• Tiada Hasil Ditemukan

TAKHRIJ DAN ANALISIS HADITH-HADITH DALAM TAFSIR AL-AZHAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "TAKHRIJ DAN ANALISIS HADITH-HADITH DALAM TAFSIR AL-AZHAR "

Copied!
276
0
0

Tekspenuh

(1)

TAKHRIJ DAN ANALISIS HADITH-HADITH DALAM TAFSIR AL-AZHAR

MOHD IZWANUDDIN ABD RAHIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017

(2)

TAKHRIJ DAN ANALISIS HADITH-HADITH DALAM TAFSIR AL-AZHAR

oleh

MOHD IZWANUDDIN ABD RAHIM

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Sarjana Sastera

Mei 2017

(3)

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya penulis berjaya menyiapkan tesis ini. Selawat beriring salam kepada rasul junjungan, rahmat kepada sekalian alam.

Di kesempatan ini, penulis ingin memanjangkan penghargaan kepada pihak- pihak yang terlibat sehingga penulisan ini berjaya disiapkan :

Penyelia utama penulis Prof Madya Dato’ Dr. Mohd. Radzi Othman yang dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan akhirnya berjaya juga kajian ini disiapkan.

Pengerusi Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Dr.

Mohd. Nizam Sahad, selaku penyelia bersama.

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Prof Dr. Narimah Samat.

Dekan Institut Pengajian Sarjana Prof Dr. Rozman Bin Hj Din.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Ibu bapa saya, Abd. Rahim bin Hussein serta Habsah Bte Talib yang telah berusaha membesarkan saya hingga ke hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak lain yang terlalu ramai untuk

disebut satu-persatu sepanjang pembikinan tesis ini.

(4)

iii

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ii

ISI KANDUNGAN

iii

SENARAI TRANSLITERASI ARAB-LATIN

xi

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI SIMBOL DAN KEPENDEKAN

xiv

ABSTRAK

xv

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 4

1.2 Permasalahan Kajian 6

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Kajian Literatur 7

1.5 Skop Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.7 Objektif Kajian 15

1.8 Metodologi kajian 16

(5)

iv

BAB 2 : TAKHRIJ AL-HADITH DAN KEPENTINGANNYA

2.0 Pengenalan 21

2.1 Definisi Takhrij

2.1.1 Definisi Daripada Segi Bahasa 21

2.1.2 Definisi Daripada Segi Istilah 21

2.1.3 Penggunaan Kalimah Takhrij Oleh Ulama Terdahulu 22

2.1.4 Definisi Terpilih 24

2.2 Sumber Takhrij 25

2.2.1 Sumber Asal 25

2.2.2 Sumber Menyerupai Asal 26

2.2.3 Sumber Bukan Asal 27

2.3 Sejarah Takhrij Al-Hadith 27

2.4 Syarat Pentakhrij 28

2.5 Kaedah Takhrij Al-Hadith 30

2.5.1 Takhrij Al-Hadith Berdasarkan Nama Perawi Tertinggi 30 2.5.2 Takhrij Al-Hadith Dengan Menggunakan Awal Lafaz 35 2.5.3 Takhrij Al-Hadith Dengan Menggunakan Kalimah Atau

Lafaz Dalam Matan Hadith 36

2.4.4 Takhrij Al-Hadith Dengan Mengenal Pasti Tema Dalam

Sesebuah Hadith 37

2.4.5 Takhrij Al-Hadith Dengan Melihat Kepada Sifat Sanad Atau Matan 40 2.4.7 Takhrij Al-Hadith Dengan Menggunakan Kemudahan

Teknologi Maklumat 41

2.6 Kepentingan Dan Faedah Takhrij 42

(6)

v

BAB 3 : HAMKA DAN TAFSIR AL-AZHAR

3.0 Pengenalan 47

3.1 Hamka

3.1.1 Biodata Hamka 47

3.1.2 Kehidupan Hamka Sewaktu Kecil 49

3.1.3 Latar Belakang Pendidikan 50

3.1.4 Guru-guru 53

3.1.5 Karya-Karya 56

3.2 Tafsir Al-Azhar

3.2.1 Penamaan Kitab 63

3.7.2 Rujukan Hamka DalamTafsirnya 64

3.2.3 Sejarah Penulisan 68

3.2.4 Hadith-Hadith Dalam Tafsir Al-Azhar 69

BAB 4 : KAJIAN HADITH-HADITH DALAM TAFSIR AL-AZHAR JUZUK 5

4.0 Pengenalan 73

4.1 Takhrij Dan Analisis

Hadith Nombor 1 73

Hadith Nombor 2 78

(7)

vi

Hadith Nombor 3 80

Hadith Nombor 4 83

Hadith Nombor 5 85

Hadith Nombor 6 87

Hadith Nombor 7 89

Hadith Nombor 8 93

Hadith Nombor 9 95

Hadith Nombor 10 97

Hadith Nombor 11 99

Hadith Nombor 12 102

Hadith Nombor 13 104

Hadith Nombor 14 106

Hadith Nombor 15 108

Hadith Nombor 16 109

Hadith Nombor 17 112

Hadith Nombor 18 114

Hadith Nombor 19 116

(8)

vii

Hadith Nombor 20 118

Hadith Nombor 21 121

Hadith Nombor 22 124

Hadith Nombor 23 126

Hadith Nombor 24 129

Hadith Nombor 25 131

Hadith Nombor 26 132

Hadith Nombor 27 135

Hadith Nombor 28 137

Hadith Nombor 29 139

Hadith Nombor 30 141

Hadith Nombor 31 143

Hadith Nombor 32 144

Hadith Nombor 33 146

Hadith Nombor 34 148

Hadith Nombor 35 150

Hadith Nombor 36 151

(9)

viii

Hadith Nombor 37 154

Hadith Nombor 38 156

Hadith Nombor 39 158

Hadith Nombor 40 160

Hadith Nombor 41 161

Hadith Nombor 42 162

Hadith Nombor 43 164

Hadith Nombor 44 167

Hadith Nombor 45 170

Hadith Nombor 46 173

Hadith Nombor 47 175

Hadith Nombor 48 178

Hadith Nombor 49 179

Hadith Nombor 50 182

Hadith Nombor 51 183

Hadith Nombor 52 187

Hadith Nombor 53 189

(10)

ix

Hadith Nombor 54 191

Hadith Nombor 55 192

Hadith Nombor 56 195

Hadith Nombor 57 200

Hadith Nombor 58 203

Hadith Nombor 59 205

Hadith Nombor 60 208

Hadith Nombor 61 211

Hadith Nombor 62 213

Hadith Nombor 63 215

Hadith Nombor 64 128

Hadith Nombor 65 122

Hadith Nombor 66 112

Hadith Nombor 67 112

Hadith Nombor 68 115

Hadith Nombor 69 117

Hadith Nombor 70 112

(11)

x

Hadith Nombor 71 121

Hadith Nombor 72 123

Hadith Nombor 73 125

Hadith Nombor 74 126

BAB 5 : PENUTUP

5.0 Pengenalan 222 5.1 Hasil Kajian 222 5.1 Cadangan 282

BIBLIOGRAFI

250

(12)

xi

SENARAI TRANSLITERASI ARAB-LATIN1

1. Huruf

Huruf Arab Huruf Rumi

ا -

ب b

ت t

ث th

ج j

ح ḥ

خ kh

د d

ذ dh

ر r

ز z

س s

ش sy

ص ṣ

ض ḍ

ط ṭ

ظ ẓ

ع ‘

غ gh

ف f

1 T.p., Pedoman Transliterasi Arab Melayu, ( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992 ).

(13)

xii

ق q

ك k

ل l

م m

ن n

و w

ه ,

ﮫ h

ء ’

ي y

ة ṯ

2. Vokal

Pendek Panjang Diftong

َ a ا َ ā ﮫيا ه َ Ay

َ i ي َ ῑ وا ه َ Aw

َ u و َ ū

(14)

xiii

SENARAI JADUAL

HALAMAN

Jadual 5.1 Ciri-Ciri Hadith Yang Dikaji Dalam Juzuk 5 Tafsir al-Azhar 241 Jadual 5.2 Status Hadith-Hadith Yang Dikaji Dalam Juzuk 5 Tafsir Al-Azhar 243 Jadual 5.3 Sumber Rujukan Hadith Yang Dikaji Dalam Juzuk 5 Tafsir Al-Azhar 245

(15)

xiv

SENARAI SIMBOL DAN KEPENDEKAN

- Ṣallallahu ‘alaihi wa sallam.

Cet. - Cetakan Ed. - Edisi

et al. - Et alii ( dan kawan-kawan, lebih daripada tiga orang ) H - Hijrah

Hamka - Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

IAIN - Institut Agama Islam Negeri

ibid. - Ibidem (sumber yang sama, yang baru sahaja disebutkan) Jl. - Jilid

Jz. - Juzuk M - Masihi

QS. - Al-Quran dan Surah

S.w.t. - Subhanahu wa Ta‘ala.

UIN - Universitas Islam Negeri USM - Universiti Sains Malaysia.

Terj. = Terjemah

(t.p.) = Tidak ada penerbit (t.th.) = Tidak ada tarikh terbit (t.t.p.) = Tidak ada tempat penerbit w. = Wafat

(16)

xv

TAKHRIJ DAN ANALISIS HADITH-HADITH DALAM TAFSIR AL-AZHAR

ABSTRAK

Kajian takhrij al-hadith ialah suatu kajian yang penting dilakukan untuk memastikan ketulenan hadith-hadith Nabi ﷺ. Di Asia Tenggara, perkembangan

pengajian hadith agak terlambat. Malaysia juga baru mula memberi perhatian terhadap pengajian hadith menjelang abad ke-21. Tafsir al-Azhar karya Hamka ialah sebuah karya yang digunakan secara meluas di kalangan masyarakat. Walaupun telah ada usaha untuk mentakhrij hadith-hadith dalam tafsir ini, tetapi usaha itu hanya terbatas kepada bahagian-bahagian tertentu dan belum menyeluruh. Oleh sebab itu, kajian perlu dilakukan bagi memastikan kesinambungan kajian takhrij terdahulu terhadap kitab tafsir ini. Objektif kajian ini ada tiga. Pertama,

mengkaji

ilmu takhrij al-hadith dan kepentingannya dalam menilai status sesuatu hadith sebagai sebuah landasan teori kepada kajian takhrij. Kedua, untuk mengkaji sejarah dan latar belakang Hamka serta Tafsir al-Azhar. Ketiga, untuk untuk mengkaji status hadith- hadith yang digunakan oleh Hamka dalam Tafsir al-Azhar serta kedudukannya di sisi ulama-ulama hadith dengan mengaplikasi ilmu takhrij al-hadith secara praktikal. Metodologi yang digunakan adalah menggunakan kajian kepustakaan, induktif, deduktif, dan analisis sejarah. Pengkaji memilih Juzuk 5 yang masih belum dikaji. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kajian kepustakaan. Setelah dibataskan dengan skop kajian, hanya 74 buah hadith yang dikaji. Hasil kajian yang dilakukan, didapati jumlah hadith ṣahῑh ialah 41 buah ( 55.41

% ), hadith hasan 6 buah ( 8.11 % ),

hadith hasan lighairih ialah 2 buah ( 2.70 % ), hadith
(17)

xvi

yang ḍa‘ῑf ialah 16 buah ( 21.62 % ), ḍa‘ῑf jiddan ialah 6 buah ( 8.11 % ), hadith yang mauḍū‘

ialah 2 buah ( 2.7 % ) dan 1 buah hadith mauqūf ( 1. 35 % )

. Didapati juga bahawa Hamka

tidak mengambil kebanyakan hadith secara terus daripada kitab-kitab hadith asalnya,

tetapi beliau mengambilnya daripada kitab-kitab yang dijadikan rujukannya. Kajian

lanjut perlu dilakukan untuk mentakhrij hadith-hadith lain yang belum ditakhrij dalam

tafsir ini yang masih berbaki.

(18)

xvii

TAKHRIJ AND ANALYSIS OF HADITH IN TAFSIR AL-AZHAR

ABSTRACT

Takhrij al-Hadith is an important study in order to keep the originality of the hadith of prophet

ﷺ. In Southeast Asia, the development of hadith studies somehow

grows at a slower pace. Being no exception, Malaysia just began to draw intention into hadith studies during the 21

st

century. Tafsir al-Azhar, Hamka’s masterpiece of work is widely used among the worlwide society. Although there were several researches conducted to identify the originality of hadith in this tafsῑr, but they were not done thoroughly and only limited to some chapters. Therefore, a research must be carried out to fully complete the task of takhrij of this tafsir in ensuring that there is an interrelation with the previous research. The purposes of this research comprised three main objectives. First and foremost, this research aimed to investigate the study of takhrij al- hadith and its importance in evaluating the status of a hadith as a theoritical base in takhrij. Second, to investigate the history and background of Hamka and Tafsir al-Azhar.

Third, it was to investigate the status of hadith used by Hamka in Tafsir al-Azhar and the

position of these hadith among hadith scholars by applying the knowledge of Takhrij al-

hadith in a practical manner. The research methodology was conducted using library

research, inductive, deductive, and historical analysing. The researcher chose Chapter 5

of this tafsῑr which was yet to be verified.With a limited and focused research scope, the

total number of hadith to be studied was 74. As a result, it was then dicovered that

among the hadith, 41 hadith are ṣaḥῑḥ, ( 55.41 % ), 6 hadith are hasan ( 8.11 % ), 2

hadith are hasan lighairih ( 2.70 % ), 16 hadith are ḍa‘ῑf ( 21.62 % ), 6 hadith are ḍa‘ῑf jiddan
(19)

xviii

( 8.11 % ), 2 hadith are fabricated ( 2.7 % ) and 1 hadith is mauquf ( 1. 35 % ).

It was also

proved that instead of quoting the hadith directly from the original sources, Hamka

quoted them from the books which were in the list of his references. A further reasearch

must be conducted to verify other hadith left in this tafsir.

(20)

1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Umat Islam dituntut agar berpegang kepada tuntunan-tuntunan agama yang telah digariskan melalui al-Quran1 dan al-Sunnah2. Kewajipan untuk berpegang kepada kedua-dua sumber ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t di dalam Surah Al-Nisā’ [4] ayat 59 :

يِف ِىُتِعَشاََُت ٌِْئَف ِىُكُِِي ِسِيَإْنا يِنوُؤَو َلىُسَّسنا اىُعيِطَؤَو ََّّهنا اىُعيِطَؤ اىَُُيآ ٍَيِرَّنا اَهُّيَؤاَي ْسِيَخ َكِنَذ ِسِخأْنا ِوِىَيْناَو َِّّهناِب ٌَىُُِيِؤُت ِىُتُُِك ٌِْإ ِلىُسَّسناَو َِّّهنا ىَنِإ ُِوُّدُسَف ٍءِيَش اًهيِوْإَت ٍَُسِحَؤَو

Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul ( Nya ), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah ( Al-Quran ) dan Rasul ( sunnah-Nya ), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama ( bagimu ) dan lebih baik akibatnya.3

Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī4 ketika membahaskan ayat ini menafsirkan bahawa wajib untuk seseorang yang beriman itu mentaati Allah dan beramal dengan kitab-Nya iaitu al-Quran dan mentaati rasul. Kewajipan mentaati rasul ini perlu kerana Nabi Muhammad

1 Al-Quran secara bahasa adalah sinonim kepada al-Qirāah yang bererti bacaan. Manakala secara istilah al-Quran bererti lafaz berbahasa Arab yang bersifat mukjizat, yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ dengan perantaraan Jibril ‘alaihi al-salam, yang disampaikan secara mutawātir, yang tertulis di dalam muṣhaf, membacanya adalah ibadah, yang dimulai dengan Surah Al-Fātihah dan diakhiri dengan Surah Al-Nās. Rujuk Muṣṭofā Dib al-Bughā dan Muhyiddin Dib, Al-Wāḍih fῑ

‘Ulūm al-Qurān, ( Damsyiq : Dār al-Kalām al-Ṭayyib/Dār al-‘Ulūm al-Insāniyyah : 1418 H ), Cet.

Kedua, hlm. 13-15.

2 Sunnah secara bahasa bererti jalan yang dilalui, sama ada jalan itu terpuji atau tercela. Manakala secara istilah pula, sunnah diertikan sebagai perkara yang disandarkan kepada Nabi s.a.w dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat sama ada kejadiannya atau akhlaknya. Rujuk Muhammad Ṣiddīq al-Minsyāwī, Qāmūs Muṣṭolah al-Hadīth al-Nabawī al-Syarīf, ( Kaherah : Dār al-Faḍīlah, t.t. ) hlm. 67.

3 Segala bentuk terjemahan ayat al-Quran, ḥadῑth, atau Bahasa Arab dalam kajian ini adalah hasil terjemahan penulis, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

4 Beliau ialah pengarang kitab Tafsīr al-Marāghī yang terkenal. Dilahirkan pada 1881 M di Mesir dan wafat pada tahun 1945 M. Beliau sempat belajar dengan Muhammad ‘Abduh dan Rāshid Riḍā, dua tokoh reformasi Islam yang terkenal dengan pendekatan tajdid mereka. Corak pemikiran kedua-dua tokoh ini banyak mempengaruhi penulisan kitab tafsirnya. Rujuk Muhammad Hussein al-Dhahabī, Al- Tafsīr wa al-Mufassirūn, ( Kaherah : Maktabah al-Wahbah, 2000 ), Cet. Ketujuh, Jilid Kedua, hlm.

433.

(21)

2

ﷺ ialah orang yang bertanggungjawab untuk menerangkan al-Quran yang telah

diturunkan kepada mereka. Sesungguhnya telah berlalu sunnatullah kepada para rasul untuk menyampaikan syariat dan memikul tanggungjawab di atas kemaksuman mereka. Justeru, menjadi suatu kemestian bagi kita untuk mentaati mereka.5

Apabila berlakunya kewafatan seseorang rasul, Allah akan membangkitkan rasul yang lain untuk meneruskan kesinambungan wahyu antara Sang Pencipta dengan makhluknya. Sebahagian daripada kisah para nabi dan rasul ini diceritakan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran, dan sebahagian lagi tidak diperincikan.6 Situasi ini berlaku terus menerus sehinggalah ke zaman kebangkitan Nabi Muhammad ﷺ.

Apabila baginda dibangkitkan menjadi rasul, maka tersebar luaslah cahaya Islam ke seluruh pelusuk Tanah Arab. Manusia berpusu-pusu memasuki agama fitrah ini dan menjadikan ketaatan kepada ajaran baginda sebagai prioriti dalam kehidupan mereka.

Ketaatan kepada Allah s.w.t dimanifestasikan dengan mentaati setiap inci ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian apabila tiba waktunya. Tiada yang kekal di dalam dunia yang fana ini kecuali Allah s.w.t. sahaja. Nabi yang agung ini juga tidak terkecuali dari sunnatullah ini. Apabila baginda wafat, maka rohnya kembali menghadap Tuhannya. Apa yang tinggal hanyalah ajaran baginda yang termaktub dalam Al-Quran dan al-Sunnah. Pernah baginda ﷺ bersabda :

اًبه ىتكستم اي اىهضت ٍن ،ٍيسيؤ ىكيف تكست :

للها باتك ,

للها ىهص ّيبَ ةُسو

ىهسو ّيهع

7

5 Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī, Tafsīr al-Marāghī, t.t., hlm. 72

6 Lihat ayat 164 Surah An-Nisā’ [4] :

اًّيِهْكَت ىَسىُي َُّّهنا َىَّهَكَو َكِيَهَع ِىُهِصُصْقََ ِىَن اًهُسُزَو ُمِبَق ٍِِي َكِيَهَع ِىُْاَُِصَصَق ِدَق اًهُسُزَو

7Mālik ibn Anas, Al-Muwaṭo’ Mālik Riwāyah Abī Muṣ’ab al-Zuhrī, Tahqīq Bassyār ‘Awwāḍ Ma‘r ūf/Mahmūd Khalīl, ( Muassasah ar-Risālah : t.t.p. 1412 H ), Jilid Kedua, hlm. 70.

(22)

3

Ertinya :

Daku tinggalkan bagi kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama- lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan sunnah nabiNya.

Ḥadῑth yang mahsyur ini memberi indikasi bahawa setelah kewafatan baginda, seluruh umat Islam wajib untuk berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Sebagaimana yang kita ketahui, al-Quran dikumpulkan dalam bentuk periwayatan yang mutawātir8. Setiap ayat al-Quran yang turun telah dipastikan kesaḥῑḥannya zaman berzaman. Justeru tidak timbul soal tentang status kemutawatiran al-Quran kerana setiap baris, setiap huruf dan setiap kalimah al-Quran telah diperakui secara ijmā‘9 oleh umat Islam dari dahulu hingga kini. Tambahan pula, Allah s.w.t sendiri telah menjamin tentang kesucian al-Quran ini akan sentiasa terpelihara dalam ayat 9 Surah al-Ḣijr [15] :

ٌَىُظِفاَحَن َُّن اََِّإَو َسْكِّرنا اَُْنَّصََ ٍُِحََ اََِّإ

Ertinya :

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

Berbeza dengan al-Quran, sunnah rasul yang terkandung di dalam ḥadῑth-ḥadῑthnya tidak semuanya hadir dalam bentuk mutawātir. Para ulama ḥadῑth telah menghabiskan usia mereka untuk mengumpulkan ḥadῑth-ḥadῑth baginda dari satu tempat ke satu tempat.

Sebahagian lagi telah mewaqafkan diri mereka untuk menganalisis ḥadῑth -ḥadῑth yang telah dikumpulkan tadi kepada ḥadῑth-ḥadῑth yang maqbūl10 dan mardūd11. Proses analisa ini telah mengambil masa yang panjang dan seterusnya merangsang perkembangan ilmu-ilmu ḥadῑth.

8 Mutawātir secara bahasa ialah isim fā‘il yang dibentuk daripada perkataan tawātur yang bererti berulang-ulang/berturut-turut. Dalam istilah ilmu ḥadῑth, mutawātir bermaksud ḥadῑth yang diriwayatkan oleh ramai orang yang mustahil secara adat untuk mengatakan bahawa mereka bersepakat untuk berdusta. Lihat Mahmūd al-Ṭohhān, Taisīr al-Muṣṭolah al-Hadīth, ( Iskandariah : Markaz al-Hudā li al-Dirāsah, 1405 H ) Cet. Ketujuh, hlm. 22 ( Seterusnya akan dirujuk sebagai al- Ṭohhān, Taisīr ).

9 Ijmā’ ertinya kesepakatan seluruh mujtahid dari kalangan Muslimin di sesuatu zaman ke atas suatu hukum syarak. Rujuk ‘Abd al-Wahhāb Khalaf, ‘Ilmu Uṣūl al-Fiqh, ( t.t.p : Maktabah al-Dakwah, t.t. ) Cet. Kesembilan, hlm. 45.

10 Maqbūl ertinya ḥadῑth yang rājih kebenaran perkhabarannya, dan hukumnya wajib berhujah dan beramal dengan ḥadῑth ini. Rujuk al-Ṭohhān, Taisīr, hlm. 30.

11 Mardūd ertinya ḥadῑth yang tidak rajih kebenaran perkhabarannya. Dan hukumnya tidak dijadikan hujah dan tidak wajib diamalkan. Rujuk al-Ṭohhān, Taisīr, hlm. 30.

(23)

4

1.1 Latar Belakang Kajian

Proses mengklasifikasikan ḥadῑth kepada ḥadῑth yang maqbūl dan mardūd memerlukan kepada kepakaran seseorang peneliti itu dalam menguasai pelbagai cabang dalam ilmu ḥadῑth. Salah satu ilmu yang diperlukan dalam sesuatu kajian keṣaḥῑḥan ḥadῑth ialah ilmu takhrīj al-ḥadῑth12.

Penguasaan ilmu ini mustahak untuk menentukan kesaḥῑḥan sesuatu ḥadῑth itu daripada segi sanad atau matannya. Sesuatu ḥadῑth yang diketahui statusnya membolehkan umat Islam menentukan pendirian mereka terhadap pengamalan ḥadῑth tersebut di tengah- tengah masyarakat. Dengan berkembangnya kajian takhrīj, maka berkembang jualah tahap pemahaman masyarakat terhadap ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang ḥadῑth.

Berbeza dengan kajian ilmu-ilmu Al-Quran, perkembangan kajian ḥadῑth, terutamanya bidang takhrīj adalah amat perlahan. Masih ramai golongan yang menyebarkan sesuatu ḥadῑth ke tengah-tengah masyarakat tanpa memperdulikan status ḥadῑth tersebut di sisi ulama ḥadῑth. Kadang kala perkara ini dilakukan oleh orang yang berilmu pengetahuan dalam bidang agama. Namun mungkin kerana masih kurangnya kesedaran terhadap kepentingan takhrīj sesebuah ḥadῑth, menyebabkan sebahagian mereka terlepas pandang dengan hal ini.

Sebahagian ḥadῑth ini dimuatkan dalam ceramah-ceramah dan penulisan di dada- dada akhbar. Sebahagian lagi disertakan sebagai hujah dan dalil dalam kitab-kitab agama.

Tanpa penjelasan yang mencukupi tentang klasifikasi ḥadῑth tersebut, dibimbangi masyarakat terjebak dengan pengamalan ḥadῑt -ḥadῑth yang palsu di sisi ulama ḥadῑth.

12 Perbahasan tentang takhrīj al-ḥadῑth akan dilakukan dengan lebih lanjut dalam Bab 2 nanti.

(24)

5

Kitab Tafsir al-Azhar13 ialah karya agung Haji Abd. Malik Karim Amrullah yang lebih dikenali sebagai Hamka14. Ḥadῑth -ḥadῑth yang terdapat dalam tafsῑr ini didatangkan oleh Hamka dengan pelbagai keadaan. Ada ḥadῑth yang disebut matannya, ada juga yang sekadar disebut mafhumnya. Hal ini menyukarkan para pembaca tafsῑr ini untuk mengetahui status ḥadῑth-ḥadῑth tersebut.

Menurut dapatan M. Arief Halim, jumlah ḥadῑth yang terdapat dalam Tafsir Al-Azhar ialah 1058 buah ḥadῑth. Daripada jumlah ini, 140 buah ḥadῑth ialah ḥadῑth -ḥadῑth yang berulang. Manakala jumlah ḥadῑth secara keseluruhan setelah ditolak pengulangan ialah 918 buah ḥadῑth.15

Memandangkan masih banyak ḥadῑth yang belum dikaji statusnya dalam kitab ini, maka kesinambungan kajian terdahulu amat mustahak untuk dilakukan.

13 Perbahasan tentang Tafsir Al-Azhar akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3 nanti.

14 Biodata Hamka akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3 nanti.

15 M. Arief Halim, Hamka Dan Tafsir Al-Azhar : Suatu Kajian Kualiti Ḥadῑth, ( Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2007 ).

(25)

6

1.2 Permasalahan Kajian

Berpandukan latar belakang masalah yang telah dijelaskan sebelum ini, satu rumusan permasalahan boleh dibentuk. Jelaslah bahawa perlu dilakukan kajian terperinci terhadap beberapa medium yang sering membabitkan ḥadῑth-ḥadῑth dalam masyarakat.

Antaranya adalah kitab-kitab lama yang masih dijadikan rujukan sehingga ke hari ini tetapi masih belum dilakukan kajian takhrīj terhadapnya.

Salah sebuah kitab tersebut ialah kitab Tafsir Al-Azhar karya Hamka. Kitab tafsir ini adalah kitab yang masih digunakan sebagai rujukan di masjid-masjid, dan kuliah-kuliah agama di gugusan Nusantara. Sebahagian besar kandungan kitab tersebut digunakan sebagai rujukan tafsir dalam kehidupan masyarakat di Nusantara terutamanya Indonesia dan Malaysia. Kandungan kitab tafsir tersebut pula berdasarkan ḥadῑth-ḥadῑth yang sebahagian besarnya belum ditakhrῑj.

Walaupun ada kajian telah dilakukan terhadap ḥadῑth-ḥadῑth dalam kitab ini, tetapi kajian yang dilakukan tidaklah menyeluruh dan hanya meliputi juzuk pertama hingga juzuk keempat sahaja. Tambahan pula, kajian terhadap juzuk pertama hingga juzuk keempat ini menunjukkan bahawa terdapat ḥadῑth-ḥadῑth yang lemah dalam kitab ini. Sementara itu, ḥadῑth-ḥadῑth yang dinyatakan oleh pengarangnya dalam juzuk-juzuk yang lain masih belum dikaji secara terperinci. Justeru, adalah penting satu kajian dilakukan untuk meneruskan kesinambungan kajian terdahulu bagi mengetahui status ḥadῑth-ḥadῑth dalam Tafsir Al-Azhar ini.

1.3 Soalan Kajian

Daripada permasalahan kajian yang telah dinyatakan, beberapa soalan kajian dapat dirumuskan iaitu :

1. Apa itu

ilmu takhrīj al-ḥadῑth dan kepentingannya dalam menilai status

sesuatu ḥadῑth sebagai sebuah landasan teori kepada kajian takhrīj?

(26)

7

2. Bagaimana sejarah dan latar belakang Hamka serta Tafsir Al-Azhar?

3. Apakah status ḥadῑth-ḥadῑth yang digunakan oleh Hamka dalam Tafsir al- Azhar Juzuk 5 serta kedudukannya di sisi ulama-ulama ḥadῑth?

1.4 Kajian Literatur

Berhubung dengan kitab Tafsir Al-Azhar dan Hamka, sebenarnya terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji yang terdahulu. Kajian-kajian tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antara kajian tersebut adalah seperti berikut :

1.4.1 Kajian takhrῑj al-ḥadῑth terhadap Tafsir Al-Azhar secara khusus :

Ditemui 3 buah kajian terdahulu yang pernah membahaskan ḥadῑth-ḥadῑth dalam Tafsir Al-Azhar secara khusus. Kajian-kajian tersebut adalah seperti berikut :

1. Utang Ranuwijaya, Hadits-Hadits Pada Kitab Tafsir Hamka : Analisis Sanad Pada Ayat-Ayat Hukum Bidang Perkahwinan, Jakarta : Universitas Islam Negeri, 1998.

Kajian ini ialah disertasi doktor falsafah di Universitas Islam Negeri ( UIN ) Jakarta. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengkaji 22 buah ḥadῑth yang berkaitan dengan perkahwinan. 11 buah ḥadῑth ialah riwayat dari al-Bukhārῑ dan Muslim lalu tidak dikaji lebih lanjut. Baki 11 buah ḥadῑth terdiri daripada 7 buah ḥadῑth Ṣaḥῑḥ, 3 buah ḥadῑth hasan, dan 1 buah ḥadῑth ḍa‘ῑf.16

2. Muhammad Amin, Kualitas Asbab al-Nuzul Dalam Tafsir Al-Azhar, Jakarta : Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, 2007. Kajian ini ialah disertasi peringkat doktor falsafah di Universitas Negeri Syarif Hidayatullah. Kajian ini memfokuskan kepada kualiti asbab al-nuzūl ( sebab-sebab sesuatu ayat al-Quran itu diturunkan ) terhadap ḥadῑth- ḥadῑth yang digunakan oleh Hamka dalam tafsirnya. Hanya 6 juzuk yang dikaji status ḥadῑth asbāb al-nuzulnya iaitu 3 juzuk pertama dan 3 juzuk terakhir. Hasil penelitian beliau

16 Utang Ranuwijaya, Hadits-Hadits Pada Kitab Tafsir Hamka : Analisis Sanad Pada Ayat-Ayat Hukum Bidang Perkahwinan, ( Jakarta : Universiatas Islam Negeri, 1998 ).

(27)

8

mendapati bahawa 44.89 % ḥadῑth asbab al-nuzūlnya adalah ṣaḥῑḥ, 18. 36 % adalah hasan, dan 36.73 % adalah ḍa‘ῑf. Pengkaji juga menemui beberapa perbezaan nama periwayat dan susunan perkataan yang berbeza antara Tafsir Al-Azhar dengan asbab al-nuzūl yang berada dalam kitab-kitab asal.17

3. M. Arief Halim, Hamka Dan Tafsir Al-Azhar : Suatu Kajian Kualiti Ḥadῑth, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2007. Kajian ini ialah disertasi peringkat Doktor Falsafah yang memfokuskan kepada status ḥadῑth-ḥadῑth yang terdapat dalam Juzuk 1 hingga Juzuk 4 dalam Tafsir Al-Azhar.

Dapatan beliau menunjukkan bahawa daripada 142 buah ḥadῑth yang dikaji, 61.97%

boleh dijadikan hujah. Manakala bakinya terdiri daripada ḥadῑth yang tidak boleh dijadikan hujah secara bersendirian. Walau bagaimanapun, kajian beliau hanya terhad terhadap kualiti ḥadῑth-ḥadῑth yang terdapat dalam 4 juzuk pertama sahaja. Manakala baki 26 juzuk lagi masih belum dikaji status ḥadῑth-ḥadῑth nya.18

Dalam kajian ini, beliau telah mentahqiq status 142 buah ḥadῑth. Dapatan beliau menunjukkan 51 buah ḥadῑth adalah ṣaḥῑḥ ( 35.92 %), 5 buah ḥadῑth adalah ṣaḥῑḥ li ghairih ( 3.52 % ), 32 buah ḥadῑth adalah hasan ( 22.53 % ), 5 buah ḥadῑth adalah hasan lighairih ( 3.52 % ), 44 buah ḥadῑth adalah ḍa’ῑf ( 36.98 % ), 3 buah ḥadῑth adalah ḍa’ῑf jiddan ( 2.11 % ), 1 buah ḥadῑth tidak ada asal baginya ( 0.71 % ) dan 1 buah ḥadῑth adalah mauqūf ( 0.71 % ).

Dapatan beliau juga menunjukkan bahawa kebanyakan ḥadῑth yang dinukilkan dalam kajian ini tidak dinukilkan daripada sumber-sumber asal, tetapi daripada kitab tafsir dan kitab ḥadῑth yang tidak mempunyai sanad seperti Tafsῑr al-Manār. Hamka juga didapati tidak cermat menukil ḥadῑth atau status ḥadῑth. Ada ḥadῑth yang disebut sebagai ḥadῑth dalam satu juzuk, tetapi disebut sebagai athār sahabat dalam juzuk yang lain.

17 Muhammad Amin, Kualitas Asbab al-Nuzul Dalam Tafsir Al-Azhar, ( Jakarta : Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, 2007 ).

18 Lihat : M. Arief Halim, Hamka Dan Tafsir Al-Azhar : Suatu Kajian Kualiti Ḥadῑth, ( Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2007 ).

(28)

9

Selain itu, terdapat 11 buah ḥadῑth yang silap penyebutan nama perawinya. Ada juga ḥadῑth-ḥadῑth yang hanya dituliskan maknanya dalam Bahasa Indonesia iaitu 31 buah ḥadῑth ( 21.83 % ). Ḥadῑth -ḥadῑth yang dinukilkan matannya secara sepotong-sepotong pula adalah 15 buah ḥadῑth ( 10.56 % ). 20 buah ḥadῑth ( 14.09 % ) disandarkan terus kepada Rasulullah ﷺ tanpa dinyatakan perawinya.

Secara keseluruhan, ḥadῑth yang boleh dijadikan hujah dalam tafsir ini adalah 88 buah ḥadῑth ( 61.97 % ). Manakala 54 buah ḥadῑth ( 38.03 % ) tidak boleh dijadikan hujah secara bersendirian. Justeru, pengkaji tersebut telah mencadangkan beberapa cadangan.

Pertama, ḥadῑth-ḥadῑth yang belum dikaji dibahagi-bahagikan kepada para pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah untuk melakukan kesinambungan kajian. Kedua, cetakan baru Tafsir Al-Azhar disertakan dengan hasil kajian takhrῑj yang dilakukan beliau.

Ketiga, dalam penerbitan yang Tafsir Al-Azhar yang baru, diperbaiki penulisan teks-teks ḥadῑth yang terdapat di dalamnya. Dan terakhir, diperbanyakkan seminar tentang Hamka dan Tafsῑr Al-Azhar.19

1.4.2. Kajian–kajian lain terhadap Hamka atau Tafsir Al-Azhar

Ada banyak kajian yang telah dilakukan terhadap Hamka dan Tafsir Al-Azhar yang tidak berkaitan dengan takhrῑj. Di sini akan disebutkan sebahagian sahaja daripada kajian tersebut kerana jumlahnya terlalu banyak.

1. Yunan Yusuf, Corak Pemikiran Kalam Tafsir Al-Azhar, Jakarta : Pustaka Panjimas, 1990. Kajian ini membincangkan tentang pemikiran kalam Hamka dalam Tafsir Al-Azhar. Kajian ini asalnya ialah disertasi doktor falsafah penulisnya di Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Syarif Hidayatullah sebelum dibukukan. Tidak dilakukan kajian takhrῑj dalam buku ini.20

19Ibid.

20 Lihat Yunan Yusuf, Corak Pemikiran Kalam Tafsir Al-Azhar, ( Jakarta : Pustaka Panjimas, 1990 ).

(29)

10

2. Wan Sabri Wan Yusuf, Tafsir Al-Azhar : Suatu Gambaran Perubahan Sosial Di Indonesia Pada Abad Ke 20. Kajian ini merupakan pembentangan kertas kerja dalam Seminar Pemikiran Hamka pada 28 April 2001 di Balai Seminar Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dalam kertas kerja ini, pengkaji tersebut cuba mencari gambaran tentang perubahan sosial di Indonesia berdasarkan corak penafsiran yang dilakukan oleh Hamka. Tidak dilakukan kajian takhrῑj tentang ḥadῑth-ḥadῑth dalam Tafsir Al-Azhar dalam penulisan ini.21

3. Hj Nurhayati B, Pemikiran Hamka ( 1908 – 1981 ) Tentang Pendidikan : Suatu Telaah Filosofis Tentang Kependidikan Islam, Pekan Baru : Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Sultan Syarif Qasim, 2003. Kajian ini ialah tesis peringkat sarjana di Program Pasca Sarjana Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Sultan Syarif Qasim. Kajian ini memfokuskan kepada pemikiran Hamka dalam bidang pendidikan. Tidak dilakukan kajian takhrῑj tentang ḥadῑth-ḥadῑth dalam Tafsir Al-Azhar dalam penulisan ini.22

4. Ahmad Husni, Konsep Ijtihad Hamka : Suatu Kajian Terhadap Masalah Fiqh Dalam Tafsir Al-Azhar, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), 2003. Kajian ini ialah tesis peringkat sarjana di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Dalam kajian ini, permasalahan fiqh yang disentuh oleh Hamka dalam tafsirnya dibahaskan. Tidak dilakukan kajian takhrῑj tentang ḥadῑth-ḥadῑth dalam Tafsir Al-Azhar dalam penulisan ini.23

5. Jejen, Hati Dalam Tafsir Al-Azhar, Jakarta : Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah 2004. Kajian ini ialah tesis di Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Dalam kajian

21 Lihat Wan Sabri Wan Yusuf, Tafsir Al-Azhar : Suatu Gambaran Perubahan Sosial Di Indonesia Pada Abad Ke 20. ( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2001 ).

