• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan Amalan Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian Literatur Sistematik)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan Amalan Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian Literatur Sistematik)"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan Amalan Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian

Literatur Sistematik)

Differentiated Teaching Approach: Multigrade Teachers’ Knowledge and Practices in Small Schools (Systematic Literature Review)

Geviana Gladysha Anak George1*, Nurfaradilla Mohamad Nasri1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: gevianagladysha@gmail.com Accepted: 15 July 2021 | Published: 1 August 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pengajaran terbeza memainkan peranan utama dalam membantu guru untuk memenuhi pelbagai aspek keperluan murid yang berbeza dalam kelas bercantum. Pengajaran terbeza merupakan suatu pendekatan pengajaran yang memerlukan guru mengadaptasi kurikulum, kaedah pengajaran, bahan PdPc, aktiviti PdPc dan hasil murid bagi memenuhi keperluan murid yang berbeza dalam proses pembelajaran. Namun, pendekatan ini masih baharu bagi sesetengah guru termasuklah di Malaysia. Kajian sistematik ini dilaksanakan untuk meninjau, menganalisis secara kritikal dan mensintesis trend yang terkini, pengetahuan guru kelas bercantum dalam pendekatan pengajaran terbeza dan mengenal pasti amalan guru kelas bercantum. Pangkalan data ERIC, SCIENCE DIRECT, Google Scholar dan Taylor &

Francis Online digunakan dalam mencari artikel berkaitan dalam tempoh masa 5 tahun ke belakang bermula dari tahun 2017 sehingga 2021. 1709 artikel telah dikenal pasti berdasarkan kata kunci yang ditentukan oleh pengkaji dan sebanyak 7 artikel dipilih dan dianalisis selepas proses saringan. Proses carta alir PRISMA digunakan sebagai panduan dalam proses pemilihan artikel. Dapatan menunjukkan bahawa kajian berkaitan pendekatan pengajaran terbeza di kelas bercantum paling kerap dilaksanakan ialah pada tahun 2020 dan 2021.

Namun, kajian-kajian yang berkaitan dengan pendekatan pengajaran terbeza lebih cenderung berfokuskan kepada kawasan pedalaman berbanding di luar bandar dan majoriti kajian-kajian telah dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif. Dari aspek pengetahuan guru, analisis menunjukkan guru percaya bahawa setiap murid mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan guru mengadaptasi serta melaksanakan aktiviti pembelajaran berdasarkan kebolehan, minat, kemahiran dan profil pembelajaran murid. Dari aspek amalan guru kelas bercantum, guru cenderung menggunakan bahan pembelajaran terbeza diikuti dengan penilaian yang berbeza mengikut tahap murid dan pembelajaran kolaboratif.

Kata kunci: pengajaran terbeza, kelas bercantum, sekolah kurang murid, pengetahuan, amalan

Abstract: Differentiated teaching plays a major role in helping teachers to fulfil the various aspects in terms of different pupils’ needs in a multigrade classroom. Differentiated teaching is a teaching approach that allows teachers to adapt the curriculum, teaching methods, teaching and learning materials, teaching and learning activities and pupils’ outcomes in order to fulfil the different needs of pupils in learning process. However, this approach is a new approach for some teachers including in Malaysia. This systematic review is conducted to review, analyse critically and synthesise the current trends, teachers’ knowledge in differentiated teaching approach and identify multigrade classroom teachers’ practices. ERIC,

(2)

SCIENCE DIRECT, Google Scholar and Taylor & Francis Online databases were used in searching for related articles in the past five years from the year 2017 to the year of 2021.

1709 articles were identified based on the keywords selected by the researcher and 7 articles were selected and analysed after a screening process. The PRISMA flow chart process was used as a guide in the articles’ selection process. The findings showed that the research related to the differentiated teaching approach in multigrade classroom was mostly conducted in the year of 2020 and 2021. However, the research related to the differentiated teaching approach mostly tend to focused on the rural area compared to the sub urban and majority of the research were conducted using qualitative approach. In terms of teachers’ knowledge, the analysis showed that teachers believe that each pupil has different characteristics and teachers adapt and conduct the learning activities based on pupils’ abilities, interests, skills and their learning profiles. In terms of practices, teachers tend to use differentiated learning materials followed by the different assessments based on pupils’ levels and collaborative learning.

Keywords: differentiated teaching, multigrade classroom, small schools, knowledge, practices _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Setiap murid khususnya murid kelas bercantum di Malaysia atau dikenali sebagai kelas pelbagai gred di negara-negara luar (Fui & Wan Muna Ruzanna, 2019) yang dilaksanakan di Sekolah Kurang Murid (SKM) berhak menerima pendidikan berkualiti seperti murid arus perdana di sekolah yang lain. Kelas bercantum di SKM bukan sahaja dilaksanakan di negara Malaysia, malah turut dilaksanakan di negara-negara seperti Cambodia, China, Indonesia, The Philippines, Vietnam dan sebagainya (UNESCO, 2015). Senario ini membuktikan bahawa kelas bercantum atau kelas pelbagai gred bukanlah sesuatu yang baharu bagi SKM di kebanyakan negara.

