• Tiada Hasil Ditemukan

View of KEPIMPINAN INOVATIF PENSYARAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN KUALITI PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KEPIMPINAN INOVATIF PENSYARAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN KUALITI PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

KEPIMPINAN INOVATIF PENSYARAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN KUALITI PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Muhamad Nazib Hashim1

Azlin Norhaini Mansor2 1Institut Pendidikan Guru Malaysia,

2Universiti Kebangsaan Malaysia

azlinmansor@ukm.edu.my2

Abstrak

Kepimpinan inovatif dalam kalangan pensyarah diperlukan untuk menyumbang kepada pembentukan kualiti pelajar bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke 21. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepimpinan inovatif pensyarah, tahap kualiti pelajar dan hubungan antara kepimpinan inovatif pensyarah dengan pembentukan kualiti pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Tengah. Kepimpinan inovatif pensyarah meliputi elemen empati, pembelajaran, semangat, ketabahan, strategi dan ketangkasan. Manakala kualiti pelajar IPG pula merangkumi elemen jati diri guru, kepimpinan, intelektual, pengurusan konflik, hubungan interpersonal serta kreatif dan inovatif. Reka bentuk kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 248 orang pelajar tahun tiga dan empat dari kampus IPG Zon Tengah. Soal selidik kepimpinan inovatif diadaptasi daripada Model Kepimpinan Pendidikan Inovatif Joseph dan Daniel (2014) manakala kualiti pelajar pula diadaptasi daripada Standard Guru Malaysia (SGM), Konstruk Ujian Sahsiah Guru dan Hasil Pembelajaran Program PISMP (2017-2018). Pengesahan pakar dan ujian rintis soal selidik dilakukan dengan nilai Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.995 bagi tahap kepimpinan inovatif pensyarah dan 0.993 bagi tahap kualiti pelajar IPG. Dapatan ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan inovatif pensyarah dengan tahap kualiti pelajar dengan nilai korelasi 0.987. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar kampus IPG Zon Tengah sentiasa berfikiran positif dan terbuka dengan pensyarah mereka serta menganggap gaya kepimpinan inovatif pensyarah sentiasa mendorong mereka untuk menjadi pelajar yang berkualiti.

Kata Kunci: Kepimpinan, inovatif, kualiti pelajar

nazib.hashim@ipgm.edu.my1

(2)

INNOVATIVE LEADERSHIP AND STUDENT QUALITY DEVELOPMENT IN TEACHERS' TRAINING COLLEGE

Abtract

Innovative leadership is one of the leadership quality practiced to tackle the future challenges in academic world. Lecturer's innovative leadership is required to contribute to the formation of students' quality to fulfil the requirement of 21st century educational demands as well as to reduce the issues regarding competency among the students from teachers' training college.

The study aims to identify the innovative leadership level of the lecturers, student quality, and the relationship between the lecturer's innovative leadership with formation of IPG's student quality. Lecturer's innovative leadership comprises of empathy, learning, enthusiasm, perseverance, strategy, and agility elements. Meanwhile, the IPG's student quality comprises of teacher identity, leadership, intellectual, conflict management, interpersonal skill as well as creative and innovative elements. The quantitative study design with survey method is used and the sample comprised of 248 Year 3 and Year 4 students from IPG Central Zone campuses.

The innovative leadership questionnaire was adapted from the Joseph & Daniel Innovative Educational Leadership Model while the questionnaire related to quality of the students was adapted from the Standard Guru Malaysia (SGM), the Teacher's Practice Test and PISMP Program Learning Outcomes (2017-2018). A pilot study to test the validity and reliability of the item was done to 48 students. The study shows that the lecturer's innovative leadership and the quality level of the IPGs' students is high. The findings through Pearson correlation test shows there is a significant correlation between lecturers' innovative leadership with the quality level of the students and perseverance element in the lecturer's innovative leadership is the crucial element that contributes to the development of IPG student quality. This shows that students at the Central Zone IPG campus are always positive and open-minded with their lecturers and consider the innovative leadership style of their lecturer always encourage them to become quality students.

