan kualiti hidup yang mantap dapat melancarkan kefungsian sosial harian mereka. Kebanyakkannya mereka terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi (Breeze, et. all, 2004). Kefungsian sosial dalam pendidikan pula dianggap penting kerana institusi pendidikan dianggap sebagai organisasi rasmi yang bertujuan untuk mendidik ahli masyarakat menjadi masyarakat yang berilmu dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang yang akan diceburi. Masyarakat memainkan peranan penting dalam merealisasikan ahli masyarakatnya. Pendidikan juga amat penting kerana ia menjadi panduan dan tunjuk ajar bagi manusia memainkan rol dalam masyarakat. Ia juga melibatkan penurunan dan pemindahan, cara, pengetahuan serta aspek budaya secara sistematik dan formal.

Tahap pendidikan turut mempengaruhi status pekerjaan beserta jumlah gaji yang bakal diperolehi oleh individu. Pekerjaan dan bayaran gaji yang baik adalah hasil dari tahap pendidikan yang tinggi. Bahkan, tahap pendidikan yang baik turut

(41)

menyumbang dan memberi impak positif terhadap sosio-ekonomi dan menjana perkembangan psikologi individu. Sifat keterbukaan individu dapat melahirkan kefungsian fizikal yang hebat kerana mereka lebih agresif dalam mencuba sesuatu yang baru dan mempelajari pelbagai aspek kehidupan seperti mengetahui serta melaksanakan tanggungjawab hidup dan cakna terhadap kesihatan. Hal ini kerana kaitan antara sifat keterbukaan dan tahap pendidikan yang baik mewujudkan satu jalinan yang unik bagi aspek kualiti kehidupan manusia. Tahap sosio-ekonomi yang semakin meningkat misalnya terdapat pelbagai pilihan pekerjaan dan pendapatan merupakan kesan daripada sifat keterbukaan (Kawachi & Berkman, 2003). Ini kerana kefungsian sosial berkait rapat dengan sosio ekonomi sesebuah kehidupan manusia.

Kedua-dua elemen ini tidak dapat dipisahkan kerana ia memerlukan anatar satu samalain. Pada masa kini kehidupan individu sangat bergantung kepada ekonomi negara.

Kehidupan manusia pula boleh dibahagikan kepada tiga keperluan utama iaitu fisiologi, biologi dan sosial. Tanpa kefungsian sosial, maka ekonomi tidak dapat dicapai. Pencarian aktiviti ekonomi merupakan sesuatu yang ringkas, tiada kompleks dan juga merupakan aktiviti penting kepada masyarakat. Dengan adanya kefungsian sosial maka pencarian aktiviti ekonomi dapat dipermudahkan. Pada asasnya, institusi ekonomi dianggap wujud kerana manusia mahir menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Ini dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan makanan yang cukup dan tempat tinggal yang selamat.

Memilih rakan sebaya adalah suatu perkara yang sukar kerana ia turut memberi kesan kepada kuasa dan kebolehan mempengaruhi rang lain untuk mendapatkan hubungan sesama manusia. Hal demikian kerana ia berkait dengan sifat keterbukaan dimana dapat memberi peningkatan dan mengekalkan status sosio-ekonomi. Oleh itu,

(42)

dengan pendidikan yang baik, kefungsian sosial dari segi kesihatan, pekerjaan, sosio ekonomi serta rakan sebaya juga memberi kesan yang positif dan hasil yang baik dalam kualiti dan kesejahteraan hidup seseorang.

2.3 Kesedaran Terhadap Kepentingan Pendidikan

Kepentingan pendidikan tidak dapat lagi dinafikan sebagai satu komponen bagi mempertingkatkan taraf kehidupan. Dalam konteks pembangunan negara juga, pendidikan memainkan peranan penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang pesat. Ini selari dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato’

Sri Mohd Najib Tun Razak dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025) yang menyatakan pihak kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan berfungsi dalam keadaan baik supaya ia dapat membantu negara mencapai transformasi ekonomi dan transformasi kerajaan yang menjadi asas kepada perkembangan ekonomi negara.

