• Tiada Hasil Ditemukan

PEMBANGUNAN PINTAR UNTUK MASA HADAPAN YANG LESTARI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PEMBANGUNAN PINTAR UNTUK MASA HADAPAN YANG LESTARI"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 0005dfhfh

PULAU PINANG, 29 Mei 2015 - Negara memerlukan pembangunan infrastruktur pintar dalam melestarikan masa hadapan untuk generasi yang akan datang melalui pelbagai aplikasi yang ada termasuk dalam proses pendidikannya.

Demikian dinyatakan oleh pakar dalam bidang Seni Bina Profesor Dr. Ar. Abdul Malek Abdul Rahman ketika menyampaikan Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang bertajuk Ke Arah Melestarikan Alam Bina untuk Generasi Masa Hadapan di sini hari ini.

“Dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran, ledakan teknologi maklumat, pelbagai aplikasi pintas elektronik dan pada masa yang sama diancam oleh peningkatan darjah suhu purata bumi, pemanasan global dan pelbagai bencana yang sebahagian besarnya disebabkan oleh tindakan dan aktiviti manusia apatah lagi dengan bertambahnya populasi manusia sekarang ini.

IMG 0026 IMG 0021ghkh

“Kerana itu dalam perancangan alam bina, hal ini perlu diambil kira sama ada untuk pembinaan bangunan tinggi, penggunaan ruang mahu pun lain-lainnya yang saling berkait kesannya kepada manusia dan bumi seluruhnya,” kata Abdul Malek.

Tambahnya, sebuah bangunan boleh mencapai kecekapan tenaga jika direka bentuk dari awal mengambil kira elemen-elemen reka bentuk tertentu dengan memahami fungsi setiap elemen kecekapan tenaga, bukan sahaja dari segi estetika tetapi juga elemen yang dapat mengurangkan penyerapan haba pada bangunan.

“Tenaga diperbaharui daripada pelbagai sumber mula digunakan untuk kegunaan seharian penduduk seluruh dunia tetapi masih belum meluas kerana kos yang tinggi disebabkan penggunaan yang rendah dan orang masih was-was yang perlukan kempen yang lebih hebat,”

katanya lagi.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

PEMBANGUNAN PINTAR UNTUK MASA HADAPAN YANG LESTARI

30 MAY

(2)

Beliau menyarankan agar teknologi pintar dimanfaatkan sepenuhnya dalam setiap perancangan dan usaha yang dibuat, memperkasakan proses pendidikan yang mampu melahirkan penduduk yang bijak dalam memanfaatkan sistem kesihatan pintar serta pengurusan bangunan yang pintar hasil pembangunan pelbagai aplikasi elektronik mahu pun penggunaan penilaian penggunaan tenaga bangunan seperti yang diamalkan di kebanyakan negara maju yang berasaskan teknologi hijau.

IMG 0033sdfd IMG 0027afeaf

“Kita memerlukan pandangan yang jauh ke hadapan di luar daripada pemikiran semasa namun berasaskan kepada pelbagai kejadian yang berlaku pada masa ini untuk generasi yang akan datang dengan memanfaatkan pelbagai kajian dengan mengambil kira isu pemanasan global dan pertambahan pesat penduduk,” kata Abdul Malek.

Anak kelahiran Kampung Alai Melaka ini tersenarai sebagai anak Melayu ketiga di negara yang mendapat gelaran Ar. pada tahun 1995 setelah menamatkan pengajian terus ke peringkat ijazah kedoktoran (Ph.D) dari University of Wales College of Cardiff United Kingdom yang dilantik sebagai profesor di Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan USM pada 2014.

Beliau mula berkhidmat di USM pada tahun 1986 sebelum melanjutkan pengajiannya ke luar negara serta banyak mendapat pendedahan luas dalam sektor swasta yang membolehkannya mengaplikasikan pengalaman dan keperluan industri dalam kurikulum pengajian untuk pelajar di universiti.

IMG 0036fgjg IMG 0059qwf

Minat utamanya adalah dalam reka bentuk seni bina berkecekapan tenaga dan kelestarian dalam alam bina dengan tumpuan penyelidikan yang mengambil strategi mereka bentuk bangunan dengan menggunakan bahan-bahan mengkalis penyerapan haba daripada sinaran matahari dan juga strategi membantu mengeluarkan haba dengan cepat daripada dalaman bangunan bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik untuk keselesaan penghuni.

Hadir sama dalam syarahan ini ialah Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM Profesor Madya Dr. Aldrin Abdullah; Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat Profesor Madya Dr. Ahmad Sofiman Othman; pegawai-pegawai utama USM, para pensyarah USM serta para pelajar. - Teks: Mohamad Abdullah & Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md.

Isa

(3)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

GIS dan teknologi-teknologi yang berkaitan banyak digunakan di dalam perancangan untuk sistem pengangkutan, pengurusan pembangunan bandar, analisa pasaran, perancangan

Dalam menyokong usaha kerajaan dalam perlaksanaan MSC, kami telah mengambil inisiatif untuk menceburi industri kad pintar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang

Program yang dilaksanakan di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM diharap dapat membina personaliti holistik murid Pintar dan Berbakat menerusi persekitaran pembelajaran

SUTRA adalah pusat penyelidikan di FKAB yang menjalankan penyelidikan berimpak berkaitan dengan bandar pintar dan lestari dan menjalankan pelbagai kolaborasi

(10 markah) (b) Sejauh manakah perancangan dan pembangunan sesebuah bandar baru lebih mudah dan lestari berbanding dengan usaha membangunkan sesebuah bandar lama atau

Natijahnya, kepelbagaian profil personaliti setiap pelajar pintar cerdas ini menuntut agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan pendidikan mereka mengiktiraf

Tambah beliau, program jangka masa panjang itu turut dibuat dengan harapan untuk melihat persekitaran yang baik dapat melahirkan warga rumah anak yatim cemerlang

Tegasnya lagi, pembangunan lestari atau mapan seperti yang didefinisikan oleh Laporan Bruntland bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa