• Tiada Hasil Ditemukan

DOKUMEN SEBUTHARGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "DOKUMEN SEBUTHARGA "

Copied!
22
0
0

Tekspenuh

(1)

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SEPANG

DOKUMEN SEBUTHARGA

JPS/N/SG/B13/17/2021(SH)

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA MENGOREK PARIT TANAH DI PARIT D, PARIT E, DAN PARIT LINTANG D-E SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG LABU LANJUT BAHAGIAN UTARA, MUKIM LABU, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Jurutera Daerah

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Sepang

(2)

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SEPANG

JPS/N/SG/B13/17/2021(SH)

TAJUK KERJA :

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA MENGOREK PARIT TANAH DI PARIT D, PARIT E, DAN PARIT LINTANG D-E SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG LABU LANJUT BAHAGIAN UTARA, MUKIM LABU, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

JADUAL KANDUNGAN

Bil. Butiran Muka Surat

1 2 3 4

5

6

Kenyataan Sebutharga

Dokumen A – Arahan Kepada Penyebutharga Dokumen B – Syarat-Syarat Sebutharga Dokumen C – Borang Sebutharga

Surat Akuan Pembida ( Lampiran C) Dokumen D – Dokumen-Dokumen Sokongan i) Senarai Kerja Yang Telah Disiapkan ii) Senarai Kerja Dalam Tangan

iii) Surat Akuan Pembida Berjaya

Senarai Pelan

(i) – (ii) A/1 – A/4 B/1 – B/5

C/1-C/3 C/4-C/5

D/1 D/2 D/3

-

(3)

DOKUMEN A __________________________________________________________________

Arahan Kepada Penyebutharga

(4)

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

1.0 Hak Kerajaan Untuk Menerima/Menolak Sebutharga

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.

2.0 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga

2.1 Penyediaan Sebutharga

Penyebutharga adalah diwajibkan mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya;

a) Ringkasan Sebutharga perlu diisi sepenuhnya dan ditandatangani oleh penyebutharga.

b) Borang Sebutharga perlu diisi dengan menyatakan harga secara pukal (Lump Sum) dan tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja. Borang ini perlu ditandatangani oleh penyebutharga dan saksinya.

c) Pegawai yang menandatangani Ringkasan Sebutharga dan Borang Sebutharga ini hendaklah Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

d) Butir-butir Spesifikasi (jika ada), e) Senarai Kerja Dalam Tangan f) Senarai Pengalaman Kerja

g) Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk penyata akaun bank untuk 3 bulan yang terkini, deposit tetap, baki nilai kemudahan kredit dan nilai kemudahan kredit yang layak/akan diperolehi oleh penyebutharga daripada institusi kewangan.*

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Penyebutharga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

* Bagi kerja melebihi RM200,000.00 (Kelas E) sahaja.

A/1

(5)

2.2 ‘Integrity Pact’

a) Penyebutharga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Dokumen D1 di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagi sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.

b) Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian sebutharga peringkat pertama. Sekiranya pembida gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah ditandatangani oleh pegawai Syarikat yang bertauliah, pembida tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian peringkat pertama (gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak akan dilaksanakan.

c) Kontraktor yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Dokumen D2 beserta dengan Borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Suart Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Sebutharga.

2.3 Penyerahan Dokumen Sebutharga

a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan Sebutharga ………. serta tajuk Sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Kenyataan Sebutharga.

b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Kontraktor hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan atas sebab apa sekalipun, tidak akan dipertimbangkan.

2.4 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebutharga boleh menghubungi pegawai kami di

talian 03-……….. Bahagian………./ Daerah

………..untuk penjelasan lanjut.

** nyatakan nama pegawai dan alamat pejabat yang mengeluarkan Sebutharga

A/2

JPS/N/SG/B13/17/2021(SH)

87053970 Sepang

(6)

3.0 Ringkasan Sebutharga

3.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

3.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.

4.0 Tempoh Siap Kerja ***

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi ……..minggu/bulan.

5.0 Perbelanjaan Penyediaan Sebutharga

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.

6.0 Tempoh Sah Sebutharga

Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebutharga.

Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sebutharga.

7.0 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

Semua penyebutharga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para penyebutharga diberi peringatan berikut:

7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau 6ember, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat adua dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

*** masukkan tempoh maksima yang dibenarkan untuk menyiapkan kerja

A/3

8

(7)

7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.4 Mana-mana kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

A/4

(8)

DOKUMEN B

Syarat-syarat Sebutharga

(9)

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA 1.0 Pemeriksaan Tapakbina

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2.0 Bon Pelaksanaan*, Insurans dan Perkeso

2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan* sebanyak 5%

daripada nilai sebutharga dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, jaminan Insurans atau Jaminan Takaful atau memilih Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak 5% daripada nilai sebutharga.