22 Lihat : Hj Nurhayati B, Pemikiran Hamka ( 1908 – 1981 ) Tentang Pendidikan : Suatu Telaah Filosofis Tentang Kependidikan Islam, ( Pekan Baru : Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Qasim, 2003 ).

23 Lihat : Ahmad Husni, Konsep Ijtihad Hamka : Suatu Kajian Terhadap Masalah Fiqh Dalam Tafsir Al-Azhar, ( Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia , 2003 ).

(30)

11

ini dibahas bagaimana Hamka menafsirkan ayat-ayat yang berkaitan dengan hati dalam al- Quran.24

6. Ali Azmi, Pemikiran Filsafat Moral Hamka. Pekan Baru : Universitas Agama Islam Negeri ( UIN ) Sultan Syarif Qasim, 2004. Kajian ini ialah tesis peringkat sarjana di Program Pasca Sarjana Institut Agama Islam Negeri ( UIN ) Sultan Syarif Qasim. Kajian berkisar tentang pemikiran Hamka tentang falsafah moral. Tidak dilakukan kajian takhrῑj tentang ḥadῑth-ḥadῑth dalam Tafsir Al-Azhar dalam penulisan ini.25

7. M. Jamil, Metode Istinbat Hukum Hamka : Studi Terhadap Ayat-Ayat Ahkam Tafsir Al-Azhar, Jakarta : Universitas Islam Syarif Hidayatullah, 2008. Kajian ini ialah disertasi yang diajukan untuk memperoleh ijazah doktor falsafah di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Dalam kajian ini didapati Hamka menggunakan kaedah tertentu untuk mengistinbat hukum dari ayat-ayat al-Quran.26

1.4.3. Kajian yang berkaitan dengan takhrῑj al-ḥadῑth secara umum

Terdapat banyak kajian tentang takhrῑj al-ḥadῑth secara umum. Di sini akan disebutkan sebahagian saja daripadanya kerana jumlahnya terlalu banyak.

1. Sharifudin Hj. Mahfudz, Kajian Ḥadῑth Dalam Kitab Sabῑl al-Muhtadin Jilid 1, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia ( USM ), 2002. Penulisan ini memfokuskan tentang kualiti ḥadῑth-ḥadῑth yang terdapat dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari. Pengkaji telah mengkaji 202 ḥadῑth yang terdapat dalam jilid pertama kitab tersebut.27

24 Lihat : Jejen, Hati Dalam Tafsir Al-Azhar, ( Jakarta : Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, 2004. )

25 Lihat : Ali Azmi, Pemikiran Filsafat Moral Hamka. ( Pekan Baru : Universitas Agama Islam Negeri Sultan Syarif Qasim, 2004 ).

26 Lihat : M. Jamil, Metode Istinbat Hukum Hamka : Studi Terhadap Ayat-Ayat Ahkam Tafsir Al- Azhar, ( Jakarta : Universitas Islam Syarif Hidayatullah, 2008 ).

27 Sharifudin Hj. Mahfudz, Kajian Ḥadῑth Dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin Jilid 1, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia ( USM ), 2002.

(31)

12

2. Wan Kamal Nadzif Wan Jamil, Takhrῑ Ḥadῑth-Ḥadῑth Dalam Aḥadῑth Qudsiyyah oleh Sya’rawi, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia ( USM ), 2009. Karya ini ialah tesis peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia. Karya ini memfokuskan tentang takhrῑj ḥadῑth-ḥadῑth qudsi yang terdapat dalam jilid pertama Kitab Aḥadῑth Qudsiyyah oleh Syeikh Muhammad Sya’rawi28

3. Ahmad Majdi Yusof, Kajian Takhrῑj Ḥadῑth Dalam Usul Tauhid oleh Husin Nasir bin Muhammad Tayib (Tuan Husin Kedah ) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang : 2010.

Kajian ialah tesis peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia yang mentakhrῑj ḥadῑth- ḥadῑth dalam kitab Usul Tauhid karya Tuan Husin Kedah.29

4. Ka'ab Azme, Al-Ma'thūrāt Karya Hasan Al-Banna Takhrῑj Dan Analisis, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang : 2010. Kajian ini ialah tesis peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia yang mentakhrῑj ḥadῑth-ḥadῑth yang terdapat dalam al-Ma’thūrāt karya Hasan al-Banna.30

1.5 Skop Kajian

Penulis memilih untuk mengkaji sebuah kitab tafsir terkenal yang masih menjadi rujukan sehingga ke hari ini iaitu Tafsir Al-Azhar sebagai sampel kajian takhrīj yang ingin dilakukan. Pemilihan ini dirasakan sesuai, memandangkan kitab tafsir ini adalah amat mahsyur di tengah-tengah masyarakat dan sebahagian besar ḥadῑth -ḥadῑthnya masih belum ditakhrῑj.

Kitab Tafsir Al-Azhar ditulis berdasarkan susunan juzuk di dalam al-Quran. Tafsir ini dimulai dengan penafsiran Surah Al-Fatihah [ 1 ] dan diakhiri dengan penafsiran Surah An-Nas [114] sehingga lengkap 30 juzuk.

28 Lihat Wan Kamal Nadzif Wan Jamil, Takhrīj Ḥadῑth-Ḥadῑth Dalam Aḥadῑth Qudsiyyah Oleh Sya’rawi, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia ( USM ), 2009.

29 Lihat Ahmad Majdi Yusof, Kajian Takhrīj Ḥadῑth Dalam Usul Tauhid oleh Husin Nasir bin Muhammad Tayib (Tuan Husin Kedah ), ( Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia,: 2010 ).

30 Lihat Ka'ab Azme, Al-Ma'thurat karya Hasan Al-Banna Takhrīj Dan Analisis, ( Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2010 )

(32)

13

Edisi yang akan digunakan sebagai rujukan utama sepanjang kajian ini adalah edisi Pustaka Panjimas yang diterbitkan di Jakarta pada tahun 1987. Pemilihan edisi ini dilakukan kerana edisi ini masih mengekalkan bahasa asal yang digunakan oleh Hamka iaitu Bahasa Indonesia. Manakala edisi-edisi lain seperti edisi PTS akan dijadikan sebagai rujukan sampingan.

Kajian dibataskan hanya kepada ḥadῑth-ḥadῑth marfu’ yang digunakan oleh Hamka dalam penafsirannya sahaja, yang digunakan oleh beliau dalam pelbagai aspek. ḥadῑth- ḥadῑth yang hanya disebutkan secara makna oleh beliau juga termasuk dalam skop kajian.

Manakala ḥadῑth-ḥadῑth mauquf, ḥadῑth-ḥadῑth maqtu’, athar-athar sahabat, kisah- kisah,riwayat-riwayat, serta sirah-sirah lain yang disebutkan oleh beliau tidak termasuk dalam skop kajian yang akan dilakukan. ḥadῑth-ḥadῑth yang dianggap tidak signifikan bagi mewakili sampel kajian yang meliputi kepelbagaian status ḥadῑth tidak termasuk dalam kajian. Ḥadῑth-ḥadῑth yang telah dikaji oleh pengkaji terdahulu juga tidak akan dikaji semula.

Penilaian yang akan diberi adalah terhadap sanad ḥadῑth tersebut sahaja, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan penelitian terhadap juzuk 5 saja.

Kajian akan dilakukan bermula daripada ayat 24 Surah An-Nisa’ [4] hingga ayat 147 Surah Al-Nisa’ [ 4 ]. Alasan terhadap pembatasan kajian ini adalah kerana :

1. Terdapat kajian terdahulu yang memfokuskan kajian takhrīj terhadap Juzuk 1 hingga Juzuk 4 yang dilakukan oleh M. Arief Halim yang berjudul Hamka Dan Tafsir Al- Azhar : Suatu Kajian Kualiti Ḥadῑth. Kajian ini merupakan kesinambungan kajian yang telah dijalankan oleh beliau.

2. Jumlah ḥadῑth yang terdapat dalam Juzuk 5 ini setelah dibataskan skop kajian, adalah kira-kira 74 buah ḥadῑth daripada keseluruhan ḥadῑth yang terdapat dalam Tafsir al- Azhar. Jumlah ini dirasakan bersesuaian untuk sebuah kajian di peringkat sarjana

(33)

14

memandangkan terhadnya masa yang diperuntukkan dan terbatasnya jumlah halaman serta perkataan yang diperlukan untuk melengkapkan sebuah kajian di peringkat sarjana.31

3. Ḥadῑth-ḥadῑth yang terkandung dalam Juzuk 5 ini merangkumi pelbagai jenis ḥadῑth seperti ṣaḥῑḥ, hasan dan ḍa‘ῑf. Kepelbagaian ini membolehkan kajian yang dijalankan menjadi sampel yang lebih luas bagi mewakili ḥadῑth -ḥadῑth yang terdapat dalam tafsir ini.

Segala bentuk terjemahan dalam tesis ini adalah terjemahan penulis, kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Segala bentuk tulis Hamka yang asal juga akan dikekalkan, kecuali beberapa ejaan tertentu yang perlu diselaraskan dengan transliterasi atau Bahasa Melayu.

Kajian terhadap ḥadῑth juga dibataskan seperti berikut :

1. Sumber rujukan utama takhrīj hanya terbatas terhadap ḥadῑth-ḥadῑth dalam kutub al-sittah saja, melainkan Hamka ada menyebut ḥadῑth lain selain daripada sumber tersebut.

2. Sekiranya ḥadῑth itu terdapat dalam Ṣaḥῑḥ al-Bukhārῑ dan Ṣaḥῑḥ Muslim, atau salah satu antara keduanya, pengkaji berpada dengan menyebutkan kedua-duanya, atau salah satu daripadanya saja. Ini memandangkan kedudukan kedua-dua buah kitab ini yang telah diterima oleh umat sejak zaman-berzaman.

3. Sekiranya ḥadῑth tersebut memiliki banyak sanad daripada sumber ḥadῑth yang sama, pengkaji berpada dengan menyebut satu matan arab saja, iaitu matan yang paling hampir dengan matan yang dinyatakan oleh Hamka. Sanad dan matan lain hanya akan dinyatakan sekiranya perlu.

4. Sekiranya ḥadῑth tersebut tidak ditemui dalam kitab-kitab ḥadῑth yang dinyatakan sebagai rujukan oleh Hamka, pengkaji akan mencarinya dalam kitab-kitab lain yang

31 Di Universiti Sains Malaysia, dinyatakan dalam Panduan Penyediaan Tesis Ijazah Sarjana Dan PhD bahawa sebagai panduan, panjang tesis Doktor Falsafah tidak lebih daripada 80 000 patah perkataan dan panjang tesis sarjana tidak melebih 50 000 patah perkataan. Rujuk : Mahindar Santokh Singh dan Ibrahim Che Omar ( penyunting ), Panduan Penyediaan Tesis : Ijazah Sarjana Dan PhD Edisi Kelapan, ( Pulau Pinang : Institut Pengajian Siswazah Universiti Sains Malaysia, 2000 ), hlm.

3.

(34)

15

dijadikan rujukan oleh Hamka. Setelah itu barulah pengkaji mencarinya di dalam rujukan yang lain sekiranya ada keperluan.

5. Sekiranya ḥadῑth tersebut ṣaḥῑḥ, pengkaji tidak akan melakukan proses i‘tibar untuk mencari mutābi ‘āt dan syawāhid sekiranya tidak ada keperluan.

6. Sekiranya ḥadῑth tersebut da‘ῑf, pengkaji akan membataskan proses i‘tibar dalam kutub al-sittah saja, melainkan ada keperluan.

7. Dalam proses takhrῑj, pengkaji akan mengutamakan lafaz ḥadῑth yang paling hampir dengan lafaz yang dinyatakan oleh Hamka.

1.6 Kepentingan kajian

Kajian terhadap ḥadῑth -ḥadῑth yang dijadikan sumber penafsiran oleh Hamka dalam Juzuk 5 ini dirasakan penting kerana Tafsῑr Al-Azhar adalah kitab tafsir yang sering menjadi rujukan masyarakat di Indonesia khususnya dan di Nusantara amnya. Walaupun terdapat kajian terdahulu telah dilakukan terhadap juzuk 1-4, namun belum ada pengkaji yang mentakhrῑj juzuk 5 dari tafsir ini. Justeru, kajian juzuk 5 ini dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu.

1.7 Objektif kajian

Sesebuah kajian yang ingin dilakukan perlu mempunyai objektif yang jelas demi memastikan kajian yang dilakukan mencapai matlamatnya. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah :

1. Mengkaji

ilmu takhrīj ḥadῑth dan kepentingannya dalam menilai status sesuatu ḥadῑth sebagai sebuah landasan teori kepada kajian takhrīj.

2. Mengkaji sejarah dan latar belakang Hamka serta Tafsir al-Azhar.

(35)

16

3. Mengkaji status ḥadῑth-ḥadῑth yang digunakan oleh Hamka dalam Juzuk 5 Tafsῑr Al-Azhar serta kedudukannya di sisi ulama-ulama ḥadῑth dengan mengaplikasi ilmu takhrīj al-ḥadῑth secara praktikal.

1.8 Metodologi Kajian

Terdapat beberapa metodologi yang diaplikasi dalam kajian ini bagi mencapai hasil kajian yang dikehendaki dalam objektif kajian. Pemilihan metodologi adalah berdasarkan kesesuaian metodologi tersebut dengan kajian yang dijalankan.

1.8.1. Metode Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan satu proses yang amat penting dalam sesuatu kajian.

Kaedah yang digunakan dalam proses pengumpulan data akan mempengaruhi hasil kajian yang dilakukan. Berikut adalah pendekatan yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian ini.

1.8.1.1 Kajian Kepustakaan

Kaedah penyelidikan di perpustakaan digunakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang tepat. Penyelidikan ini dilakukan berpandukan buku, majalah, artikel, jurnal, arkib, serta dokumen-dokumen lain yang terdapat di perpustakaan.

Penyelidikan juga dilakukan terhadap kajian-kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para pengkaji lain sebagai rujukan dalam kajian ini..

Pendokumentasian maklumat merupakan kaedah untuk memperoleh fakta dan maklumat dari pelbagai sumber. Antara sumber yang digunakan adalah kitab-kitab mutun, syarah, rijal, buku, majalah, artikel, jurnal dan kajian-kajian tesis terdahulu. Dapatan terdahulu membantu untuk menjana idea dan memaksimumkan tujuan yang hendak dicapai.

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak terlalu terikat dengan dapatan terdahulu. Jika ada dapatan baru atau penambahan fakta, perkara ini akan dinyatakan dalam kajian ini.

(36)

17

Sumber data yang digunakan adalah terdiri daripada tulisan-tulisan, kajian kitab- kitab turas, penggunaan teknologi maklumat dan rujukan terhadap sumber bercetak.

Kemudahan teknologi maklumat digunakan untuk mendapatkan bahan-bahan dari internet, perisian computer dan sebagainya. Hasil yang diperoleh dari sumber-sumber ini dipastikan dulu keṣaḥῑḥannya dengan merujuk kepada bahan-bahan bercetak.

Perinciannya seperti berikut :

1. Bagi buku-buku berkaitan Hamka, pengkaji akan membeli buku tersebut atau melakukan rujukan di perpustakaan terutamanya buku-buku yang sudah tidak diterbitkan atau sukar untuk didapatkan.

2. Bagi buku-buku berbahasa Arab, pengkaji akan menggunakan bantuan perisian Maktabah Syāmilah atau laman Dorar.net sebagai langkah pertama. Setelah itu, maklumat yang didapati akan dibandingkan dengan versi bercetak.

3. Pengkaji juga menambah ahli keluarga Hamka iaitu Fathiyah Hamka dan Afif Hamka sebagai rakan di media sosial. Ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat baik secara langsung atau tidak langsung tentang Hamka.

4. Pengkaji juga menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat- maklumat yang tidak dapat ditemui di perpustakaan. Maklumat ini akan disaring terlebih dahulu untuk memastikan hanya rujukan yang berautoriti digunakan dalam kajian ini.

1.8.2 Analisa Data

Data-data yang telah diperolehi perlu dianalisis bagi memastikannya bertepatan dengan sasaran kajian. Antara pendekatan yang digunakan bagi menganalisis data secara diagnosis ialah :

(37)

18

1.8.2.1 Metode Induktif

Metode induktif adalah analisa terhadap cara berfikir dengan membuat kesimpulan keseluruhan dari khusus kepada umum. Contohnya, dalam kajian ini, jika sesuatu ḥadῑth itu tidak diriwayatkan oleh al-Bukhārῑ atau Muslim, dan ḥadῑth itu dinilai lemah jika tiada sokongan daripada ḥadῑth-ḥadῑth lain, maka riwayat-riwayat sokongan dicari dan dianalisis.

Kemudian satu penilaian yang adil diberikan terhadap kedudukan ḥadῑth tersebut. Ini adalah satu contoh kesimpulan yang bersifat induktif.

1.8.2.2 Metode Deduktif

Metode deduktif adalah perumusan kesimpulan terhadap data yang bersifat umum kepada khusus. Pendekatan ini memerlukan analisis terhadap pola berfikir yang digunakan dalam mencari pembuktian berasaskan teori atau jangkaan tertentu. Dalam kajian ini, penulis akan mendatangkan riwayat yang sampai melalui pelbagai sanad, kemudian penulis akan memberi penilaian kepada sanad ḥadῑth yang diriwayatkan berdasarkan kaedah-kaedah ilmu ḥadῑth. Ini adalah salah satu contoh pendekatan deduktif dalam kajian ini.

Kaedah Analisa Data Bagi Menghukum Status Ḥadῑth.

1. Pengkaji akan merujuk kenyataan Hamka tentang ḥadῑth dinyatakan dalam Tafsir al-Azhar.

2. Setelah itu, ḥadῑth tersebut akan dicari di dalam sumber-sumber ḥadῑth yang ada.

3. Sekiranya tidak ditemui, pengkaji akan mencarinya dalam senarai rujukan buku yang digunakan oleh Hamka. Kemudian barulah akan dicari dalam rujukan yang lain sekiranya ada keperluan.

4. Pengkaji akan mendatangkan analisis para perawi yang bermasalah sekiranya ada.

5. Kemudian pengkaji akan memberi hukuman terhadap status ḥadῑth berdasarkan penilaian ulama mutaqaddimῑn, muta’ākhirῑn, atau mu‘aṣrῑn dan berpada dengannya.

(38)

19

Sekiranya tiada ulama yang pernah menilai ḥadῑth tersebut, barulah pengkaji akan menilainya sendiri.

