• Tiada Hasil Ditemukan

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KOR SISPA KUKUH JATI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KOR SISPA KUKUH JATI"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

KUBANG KERIAN, 22 November 2015 - Seramai 30 orang pelatih dari Kor Sispa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah mengadakan program komuniti bersama anak-anak yatim dan pengukuhan jati diri bertempat di Kem Sri Telong, Bachok Kelantan.

Program yang digerakkan oleh para pelajar ini memilih Rumah Anak – Anak Yatim Salimah yang ditubuhkan sejak tahun 2007 adalah atas dasar keprihatinan mereka untuk merasai, menyelami dan mendekati 50 orang penghuni yang kurang bernasib baik ini kerana dikalangan mereka terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin yang berumur 6 hingga 17 tahun.

Selain itu juga, melalui Program Tautan Kasih ini, para peserta dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka, meningkatkan keyakinan diri serta mewujudkan perasaan bertanggungjawab dan berbakti kepada masyarakat sekeliling dan mereka yang memerlukan.

Anak-anak yatim ini juga didedahkan dengan pembelajaran cara-cara memadam kebakaran serta latihan menyelamat asas.

Bagi Penyelia rumah anak yatim tersebut, Ustaz Azhar Mohd Hassim, pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para penghuni antaranya ceramah motivasi, sukaneka berkumpulan, pertandingan mewarna, kuiz dan sembang santai bersama para penghuni telah menyentuh hati anak-anak yatim ini.

Secara sukarela, pelatih Kor Sispa ini memberi motivasi kepada anak-anak ini dari segi akademik, pembangunan rohani dan jasmani, keperluan harian, serta pembangunan bakat sentiasa diberi keutamaan.

"Ini adalah sikap yang amat terpuji dan dituntut oleh agama," katanya lagi.

Para pelatih Kor Sispa turut didedahkan  dengan latihan survivor untuk menghadapi cabaran masa hadapan sekiranya perlu berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka untuk berdikari.

Aktiviti lain sepanjang program dua hari itu termasuklah ‘Experiental Learning’, kelas asas ikatan simpulan tali, dan pelbagai lagi.  

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KOR SISPA KUKUH JATI

23 DIRI

NOV

(2)

Program ini juga bertujuan melahirkan modal insan yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani dan berintelaktual dalam menyelesaikan tugasan serta cabaran yang diberikan dalam setiap aktiviti yang disediakan.

Yang turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Bersekutu JPAM USM Kampus Kesihatan yang diketuai oleh Mejar Bersekutu (PA) Mohamad Shahruddin dan Mejar Bersekutu (PA) Hafidz Asaad Zakaria.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan

Foto : Lt. M (PA) Muhammad Fandi Yazid

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Anak-anak pula tidak mampu untuk membawa ibu bapa yang telah tua untuk tinggal dengan mereka di tempat baru kerana rumah sempit, masa untuk bersama kurang dan tidak

Anak-anak pula tidak mampu untuk membawa ibu bapa yang telah tua untuk tinggal dengan mereka di tempat baru kerana rumah sempit, masa untuk bersama kurang dan tidak

Kami seterusnya menjemput Encik Kamarul sebagai wakil daripada Kolej PERMATApintar Negara untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya memberi wang hasil kutipan dana

Tambah beliau, program jangka masa panjang itu turut dibuat dengan harapan untuk melihat persekitaran yang baik dapat melahirkan warga rumah anak yatim cemerlang

Tambahnya lagi, dana yang diperolehi oleh Rumah Anak Yatim Ummu Salamah dalam menguruskan anak-anak ini hanyalah melalui bantuan orang ramai dan sumbangan yang diberi oleh

Norzila Zakaria dalam Program Seminar Keibubapan Anak-anak Berkeperluan Khas berkata, setiap ibu bapa mengharapkan anak yang dilahirkan sempurna dan sihat, namun tidak ada

Program IMD yang merupakan singkatan kepada Ilmu Mengubah Destini Anak Bangsa 2015 adalah merupakan satu program tanggungjawab sosial yang diuruskan oleh pihak pengurusan

Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan HEJIM pada tahun ini ialah Program Khidmat Masyarakat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Pondok Penyayang Al-Raudhah yang diadakan bersama