Kelas pelbagai gred atau kelas bercantum dipercayai membantu guru dalam memberikan pendidikan berkualiti dan relevan dengan situasi murid di kawasan pedalaman dan luar bandar (UNESCO, 2015). Setiap murid yang mempunyai pelbagai latar belakang sama ada dari aspek sosioekonomi, budaya, etnik dan jantina berhak menerima akses kepada pendidikan berkualiti.

Pendidikan berkualiti dilihat begitu penting kerana konsep pendidikan ini memberikan penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan murid (Boeren, 2019;

UNESCO, 2017).

Dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kelas bercantum di SKM, kelas bercantum sering dikaitkan dengan pendekatan pengajaran terbeza dimana situasi pengajaran di kelas bercantum memberikan peluang dan kelebihan kepada pelaksanaan pengajaran terbeza (Shareefa, Moosa, Matzin, Abdulla, & Jawawi, 2021). Walau bagaimanapun, di Malaysia, kepelbagaian keperluan pembelajaran murid dalam kelas bercantum merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam memilih dan melaksanakan pendekatan pengajaran yang menepati keperluan pembelajaran murid yang pelbagai (Danial Ariff, 2020; Azlin Norhaini Mansor et al., 2020). Di luar negara seperti Maldives, Shareefa (2020) mendapati bahawa masih terdapat guru kelas bercantum yang memiliki kompetensi yang kurang dalam pengajaran terbeza. Hal ini menggambarkan dengan jelas bahawa pengetahuan guru kelas bercantum di SKM terhadap pengajaran terbeza masih dipersoalkan sama ada di dalam negara Malaysia mahupun di luar negara.

(3)

Berdasarkan kepada pembacaan kajian-kajian lepas, masih terdapat kurangnya kajian-kajian lepas berkaitan pengajaran terbeza di kelas bercantum dan ini juga dinyatakan oleh Shareefa (2020). Oleh hal yang demikian, kajian sistematik ini dijalankan untuk melihat secara khusus pengetahuan dan amalan pengajaran guru kelas bercantum di Sekolah Kurang Murid. Kajian sistematik ini juga diharapkan agar mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme guru kelas bercantum agar proses PdPc murid kelas bercantum di SKM menjadi lebih efektif dan berkualiti seperti pembelajaran murid di sekolah lain.

Justeru, terdapat tiga objektif bagi kajian sistematik yang dijalankan ini. Pertama, kajian sistematik ini adalah untuk mengenal pasti maklumat-maklumat yang terkandung pada kajian lepas berkaitan pendekatan pengajaran terbeza yang terdiri daripada negara, lokasi kajian dan pendekatan kajian. Kedua, kajian sistematik ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan guru kelas bercantum terhadap pengajaran terbeza di SKM dan seterusnya adalah untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru kelas bercantum di SKM.

2. Pengajaran Terbeza

Pengajaran terbeza merupakan satu pendekatan pengajaran di mana guru berperanan dalam membuat pengubahsuaian kepada kurikulum, kaedah pengajaran, bahan PdPc, aktiviti PdPc dan hasil murid untuk memenuhi keperluan dan kepelbagaian murid dalam proses pembelajaran (Tomlinson, 1999; Ain Nur Atika Agus, 2021; Halida Jawan & Zamri Mahamod, 2021). Keperluan pembelajaran seperti aspek gaya pembelajaran murid yang berbeza dan kepelbagaian murid yang terdiri daripada jantina, latar belakang sosioekonomi, budaya dan sebagainya adalah aspek-aspek penting yang seharusnya dititikberatkan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran terbeza.

Pengajaran terbeza merangkumi tiga elemen yang terdiri daripada kandungan, proses dan hasil di mana ketiga-tiga elemen ini seharusnya bersesuaian dengan keperluan dan kepelbagaian murid supaya tujuan pengajaran terbeza dapat dicapai oleh (Tomlinson, 1999). Berdasarkan konsep model pengajaran terbeza oleh Tomlinson, guru melaksanakan keterbezaan melalui empat kaedah yang merupakan isi kandungan, proses, hasil dan persekitaran di mana guru menekankan aspek kesediaan murid, minat dan profil pembelajaran murid seperti jantina, budaya dan gaya pembelajaran (Tomlinson, 1999; Santangelo & Tomlinson, 2009). Elemen kandungan merujuk kepada isi pembelajaran, pengetahuan, konsep dah kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid. Sebagai contoh, isi pembelajaran, pengetahuan, konsep atau kemahiran yang diberikan kepada murid yang berprestasi tinggi adalah lebih kompleks dan mencabar berbanding dengan murid yang berprestasi sederhana. Seterusnya, elemen proses melibatkan cara guru melaksanakan aktiviti untuk murid menggunakan kemahiran berdasarkan idea yang penting dan elemen hasil pula merupakan hasil kerja murid (Tomlinson, 1999). Contohnya, kandungan pembelajaran yang sama diberikan oleh guru dalam bilik darjah tetapi aktiviti pembelajaran murid adalah berbeza seperti dari aspek kemahiran agar mengikut kesesuaian tahap kemahiran murid dan seterusnya murid menghasilkan hasil kerja yang berbeza berdasarkan pengetahuan, kemahiran atau konsep yang telah dipelajari.

3. Kelebihan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam Kelas Bercantum

Terdapat kajian-kajian lepas di dalam dan luar negara yang menunjukkan bahawa pengajaran terbeza dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid yang berbeza (Naparan & Alinsug, 2021; Shareefa, 2020; Shareefa et al., 2021; Danial Arif, 2020), meningkatkan kesediaan dan

(4)

pengetahuan guru dalam PdP (Ain Nur Atika Agus, 2021), dan meningkatkan perkembangan sosial dan emosi murid (Shareefa, 2020; UNESCO, 2015).

Shareefa (2020) dalam kajiannya mendakwa terdapat tiga kelebihan pendekatan pengajaran terbeza yang terdiri daripada menggalakkan prestasi akademik, perubahan kepada psikologi yang positif dan memberi manfaat kepada guru dan ibu bapa. Dari sudut prestasi akademik, bukan sahaja murid yang berkebolehan tinggi, murid seperti murid yang kurang berkebolehan juga dapat meningkatkan proses pembelajaran dalam bilik darjah (Shareefa, 2020; Shareefa et al., 2021). Perubahan psikologi yang positif dalam kalangan murid turut berlaku di mana wujudnya kerjasama dan sikap saling menghormati sesama murid. Selain itu, pendekatan pengajaran terbeza dalam kelas bercantum bukan sahaja memberikan manfaat kepada murid, malah memberikan manfaat kepada guru dan ibu bapa. Ibu bapa menjadi lebih memahami, memberikan kerjasama dan sokongan kepada guru dan pihak sekolah (Shareefa, 2020). Guru juga dapat berkongsi amalan pengajaran terbaik dalam kalangan mereka dan proses PdPc menjadi lebih efektif serta kurang membebankan. Pendekatan pengajaran terbeza dalam kelas bercantum jelas memberikan manfaat kepada pelbagai pihak khususnya guru dan murid.

Guru yang mengamalkan pengajaran terbeza di kelas bercantum secara tidak langsung dipercayai memberikan suasana pembelajaran sosial konstruktivisme dalam kalangan murid (Taole & Cornish, 2017). Interaksi dalam kalangan murid dalam bilik darjah yang memiliki pelbagai tahap seperti tahap kognitif, emosi, budaya, dan agama membantu guru meningkatkan proses pembelajaran murid menjadi lebih aktif. Situasi ini mengetengahkan kepentingan teori sosial konstruktivisme Vygostsky. Dalam teori sosial konstruktivisme Vygostky, interaksi sosial dalam kalangan murid mampu menggalakkan perkembangan kognitif murid dan membantu membina pengetahuan mereka (Cole et al., 1978). Justeru, ini menunjukkan bahawa guru memainkan peranan utama dalam memilih pendekatan pengajaran yang sesuai seperti pengajaran terbeza untuk memberikan suasana pembelajaran yang dapat meningkatkan proses pembelajaran murid. Pendekatan pengajaran terbeza didapati sesuai dan menepati keperluan pembelajaran murid yang pelbagai di kelas bercantum (Naparan & Alinsug, 2021; Danial Arif, 2020). Oleh itu, jelaslah bahawa pendekatan pengajaran terbeza sesuai diaplikasikan oleh guru dalam kelas bercantum di SKM kerana memberikan banyak manfaat dari pelbagai aspek yang penting.

4. Metodologi

Kajian ini adalah berbentuk kajian sistematik. Kajian sistematik merupakan proses penelitian yang logik dan proses linear seperti melibatkan persoalan yang membanding beza intervensi, ujian diagnostik dan sebagainya serta terdapat standard yang perlu diikuti dalam menganalisis data kajian yang dipilih (Pursell & McCrae, 2020).

Dalam proses pelaksanaan kajian tinjauan sistematik literatur ini, pengkaji berpandukan kepada Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA).

PRISMA membantu pengkaji untuk membina persoalan kajian dengan jelas dengan berpandukan kajian sistematik yang perlu dilakukan, mengenal pasti kriteria untuk dimasukkan atau dikeluarkan dalam kajian sistematik dan membantu pengkaji mencari pangkalan data literatur saintifik yang besar dalam tempoh masa yang ditetapkan (Sierra-correa & Cantera Kintz, 2015). Selain itu, terdapat 4 fasa utama yang terkandung dalam carta alir PRISMA yang terdiri daripada (1) pengenalpastian (identification), (2) penapisan (screening), (3) kelayakan (eligibility) dan (4) termasuk (included).

(5)

Berdasarkan adaptasi daripada garis panduan PRISMA (Liberati et al., 2009), kajian literatur sistematik ini adalah mengikuti: (i) untuk menjawab persoalan-persoalan kajian, (b) apakah trend terkini kajian pendekatan pengajaran terbeza dalam kelas bercantum di sekolah kurang murid, (b) apakah tahap pengetahuan guru kelas bercantum terhadap pendekatan pengajaran terbeza di sekolah kurang murid, (c) apakah amalan guru kelas bercantum di sekolah kurang murid dan (ii) protokol kajian ini memberi fokus kepada mengenalpasti kajian-kajian lepas dalam tiga pangkalan data secara atas talian yang dipilih.

Pengkaji menggunakan empat enjin carian pangkalan data dalam proses pencarian artikel dan jurnal. Tiga enjin carian pangkalan data tersebut ialah ERIC, SCIENCE DIRECT, Google Scholar dan Taylor & Francis Online bagi mencari artikel jurnal berkaitan pengetahuan guru kelas bercantum terhadap pengajaran terbeza dan amalan guru kelas bercantum di sekolah kurang murid. Semasaproses pencarian artikel jurnal, pengkaji menggunakan kata kunci yang terdiri daripada pengajaran terbeza di sekolah kurang murid, kelas bercantum, teachers’

knowledge AND differentiated teaching AND multigrade classroom dan multigrade classroom OR multigrade classroom practices.

Berdasarkan kepada hasil pencarian daripada tiga enjin carian pangkalan data yang dipilih, terdapat sejumlah 1709 artikel kajian yang terdiri daripada 21 artikel kajian daripada ERIC, 17 artikel kajian daripada SCIENCE DIRECT, 1628 artikel kajian daripada Google Scholar dan 43 artikel kajian daripada Taylor & Francis Online telah dikenalpasti. Selepas proses saringan dan pentaksiran untuk kelayakan, pengkaji hanya menggunakan 7 artikel jurnal untuk laporan.

Rajah 1: Carta alir proses pencarian artikel jurnal

(Sumber: diadaptasi daripada carta alir PRISMA (Liberati et al., 2009)) PenapisanMengenalpasti Termasuk

ERIC (n=21)

Kelayakan

SCIENCE DIRECT

(n=17)

Google Scholar (n=1628)

Taylor & Francis Online (n=43)

Rekod yang disaring (n=1709)

Artikel teks penuh yang diakses untuk kelayakan

(n=16)

Kajian yang dimasukkan untuk sintesis

(n=7)

Rekod yang dikeluarkan berdasarkan kriteria

kemasukan dan pengecualian

(n=1693)

Artikel teks penuh yang dikeluarkan dengan sebab

(n=9)

(6)

5. Dapatan Dan Perbincangan

Trend Kajian Pengetahuan Guru Kelas Bercantum dalam Pendekatan Pengajaran Terbeza dan Amalan Guru Kelas Bercantum di SKM

Berdasarkan kepada empat pangkalan data yang digunakan iaitu ERIC, SCIENCE DIRECT, Google Scholar dan Taylor & Francis Online, trend bagi kajian pengetahuan guru kelas bercantum dalam pengajaran terbeza dan amalan guru kelas bercantum di SKM adalah tidak seimbang. Kajian yang paling banyak dilaksanakan adalah pada tahun 2020 iaitu sebanyak 3 kajian. Bilangan kajian berkaitan pengajaran terbeza yang banyak pada tahun 2020 membuktikan bahawa makin ramai pengkaji berminat dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran terbeza dalam kelas bercantum di Sekolah Kurang Murid kerana pendekatan ini didapati relevan dengan keperluan pembelajaran dan kepelbagaian murid kelas bercantum di SKM.

Jadual 1 adalah merupakan ringkasan analisis trend semasa berkaitan dengan kajian pengetahuan guru kelas bercantum dalam pengajaran terbeza dan amalan guru kelas bercantum di SKM.

Jadual 1: Ringkasan analisis trend semasa

Pengkaji/Tahun Negara Lokasi Kajian Pendekatan Kajian

LB P Kual Kuan

Danial Arif (2020) Malaysia / / /

Shareefa (2020) Maldives / /

Taole (2018) Afrika Selatan / /

Naparan & Alinsug (2021) Filipina / /

Shareefa et al. (2021) Maldives / /

Shareefa et al. (2020) Maldives / /

Taole & Cornish (2017) Australia / /

Maldives merupakan negara yang paling kerap melaksanakan kajian berkaitan pengajaran terbeza bagi kelas bercantum di SKM. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh bilangan sekolah kurang murid yang banyak di negara Maldives. Selain, pengkaji lebih banyak berfokuskan kepada lokasi kajian di pedalaman berbanding di luar bandar dan ini menunjukkan terdapat ketidakseimbangan dari segi lokasi kajian. Terdapat 6 artikel kajian yang memilih lokasi kajian di pedalaman dan hanya 1 artikel kajian yang dilaksanakan di kedua-dua lokasi iaitu di pedalaman dan di luar bandar. Lokasi luar bandar dan pedalaman dipilih kerana semua Sekolah Kurang Murid sememangnya dibina di kawasan-kawasan tersebut.

Dari segi aspek pendekatan kajian yang digunakan, trend bagi pendekatan kajian adalah tidak seimbang. Pendekatan kajian yang paling banyak digunakan oleh pengkaji adalah berbentuk kualitatif. Daripada keseluruhan 7 artikel kajian, 6 artikel kajian merupakan kajian kualitatif dan hanya 1 artikel kajian menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian yang berbentuk kualitatif adalah proses untuk menambahbaik dan meningkatkan kefahaman dengan cara mendekati fenomena yang dikaji (Aspers & Corte, 2019). Justeru, kajian literatur sistematik ini adalah sesuai dilaksanakan untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan pengetahuan

(7)

guru kelas bercantum dalam pengajaran terbeza dan amalan guru kelas bercantum di Sekolah Kurang Murid.

Pengetahuan Guru Kelas Bercantum Dalam Pendekatan Pengajaran Terbeza di SKM Dalam proses PdPc kelas bercantum di SKM, guru kelas bercantum perlu menyediakan dan melengkapkan diri terlebih dahulu dengan pengetahuan dalam pendekatan pengajaran terbeza.

Sekiranya guru tidak melengkap diri dengan pengetahuan yang kukuh dalam menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai khususnya pendekatan pengajaran terbeza, keperluan pembelajaran murid yang pelbagai tidak akan mampu dipenuhi dan menjejaskan proses pembelajaran mereka.

Jadual 2: Pengetahuan guru kelas bercantum dalam pendekatan pengajaran terbeza di SKM

Pengetahuan Pengajaran Terbeza Guru Kajian

Percaya bahawa setiap murid mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

(Danial Arif, 2020; Naparan & Alinsug, 2021;

Shareefa at al., 2021; Taole, 2018; Taole &

Cornish, 2017; Shareefa, 2020) Tidak pernah didedahkan dengan pengajaran terbeza. (Taole, 2018)

Mengadaptasi dan melaksanakan aktiviti pembelajaran berdasarkan kebolehan, minat, kemahiran dan profil pembelajaran murid.

(Shareefa et al., 2020; Taole & Cornish, 2017;

Shareefa, 2020) Tahu membuat penilaian terhadap pembelajaran setiap

murid.

(Taole & Cornish, 2017) Mempunyai pengetahuan asas tentang model pengajaran

terbeza Tomlinson.

(Shareefa et al., 2021)

Berdasarkan jadual 2 di atas, pengetahuan guru kelas bercantum dalam pendekatan pengajaran terbeza di Sekolah Kurang Murid adalah berbeza dari pelbagai aspek. Terdapat sejumlah 6 artikel kajian menunjukkan bahawa guru kelas bercantum percaya bahawa setiap murid mempunyai ciri-ciri yang berbeza dalam kelas bercantum. Hal ini menjelaskan bahawa ramai guru kelas bercantum di SKM sedar akan aspek keterbezaan murid dalam bilik darjah. Faktor murid yang berbeza dari pelbagai sudut memerlukan guru untuk memilih dan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dan khusus (Danial Arif, 2020). Ciri-ciri murid yang berbeza termasuklah dari sudut tahun persekolahan murid dalam kelas bercantum dan tahap perkembangan murid (Shareefa, 2020).

Selain itu, 3 artikel kajian mendapati bahawa guru kelas bercantum berusaha mengadaptasi dan melaksanakan aktiviti pembelajaran murid berdasarkan kebolehan, minat, kemahiran dan profil pembelajaran murid yang pelbagai. Berdasarkan rancangan pengajaran harian dan pemerhatian semasa proses PdP, guru melaksanakan pelbagai aktiviti menggunakan pendekatan terbeza seperti “think-pair-share” dan pelbagai set aktiviti bacaan untuk murid di kelas bercantum (Shareefa, 2020). Guru juga berusaha untuk merancang aktiviti PdP yang dapat memberikan pembelajaran bermakna kepada murid (Taole & Cornish, 2017). Situasi ini membuktikan bahawa terdapat guru kelas bercantum mampu untuk menyesuaikan dan mengaplikasikan aktiviti pembelajaran yang pelbagai dengan menitikberatkan pelbagai aspek yang utama yang melibatkan murid. Manakala, bagi pengetahuan guru kelas bercantum yang lain iaitu tidak pernah didedahkan dengan pengajaran terbeza, tahu membuat penilaian terhadap pembelajaran setiap murid dan berpengetahuan asas dalam model pengajaran terbeza Tomlinson dibuktikan dalam 1 kajian bagi setiap satunya.