Keywords: Leadership, innovative, student quality, competency

(3)

PENGENALAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun perlu melahirkan warga negara yang berpendidikan, berketrampilan, berakhlak, berkemahiran untuk memimpin, menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Penekanan kepada aspek inovatif dalam pengisian pendidikan negara mula mendapat tempat seiring dengan keperluan yang kian mencabar pada masa akan datang. Amalan inovasi diterapkan di setiap peringkat bermula dengan kepimpinan pendidikan, guru dan juga murid. Kemahiran untuk menghubung dan mengadaptasi pelbagai disiplin ilmu serta mencipta ilmu baharu sangat diperlukan. Adalah mustahil bagi murid untuk melaksanakan hasrat ini sekiranya ia tidak dimulakan oleh kepimpinan pendidikan dan guru itu sendiri (KPM, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Faizah (2016) menyatakan bahawa amalan inovasi hanya boleh dijelmakan dengan penghayatan dan kemampuan para pendidik bagi bertindak secara proaktif dan dinamik dalam setiap tugasan mereka.

Antara aspek yang penting dalam sistem pendidikan negara ialah pendidikan guru. Ia merujuk kepada latihan perguruan yang diberikan kepada guru praperkhidmatan. Penilaian kepada pencapaian pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung kepada kejayaan guru membentuk muridnya agar menjadi insan berguna yang memberi manfaat kepada anggota masyarakat dan pembangunan negara (Yahya, Azizah & Yaakob, 2014). Guru mempunyai pengaruh yang besar dalam menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid seperti berdisiplin, menepati masa, rajin berusaha, mampu mengawal emosi dan berakhlak mulia (Yeow Yee Shiang, 2018). Joseph dan Daniel (2014) menyatakan bahawa sistem pendidikan pada abad ke 21 sentiasa mengalami perubahan yang sangat drastik dan cepat berbanding jangkaan-jangkaan yang digambarkan oleh pakar-pakar pendidikan dengan media-media sosial telah memainkan peranan utama dalam dunia pendidikan.

Oleh yang demikian, pemimpin pendidikan perlu lebih kreatif dan inovatif dalam berdepan dengan pelbagai isu harian yang semakin kompleks. Kemahiran memimpin pada masa ini bukan sahaja terletak di atas bahu pemimpin sekolah, bahkan ia juga perlu ke atas semua peringkat anggota institusi pendidikan seperti guru atau pensyarah. Susulan daripada itu, Joseph dan Daniel (2014) telah menghasilkan Model Kepimpinan Pendidikan Inovatif yang terdiri elemen empati, pembelajaran, semangat, ketabahan, strategi dan ketangkasan.

(4)

Berdasarkan situasi tersebut, kajian ini dibuat bagi mencapai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti tahap kepimpinan inovatif pensyarah di kampus IPG Zon Tengah, mengenal pasti tahap kualiti pelajar kampus IPG Zon Tengah dan mengenal pasti hubungan antara tahap kepimpinan inovatif pensyarah dengan tahap kualiti pelajar di kampus IPG Zon Tengah.

TINJAUAN LITERATUR

Kepimpinan merujuk kepada komponen pengaruh, kumpulan dan matlamat. Pemimpin merupakan individu yang berperanan penting mempengaruhi sikap dan tingkah laku orang bawahannya. Pemimpin juga sinonim dengan kumpulan kerja, kumpulan masyarakat atau kumpulan politik dan negara. Tanpa ada kumpulan maka tiadalah pemimpin. Strategi dan matlamat kumpulan ditetapkan dan menjadi tanggungjawab kepada pemimpin untuk memastikan ia dapat difahami oleh pengikutnya lalu memudahkannya mencapai matlamat.

Berdasarkan tiga komponen di atas, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan merupakan suatu proses individu mendapatkan pengaruh atau mempengaruhi sekumpulan manusia bagi mencapai objektif tertentu (Norlida, Za'faran, Rabiah & Rohaya, 2014).

