• Tiada Hasil Ditemukan

View of Impak Perintah Kawalan Pergerakan Terhadap Tahap Kecergasan Pelajar dari Kawasan Pinggir Bandar Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Impak Perintah Kawalan Pergerakan Terhadap Tahap Kecergasan Pelajar dari Kawasan Pinggir Bandar Malaysia"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Impak Perintah Kawalan Pergerakan Terhadap Tahap Kecergasan Pelajar dari Kawasan Pinggir Bandar Malaysia (Impact of Movement Control Order on the Fitness Level of Students

from Suburban Malaysia)

Khairul Amri Ibrahim1*, Denise Koh1

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

Pengarang Koresponden: khairulamri6080@gmail.com Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara kita ini merupakan isu utama dan sering dibincangkan oleh warga pendidik dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bebas daripada penularan wabak ini. Maka, kajian ini ingin mengkaji impak perintah kawalan pergerakan terhadap tahap kecergasan pelajar sekolah menengah dengan melihat status perubahan tahap kecergasan pelajar dan Indeks Jisim Tubuh (BMI). Situasi yang mewujudkan kekangan dalam melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani dan aktiviti luar bilik darjah juga menjadi faktor utama kajian ini dilaksanakan. Tahap kecergasan pelajar yang dijadikan sampel dinilai dan dianalisa berdasarkan kepada keputusan Ujian SEGAK yang dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020. Data keputusan Ujian SEGAK ini diperolehi melalui sistem atas talian Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK-SEGAK) yang telah disahkan oleh guru yang bertanggungjawab. Data yang diperolehi ini melibatkan seramai 373 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah di negeri Perak, Terengganu dan Sarawak. Dapatan data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kemerosotan tahap kecergasan daya tahan otot dan kekuatan otot melalui dapatan bateri ujian tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Selain itu, Indeks Jisim Tubuh (BMI) telah menunjukkan corak perubahan yang kurang baik terutama bagi sampel yang mempunyai lebihan berat badan dan juga obes. Dicadangkan kajian akan datang dapat melihat kepada program peningkatan tahap kecergasan fizikal dalam meningkatkan tahap kecergasan pelajar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Kata kunci: Tahap kecergasan, Ujian SEGAK, Sistem PAJSK

Abstract: The Covid-19 pandemic has put Malaysia under Movement Control Order or MCO.

Under this Order, all public places and schools were ordered to be closed to prevent the spread of the virus. This situation has created the issue of making sure that our learning environment are free from the pandemic. The study on the impact of Movement Control Order to secondary students’ fitness level is conducted to determine whether students fitness level and Body Mass Index (BMI) are declining due to MCO and the suspension of Physical education class by the Ministry of education. Students’ fitness level, were assessed via their SEGAK assessment to determine the impact of MCO and the suspension of PE classes nationwide. This data were taken from the PAJSK-SEGAK portal. This study involved 373 students from three different demography. The data were then analysed using the Statistical Package for Social Sciences

(2)

especially for obesity and overweight students. It is suggested that future study should look at the programs and factors that influencing students’ fitness level during the MCO period.

.

Keywords: Fitness Level, SEGAK Test, PAJSK System

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Lantaran daripada wabak yang semakin meningkat di Malaysia ini, kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 bagi tujuan memutuskan rantaian dan penularan wabak ini. Oleh itu, penutupan semua sekolah dan larangan aktiviti luar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan sedikit sebanyak memberikan impak kepada tahap kecergasan pelajar sekolah. Aktiviti fizikal pelajar menjadi semakin pasif iaitu lebih tertumpu kepada gadjet dan permainan video. Menurut Corbin dan Lindsey (2002), kecergasan fizikal didefinisikan sebagai keupayaan individu melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan selamat tanpa berasa letih serta mempunyai tenaga lebihan untuk mengisi masa lapang dan menghadapi masa kecemasan.

Disamping itu, tahap kecergasan pelajar disekolah akan dinilai melalui Ujian SEGAK. Ujian ini telah diselaraskan dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal semasa pelajar. Veloo dan Ali (2016), menyatakan bahawa penting untuk pelajar sentiasa dalam keadaan cergas agar dapat melakukan aktiviti seharian tanpa berasa letih dan lesu. Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran dirumah yang berlangsung secara atas talian telah menimbulkan pelbagai reaksi dan isu dalam perlaksanaannya. Mohamed Nazul (2020), turut menyatakan bahawa terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran atas talian.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh barisan guru dan pelajar adalah apabila kelas Pendidikan Jasmani yang ditangguhkan aktivitinya masih memerlukan pengisian data perlaksanaan Ujian SEGAK melalui sistem penilaian dan pentaksiran yang telah disediakan oleh KPM. Situasi ini telah membuka peluang kepada satu kajian baharu untuk melihat impak Perintah Kawalan Pergerakan terhadap tahap kecergasan dan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang berfokuskan kepada pelajar disekolah.

Novel Coronavirus 2019 atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah dikesan buat pertama kalinya di Wuhan, Wilayah Hubeii, China pada Disember 2019. COVID-19 ini telah diisytiharkan sebagai global pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana mengancam kesihatan orang ramai dari sudut kesihatan fizikal dan juga psikologi. Situasi ini memberikan impak yang besar kepada kehidupan manusia dalam pelbagai sektor seperti sektor ekonomi, sektor pelancongan, sektor perubatan dan sektor pendidikan.

Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan mengenalpasti status tahap kecergasan fizikal dan corak perubahan Indeks Jisim Tubuh pelajar akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) melalui keputusan Ujian SEGAK tahun 2019 dan tahun 2020. Diharapkan kajian ini dapat memberikan pengetahuan berguna kepada pelajar, guru dan pihak bertanggungjawab dalam memastikan tahap kecergasan dan kesihatan pelajar agar dapat ditingkatkan walaupun berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

(3)

2. Metodologi

Kajian ini menggunakan maklumat sekunder iaitu keputusan Ujian SEGAK yang diperolehi melalui sistem atas talian iaitu Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK-SEGAK). Walaupun terdapat sekolah yang tidak melaksanakan Ujian SEGAK bagi tahun 2020, tetapi 3 buah sekolah yang dipilih ini berjaya melaksanakannya melalui guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang terlatih serta memahami dengan jelas prosedur perlaksanaan ujian SEGAK ini. Ahmad Hashim (2015) turut menyatakan bahawa prosedur ujian adalah komponen penting dalam pentadbiran sesuatu ujian.

Maklumat yang diperoleh ini melibatkan 3 buah sekolah menengah yang berbeza negeri dan kawasan. Data dan maklumat keputusan Ujian SEGAK ini dikumpul dan disaring serta dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.

Seramai 373 pelajar dijadikan sempel kajian dengan melihat kepada keputusan Ujian SEGAK tahun 2019 dan 2020 mereka yang telah disahkan datanya oleh guru yang terlatih dan bertanggungjawab.

Status pencapaian tahap kecergasan pelajar terbahagi kepada beberapa gred pencapaian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Indeks jisim tubuh (Body Mass Index) yang telah digunakan adalah seperti berikut:

Jadual 1: Tahap berat badan dan skor BMI

Tahap berat badan Skor BMI

Kurang berat badan BMI < 18.5

Berat badan unggul BMI 18.6 - 24.9

Lebihan berat badan BMI 25.0 – 30

Obesiti BMI > 30

Sumber: Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) 2016

Jadual 2: Jumlah skor dan status kecergasan pelajar dalam ujian SEGAK

Jum. skor Gred Status kecergasan

18 hingga 20 A Kecergasan sangat tinggi

15 hingga 17 B Kecergasan tinggi

12 hingga 14 C Cergas

8 hingga 11 D Kurang cergas

4 hingga 7 E Tidak cergas

Tiada skor F Tidak lengkap ujian

Sumber: Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) 2016

3. Dapatan dan Perbincangan

Seramai 373 pelajar telah diambil dan dianalisa datanya bagi melihat impak perintah kawalan pergerakan terhadap tahap kecergasan semasa pelajar (rujuk jadual 3). Sampel kajian ini mempunyai pelajar perempuan yang lebih daripada lelaki kerana terdapat sekolah yang menjadi sampel merupakan sekolah perempuan (Convent). Seramai 106 pelajar lelaki dan 267

(4)

menengah yang telah dipilih. Pecahan sampel mengikut jantina pelajar juga dapat dilihat pada jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Sekolah Sampel mengikut jantina Sekolah Sampel

SMK MS SMK BB SMK TC Jumlah

Jantina Lelaki 65 41 0 106

Perempuan 71 53 143 267

Jumlah 136 94 143 373

Berdasarkan kepada dapatan analisa data yang diperolehi daripada sistem atas talian Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK – SEGAK), didapati majoriti pelajar menunjukkan indeks jisim tubuh yang memiliki berat badan unggul (66.2%). Walau bagaimanapun, peratusan pelajar yang lebih berat badan (14.7%) dan obesiti (11.5%) juga berada pada tahap yang membimbangkan. Ini menunjukkan satu kesan yang kurang baik kerana seramai 98 pelajar (26.2%) melebihi berat badan unggul yang sepatutnya tidak berlaku kepada remaja yang berusia 17 tahun.

Jadual 4: Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Frekuensi Peratusan

Kurang berat badan 28 7.5

Berat badan unggul 247 66.2

Lebihan berat badan 55 14.7

Obesiti 43 11.5

Jumlah 373 100.0

Jadual 5 di bawah menunjukkan tahap kecergasan semasa pelajar yang telah di analisa. Dapatan tertinggi menunjukkan kebanyakan pelajar (42.9%) berada pada tahap yang cergas. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pelajar yang tidak cergas (2.1%). Secara keseluruhannya, sebanyak (77.7%) iaitu mewakili seramai 290 daripada 373 pelajar yang dipilih masih memiliki tahap kecergasan yang baik.

Jadual 5: Tahap Kecergasan Semasa

Frekuensi Peratusan

Kecergasan sangat tinggi 24 6.4

Kecergasan tinggi 106 28.4

Cergas 160 42.9

Kurang cergas 75 20.1

Tidak cergas 8 2.1

Jumlah 373 100.0

Carta bar pada rajah 1 ini menunjukkan dengan lebih jelas lagi tahap kecergasan semasa pelajar yang memberikan dapatan analisa tahap cergas adalah paling tinggi sebanyak (42.9%) iaitu mewakili seramai 160 pelajar daripada 373 sampel keseluruhannya.

(5)

Rajah 1: Carta bar tahap kecergasan pelajar bagi tahun 2020

Selain itu, perubahan tahap kecergasan sampel juga dibandingkan antara tahun keputusan Ujian SEGAK 2019 dan keputusan Ujian SEGAK 2020. Perubahan tahap kecergasan ini dianalisa adalah bertujuan untuk melihat impak perintah kawalan pergerakan ke atas tahap kecergasan semasa sampel yang disebabkan oleh penangguhan aktiviti pendidikan jasmani dan aktiviti luar bilik darjah. Disamping itu, aktiviti harian yang menjadi semakin terhad dan perlu mengikut prosedur standard Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti kesihatan dan tahap kecergasan.

Jadual 6 di bawah merupakan analisa kepada perubahan tahap kecergasan semasa sampel yang telah dipilih. Dapatan menunjukkan sampel yang mengalami peningkatan tahap kecergasan adalah rendah (29.8%). Manakala peratusan tertinggi (39.4%) merupakan peratusan pelajar yang masih mengekalkan kecergasan pada tahap yang sama seperti tahun 2019. Ini menunjukkan situasi perintah kawalan pergerakan akibat pandemik covid -19 ini sedikit sebanyak menjejaskan proses peningkatan tahap kecergasan pelajar yang sepatutnya selari dengan penngkatan usia pelajar yang dipilih.

Jadual 6: Perubahan Tahap Kecergasan

Frekuensi Peratusan Peratusan Sah

Peratusan Kumulatif

Kecergasan meningkat 111 29.8 29.8 29.8

Kecergasan merosot 115 30.8 30.8 60.6

Kecergasan sama 147 39.4 39.4 100.0

Jumlah 373 100.0 100.0

Carta bar pada rajah 2 jelas menunjukkan perbezaan tahap kecergasan pelajar di antara tahun 2019 dan tahun 2020 yang mungkin disebabkan oleh faktor perintah kawalan pergerakan akibat wabak pandemik covid-19.

24

106

160

75

8 0

50 100 150 200

Kecergasan sangat tinggi

Kecergasan tinggi Cergas Kurang cergas Tidak cergas

Frekuensi

Tahap Kecergasan Semasa Pelajar

111 115

147

0 50 100 150 200

Kecergasan meningkat Kecergasan merosot Kecergasan sama

Frekuensi

Tahap Kecergasan Pelajar

(6)

Jadual 7 di bawah merupakan jadual perubahan Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut jantina.

Dapatan analisis menunjukkan peratusan keseluruhan sampel mengalami peningkatan BMI yang tinggi iaitu (59%). Ini merupakan tanda-tanda awal kepada permasalahan kesihatan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, peratusan BMI yang mengalami penurunan juga agak baik (32.1%) bagi pelajar lelaki dan (30.7%) bagi pelajar perempuan. Melalui analisa data ini jelas menunjukkan nisbah trend peningkatan dan penurunan BMI adalah pada tahap yang seimbang bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Jadual 7: Peratusan Perubahan BMI mengikut jantina Perubahan BMI

BMI Meningkat BMI Menurun BMI Kekal Jumlah

Jantina Lelaki 57.5% 32.1% 10.4% 100.0%

Perempuan 59.6% 30.7% 9.7% 100.0%

Jumlah 59.0% 31.1% 9.9% 100.0%

Jadual 8 di bawah menunjukkan perubahan tahap kecergasan pelajar mengikut jantina. Melalui analisa data mendapati bahawa sebanyak (42.5%) pelajar lelaki telah mengalami kemerosotan tahap kecergasan. Ini merupakan peratusan yang tertinggi jika dibandingkan dengan peratusan kemerosotan tahap kecergasan pelajar perempuan (26.2%). Selain itu, nisbah kecergasan meningkat dan kecergasan kekal bagi pelajar perempuan adalah hampir sama hanya mengalami perbezaan sebanyak (1.8%) sahaja. Secara keseluruhannya, didapati bahawa peratusan kekal tahap kecergasan adalah paling tinggi (39.4%) jika dibandingkan dengan peningkatan tahap kecergasan (29.8%) dan kemerosotan tahap kecergasan (30.8%).

Jadual 8: Perubahan Tahap Kecergasan mengikut jantina Perubahan Tahap Kecergasan

Kecergasan Meningkat

Kecergasan Merosot

Kecergasan

Kekal Jumlah

Jantina Lelaki 14.2% 42.5% 43.4% 100.0%

Perempuan 36.0% 26.2% 37.8% 100.0%

Jumlah 29.8% 30.8% 39.4% 100.0%

4. Kesimpulan

Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang sangat signifikan terhadap tahap kecergasan pelajar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Tahap kecergasan dan indeks jisim tubuh pelajar berada pada tahap yang membimbangkan dan bakal mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jumlah kemerosotan tahap kecergasan pelajar yang lebih ramai berbanding dengan tahap kecergasan yang meningkat menunjukkan tanda awal yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak terlibat.

Tahap kecergasan yang kurang memuaskan ini menunjukkan kualiti jentera negara pada masa hadapan.

Justeru, inisiatif melaksanakan program peningkatan tahap kecergasan dan penurunan berat badan adalah amat perlu untuk mengelakkan permasalahan lain mungkin berlaku seperti tekanan emosi dan penyakit tiga serangkai. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh

(7)

Holmes et al., (2020), mendapati bahawa pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada kesihatan mental dan fizikal sekaligus memberi impak tekanan dan trauma, kemurungan serta kembimbangan.

Walau bagaimanapun, terdapat cara dan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan lain yang bakal wujud. Penglibatan diri secara aktif amat diperlukan walau dengan apa juga aktiviti berfaedah sekalipun selagi prosedur standard keselamatan diri dipatuhi. Disamping itu juga, Polizzi, Lynn dan Perry (2020), turut menyatakan bahawa pelbagai aktiviti boleh dijalankan sebagai langkah dan strategi dalam mengatasi tekanan emosi termasuklah melibatkan diri untuk melakukan hobi dan aktiviti yang mencabar fizikal seperti mendaki gunung, berbasikal, berenang dan sebagainya. Ini membuktikan tahap kecergasan yang tinggi melalui perlaksanaan aktiviti fizikal mampu meningkatkan kualiti hidup kepada satu tahap yang lebih baik.

