• Tiada Hasil Ditemukan

USM ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PESAKIT PENING DAN STROK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PESAKIT PENING DAN STROK"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 20160205

KUBANG KERIAN, 4 Februari 2016 – Universiti Sains Malaysia melalui Unit Keseimbangan Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pesakit Pening Dan Strok melalui terapi solat.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga kerja kesihatan mengenai modul BAL Ex, BAL Ex Stroke dan BAL Ex Physio yang mana ianya merupakan latihan keseimbangan badan yang dicipta oleh beberapa penyelidik USM.

Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Madya Dr.

Wan Rosli Wan Ishak berkata, modul yang dihasilkan ini mampu memberi manfaat kepada para pesakit seluruh Malaysia dan ahli-ahli perubatan yang terlibat.

IMG 20160205 WA0007

"Modul ini menyediakan teknik latihan fizikal bagi meransang otak pesakit yang mempunyai masalah pening untuk pulih sepenuhnya dan yang lebih menarik adalah modul ini turut menekankan kepada terapi solat di dalamnya," katanya ketika merasmikan bengkel tersebut.Tambah Wan Rosli, penciptaan produk seperti BAL Ex Stroke dan BAL Ex Physio ini telah pun diuji, dinilai dan terbukti secara kefungsiannya melalui pengiktirafan yang diterima di peringkat antarabangsa yang memenangi beberapa pingat emas.

Wan Rosli juga turut berharap agar program sebegini boleh diterjemahkan dalam bentuk penjanaan kewangan pada satu hari nanti kerana dengan penciptaan produk inovasi sebegini boleh dilesenkan untuk dijual dan pada masa yang sama, penganjuran program sebegini juga boleh menjana pendapatan kepada Universiti.

IMG 20160205 WA0008

Sementara itu, Penyelia Jururawat, Asiah Daud, 56, berkata beliau telah menghidap sakit pening selama lima tahun dan sering bergantung kepada pengambilan ubat sebagai kaedah rawatan.

"Saya mengikuti bengkel ini kerana ingin mendapatkan maklumat lanjut rawatan latihan fizikal khusus untuk merawat sakit pening kepala dan amat berharap usaha ini akan membuahkan hasil dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan," katanya.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USM ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PESAKIT PENING DAN STROK

04 FEB

(2)

 

Bagi Jururawat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Nor Zarinah Nawawi, 30, memberitahu bahawa tiga atau empat hari dalam seminggu, dia diserangi oleh penyakit pening dan bergantung sepenuhnya kepada pengambilan ubat.

"Sebelum ini, saya tidak pernah dengar tentang rawatan senaman fizikal mampu merawat penyakit pening, setelah hadir program hari ini baru sedar yang adanya rawatan sebegini ditawarkan di Hospital USM. Saya amat berharap melalui rawatan ini dapat memberi kesembuhan kepada saya supaya penyakit pening tidak lagi menggangu tugas saya sebagai jururawat.Bengkel yang berlangsung di Dewan Kuliah C, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dihadiri hampir 200 orang peserta dari seluruh Kelantan.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

(3)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Zuraida berkata, keberkesanan modul itu bukan sahaja memberi perubahan dari sudut fizikal, contohnya pesakit yang tidak dapat bergerak langsung kepada berupaya memberus

"Kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu golongan pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan dalam membiayai kos sepanjang rawatan yang sekiranya

“Setiap pergerakan dalam solat dapat membantu pesakit pening mengawal keseimbangan badan sekaligus melenyapkan tanggapan golongan ini yang kebanyakannya memilih untuk

Modul yang digunakan untuk membina perisian multimedia bagi kajian ini iaitu perisian Sistem Bumi dan Kejadian Siang dan Malam (SBSM) adalah berdasarkan model pengajaran

Sistem ini mempunyai 5 modul iaitu modul pendaftaran, modul kemaskini tempahan, modul mengurus tempahan, modul kemas kini maklumat kereta dan modul menjana laporan dan

Ini diharapkan dapat mengemaskini akla yang ada dan rncnangani masalah yang timbul bcrkenaan pcniilikan dan pengurusan bagi bangunan bertingkat yang

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengaplikasi kaedah latihan dari Tadashi Suzuki dalam menekankan stamina teknik latihan fizikal dan penafasan yang

Menurut Penolong Pengarah, Unit Kejururawatan, Chik Hussin, bengkel ini adalah untuk para jururawat menarik minat pesakit bagi menerima pendidikan yang diberikan