Inovatif sering dikaitkan dengan perubahan. Ia juga merupakan penciptaan sesuatu yang baharu termasuk melakukan perubahan kepada sesuatu yang telah ada sebelumnya.

Dalam erti kata lain, inovatif merupakan suatu proses mencipta idea baharu dan menjadikannya amalan (Norlida et al. 2014). Widmann, Messmann dan Mulder (2016) pula menyatakan inovasi merangkumi semua hasil dan proses yang baharu serta ia mampu memberi manfaat kepada organisasi atau pekerja dengan menyediakan satu penyelesaian sebagai persediaan menghadapi cabaran. Inovatif dari sudut pengurusan organisasi merujuk kepada suatu disiplin mengurus perubahan atau penambahbaikan kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan cara ini, organisasi mampu bertindak balas terhadap peluang-peluang sama ada dari dalam atau luar dan menggunakannya secara efektif untuk menghasilkan sesuatu yang baharu (Norlida et al. 2014).

Heissenberger dan Heilbronner (2017) menyatakan bahawa pemimpin yang inovatif sering mempunyai kekuatan emosi dan komitmen, menunjukkan rasa tanggungjawab serta keberanian untuk berfikir dan bertindak. Pemimpin di sekolah perlu memiliki ciri-ciri

(5)

kepimpinan yang dinamik dan inovatif. Ia bagi memenuhi hasrat dan harapan masyarakat serta cabaran negara dalam era globalisasi (Supian & Khadijah, 2014; Rusmini, 2016).

Menurut Joseph dan Daniel (2014), ciri-ciri inovatif perlu ada pada setiap pemimpin terutama dalam sektor pendidikan. Ini kerana perubahan sistem pendidikan pada abad ke 21 berlaku dengan pantas dan memerlukan setiap kepimpinan pendidikan untuk sentiasa peka serta bertindak secara kreatif dan inovatif.

Kualiti pula merujuk kepada memenuhi keperluan pelanggan atau usaha memberi kepuasan dan mendapatkan kesetiaan daripada pelanggan (Ilhaamie, 2002). Dalam konteks kajian ini, kualiti merujuk kepada keupayaan atau hasil yang boleh diberikan oleh pelajar kepada murid sekolah setelah menerima latihan perguruan secara komprehensif selama lima tahun pengajian di IPG. Guru yang berkualiti mampu memberi impak yang berkesan kepada pembentukan sahsiah dan sikap murid di sekolah di samping meningkatkan pencapaian akademik murid (Yahya, Azizah & Yaakob, 2014). Berdasarkan model Standard Guru Malaysia (2009), konstruk Ujian Sahsiah Guru (2016) dan Hasil Pembelajaran Program PISMP IPGM sesi 2017/2018, kualiti pelajar boleh dinilai melalui enam elemen iaitu jati diri guru, kepimpinan, intelektual, pengurusan konflik, hubungan interpersonal serta kreatif dan inovatif.

Faktor kepimpinan terbukti sebagai penyumbang utama kepada kejayaan sesuatu organisasi. Hanya pemimpin yang kompeten mampu mengurus dan memacu organisasinya mencapai matlamat yang ditetapkan (Roselena & Mohd Izham, 2015). Azam dan Hamidon (2013) membuat kajian tentang kepimpinan inovatif dalam kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia dari sudut pengurusan perubahan dan kemahiran membuat keputusan.

Kajiannya mendapati kebanyakan pengetua melakukan tindakan secara inovatif dalam menyelesaikan sesuatu isu tanpa disedari kerana ia dilakukan secara spontan. Sebahagian pengetua pula beranggapan bahawa untuk menjadi inovatif mereka perlu menguasai kemahiran ICT. Selain daripada itu, kajian juga mendapati para pengetua positif dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.

