• Tiada Hasil Ditemukan

Kepelbagaian jenis seramik di Tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah (ekskavasi Fasa 2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Kepelbagaian jenis seramik di Tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah (ekskavasi Fasa 2)"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

ISSN 0128-0732 e-ISSN 2590-4302 Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

KEPELBAGAIAN JENIS SERAMIK DI TAPAK CANDI KAMPUNG BARU, KOTA KUALA MUDA, KEDAH (EKSKAVASI FASA 2)

(VARIETY OF CERAMICS IN CANDI KAMPUNG BARU SITE, KOTA KUALA MUDA, KEDAH (PHASE 2 EXCAVATION)

Junko Mori, Zuliskandar Ramli & Muhamad Shafiq Mohd Ali

Abstrak

Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah merupakan tapak arkeologi yang dijumpai pada tahun 2010 dan terletak di tebing Sungai Muda dan jaraknya dari Kota Kuala Muda lebih kurang 2 km. Lembangan Sungai Muda terkenal sebagai pusat pemerintahan, pelabuhan entrepot dan pusat perkembangan kerajaan Kedah Tua pada abad ke-2 hingga ke-14 Masihi yang berpusat di Sungai Mas. Hasil ekskavasi yang telah dijalankan pada tahun 2016 menunjukkan bahawa tapak Candi Kampung Baru mempunyai banyak tinggalan seramik asing contohnya, seramik dari China, Parsi dan Asia Tenggara. Terdapat kira-kira 700 pecahan seramik asing dijumpai di tapak tersebut semasa ekskavasi Fasa 2. Jumlah seramik asing yang dijumpai semasa Fasa 2 hampir sama dengan jumlah seramik asing yang dijumpai pada Fasa 1. Semua seramik asing yang dijumpai adalah dalam bentuk pecahan dan tidak dijumpai seramik asing yang lengkap. Jumpaan seramik asing di tapak arkeologi sangat penting kerana dapat memberitahu tentang tarikh dan maklumat penting mengenai tapak yang berasosiasi dengan seramik asing tersebut. Seramik China yang banyak dijumpai di tapak tersebut semasa ekskavasi Fasa 2 adalah dari zaman Dinasti Tang (618-906 Masihi), Dinasti Song (960-1279 Masihi) dan Dinasti Yuan (1271-1368 Masihi). Seramik China tersebut dihasilkan di Fujian, Guangdong dan Hebei, China. Seramik Parsi juga dijumpai dan pentarikhannya adalah dari abad ke-8 hingga ke-10 Masihi. Seramik asing yang bertarikh abad ke-10 hingga ke-14 Masihi merupakan paling banyak ditemui di tapak tersebut berdasarkan hasil ekskavasi yang telah dijalankan di tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah.

Kata kunci: Seramik China, Kedah Tua, entrepot, seramik Parsi.

Abstract

Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah is an archeological site which had been found in 2010. This site is situated in the bank of Muda River and the distance between the site and the center of Kota Kuala Muda is about 2 km. The Muda River basin is famous as a center of government, entrepot and development of Kedah Tua kingdom from 2nd to 14th century and this center had its core area in Sungai Mas. Results of excavations that have been done in 2016 have shown that Candi Kampung Baru site has a lot of shard of foreign ceramics, for example Chinese ceramics, Persian ceramics and Southeast Asian ceramics.

About 700 pieces of foreign ceramics shard was found in the site when the excavation phase 2 had been carried out. The total number of the shard is almost the same with phase 1. All ceramics which had been found in the site were shard and there is no ceramic which remains complete shape. Finding foreign ceramics in the archeological site is very

(2)

important because these ceramics can tell us the date and important information about the site which is associated with these foreign ceramics. Most of Chinese ceramics which had been found in the excavation phase 2 were from Tang Dynasty (A.D.618-906), Song Dynasty (A.D.960-1279) and Yuan Dynasty (A.D.1271-1368). These ceramics perhaps come from Fujian, Guangdong and Hebei, China. Persian ceramics also had been found in the site and the date of these ceramics may be about 8th to 10th century. Ceramic which is dated 10th to 14th century is the most common ceramic in the site based on results of the excavation which had been carried out in the Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah.

