• Tiada Hasil Ditemukan

PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE "

Copied!
27
0
0

Tekspenuh

(1)

PROSIDING / PROCEEDINGS OF

PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE

ISSN: 2231-962X 2016

DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY PUSAT PENGAJIAN EKONOMI FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DICETAK OLEH / PRINTED BY PENERBIT UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(2)

ii Cetakan Pertama / First Printing 2016

Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PUSAT PENGAJIAN EKONOMI

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM 43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia

http://www.ukm.my/fep e-mel: pppe@ukm.edu.my

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by PENERBIT UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publications Data

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 11, 2016.

Kelestarian Dasar Awam, Daya Tahan Ekonomi Dan Kesejahteraan Sejagat

(3)

LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.

The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management, The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail regarding Malaysia's economic development through the presentation of research findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and business environment. Through this conference, apart from adding to the body of knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are useful as reference point for those involved in preparing future development plans, especially with regards to the Malaysian economic.

Laman Web Persidangan / Conference Website http://www.ukm.my/fep/perkem/perkem2016

Prosiding PERKEM

Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.

Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh

Scopus.

Conference papers will be published in PERKEM proceedings.

Papers may also be considered for publication in the Malaysian Journal of Economics.

Malaysian Journal of Economics is published by Penerbit UKM and indexed by Scopus.

Laman Web Siri Prosiding / Website for Proceedings Series

http://www.ukm.my/fep/perkem

(4)

iv

Prosiding / Proceedings of

PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA PERKEM KE – 11 2016

THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE 11th PERKEM 2016

27 – 28 Julai 2016

Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA

ISSN: 2231-962X 2016

PERSIDANGAN / CONFERENCE

Tema utama persidangan pada tahun 2016 ialah “Kelestarian Dasar Awam, Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Sejagat

”.

Objektif  Mengenal pasti cabaran dan halangan untuk mengekalkan kelestarian dasar awam dan daya tahan ekonomi negara dalam persekitaran global dan domestik yang tidak menentu;

 Berkongsi dan bertukar idea di kalangan ahli akademik, penggubal dasar, pengamal, dan penyelidik mengenai langkah-langkah yang pragmatik untuk menangani isu-isu sosio-ekonomi semasa;

 Membahas penemuan terkini kajian dan resolusi yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk perlaksanaan dasar awam ke arah pencapaian agenda pembangunan sosio-ekonomi negara yang lebih lestari (outcome-based).

The main conference theme in year 2016 is “Sustainable Public Policy, Economic Resilience and Universal Well-Being”.

Objectives  to identify the challenges and obstacles to maintain the sustainability of public policies and economic resilience in the uncertain global and domestic environments;

 to share and exchange ideas among academicians, policy makers, industry practitioners and researchers on a pragmatic measures to address the current issues of socio-economic;

 to review the latest findings and resolution for the implementation of

public policies towards achieving a more sustainable socio-economic

development in the country (outcome-based).

(5)

v

SUB-TEMA / SUB-THEMES

Program Transformasi Negara

Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Ekonomi

Program Reformasi Fiskal

Dasar Pencukaian dan Program Pembangunan Sosial

Daya Tahan Ekonomi

Kejutan Global (Krisis harga minyak dan kelembapan ekonomi dunia)

Hutang Sektor Awam

Perusahaan Kecil dan Sederhana

Dasar dan Perjanjian Perdagangan Antarabangsa

Pelaburan Langsung Asing dan Pelaburan Portfolio

Kestabilan Sektor Kewangan (Perbankan, Pasaran Saham dan Pasaran Modal)

Dasar Penstabilan Makroekonomi

Daya Tahan Sektor-sektor Ekonomi

Kesejahteraan Sejagat

Kos Sara Hidup dan Kualiti Hidup

Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan

Agihan Pendapatan

Kesihatan dan Jaminan Sosial

Kesejahteraan Warga Emas, Kanak-kanak dan Wanita

Isu Gelandangan dan Orang Kelainan Upaya

Kelestarian Kualiti Alam Sekitar

Pembangunan Wilayah, Luar Bandar dan Komuniti

Isu-isu lain

Inovasi, Produktiviti dan Daya Saing

Pasaran Buruh

Kewangan dan Perbankan Islam

Rantaian Bekalan (Domestik dan Antarabangsa)

Skim Mikro-Kredit

Tadbir Urus dan Kualiti Institusi

Laman Web PERKEM 2016 / Website of PERKEM 2016

http://www.ukm.my/fep/perkem/perkem2016/

(6)

vi

PERKEM 2016

SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD Dr. Fathin Faizah Said

Dr. Norshamliza Chamhuri Mr. Liew Chei Siang

Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi

(7)

vii

KANDUNGAN

Sesi 1B – Bilik Raya, Aras 2 (8.30 am – 10.30 am | 28 Julai 2016 TEMA: DAYA TAHAN EKONOMI

Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Doris Padmini S. Selvaratnam

1B-1 Spekulasi Keuntungan Jualan Bertangguh : Analisis Perbezaan Perbankan 57 Islam dan Konvensional

Muhamad Zuhaili Saiman, Ahmad Dahlan Salleh

1B-2 Impact of Asymmetric Information on Foreign Capital Inflows Raihan Ashikin Mohd Nor, Mohd Hasimi Yaacob, Hawati Janor

64

Kandungan vii

Prakata xvi

Sesi 1A – Bilik Melati, Aras 2 (8.30 am – 10.30 am | 28 Julai 2016) TEMA: PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA

Pengerusi Sesi: Prof. Dr. Rahmah Ismail

1A-1 The Impact of Social Capital on Poverty Incidence in Malaysia Yvonne Lean-Ee Lee, Koong Seow Shin

1

1A-2 Factors Influencing Consumers’ Level of Acceptance of Goods and Services Tax: A Case of MBA Students

Hasnah Haron, Ishak Ismail, Yuvaraj Ganesan, Shalene Kalyanasundaram 9

1A-3 Kajian Impak RTC dan MRTC Pahang

Fadzida Ismail, Yuserrie Zainuddin, Norazidah Shamsudin, Rozana Sahadan, Ramle Abid, Saiful Bahri Ahmad Bakarim

20

1A-4

1A-5

1A-6

1A-7

Understanding of Goods and Services Tax (GST) and Spending Behavior among Malaysian Consumers

Shafie Mohamed Zabri, Kamilah Ahmad, Tham Gen He Tax Policies on Ijtimai Based Instruments in Malaysia Suhaila Abdul Hamid, Abdullaah Jalil, Asharaf Mohd Ramli

Sectoral Prices Effect of Goods and Services Tax (GST) in Malaysia Juliana Abdul Kadir, Zarinah Yusof, Mohamed Aslam

Adakah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Meningkatkan Penggunaan Individu?

Nor Asmat Ismail, Zulkifli Abdul Rahim

27

35

41

47

(8)

viii

1B-3 An Empirical Study of Contributing Factors on Tea Export of Zhejiang

Province of CHINA Basing on TBT Measures of Gravity Model Ming Fan

71

1B-4 Capital Goods Export to Developing Economies: Implication of Patent Rights, Income and Imitation Ability

Rozilee Asid, Abu Hassan Shaari Md Nor, Tamat Sarmidi, Noor Aini Khalifah

1B-5

1B-6

1B-7

Sweetened and Unsweetened Seasoned Equity Offerings and their Impact on Creditors Wealth in Malaysia

Siti Nurhidayah Mohd Roslen, Cheng Fan Fah, Norhuda Abdul Rahim Dasar Pengurangan Risiko Bencana: Perkongsian Pelbagai Pemegang Taruh dari Peringkat Kebangsaan ke Tempatan

Abdul Rahim Anuar, Roslina Kamaruddin, Soon Jan Jan, Siti Aznor Ahmad, Md Rabiul Islam

Symmetric and Asymmetric Cointegration Relationship between Malaysian Stock Market Index and Selected Macroeconomic Variables

Hakimah Nur Ahmad Hamidi, Norlin Khalid, Riayati Ahmad, Nur Fakhzan Marwan

81

89

96

Sesi 1C – Bilik Mawar 1, Aras 1 (8.30 am – 10.30 am | 28 Julai 2016) TEMA: KESEJAHTERAAN SEJAGAT

Pengerusi Sesi: Dr. Norlin Khalid

1C-1 Set Minda Masyarakat Orang Kuala dan Kanaq dalam Pembangunan Modal Insan

Nurasyikin Ghazali, Mustaffa Omar, Nor Haidanadia Hasni

105

1C-2 Kelestarian Praktis Kerja Sosial ke Arah Kesejahteraan Hidup Kanak- Kanak Terpinggir di Malaysia

Mohd Suhaimi Mohamad, Sopian Brahim, Ezarina Zakaria, Norulhuda Sarnon @ Kusenin

112

1C-3 Income Inequality and Shadow Economy: A Nonparametric and Semiparametric Analysis

Yap Wai Weng, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor, Fathin Faizah Said

121

1C-4 Regional Development Planning in Sarawak: The Potential of Samalaju Growth Node in Addressing the Spatial Inequalities in North Sarawak.