Anete Butkevica dan Aija Zobena (2017) dalam kajiannya berkaitan kepimpinan guru sebagai ejen penyebaran inovasi mendapati guru yang memiliki ciri-ciri kepimpinan mampu menjadi ejen penyebaran inovasi di kalangan rakan sekerjanya. Mereka memahami tentang keperluan untuk melakukan perubahan, mencuba sesuatu yang baharu dan bersifat

(6)

terbuka untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain. Manakala dalam aspek kualiti pelajar khususnya di IPG, kajian mengenai amalan pedagogi abad ke 21 telah dijalankan oleh Mohd Zailani dan Mohamad Khairi (2017). Hasil kajiannya mendapati guru pelatih perlu mempertingkatkan kualiti diri dalam beberapa aspek iaitu pemikiran kritikal, pembelajaran kolaboratif, pemikiran kreatif dan komunikasi. Bagi mengamalkan amalan pedagogi abad ke 21, guru pelatih perlu berfikir secara lebih kritikal, kreatif, inovatif, bijak berkomunikasi dan mampu membuat keputusan dengan baik. Faktor-faktor ini mampu menyumbang kepada keberhasilan bakal guru yang berkualiti.

Kerangka Konsep

Kepimpinan inovatif dalam kajian ini menggunakan Model Kepimpinan Pendidikan Inovatif Joseph dan Daniel (2014) manakala model bagi kualiti pelajar pula diadaptasi daripada SGM (2009), Konstruk Ujian Sahsiah Guru (2015) dan Hasil Pembelajaran Program PISMP (2017- 2018). Kepimpinan inovatif terdiri daripada enam elemen iaitu empati, pembelajaran, semangat, ketabahan, strategi dan ketangkasan. Manakala elemen bagi kualiti pelajar adalah jati diri guru, kepimpinan, intelektual, pengurusan konflik, hubungan interpersonal serta kreatif dan inovatif. Rajah 1 di bawah menunjukkan carta alir bagi kerangka konsep kajian dalam penyelidikan ini.

Rajah 1. Kerangka Konseptual Kajian

METODOLOGI

Kajian kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan ini melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Bagi melengkapkan analisis inferensi, ujian korelasi Pearson dijalankan untuk

(7)

mengenal pasti hubungan antara kepimpinan pensyarah dengan pembentukan kualiti pelajar di kampus IPG Zon Tengah.

Populasi dan sampel dalam kajian ini adalah pelajar tahun tiga dan empat kampus IPG Zon Tengah. Seramai 248 orang pelajar diambil sebagai sampel daripada sejumlah 663 populasi. Prosedur persampelan kebarangkalian iaitu persampelan rawak mudah digunakan kerana ia bukan sahaja sebagai cara terbaik untuk memperoleh sampel dari populasi bahkan ia juga memberi peluang yang sama kepada setiap ahli dalam populasi untuk dipilih sebagai sampel (Khairudin, Ibrahim & Zaridah, 2016; Chua, 2014).

Daripada 248 sampel yang dipilih, pelajar tahun tiga adalah seramai 133 orang (53.6%) dan pelajar tahun empat seramai 115 orang (46.3%). Bagi mendapatkan data kajian, soal selidik telah diedarkan kepada sampel untuk memenuhi objektif dan persoalan kajian yang dilakukan. Item soalan telah disemak oleh tiga orang pakar dan melalui ujian rintis.

Seterusnya item soalan diuji dengan menggunakan model pengukuran Alfa Cronbach.

Berpandukan analisis yang dijalankan, nilai Alfa Cronbach bagi elemen kepimpinan inovatif pensyarah adalah 0.995 manakala elemen kualiti pelajar IPG adalah 0.993.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan tahap kepimpinan inovatif pensyarah , tahap kualiti pelajar IPG dan korelasi kepimpinan inovatif pensyarah dengan kualiti pelajar IPG. Skor min yang diperoleh akan diinterpretasikan berdasarkan skala 3 yang diadaptasi daripada sumber (Jamil Ahmad, 2002) seperti dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1

Interpretasi skor purata min oleh (Jamil Ahmad, 2002)

Sumber: Jamil Ahmad 2002.

(8)

Statistik Deskriptif (n=248)

Berdasarkan Jadual 2 di atas, majoriti pensyarah mengamalkan kepimpinan inovatif pada tahap tinggi (m= 4.47, n=248, s.p.=0.66). Analisis terperinci mendapati pensyarah paling kerap mengamalkan kepimpinan pembelajaran (min=4.58; s.p.=0.57), diikuti dengan amalan ketabahan (min=4.56; s.p.=0.59), ketangkasan (min=4.53; s.p.=0.62), strategi (min=4.48;

s.p.=0.65) dan semangat (min=4.35; s.p.=0.75). Manakala amalan kepimpinan inovatif yang paling rendah adalah empati iaitu (min=4.21; s.p.=0.77). Tahap kepimpinan inovatif pensyarah secara keseluruhannya mengikut elemen berada pada tahap yang tinggi. Skor yang diperolehi adalah lebih kurang sama bagi setiap elemen yang terdapat di dalam pemboleh ubah tersebut. Ia jelas menunjukkan bahawa pelajar IPG sentiasa berfikiran positif dan terbuka dengan pensyarah mereka serta mengakui bahawa pensyarah mereka sentiasa mengamalkan gaya kepimpinan inovatif dengan baik dalam proses pengajaran harian.

Tahap Kualiti pelajar IPG

Jadual 3

Nilai min dan sisihan piawai bagi kualiti pelajar kampus IPG Zon Tengah mengikut elemen

Statistik Deskriptif (n=248)

Elemen Min Sisihan Piawai Interpretasi Min

Kepimpinan 4.53 0.59 Tinggi

Jati Diri Guru 4.47 0.67 Tinggi

Pengurusan Konflik 4.44 0.65 Tinggi

Intelektual 4.43 0.63 Tinggi

Kreatif dan Inovatif 4.42 0.62 Tinggi

Hubungan Interpersonal 4.41 0.64 Tinggi

Skor Min Keseluruhan 4.45 0.63T inggi

Elemen Min Sisihan Piawai Interpretasi Min

Pembelajaran 4.58 0.57 Tinggi

Ketabahan 4.56 0.59 Tinggi

Ketangkasan 4.53 0.62 Tinggi

Strategi 4.48 0.65 Tinggi

Semangat 4.35 0.75 Tinggi

Empati4 .21 0.77 Tinggi

Skor Min Keseluruhan 4.47 0.66 Tinggi

Tahap Kepimpinan Inovatif Pensyarah

Jadual 2

Nilai min dan sisihan piawai bagi Kepimpinan Inovatif Pensyarah IPG kampus Zon Tengah mengikut elemen

(9)

Jadual 3 di atas menunjukkan bahawa nilai min bagi pemboleh ubah kualiti pelajar IPG iaitu (min= 4.45, n=248, s.p.=0.63) berada paras yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan elemen kepimpinan merupakan elemen paling tinggi iaitu (min=4.53; s.p.=0.59) diikuti elemen jati diri guru (min=4.47; s.p.=0.67), elemen pengurusan konflik (min=4.44;

s.p.=0.65), elemen intelektual (min=4.43; s.p.=0.63), elemen kreatif dan inovatif (min=4.42;

s.p.=0.62). Manakala elemen yang paling rendah daripada enam elemen tersebut ialah elemen hubungan interpersonal (min=4.41; s.p.=0.64). Secara keseluruhannya pemboleh ubah kualiti pelajar IPG dan elemen-elemennya berada pada paras yang tinggi. Ini menunjukkan pelajar IPG mampu memainkan peranan dalam menerima apa sahaja cabaran dan juga pendapat atau pembaharuan. Mereka juga sentiasa berfikiran terbuka dan bersikap positif dalam memastikan matlamat mereka tercapai untuk menjadi pelajar IPG yang berkualiti.

Hubungan antara kepimpinan inovatif pensyarah dengan kualiti pelajar IPG

Ujian korelasi dijalankan bagi melihat hubungan antara pemboleh ubah tahap kepimpinan inovatif pensyarah dengan tahap kualiti pelajar kampus IPG Zon Tengah. Jadual 4 di bawah menunjukkan ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menguji hipotesis nul kajian sama ada terdapat hubungan yang signifikan atau tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah.

