• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 417 - Kesusasteraan Baru Berbahasa Inggeris dari Asia Pasifik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 417 - Kesusasteraan Baru Berbahasa Inggeris dari Asia Pasifik"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003

Februari/Mac 2003

JMK 417 - Kesusasteraan Baru Berbahasa Inggeris dari Asia Pasifik

Masa: 3 jam

Sila pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat bertaip sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Gunakan Buku Jawapan yang disediakan, dan tuliskan angka giliran anda yang betul di atas borang kehadiran & ruang yang disediakan.

Anda perlu menjawab TIGA (3) soalan kesemuanya.

Pilih dan jawab SATU (1) soalan daripada Bahagian A dan mana-mana DUA (2) soalan daripada Bahagian B.

Anda dibenarkan membawa pulang kertas soalan ini di akhir tempoh Peperiksaan.

(2)

2

Bahagian A (Jawab SATU soalan daripada Bahagian ini)

(100 markah)

(100 markah) [JMK 417]

Pilih dan jawab SATU (1) soalan daripada Bahagian A dan mana-mana DUA (2) soalan daripada Bahagian B :

1 . ". . .(pertumbuhan) `Sastera Baru Berbahasa Inggeris' di rantau Asia Pasifik bukanlah suatu fenomena yang `natural' tetapi telah `dipaksakan' ke atas masyarakat tempatan oleh Penjajah, dan melahirkan golongan penulis- cendekiawan yang merasa `tersisih' dan `terbuang'." Bincangkan pendapat ini secara kritis, dan sejauh manakah makalah-makalah dalam buku berjudul Rasa Terbuang menyokong pendapat yang dipetik di sini.

2. Zawiah Yahaya, dalam bukunya berjudul Resisting Colonial Discourse (1994), telah berusaha membangunkan satu `pendekatan kritikan baru' dan menolak

`kaedah lama' yang menanggapi `manusia dari kawasan yang dijajah' dari kacamata dan perspektif si Penjajah. Huraikan tentang `pendekatan kritikan baru' dan `wacana' yang dimaksudkan oleh Zawiah Yahaya itu.

3. Dalam antologi The Australian Short Story; An Anthology from the 1890s to the1980s (Edited by Laurie Hergenhan), beberapa orang penulis `mewakili' golongan dan period masing-masing. Bincangkan sejauh manakah tema-tema utama yang digarap dalam cerpen-cerpen mereka itu "mencerminkan dan mewakili" kecenderungan dan/atau pemikiran tertentu dalam period-period berkenaan.

(100 markah)

(3)

3-

Bahagian B (Jawab QUA soalan daripada Bahagian ini.)

000000000

[JMK 417]

4. "Sesetengah karya Sastera Baru Berbahasa Inggeris dari Filipina (Philippines) berusaha menampilkan persoalan dan terra yang `sejagat' sungguh pun berpijak di bumi setempat." Bincangkan pendapat ini dengan merujuk kepada sama ada novel A Season of Grace oleh M.V.M. Gonzales atau A Blade of Fern oleh Edith L.

Tiempo.

(100 markah)

5 . Merujuk kepada sama ada novel Scorpion Orchid atau novel Green is the

Colour oleh Lloyd Fernando, dan berpandukan pendekatan E. M. Forster (dalam Aspek-Aspek Novel), kenal pasti dan susun aturkan mengikut keutamaan (prioritise) aspek-aspek yang menarik atau menonjol dalam novel tersebut, dan bincangkan tentang penggunaan unsur-unsur `pewarnaan setempat' (local colour) di dalamnya.

(100 markah)

6. Merujuk kepada sama ada novel The Return atau novel In a Far Country oleh K.S. Maniam, dan berpandukan pendekatan E. M. Forster (dalam Aspek-Aspek Novel), kenal pasti dan susun aturkan mengikut keutamaan (prioritise) aspek- aspek yang menarik atau menonjol dalam novel tersebut, dan bincangkan tentang penggunaan unsur-unsur `pewamaan setempat' (local colour) di dalamnya.

(100 markah)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

[Semakin fasih Ravi bertutur dalam bahasa Inggeris, semakin hilanglah keupayaan Naina bertutur, sehingga dia seolah-olah menjadi bisu atau bertutur dengan menggunakan bahasa

USM PULAU PINANG, 15 April 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima mesin NMR700 MHz yang merupakan pembelian unik bersama untuk kali pertamanya antara

[Huraikan tentang idea dilema moral dalam manusia berlawanan dengan naluri haiwan dalam The Woman Who Had Two Navels karya Nick Joaquin.]..

Menurut Profesor lenaga Saburo, Perang Pasifik (1931-45) tidak merupakan perang pembebasan bagi negara-negara Asia tetapi merupakan perang

cetakan berbahasa Inggeris ada kaitannya dengan perjalanan pentadbiran Inggeris itu sendiri. Usaha tersebut kemudian telah diteruskan pula oleh Thomas Beighton

[Merujuk kepada DUA buah negara ASEAN ATAU Asia Pasifik, bincangkan transformasi ekonomi yang dialami oleh negara tersebut selepas kemerdekaan dan kesannya kepada sektor

[Merujuk kepada DUA buah negara ASEAN ATAU Asia Pasifik, bincangkan transformasi ekonomi yang dialami oleh negara tersebut selepas kemerdekaan dan kesannya kepada

“Tamadun Jepun menampakkan gabongan antara pengaruh Cina, Siberia, Asia Tengah dan kepulauan Pasifik dengan elemen tempatan.” Bincangkan pembentukan tamadun Jepun sebelum abad