1.8.2.4. Metode analisis sejarah

Metode analisis sejarah ialah satu kaedah yang sistematik untuk menjelaskan objek kajian dan merekontruksi semula masa lampau. Dalam kajian ini, beberapa tahapan berikut digunakan :

1. Heuristik.

Heuristik ialah mencari dan mengumpulkan sumber. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan sumber-sumber primer seperti tulisan Hamka sendiri untuk menulis tentang biodata beliau dan latar belakang Tafsir al-Azhar.

2. Kritik.

Setelah itu, pengkaji akan melakukan kritikan terhadap sumber-sumber yang diperolehi bagi memastikan sumber itu berautoriti.

3. Interpretasi.

Kemudian sumber itu akan diinterpretasi untuk menafsirkan makna sebenarnya.

4. Historiografi.

Akhir sekali, sumber yang telah diinterpretasi tadi akan disajikan dalam bentuk tulisan.

1.8.2.5 Metodologi Takhrīj al-Ḥadῑth

Dalam proses mentakhrῑj ḥadῑth, metodologi yang digunakan adalah amat penting untuk memastikan hasil yang ingin dicapai adalah menepati piawaian yang dikehendaki.

Antara metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini adalah :

a. Takhrīj al-ḥadῑth berdasarkan nama perawi tertinggi.

b. Takhrīj al-ḥadῑth dengan menggunakan awal lafaz.

(39)

20

c. Takhrīj al-ḥadῑth dengan mengenal pasti kalimah atau lafaz dalam matan ḥadῑth.

d. Takhrīj al-ḥadῑth dengan mengenal pasti tema dalam sesebuah ḥadῑth.

e. Takhrīj al-ḥadῑth dengan melihat kepada sifat sanad atau matan.

f. Takhrīj al-ḥadῑth dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat.

Semua kaedah ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Bab 2.

(40)

21

BAB 2

TAKHRĪJ AL-ḤADĪTH DAN KEPENTINGANNYA

2.0 Pengenalan

Ilmu yang diperlukan untuk mengenal pasti sumber asal bagi sesebuah ḥadῑth ialah ilmu takhrῑj al-ḥadῑth. Bab ini akan membincangkan tentang takhrῑj al-ḥadῑth dan kepentingannya.

2.1 Definisi Takhrῑj

2.1.1 Definisi Daripada Segi Bahasa

Secara bahasa, takhrῑj berasal daripada perkataan Arab, iaitu ضشخ . Kemudian

kalimah ضشخ

itu dijadikan fiil mutaadi

ضٓشخ. طَشتخ

ialah maṣdar bagi perkataan

ضٓشخ

.

Ertinya ialah jelas, terang dan nyata.

1

. Contoh penggunaan kalimah ضشخ dalam al- Quran :

اَْاَحُض َضَشِخَأَو اَهَهَُِن َشَطْغَأَو

2

Ertinya :

Dan Dia ( Allah ) menutupi malamnya ( lalu menjadikannya gelap gelita ) dan mengeluarkan cahayanya ( menjadikan siangnya terang benderang ).

2.1.2 Definisi Daripada Segi Istilah

Ulama ḥadῑth mutaqaddimῑn tidak memberikan definisi terperinci terhadap pengertian takhrῑj, meskipun elemen-elemen takhrῑj itu sudah ada secara praktiknya. Para

1 Lihat Fairuz Abadi, Qamus al-Muhit, hlm. 185 di bahagian kalimah جرخ.

2 Surah al-Nāzi‘āt [ 79 ] ayat 29.

(41)

22

ulama mutaakhirin yang melakukan takhrῑj terhadap kitab-kitab tertentu seperti al-Zailā‘ῑe ( wafat 762 H ), al-‘Irāqῑ ( wafat 806 H ), Ibn Ḥajar al-‘Asqalānῑ ( wafat 852 H ) dan selain mereka juga tidak memberikan definisi tertentu kepada istilah takhrῑj3. Justeru, ulama semasa berbeza pendapat ketika cuba memberikan pengertian yang khusus kepada takhrῑj.

2.1.3 Penggunaan kalimah takhrῑj oleh ulama terdahulu

Para ulama ḥadῑth telah menggunakan kalimah takhrῑj dalam karya-karya mereka walaupun tidak ada definisi khas bagi istilah itu di zaman mereka. Berikut ialah contoh-contohnya:

1.

Kalimah takhrῑj dalam karya Imam Muslim ( wafat 261 H ).

Antara ulama terawal yang menggunakan kalimah takhrῑj dalam karya mereka ialah Imam Muslim. Contohnya :

،ِىُهُِٔي ِشَصْكَأْنا َذُِٔع ِوَأ ،ٌَىًَُهٖرُي ٔسَٔذَحْنا ِمَِْأ َذُِٔع ِىُْ ٍوِىَق ٍَِع اَهُِٔي ٌَاَك اَي اٖيَأَف

ِىِهٔصَٔذَح ِطَِشِخَرِت ُمَغاَشَرََ اَُِسَهَف

4

Ertinya :

Adapun bagi sesiapa yang dikritik di kalangan para muḥaddith, maka kami tidak menyibukkan diri untuk mentakhrῑj ( meriwayatkan ) ḥadῑth mereka.

2.

Kalimah takhrῑj dalam karya al-Ḥākim ( wafat 405 H )

Ulama seterusnya yang sering menggunakan kalimah takhrῑj ialah al-Ḥākim ( wafat 405 H ). Beliau menggunakan istilah ini ketika mengulas tentang ḥadῑth-ḥadῑth yang tidak dikeluarkan oleh al-Bukhārῑ ( wafat 256 H ) dan Muslim ( wafat 261 H ) dalam kitab-kitab mereka.

3 ‘Abd al-Ghafūr ibn ‘Abd al-Ḥaq, ‘Ilm al-Takhrīj wa Dauruhu fi Khidmat al-Sunnah, Madinah, Majŵa’ MalikFahd, t.t. ) hlm. 6.

4 Muslim, Muqaddimah Ṣaḥῑḥ Muslim, Jilid 1, hlm. 6.

(42)

23

Contohnya :

ٍَُِِحُٔحٖصنا ٍٔف ِضٖشَخَُ ِىَن ٌسَٔذَح اَزَْ

5

Ertinya :

Ḥadῑth ini tidak dikeluarkan dalam Ṣaḥῑḥain.

3.

Kalimah takhrῑj dalam karya Ibn Ṣolāḥ ( wafat 643 H )

Meskipun Ibn Ṣolāḥ ( wafat 643 H ) cuba memberikan definisi khusus terhadap istilah- istilah yang digunakan dalam bidang ḥadῑth dalam kitabnya Makrifat Anwa’ ‘Ulum al- Ḥadῑth yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibn Solah, beliau tidak memberikan sebarang ulasan terhadap definisi takhrῑj secara istilah.

Antara contoh penggunaan kalimah takhrῑj dalam kitab beliau ialah :

َشَُِغ ،ّٔٔصَٔذَح ٍِٔي ُِِوَوَس اَي ٍٍِّتاَحَص ِّمُك ٔذَُِسُي ٍٔف اىُظِشِخَُ ٌَْأ اَهُٔف ِىُهُذَداَع ِٔٔزَهَف

ِّٔت ا٘عَرِحُي اًصَٔذَح ٌَىُكََ ٌَْأِت ٍََٔذَُِّقَرُي

6

Ertinya :

Maka ini adalah kebiasaan mereka untuk mengeluarkan dalam musnad setiap sahabat apa yang diriwayatkan oleh mereka, tanpa terikat dengan ḥadῑth yang dijadikan hujah dengannya.

Beliau turut menaqalkan kata-kata Ibn Mandah ( wafat 395 H ) yang mengatakan bahawa dia mendengar Muhammad ibn Sa‘ad al-Bawardῑ (wafat 230 H ) berkata :

ّٔٔكِشَذ ًَهَع ِعًَِعَُ ِىَن ٍَِي ِّمُك ٍَِع َضِشِخَُ ٌَْأ ٍِّٔئاَسُٖنا ًٍَِِحٖشنا ٔذِثَع ٍِتَأ ِةَْْزَي ٍِٔي ٌَاَك

7

5 Lafaz ini digunakan oleh al-Hakim ketika meriwayatkan ḥadῑth berikut :

،َحَشٔئاَع ٍَِع ،َجَوِشُع ٍَِع ،ٌِِّشِْٗضنا ٍَِع ،ٌُاَُْفُس اُش ،ٌٗٔذًَُُِحْنا اُش ،ًَسىُي ٍُِت ُشِشِت َأَثََِأ ،ُُّٔقَفْنا َقاَحِسِإ ٍُِت ُذًَِحَأ ٍشْكَت ىُتَأ ُواَيِإْنا اََُشٖذَح

ِدَناَق " :

ِدَنَضََ ًٖرَح ٔحَعاٖسنا ٍَِع ُلَأِسَُ َىَّهَسَو َُِّٔهَع ُللها ًَّهَص َّّٔهنا ُلىُسَس ْلَضََ ِىَن :

{ اَْاَهَرُُِي َكِّتَس ًَنِإ اَْاَشْكٔر ٍِٔي َدََِأ َىُٔف }

[ خاعصاُنا :

44 ]

«.

» ٍَِع ،َحََُُُُِع ٍِِتا ٔسَٔداَحَأِت اّعَي اٖعَرِحا ٔذَقَو ،اّعَي اًَِهٔطِشَش ًَهَع ْحُٔحَص ٌظىُفِحَي َىَُْو ٍَُِِحُٔحٖصنا ٍٔف ِضٖشَخَُ ِىَن ٌسَٔذَح اَزَْ

اَهَُِع َُّّهنا ٍَٔضَس َحَشٔئاَع ٍَِع ،َجَوِشُع ٍَِع ،ٌِِّشِْٗضنا

"

Lihat al-Hākim, al-Mustadrak, Jilid 1, hlm. 46.

6 Ibn Solah, Ma’rifat al-Anwa’, hlm. 38.

7 Ibid. 37.

(43)

24

Ertinya :

Mazhab Abū ‘Abd al-Rahmān al-Nasā’ῑe ialah meriwayatkan ḥadῑth daripada semua ( perawi ) yang tidak disepakati untuk ditinggalkan periwayatannya.

Ibn Mandah kemudian memberi ulasan tambahan seperti berikut :

ِذِعََ ِىَن اَرِإ َفُٔعٖضنا َداَُِسِإْنا ُضِشِخََُو ،َُِزَخْأَي ُزُخْأََ ٍَِٗاَرِسِعِّسنا َدُواَد ىُتَأ َكٔنَزَكَو

ِلاَظِّشنا ٌِْأَس ٍَِي َُِذُِٔع يَىْقَأ ََُّٖأٔن ؛َُِشَُِغ ِباَثْنا ٍٔف

8

Ertinya :

Dan begitu juga dengan Abū Dawūd al-Sijistānῑ mengambil pendekatannya, dan mentakhrῑjkan isnad yang ḍa‘ῑf apabila tidak didapati dalam bab itu ḥadῑth lain, kerana ḥadῑth ḍa‘ῑf itu di sisinya lebih kuat daripada pendapat manusia.

2.1.4 Definisi terpilih

Antara ulama terawal yang diketahui cuba untuk memberikan definisi khas kepada istilah takhrῑj ialah al-Sakhāwῑ ( wafat 902 H )9.Menurut al-Sakhāwῑ ( wafat 902 H ), takhrῑj itu ialah :

ِةُرُكْناَو ٔخاَخَُِشًَْناَو ِءاَضِظَأْنا ٌٔىُطُت ٍِٔي َسَٔداَحَأْنا ٔزِّذَحًُْنا ُضاَشِخِإ ُطَِشِخٖرناَو ،َكٔنَر ِىِحََ ِوَأ َِّٔاَشْقَأ ِوَأ ّٔٔخىُُُش ِضِعَت ِوَأ ِّٔسْفََ ٔخاَِٖوِشَي ٍِٔي اَهُقأَُسَو ،اَِْىِحَََو ِلَذَثْنا ٌٔاََُت َعَي ٍَِِواَوٖذناَو ِةُرُكْنا ِباَحِصَأ ٍِٔي اَْاَوَس ًٍَِٔن اَُْوِضَعَو اَهَُِهَع ُواَهَكْناَو ِضاَشِخِإْنا ٔدٖشَعُي ًَهَع ّٔٔقاَهْطِإ ٍٔف ُعٖسَىَرَُ ِذَقَو ،ُُّفَِشِعَذ ٍٔذْأََُس أًٖي أًَِْىِحَََو ٔحَقَفاَىًُْناَو

ِوِضَعْناَو

10

8 Ibid.

9 Al-Sakhāwῑ tidak menulis bab yang khusus ketika menjelaskan tentang definisi takhrīj ini.

Sebaliknya beliau menyentuh tentang pengertian takhrīj ini ketika membahaskan perbezaan antara ta͛lif, takhrīj dan intiƋa͛ di bawah sub tajuk pengertian ta’lif dan faedahnya. Zakaria al-Ansari kemudian meringkaskan takrif yang diberikan oleh al-Sakhāwῑ ini dalam kitabnya yang bertajuk Fath al-Baqi bi Syarh Alfiat al -͚IƌaƋi. Lihat al-Sakhawi, Muhammad ibn Abd al-Rahman, Fath al-Mughith bi Syarhi Alfiyat al-Ḥadῑth li al-͚IƌaƋi, ( Mesiƌ : Maktabt al-Sunnah, 2003 ) Jilid 3. hlm. 317, Zakaria al-Ansari, Fath al-Baqi, Jilid 2, hlm. 133

10 Al-Sakhāwῑ, Fath al-Mughith, Jilid 3, hlm. 317

(44)

25

Ertinya :

Dan takhrῑj itu ialah al-muhaddith mengeluarkan ḥadῑth dari perut juzuk, guru-guru, dan buku- buku dan sepertinya, dan lafaznya daripada periwayatannya sendiri atau sebahagian guru-gurunya atau temannya atau sepertinya, dan memberi komen terhadapnya dan mengisyaratkannya kepada orang yang meriwayatkannya yang terdiri daripada pemilik-pemilik kitab dan menjelaskan perbezaannya dan persamaannya dan yang sepertinya.

Kebanyakan ulama ḥadῑth selepas zaman al-Sakhāwῑ ( wafat 902 H ) cenderung mengikuti definisi beliau meskipun mereka mengemukakan definisi itu dengan menggunakan ayat yang berbeza dengan beliau. Dan pengkaji memilih takrif ini dalam kajian ini. Takrif ini dipilih kerana takrif ini adalah takrif terawal yang pernah digunakan oleh sarjana untuk mendefinisikan takhrῑj, bersifat padat dan mudah difahami.

2.2 Sumber takhrῑj

Sumber bagi takhrῑj terbahagi kepada 3 iaitu : 1. Sumber asal.

2. Sumber menyerupai asal.

3. Sumber bukan asal.

2.2.1 Sumber asal

Sumber asal ialah kitab-kitab yang mengandungi ḥadῑth-ḥadῑth yang diriwayatkan oleh pengarangnya dengan sanadnya sendiri. Perkara yang diambil kira semasa menentukan sama ada sesebuah kitab boleh dianggap sumber asal atau tidak adalah :

1. Lamanya sebuah kitab.

2. Kedudukan kitab tersebut di sisi ulama ḥadῑth.

Contohnya, dalam Ṣaḥῑḥ al-Bukhārῑ , kadang-kadang al-Bukhārῑ meriwayatkan ḥadῑth daripada Wakῑ‘ (wafat 197 H ) daripada al-A‘masy ( wafat 148 H ). Kitab yang mengandungi riwayat Waqῑ’ daripada al-A‘masy ini sudah dicetak. Namun pengkaji boleh

(45)

26

menyandarkan terus riwayat ini kepada Ṣaḥῑḥ al-Bukhārῑ dengan mengambil kira kedudukan Ṣaḥῑḥ al-Bukhārῑ yang tinggi di sisi ulama ḥadῑth.11

Contoh-contoh kitab yang dianggap sebagai sumber asal : 1. Bidang ḥadῑth : Kutub al-Tis‘ah.

2. Bidang akidah : Al-Iman oleh Abū Bakr ibn Abῑ Syaibah ( wafat 235 H ).

3. Bidang tafsir : Tafsir al-Tabari.

4. Bidang fiqh : al-Umm.

5. Bidang Usul al-Fiqh : al-Risalah.

6. Bidang Tarikh : Tarikh Ibn Jarir al-Tabari.

2.2.2 Sumber menyerupai asal

Sumber-sumber menyerupai asal ialah kitab-kitab yang mengandungi ḥadῑth-ḥadῑth yang diriwayatkan oleh pengarangnya dengan sanad yang dinukilkan daripada pengarang kitab asal. Contohnya kitab Tafsir Ibn Kathir, Tuhfat al-Asyraf oleh al-Mizzi ( wafat 742 H ), Nasb al-Rayah oleh al-Zailaie dan sebagainya.

Seorang pengkaji tidak sepatutnya menyandarkan rujukan kepada sumber menyerupai asal kecuali :

1. Rujukan asal tidak ditemui.

2. Rujukan asal masih dalam bentuk tulisan asal yang sukar untuk dirujuk.

3. Rujukan asal telah dicetak tetapi sukar untuk diperoleh.

Contohnya, tidak boleh menyandarkan ḥadῑth dalam Kutub al-Sittah kepada al- Baghawi ( wafat 516 H ) dalam Syarh al-Sunnah kerana ḥadῑth-ḥadῑth tersebut terdapat

11 Hatim al-Auni, al-Takhrīj wa Dirasat al-Asanid. halaman 5

(46)

27

dalam kutub al-Sittah. Contoh lain jika al-Baihaqi ( wafat 458 H ) meriwayatkan ḥadῑth- ḥadῑth yang hilang daripada Ṣaḥῑḥ Ibn Khuzaymah ( wafat 311 ) dengan sanadnya hingga kepada Ibn Khuzaimah, maka kitab al-Baihaqi dianggap sebagai sumber yang me

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Mohd Muhiden bin Abdul Rahman, “Syeikh Nuruddin Al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian Al-Hadith: Kajian terhadap Kitab Al-Fawāid Al-Bāhiyyah fī al- Aḥadīth

Penulis juga telah memilih sebuah kitab lain iaitu kitab Jam‘ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id yang mana turut mengandungi hadith-hadith sepertimana yang

Metode penulisan Hadith kedua yang terdapat pada Surah al-Baqarah dalam Tafsir al-Mishbah dan Tafsir Pedoman Muttaqin ialah menyatakan Hadith dengan mukharrij tanpa

Kitab Tafsir al-Mishbah dan Tafsir Pedoman Muttaqin sebaiknya dikaji secara mendalam dan menyeluruh terutama berkenaan dengan Hadith-Hadith yang digunakan oleh pengarang

Manakala daripada analisis yang dijalankan terhadap hadith-hadith dalam karya al- Mandili berjudul "Menakutkan dan Meliarkan Daripada Kemasukkan Orang Islam Akan Anak

Nor Azlida Binti Aziz (2010), Metodologi Pentafsiran Sheikh Muhammad Idris al- Marbawi Dalam Kitab Tafsir Quran Marbawi (Tesis Master di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,

Di antara hasil kajian ini, didapati bahawa kebanyakan hadith yang dinyatakan di dalam tafsir surah al- Baqarah daripada kitab Mar ah Lab i d, berada pada status hadith s

Di dalam kajian ini, penulis akan meninjau ketokohan Imam Majd al-Din ‘Abd al- Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam pengajian ilmu Hadith Ahkam