2.2 Kontraktor hendaklah atas nama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insuran Tanggungan Awam dengan nilai minimum sebanyak _____________ bagi setiap kemalangan dan Insuran Kerja* (sekiranya dinyatakan dalam butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan kerja ini. Kontraktor juga hendaklah mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.

2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKES0 yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja, Nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi Insurans selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 8.1(e) Syarat-syarat ini.

3.0 Peraturan Pelaksanaan Kerja

3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, Pelan- pelan, Butir-butir Kerja dalam Ringkasan Sebutharga, Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga dan Arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

*3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di pasal 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan, undang- undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh :

(i) Suruhanjaya Tenaga

(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan

(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik (iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat

(v) Pihak Berkuasa Tempatan

* keluarkan jika tidak berkenaan

B/1

(10)

4.0 Sub-Sewa Dan Penyerahan Hak

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

5.0 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai Inden.

5.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja- kerja yang tidak menepati Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

5.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

5.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan Pegawai Inden secara bertulis.

6.0 Bayaran Cukai Di Bawah Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan 2014

6.1 Penyebutharga hendaklah menawarkan harga Sebutharga tanpa mengambil kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 ( Goods and Services Tac Act 2014 – Akta GST 2014)(selepas ini di rujuk sebagai Harga Sebutharga tanpa GST). Meskipun demikian penyebutharga masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam Harga Sebutharga tanpa GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang- undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan pelaksanaan kerja.

6.2 Penyebutharga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup Sebutharga.

Untuk tujuan itu, satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berserta dengan nombor pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan Dokumen Sebutharga pada tarikh tutup Sebutharga.

6.3 Penyebutharga yang berjaya hanya akan dikeluarkan Surat Setujuterima/

Borang Inden Kerja Sebutharga berdasarkan Harga Sebutharga termasuk kenaan GST dengan syarat telah berdaftar di bawah Akta GST 2014.

6.4 Penyebutharga yang mengistiharkan tidak dikenakan cukai dibawah Akta GST, namun akan menjadi Kontraktor yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, maka Kontraktor hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Jabatan berkenaan perubahan status pendaftaran permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST yang akan dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.

B/2

(11)

7.0 Ringkasan Sebutharga

7.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan Pegawai Inden tentang kemunasabahannya.

Apa-apa pelarasan kepada harga dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga hendaklah tetap tidak berubah.

7.3 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambilkira semua kos termasuk pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.

7.4 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan atau pelarasan harga dibuat akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan, duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

7.5 Sekiranya sebutharga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebutharga diselaraskan.

8.0 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga

Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebutharga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

9.0 Bayaran Pendahuluan (Jika sebutharga melebihi RM200,000 sehingga RM500,000)

Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000 yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:-

i) Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000 sehingga RM500,000.

ii) Tempoh siap kerja tidak kurang daripada 3 bulan.

iii) Permohonan daripada kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Inden dikeluarkan.

iv) Polisi insurans telah dikemukakan oleh kontraktor.

v) Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh kontraktor samada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan hendaklah sama dengan nilai bayaran pendahuluan yang dipohon.

B/3

(12)

10.0 Bayaran Balik Pendahuluan (Jika sebutharga melebihi RM200,000 sehingga RM500,000)

Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan. Potongan akan mula dibuat setelah kemajuan kerja mencapai 25% dan semua bayaran balik hendaklah selesai semasa projek siap pada tahap 75%.

11.0 Bayaran Kerja

Bayaran atas kerja yang telah dilaksanakan akan dibuat seperti berikut:-

(i) Bayaran sepenuhnya iaitu setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurna dan menyerahkan Inden Kerja Asal; atau

(ii) tempoh siapnya melebihi satu (1) bulan tetapi tidak melebihi dua (2) bulan.

Bayaran pertama akan dibuat apabila kemajuan kerja mencapai sekurang- kurangnya 50% dari nilai Sebutharga atau satu (1) bulan, yang mana lebih awal. Manakala bayaran kedua adalah merupakan bayaran akhir; atau (iii) Bagi Sebutharga yang tempoh penyiapannya melebihi dua (2) bulan,

bayaran kemajuan secara Bayaran Interim akan dibuat sehingga semua kerja disiapkan. Bayaran terakhir kepada kontraktor hendaklah dianggap sebagai perakuan bayaran muktamad kepada kontraktor atas keseluruhan kerja yang telah dilaksanakan.

12.0 Kerja Perubahan

12.1 Pegawai Inden boleh mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini.

12.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.

13.0 Lanjutan Masa (Jika sebutharga melebihi RM200,000 sehingga RM500,000) Sekiranya kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan, Lanjutan Masa boleh diberikan kepada kontraktor tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Sebutharga dan sebab kelewatan bukan berpunca daripada kelewatan di pihak kontraktor.

B/4

(13)

14.0 Tempoh Tanggungan Kecacatan

Tempoh Tanggungan Kecacatan ialah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Pada bila-bila masa di dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan, Kontraktor hendaklah membaiki sebarang kecacatan, ketidaksempurnaan,

kekecutan atau apa-apa kerosakan lain yang disebabkan oleh bahan, barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati spesifikasi di atas perbelanjaannya sendiri setelah dimaklumkan oleh Pegawai Inden.

15.0 Penamatan Perlantikan Kontraktor

15.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:

a) Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja, tanpa sebab yang munasabah.

b) Sekiranya Kontraktor gagal menyiapkan Kerja pada tarikh siap kerja atau dalam tempoh lanjutan masa yang diberikan.

c) Kemajuan Kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

d) Penggantungan perlaksanaan keseluruhan atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

e) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan

f) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

15.2 Sekiranya perlantikan Kontraktor ditamatkan, pengesyoran untuk tindakan tatatertib oleh Pusat Khidmat Kontraktor akan dibuat terhadap Kontraktor.

16.0 Pematuhan Kepada Undang-Undang

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan akibat pematuhan syarat ini.

B/5

(14)

DOKUMEN C

Borang Sebutharga

(15)

BORANG SEBUTHARGA

No. Sebutharga : JPS/N/SG/B13/17/2021(SH)

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Sepang, No. 27, Jalan 4, Medan 120,

Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang

Selangor Darul Ehsan.

(Pejabat yang memanggil Sebutharga)

Tuan,

Sebutharga Untuk :

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA MENGOREK PARIT TANAH DI PARIT D, PARIT E, DAN PARIT LINTANG D-E SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG LABU LANJUT BAHAGIAN UTARA, MUKIM LABU, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Bil Butir-Butir Kerja Unit Kuantiti kadar Amaun

1.0

2.0

3.0

KERJA-KERJA AWALAN

Menyediakan segala peralatan, jentera, bahan, tenaga pekerja dan sebagainya untuk menjalankan kerja-kerja berikut :-

Menyediakan insurans kerja, Workmen Compensation dan Public Liability.

Mobilasi jentera dan peralatan yang diperlukan bagi kerja di tapak bina dan demobilasi jentera dan peralatan selepas siap kerja.

Kerja-kerja pembersihan tapak sebelum, semasa dan selepas pembinaan menurut arahan Pegawai Penguasa.

L/S

L/S

L/S

JUMLAH DIBAWA KEHADAPAN

(16)

Bil Butir-Butir Kerja Unit Kuantiti kadar Amaun

JUMLAH DIBAWA

PUSINGAN KE-DUA (2)

BULAN OGOS 2021 – NOV 2021

KERJA-KERJA MENGOREK DAN MENCUCI PARIT

Membekal semua pekerja, alat-alat jentera serta bahan yang perlu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan mengorek dan mencuci semula parit-parit termasuk kerja- kerja pembersihan pembentung ‘crossing culvert’ yang terlibat disepanjang jajaran parit serta merata sisa korekan pada tebing parit dan kerja berkaitan mengikut Arahan Pegawai Penguasa.

PARIT D PARIT E

PARIT LINTANG D-E

KERJA-KERJA MENYELENGGARA FLAP- GATE SEDIA ADA.

Membekal semua pekerja, alat-alat jentera serta bahan yang perlu untuk menyelenggara dan membersih pembentung-pembentung serta Flap-Gate yang terdapat di Parit D, Parit E dan Parit D-E sebanyak 31 bilangan mengikut penentuan kerja oleh Pegawai Penguasa.

LAPORAN BERGAMBAR

Menyediakan laporan bergambar kerja sebelum, semasa dan selepas sebanyak dua(2) set dalam bentuk ‘hardcopy dan dua(2) set dalam bentuk ‘softcopy’ mengandungi 36 keping gambar setiap laporan dan hendaklah mengambil dilokasi yang sama sebelum, semasa dan selepas kerja.

M M M

Bil

Set

4200 2800 920

31

4

JUMLAH KESELURUHAN

(17)

Bil Butir-Butir Kerja Unit Kuantiti kadar Amaun

4.0

4.1

4.2

JUMLAH DIBAWA

PUSINGAN PERTAMA (1)

BULAN APRIL 2021 – JULAI 2021

KERJA-KERJA MENGOREK DAN MENCUCI PARIT

Membekal semua pekerja, alat-alat jentera serta bahan yang perlu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan mengorek dan mencuci semula parit-parit termasuk kerja- kerja pembersihan pembentung ‘crossing culvert’ yang terlibat disepanjang jajaran parit serta merata sisa korekan pada tebing parit dan kerja berkaitan mengikut Arahan Pegawai Penguasa.

PARIT D PARIT E

PARIT LINTANG D-E

KERJA-KERJA MENYELENGGARA FLAP- GATE SEDIA ADA.

Membekal semua pekerja, alat-alat jentera serta bahan yang perlu untuk menyelenggara dan membersih pembentung-pembentung serta Flap-Gate yang terdapat di Parit D, Parit E dan Parit D-E sebanyak 31 bilangan mengikut penentuan kerja oleh Pegawai Penguasa.

M M M

Bil

4200 2800 920

31

JUMLAH DIBAWA KEHADAPAN

(18)

DOKUMEN C

Borang Sebutharga

BORANG SEBUTHARGA

No. Sebutharga : JPS/N/SG/B13/17/2021(SH)

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Sepang, No. 27, Jalan 4, Medan 120,

Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang,

Selangor Darul Ehsan.

(Pejabat yang memanggil Sebutharga)

Tuan,

Sebutharga Untuk :

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA MENGOREK PARIT TANAH DI PARIT D, PARIT E, DAN PARIT LINTANG D-E SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG LABU LANJUT BAHAGIAN UTARA, MUKIM LABU, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Di bawah yang tertakluk kepada Sebutharga dan Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia :

(RM )

2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dengan sempurna dan memuaskan dalam masa 8 BULAN dari tarikh mula kerja seperti yang ditetapkan.

Bertarikh pada ……… haribulan ……… 20 ………

……….. ……….

(Tandatangan Pentender) (Tandatangan Saksi)

Nama Penuh : ……… Nama Penuh : ………

No. K/P : ………... No. K/P : ………

Alamat : ………. Alamat :………

………... ..………...………

Atas sifat : ……….

...………...……...

………

Meteri atau Cop Syarikat

C/4

(19)

Lampiran C

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA MENGOREK PARIT TANAH DI PARIT D, PARIT E, DAN PARIT LINTANG D-E SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG LABU LANJUT BAHAGIAN UTARA, MUKIM LABU, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

JPS/N/SG/B13/17/2021(SH)

Saya, _____________________________ nombor K.P _______________ yang mewakili _______________________________________________________ nombor Pendaftaran __________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SEPANG atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SEPANG atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

__________________________

Nama : No. KP:

Cop Syarikat :

Catatan : i) * Potong mana yang tidak berkaitan

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

(Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

(20)

C/5

DOKUMEN D

________________________________________________________

Dokumen-Dokumen Sokongan SENARAI KERJA YANG TELAH DISIAPKAN

Nama Projek Jabatan / Agensi Yang Mengawasi

Projek

Harga Tempoh Tarikh Siap Sebenar

D/1

(21)

SENARAI KERJA DALAM TANGAN Nama Projek Jabatan/Agensi

Yang Mengawasi Projek

Harga Tarikh Mula Tarikh Siap

D/2

Lampiran D

(22)

SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA Bagi

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA MENGOREK PARIT TANAH DI PARIT D, PARIT E, DAN PARIT LINTANG D-E SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG LABU LANJUT BAHAGIAN UTARA, MUKIM LABU, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

JPS/N/SG/B13/17/2021(SH)

Saya, _____________________________ nombor K.P _______________ yang mewakili _______________________________________________________ nombor Pendaftaran __________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SEPANG atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SEPANG atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

________________________

Nama : No. KP:

Cop Syarikat :

Catatan : i) * Potong mana yang tidak berkaitan

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

D/3

(Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

12.1 Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja sebutharga ini adalah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. 12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk

11.1 Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja sebutharga ini adalah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. 11.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk

Selepas kerja-kerja pembersihan kawasan, kontraktor dikehendaki memasukkan segala sampah, rumput-rumput dan dedaun ke dalam beg plastik dan dibawa keluar dari kawasan kerja dan

11.1 Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja sebutharga ini adalah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. 11.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk

Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari

12.1 Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja sebutharga ini adalah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. 12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk