• Tiada Hasil Ditemukan

KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 1/4

USM KUBANG KERIAN, 19 Mac 2018 – Perkataan ‘glaukoma’ mungkin agak asing bunyinya kepada masyarakat umum. Malah dalam kalangan pengamal perubatan juga, agak jarang didengar berbanding katarak.

Walau bagaimanapun, glaukoma merupakan penyebab utama kebutaan yang tidak dapat dipulihkan.

Dianggarkan seramai 76 juta penduduk dunia yang berumur 40 hingga 80 tahun menghidap glaukoma menjelang tahun 2020 dan angka ini meningkat secara eksponensial kepada 111.8 juta pada tahun 2040.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin, dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang bertajuk, ‘Menelusuri Rahsia Penyakit Glaukoma Dalam (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

19 MAR

(2)

5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 2/4

Etnik Melayu’.

Menurut Liza Sharmini, glaukoma terbahagi kepada dua kategori iaitu primer dan sekunder yang mana glaukoma primer adalah apabila tiada sebarang penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab manakala glaukoma sekunder pula berkait dengan penyakit lain sama ada okular ataupun sistematik.

"Glaukoma juga boleh terbahagi kepada glaukoma bersudut terbuka atau glaukoma bersudut tertutup berdasarkan status mata dan ia juga berkemungkinan boleh terjadi kepada kanak-kanak secara kongenital ataupun juvana menerusi diagnosis yang dibuat untuk pesakit berumur kurang daripada 40 tahun," jelasnya.

Liza Sharmini berkata, glaukoma merupakan penyakit yang mempunyai hubung kait dengan usia kerana prevalens meningkat dengan penambahan usia.

"Berdasarkan hubung kait ini, peningkatan glaukoma di Malaysia adalah membimbangkan. Hal ini kerana hampir 10 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia kini berumur 65 tahun ke atas dan Malaysia kini dalam kategori negara berpenduduk yang berusia.

(3)

5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 3/4

"Penyakit glaukoma adalah bersifat ‘senyap’ tanpa simptom akut seperti sakit atau mata menjadi merah mahupun kurang penglihatan seperti mana penyakit yang lain. Hal ini kerana glaukoma menyebabkan kehilangan medan penglihatan secara perlahan-lahan dari tepi," ujarnya lagi.

Tambah Liza, pada peringkat awal, pesakit mungkin sering terlanggar perkakas di rumah dan sering jatuh terutamanya di tangga.

"Glaukoma hanya melibatkan penglihatan sentral apabila penyakit menjadi teruk, pada saat ini baru pesakit menyedari kehilangan penglihatan tetapi malangnya sukar untuk diselamatkan.

“Terdapat dua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit glaukoma iaitu faktor risiko tidak boleh ubah dan faktor risiko boleh ubah seperti usia, genetik, jantina, merokok, pemakanan dan beberapa faktor lain,” ujarnya dengan lebih jelas di dalam syarahan umum yang disampaikan itu.

Liza Sharmini turut menegaskan, pengetahuan lebih mendalam mengenai penyakit ini dalam kalangan etnik Melayu adalah sangat penting bagi memastikan pencegahan kebutaan yang berkesan di Asia. Di samping itu juga, ianya amat penting bagi memastikan kesihatan berkualiti pada usia tua.

Teks: Nur Syazwani Darzi (Pelajar Praktikal UIAM)/Suntingan: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/ Foto:

Mohd Amin Syafiq Sakri

(4)

5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 4/4

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Terangkan dengan contoh- contoh yang jelas bagaimanakah ia berkait dengan kod gender dalam genre drama bersiri dan genre sukan. [The use of gendered nanatives is

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam di mana pada dasarnya zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.Zakat fitrah merupakan zakat yang

Didapati penggunaan salutan DSHA (primer ) - lilin (sekunder) - paraloid (penyudah) memberi perlindungan kakisan lebih baik yang mana memerlukan 652 jam dedahan untuk besi

Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang membawa kepada kerosakan saraf optik. Saraf optik yang sihat  adalah  penting  untuk  transmisi  maklumat  dari  mata  ke 

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian sebagai data primer iaitu data yang dikumpulkan oleh penguji yang dijalankan dikawasan kajian dan data

Negara-negara ini terpaksa meminjam dari negara-negara kaya atau dari Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund-IMF) untuk menampung keperluan asas negara atau

Pengenalan: 'Frequency Doubling Perimetry' (FDP) telah digunakan secara meluas untuk tujuan saringan dan rawatan susulan medan penglihatan bagi pesakit glaukoma. lanya dikatakan

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian sebagai data primer iaitu data yang dikumpulkan oleh penguji yang dijalankan dikawasan kajian dan data sekunder didapati