• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pelaksanaan ‘Colourful Sentence Strips’ Dalam Meningkatkan Pembinaan Ayat Mudah Bahasa Inggeris

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pelaksanaan ‘Colourful Sentence Strips’ Dalam Meningkatkan Pembinaan Ayat Mudah Bahasa Inggeris"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Pelaksanaan ‘Colourful Sentence Strips’ Dalam Meningkatkan Pembinaan Ayat Mudah Bahasa Inggeris

(Implementation of ‘Colourful Sentence Strips’ in Improving Simple Sentence Construction)

Nur Iman Suhaimi1*, Nurfaradilla Mohamad Nasri1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p105501@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Bahasa Inggeris di Malaysia diajar mengikut empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menulis diklasifikasikan sebagai kemahiran yang paling mencabar tetapi penting untuk diperoleh oleh murid. Kertas konsep ini membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh murid dalam membina ayat mudah.

Beberapa faktor menjadi penyumbang kepada ketidakmampuan murid dalam membina ayat mudah disebabkan oleh latar belakang, penggunaan bahasa ibunda dan minat murid yang rendah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu, adalah penting untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh murid dan menggunakan teknik pembelajaran yang dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah Bahasa Inggeris. Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui Pembelajaran berasaskan Permainan (PBP) yang digabungkan dengan teknologi bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21. Beberapa kajian lepas dianalisis secara mendalam untuk tujuan ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa pendekatan PBP menarik minat murid dalam meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat mudah bahasa Inggeris dalam konteks di Malaysia.

Kata kunci: Pembelajaran berasaskan permainan, pembinaan ayat mudah, Bahasa Inggeris

Abstract: English in Malaysia is taught according to four main skills, namely listening, speaking, reading and writing skills. Writing is classified as the most challenging but it’s an important skill for pupils to acquire. This concept paper discusses the issues and challenges faced by pupils in constructing simple sentences. Several factors contribute to the inability of pupils in simple sentence construction due to their background, interference of mother tongue and pupils’ low interest in learning English. Therefore, it is important to address the issues faced by the pupils and use learning strategy in helping the pupils to improve simple sentence construction. The technique used in this study is through Game-based Learning (PBP combined with appropriate technology to cater 21st century learning. Several past studies have been analyzed in depth for this purpose. The results of the analysis show that the PBP approach attracts pupils’ interest in improving pupils’ skills to construct simple sentence construction.

.

Keywords: Game-based learning, simple sentence construction, English

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil pendekatan proaktif dalam mengubah sistem pendidikan di Malaysia dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan

(2)

Nasional (2013-2025). Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional (2013-2025) telah memperkenalkan 11 anjakan dalam meningkatkan sistem pendidikan kita. Anjakan kedua adalah memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 2013, kerajaan telah menubuhkan Majlis Piawaian dan Kualiti Bahasa Inggeris atau ‘English Language Standards and Quality Council’ (ELSQC) yang bertanggungjawab untuk mempersiapkan ‘The Roadmap for English Language Education 2015-2025’ (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). ‘The Roadmap for English Language Education’ ini adalah reformasi 10 tahun untuk meningkatkan pendidikan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di Malaysia. Pelancaran Reformasi Pendidikan Bahasa Inggeris membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membawa negara untuk mencapai peningkatan yang tinggi dalam penguasaan bahasa Inggeris murid di Malaysia.

Menurut Brown, dalam artikel Saadiyah & Kaladevi (2009), murid seharusnya diberi pendedahan yang secukupnya dalam kemahiran asas iaitu mendengar, membaca, bertutur dan menulis ayat Bahasa Inggeris. Namun, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di Malaysia masih lemah terutamanya dalam kemahiran menulis (Chan & Melor, 2016). Hal ini juga disokong oleh Tan & Santhiram (2007) yang menyatakan standard kemahiran menulis Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di Malaysia berada pada tahap yang rendah. Murid berpendapat bahawa menulis dalam bahasa Inggeris adalah sukar kerana ia menuntut mereka untuk menerapkan banyak strategi kognitif dan linguistik (Maghsoudi & Haririan, 2013).

Selain itu, murid juga menjelaskan mereka mempunyai idea untuk menulis, namun mereka sukar menterjemahkan idea mereka ke dalam bentuk tulisan. Firmansyah (2015) menyatakan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh penulisan murid adalah kurangnya kemampuan mereka untuk menjana idea, kesukaran dalam membuat perenggan dengan topik dan masalah dalam memilih perkataan disebabkan kekurangan kosa kata Bahasa Inggeris. Hal ini disokong oleh Ien et al (2017) yang mengatakan bahawa murid sekolah rendah menghadapi kesukaran dalam penulisan Bahasa Inggeris walaupun untuk pembinaan ayat mudah.

Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan cabaran dalam menguasai pembinaan ayat mudah Bahasa Inggeris. Selain itu, kertas konsep ini juga mncadangkan strategi pembelajaran berasaskan permainan Colourful Sentence Strips’ untuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudah Bahasa Inggeris.

Kurikulum Bahasa Inggeris di Malaysia

Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, tujuan Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah adalah untuk mengembangkan kemahiran murid untuk menulis pelbagai jenis teks menggunakan bahasa, gaya dan bentuk yang sesuai melalui penggunaan pelbagai media.

Menulis ayat Bahasa Inggeris adalah salah satu kemahiran yang dinilai dalam penilaian Common European Framework Reference (CEFR). Namun, kemampuan murid dalam menulis Bahasa Inggeris berada pada tahap yang rendah berdasarkan keputusan PISA 2012 dan 2015 di mana Malaysia diletakkan di antara satu pertiga negara terendah dan mendapat skor di bawah purata 496 markah (Abdullah & Peter, 2015). Woon Wern Lie & Melor Md. Yunus (2018) berkata walaupun setelah beberapa tahun murid mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah, prestasi murid dalam menulis ayat Bahasa Inggeris masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kellogg, dipetik dari kajian Fareed, Ashraf & Bilal (2016) berpendapat bahawa penulisan adalah proses psikologi yang menguji ingatan dan perintah lisan untuk mengekspres idea dengan betul. Kesalahan yang sering dilakukan ketika menulis adalah dari segi tatabahasa, sintaksis, struktur ayat, kesalahan ejaan dan tanda baca walaupun ayat yang dibina adalah ayat mudah (Ghabool & Kashef, 2012).

(3)

Murid-murid mengalami kesukaran dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris disebabkan bahasa ini bukanlah bahasa pengantaraan yang digunakan dalam kalangan majoriti rakyat Malaysia terutama yang tinggal di luar bandar. Majoriti murid luar bandar menggunakan bahasa ibunda mereka seperti Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil atau bahasa etnik dalam kehidupan seharian (Nurazimah Aziz et al, 2019). Mereka lebih selesa menggunakan bahasa pertama mereka dalam perbualan harian dan sukar untuk menyatakan pendapat atau perasaaan mereka apabila disuruh menggunakan Bahasa Inggeris. Menurut Lee

& Yunus (2016), kurangnya penggunaan dan pendedahan terhadap Bahasa Inggeris dalam kalangan murid luar bandar menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam menguasai bahasa Inggeris terutama dalam kemahiran menulis. Keadaan ini dapat dilihat apabila murid lebih cenderung menggunakan kaedah terjemahan dalam membina ayat mudah Bahasa Inggeris (Musa et al, 2012). Murid akan berfikir dalam bahasa ibunda mereka terlebih dahulu untuk membina ayat kemudian diterjemah ke Bahasa Inggeris. Mereka masih tidak memahami struktur ayat yang betul dalam Bahasa Inggeris ini. Oleh itu, penggunaan sepenuhnya bahasa pertama mereka dalam kehidupan seharian memberi kesan terhadap murid dalam menguasai kemahiran menulis.

Nurul Najwa & Noor Raudhiah (2017) menyatakan tahap minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris rendah apabila menggunakan pendekatan konvensional. Kaedah pendekatan konvensional atau tradisional adalah kaedah pengajaran berpusatkan guru dan kebanyakan aktiviti memerlukan guru untuk memberikan penerangan kepada murid tanpa membiarkan murid untuk berfikir atau bertindak sendiri (Cottel & Millis, 1993). Faktor utama yang mempengaruhi murid untuk belajar ialah minat yang merupakan suatu sifat afektif yang ada pada diri individu (Mok, 2004; dipetik daripada Nadzalinda, 2015). Murid cenderung untuk mempelajari sesuatu jika didorong oleh minat mereka. Oleh itu, guru sebagai fasilitator perlu kreatif dalam mencari idea bagi menarik minat murid untuk lebih aktif dalam sesi pembelajaran. Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan memastikan murid mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan (Biggs & Tang, 2011).

Teknik pengajaran guru yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid dapat meningkatkan motivasi belajar mereka (Li & Razali, 2019). Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dalam merancang sesi pembelajaran bahasa yang lebih interaktif dan memudahkan murid untuk meningkatkan kemahiran pembinaan ayat mudah Bahasa Inggeris.

Pembelajaran Berasaskan Permainan

Menurut Wong & Kamisah (2018), definisi Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) adalah pelbagai dan tiada definisi khusus bagi PBP. PBP digunakan sebagai satu platform untuk meransang dan menggalakkan murid agar lebih aktif ketika sesi pembelajaran dan menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan (Rula et al. 2016). PBP merupakan gabungan pembelajaran dan permainan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan berbanding sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah konvensional. Sahar (2016) turut menyatakan permainan dapat menarik minat murid dan meningkatkan usaha mereka dalam sesi pembelajaran. PBP mewujudkan suasana pembelajaran untuk murid saling berkolaborasi antara mereka serta menyusun ilmu yang dipelajari ketika sesi pembelajaran (Sung & Hwang. 2013).

Menurut Nurfazliah et al. (2020), pembelajaran berasaskan permainan adalah satu permainan dunia maya di mana menggabungkan bermain sambil belajar dalam kalangan murid ketika sesi pembelajaran. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, bermain merupakan keseronokan bagi mereka dan mereka dapat merasakan pengalaman tersendiri ketika sesi pembelajaran (Thomas, dipetik dari kajian Ad Norazli & Jamil, 2014). Keseronokan dalam bermain menyebabkan

(4)

murid belajar dalam suasana yang selesa. Situasi ini dapat meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran dan menarik minat mereka untuk belajar seterusnya menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan (Perrotta et al., 2013). Mereka juga memberikan sepenuh perhatian ketika sesi pembelajaran dan ini akan membantu meningkatkan strategi pembelajaran dan keupayaan murid (Chee, 2011, Papastergiou, 2009). Oleh itu, pembelajaran berasaskan permainan memberi banyak manfaat kepada murid-murid. Goodman dan Goodman (2014) menyatakan kanak-kanak dapat belajar dengan baik dalam suasana persekitaran yang memberi mereka peluang meneroka sesuatu benda dan idea yang menarik.

‘Colourful Sentence Strips’ berwarna-warni digunakan dalam kajian ini sebagai alat pembelajaran berasaskan permainan. Pembelajaran berasaskan permainan adalah pendekatan di mana murid bermain dengan permainan yang sudah disediakan untuk mencapai objektif pembelajaran. Dalam kajian ini, item-item berwarna yang terdapat dalam ‘Colourful Sentence Strips’ membolehkan murid belajar sendiri dengan membuat refleksi dan menilai susunan item mereka. Felicia (2014) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan permainan seperti

‘Colourful Sentence Strips’ membolehkan pembelajaran murid disesuaikan berdasarkan kemampuan bahasa mereka. Pembinaan ayat mudah melalui ‘Colourful Sentence Strips’ yang berwarna-warni memudahkan murid belajar membina ayat mengikut kelas dan warna yang digunakan.

Teori Pembelajaran Kognitif

Harasim (2017), menyatakan bahawa teori pembelajaran sebagai teori yang bertujuan untuk membantu individu memahami bagaimana pengetahuan dibina dan bagaimana individu belajar. Dalam teori pembelajaran ini, terdapat empat teori pembelajaran utama iaitu teori behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis. Kajian ini menggunakan teori kognitif sesuai dengan prinsip teori tersebut. Teori kognitif memfokuskan penggunaan minda dalam memproses maklumat dalam pembelajaran (Learnupon, 2021). Dalam teori ini, murid aktif ketika proses pembelajaran di mana mereka belajar sesuatu yang baru, memproses maklumat dan membina pemahaman mereka sendiri mengenai topik yang dipelajari.

‘Colourful Sentence Strips’ yang berwarna menjadikan pembelajaran pembinaan ayat mudah lebih bermakna melalui penggunaan pengekelasan dan penerangan yang menjadikan pembelajaran murid lebih mudah. Hal ini selaras dengan teori pembelajaran kognitif iaitu murid menggunakan pelbagai strategi untuk memproses dan memahami pengetahuan yang diperoleh mereka (Harasim, 2017). Melalui teori kognitif, murid lebih mudah mengingat dan dan memahami sesuatu pembelajaran apabila ianya disusun berdasarkan pola dan logik tertentu. ‘Colourful Sentence Strips’ yang berwarna-warni membantu murid memahami, mengekod dan menyahkod maklumat dengan teknik yang lebih mudah mengenai struktur ayat yang betul melalui 4 pengkelasan perkataan yang berbeza warna. Guru sebagai pengkaji memberi penerangan tentang cara membina ayat mudah Bahasa Inggeris menggunakan intervensi yang mempunyai pelbagai warna.

Kesalahan murid dalam membina ayat dianggap sebagai batu loncatan untuk pembelajaran seterusnya apabila mereka melalui proses latihan di samping belajar membina ayat mudah Bahasa Inggeris menggunakan ‘Colourful Sentence Strips’. Guru sebagai pengkaji membantu murid dalam mengatasi Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) mereka dengan membantu mereka mengenalpasti kesalahan yang dilakukan mereka, menerangkan kembali peraturan dan struktur ayat serta memberi mereka peluang untuk menyusun kembali ‘Colourful Sentence Strips’ sehingga mereka dapat membina ayat mudah dengan betul. Teori kognitif dapat meningkatkan kemampuan murid dalam menyelesaikan masalah sesuai dengan kajian ini

(5)

apabila murid dapat membina ayat mudah Bahasa Inggeris menggunakan ‘Colourful Sentence Strips’. Selain itu, melalui ‘Colourful Sentence Strips’, murid dapat meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran penulisan Bahasa Inggeris.

Isu Dan Cabaran

Beberapa isu dan cabaran yang dikenalpasti perlu diambil kira dan ditangani dengan baik oleh guru.

Latar belakang sosial

Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di Malaysia terutama murid luar bandar masih lemah (Yahan Zhou, 2020). Murid luar bandar kebanyakannya berasal dari status ekonomi keluarga yang rendah di mana majoriti ibu bapa bekerja kampung (Osman & Rajah, 2011). Pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris dipengaruhi oleh status sosioekonomi keluarga. Menurut Lokua Gitos (1998), terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan murid dalam subjek Bahasa Inggeris dengan faktor sosioekonomi, pendapatan dan pendidikan ibu bapa. Hal ini kerana, sosioekonomi ibu bapa yang rendah menyebabkan mereka mempunyai akses yang terhad dalam sumber pembelajaran untuk menyokong keperluan anak- anak dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Mereka tidak mampu menyediakan persekitaran dan kemudahan pembelajaran bahasa kedua ini terhadap anak-anak. Mereka menggunakan bahasa pertama dalam kehidupan seharian dan tidak memperkenalkan bahasa Inggeris terhadap anak-anak disebabkan faktor pendidikan ibu bapa yang rendah. Kemudahan pembelajaran seperti alat teknologi dan internet tidak dapat disediakan. Selain itu, ibu bapa juga kurang memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak mereka kerana mereka lebih mengutamakan mencari sumber pendapatan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga (Norhaliza & Anuar, 2016). Ibu bapa mengharapkan anak-anak mendapat pendidikan bahasa Inggeris sepenuhnya dari sekolah. Faktor ini menjadi cabaran dalam penguasaan bahasa Inggeris murid terutama kemahiran menulis kerana pembelajaran dari sekolah sahaja tidak mencukupi disebabkan masa pembelajaran yang terhad. Hal ini dapat dilihat dalam kajian Yunus dan Mat (2014) iaitu prestasi penulisan murid rendah disebabkan faktor penggunaan dan pendedahan yang terhad terhadap Bahasa Inggeris.