Ini bermakna dengan adanya pendidikan yang berkualiti, ia akan membantu kerajaan dalam meningkatkan ekonomi. Ia juga selari dengan usaha kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11), yang membantu masyarakat berpendapatan rendah dengan menyediakan pelbagai program dan bantuan. Dengan adanya pelbagai bantuan prasarana pendidikan serta penyediaan perkhidmatan penyampaian yang berkualiti ia dapat membantu negara dalam memperkembangkan ekonomi negara. Ternyata pendidikan adalah komponen penting dalam ekonomi negara, dengan adanya pendidikan, ia akan membantu dalam meningkatkan ekonomi negara (Wood, 2005).

Walau bagaimanapun, peningkatan ekonomi ini, tidak akan terjadi dengan serta merta.

Pulangan pelaburan pendidikan ini mengambil masa bagi melihat impaknya terhadap ekonomi negara. Oleh itu, kepentingan pendidikan yang disarankan oleh Wood (2005)

(43)

boleh membantu merubah status sesuatu kawasan itu daripada luar bandar ke bandar dengan peningkatan ekonomi yang wujud daripada pendidikan.

Hujah ini boleh diilustrasikan dengan kajian yang melihat kepada sejauhmanakah golongan professional kesihatan boleh menambahkan profesionalisma dan kemahiran mereka apabila mereka bekerja di kawasan luar bandar (Jukalla, Henly,

& Lindeke, 2008). Di dalam kajian ini, 224 jururawat dan doktor perubatan telah diberikan soalan kaji selidik bagi menjawab lima isu utama yang ditekankan iaitu ketersediaan pendidikan, kebolehcapaian pendidikan, pengasingan kerjaya, informasi demografi dan peluang bagi menyambung pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

Kajian ini mendapati, golongan professional mempunyai halangan bagi menyambung pengajian mereka ke tahap lebih tinggi apabila berada di kawasan luar bandar. Mereka juga merasakan peluang untuk mendapatkan pendidikan dikawasan luar bandar amat terhad dan kurang tersedia sekali gus menyebabkan mereka terasa terasing secara professional (Jukalla, Henly, & Lindeke, 2008). Hal ini menunjukkan bahawa kawasan luar bandar mempunyai kesan terhadap pembangunan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan profesional. Ia sekaligus akan membantutkan pembangunan secara keseluruhan dalam membangunkan pendidikan diluar bandar. Ini kerana kerjaya profesional seperti doktor dan guru amat diperlukan dikawasan luar bandar kerana ia adalah salah satu faktor pembangunan luar bandar.

Menurut kajian Ming, Ling & Jaafar (2009), pelajar yang dapat menguasai dan bersikap positif terhadap matapelajaran terutamanya, serta mempunyai prestasi yang baik di sekolah adalah berlatar belakang dengan tahap pendidikan yang baik. Secara kesimpulanya, pelajar yang mementingkan pendidikan akan menjadi lebih positif terhadap proses pembelajaran. Bahkan, peranan ibu bapa amat penting dalam membimbing anak-anak dalam proses pembelajaran sejak dari rebung lagi agar anak-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini turut mencadangkan penyelidik dalam pengajian Islam untuk mengaplikasi program Atlas.ti dalam penyelidikan kualitatif yang dijalankan bagi mengukuhkan

Perbandingan antara pandangan pelajar pasca siswazah antarabangsa yang mengikuti program PhD dengan pelajar sarjana terhadap kualiti penyampaian pelbagai

Justeru itu, kajian ini mencadangkan sokongan daripada ADUN, Ahli Parlimen, pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan tempatan dalam pelaksanaan program pembasmian

Oleh itu, satu kajian yang bertujuan untuk meninjau perspektif ibu bapa ke atas penggunaan amalan dalam program intervensi awal dari segi penerimaan, cara penyampaian perkhidmatan

Dalam konteks kajian ini, satu program literasi bahasa telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu Kelantan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan

Sehubungan itu, kajian ini adalah sebahagian daripada kajian penilaian program yang dijalankan bagi mengenalpasti peningkatan kualiti guru pra-perkhidmatan bagi tiga fasa

Oleh itu berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah mengemukakan beberapa saranan dan cadangan dalam usaha penambahbaikan pelaksanaan program

Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang impak program GRID kepada komuniti terdapat beberapa kajian lanjutan yang boleh dijalankan seperti membuat kajian berkaitan