• Tiada Hasil Ditemukan

View of Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut Ibnu Khaldun dalam Konteks Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut Ibnu Khaldun dalam Konteks Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc)"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

146

Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut Ibnu Khaldun dalam Konteks Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc)

(The Concept of Higher Order Thinking Skills (HOTs) According to Ibn Khaldun in The Context of Teaching and Facilitation (PdPc))

Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain1*, Ahmad Marzuki Mohamad1

1 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Malaysia

*Pengarang Koresponden: mtalhah.uda@gmail.com

Accepted: 1 June 2020 | Published: 15 June 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan isuatu tranformasi di dalam sistem ipendidikan di Malaysia ketika ini selaras dengan pelaksanaan iPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Amalan pengajaran yang menerapkan konsep KBAT ini telah diterapkan kepada keseluruhan mata pelajaran mengunakan teori kemahiran berfikir taksonomi Bloom dan pengolahan dari Teori Anderson. Namun begitu, bagi imata pelajaran Pendidikan Islam yang iberteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, pelaksanaan elemen KBAT ini perlu diterjemahkan menerusi asas Falsafah Pendidikan Islam yang meletakkan kesempurnaan pendidikan iakal sebagai teras utama di dalam memacu pembudayaan kemahiran berfikir ini. Kemunculan tokoh iseperti Ibn Khaldun yang membicarakan secara menyeluruh pendidikan akal berteraskan konsep kemahiran berfikir dalam kitabnya al-Muqaddimah (1377M), sebenarnya telah mencetuskan kemahiran berfikir ini lebih awal. Justeru, kajian ini menggunakan proses penganalisisan kaedah kualitatif secara analisis kepustakaan di dalam memhami maksud konsep kemahiran berfikir oleh Ibn Khladun dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Dapatan kajian ini menghasilkan empat konsep asas di dalam keperluan penerapan KBAT mengikut teori Ibnu Khaldun iaitu peringkat aql tamyizi (mengaplikasi), aql tajribi (menganalisis), aqal nazori (menilai) dan hakikat insaniyah (mencipta). Secara keseluruhannya, pelaksanaan PdPc yang menerapkan KBAT seharusnya menitik beratkan proses dan falsafah pengajaran yang telah dibentuk ioleh Ibn Khaldun bagi memastikan nilaian kefahaman, penghayatan dan pengamalan ioleh guru dan pelajar menepati kehendak yang ditetapkan berasaskan acuan Falsafah Pendidikan Islam.

Kata kunci: Pemikiran; Ibn Khaldun; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Abstract: The higher order thinking skills (HOTs) is a transformation in the education system in Malaysia when it is aligned with the implementation of the Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2025. The practice of teaching implementing the KBAT concept has been applied to the entire subject using the theory of Bloom's taxonomy-thinking skills and processing of the Anderson theory. However, for Islamic educational subjects based on Al-Quran and As-Sunnah, the implementation of the HOTs element should be translated through the philosophy of Islamic education which puts the perfection of sense education as the main core in driving skills of this thinking. The emergence of characters such as Ibn Khaldun who talked thoroughly about the sense of education is the concept of thinking skills in the Book al-Muqaddimah (1377M), actually has triggered this thinking skills earlier. Thus, this study used the process of analyzing the analysis of qualitative

(2)

147 methods in the context of the library in order to understand the concept of thinking skills by Ibn Khladun in the contexts of teaching and facilitation (PdPc). This study resulted in four basic concepts in the application of HOTs in accordance with the theory of Ibn Khaldun which is the rank of Aql Tamyizi (apply), Aql Tajribi (analyze), Aqal Nazori (evaluate) and the nature of Insaniyah (create). Overall, the implementation of PdPc that implements HOTs should be a process and philosophy of teaching that has been established by Ibn Khaldun to ensure the values of understanding, passion and practice by the students fulfill the wills established based on the reference of Islamic education philosophy.

Keywords: Thought Ibn Khaldun; Higher Order Thinking Skills (HOTs), Teaching and Facilitation (PdPc)

_________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Pendidikan adalah bidang iyang sentiasa mengalami perubahan bersumberkan ipertembungan dengan suasana ipersekitaran yang menentukan bagaimana arah perubahan dapat dilaksanakan. Maka berdasarkan gerakan tranformasi ipembelajaran berteraskan abad ke 21,

isetiap perubahan yang dibentuk perlu bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitaran kerana iapa sahaja perubahan yang iberlaku akan memberikan kesan

iterhadap keseluruhan komponen ipendidikan termasuk di idalam aspek pedagogi ipendidikan Islam. Untuk itu, pendidikan Islam iadalah nadi penting ikepada pembangunan sesebuah

inegara khususnya dari aspek pembentukan modal insan iyang berkualiti (Asmawati Suhid &

Fathiyah Fakhruddin, 2012; Syaubari Othamn et al., 2017).

Bagi konteks pelaksanaan KBAT di Malaysia telah imengalami beberapa tranformasi dengan

idimulakan dengan ipenerapan kemahiran berfikir (KB) sekitar tahun ipermulaan pengenalan KBSR dan KBSM. Dasar ini diteruskan idengan pelaksanaan ikemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) sekitar tahuni 1994. Namun, ikemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini mula dikenali apabila telah di arus perdanakan dengan difokuskan subjek teras seperti bahasa melayu, bahasa inggeris, sains dan matematik (KPM, 2016). KBAT adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2014).

Justeru yang lebih menarik adalah, kajian ini berusaha mengetengahkan, sebuah teori yang telah dinukilkan oleh seorang tokoh Islam, Ibnu Khaldun dalam kitabnya, Ibnu Khladun pada tahun 1377 yang ada menjelaskan teori kemahiran berfikir, yang boleh di sesuaikan bersama dengan teori Taksonomi Bloom dan KPM 2014.

2. Konsep Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Konsep pengajaran yang melibatkan pengintegrasian KBAT di dalam bilik darjah hanya dapat dilaksanakan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran berasaskan perancangan yang teratur, penumpuan dan penglibatan secara menyeluruh daripada setiap pelajar (KPM, 2014; Yusmarwati, 2015). Oleh itu, guru memerlukan pendekatan berasaskan strategi, pendekatan dan kaedah yang dapat menggalakkan keupayaan pelajar untuk menjana proses penerokaan idea, menjustifikasikan setiap pernyataan dan membanding beza asas konstruk pembelajaran (Daniel et al, 2011; Chew Fong Peng, 2014).

(3)

148 Bagi penghasilkan pengajaran yang mengintegrasikan KBAT, menjadi keperluan kepada guru untuk membentuk asas pengetahuan terlebih dahulu bersandarkan prinsip KBAR iaitu mengingat dan mengetahui. Hal ini disebabkan, keupayaan kognitif tidak dapat diperkembangkan sekiranya terdapat batasan di dalam asas pengetahuan dan kemahiran mengadaptasi, hal ini kerana proses menstrukturkan kognitif ini perlu dilaksanakan dengan aras mengingat, ditambahbaik dengan aras mengetahui dan seterusnya menuju ke arah mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (Swartz Robert et al., 2008; Saveedra et al, 2012). Maka, jadual 2 memaparkan definisi dan perincian setiap konstruk KBAT.

Panduan yang jelas mengenai aras-aras pemikiran ini telah diperincikan sebagai keperluan objektif untuk setiap pelajar untuk mencapainya dan merupakan penghasilan kepada keberkesanan proses pengajaran yang mengintegrasikan KBAT (Mok Song Sang, 2010; Esah Sulaiman, 2010; Kamarul Azmi & Ab Halim, 2011; Mohd Aderi, 2011). Perbandingan yang jelas ini memperlihatkan sejauh mana pendekatan KBAT yang dominan dapat di aplikasikan oleh guru pendidikan Islam (GPI) di dalam pengajaran dan kenapa pendekatan tersebut digunakan. Oleh itu, perincian secara perbandingan di antara kaedah pengajaran secara konvensional dan pengajaran yang mengintegrasikan KBAT seperti di dalam jadual 1.

Jadual 1. Perincian Aras Pemikiran Tahap Tinggi

Aras Pemikiran Pernyataan Elemen Huraian

Mengaplikasi Menggunakan asas pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi yang berlainan untuk melakukan sesuatu perkara

Melaksanakan Menggunakan Menghubungkaitkan

Memindahkan Huraian Pengajaran dilaksanakan oleh guru dengan meletakkan

setiap konsep yang di ajar dengan suatu situasi yang berlainan tetapi masih di dalam ciri dan prinsip yang sama

Menunjuk cara Mengambarkan

Membina Menggunapakai Menganalisis Mencerakinkan sesuatu perkara yang asas dan

membuat hubungkait untuk membuat kesimpulan

Membanding beza, Mengorganisasikan,

Menstrukturkan, Mendatangkan makna

tersirat Huraian Pengajaran oleh guru memperincikan setiap konsep

yang di ajar dengan membentuk suatu rumusan yang merangkumi kesemua ciri tersebut.

Memeriksa Menganalisis

Mengesan Meramal Menilai Meneliti keseluruhan pertimbangan dengan memberi

justifikasi dalam satu situasi

Memeriksa Mengkritik Membuktikan.

Menentukan Mengesahkan Huraian Pengajaran oleh guru dengan mengemukakan setiap

justifikasi bagi setiap pernyataan yang ditetapkan

Mencadangkan Menilai Memilih Mencipta Menambahbaik produk yang sedia ada dengan

bimbingan

Merumuskan Merencanakan.

Penemuan baru Huraian Pengajaran oleh guru dengan menggunakan konsep

yang di ajar untuk diaplikasikan dengan membentuk penghasilan satu situasi yang berlainan

Mengubah Membangunkan

Menghasilkan Menaiktaraf Sumber: Taxonomi Bloom 1956; Lorin Anderson et al, 2001; KPM, 2014.

(4)

149 3. Latar Belakang Tokoh lbnu Khaldün (1332 - 1406)

Ibnu Khaldun merekodkan autobiografinya sendiri dalam Kitab al-Ta’rif bi lbnu al Khaldun wa Rihlatuhu Gharban wa Syarqan (Mohd Nasir Omar & Muda Abd Rahman, 2015). Nama penuh lbnu Khaldun ialah Abd al-Rahman ibin Muhammad bin Muhammad bin iMuhammad bin al-Hasan bin Jabir bini Muhammad bin lbrahim bin Abd a-Rahman lbnu Khaldun. Ibnu Khaldun menyusurgalurkan asal usulnya ikepada Arab Yaman di Hadramaut dani salasilahnya kepada Wa'il Ibnu Hajar, berdasarkan laporan ibnu Hazm, pengkaji salasilah iAndalusia (Enan, 2014). Ibnu Khaldun diahirkan di Tunis pada bulan Mei 1332M bersamaan Ramadan 732H (Mahdi, 2014). Namanya ‘Abd-Rahman, nama panggilan keluarganya Abu Zayd, nama popularnya ibnu Khalaun, sementara nama gelaran intelektualnya Wali al-Din, merujuk kepada jasa-jasa dan peranan beliau sebagai "Guardien of the Religion" (Mohd Nasir Omar &

Muda Abd Rahman, 2015).

Ibnu Khaldun telah meninggalkan biografi dirinya dan merakamkan setiap peristiwa dalam hidupnya dan zaman kanak-kanak sehingga hampir ke penghujung hayatnya (Enan, 2014).

Gelaran lbnu Khaldun yang masyhur merujuk kepada moyangnya yang benama Khālid bin Uthmān. Beliau dikatakan orang pertama daripada keluarga berbangsa Arab Yaman dari Hadramaut memasuki Andalus kira-kira abad ke-6M. "Khālid” ditukar menjadi "Khaldun' dengan tambahan huruf “waw” dan hunuf “nun" di akhir perkataan Khalid oleh masyarakat Andalusia dan Maghribi melambangkan simbol ta'zim, sanjungan dan admirast mereka kepada nama-nama seperti Zaid" menjadi "Zaidün" dan "Hamid" menjadi "Hamdün" (Abdul Wähid Wäfī, 1973). Ibnu Khaldün ialah keturunan sebuah keluarga yang masyhur dan terpelajar. Beliau dibesarkan dalam warisan ini yang diteruskan daripada keluarganya, berpedomankan kekayaan dan tradisi. Beliau dididik oleh bapanya yang menjadi guru pertamanya (Enan, 2014). Bapanya Muhammad, merupakan guru Fiqh dan bahasa Arabnya (Mohd Nasir Omar & Muda Abd Rahman, 2015). Pendidikan awal lbnu Khaldun ialah membaca al-Quran dan mempelajari himpunan hadis yang diktiraf Mazhab Maliki yang diikutinya, asas akidah Islam, asas Fiqh dan elemen tasawuf (Mahdi, 2014). Ibnu Khaldün mendapat pendidikan formal di tempat lahirnya, Tunis.

Ibnu Khaldun mempelajari dan menghafal al-Quran di bawah asuhan Muhammad Ibni Sa'd Ibni Burral, mempelajari sastera persajakan dengan gurunys Muhammad lbni Sahr, sementara guru-guru lbnu Khaldun dalam bidang hadis dan Fiqh pula termasuklah Shams al-Din Muhammad al-Jäbir dan Abd al-Salam al Hawwari (Mohd Nasir Omar & Muda Abd Rahman, 2015). Selain itu, lbnu Khaldun turut mendalami ilmu rasional atau falsafah (Ulum 'Aqlyyah) sepert ilmu logik, matematik, falsafah sains tabii dan metafizik. llmu bahasa, biografi, sejarah dan seni penulisan akademik yang berkaitan juga dipelajari sebagai satu alat yang diperiukan untuk mempelajari imu ini. Beliau juga mengikuti latihan seni penulisan surat menyurat rasmi istana dan menangani hal-hal pentadbiran secara praktikal (Mahdi, 2014).

Pendidikan awal Ibnu Khaldun dan penulisan mengenal ilmu agama dan falsafah memberikan asas kepada kerjaya masa depan beliau dan pemikirannya yang matang seperti yang tercatat dalam sejarah (Mahdi, 2014). lbnu Khaldün ada menyebut nama isebahagian daripada buku iyang dikajinya, dan dapat dilihat melalui penulisannya bahawa beliau berjaya sehingga suatu itahap dalam bidang hadis dan sistem iundang-undang Maliki, bidang kajjan filologi dan puisi. iBeliau juga sangat mahir dalam bidang logik dan falsafah sehingga kebolehannya diakui oleh semua gurunya dengan mengijazahkannya ilmu-lmu tersebut (Enan, 2014).

(5)

150 Sejak remaja Ibnu Khaldün sangat suka menulis. Beliau pakar dalam bidang falsafah, tamadun dan peradaban manusia, sejarah, politik, ekonom, sosiolog kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya (Yusri Mohamad Ramli, 2015). Enan (2014) mengisahkan Ibnu Khaldün telah mampu menulis dengan matang ketika di Kota salamah di mana beliau menghabiskan empat tahun menetap di situ, Kemampuan lbnu Khaldün untuk menulis sebuah karya yang agung seperti kitab Muqaddimah apabila beliau mempunyai waktu yang tenang dan selesa serta jauh daripada sengketa politk dan perselisihan pentadbiran istana. lbnu Khaldūn menulis kitab Muqaddimah yang mengandungi beberapa bahagian yang terdiri daripada Prakata, Muqaddimah dan tiga Buku; Muqaddimah, menyentuh tentang masalah sejarah secara umum, Buku Satu, mengandungi ilmu baharu, Buku Dua, sejarah sejagat sehingga ke zaman lbnu Khaldun sendiri dan Buku Tiga, sejarah bahagian barat Islam yang dirancang pada asalnya (Mahdi, 2014).

lbnu Khaldun, tokoh dan sarjana Islam yang disegani dan dinormati, dunia mengenalinya hingga kini menerusi peninggalan karya agungnya yang terkenal dengan nama Muqaddimah.

Kitab inilah yang menjadi rujukan awal dan utama selama ratus-ratus tahun di universiti- universiti Eropah dalam bidang sosiolog sejaran, politik, falsafah, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya (Mohd. Nasir Abd. Hamid, 2015). Penelitian dan pemikiran beliau masih kekal relevan dalam meneladani masyarakat sama ada dalam arena agama, politik atau sosiokemasyarakatan (Yusri Mohamad Ramli, 2015). Pandangan-pandangan beliau yang revolusionari dan asli menarik perhatian ulama dan sarjana Islam, dan juga para pemikir Barat (Muhammad Uthman el-Muhammady, 2003), termasuk lah dalam konsep “malakah”

(Kemahiran).

Ibnu Khaldun telah menggunakan terminologi “Malakah” di beberapa tempat dalam kitab Muqaddimahnya. Menurut Che Zarrina Sa'ari dan Mohd Kamil Ab. Majid (2000), pengertian perkataan “malakah” itu tidak sama di antara satu sama lain. Terdapat pelbagai maksud yang telah didefinisikan bedasarkan penyampaian lbnu Khaldun di dalam Muqaddimahnya seperti pengetahuan, kemahiran, kepimpinan, keahlian, bakat, kebiasaan dan tanggapan. Secara kesimpulannya, maksud malakah yang telah dijelaskan oleh lbnu Khaldun (2004) terangkum sebagai, Maksudnya:

“Malakah boleh diberi takrifkan sebagai sifat yang berurat dan berakar Selaku hasil penkerjaan berulang-ulang, hingga bentuk perbuatan itu dengan kukuh tertanam (dalam fikiran)” (lbnu Khaldun, 2002).

Berdasarkan definisi Ibnu Khaldun, maksud malakah tersebut merujuk kepada satu sifat yang sebati di dalam jiwa yang terhasil kerana sesuatu perbuatan dan pengulangan perbuatan tersebut yang dikuasai dengan cara yang mendalam sehingga ia kukuh tertanam dalam mindanya dan mudah dizahirkan apabila dikehendaki (Che Zarrina Sa'ari & Mohd. Kamil Ab. Majid, 2000; Abd Munir Mohamed Noh, 2010; Pisol Maidin & Thuraya Ahmad, 2015).

Menurut Che Zarrina Sa'ari dan Mohd Kamil Ab. Majid (2000), malakah didefinisikan sebagai kemampuan, kepintaran kemahiran pengukuhan dan penyeliputan diri dengan maklumat-maklumat. Justeru, dalam kajian ini, salah satu makna malakah adalah kemahiran pada akal dalam mengolah kepintaran dalam melakukan sesuatu.

(6)

151 4. Konsep iKemahiran Berfikir Menuruti Ibn Khaldun

Islam telah imeletakkan proses keilmuan iberteraskan kemahiran berfikir adalah di dokong dengan imenggabung jalinkan isumber aqli dan inaqli iaitu sumber iRabbani yang mencakupii panduan wahyu, iilham dan sumber insani iiaitu akal dan pancaindera (Al-Tabari, 1978; Hasan Langgulung, 1975; Al-Ghazali, 1986; Ibn Khaldun, 1993). Menurut (al-Ghazali, 1939) kesemua iilmu yang ada pada imanusia adalah daripada iAllah s.w.t dan bukannya bersumberkan daripada imanusia itu sendiri. iTugas manusia ihanyalah melakukan penemuan

ikepada suatu ilmu yang itelah wujud melalui iakal manusia yang boleh imembezakan antara yang ihak dan juga yang ipalsu.

Seharusnya penerapan iilmu atau metodologi pengajarani dalam mata pelajaran terutamanyai Pendidikan Islam, tumpuan perlui dilihat kepada tokohi ilmuwan Islam yang telah membincangkani tentang pendidikan akali atau tentang pemikiran dii dalam penulisan mereka.

Antara tokohi tersebut ialah Ibnu Khaldun yang membincangkani hal berkaitan dengan pemikirani dalam kitabnya Al-Muqaddimahi (Ibn Khaldun, 1993; Syaubari Othman & Yunus Kassim, 2017). Begitu jugai al-Ghazali menerusi kitab Ihya Ulumuddini juga membincangkan tentangi pemikiran di dalam penulisannyai (al-Ghazali, 1986) dan al-Qabisi. Namun berdasarkani tajuk ini, penumpuan akan difokuskani terhadap tahap pemikirani yang dipelopori oleh Ibnui Khaldun menerusi aspek kesesuaiannyai dengan elemeni kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

(Ibn Khaldun, 2002) di dalam karyanyai Al-Muqaddimah menyatakani bahawa berfikir merupakan:

“Kesedaran dalam diri seseorang tentang hal yang ditanggap, suatu yang khusus dimiliki oleh makhluk-makhluk yang hidup sahaja”

Ibn Khalduni menegaskan kepentingan ilmui pengetahuan (makrifah) i dan sifat mengetahui (iradah) i dapat membezakan antarai manusia dengan makhluki lain yang dinamakan haiwan. i Deria yang lima iaitu pendengaran, i penglihatan, rasa, i hidu dan sentuhi akan membantu manusiai untuk mencapai ilmui pengetahuan (Ghazali, 2010). Beliau jelas menyatakani bahawa akal atau pemikirani manusia adalah sumberi ilmu dan ilmu yang dihasilkani melalui akal manusia bertabi’ii bersifat terbatas dan terhadi (Syaubari Othman & Yunus Kassim, 2017). Ibn Khaldun membawakan satu ayat Al-Quran, Surah Al-Mulk ayat 23.