(8)

Amalan Guru Kelas Bercantum di SKM

Terdapat pelbagai amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru kelas bercantum dalam proses PdPc di sekolah kurang murid. Jadual 3 menunjukkan terdapat 16 amalan guru kelas bercantum yang dikenal pasti dalam proses PdPc di bilik darjah berdasarkan kajian-kajian yang ditinjau.

Jadual 3: Amalan guru kelas bercantum di SKM

Amalan Guru Kajian

perancangan dan penentuan hasil pembelajaran berdasarkan kemampuan murid

(Danial Arif, 2020) melakukan pemetaan kurikulum yang sesuai (Taole & Cornish, 2017)

bersikap fleksibel (Naparan & Alinsug, 2021)

penilaian sumatif (Shareefa, 2020)

penilaian yang berbeza mengikut tahap murid (Taole & Cornish, 2017; Danial Arif, 2020; Taole, 2018)

pembentukan kumpulan hanya berdasarkan tahun persekolahan yang sama

(Taole ,2018)

pembentukan kumpulan murid yang fleksibel (Shareefa et al., 2021; Taole & Cornish, 2017) penggunaan bahan pembelajaran terbeza (Naparan & Alinsug, 2021; Shareefa et al., 2021;

Shareefa, 2020; Taole & Cornish, 2017; Shareefa et al., 2020)

aktiviti berpusatkan kepada guru (Taole, 2018)

aktiviti berpusatkan kepada murid (Shareefa et al., 2021; Naparan & Alinsug, 2021) pengajaran secara seluruh kelas (whole-class teaching) (Taole & Cornish, 2017; Taole, 2018)

pembelajaran kolaboratif (Naparan & Alinsug, 2021; Shareefa et al., 2021;

Shareefa, 2020)

pembelajaran kontekstual (Naparan & Alinsug, 2021)

pengintegrasian teknologi dalam PdP (Naparan & Alinsug, 2021) pengurusan bilik darjah yang efektif (Taole & Cornish, 2017) menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam proses

pembelajaran murid

(Taole & Cornish, 2017)

Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat 5 artikel kajian yang membuktikan guru lebih banyak menggunakan bahan pembelajaran yang terbeza untuk murid di kelas bercantum. Keperluan pembelajaran murid yang pelbagai dalam kelas bercantum menyebabkan guru mengadaptasi bahan pembelajaran murid dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pembelajaran yang terbeza dalam kalangan murid (Shareefa et al., 2020). Faktor keterbezaan murid dari aspek keperluan pembelajaran ini tidak boleh diabaikan sama sekali oleh guru (Taole &

Cornish, 2017). Dalam konteks ini, aspek keperluan pembelajaran murid yang pelbagai tidak seharusnya dipandang ringan oleh guru supaya tidak menjejaskan proses pembelajaran setiap murid.

Guru bukan sahaja menggunakan bahan pembelajaran yang pelbagai, guru juga tahu melaksanakan penilaian yang berbeza mengikut tahap murid. Jadual 3 menunjukkan terdapat 3 artikel kajian di mana guru didapati tahu melaksanakan penilaian yang berbeza berdasarkan tahap murid yang pelbagai dalam bilik darjah. Walaupun guru mengajar secara keseluruhan kelas (whole-class teaching), guru masih melaksanakan pelbagai tahap penilaian yang berbeza bagi setiap murid dalam bilik darjah (Taole & Cornish, 2017; Taole, 2018). Guru juga menilai hasil pembelajaran murid mengikut perbezaan tahap murid (Danial Ariff, 2020). Situasi ini menunjukkan bahawa pentingnya aspek penilaian dalam pengajaran terbeza kerana setiap murid adalah unik dan hasil pembelajaran murid adalah berbeza mengikut kebolehan dan kemahiran mereka dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, penilaian bagi proses

(9)

pembelajaran murid yang lemah adalah tidak sama dengan penilaian proses pembelajaran murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam pembelajaran.

Dalam proses PdPc kelas bercantum, jadual 3 menunjukkan terdapat 3 artikel kajian yang mendapati bahawa guru cenderung menggunakan pembelajaran kolaboratif. Murid bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti kumpulan di mana kumpulan murid dibentuk mengikut kebolehan murid yang pelbagai (Naparan & Alinsug, 2021). Aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam kumpulan menjadikan murid bersikap lebih kooperatif dan saling menghormati dalam kalangan mereka (Shareefa, 2020). Pembelajaran kolaboratif bukan sahaja menggalakkan penglibatan murid secara aktif, tetapi murid menjadi lebih bermotivasi untuk belajar (Shareefa et al., 2021). Guru yang melaksanakan aktiviti secara berkumpulan khususnya pembentukan kumpulan murid yang pelbagai kebolehan mampu meningkatkan proses pembelajaran setiap murid kerana murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam pembelajaran menjadi pembimbing kepada murid yang lemah. Interaksi dalam kalangan kalangan murid juga menjadi lebih aktif dan memberikan motivasi kepada setiap murid yang mempunyai keperluan pembelajaran yang berbeza.

Selain itu, aktikel-artikel kajian yang lain juga mendapati bahawa guru melaksanakan pengajaran terbeza dalam kelas bercantum di SKM berdasarkan amalan pengajaran guru dalam kelas bercantum. Guru merancang dan menentukan hasil pembelajaran berdasarkan kemampuan murid (Danial Arif, 2020), pemetaan kurikulum dilakukan di mana guru mencari tema dan topik yang hampir sama untuk murid yang berbeza dari aspek tahun persekolahan, melibatkan ibu bapa secara aktif dalam proses pembelajaran murid dan pengurusan bilik darjah yang efektif (Taole & Cornish, 2017), guru bersikap fleksibel dalam bilik darjah dan pengintegrasian teknologi dalam PdP (Naparan & Alinsug, 2021) dan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid (Shareefa et al., 2021; Naparan & Alinsug, 2021). Amalan-amalan ini sesuai diaplikasikan oleh guru kelas bercantum dalam proses PdP menerusi pendekatan pengajaran terbeza dengan memberikan fokus kepada minat, kebolehan, kemahiran, gaya pembelajaran murid dan aspek-aspek penting yang lain.

Walau bagaimanapun, jadual 3 menunjukkan masih ada guru yang melaksanakan aktiviti PdPc yang berpusatkan kepada guru dan pembentukan kumpulan hanya berdasarkan tahun persekolahan (Taole, 2018) serta guru lebih berfokuskan kepada penilaian berbentuk sumatif.

(Shareefa, 2020). Senario ini bertentangan dengan 2 artikel kajian di mana proses pembelajaran dan aktiviti yang dilaksanakan seharusnya berpusatkan kepada murid (Shareefa et al., 2021;

Naparan & Alinsug, 2021). Murid perlu bertanggungjawab atas proses pembelajaran mereka dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan membimbing murid dalam proses pembelajaran. Taole (2018) mendapati bahawa ramai guru cenderung melaksanakan penilaian berbentuk sumatif dan pelaksanaan penilaian berbentuk formatif merupakan suatu cabaran bagi guru-guru di sekolah. Proses pembelajaran murid tidak sewajarnya dinilai dengan hanya menggunakan ujian yang standard, tetapi proses pembelajaran murid seharusnya dinilai dari semasa ke semasa untuk menambahbaik kelemahan dan meningkatkan proses pembealajaran murid.

6. Kesimpulan

Pendekatan pengajaran terbeza bukanlah sesuatu yang baharu dalam konteks pendidikan.

Faktor murid yang berbeza di luar bandar dan pedalaman dari pelbagai aspek khususnya dalam PdP kelas bercantum di Sekolah Kurang Murid telah menuntut kesediaan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang sesuai seperti pengajaran

(10)

terbeza dalam bilik darjah. Aspek-aspek yang penting termasuk minat, gaya pembelajaran, kebolehan dan kemahiran murid perlu dititikberatkan oleh guru di kelas bercantum dalam pemilihan isi kandungan pembelajaran, aktiviti pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran dan juga penilaian untuk pembelajaran bagi setiap murid. Kajian ini mendapati masih terdapat kekurangan kajian berkaitan pengajaran terbeza di Sekolah Kurang Murid yang berfokuskan kepada pengetahuan guru dan amalan guru kelas bercantum di SKM. Trend pendekatan kajian juga tidak seimbang di mana terdapat lebih banyak kajian-kajian yang menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif. Selain itu, kajian ini mencadangkan supaya guru kelas bercantum dan guru pelatih di institut perguruan perlu diberikan latihan dan bengkel secara berterusan berkaitan pengajaran terbeza yang melibatkan pelbagai mata pelajaran untuk SKM agar keperluan pembelajaran murid yang pelbagai di luar bandar dan pedalaman dapat dipenuhi dan membantu mengurangkan jurang pencapaian antara murid luar bandar dan pedalaman dengan murid di bandar. Dari aspek limitasi kajian ini, kajian sistematik ini hanya menggunakan empat pangkalan data. Justeru, dicadangkan supaya kajian pada masa akan datang dapat membuat penerokaan literatur yang lebih mendalam seperti menggunakan tesis.

Rujukan

Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah sesame tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ). 11(1), 75-87.

http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/258.

Aspers, P. & Corte, U. (2019). What is qualitative in qualitative research. Qualitative Sociology, 42, 139-160. https://link.springer.com/article/10.1007/s11133-019-9413-7.

Azlin Norhaini Mansor, Aida Hanim A Hamid, Nitce Isa Medina, Vikaraman, S. S., Jamalul Lail Abdul Wahab, Mohamed Yusoff Mohd Nor & Bity Salwana Alias. (2020).

Challenges and strategies in managing small schools: A case study in Perak, Malaysia.

Educational Management Administration & Leadership, 1-17. https://sci- hub.do/https://doi.org/10.1177%2F1741143220942517.

Boeren, E. (2019). Understanding sustainable development goal (SDG) 4 on “quality education” from micro, meso and macro perspectives. International Review of Education, 65, 277-294. https://doi.org/10.1007/s11159-019-09772-7.

Cole, M., John-Steiner, V., Scribner, S. & Souberman, E (Eds.). (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Massachusetts: Harvard University Press.

Danial Arif Abdul Muttalip. (2020). Pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori 3.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 10(2), 29-42. http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/234.

Fui, N. S. & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2019). Kesesuaian panduan pengajaran pembelajaran kelas bercantum dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas

bercantum. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(3), 42-48.

http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8309.

Halida Jawan & Zamri Mahamod. (2021). Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan membina ayat Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Jurnal

Dunia Pendidikan, 3(1), 66-77.

http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12557.

Liberati, A., Altman, D. G.,Tetzlaff, J., Mulrow, C., Gøtzsche, P.C., Ioannidis, J.P.A., … Moher,

(11)

Naparan, G. B. & Alinsug, V. G. (2021). Classroom strategies of multigrade teachers. Social Sciences & Humanities Open, 3(1), 1-6. https://doi.org/10.1016/j.ssaho.2021.100109.

Pursell, E. & McCrae, N. (2020). How to perform a systematic literature review: A guide for healthcare researchers, practitioners and students. Cham: The Springer.

Santangelo, T. & Tomlinson, C. A. (2009). The application of differentiated instruction in postsecondary environments: Benefits, challenges, and future directions. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 20(3), 307-323.

http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/summary?doi=10.1.1.500.3475.

Shareefa, M. (2020). Using differentiated instruction in multigrade classes: A case of a small school. Asia Pacific Journal of Education, 41, 167-181.

https://doi.org/10.1080/02188791.2020.1749559.

Shareefa, M., Moosa, V., Matzin, R., Abdulla, N. Z. M. & Jawawi, R. (2021). Facilitating differentiated instruction in a multi-grade setting: the case of a small school. SN Social Sciences, 1, 127. https://doi.org/10.1007/s43545-021-00116-7.

Sierra-correa, P. C. & Cantera Kintz, R. J. (2015). Ecosystem-based adaptation for improving coastal planning for sea-level rise: A systematic review for mangrove coasts. Marine Policy, 51, 385-393. https://sci-hub.do/https://doi.org/10.1016/j.marpol.2014.09.013.

Taole, M. J. & Cornish, L. (2017). Identifying the professional knowledge base for multi-grade teaching. The Online Journal of New Horizons in Education, 7(4), 42-51.

http://tojned.net/journals/tojned/articles/v07i04/v07i04-05.pdf.

Tomlinson, C. A. (1999). The Differentiated Classroom: Responding to the needs of all learners. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

UNESCO. (2015). Embracing diversity: Toolkit for creating inclusive, learning environments specialized booklet 4: Practical tips for teaching multigrade classes. France and Bangkok: UNESCO. https://www.eenet.org.uk/resources/docs/ilfe/generic/Sp4.pdf.

UNESCO. (2017). Education for sustainable development goals: Learning objectives. Paris:

UNESCO. https ://www.unesc o.de/sites /defau lt/files /2018-08/unesc o_education_for_susta inabl e_devel opmen t_goals.pdf.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tinjauan literatur sistematik ini mencadangkan supaya kajian mengenai kualiti perkhidmatan dalam kalangan pelajar OKU di sektor pendidikan tinggi perlu diberi

Kertas kajian sistematik ini membantu pembaca mengenali dan memahami kajian-kajian lepas mengenai tahap kesediaan dan sikap guru terhadap perubahan sistem pendidikan.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk sebagai panduan guru menggunakan kaedah pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan menulis ayat murid di sekolah rendah. Kajian ini juga

Oleh hal yang demikian, kajian ini mempunyai matlamat untuk membantu para guru dengan menjalankan kajian literatur bersistematik dengan menumpukan kepada metodologi dan skop kajian

Manakala dapatan kajian kesesuaian “Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum” dalam pelaksanaan p&p kelas bercantum di Negeri Sembilan juga berbeza

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi guru-guru bahasa Inggeris yang baru mula mengajar di sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk: i) mengkaji

Beberapa teori pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan model ID telah dikaji dan diaplikasikan dalam kajian ini untuk memperoleh data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian

Berdasarkan permasalahan di atas, maka muncul satu persoalan yang menjadi fokus dalam kajian ini, iaitu apakah pendekatan yang digunakan oleh mufasir Tafsir al-Azhar dan