Rujukan

Ahmad Hashim (2015). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani. Dubook.

Bandar Baru Bangi.

Corbin, C.B., Lindsey, R. (2002). Concept a/fitness and wellness. A comprehensive lifestyle approach (4th ed.). Boston:McGrawHill

Gunathevan Ellumalai (2012). Obesiti, kandungan lemak abdominal, daya tahan kardiovaskular dan literasi aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Semenanjung Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Hemavathi Shanmugam, Johan Ariff Juhari, Pritiss Nair, Chow Soon Ken & Ng Chong Guan

(2020). Impacts of COVID-19 Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread of Hope. Malaysia Journal of Psychiatry Online Early. 29 (1).

Holmes EA, O’Connor RC, Perry VH, Tracey I, Wessely S, Arseneault L, et al. (2020) Multidisciplinary research priorities for the COVID-19 pandemic: a call for action for mental health science. Lancet Psychiatry,7 (6), 547–60.

Ibrahim, H. & Abu Bakar, O. (2008). Tanggapan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah (Edisi Pertama). Skudai: Penerbit UTM.

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). (April 25, 2020). Status pelaksanaan PDP secara atas talian [Data slide]. Retrieved from http://www.moe.gov.my/ipgkpi

Ismail, W.A.W. & Muhamad, T.A. (2016). Kepentingan dan halangan dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah orang Asli. Jurnal Penyelidikan MUADDIB, 1(1), 1-10.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2016). Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Pekeliling Ikhtisas Bil. 4

Liukkonen, J., Barkoukis, V., Watt, A., & Jaakola, T. (2010). Motivation climate and student’s emotional experiences and effort in physical education. The Journal of Education Research, 103(5), 295-308.

Mohd Nazul Ismail (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran Digital.

Jurnal Refleksi Kepimpinan, 3, 20-24

Pavlova, L., Vynogradskyi, B., Kurchaba, T., & Zikrach, D. (2017). Influence of leisure physical activity on quality of life of Ukrainian students. Journal of Physical Education and Sport, 17(3), 1037-1042.

Polizzi, C., Lynn, S.J., Perry, A. (2020). Stress and Coping in the Time of COVID-19:

Pathways to Resilience and Recovery. Clinical Neuropsychiatry, 17(2), 59-62

(8)

Rafidah Mat Ruzki & Mohd Nasaruddin Parzi. (19 Mei 2020). Covid-19: Masalah Emosi Isu Utama Kesihatan Mental Rakyat. Berita Harian Online. Capaian pada 1 November 2020 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19

Starc, G. & Strel, J.L. (2012). Influence of the quality implementation of a physical education curriculum onyhe physical development and physical fitness of children. Public Health, 12(6), 1-7.

Surat, S. & Abu Bakar, N.S. (2015). Keterlibatan pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Kertas dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, Malaysia, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, 16-17 Disember 2015.

Veloo, A. & Md. Ali, R. (2016). Physical education teachers challenges in implementing school based assessment. International Review of Management and Marketing Journal, 6(8) 48- 53

World Health Organization (31 Mac 2020). Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public. Dicapai pada 15 Januari 2021 daripada https://www.who.int/emergencies/

diseasesnovel-coronavirus-2019/advice-for-public

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keprihatinan kakitangan di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mengenai kesihatan dan kecergasan

Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka secara mendalam hubungan antara pembolehubah kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan kecenderungan seksual

Hasil kajian menunjukkan kesedaran terhadap literasi maklumat adalah rendah dikalangan peserta kajian.Kebanyakan guru dan pelajar tidak tahu tentang kemahiran ini dan tahap

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej

Seseorang yang aktif bersenam dan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten akan memanjangkan usia berbanding mereka yang tidak aktif ini kerana mereka adalah

Justeru kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap permainan Snake and Ladder Digital Game Board yang dibangunkan dari segi manfaat dan

Justeru itu kajian tindakan ini dilakukan bagi memastikan ada waktu yang khusus untuk melakukan aktiviti fizikal tahap sederhana ke aktif tiga kali seminggu

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap layanan di inap desa dan mengenalpasti tahap kemudahan yang