Daniel Ugih Echoh, Norizan Md Nor, Tarmiji Masron

129

1C-5 Kesedaran Ibu bapa Terhadap Pendidikan Anak-Anak dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli

Wei Chooi Yi, Chia Mei Si

136

(9)

ix

1C-6

1C-7

Putting Malaysian Rubbish Away: Lesson Learnt from Britons Emy Ezura A Jalil

Kesan Tahap Pendidikan Terhadap Kemiskinan di Malaysia Siti Hajar Ruslan, Siti Hajar Nadia Mohd Isa

143

152

Sesi 1D – Bilik Mawar 2, Aras 1 (8.30 am – 10.30 am | 28 Julai 2016) TEMA: ISU-ISU LAIN

Pengerusi Sesi: Dr. Mustazar Mansur

1D-1 Jaminan Pekerjaan daripada Pelaburan Modal Manusia: Bukti Empirikal di kalangan Pekerja Terlebih Didik dalam Sektor Awam

Raze Norshyahman Shahril, Hazrul Shahiri

1D-2 Tenaga Kerja Indonesia: Pengurusan Melalui ‘Duit Kopi’

Muhammad Ridhwan Sarifin, Mohamad Fauzi Sukimi

159

1D-3 Hubungan Antara Pengurusan Latihan Terhadap Penyesuaian Latihan di Malaysia

Siti Hajar Nadia Mohd Isa, Shanty Anuar, Siti Hajar Ruslan

167

1D-4 Hubungan antara Penyesuaian Sistem Latihan Melibatkan Motivasi sebagai Pencelah dalam Organisasi

Shanty Anuar, Noorul Nazwa Aizad Mohd Mohyi, Siti Zubaidah Isa, Nur Naqibah Alwee

176

1D-5

1D-6

1D-7

Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Membeli Takaful di Bandar Kota Bharu

Nor Hidayah Mat Ail, Hendon Redzuan

Impak Implementasi Sistem Pengurusan Kualiti Islam MS 1900 dalam Meningkatkan Amalan Inovasi di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Hasan Al-Banna Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghani, Siti Arni Basir

Analisa Daya Saing Pekerja Bukan Akademik Universiti Awam di Malaysia Mustazar Mansur, Yuslindal Yaakub, Mohd Azlan Shah Zaidi, Hazrul Izuan Shahiri

186

196

204

Sesi 2A – Bilik Melati, Aras 2 (11.00 am – 1.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: DAYA TAHAN EKONOMI

Pengerusi Sesi: Dr. Norshamliza Chamhuri

2A-1 Daya Tahan Ekonomi Pengguna ke Arah Kelestarian Landskap Teknologi E-Perbankan

Shairil Izwan Taasim, Remali Yusoff

210

(10)

x

2A-2 Usahawan Desa di Pinggir Tasik Kenyir: Kesedaran dan Amalan dalam

Melestarikan Produk Tempatan

Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, Zuha Rosufila Abu Hasan, Noor Fadhiha Mokhtar

216

2A-3 Connectedness between Manufacturing and Non-Manufacturing Sectors in Malaysia: Input-Output Approach

Loo Sze Ying

227

2A-4 The Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) and Its Effects on The Malaysian Economic Transformation Programme (ETP) Relating to Healthcare and Generic Pharmaceuticals.

Farizah Mohamed Isa, Mardiah Hayati Abu Bakar

234

2A-5

2A-6

2A-7

Mengupayakan Kualiti Produk Usahawan Bumiputera-Muslim di Malaysia Buerah Tunggak, Sumi Isman, Maheran Asaron

Foreign Direct Investment and Economic Growth Nexus: A Bootstrap Rolling Window Approach

Elya Nabila Abdul Bahri, Abu Hassan Shaari Md Nor, Nor Hakimah Mohd Nor

Kesan Pelaburan Langsung Asing Terhadap Pertumbuhan Ekonomi.

Perbandingan di antara Negara Berpendapatan Tinggi dan Rendah Menggunakan Pendekatan Kointegrasi Asimetri.

Ruziana Mohd Ghazi, Norlin Khalid, Ishak Yussof

240

254

265

Sesi 2B – Bilik Raya, Aras 2 (11.00 am – 1.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: DAYA TAHAN EKONOMI

Pengerusi Sesi: Prof. Dr. Abu Hassan Shaari Md Nor

2B-1 Credit Expansion and Financial Stability in Malaysia Koong Seow-Shin, Law Siong-Hook, Mansor H Ibrahim

275

2B-2 The Impact of Bank Specific and Macro Economic Data on Bank Cost Efficiency Category in ASEAN

Abdul Mongid, Muazaroh Muazaroh

285

2B-3 Resource Abundance and Resource Dependence Khairil Anuar Ramli, Abdul Ghafar Ismail

297

2B-4 Penguasaan Bahasa Inggeris, Pembangunan Kewangan dan Pertumbuhan Ekonomi

Norhasimah Shaharuddin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor

311

(11)

xi

2B-5

2B-6

2B-7

Branding in Small and Medium Enterprises: The Bumiputera Company Scenario in Malaysia

Rohana Mijan, Mastura Jaafar

Domestic Debt and Economic Growth in Malaysia Normaz Wana Ismail, Mok Wei Mun, Zaleha Mohd Noor

Hubungan antara Pasaran Saham dengan Tukaran Asing di Negara ASEAN- 3 (Singapura, Malaysia dan Indonesia): Analisis Model GARCH Multivariat BEKK-t

Mori Kogid, Abu Hassan Shaari Md Nor

320

333

341

Sesi 2C – Bilik Mawar 1, Aras 1 (11.00 am – 1.00 pm | 28 Julai 2016 TEMA: KESEJAHTERAAN SEJAGAT

Pengerusi Sesi: Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi

2C-1 Pendidikan Islam Sebagai Teras Pengukuhan Organisasi Angkatan Tentera Malaysia

Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani

350

2C-2 The Relationship between Crime and Economic Growth in Malaysia: Re- Examine Using Bound Test Approach

Dullah Mulok, Mori Kogid, Jaratin Lily, Rozilee Asid

357

2C-3 The Demand for Health Screening Among the Elderly Yong Kang Cheah, Kim Leng Goh

365

2C-4 Kompetensi Jurulatih XYZ Fadillah Ismail, Nasir Markom

382

2C-5

2C-6

Remittances and Poverty: The Role of Human Capital Chong Siew Huay, Nor Yasmin Mhd Bani

Faktor Keharmonian dan Keruntuhan Rumah Tangga Fadillah Ismail

388

394

Sesi 2D – Bilik Mawar 2, Aras 1 (11.00 am – 1.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: ISU-ISU LAIN

Pengerusi Sesi: Dr. Riayati Ahmad

2D-1 Analisis Transformasi Koperasi kepada Koperasi di Malaysia dari Persepktif Anggota: Kajian Kes Koperasi Tentera.

Mohd Saifoul Zamzuri Noor, Selamah Maamor, Fauzi Hussin, Husin Abdullah, Norehan Abdullah

411

(12)

xii

2D-2 Glass Ceiling and Sticky Floor : A Comparative Analysis from Malaysia

Wan Liyana Mariah Wan Zainal Abidin, Zaleha Mohd Noor, Wan Azman Saini Wan Ngah

424

2D-3 Tapping into Creativity and Human Capital in Academic Libraries: The Influence of Organisational Climate

Haziah Sa'ari, Rafidah Abdul Aziz, Marlia Idrus, Mohd Ridzuan Ibrahim

436

2D-4 Pelaporan Korporat Melalui Internet oleh Sektor Ekonomi di Malaysia Siti Zaidah Turmin, Fatima Abdul Hamid, Nazli Anum Mohamad Ghazali

444

2D-5 The Relationship between Female Labor Force Participation, Education and Fertility in Malaysia: An ARDL Bounds Testing Approach

Suryati Ishak, Nor Yasmin Mhd Bani, Noraida Abd Wahob

452

Sesi 3A – Bilik Raya, Aras 2 (2.30 pm – 4.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: DAYA TAHAN EKONOMI

Pengerusi Sesi: Dr. Fathin Faizah Said

3A-1 Distortionary Agricultural Trade Policy and Food Security: A Causal Analysis

Shaheera Mohamed, Haniza Khalid

461

3A-2 Examining Price Convergence Behaviour between Peninsular Malaysia and Sabah and Sarawak: Evidence for Market Integration

Siti Marsila Mhd Ruslan, Gairuzazmi Mat Ghani, Haniza Khalid

469

3A-3 Identifying Key Drivers of Food Price Inflation in Malaysia Umi Zakiah Norazman, Haniza Khalid, Gairuzazmi Mat Ghani

476

3A-4

3A-5

3A-6

Impacts of Trade Institutions on Malaysia Trade Costs: Better Trade Institutions Lead to a Reduction of Bilateral Trade Costs

Tan Jiunn Woei, Lee Chin

Impak Pelaburan dan Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia, 1980-2013

Zulkifli Abdul Rahim, Nor Asmat Ismail

Penilaian Terhadap Kecekapan Perkhidmatan Bas Sekolah Selepas Deregulasi Tambang: Kajian Kes di Seremban

Intan Sahara Ghadzali, Azrina Abdullah Al-Hadi

485

497

505

(13)

xiii

Sesi 3B – Bilik Mawar 1, Aras 1 (2.30 pm – 4.00 pm | 28 Julai 2016)

TEMA: KESEJAHTERAAN SEJAGAT Pengerusi Sesi: Dr. Norazlina Abd. Wahab

3B-1 House Affordability in Malaysia: Income or Speculation Supported?

Wong Wang Li, Lee Chin, Koong Seow Shin

3B-2 Tren Perbelanjaan Belia dan Hubungan dengan Kualiti Hidup Nik Fakrulhazri Nik Hassan, Azemi Che Hamid

516

3B-3 Keberkesanan Projek Perumahan Rakyat Negeri Melaka : Satu Tinjauan Nor' Azurah Md Kamdari, Remali Yusoff

523

3B-4

3B-5

3B-6

To Purchase or to Rent a Home in Malaysia? A Case study in Selangor Chia Mei Si, Wei Chooi Yi

Happiness, Shadow Economy and Climate Change in Seven Developed Nations

Muzafar Shah Habibullah, Badariah Din, R.R.V. Rasiah, A.H. Baharom Enhancing House Price Index in Malaysia: A Review on Its Determinants Norazlina Abd. Wahab, Nik Nor Amalina Nik Mohd Sukrri, Rosylin Mohd Yusof

533

539

Sesi 3C – Bilik Mawar 2, Aras 1 (2.30 pm – 4.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: ISU-ISU LAIN

Pengerusi Sesi: Dr. Suhaili Alma’amun

3C-1 Developing a Halal Compliance Behavioural Framework: Case of the Malaysian Poultry Firms

Husna Hashim, Norma Md Saad, Haniza Khalid, Hayatullah Laluddin

553

3C-2 The Origin and Sources of Shariah Risk in Islamic Finance

Nurul Syazwani Mohd Noor, Abdul Ghafar Ismail, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

560

3C-3 Determinants of Efficiency: Shariah-Compliant Industrial Firms in Malaysia

Zahariah Sahudin, Wan Mansor Wan Mahmood, Zaidi Isa, Siti Akmar Abu Samah, Hasni Abdullah

572

3C-4 Benchmark on Underlying Asset Value for Islamic Banking Product: A Practitioner’s Perspective

Mohamad Syafiqe Abdul Rahim

582

(14)

xiv

3C-5 The Contract of Bay-al-Salam and Bay-al-Istisna in Islamic Commercial

Law: A Comparative Analysis

Remali Yusoff, Nor’ Azurah Md. Kamdari

590

Sesi 4A – Bilik Raya, Aras 2 (4.30 pm – 6.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: DAYA TAHAN EKONOMI

Pengerusi Sesi: Dr. Mohd Adib Ismail

4A-1 Fiscal Sustainability in Malaysia: An Empirical Assessment

Wan Farisan Wan Sulaiman, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid, Riayati Ahmad

595

4A-2 The Effects of Monetary Policy Shocks and Exchange Rate on the Trade Balance of Pakistan

Abdul Rahman Nizamani, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi, Norlin Khalid

606

4A-3 The Effectiveness of Debt-Bias Reduction Policies

Syed Munawar Shah, Mariani Abdul Majid, Zulkefly Abdul Karim, Anowar Zahid

4A-4 Herding Behavior and Overconfidence in Investment Decisions: Impact of Age and Gender in Malaysian Perspective

Abdollah Ah Mand, Hawati Janor, Hasimi Yaacob, Tamat Sarmidi, Ruzita Abdul Rahim

629

4A-5 Kesan Pelaburan Langsung Asing Terhadap Pertumbuhan Ekonomi ke atas Lima Negara ASEAN: Ujian Kointegrasi Asimetri

Puteri Amirah Omar, Norlin Khalid, Ishak Yussof

639

Sesi 4B – Bilik Mawar 1, Aras 1 (4.30 pm – 6.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: KESEJAHTERAAN SEJAGAT

Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Norlida Hanim Mohd Salleh

4B-1 Strategi Belia dalam Menghadapi Kenaikan Kos Sara Hidup Faeza Afandi, Suhaili Alma’amun, Hairunnizam Wahid

648

4B-2 Faktor Penentu Penerimaan Konsep Lokalisasi Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi Awam: Kajian di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor

658

4B-3 Analisis Keperluan Kelayakan Pendidikan Sektor Perkhidmatan di Malaysia:– Isu Terkurang atau Terlebih Didik?

Amirul Hamza Abdullah, Ishak Yussof, Rahmah Ismail

667

(15)

xv

4B-4 Ancaman Sekuriti Makanan dan Kesihatan Terhadap Komuniti Kintak di

Malaysia

Nor Haidanadia Hasni, Mustaffa Omar, Nurasyikin Ghazali

677

4B-5 Inflasi Pendidikan dalam Sektor Pembuatan di Malaysia Ukasya Shakena Akbar, Rahmah Ismail, Norlin Khalid

690

Sesi 4C – Bilik Mawar 2, Aras 1 (4.30 pm – 6.00 pm | 28 Julai 2016) TEMA: ISU-ISU LAIN

Pengerusi Sesi: Dr. Hairunizam Wahid

4C-1 Federal Statutory Bodies in Malaysia: A Comprehensive Insight Nur Barizah Abu Bakar

701

4C-2 Peranan Kepimpinan dalam Menggalakkan Kreativiti dan Inovasi Pengurusan di Institusi Pengajian Tinggi

Sumi Isman, Md. Razib Arshad, Buerah Tunggak

714

4C-3 Empowerment of Front-Line Employees in the Hospitality Industry: A Survey of Three Five – Star Hotels in Kuala Lumpur, Malaysia

Nur Fatihah Abdullah Bandar, Peter Songan, Nirmala Ramakrishnan Pillai 721

4C-4 Anomali Kutipan Zakat Bulanan oleh Institusi Zakat di Malaysia Noor Zeehan Kamsani, Hairunnizam Wahid, Norlin Khalid

730

4C-5

4C-6

Kesesuaian Aktiviti dan Rantaian Nilai Hab Makanan Halal di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor, Samsu Alam Beddu Lamin

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:

Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor, Maryam Abd Rashid

741

753

(16)

xvi

PRAKATA

Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan keizinan- Nya jua Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 11, 2016 yang berlangsung di Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.

Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada peserta PERKEM Ke – 11, 2016 dan juga kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri persidangan ini. Persidangan ini merupakan acara tahunan Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang kepada para penyelidik, pembuat dasar dan pengamal membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dan berbincang mengenai isu semasa berkaitan ekonomi Malaysia secara khususnya.

Tema PERKEM kali ini adalah ‘Kelestarian Dasar Awam, Daya Tahan Ekonomi Dan Kesejahteraan Sejagat’. Tema ini bertujuan ingin mencapai perlaksanaan dasar awam yang lebih lestari ke arah pencapaian agenda pembangunan sosio-ekonomi negara yang penting untuk kesejahteraan masyarakat dan daya tahan ekonomi.

Sebanyak 86 kertas kerja telah dikumpulkan dan 81 daripadanya dimuatkan dalam prosiding ini yang disusun berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang ditentukan. Tema yang terdapat dalam prosiding ini meliputi program transformasi negara, daya tahan ekonomi, kesejahteraan sejagat dan isu-isu lain. Dapatan hasil penemuan kajian ini amat bermanfaat kepada penggubal dasar dan pengkaji akan datang.

Prosiding ini juga boleh diakses di laman web rasmi PERKEM di

www.ukm.my/fep/perkem. Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada

negara dan bangsa. Sekian,terima kasih

(17)

PROSIDING PERKEM KE-11, (2016) 730 – 740 ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-11 (PERKEM KE-11), Kelestarian Dasar Awam, Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Sejagat, Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor, 27 - 28 Julai 2016

Anomali Kutipan Zakat Bulanan oleh Institusi Zakat di Malaysia

Noor Zeehan Kamsani Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: zeehankamsani@gmail.com Hairunnizam Wahid

Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: hairun@ukm.edu.my Norlin Khalid

Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: nrlin@ukm.edu.my

ABSTRAK

Prestasi kutipan zakat oleh institusi zakat negeri merupakan satu isu yang sering dibincangkan oleh ramai pengkaji. Namun berdasarkan beberapa laporan oleh pihak institusi zakat menunjukkan kewujudan trend gelagat pembayar yang berminat untuk membayar zakat di bulan tertentu terutamanya di bulan Ramadan dan di bulan Disember setiap tahun. Perkara ini mungkin dianggap sebagai anomali kutipan zakat bulanan. Persoalannya adakah trend ini berlaku di kesemua institusi zakat di Malaysia.

Isu ini adalah penting kerana sekiranya benar wujudnya trend ini, maka ia akan menimbulkan beberapa implikasi iaitu (1) Ketidakseragaman jumlah kutipan zakat bulanan yang akan menjejaskan perancangan kewangan agihan bulanan kepada asnaf (2) kebergantungan institusi zakat terhadap bulan tertentu yang bakal memberi implikasi yang negatif kepada jumlah kutipan zakat tahunan sekiranya kutipan di bulan tersebut adalah amat rendah. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemungkinan wujudnya anomali kutipan zakat bulanan di beberapa negeri di Malaysia. Kajian ini akan membandingkan antara negeri mengikut kategori pengurusan zakat iaitu (1) negeri yang mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat iaitu Pulau Pinang; (2) negeri yang mengkorporatkan kutipan zakat sahaja iaitu Wilayah Persekutuan; dan (3) negeri yang tiada pengkorporatan institusi zakat iaitu negeri Terengganu. Kajian menggunakan data kutipan zakat bulanan bermula dari tahun 2005 sehingga 2015. Hasil kajian menunjukkan wujudnya anomali dalam kutipan zakat bulanan terutamanya di bulan Ramadan dan Disember setiap tahun. Hasil kajian juga mendapati setiap negeri yang dikaji mempunyai trend kutipan bulanan yang sama, walaupun berbeza kategori pengurusan zakat. Trend peningkatan kutipan zakat yang semakin meningkat tahun ke tahun dijangka akan berterusan yang memberi kesan yang baik untuk jangka masa panjang bagi tujuan pembasmian kemiskinan dari aspek ekonomi sosial. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.

Kata kunci: Anomali, Bulan Ramadan, Kategori Pengurusan Institusi Zakat, Kutipan Zakat Bulanan.

ABSTRACT

The performance of zakat collection by the states’ zakat institutions is one of the common issues that were discussed among the researchers. Nevertheless, based on the reports by zakat institutions, it shows that there is a trend of zakat payers who are tend to pay zakat on some particular months especially in Ramadan and December every year. Where we can consider this trend as the anomaly on zakat monthly collection. The question is, is the trend occurring for every zakat institutions in Malaysia. It is a fundamental issue as it will cause a several implications which are (1) inequality on the total zakat monthly collections that will affect financial planning of monthly distributions to asnaf, and (2) the dependence of zakat institutions on certain months that will cause negative implications towards the total zakat collection on yearly basis if that certain months have a very low collections.

(18)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-11 2016 731

Thus, the aim of this research is to study the possibility of anomaly existence in zakat monthly collections in a few states in Malaysia based on their zakat management. Which are, (1) Corporatisation of zakat collections and distributions represented by Penang; (2) Corporatisation only on zakat collection by Federal Territory; and (3) no corporatisation of zakat institutions, by Terengganu. The data of zakat monthly collections were used from year 2005 to 2015. The findings proved that, there are anomalies in zakat monthly collections especially in Ramadan and December every year. It is also found that, they have the same trend in states’ zakat collections although different categories of the management of zakat institutions respectively. We are expecting there will be continuous increase in zakat collections in a long term in order to abolish poverty in terms of social economy. Several suggestions and implications are discussed in this research.

Keywords: Anomaly, Management Categories of Zakat Institutions, Ramadan, Zakat monthly collections

PENGENALAN

Kewajipan membayar zakat yang merupakan Rukun Islam menjadi tanggungjawab seorang Muslim yang beriman seperti yang dinyatakan di dalam Surah at- Taubah ayat 71;

“Dan orang- orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”.

(At- Taubah:71) Muslim yang berkemampuan dan cukup syarat-syarat, wajib untuk membayar zakat kepada lapan golongan asnaf iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnus sabil melalui institusi zakat. Hal ini kerana, merujuk kepada artikel Sinar Harian bertarikh 19 Jun 2015, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, berdasarkan analisis Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu terdapat orang Islam yang mengeluarkan zakat kepada amil yang tidak bertauliah. Perkara ini telah dikesan di mana terdapat orang Islam yang keluarkan zakat tetapi tiada rekod, kerana mereka memberikannya kepada amil yang tidak bertauliah. Berdasarkan fatwa negeri Terengganu, ianya seolah-olah tidak keluarkan zakat. Kerana hanya kepada amil yang bertauliah sahaja yang dikira mengeluarkan zakat. Manakala mengikut fatwa, zakat yang dibayar kepada amil tidak bertauliah adalah tidak sah. Institusi zakat terbahagi kepada Pusat Zakat dan Majlis Agama Islam Negeri. Institusi Zakat Negeri ini pula terdiri daripada pengkorporatan kutipan dan agihan zakat, pengkorporatan kutipan zakat, dan tiada pengkorporatan institusi zakat. Perkaitan antara zakat, taraf hidup dan pembangunan ekonomi telah menjadi satu keperluan masyarakat, terutamanya umat Islam mencari formula baru untuk mengadaptasi peningkatan kos sara hidup dan cara pembangunan diri, keluarga dan masyarakat melalui pendekatan Islam. Dalam usaha ini, institusi zakat terus memainkan peranan dalam pembangunan kehidupan golongan asnaf di mana beberapa institusi zakat telah berjaya melahirkan usahawan dalam kalangan asnaf untuk mengubah taraf sosio-ekonomi golongan asnaf ini. (Utusan, 2015).

Satu-satunya sumber kewangan institusi zakat adalah kutipan zakat daripada orang ramai.

Yang mana zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat Fitrah yang dibayar pada bulan Ramadan adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah iaitu segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunai sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan sembahyang (hari raya)”

(HR Imam Bukhari) Manakala, zakat harta pula merangkumi lapan jenis zakat iaitu wang simpanan, perniagaan, pendapatan, emas dan perak, pertanian, saham, binatang ternakan, rikaz dan galian. Di mana zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa dengan kadar 2.5peratus daripada jumlah harta.

(19)

732 Noor Zeehan Kamsani, Hairunnizam Wahid, Norlin Khalid

Walaupun bayaran zakat boleh dilakukan bila-bila masa, namun terdapat satu trend gelagat pembayar zakat yang cenderung untuk menunaikan zakat pada bulan tertentu terutamanya pada bulan Ramadan dan Disember. Hal ini disokong oleh kajian Razana & Fazreen (2008) yang mendapati corak data kutipan zakat bulanan adalah bermusim dan mempunyai kemuncak pada bulan tertentu walaupun bayaran zakat harta boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Namun persoalannya, adakah trend kutipan zakat bulanan ini dialami di kesemua negeri di Malaysia walaupun berbeza kategori pengurusan institusi zakat?

Oleh kerana itu, kajian ini akan mengkaji kemungkinan wujudnya anomali kutipan zakat bulanan di beberapa negeri di Malaysia berdasarkan kategori pengurusan institusi zakat. Sama ada trend ini berlaku di kesemua institusi zakat di Malaysia disebabkan kecekapan institusi zakat tersebut ataupun ianya disebabkan oleh gelagat pembayar zakat di Malaysia itu sendiri yang lazimnya menunaikan zakat pada bulan Ramadan dan akhir tahun (Disember) yang menjadikan dua bulan ini adalah anomali kepada kutipan bulan zakat . Kajian anomali kutipan zakat ini adalah penting kerana tiada lagi kajian sebelum ini yang dilakukan secara empirikal yang mengkaji trend kutipan zakat bulanan mengikut kategori pengurusan zakat. Tambahan lagi, kajian anomali trend kutipan zakat bulanan mengikut kategori pengurusan ini adalah signifikan, kerana perkara ini akan memberi kesan terhadap jumlah kutipan zakat bulanan yang tidak menentu di mana ia akan memberi kesan ke atas perancangan kewangan agihan bulanan. Hal ini bukan sahaja menjejaskan agihan kepada golongan asnaf, malahan bantuan pendidikan kepada modal insan, bantuan kecemasan kepada rakyat sekiranya negara mengalami bencana alam seperti yang banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur yang memerlukan bantuan kewangan khususnya turut terjejas. Jika perkara ini berterusan, di mana seseorang individu itu cenderung menunaikan zakat pada akhir tahun, sedangkan pada akhir tahun adalah kelaziman berlakunya bencana alam seperti banjir di Malaysia, ini akan menjejaskan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Bencana alam seperti banjir yang dialami di negara ini berlaku disebabkan oleh faktor iklim seperti keadaan suhu, taburan hujan, sejatan, pergerakan angin dan keadaan semula jadi muka bumi (Berita Harian 2013). Di mana banjir biasanya berlaku sama ada akibat hujan yang berterusan semasa musim tengkujuh yang selalunya pada hujung tahun sehingga menyebabkan kuantiti air yang lebih besar daripada biasa atau air sungai yang melimpah ke tebing sungai akibat lebihan kapasiti ataupun kedua-duanya (Jamil et. al. 2012).

KAJIAN LEPAS

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), anomali membawa maksud keganjilan, kejanggalan ataupun luar biasa. Yang mana di dalam kajian ini, kutipan zakat pada bulan Ramadan dan Disember mempunyai keganjilan (anomali) dengan menunjukkan hasil kutipan yang tertinggi berbanding bulan-bulan lain.

Fenomena anomali adalah suatu konsep kesan bermusim (seasonal effect) di dalam pasaran stok (stock market) seperti kajian oleh Lakonishok dan Smidt (1988) yang telah menganalisis anomali secara bulanan, semi bulanan, hari kelepasan dan hujung bulan Disember dari tempoh 1945 sehingga 1952 di dalam Dow Jones Industrial Average merumuskan di dalam tempoh anomali ini persekitaran undang-undang, pengurusan institusi, capaian maklumat, dan perincian- perincian yang lain yang berbeza dengan tempoh sama ada bulan atau minggu yang lain yang menyebabkan kadar pulangan suatu tempoh itu berbeza dengan kadar pulangan tempoh yang lain. Begitu juga dengan Ariel (1987), yang melaporkan kekerapan secara bulanan berdasarkan data dari tahun 1963 sehingga 1981, di mana kadar pulangan yang positif berlaku di dalam pasaran stok hanya semasa dua minggu yang pertama setiap bulan. Kajian ini akan membuktikan terdapat anomali terhadap corak kutipan zakat bulanan pada bulan tertentu dengan mengambil kira kesan pengkorporatan institusi zakat negeri di Malaysia. Di mana kategori pengurusan institusi zakat terbahagi kepada pengkorporatan kutipan dan agihan;

pengkorporatan agihan sahaja; dan tiada pengkorporatan institusi zakat.

Md Zyadi dan Mariani (1999) telah mengkaji kesan pengkorporatan kutipan zakat bagi institusi zakat di Malaysia yang menyatakan pengkorporatan kutipan zakat menunjukkan peningkatan dalam jumlah hasil kutipan zakat. Hal ini dapat dilihat di dalam laporan kutipan zakat jika dibandingkan dengan institusi zakat yang tiada pengkorporatan. Namun, pengkorporatan bukanlah satu-satunya faktor peningkatan hasil kutipan. Hujah ini disokong oleh kajian Nor Ghani Md. Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad dan Nahid Ismail (2001). Peningkatan hasil kutipan zakat juga disebabkan populasi pembayar zakat dan jumlah pendapatan individu yang semakin meningkat (Muhd Yahya et. al. 2013).

Kajian oleh Zarina et. al. (2012) membuktikan zakat memainkan peranan penting dalam ekonomi sosial sebagai instrumen semula jadi dasar fiskal dalam menghapuskan kemiskinan dalam

(20)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-11 2016 733

masyarakat. Walaupun, kajian ini adalah kajian yang pertama mengenai anomali kutipan zakat bulanan pada bulan- bulan tertentu mengikut kategori pengurusan institusi zakat di beberapa negeri di Malaysia, namun kajian mengenai gelagat pembayaran zakat yang dapat dikenal pasti ialah kajian yang dilakukan oleh Mohd. Ali et. al. (2003) dan Kamil Md. Idris (2003). Gelagat pembayar zakat mempunyai satu trend di mana mereka lazimnya akan membayar zakat pada bulan Ramadan (zakat fitrah) dan bulan Disember (zakat harta dan pendapatan). Perubahan gelagat ini memberikan kesan terhadap kutipan zakat tahunan seterusnya menyebabkan kebergantungan institusi zakat kepada dua bulan anomali ini.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menumpukan kepada beberapa negeri di Malaysia iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan, yang kemudiannya negeri-negeri ini dibahagikan mengikut kategori pengurusan zakat, iaitu negeri Pulau Pinang yang mengkorporatkan institusi zakat dari segi kutipan dan agihan zakat; Wilayah Persekutuan yang mengkorporatkan institusi zakat dari aspek kutipan zakat sahaja manakala agihan zakat diuruskan oleh baitulmal; dan Terengganu mewakili institusi zakat yang tiada pengkorporatan di mana urusan kutipan dan agihan zakat diuruskan di bawah baitulmal negeri.

Pendekatan kuantitatif telah diaplikasikan di dalam kajian ini di mana data sekunder digunakan dengan mengumpulkan penyata kutipan bulanan zakat bagi setiap kategori pengurusan institusi zakat ini dari tahun 2005 sehingga 2015.

Bulan Ramadan yang berubah setiap tahun telah ditentukan dan bulan Ramadan dan Disember bertindak sebagai dami (dummy), serta setiap data kutipan bulanan zakat negeri diuji menggunakan kaedah kuadrat terkecil (Ordinary Least Square). Temu bual bersama pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah dilakukan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai trend kutipan atau trend gelagat pembayar zakat, di mana lazimnya pembayar zakat pendapatan dan perniagaan yang memberikan kesan besar adalah syarikat-syarikat mega yang cenderung membayar zakat pada akhir tahun iaitu bulan Disember.

Spesifikasi model dapat ditunjukkan dalam persamaan;

Y = α0 + α1D1 + α2D2 + ε ; Di mana: Y adalah kutipan zakat bulanan,

D1 adalah Dami bulan Ramadan; dan D2 adalah Dami bulan Disember

Persamaan ini akan diuji untuk membuktikan tahap signifikan kutipan zakat terhadap bulan Ramadan dan Disember.

ANALISIS KAJIAN

Analisis regresi data panel dengan menggunakan kaedah kuadrat terkecil (Ordinary Least Square) ke atas data-data sekunder bagi negeri Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan dengan jumlah 132 (11 tahun x 12bulan) pemerhatian bagi setiap negeri. Berdasarkan jadual 7, 8, dan 9 yang menunjukkan hasil regresi kutipan bulanan bagi institusi zakat Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, dan Terengganu ke atas bulan Ramadan dan Disember, koefisien dan kebarangkalian (probability) masing- masing menunjukkan hubungan yang positif serta signifikan di antara kutipan bulanan dan dami bulan Ramadan (D1) dan dami bulan Disember (D2).

Rajah 1 menunjukkan anomali atau keganjilan pada bulan Ramadan tahun 2009 iaitu pada bulan Ogos dan keganjilan pada bulan Disember tahun tersebut. Kebergantungan institusi zakat terhadap dua bulan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kutipan zakat tahunan di mana sekiranya hasil kutipan zakat pada kedua bulan ini, pastinya ianya akan menjejaskan pengagihan zakat kepada golongan asnaf. Kajian Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid, Adnan Mohamad (2006) menyatakan bahawa untuk meningkatkan hasil kutipan zakat, dua tindakan utama yang telah diambil iaitu dengan meningkatkan kesedaran individu untuk membayar zakat dan menswastakan institusi pungutan dan agihan zakat atau secara ringkasnya pengkorporatan institusi zakat.

Rajah 2 menerangkan kutipan zakat dari tahun 2009 sehingga 2015 bagi negeri Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Kutipan zakat tahunan Pulau Pinang menunjukkan trend yang tidak konsisten dari tahun 2005 sehinggalah tahun 2009. Namun, selepas tempoh krisis dunia

(21)

734 Noor Zeehan Kamsani, Hairunnizam Wahid, Norlin Khalid

2007/2008 iaitu pada tahun 2009, Pulau Pinang menunjukkan peningkatan kutipan zakat setiap tahun.

Berbeza dengan negeri Terengganu yang mempunyai peningkatan zakat dari tahun 2005 sehingga 2013,dan penurunan kecil pada tahun 2014 namun kembali meningkat pada tahun 2015. Manakala Wilayah Persekutuan mempunyai trend peningkatan yang konsisten dari tahun 2005 sehingga 2015.

Trend hasil kutipan zakat tahunan bagi ketiga-tiga negeri pada Rajah 2 juga menunjukkan bahawa hasil kutipan bagi institusi zakat Terengganu adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan hasil kutipan bagi institusi zakat Pulau Pinang walaupun Pulau Pinang merupakan institusi zakat yang dikorporatkan bagi kutipan dan agihan yang mana institusi zakat Terengganu tiada pengkorporatan.

Begitu juga dengan hasil kutipan zakat tahunan Wilayah Persekutuan yang lebih tinggi berbanding Pulau Pinang walaupun hanya mengkorporatkan kutipan zakat sahaja. Hal ini berlaku berkemungkinan oleh kerana faktor populasi pembayar zakat (Muhd Yahya et. al. 2013) dan (Hairunnizam et. al. 2009), pendapatan pembayar zakat (Hairunnizam et. al. 2009), kesedaran pembayar zakat (Hairunnizam et. al.

2007) yang tidak diambil kira bagi kajian ini.

Idea awal bagi konsep anomali ini berdasarkan beberapa kajian lepas (Cross 1973), (French 1980), (Rogalski 1984), suatu pola dalam pulangan saham yang menunjukkan tingkat turun naik yang lebih konsisten menjadi pilihan pelabur atau dengan kata lain, trend yang konsisten menggambarkan satu pasaran saham yang efisien. Dengan mengambil konsep anomali ini, kajian dapat melahirkan satu idea di mana institusi zakat yang mempunyai trend kutipan yang konsisten menjadi kayu ukur terhadap aras kecekapan pengurusan. Berdasarkan jadual 4 dan 5, institusi zakat negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang dikorporatkan mempunyai trend peratusan kutipan zakat bulanan yang lebih konsisten jika dibandingkan dengan jadual 6 yang menujukkan peratusan hasil kutipan zakat bulanan yang tidak konsisten bagi institusi zakat negeri Terengganu yang tiada pengkorporatan. Merujuk kepada rajah 4, 5 dan 6 dan dirumuskan bahawa pengkorporatan institusi zakat dapat meningkatkan kecekapan dari aspek kutipan zakat bulanan secara tidak langsung memberi impak positif terhadap agihan zakat kepada golongan asnaf.

Kajian Razana dan Fazreen (2008) mendapati trend data kutipan bulanan adalah bermusim (seasonal) dan mempunyai kemuncak pada bulan yang tertentu. Walaupun bayaran zakat boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun trend data kutipan zakat bulanan setiap negeri mendapati kemuncak bayaran dilakukan adalah pada bulan Ramadan. Hal ini adalah kerana kewajipan membayar zakat fitrah ke atas individu yang berkemampuan yang tempohnya hanyalah di dalam bulan Ramadan sahaja. Pembayar zakat juga mempunyai gelagat di mana mereka akan membayar zakat pada bulan Disember selain dari bulan Ramadan. Hal ini kerana berlaku kerana mereka ingin mengambil kesempatan pengelakan pembayaran cukai pendapatan bagi individu dan juga perniagaan. Pembayar zakat akan memperoleh rebat ke atas cukai pendapatan di atas pembayaran zakat yang dilakukan. Ini disebabkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya menerima pembayaran zakat pada tahun semasa untuk rebat cukai pendapatan pada tahun berkenaan. Selaras dengan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3): Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib (zakat) dan telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu.

Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan kewujudan dua implikasi penting. Pertama, wujudnya anomali atau ketidakseragaman dalam kutipan zakat bulanan terutamanya pada bulan Ramadan (D1) dan Disember (D2) setiap tahun. Kedua, hasil kajian juga membuktikan bahawa ketiga- tiga negeri yang dikaji ini mempunyai trend kutipan zakat yang sama walaupun berbeza mengikut kategori pengurusan zakat tanpa mengambil kira faktor populasi pembayar zakat, pendapatan bulanan orang Muslim di setiap negeri, dan lain-lain faktor.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Potensi zakat sebagai satu instrumen kewangan di dalam ekonomi negara menuju ke arah negara berpendapatan tinggi perlu dikembangkan serta diperkukuh agar impak zakat bukan sahaja dapat dilihat dari aspek ekonomi sosial masyarakat. Institusi-institusi zakat di setiap negeri perlu lebih kreatif untuk mempelbagaikan medium pembayaran zakat sepanjang tahun serta langkah-langkah proaktif bagi menyediakan pelbagai kemudahan yang canggih dan praktikal dengan mengambil kesempatan kepesatan perkembangan teknologi. Contoh ini dapat di lihat pada inisiatif oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di mana pihak ini telah mengembangkan medium-medium pembayaran semula pinjaman dengan membuka kaunter-kaunter, kiosk-kiosk ataupun lebih dikenali dengan nama PTPTN Mobile sepanjang tahun yang ditempatkan di kawasan tumpuan ramai seperti di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), dan Urban Transformation Centre (UTC) di seluruh negara di mana ianya memudahkan bagi urusan pembayaran.

(22)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-11 2016 735

Institusi-institusi zakat di seluruh negara boleh mencontohi inisiatif ini dengan secara tidak langsung dapat menghapus persepsi masyarakat yang lazimnya hanya menunaikan zakat pada bulan Ramadan dan pada akhir tahun sahaja. Sehubungan dengan itu juga, pihak institusi zakat juga dapat melihat perkara ini sebagai salah satu langkah dalam meningkatkan kutipan zakat dan bukan hanya bergantung pada bulan Ramadan dan Disember sahaja. Selain daripada itu, inisiatif ini juga dapat mengatasi masalah di mana hanya kira-kira dua puluh atau 154,000 orang daripada 400,000 ketua isi rumah yang layak membayar zakat di negeri Selangor menunaikan tanggungjawab tersebut (Utusan Melayu, 2010).

Kajian ini telah mencapai objektifnya di mana telah membuktikan kewujudan anomali kutipan zakat bulanan di negeri-negeri terpilih di Malaysia. Gelagat pembayar zakat khususnya di Malaysia yang lazimnya menunaikan zakat pada bulan Ramadan dan Disember mempengaruhi kebergantungan institusi zakat terhadap dua bulan anomali iaitu bulan Ramadan dan Disember yang memberi kesan negatif ke atas jumlah kutipan tahunan sekiranya institusi zakat hanya bergantung pada dua bulan tersebut.

Namun begitu, kajian ini mempunyai kekangan di mana ini adalah kajian pertama yang dilakukan di dalam konteks anomali zakat dengan berbeza kategori pengurusan institusi zakat yang menyebabkan tiada panduan dari mana-mana rujukan. Semoga kajian yang akan datang dapat mengkaji anomali bulanan zakat mengikut zon-zon negeri di Malaysia dari segi pengurusan institusi zakat itu sendiri sama ada dari segi faktor luaran dan juga dalaman.

KESIMPULAN

Institusi zakat negeri memainkan peranan penting dalam urusan kutipan dan pengagihan hasil zakat kepada golongan asnaf. Pengurusan hasil kutipan dan pengagihan yang efisien adalah penting dalam memastikan kesinambungan bantuan kepada golongan asnaf tidak terjejas disebabkan gelagat pembayar zakat yang cenderung untuk menunaikan zakat pada bulan Ramadan dan akhir tahun.

Institusi zakat negeri di Malaysia menghadapi cabaran dalam mengubah persepsi masyarakat dalam aspek pembayaran zakat yang mana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Kecekapan institusi zakat juga perlu ditonjolkan dengan operasi kutipan yang lebih agresif sepanjang tahun. Di mana perkara ini memerlukan sumber manusia yang bersifat profesional dari aspek pendidikan, pengurusan kewangan, inovasi dan teknologi.

RUJUKAN

Al- Quran

Ab Rahman Azman, Alias Mohammad, & Syed Omar Syed Mohd Najib (2012). Zakat institution in Malaysia: Problems and issues. Global Journal of Al-Thalaqah, 2, 35-42.

Ariel, R. A., (1985). High Stock Returns Before Holidays. Unpublished Working Paper, Department of Finance, Massachusetts Institute of Technology.

Ariel, R. A., (1987). A Monthly Effect in Stock Returns. Journal of Financial Economics, 17, 161-174.

Cross, F. (1973). The behavior of stock prices on Fridays and Mondays. Financial analysts journal, 29(6), 67-69.

Farah Shazwani Ali (2015). Elak Amil Tak Bertauliah. Sinar Harian.

Faridi, F. R. (1983). A Theory of Fiscal Policy in an Islamic State. Fiscal Policy and Resource Allocation in Islam, 27-52.

French, K. R. (1980). Stock returns and the weekend effect. Journal of financial economics, 8(1), 55- 69.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Radiah Abdul Kader (2012). Cadangan penyetempatan pengagihan zakat di Malaysia: Adakah amil sudah bersedia?. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46(2), 17-27.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Radiah Abdul Kader (2008). Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati?. In Proceedings of Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Radiah Abdul Kader (2009). Pengagihan zakat oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. In Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan.

Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, & Hairunnizam Wahid (2011). Ekonomi Islam:Satu Pendekatan Analisis. Penerbit UKM, Bangi.