Menurut Ibn Khaldun, kemampuan berfikiri mempunyai beberapa tingkatannyai iaitu empat peringkat (Mohd Yusof, 2012; Ibrahim, 2015; Syaubari Othman & Yunus Kassim. 2017) iaitu mengaplikasi (‘Aql Tamyiz), menganalisis (‘Aql al-Tajribi), menilai (‘Aql an-Nazari) dan mencipta (al-Hakikah Insaniyah). Jika diperhatikan, empat tingkatan ini berada pada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang di canangkan oleh Bloom (1956) dan Anderson et al., (2002). Manakala, dalam teori kemahiran berfikir oleh Ibnu Khaldun, beliau terus meletakkan aras kemahiran berfikir bagi setiap orang memerlukan kepada mengaplikasi ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Ilmu itu perlu disebarkan dan mendatangkan manfaat. Rajah 1 dibawah, menunjukkan perbezaan aras kemahiran berfikir di anatara Ibnu Khaldun, Taxanomi Bloom dan Anderson. Dalam teori kemahiran berfikir ini, Ibnu Khaldun (2002) menyatakan bahawa, setiap fungsi ‘Aql, perlu dikaitkan dengan unsur ketuhanan dan mengambil hikmah.

(7)

152

Rajah 1: Perkaitan Aras Pemikiran

Sumber: Ibnu Khaldun (1377), Taxonami Bloom (1956) dan Anderson (2002)

Manakala, pada Rajah 2, dijelaskan peringkat kemahiran berfikir oleh Ibnu Khaldun (2002) di dalam kitab Muqaddimahnya.

Sumber: Ibnu Khaldun (1377) (Terj. Dewan Bahsa dan Pustaka, 2002) Al-hakikah Al-Insaniyyah (mencipta) - Memberi tanggapan perbezaan sebab-musabab dan puncanya.

Peringkat ini manusia dapatI mencapaiI kesempurnaan dalamI kebenarannya, dan menjadiI insan intelek yang bersifatI kebersihan jiwa atauI (al-hakikah al-insaniyyah).

Al-Aql An-Nadzari (menilai) - Kemampuan dengan ilmu membuat andaianI (dzann). Ini disebut sebagaiI

spekulatif (al-aql an-nadzari). Pemikiran iniI juga mengandungi tanggapanI (perception), pengamatan (apperception)I tasawwur (worldview) dan tashdid.I Pada

peringkat iniI seseorang itu mampu untukI membuat perbandingan danI penggabungan antaraI beberapa pengetahuan bagi menghasilkanI pengetahuan baru

Aql' at Tajribi (Menganalisis) - Peringkat ini kemampuan menganalisa dalam perilakuan yang diperlukan dalam berhubung antara manusia denganI

persekitarannya dan ianya diperolehiI melalui pengalaman-pengalaman

Aql’ al-Tamyiz (Mengaplikasi) - Peringkat ini membolehkanI akal melakukan perbezaanI (aql’ al- tamyiz) agar manusiaI memperoleh segala sesuatu yangI bermanfaat bagi diriI dan kehidupannya, sertaI menolak

perkara-perkaraI yang memudaratkannya.

(8)

153 Peringkat pertamai ialah pemahaman inteleki manusia terhadap sesuatu yangi berada di luar alami semesta, yang berupa tanggapani diri. Peringkat ini membolehkani akal melakukan perbezaani (aql’ al-tamyiz) yang melaluinya manusiai memperoleh segala sesuatu yang bermanfaati bagi diri dan kehidupannya, serta menolaki perkara-perkara yang memudaratkannyaHal ini bermaksud, pada peringkat pertama ini, individu mampu mengaplikasikan ilmu yang di ada untuk berfikir secara rasional dan yang mendatangkan manfaat pada peringkat untuk beramal. Rosenthal (1980) di dalami Ibrahim (2015) menterjemahkan tahap akal inii kepada “the discerning intellect” iaitu:

“The ability to think has several degree. The first degrees…the discening intellect, with the help of which man obtains the things that are useful for him and his livelihood, and repels the things that are harmful for him”.