Jadual 4

Perkaitan Kepimpinan Inovatif Pensyarah dengan Kualiti pelajar kampus IPG Zon Tengah melalui ujian Korelasi Pearson

Korelasi Pearson (n=248)

**Korelasi adalah signifikan pada paras signifikan = .01 (ujian 2 hujung/2 tailed)

Jadual 4 menunjukkan hubungan nilai pekali korelasi data pemboleh ubah yang diperolehi bagi menentukan adakah terdapat hubungan antara kepimpinan inovatif pensyarah dengan tahap kualiti pelajar kampus IPG Zon Tengah. Bagi pengujian hipotesis pula adalah seperti berikut:

Ho1 :Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan inovatif pensyarah dengan tahap kualiti pelajar kampus IPG Zon Tengah?

Kepimpinan

Inovatif Kualiti pelajar Signifikan Pensyarah

Kepimpinan Inovatif 0.987** .00

Pensyarah

Kualiti pelajar 0.987** .00

(10)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan korelasi yang tinggi atau kuat antara kepimpinan inovatif pensyarah dengan tahap kualiti pelajar di kampus IPG Zon Tengah pada nilai iaitu (r = .987 dan p < .00). Oleh itu, pengujian hipotesis nol adalah ditolak iaitu nilai signifikan kurang dari .01 dan ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi pemboleh ubah tersebut.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kepimpinan inovatif pensyarah berada pada tahap yang tinggi. Kebanyakan pelajar yang disoal selidik mengakui bahawa pensyarah mereka mengamalkan elemen-elemen inovatif iaitu empati, pembelajaran, semangat, ketabahan, strategi dan ketangkasan dalam interaksi pengajaran mereka di IPG. Amalan kepimpinan inovatif pensyarah selaku pemimpin kepada pelajarnya mampu meningkatkan kualiti pelajarnya. Dapatan ini selari dengan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh Petra dan Nancy (2017), Stelios dan Margaret (2013) serta Rosnah dan Faizal (2012) yang menyatakan bahawa pemimpin yang memiliki jiwa inovatif khususnya dalam sektor pendidikan mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Seseorang pemimpin pendidikan boleh merangsang amalan inovatif melalui pelbagai kaedah seperti menggalakkan percambahan idea baharu, memberi pengiktirafan, semangat dan penghargaan kepada hasil-hasil kerja inovatif dan kreatif yang dilakukan. Ia juga selari dengan apa yang dihasratkan melalui SGM 2009 yang telah menggariskan empat ciri-ciri inovatif yang perlu ada dalam diri seseorang pendidik iaitu menjana idea baharu, menggunakan pelbagai strategi dan teknik, mengamalkan strategi dan teknik baharu dan mengubah suai strategi dan teknik.

Hasil kajian ini mendapati pelajar IPG di kampus Zon Tengah mengakui bahawa pensyarahnya memiliki dan mengamalkan elemen pembelajaran yang tinggi. Elemen ini menekankan aspek cintakan ilmu pengetahuan, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat serta sentiasa berkongsi ilmu dan kemahiran. Dapatan ini selaras dengan hasil kajian oleh Roselena dan Mohd Izham (2015) yang mendapati bahawa seseorang pemimpin pendidikan perlu memiliki pengetahuan yang tinggi kerana ia merupakan suatu kelebihan dan pemimpin itu juga akan peka dengan perubahan di sekelilingnya. Elemen empati dan semangat yang terkandung dalam aspek kepimpinan inovatif pensyarah ini menekankan sikap mudah memahami perasaan orang lain, saling bertukar pandangan, sentiasa bersemangat dalam kerjaya dan sentiasa memberi motivasi kepada pelajarnya. Sebagai seorang pensyarah yang inovatif, elemen-elemen ini perlu diamalkan dalam interaksi harian mereka bersama pelajar di

(11)

IPG. Ia selari dengan kajian oleh Azizi, Halimah, Noordin dan Lim (2011) yang menyatakan bahawa seseorang pemimpin perlu sentiasa bekerjasama dengan ahlinya agar sesuatu budaya yang baik seperti amalan inovatif dapat diterapkan dengan lebih berkesan. Kajian ini juga menyokong hasil-hasil kajian lepas yang membuktikan bahawa kepimpinan yang bersifat inovatif mampu mempengaruhi dan membentuk prestasi ahlinya dengan baik. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar kampus IPG Zon Tengah mengakui para pensyarah mereka sentiasa mengamalkan budaya kerja yang berstrategi seperti mencuba sesuatu pembaharuan, membuat perancangan yang teliti, merangka pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah dan menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik pengajaran. Dapatan ini selaras dengan hasil kajian oleh Hairuddin Mohd Ali (2012) yang menunjukkan seseorang pemimpin yang mengamalkan kerja secara berstrategi akan dapat melaksanakan kerjanya dengan berkesan serta mampu mempengaruhi kualiti orang yang dipimpinnya.

Berdasarkan ujian korelasi yang dijalankan didapati hubungan antara kepimpinan inovatif pensyarah dengan kualiti pelajar di kampus IPG Zon Tengah berada pada tahap yang tinggi. Ia membuktikan bahawa terdapat hubungan korelasi yang tinggi antara dua pemboleh ubah tersebut. Dapatan kajian ini juga menggambarkan bahawa para pelajar di kampus IPG Zon Tengah meyakini elemen-elemen inovatif yang dipupuk melalui gaya kepimpinan pensyarah IPG berjaya membentuk dan mempengaruhi kemenjadian kualiti dirinya sebagai bakal guru. Dapatan ini adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Syed Khalid dan Mohd Isha (2016) yang mengatakan pensyarah IPG mempunyai pengaruh yang penting dalam interaksi pengajarannya dan memainkan peranan yang besar untuk mendidik generasi muda iaitu pelajarnya.

Kepimpinan inovatif pensyarah IPG mempunyai pengaruh dan hubungan yang kuat dengan kualiti pelajar IPG. Ia dibuktikan secara jelas melalui dapatan-dapatan kajian yang dilakukan. Walaupun kajian ini dilakukan terhadap gaya kepimpinan inovatif pensyarah, namun ia tetap memberi implikasi yang signifikan terhadap pemimpin-pemimpin lain khususnya yang berada dalam institusi pendidikan. Berdasarkan elemen-elemen kepimpinan inovatif pensyarah yang dikaji, jelas menunjukkan ia menyumbang kepada faktor pembentukan kualiti pelajar di IPG. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, pemimpin- pemimpin institusi pendidikan yang lain bahkan guru-guru selaku pemimpin kepada muridnya juga boleh membuat analisa kekuatan dan kelemahan masing-masing untuk dijadikan panduan dan anjakan ke arah yang lebih baik. Setiap pemimpin pendidikan perlu

(12)

meningkatkan keupayaan dan kemahiran kepimpinan dengan menghadiri kursus-kursus atau bengkel-bengkel yang bersesuaian. Modul-modul kepimpinan perlu memberi penekanan yang lebih kepada elemen inovatif kerana ia terbukti mampu memberi kesan yang baik kepada diri individu pemimpin dan orang yang dipimpinnya.

Hasil daripada dapatan kajian ini akan lebih berkembang apabila terdapat kajian- kajian lanjutan yang dilakukan oleh penyelidik lain. Sampel kajian ini melibatkan seramai 248 orang pelajar di kampus IPG Zon Tengah sahaja. Justeru dicadangkan agar kajian yang lebih menyeluruh dijalankan melibatkan pelajar-pelajar IPG di zon yang lain seluruh Malaysia. Selain daripada itu, kajian ini juga hanya melibatkan sampel dalam kalangan pelajar tahun tiga dan empat di kampus IPG Zon Tengah. Disarankan agar kajian lanjutan pada masa akan datang mengambil sampel dalam kalangan guru-guru novis lepasan IPG yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah KPM.

RUJUKAN

Anete Butkevica & Aija Zobena. (2017). Teacher Leaders as Agents of Innovation Diffusion.

Rural Environment Education Personality, 56-62.

Azam Othman & Hamidon Abd. Rahman. (2013). Innovative Leadership: Learning from Change Management among Malaysian Secondary School Principals. World Applied Sciences Journal, 23(2), 167-177.

Badrul Hisham & Mohd Nasruddin. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi,10, 1-25.

Faizah Abd. Majid. (2016, 13 November). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan Strategi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Heissenberger, P. dan Heilbronner, N. (2017). The Influence of Primary School Principals' Leadership Styles on Innovative Practices. Global Education Review, 4(4), 86-101.

Ilhaamie Abdul Ghani Azmi. (2002). Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM): Satu Perbandingan Antara Prinsip Konvensional dan Islam. Jurnal Syariah, 10(2), 67-86.

Joseph M. & Daniel T. (2014). What is an Innovative Educational Leader?. Contemporary Issues in Educational Research, 7(2), 145-150.

(13)

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Panduan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Sesi 2017/2018. Cyberjaya.

Mohd Zailani Ismail & Mohamad Khairi Othman. (2017). Amalan Pedagogi Abad ke 21 dalam Kalangan Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 54-71.

Norlida Kamaluddin, Za'afaran Hassan, Rabiah Abd Wahab & Rohaya Mohd Hussein.

(2014). Principles of Management. 2nd Ed. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif Mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan, 45, 143-154.

Rusmini Ku Ahmad. (2016). Best Practices of Excellent Education Systems: A Way Forward.

Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia

Supian, H. dan Khadijah, D. (2014). Amalan Kepimpinan Lestari dan Hubungannya dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah yang Menerima Tawaran Baru di Daerah Segamat. Sains Humanika UTM, 2(4), 197-208.

Stelios Orphanos dan Margaret Terry, O. (2013). Learning Leadership Matters: The Influence of Innovative School Leadership Preparation on Teacher's Experiences and Outcomes, Educational Management Administration & Leadership, 42(5), 680-700.

Syed Khalid Syed Idrus & Mohd Isha Awang. (2016). Retrospektif Kualiti Pengajaran Pensyarah berdasarkan Perspektif Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru Wilayah Utara Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, 26-42.

Yahya Don, Azizah Sarkowi & Yaakob Daud. (2014). Pembentukan dan Peningkatan Kualiti Guru di Malaysia. Cetakan Kedua. Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Widmann, A., Messmann, G. & Mulder, R.H. (2016). The Impact of Team Learning Behaviors on Team Innovative Work Behavior: A Systematic Review. Human Resource Development Review, 15(4), 429-458.

Yeow Yee Shiang. (2018). Gaya Kepimpinan Inovatif Guru Besar dan Tahap Efikasi Guru di Daerah Melaka Tengah Negeri Melaka. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dapatan seperti dalam Jadual 5 menunjukkan Ujian Korelasi Pearson yang dijalankan dalam menentukan hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru

Daripada Jadual 1, data analisis korelasi bagi menentukan hubungan antara kepuasan pekerjaan dengan komitmen organisasi di kalangan pensyarah PTSS Perlis menunjukkan nilai

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan transformasi pentadbir dengan komitmen guru di Sekolah Rendah Islam (SERI) Zon Tengah,

Kajian ini bertujuan untuk melihat antara tahap kepimpinan transformasional ketua jabatan dan komitmen pensyarah dan hubungan kepimpinan transformasional ketua jabatan dengan

Kajian ini mendapati hubungan positif yang signifikan pada tahap tinggi antara amalan kepimpinan distributif pengetua dengan kepimpinan guru di sekolah

Malah dapatan kajian Abdul Rahim and Zahari (2018) menunjukkan nilai korelasi Pearson antara kepimpinan distributif guru besar dengan komitmen organisasi juga

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semua amalan pengurusan dari aspek pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan mempunyai skor min pada tahap yang tinggi dari persepsi pensyarah

Namun, hubungan antara komitmen kerja dengan penilaian prestasi adalah pada tahap yang kuat dengan nilai korelasi yang positif dan ini mengukuhkan lagi dapatan kajian dimana