(23)

736 Noor Zeehan Kamsani, Hairunnizam Wahid, Norlin Khalid

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2001). Panduan Zakat Di Malaysia. JAKIM, Kuala Lumpur.

Kamil Md Idris, Ali, E. I. E., & Ali, J. (2003). The role of intrinsic motivational factors on compliance behaviour of zakat on employment income. Jurnal Pembangunan Sosial, Jilid 6&7, 95-122.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi 2007

Keim, D. B., and R. F. Stambaugh, (1984). A Further Investigation of the Weekend Effect in Stock Returns. Journal of Finance, 39, 819-835.

Lembaga Hasil Dalam Negeri

Lakonishok, J., & Smidt, S. (1988). A Monthly Effect in Stock Returns. Journal of Financial Economics, 18, 161-174.

Md Zyadi Tahir, & Mariani Majid. (1999). Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia. In The Performance of Collection and Distribution of Zakat in Malaysia). In Pancasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di Malaysia (pp. 293-306).

Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohamad Ali Roshidi Ahmad, Azila Abdul Razak, Nurhanie Mahjom (2013). Kepatuhan Membayar Zakat: Analisis Kutipan dan Ketirisan Zakat Fitrah di Selangor. Jurnal Syariah, 21(2), 191-206.

Noor Ghani Md Nor, Abd Razak, & Mohd Ali Mohd Noor (2002). The contribution of Zakat as an Income creating asset in Selangor and Wilayah Persekutuan, Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 36.

Noor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Ahmad, & Ismail, N. (2001). Can Privatization Improve Performance? Evidence from Zakat Collection Institutions. Bengkel Ekonomi Islam. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ram Al Jaffri Saad (2015). GST: Apa Peranan Zakat dan Wakaf. Utusan Melayu

Razana Alwee, Fazreen Abdullah Hashim (2008). Model Peramalan Zakat Harta Menggunakan Rangkaian Neural dengan Perambatan ke Belakang. Jurnal Teknologi Maklumat, 20(2).

Rogalski, R. J. (1984). New findings regarding day‐of‐the‐week returns over trading and non‐trading periods: a note. The Journal of Finance, 39(5), 1603-1614.

Roslah Othman (2010). Hanya 20 Peratus Bayar Zakat. Utusan Melayu.

Sanep Ahmad., Hairunnizam Wahid, & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management Studies (IJMS), 13(2), 175-196.

Sarea, A. (2012). Zakat as a benchmark to evaluate economic growth: An alternative approach.

International Journal of Business and Social Science, 3(18).

RAJAH 1: Kutipan Bulanan Zakat Pada Tahun 2009

Wilayah Persekutuan

Terengganu Pulau Pinang

(24)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-11 2016 737

RAJAH 2: Kutipan Zakat Bagi Tahun 2005-2015 bagi negeri Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan

JADUAL 1: Hasil Kutipan Zakat Bulanan Bagi Negeri Pulau Pinang

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

2005 (RM Juta)

1.62 1.80 1.65 1.37 1.27 1.35 1.91 1.38 2.40 3.63* 1.72 5.48

2006 (RM Juta)

1.50 1.73 1.79 1.46 2.56 1.46 1.85 1.43 1.70 4.65* 2.72 5.22

2007 (RM Juta)

1.98 1.58 1.51 1.24 1.92 2.60 4.41 2.31 3.55 4.83* 1.98 9.24

2008 (RM Juta)

2.99 1.89 3.47 2.68 5.10 2.47 2.16 2.05 6.42* 3.31 2.24 6.84

2009 (RM Juta)

2.45 2.20 4.09 2.69 3.07 3.12 2.64 3.50 6.13* 4.43 2.66 7.91

2010 (RM Juta)

3.48 2.37 2.96 4.90 3.77 2.45 2.49 6.15 5.69* 2.82 3.00 9.87

2011 (RM Juta)

3.19 2.89 5.05 4.81 4.07 3.11 3.04 10.51* 3.54 3.01 3.94 12.12

2012 (RM Juta)

3.04 3.72 4.75 4.13 4.61 4.11 7.01 7.81* 3.64 12.55 3.90 14.04

2013 (RM Juta)

3.22 2.40 4.78 6.78 4.84 5.82 12.11* 6.44 3.70 4.02 4.65 23.32

2014 (RM Juta)

5.22 4.11 5.12 5.31 4.82 5.08 14.30* 6.46 5.77 4.59 4.70 18.71

2015 (RM Juta)

4.76 4.12 8.02 5.63 7.98 8.60 11.13* 4.24 9.69 6.09 5.65 18.42

Sumber: Zakat Pulau Pinang

Nota: *adalah kutipan zakat pada bulan Ramadan

JADUAL 2: Hasil Kutipan Zakat Bulanan Bagi Wilayah Persekutuan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

2005 (RM Juta)

11.05 6.59 7.04 6.82 8.17 6.59 9.65 6.62 8.97 17.86* 11.54 25.84 2006

(RM Juta)

8.40 6.92 9.74 7.62 7.72 12.43 8.04 8.16 10.90 22.48* 12.08 28.80

2007 (RM Juta)

9.90 8.80 9.99 8.13 11.08 8.93 15.68 11.33 16.19 25.53* 10.98 32.66 2008

(RM Juta)

11.72 12.17 17.69 14.38 12.07 9.90 17.15 11.92 32.94* 13.88 11.72 40.72 2009

(RM Juta)

12.96 13.37 21.03 15.30 17.21 14.05 15.85 18.41 33.80* 15.16 15.61 49.21 0.00

100,000,000.00 200,000,000.00 300,000,000.00 400,000,000.00 500,000,000.00 600,000,000.00

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

WP

Terengganu Pulau Pinang

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015

(25)

738 Noor Zeehan Kamsani, Hairunnizam Wahid, Norlin Khalid

2010 (RM Juta)

15.43 16.48 23.35 16.05 19.16 17.49 20.17 25.24 28.62* 21.64 17.80 54.21 2011

(RM Juta)

19.04 17.96 32.50 20.84 27.14 28.46 18.08 49.05* 22.14 22.71 18.82 64.58 2012

(RM Juta)

24.93 22.03 29.10 25.45 25.08 23.69 29.89 52.29* 24.72 25.10 29.52 91.01 2013

(RM Juta)

27.74 23.54 32.26 34.70 30.76 28.93 59.02* 45.78 27.48 28.75 27.43 118.23 2014

(RM Juta)

31.99 28.38 42.09 47.27 36.18 32.03 77.90* 35.50 29.25 35.34 35.17 101.81 2015

(RM Juta)

32.58 29.00 47.47 50.75 44.07 45.14 68.43* 27.10 32.92 34.76 33.64 111.79 Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

Nota: *adalah kutipan pada bulan Ramadan

JADUAL 3: Hasil Kutipan Zakat Bulanan Bagi Negeri Terengganu

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

2005 (RM Juta)

3.21 1.67 2.21 1.48 1.56 2.03 0.84 0.84 1.69 9.84* 6.65 8.34

2006 (RM Juta)

2.42 2.76 1.28 1.42 1.31 0.99 4.24 1.96 1.63 9.85* 7.75 7.26

2007 (RM Juta)

2.97 1.58 2.46 1.79 1.44 2.15 6.85 1.00 4.34 12.53* 4.81 9.51

2008 (RM Juta)

3.73 1.58 4.49 1.91 2.53 4.18 4.68 3.28 15.80* 9.83 3.01 11.18

2009 (RM Juta)

3.51 2.68 2.82 6.10 1.70 3.39 5.63 4.15 19.69* 6.71 4.94 14.25

2010 (RM Juta)

3.75 2.33 3.32 6.37 3.55 1.98 2.62 11.42 17.05* 5.74 3.88 14.43 2011

(RM Juta)

5.91 2.59 2.99 8.83 2.66 3.56 2.73 25.80* 8.66 5.01 3.74 15.81

2012 (RM Juta)

5.47 4.82 6.41 3.36 6.23 2.71 9.63 25.75* 7.79 11.38 3.27 20.26 2013

(RM Juta)

6.18 3.02 5.59 9.98 4.25 10.18 22.96* 18.77 7.82 4.01 4.37 23.74 2014

(RM Juta)

5.85 3.83 4.41 9.56 8.99 9.22 26.78* 11.90 6.43 6.57 4.71 21.87 2015

(RM Juta)

5.86 4.70 5.88 4.45 15.01 10.50 26.15* 6.79 4.29 10.03 4.51 28.48 Sumber: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu

Nota: *adalah kutipan zakat pada bulan Ramadan

JADUAL 4: Peratusan (%) Kutipan Zakat Bulanan Ke Atas Kutipan Zakat Tahunan Bagi Negeri Pulau Pinang

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

2005 6.33 7.05 6.44 5.38 4.99 5.28 7.47 5.39 9.37 14.17* 6.72 21.41 2006 5.36 6.17 6.36 5.22 9.12 5.20 6.59 5.11 6.06 16.54* 9.69 18.58 2007 5.33 4.26 4.06 3.35 5.18 7.00 11.87 6.22 9.57 12.98* 5.33 24.85 2008 7.18 4.55 8.35 6.44 12.25 5.93 5.19 4.93 15.43* 7.95 5.37 16.44 2009 5.46 4.90 9.12 6.01 6.83 6.95 5.88 7.79 13.65* 9.87 5.93 17.62 2010 6.96 4.75 5.93 9.82 7.55 4.90 4.98 12.32 11.40* 5.65 6.00 19.76 2011 5.38 4.87 8.52 8.12 6.87 5.25 5.13 17.73* 5.97 5.08 6.64 20.44 2012 4.15 5.08 6.48 5.63 6.28 5.61 9.56 10.65* 4.96 17.12 5.32 19.15 2013 3.93 2.92 5.82 8.26 5.89 7.09 14.76* 7.85 4.51 4.90 5.66 28.41

(26)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-11 2016 739

2014 6.21 4.88 6.08 6.31 5.72 6.03 16.99* 7.67 6.85 5.45 4.98 22.22 2015 5.04 4.37 8.50 5.97 8.46 9.11 11.80* 4.49 10.27 6.46 5.99 19.53

Sumber: Zakat Pulau Pinang

Nota: *adalah peratusan kutipan pada bulan Ramadan ke atas jumlah zakat tahunan.

(Σ Kutipan bulanan

Σ Kutipan tahunan x 100)

JADUAL 5: Peratusan (%) Kutipan Zakat Bulanan Ke Atas Kutipan Zakat Tahunan Bagi Wilayah Persekutuan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

2005 8.72 5.20 5.56 5.38 6.44 5.20 7.62 5.23 7.08 14.09* 9.10 20.39

2006 5.86 4.83 6.79 5.32 5.39 8.67 5.61 5.70 7.61 15.69* 8.43 20.10

2007 5.85 5.20 5.90 4.80 6.55 5.28 9.27 6.70 9.57 15.09* 6.49 19.30

2008 5.68 5.90 8.58 6.97 5.85 4.80 8.31 5.78 15.97* 6.73 5.68 19.74

2009 5.36 5.53 8.69 6.32 7.11 5.81 6.55 7.61 13.97* 6.26 6.45 20.34

2010 5.60 5.98 8.47 5.82 6.95 6.34 7.32 9.16 10.38* 7.85 6.46 19.67

2011 5.58 5.26 9.52 6.10 7.95 8.34 5.30 14.37* 6.49 6.65 5.52 18.92

2012 6.19 5.47 7.22 6.32 6.23 5.88 7.42 12.98* 6.14 6.23 7.33 22.59

2013 5.72 4.86 6.66 7.16 6.35 5.97 12.18* 9.45 5.67 5.93 5.66 24.40

2014 6.00 5.33 7.90 8.87 6.79 6.01 14.62* 6.66 5.49 6.63 6.60 19.10

2015 5.84 5.20 8.51 9.10 7.90 8.10 12.27* 4.86 5.90 6.23 6.03 20.05

Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

Nota: *adalah peratusan kutipan zakat pada bulan Ramadan ke atas jumlah zakat tahunan.

(Σ Kutipan bulanan Σ Kutipan tahunan x 100)

JADUAL 6: Peratusan (%) Kutipan Zakat Bulanan Ke Atas Kutipan Zakat Tahunan Bagi Negeri Terengganu

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

2005 7.95 4.14 5.47 3.66 3.87 5.03 2.09 2.07 4.19 24.38* 16.47 20.66

2006 5.65 6.44 2.99 3.32 3.05 2.30 9.90 4.58 3.79 22.97* 18.07 16.93

2007 5.78 3.07 4.78 3.48 2.79 4.18 13.32 1.95 8.44 24.36* 9.36 18.49

2008 5.64 2.38 6.79 2.89 3.82 6.31 7.08 4.96 23.87* 14.84 4.55 16.89

2009 4.64 3.54 3.74 8.07 2.25 4.49 7.45 5.49 26.06* 8.88 6.54 18.85

2010 4.90 3.05 4.34 8.33 4.64 2.59 3.43 14.94 22.30* 7.51 5.08 18.88

2011 6.70 2.94 3.38 10.00 3.01 4.03 3.10 29.22* 9.80 5.68 4.24 17.91

2012 5.11 4.50 5.98 3.14 5.82 2.53 8.99 24.05* 7.28 10.62 3.06 18.92

2013 5.11 2.50 4.62 8.26 3.52 8.42 19.00* 15.53 6.47 3.32 3.62 19.64

2014 4.87 3.19 3.67 7.96 7.49 7.68 22.29* 9.91 5.35 5.47 3.92 18.20

2015 4.63 3.71 4.64 3.52 11.86 8.29 20.65* 5.36 3.38 7.92 3.56 22.49

Sumber: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu

Nota: *adalah peratusan kutipan zakat pada bulan Ramadan ke atas jumlah zakat tahunan (Σ Kutipan bulanan

Σ Kutipan tahunan x 100)

(27)

740 Noor Zeehan Kamsani, Hairunnizam Wahid, Norlin Khalid

JADUAL 7: Regresi Kutipan Bulanan Zakat Ke Atas Bulan Ramadan Dan Disember Bagi Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Pembolehubah Nilai Koefisien Probability

D1 0.371023* 0.0421

D2 1.097866* 0.0000

Konstan 16.74781* 0.0000

R-squared 0.232896 Adjusted R-squared 0.221003 F-statistic 19.58252 Prob(F-statistic) 0.000000

Nota: Berasaskan model Y = α0 + α1D1 + α2D2 + ε ; Di mana: Y adalah kutipan zakat bulanan,

D1 adalah Dami bulan Ramadan; dan D2 adalah Dami bulan Disember * signifikan pada aras keertian 5 %

JADUAL 8: Regresi Kutipan Bulanan Zakat Ke Atas Bulan Ramadan Dan Disember Bagi Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Pemboleh ubah Nilai Koefisien Probability

D1 0.479578* 0.0080

D2 1.148956* 0.0000

Konstan 15.02616* 0.0000

Nota: Berasaskan model Y = α0 + α1D1 + α2D2 + ε ; Di mana: Y adalah kutipan zakat bulanan,

D1 adalah Dami bulan Ramadan; dan D2 adalah Dami bulan Disember * signifikan pada aras keertian 5 %

JADUAL 9: Regresi Kutipan Bulanan Zakat Ke Atas Bulan Ramadan Dan Disember Bagi Pusat Urusan Zakat Terengganu, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

Pemboleh ubah Nilai Koefisien Probability

D1 0.758757* 0.0013

D2 1.248454* 0.0000

Konstan 15.24584* 0.0000

Nota: Berasaskan model Y = α0 + α1D1 + α2D2 + ε ; Di mana: Y adalah kutipan zakat bulanan,

D1 adalah Dami bulan Ramadan; dan D2 adalah Dami bulan Disember * signifikan pada aras keertian 5 %

R-squared 0.263116

Adjusted R-squared 0.251692

F-statistic 23.03075

Prob(F-statistic) 0.000000

R-squared 0.223274

Adjusted R-squared 0.211232

F-statistic 18.54087

Prob(F-statistic) 0.000000

Pusat Pengajian Ekonomi, http://www.ukm.my/fep/perkem/perkem2016 lam Jurnal Ekonomi Malaysia. J www.ukm.my/fep/perkem. http://www.ukm.my/fep/perkem/perkem2016/

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Maka faktor yang telah diberi nama akan dimasukkan ke dalam model regresi logistik sebagai pembolehubah bebas (independent variable) beserta faktor lain seperti

11 Faktor Penentu Kejayaan Perniagaan dalam Kalangan Usahawan Orang Asli: Kajian Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan Mohd Naim Abd Karim, Mohd Fadzli Che

Justeru, objektif kajian ini ialah seperti berikut: (1) menganalisis kecenderungan pilihan aliran pendidikan antara aliran akademik dengan aliran kemahiran dalam kalangan asnaf

Jika jumlah kutipan meningkat, amaun zakat yang diagihkan kepada fakir miskin akan meningkat dan ini akhirnya akan memberi kesan positif kepada asnaf zakat dalam

Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan keizinan-Nya Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat disempurnakan

Justeru, objektif utama daripada kajian ini adalah untuk menyelidiki sejauh mana pihak LZS berperanan dalam membantu golongan asnaf al ghramin perubatan yang

Hasil kajian juga mendapati tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan responden terhadap saluran pembayaran zakat pendapatan yang betul dan tepat iaitu membayar pada saluran formal

Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan keizinan-Nya Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat disempurnakan