Bagi peringkat keduai ialah kemampuan berfikir berkemampuani menyediakan manusia dengani segala idea dan perilakui yang diperlukan di dalam perhubungani manusia dengan persekitarannyai dan ianya diperolehi melaluii pengalaman (tashdiqat) sertai juga dikenali sebagai pemikirani eksperimen. Hal ini bermaksud, peringkat ini perlukan banyak tindakan dana amalan, bagi memperoleh pelbagai pengalaman untuk mengambil hikmah dan tambah baik. Pada tahap keduai ini, Rosenthal (1980) menyatakan ia tahap “the experimental intellect” dengan penjelasan:

“The idea and the behaviour needed in dealing with his fellow men and in leading them”

Peringkat ketiga ialahi kemampuan untuk berfikiri yang memperlengkapkani manusia dengan pengetahuani (al-ilm) atau pengetahuani andaian (dzann). Hal ini disebuti sebagai spekulatif (al-aql an-nadzari). Pemikiran inii juga mengandungi tanggapani (perception), pengamatan (apperception) i tasawwur (worldview). Dengan adanya pelbagai pengalaman dan meneroka bebrapa ilmu yang lebih, pada peringkat ini seseorangi itu mampu untuk membuat perbandingani dan penggabungan antara beberapai pengetahuan bagi menghasilkan pengetahuani baru. Pada tahap ketiga ini, i Rosenthal (1980) meletakkannya sebagai “the speculative intellect” dengan penjelasan:

“provides the knowledge, or hypothetical knowledge, of an object beyond sense perception without any practical activity (going with it). This is speculative intellect. Its consists of both perceptions and apperceptions.”

Peringkat keempat ialah peringkat untuk memberi tanggapan mengenai wujud sesuatu perkarai mengikut pelbagai kepintaran, i perbezaan sebab-musababi dan puncanya. Dengan kemampuani berfikir tahap ini, manusia dapati mencapai kesempurnaan dalami kebenarannya, dan menjadii insan intelek yang bersifati kebersihan jiwa ataui (al-hakikah al-insaniyyah).

Kesempurnaan bagi manusiai menerusi penguasaan aras-arasi pemikiran tersebut akan membawai kepada pengertian hakikat manusiai melalui akal yang berkualiti dan jiwa yang mantap. Hal ini kerana, peringkat tertinggi ini, manusia perlu berfikir hikmah disebalik yang berlaku dan mengaitkan dengan kebaikan dan ianya adalah didikan daripada Tuhan untuk mereka yang berfikir.

Penghuraian yangi diberikan oleh (Ibn Khaldun, 1993; Ibrahim, 2015) i terhadap tahap-tahap pemikirani mempunyai batasan yang tersendiri. Aql’ tamyizi menunjukkan kepada kemampuani akal untuk membezakan perkarai yang bermanfaat daripada perkarai yang

(9)

154 memudaratkani melalui proses mengenal pasti perbezaani dan kebenaran yang terdapat pada perkara yangi dinilai. Ibn Khaldun (1993) membataskan aql’ tamyiz ke atasi sebahagian perkara yang berkaitani dengan kehidupan. Manakalai aql’ tajribi di aplikasikan di dalami mengenal pasti pendapati dan idea-idea yang diperolehi hasil perbincangan sesamai manusia.

Hasil daripada proses ini bolehi dijadikan sebagai satu pengalaman dengan melakukannya.

Menerusi prosesi pendidikan pemikiran secarai individu, Ibn Khaldun (1993) menekankani kepentingan ilmu dan kemahirani yang berkemampuan membinai akal pemikiran seseorangi individu. Beliau menyatakani bahawa penyuburan akal dan pemikirani dapat dipertingkatkani melalui gabungan kepelbagaiani kemahiran dan bakat (malakah). i Kesepaduan di antara prosesi kemahiran dengan bakat akani menghasilkan suatu ilmui yang dapat meningkatkan pemikirani seseorang. (Ibn Khaldun, 1993) memberi contohi bagaimana gabungan kemahirani dalam rumah tangga dan pergaulani dengan masyarakat yang digabungkani dengan perkaitan tanggungjawab dalam agama akan menghasilkan ilmui dan peningkatan tahap pemikiran (Ibrahim, 2015; Syaubari Othman & Yunus Kassim, 2017).

Ibn Khaldun juga membawakani satu pemikiran teori iaitui pemikiran yang menghasilkan ilmui atau pandangan berkaitani perkara yang dikaji yangi melangkaui pancaindera (Muhsin, 2014). i Pemikiran ini sememangnyai berlaku di dalam pengajarani dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islami apabila pembuktiannya tidaki sempurna dan jawapannya mungkin tidaki muktamad. Misalnya isu virus Covid19 yang melanda, manusia berusaha mencari punca, namun hikmah pada akal adalah, ada hal yang masnusia tidak mampu berfikir di luar batas pancaindera, namun kena kembalikan setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmah dari Tuhan. Ia hanya menunjukkan hadi sebenar pemikiran manusia dani membuka peluang kepada kemungkinani sesuatu perkara yang tidak diketahuii melalui pemikiran seperti perbincangani kewujudan makhluk dan tuhan. Secarai jelas, tahap pemikiran yangi dipelopori Ibn Khaldun dani kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dijelaskan seperti Rajah 2.