Keywords: Chinese ceramic, Kedah Tua, entrepot, Persian ceramic

PENGENALAN

Tapak Kampung Baru ditemui ketika kerja eksplorasi Sungai Muda yang dijalankan pada tahun 2010 hingga tahun 2011 (Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi 2012: 195). Tapak ini terletak di Tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah tebing Sungai Muda di kawasan Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah. Jarak antara tapak ini dengan Sungai Muda hanya sekitar 50-70 meter dan jarak dari Pekan Kota Kuala Muda kira-kira 3 km (lihat Rajah 1). Dahulunya di kawasan sekitar kawasan tapak ini merupakan kawasan perkampungan dan kini perkampungan tersebut telah dipindahkan. Manakala sebelum tapak ini ditemui, tapak ini telah digunakan oleh masyarakat setempat sebagai sebuah kawasan perkuburan orang Islam tetapi sudah lama ditinggalkan. Pada tahun 2015 kakitangan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah melakukan kerja-kerja memindahkan kubur lama di kawasan itu pada awal tahun 2015. Pasukan dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zuliskandar, telah melawat Tapak Candi Kampung Baru ini kembali pada tahun yang sama dengan bantuan Encik Azmi bin Ahmad dan membuat keputusan untuk membuat ekskavasi di tapak tersebut.

Lembangan Sungai Muda terkenal sebagai pusat pemerintahan, pelabuhan entrepot dan pusat perkembangan pertama kerajaan Kedah Tua pada abad ke-2 hingga ke-14 Masihi yang berpusat di Sungai Mas (Nik Hassan Shuhaimi 2008).

Candi Kampung Baru

Rajah 1. Peta Lembah Bujang.

Sumber: Nadarajan (2011)

Sungai Muda Tapak

Foto 1. Lokasi Tapak Candi Kampung Baru

(3)

Pasukan arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat ekskavasi sebanyak dua kali di tapak tersebut (Foto 1). Ekskavasi Fasa 1 pada bulan Mei 2016 dan Fasa 2 pada bulan Februari dan Mac 2017. Melalui ekskavasi, susunan bata yang mempunyai jajaran yang masih baik dan banyak artifak ditemui seperti alat batu, pecahan kaca yang dipercayai berasal dari Timur Tengah, pecahan tembikar tanah dan seramik asing, contohnya seramik China, seramik Timur Tengah serta seramik Asia Tenggara (Foto 2).

Foto 2. Tinggalan bangunan dan artifak dari tapak Candi Kampung Baru

Seramik ialah artifak yang boleh dijumpai pada hampir semua tapak arkeologi sejak dari zaman Neolitik. Seramik merupakan salah satu artifak yang penting dalam bidang arkeologi bagi membina semula cara hidup manusia pada zaman dahulu. Ini kerana kehadiran seramik dalam jumlah yang banyak pada sesebuah kawasan menjadi kayu pengukur perkembangan teknologi, sistem sosial dan perdagangan kawasan tersebut. Artifak ini dapat memberikan bukti perkembangan teknologi dan sosial dalam sesebuah masyarakat apabila dokumen bertulis tidak diperoleh (Nik Hassan Shuhaimi 2008).

JUMPAAN SERAMIK DI LEMBANGAN SUNGAI MUDA DAN KAWASAN SEKITAR Tapak Candi Kampung Baru terletak di lembangan Sungai Muda dan lembangan ini merupakan antara bahagian penting dalam perkembangan sejarah di negeri Kedah bermula sejak zaman prasejarah hingga zaman sejarah iaitu kira-kira sejak 5000 hingga 6000 tahun yang lalu. Antara yang menjadi perhatian para penyelidik arkeologi ialah tinggalan berupa candi dan artifak yang terkait dengan perkembangan kerajaan Melayu Kedah Tua atau ketika itu disebut dengan pelbagai nama antaranya ialah Kataha, Kadaram, Kidaram, Chieh-cha dan Kalah-bar oleh pelaut atau pedagang asing yang singgah di pelabuhan Kedah Tua iaitu di Sungai Mas dan Pengkalan Bujang (Wheatley 1964; Nik Hassan Shuhaimi & Othman 1992)

Quaritch Wales dan isterinya telah melaporkan jumpaan seramik di Lembah Bujang pada tahun 1936. Antara sarjana penting yang mengkaji seramik di Lembah Bujang pada peringkat awal ialah Alastair Lamb dan beliau telah menjumpai lapisan yang mempunyai banyak pecahan seramik di Pengkalan Bujang yang terletak di bahagian utara di Lembah Bujang (Leong 1973). Kajian Alastair Lamb telah diteruskan oleh Leong Sau Heng dan beliau menulis tesis yang bertajuk “A Study of Ceramic Deposit from Pengkalan Bujang, Kedah” pada tahun 1973. Beliau berpendapat bahawa Pengkalan Bujang memegang peranan ekonomi yang penting di pantai barat Semenanjung Malaysia pada Zaman Dinasti Sung hingga abad ke-14 Masihi (Leong 1973). Othman Yatim juga telah membuat kajian mengenai seramik dari Lembah Bujang. Beliau telah menerangkan Pengkalan Bujang merupakan pelabuhan yang berfungsi sebagai tempat perdagangan seramik dari negara Timur Tengah dan negara Timur Jauh juga (Othman Yatim 1978).

Othman Yatim dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman telah membuat kajian tentang seramik yang tersimpan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah dan telah mengklasifikasikan seramik tersebut (Nik Hassan Shuhaimi & Othman Yatim 1992). Mereka membahagikan seramik

(4)

dari Lembah Bujang kepada dua bahagian iaitu tembikar tanah dan seramik asing. Seramik asing sekali lagi boleh dibahagi kepada beberapa bahagian mengikut tempat yang dihasilkan seperti China, Timur Tengah dan Vietnam. Bagi serpihan seramik China pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut zaman dinasti China. Pembahagian yang dibuat oleh mereka ditunjukkan pada Jadual 1.

Selain daripada itu, terdapat tesis tentang seramik yang dijumpai di tapak Sungai Mas yang ditulis oleh Farhana Abdullah. Beliau menyelidik seramik yang dijumpai melalui ekskavasi pada tahun 2006 dan 2007 di tapak tersebut. Beliau menyimpulkan bahawa seramik China dari tapak Sungai Mas diperbuat daripada seramik Zaman Tang (618-906 Masihi), Zaman Song (960-1279 Masihi), Zaman Ming (1368-1644 Masihi) dan Zaman Qing (1644-1912 Masihi) serta lebih tua daripada Pengkalan Bujang (Farhana 2013).

Jadual 1. Klasifikasi seramik di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah

Sumber: Nik Hassan Shuhaimi & Othman Yatim 1992

(5)

JUMPAAN SERAMIK HASIL EKSKAVASI FASA 2 DI TAPAK CANDI KAMPUNG BARU

Terdapat 678 pecahan seramik asing dijumpai di Tapak Candi Kampung Baru semasa ekskavasi Fasa 2. Berdasarkan Rajah 2, pecahan mengikut petak menunjukkan pecahan seramik asing paling banyak dijumpai di petak aqLXXiX dan aqLXXXi iaitu sebanyak 84 keping atau 12.4 % daripada jumpaan keseluruhan. Sebaliknya, pecahan seramik asing paling sedikit dijumpai di petak aqLXXXii iaitu sebanyak 34 keping atau 5.0 %. Tetapi 8 daripada 10 buah petak yang dibuka semasa Fasa 2 mempunyai bilangan yang lebih banyak daripada 60 keping seramik asing. Ini bermakna bahawa taburan seramik asing dalam petak yang dibuka semasa Fasa 2 adalah hampir sama.

Rajah 2. Seramik Asing dari Tapak Candi Kampung Baru Fasa 2 mengikut Petak

Jumpaan mengikut spit ditunjukkan pada Rajah 3. Jumpaan pecahan seramik asing paling banyak terdapat di spit 4 iaitu sebanyak 283 keping atau 41.4 %. Kedua terbanyak terdapat di spit 5 iaitu sebanyak 187 keping atau 27.4 % dan ketiga terdapat di spit 6 iaitu sebanyak 92 keping atau 13.5 %. Sebanyak 82.3 % dari pecahan seramik asing yang dijumpai berada di spit 4-6 semasa Fasa 2 dilakukan.

Rajah 3. Seramik Asing dari Tapak Candi Kampung Baru Fasa 2 mengikut Spit

(6)

Seramik asing yang dijumpai di tapak Candi Kampung Baru boleh dibahagikan kepada Celadon, Ching pai, Porselin, seramik Parsi dan Tembikar Batu (Rajah 4). Tembikar batu mengandungi seramik yang tidak boleh dimasukkan dalam empat kumpulan seramik asing yang dinyatakan di atas dan ia merupakan jumpaan yang paling banyak ditemukan iaitu 31.9 %, diikuti Celadon 27.7 %, Ching pai 16.4 %, seramik Parsi 15.5 % dan yang paling kurang ditemui adalah porselin 8.6 %.

Rajah 4. Jenis Seramik Asing dari Tapak Candi Kampung Baru Fasa 2.

Celadon

Celadon mempunyai warna hijau, hijau tua, hijau zaitun, kuning dan kelabu (Foto 4). Terdapat Celadon yang hampir sama dengan Celadon yang telah dihasilkan di Longquan Kiln, Zhejiang, China. Longquan Kiln adalah kiln celadon yang terkenal dan telah memulakan penghasilan seramik pada zaman Song Utara (970-1127 Masihi) dan memberhentikan penghasilannya pada zaman Qing (1644-1911). Terdapat juga pecahan Celadon yang hampir sama dengan Celadon yang dijumpai di Guangdung dan Fujian, China. Banyak seramik Guangdung telah dijumpai di Asia Tenggara yang bertarikh pada separuh kedua zaman Song Utara. Penghasilan seramik Guangdung mula berkurangan pada abad ke-12 Masihi, membolehkan peningkatan seramik Fujian bermula pada abad ke-13 hingga abad ke-14 Masihi.

Foto 4. Celadon

(7)

Ching Pai

Ching pai juga banyak dijumpai semasa ekskavasi dalam Fasa 2 (Foto 5). Perkataan “Ching Pai”

bermakna putih kebiru-biruan dan kumpulan Ching Pai dalam artikel ini termasuk juga seramik berglasir atau berwarna putih. Terdapat pecahan Ching pai yang hampir sama dengan Ching pai yang telah dihasilkan di Ding Kiln, Hebei, China. Ding Kiln menghasilkan seramik sejak zaman Tang (618-906) akhir hingga Yuan (1271-1368). Terdapat juga pecahan yang hampir sama dengan seramik dari Jingdezhen Kiln, Jiangxi, China. Jingsezhen Kiln merupakan kiln yang mengeluarkan seramik jenis Ching pai.

Foto 5. Ching Pai dan seramik berglasir atau berwarna putih.

Porselin

Porselin tidak begitu banyak ditemui (Foto 6). Terdapat jumpaan secara kecil porselin berwarna putih dan biru serta putih. Semua jumpaan ini hanyalah dalam bentuk yang kecil. Namun begitu, terdapat pecahan yang boleh dicantumkan dengan 4 keping pecahan lain. Selepas dicantumkan, ketinggian seramik tersebut dianggarkan kira-kira 4.7 cm dan diameternya 4.2 cm. Porselin yang dijumpai kebanyakannya berada pada lapisan kebudayaan selepas zaman protosejarah yang mana porselin tersebut berasal dari zaman Dinasti Ming dan Dinasti Ching.

Foto 6. Porselin ‘blue and white’

Foto 1 Celadon

(8)

Seramik Parsi

Seramik Parsi yang dijumpai semasa ekskavasi Fasa 2 adalah sebanyak 100 pecahan (Foto 7).

Terdapat pecahan yang mempunyai hiasan di permukaan luar. Seramik Parsi yang dijumpai Lembah Bujang biasanya bertarikh pada abad ke-8 hingga ke-10 Masihi.

Foto 7. Seramik Parsi Tembikar Batu

Tembikar batu kecuali Celadon dan Ching pai dijumpai paling banyak semasa ekskavasi Fasa 2 (Foto 8). Kumpulan Tembikar batu yang dijumpai mempunyai banyak jenis seperti seramik China yang bertarikh zaman Tang (618-906) hingga zaman Yuan (1271-1368) dan Seramik Asia Tenggara.

Terdapat pecahan Tembikar Batu yang hampir sama dengan pecahan yang ditemui di Tapak Permatang Pasir dan bertarikh pada zaman Tang (Muhammad Termizi 2017). Tapak Permatang Pasir juga terletak di tepi Sungai Muda.

Foto 8. Tembikar Batu ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Seramik asing yang dijumpai di tapak Candi Kampung Baru semasa ekskavasi Fasa 2 adalah hampir sama dengan seramik yang dijumpai semasa ekskavasi Fasa 1. Seramik asing seperti pecahan tembikar batu, celadon, Ching Pai dan seramik Parsi telah ditemui dalam kuantiti yang amat tinggi Foto 9 Seramik Parsi

(9)

berbanding jumpaan porselin yang dijumpai dalam kuantiti yang rendah. Namun begitu, taburan seramik asing dijumpai di tapak tersebut semasa ekskavasi Fasa 2 sedikit berbeza daripada taburan seramik asing Fasa 1. Jumlah celadon dijumpai di tapak tersebut semasa ekskavasi Fasa 2 lebih banyak daripada celadon yang dijumpai semasa ekskavasi Fasa 1 tetapi jumlah seramik Parsi dan Ching pai dijumpai semasa Fasa 2 kurang daripada seramik Parsi dan Ching Pai yang di jumpai semasa Fasa 1 (lihat Jadual 2 dan 3). Mengikut spit, jumpaan paling banyak seramik asing dijumpai di spit 4 semasa Fasa 2, manakala jumpaan paling banyak seramik asing dijumpai di spit 5 semasa Fasa 1. Ekskavasi Fasa 1 telah menemukan sebanyak 136 pecahan seramik Parsi berbanding jumpaan Fasa 2 sebanyak 105 pecahan manakala jumpaan celadon pula sebanyak 130 pecahan semasa ekskavasi Fasa 1 dan 188 pecahan bagi Fasa 2. Jumpaan Ching Pai adalah sebanyak 178 pecahan (Fasa 1) berbanding 111 pecahan bagi Fasa 2. Jumpaan tembikar batu adalah paling tinggi iaitu sebanyak 193 pecahan ketika ekskavasi Fasa 1 dan 216 untuk Fasa 2.

Hasil analisis menunjukkan bahawa kawasan sekitar Kampung Baru ini amat aktif digunakan pada abad ke-10 hingga 13 Masihi berdasarkan kepada jumpaan seramik. Walau bagaimanapun terdapat juga artifak yang mempunyai pentarikhan yang lebih awal terutamanya tembikar batu yang dihasilkan ketika zaman Dinasti Tang (618-906) dan juga seramik Parsi. Antara abad ke-7 hingga 9 Masihi, seramik asing yang mendominasi pelabuhan di lembangan Sungai Muda ini adalah terdiri daripada seramik Parsi dan juga tembikar batu Dinasti Tang. Perkembangan aktiviti perdagangan dengan China ketika zaman Dinasti Song (960-1279) yang membawa kepada lebih banyak lagi produk seramik diperdagangkan di Asia Tenggara antaranya adalah celadon, Ching Pai, tempayan dan pelbagai lagi produk yang buktinya banyak dijumpai di tapak-tapak arkeologi di Asia Tenggara termasuklah di kerajaan Melayu Kedah Tua.

Jadual 2. Seramik asing dijumpai tapak candi Kampung Baru semasa ekskavasi Fasa 2

Jadual 3. Seramik asing dijumpai tapak candi Kampung Baru semasa ekskavasi Fasa 1

(10)

KESIMPULAN

Jumpaan pelbagai jenis seramik asing di tapak arkeologi Kampung Baru membuktikan bahawa aktiviti perdagangan telah berlaku sejak abad ke-7 Masihi berdasarkan jumpaan pelbagai seramik daripada Dinasti Tang (618-906) sehingga Dinasti Ming ((1368–1644). Taburan jumpaan seramik Parsi yang tinggi menunjukkan perdagangan awal banyak dikuasai oleh pedagang Arab-Parsi yang membawa produk mereka manakala antara abad ke-10 hingga 13 Masihi, perdagangan banyak dikuasi oleh produk seramik dari Dinasti Song (960-1279).

PENGHARGAAN

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan geran penyelidikan II-2016-005 dan DPP-2015- 068. Sehubungan dengan itu, kami amat menghargai sumbangan dana penyelidikan yang telah diberikan oleh Jabatan Warisan Negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia demi menjayakan penyelidikan ini.

RUJUKAN

Farhana Abdullah. 2013. Kepelbagaian Jenis Seramik di Tapak Arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah. Tesis Sarjana Persuratan, Institut Alam & Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Leong Sau Heng. 1973. A Study of Ceramic Deposit from Pengkalan Bujang, Kedah, Tesis M.A.

Universiti Malaya.

Muhammad Termizi Hasni. 2017. Tapak Hunian Masyarakat Prasejarah dan Protosejarah di sepanjang Lembangan Sungai Muda. Tesis Sarjana Persuratan, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Othman Mohd Yatim. 1992. Warisan Lembah Bujang.

Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia & Jabatan Muzuim dan Antikuiti.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman(Pnyt.). 2008. Lembah Bujang dari Perspektif Arkeologi dan Pelancongan. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman Mohd Yatim. 1978. Oriental Ceramic Finds in West Malaysia: A Study of Their Distribution and Typology. Theses, Durham University, UK.

Wheatley, P. 1964. The Golden Khersonese. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Nadarajan, V. 2011. Bujang Balley. Kedah: V. Nadarajan.

Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2012. Zaman Protosejarah di Malaysia. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

Junko Mori Calon Sarjana

Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Email: jcklbbc@yahoo.co.jp Zuliskandar Ramli (Ph.D) Timbalan Pengarah/Prof. Madya

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor

Email: ziskandar2109@gmail.com

(11)

Muhamad Shafiq Mohd Ali Pegawai Sains, C44

Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Email: muhdshafiq@ukm.edu.my

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kegemilangan Sungai Mas sebagai sebuah tapak penting zaman proto-sejarah pada tahun 1979 apabila projek pembinaan tali air di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah telah

seramik dari Vietnam juga sebenarnya tidak begitu jelas asal usulnya sama ada ia berasal semasa zaman Dinasti Han di China yang secara kebetulan pada zaman

Antara tapak- tapak arkeologi di Malaysia yang berjaya menemukan hasil produk dari Timur Tengah adalah seperti di Kampung Pengkalan Bujang dan Kampung Sungai Mas, Kedah dan

Jenis seramik China yang dijumpai ialah seladon yang dihasilkan di dapur Longquan pada zaman Dinasti Song Selatan dan Yuan (abad ke- 13 dan ke-14 Masihi), qingbai yang

Kajian ini akan melibatkan tapak SB1P, SB1Q, SB1W dan SB1X yang juga merupakan sebahagian daripada Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang.. Keluasan ekskavasi bagi tapak SB1P adalah 21

Tapak Geologi Turus Laut Bako yang terletak di luar pesisir pantai Batu Belah di utara kawasan Bako merupakan salah satu daripadanya dan dikenali sebagai kepelbagaian geologi

Peta 2 menunjukkan taburan lokasi tapak arkeologi di Lembah Bujang dan Jadual 2 menunjukkan ringkasan analisis yang telah dijalankan terhadap corak tersebut. Berdasarkan hanya

Peta 2 menunjukkan taburan lokasi tapak arkeologi di Lembah Bujang dan Jadual 2 menunjukkan ringkasan analisis yang telah dijalankan terhadap corak tersebut. Berdasarkan hanya