Motivasi murid rendah

Motivasi memainkan peranan penting dalam kejayaan pembelajaran bahasa (Gardner, 1985), terutama apabila bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua di Malaysia. Namun, menurut Nur Shawati et al (2015) dalam kajian mereka, motivasi murid dalam kemahiran menulis walaupun untuk pembinaan ayat mudah Bahasa Inggeris berada pada tahap yang rendah. Murid berpendapat bahawa menulis dalam bahasa Inggeris adalah sukar kerana menulis memerlukan sejumlah kemahiran seperti mengatur dan mengembangkan idea dan maklumat, memilih perbendaharaan kata yang tepat untuk menjelaskan sesuatu makna dan juga sebagai latihan tatabahasa (Nik et al. 2010). Motivasi murid yang rendah dapat diperhatikan melalui sikap yang ditunjukkan mereka ketika sesi pembelajaran apabila mereka menunjukkan kegelisahan dan perasaan takut (Belkhir & Benyelles, 2017). Dalam kajian Hamidah et al (2017), murid menyatakan mereka merasa tertekan apabila disuruh membina ayat Bahasa Inggeris. Tahap motivasi murid yang rendah menjadi cabaran dalam kemahiran membina ayat mudah Bahasa Inggeris kerana sekiranya murid tidak mempunyai motivasi dalam kemahiran ini, mereka tidak minat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Oleh itu, guru perlu memastikan teknik pengajaran yang dapat meningkatkan motivasi murid dalam membina ayat mudah Bahasa Inggeris meningkat. (Fareed, Ashraf, & Bilal, 2016).

(6)

Teknik pengajaran sedia ada tidak menggalakkan penglibatan aktif

Mengikut Eee Ah Meng (1987), kaedah pengajaran tradisional atau pendekatan konvensional bertunjangkan kepada sesi pembelajaran dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea secara lisan oleh guru kepada murid melalui komunikasi satu hala dan peranan murid sebagai penerima adalah pasif. Kaedah ini menyebabkan murid tidak terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran seterusnya menjadikan suasana pembelajaran kurang menyeronokkan (Siti Zabidah, 2006). Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan (Ahmad Johari, 2013). Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif amat penting dalam memastikan ilmu yang diberi dapat diperoleh oleh murid. Penggunaan ‘Colourful Sentence Strips’ yang digunakan sebagai tujuan pendidikan dalam kajian ini adalah satu alat pembelajaran berasaskan permainan (PBP). Dickey (2015) mendakwa bahawa PBP adalah pendekatan di mana murid bermain dengan permainan yang sudah dibuat untuk mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran berasaskan permainan juga membantu murid belajar secara aktif dan membolehkan pembelajaran murid disesuaikan mengikut kemampuan bahasa mereka.

2. Penggunaan ‘Colouful Sentence Strips’

Berdasarkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh murid dalam membina ayat mudah Bahasa Inggeris, strategi pembelajaran melalui permainan iaitu ‘Colourful Sentence Strips’

dicadangkan.

Colourful Sentence Strips

Penggunaan ‘Colourful Sentence Strips’ yang digunakan sebagai tujuan pendidikan dalam kajian ini adalah satu alat pembelajaran berasaskan permainan. ‘Colourful Sentence Strips’

adalah salah satu kaedah pembelajaran berasaskan permainan yang menggunakan teknologi kerana pembelajaran ini berlangsung secara atas talian. Pembelajaran berasaskan permainan terbukti meningkatkan motivasi murid, mendorong mereka untuk belajar dan berperanan dalam pemerolehan pembelajaran bahasa kedua ini (Siti Martini & Ros Aizan, 2013). Perkataan

‘colourful’ membawa maksud warna-warni (Cambridge Dictionary, 2021). Ianya merujuk kepada item-item yang terdapat dalam intervensi ini iaitu pengkelasan 4 kod kelas dengan warna yang berbeza. Empat warna digunakan mewakili setiap kod; oren (pelaku tunggal), merah (pelaku jamak), kuning (kata kerja), biru (pelengkap ayat). Perkataan ‘sentence’ pula ditakrifkan sebagai pernyataan yang dibuat dengan kumpulan kata termasuk subjek, kata kerja dan objek (Your Dictionary, 2021). Murid-murid perlu membina ayat berdasarkan perkataan- perkataan yang diberi mengikut struktur ayat yang betul. Bagi perkataan ‘strips’ pula merujuk kepada item-item yang dikelaskan mengikut kod warna seperti yang dijelaskan di atas.

Intervensi ini diharap dapat menarik minat murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris terutamanya kemahiran menulis. Melalui ‘Colourful Sentence Strips’ ini, murid-murid diharap dapat membina ayat mudah Bahasa Inggeris dengan mudah dalam suasana pembelajaran yang menarik dan selesa.

Kekuatan Colourful Sentence Strips

Meningkatkan keyakinan diri dan motivasi murid

Melalui intervensi yang dijalankan, murid belajar membina ayat secara optimum melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Faktor keseronokan dalam pembelajaran dapat mengurangkan rasa takut murid daripada melakukan kesalahan dalam membina ayat mudah Bahasa Inggeris. Intervensi yang bewarna-warni membantu murid membina ayat mudah dengan betul dalam persekitaran pembelajaran yang tenang tanpa tekanan, menyeronokkan dan

(7)

bermakna. Yang (2018) menyatakan pembelajaran bahasa kedua ini melalui latihan dan hafalan memberi tekanan kepada murid. Oleh itu, guru perlu menurunkan penapis afektif yang menghalang pemerolehan bahasa melalui pembelajaran yang menarik. Hunkler (2017) menyatakan penapis afektif seperti kurang keyakinan, gelisah dan bosan mestilah dibuang bagi membolehkan input yang difahami memasuki ruang pemerolehan bahasa. Murid juga belajar dengan baik apabila mereka mempunyai emosi yang positif yang dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Motivasi murid adalah elemen penting yang diperlukan bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai (Jacob et al, 2020).

Menggalakkan semangat bersaing secara sihat

‘Colourful Sentence Strips’ menggalakkan semangat bersaing secara sihat antara murid.

Persaingan antara murid dalam pembelajaran dianggap sebagai satu sumber yang positif terhadap motivasi bagi meningkatkan kemahiran murid (Rajwani, 2020). Dalam situasi persaingan, individu berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh mereka seterusnya menggalakan mereka untuk melakukan yang terbaik. Menerusi intervensi yang dijalankan dalam kajian ini, murid diminta untuk menyusun item bewarna yang diberi untuk membentuk ayat mudah bahasa inggeris. Murid bersaing antara mereka untuk menjadi individu pertama yang dapat menyusun item dengan cepat dan mendapat prestasi yang baik. Situasi ini meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih bersemangat dalam pembelajaran pembinaan ayat mudah ini. Kaedah pembelajaran berasaskan permainan melibatkan murid belajar dalam persekitaran persaingan yang mesra dengan murid lain. Oleh itu, pendekatan pembelajaran ini menarik perhatian murid untuk belajar dengan lebih baik seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam bahasa Inggeris.

Meningkatkan interaksi antara guru dan murid

Interaksi antara guru dan murid dalam bilik darjah memberi kesan terhadap pembelajaran murid (Eric & Po-Kuang, 2013). Murid yang mempunyai hubungan yang positif dengan guru mencapai tahap pencapaian yang baik dalam pembelajaran (Sara & Lia, 2021). Melalui intervensi yang dijalankan, murid bertanyakan soalan mengenai permainan yang digunakan atau masalah yang berkaitan ketika pembelajaran membina ayat mudah Bahasa Inggeris dan guru terus menjawab soalan mereka. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan interaksi antara guru dan murid. Murid biasanya tidak terlibat secara aktif dalam pembelajaran secara konvensional di mana (Sunarto, 2009) mereka hanya mendengar penerangan guru dan melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru. Pembelajaran berasaskan permainan menjadikan murid lebih aktif dan menunjukkan minat yang tinggi dalam pembelajaran (Papastergiou, 2009). Oleh itu, guru sebagai penggerak utama dalam meningkatkan interaksi antara guru dan murid perlu memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kemampuan dan keperluan murid. Guru yang menjalinkan hubungan baik denga murid dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan menyebabkan murid belajar dalam suasana yang selesa.

3. Kesimpulan

Pembinaan ayat mudah adalah asas yang perlu dipelajari oleh murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis. Kebolehan membina ayat mudah yang tepat memberi murid asas yang kuat untuk cemerlang dalam kemahiran menulis yang seterusnya seperti ayat majmuk dan ayat kompleks. ‘Colourful Sentence Strips’ yang bewarna menarik minat murid dan membantu mereka memahami struktur ayat yang betul dengan mudah. Pembelajaran berasaskan permainan ini juga meningkatkan tahap motivasi, memberi keseronokan kepada murid dan

(8)

digunakan oleh pendidik dalam membantu murid menguasai pembinaan ayat mudah Bahasa Inggeris. Kesimpulannya, permainan ‘Colourful Sentence Strips’ dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran pembinaan ayat mudah Bahasa Inggeris. Untuk kajian masa hadapan, diharapkan agar dapat dikembangkan dengan menggabungkan kemahiran menulis ayat yang lain. Ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Penguasaan Bahasa Inggeris membantu murid meningkatkan kemahiran diri mereka untuk bersaing di peringkat global.

Rujukan

Abdul Latif Gapor. (2003). Pengenalan Teori-Teori Pembelajaran. Nota Kuliah Kursus Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6043). Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ad Norazli & Jamil Ahmad. (2014). Peranan Game-Based Learning Dalam Pembelajaran Bagi Meningkatkan Prestasi Murid Linus. International Seminar On Global Education II:

Education Tranformation Toward A Develop Nation.Alsaleem, B.I.A., 2013. The effect of WhatsApp electronic dialogue journaling on improving writing vocabulary word choice and voice of EFL undergraduate Saudi students. Arab World English Journal. 4(3): 213-225.

Ahmad Johari Sihes. (2013). Konsep Pembelajaran. https://core.ac.uk/download/11785735.pdf Andi Sunarto. (2009). Seluk Beluk E-Commerce, Graha Ilmu, Yogyakarta.

Belkhir, A., Benyelles, R. (2017). Identifying EFL Learners Essay Writing Difficulties and Sources: A Move towards Solution the Case of Second Year EFL Learners at

Tlemcen University. International Journal of Learning, Teaching and

Educational Research. 16 (6);

Bruner, J. (1990). Acts of meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press

Cambridge Dictionary. (2021). https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/colourful Chee, Y. S. (2011). Learning As Becoming Through Performance, Play, And Dialogue

: A Model Of Game-Based Learning With The Game Legends Of Alkhimia.

Computers and Education, 52 (1), 1-12

Chien, C.H., & Yunus, M.M. (2016). The Use of Mind Mapping Strategy in Malaysian University English Test (MUET) Writing. Scientific Research Open Access. 7 (4) Crow & Crow. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Terjemahan Habibah Elias.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dickey, M. D. (2015). Aesthetics and Design for Game-Based Learning. New York:

Routledge.

Gardner, R. C. (1985). Social psychology and second language learning: The role of attitudes and motivation. London: Edward Arnold.

Goodman, K. S., & Goodman, Y. M. (2014). Making Sense of Learners Making Sense of Written Language: The Selected Works of Kenneth S. Goodman and Yetta M.

Goodman. USA: Routledge.

Eric, Z.F.L., & Pho-Kuang, C. (2013). The Effect of Game-Based Learning on Students’

Learning Performance in Science Learning – A Case of "Conveyance Go". Procedia - Social and Behavioral Sciences.

Felicia, P. (2014). Game-Based Learning: Challenges and Opportunities. Cambridge Scholars Publishing

Firmansyah, A. (2015). The Influence of Mind Mapping Technique and Students’ Attitude toward Students’ Ability in Writing a Recount Text of the Eighth Grade

Students of State Junior High School 45 Palembang. Ripteksi Kependidikan Pgri.

(9)

Harasim, L. (2017). Learning Theory and Online Technologies. Routledge.

Hunkler, M. A. (2017). Krashen's Hypotheses. A critical and reflected perspective. GRIN International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development Verlag.

Ien, L. K., Yunus, M. M., & Embi, M. A. (2017). Build Me Up: Overcoming Writing Problems Among Pupils in A Rural Primary School in Belaga, Sarawak, Malaysia. Jurnal Pendidikan Humaniora, 5(1), 1-7. doi: 10.17977/um030v5i12017p001

Jacob, F., John, S., Gwany, D., Augustine, O. (2020). Motivation in Learning. Asian Journal of Education and Social Studies.

LearnUpon. (2021). https://www.learnupon.com/blog/cognitive-learning-theory/

Lokua, G. (1998). Socio-Economic Effects on Student Outcomes in English Subjects. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

Maghsoudi, M., & Haririan, J. (2013). The Impact of Brainstorming Strategies Iranian EFL Learners Writing Skill Regarding Their Social Class Status. Journal of language and linguistics, 1, 60-67.

Meng, E.A. (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.

Bhd

Misbah, N. H., Mohamad, M., Md Yunus, M., & Ya’acob, A. (2017). Identifying the Factors Contributing to Students’ Difficulties in the English Language Learning. Creative Education, 8, 1999-2008.

Mustaphaa, S.M., & Yahaya, R.A. (2013). Communicative Language Teaching (CLT) in Malaysian context: its’ implementation inselectedcommunity colleges.

Nik, Y. A., Hamzah, A., & Rafidee, H. (2010). A comparative study on the factors affecting the writing performance among Bachelor students. Journal of Educational

Research and Technology, 1(1), 54-59.

Norhaliza Yusup & Anuar Ahmad. (2016). The Influence of Parents Support And Itsrelationship With Students Achievement Inenglish Education. International Conference on Education and Regional Development.

Nurfazliah Muhamad, Jamalludin Harun, Shaharuddin Md. Salleh & Megat Aman Zahiri Megat Zakaria. (2020). Penggunaan Game-Based Learning Bagi Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Kreatif Dalam Matematik.

Osman Rani Hasan & Rajah Rasiah. (2011). Poverty and Student Performance in Malaysia.

International Journal of Institutions and Economies Poverty and Student Performance in Malaysia; 3 (1)

Papastergiou, M. (2009). Digital Game-Based Learning in high school Computer Science education: Impact on educational effectiveness and student motivation. 52 (1);

Perrotta, C., Featherstone, G., Aston, H., & Houghton, E. (2013). Game-based learning: Latest evidence and future directions

Rajwani Mohd Zain, Pei, T.C., Md Zawawi Abu Bakar. (2020). Sikap Pelajar Terhadap Situasi Persaingan: Kajian di Universiti Utara Malaysia.

Ridzuan Hussin. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV). Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 1,

Rula, A.A., Al-Faliti, F., & Al-Blushi, M. (2016). Educational Gamification vs. Game Based Learning: Comparative Study. International Journal of Innovation, Management and Technology, 7(4), 132-136.

Saadiyah Darus, & Subramaniam, K. (2009). Error Analysis of the Written English Essay of Secondary School Students in Malaysia: A Case Study. European Journal of Social Sciences, 8(3), 483-495.

Sahar, A.B. (2016). Using Games as a Tool in Teaching Vocabulary to Young Learners.

(10)

Sara, R.K., & Lia, S. (2021). Improving Students' Relationships with Teachers to Provide Essential Supports for Learning. American Psychological Association.

Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif dalam pengajaran karangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam kalangan pelajar tingkatan IV. Disertasi Ph.D. Universiti Sains Malaysia

Sunarto. (2009). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hasil Belajar.

Sung, H. Y., & Hwang, G. J. (2013). A collaborative game-based learning approach to improvingstudents’ learning performance in science courses. Computers &

Education, 63(1), 43–51.

Tan, Y. S., & Santhiram, R. (2007). Problems and Challenges of Learning through Second Language. Journal of Malaysian Research, 25, 29-54.

Wong, W.S., & Osman, K. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences & Humanities. 3 (1),

Yang, H. (2018). Efficiency of Online Grammar Checker in English Writing Performance and Students’ Perceptions. Korean Journal of English language and Linguistics, 18, 328- 348.

Your Dictionary. (2021). https://www.yourdictionary.com/sentence

Yunus, M. M., & Mat, S. S. C. (2014). Writing Needs and Strategies of FELDA Primary ESL Pupils. Journal of Education and Human Development. 3 (2);

Zatiah. (2011). Teori Pembelajaran Kognitif. https://www.slideshare.net/kicapmasin/teori- pembelajaran-kognitif-6527823

Zhou, Y. (2020). The Influence of Family on Children’s Second Language Learning. Major Papers. 112.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Populasi sasaran dalam kajian ini ialah populasi murid tahun enam di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah kecil Debak, Sarawak yang gagal menguasai kemahiran menulis

Kajian ini bertujuan untuk meneliti teknik dan strategi pengajaran kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris oleh guru-guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah

Kaji ayat-ayat yang diberikan dengan teliti dan komen secara kritis tentang kedudukan predikat dalam bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan kedudukan predikat dalam bahasa

Oleh kerana mereka tidak mahir dalam bahasa Inggeris, mereka bergantung sepenuhnya kepada MT yang disediakan secara percuma atas talian untuk membuat penterjemahan dari

“Antara cabaran yang dihadapi semasa pengaplikasian pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam aspek kemahiran membaca secara dalam talian ialah murid

Kajian Lim, Md Yunus dan Embi (2017) pula mendapati bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di luar bandar lebih rendah berbanding

Dengan menggunakan gambar, terbukti dapat membantu murid membayangkan maksudnya perkataan dan memudahkan mereka mengingat dan mengeja perkataan tersebut (Harmer,

Persoalannya apakah sumbangan dan peranan persekitaran dalam kampus ini dalam meningkatkan kemahiran belajar dan menggunakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.. Teori