Sumber: Ibnu Khaldun 1377, 1993, 2002; Ibrahim, 2015

Rajah 2: Kerangka Konsepi Pemikiran Ibnu Khaldun Mengintergrasikani Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Pembentukan alirani pemikiran yang menyesuaikan dengani keadaan realiti semasa adalahi tunjang kepada konsep yangi dibawa oleh Ibn Khaldun. Pendekatani yang bersifat pragmatiki dan berupaya untuk di aplikasikan menentukan asasi penyelesaian masalahi wujud dapat difahamii secara keseluruhannya (Maimun, 2011; Ibrahim, 2015). Penetapani kepada empat peringkati di dalam penentuan arasi pemikiran adalah asas utamai di dalam membincangkani setiap persoalan dengan penyelesaiani yang bersifat tuntas dan menyeluruh. Justeru, dapat

Falsafah Pendidikan Islam

Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Pendidikan Islam Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi (KBAT)

(10)

155 dibezakan bahawa aras pemikiran KBAT yang di ketegahkan oleh Ibnu Khaldun telah mengikat secara langsung, keterikatan aqal dengan unsur ketuhanan. Aqal bebas berfikir namun terikat dengan syariat yang ditetapkan dalam agama. Hal ini bertujuan, agar manusia tidak bebas mengambil hak orang lain dan mengambil tindakan yang memudaratkan diri dan orang lain jika tidak mengikat daya berfikir dengan agama.

5. Kesimpulan

Secara keseluruhan, pelaksanaani KBAT menerusi kerangka panduani yang telah dihasilkan oleh Ibni Khaldun merupakan pendekatani penyelesaian yang terbaiki bagi mengatasi segalai isu dan permasalahani yang melingkari kemenjadian individu di dalam sistem pendidikan ketika kini, kerana asas kepada ilmu memerlukan kepada amal atau pelaksanaan. Oleh itu, keperluan mengadaptasii teori yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun ini memerlukani kesungguhan yang mendalam daripada pihaki kerajaan, kementerian pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat, ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri. Hal ini di dasarkan penjelasani yang menyatakan pelaksanaani KBAT di dalam sistem pendidikani Malaysia masih berfokuskan kepada pengalikasian kerangka teorii barat yang dikemukakan olehi Benjamin Bloom dan oleh Lorin Anderson (KPM, 2014). Teori ini digunakani secara meluaskan sebagaii asas falsafah di dalami menentukan hala tujui pemikiran yang perlu dibentuki oleh pelajar menerusii struktur elemen mengaplikasi, i menganalisis, menilaii dan mencipta. Namun begitu, i struktur pemikiran ini sekiranyai di lihat secara mendalami dan menyeluruh mempunyai nilai kesamaan dengan panduan yang dibentuk oleh Ibn Khaldun dari sudut aras pemikiran, namun konsep yang dibawa oleh Ibnu Khaldun mengaitkan setiap untur berfikir mengunakan ‘Aql itu perlu kepada penghayatan, mengambil hikmah dan mengaitan dengan ketuhanan. Hal ini membuktikan Islami telah meletakkan asasi yang utama di dalam penstrukturani pemikiran mendahuluii asas yang dikemukan oleh sarjanai barat. Oleh itu, sekiranya pendekatani sarjana barat dani Ibn Khaldun ini dapati disepadukan dan diintergrasikan, pelaksanaan KBAT di dalami sistem pendidikan khususnyai pendidikan Islam di Malaysiai mampu menghasilkan natijah yang terbaik dan berkesan.

Rujukan

‘Abdul Wahid Wafi. (1973). Al –Madinah al-Fadilah li al-Farabi. Kaherah: Dar al-alam.

Abd Munir Mohamed Noh. (2010). Falsafah Pendidikan menurut Ibn Khaldun dan John Dewey: Kajian perbandingan (Tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Al-Ghazali, Abū Ḥāmid Muḥammad ibn Muḥammad. (1986). Ar-Risalah Al-Ladunniyyah.

Damsyik: Dar al-Hikmah.

Al-Ghazali, Abū Ḥāmid Muḥammad ibn Muḥammad. (1986). Bidayah Al-Hidayah.

Damsyik: Dar al-Sabuni.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad Muhammad. (1939). Ihya’ Ulum al-Din juz’ 1. Mesir:

Mutba‟ah Mustafa al-Babi al-Halabi.

Al-Tabari, Abu Jafar Muhammad Jarir. (1978). Al-Bayan an Tawil al-Quran. Bayrut: Dar al- Fikr.

Asmawati Suhid & Fathiyah Fakhruddin. (2012). Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju dan Cabaran. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(4), 57-70.

Bloom, Benjamin Samuel. (1956). Taxonomy of Educational Objectives Allyn and Bacon, Boston, MA; Pearson Education.

(11)

156 Che Zarrina Sa’ari & Mohd Kamil Ab. Majid. (2000). Epistemologi Islam Menurut Ibnu

Khaldun. Kertas kerja dibentangkan di seminar Pemikiran Ibn Khaldun, Sarawak.

Chew Fong Peng. (2014). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2).

Daniel, M-F. & Auriac, E. (2011). Philosophy, critical thinking and philosophy for children.

Educational Philosophy and Theory, 43(5), 415-435.

Enan. M. A. (2014). Ibnu Khaldun: Riwayat Hidup dan Karyanya (Mohd Puzhi Usop & Nik Haslina Nik Ibrahim, Terj.). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

(Karya Asal diterbitkan pada 1979).

Esah Sulaiman. (2012). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ghazali Darusalam. (2010). Pedagogi Pendidikan Islam. Cetakan ke 2, Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Hasan Langgulung. (1975). Al-Ghazali dan Ibn Thufail Vs Rosseau dan Piaget dalam Psikologi Perkembangan, 20-25. Universiti Sains Malaysia.

Ibn Khaldun. (2005). The Muqaddimah: An Introduction to History, 2. Diterjemahkan oleh Franz Rosenthal. New York: Bolingen Series XLII Pantheon Books.

Ibnu Khaldun. (1993). Muqaddimah Ibn Khaldun. (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Khaldun. (2002). Mukadimah Ibn Khaldun (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Khaldun. (2004). Muqaddimah. Kaherah: Dar Yu’rab li Dirasah wa al-Nashr wa al- Tawzi’

Ibrahim Abu Bakar. (2015). Falsafah Ibnu Khaldun: Falsafah dan klasifikasi ilmu. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Negara.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2011). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (Islamic Education: Teaching and learning). Skudai, Johor, Malaysia:

Penerbit UTM Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Buku Dasar Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Pedagogi). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lorin W. Anderson & David R. Krathwohl (2001). A Taxonomy for Learning Teaching and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Education Objectives. New York, Addison Wesley Longman, Inc.

Mahdi, M. (2014). Falsafah Sejarah Ibnu Khladun: Kajian tentang Dasar Falsafah Ilmu Budaya (Amilah Awang Abd Rahman, Terj.). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Mlaysia. (Karya asal diterbitkan pada 1957).

Maimun Aqsha Haji Abidin Lubis. (2011). Falsafah pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Barat: Satu Analisis Perbandingan. Brunei Darussalam: Universiti Brunei Darussalam.

Mohd Aderi Che Noh. (2011). Pelaksanaan kelas kemahiran al-Quran di Malaysia: satu analisis. Journal of Islamic and Arabic Educatin 3(1), 47-58.

Mohd Nasir Abd Hamid. (2015). Falsafah Pendidikan. Dlm. Ahmad Sunawari Long (Pnyt.).

Falsafah Ibnu Khladun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Mohd Nasir Omar & Muda Ab. Rahman. (2015). Biografi Ibnu Khaldun. Dlm, Ahmad Sunawari Long (Pnyt.). Falsafah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan &

Buku Malaysia.

Mohd Yusoff Dagang. (2016). Amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam di sekolahsekolah negeri Johor, Tesis Ph.D. Batu Pahat; Universiti Tun Hussein Onn.

(12)

157 Mok Song Sang. (2010). Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Puchong;

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Muhammad Uthman el-Muhammady. (2008). Building The Human Capital in The

“Malakah” Concept of Ibn Khaldun: A Historocal Study Based on his ‘Muqaddimah’.

Jurnal Hadhari, 75-104.

Muhsin Mahdi. (2014). Falsafah sejarah Ibnu Khaldun: kajian tentang dasar falsafah ilmu budaya. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Negara.

Pisol Maidin & Thuraya Ahmad. (2015). Kemahiran Kejuruteraan Perahu Melayu: Keahlian Jurubinanya berdasarkan Teori Malakah Ibn Khaldun. Journal of Contemporary Islamic Studies, 1, 97-113.

Saavedra, Anna Rosefsky & Opfer, V. Darleen. (2012). Learning 21st-century skills requires 21st-century teaching. Phi Delta Kappan International, 94 (2), 8-13.

Swartz Robert, Costa Arthur, Kallick Bena, Beyer Barry & Reagan, Rebbeca. (2008).

Thinking-based learning: Activating students' potential. Norwood, MA: Christopher- Gordon Publishers.

Syaubari Othman & Yunus Kassim. (2017). Isu Dan Permasalahan (PdP) Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Amalan Pengajaran Guru Menurut Pandangan Ibn Khaldun. Journal of Human Capital Development, 10(1); 1-18. ISSN:

1985-7012.

Syaubari Othman, Amir Khan Shah Ahmad, Yunus Kassim. (2017). Konsep Malakah Ibnu Khaldun dalam Konteks Pengajaran yang Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 2(2), 12-26.

Yusmarwati Yusof, Rohayu Roddin & Halizah Awang. (2015). What Students Need, and What Teacher Did: The Impact of Teacher's Teaching Approaches to the Development of Students’ Generic Competences. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 204, 36-44.

Yusri Mohamad Ramli. (2015). Pandangan Sarjana terhadap Nuansa Pemikiran Ibnu Khladun. Dlm. Ahmad Sunawari Long (Pnyt.). Falsafah Ibnu Khaldun. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Secara umumnya kajian rintis ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi guru sekolah rendah terhadap penerapan KBAT bagi

Kajian Suzana (2016) tentang mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di daerah Batu Pahat, Johor menunjukkan masih lagi

Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru dari aspek pemahaman (min3.60) dan aspek pengetahuan (min3.35) berada pada tahap sederhana, manakala sikap guru-guru

Selaras dengan usaha untuk menambah serta melengkapkan lagi perkembangan ilmu terutama yang berkaitan dengan sains dan psikologi pendidikan, satu kajian yang tertumpu kepada

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk kajian yang akan dilakukan di masa hadapan bertajuk Tahap Kefahaman dan Kekerapan Guru Matematik Menerapkan Kemahiran

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh guru di dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif adalah penekanan pengajaran pendidikan Islam yang lebih

Seharusnya penguasaan isi kandungan menerusi pengajaran Pendidikan Islam ini sepatutnya telah diterapkan dengan pembelajaran aktif menerusi penglibatan para pelajar di

Walaupun dalam anjakan tersebut tidak menetapkan secara khusus subjek Pendidikan Islam tetapi dengan penggubalan kurikulum baharu iaitu KSSR (Kurikulum Sepadu