• Tiada Hasil Ditemukan

PENGLIBATAN ORGANISASI LUAR DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PENGLIBATAN ORGANISASI LUAR DALAM"

Copied!
85
0
0

Tekspenuh

(1)PENGURUSAN MUZIUM DI KELANTAN : KAJIAN DI PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN. AINUR SYUHADA BINTI KAMARULZAMAN. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2021. FYP FTKW. AINUR SYUHADA BINTI KAMARULZAMANIJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN2020. PENGLIBATAN ORGANISASI LUAR DALAM.

(2) PENGURUSAN MUZIUM DI KELANTAN : KAJIAN DI PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN. Oleh. AINUR SYUHADA BINTI KAMRULZAMAN. Projek Penyelidikan Ini Disediakan Untuk Memenuhi Syarat Kelayakan Bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2021. FYP FTKW. PENGLIBATAN ORGANISASI LUAR DALAM.

(3) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. /. TERBUKA. Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah.. atau. Dari tarikh _____________ hingga _____________ SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. 2. 3.. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.. Tandatangan. 971027-01-5838 Tarikh: 26/1/2021. Nota*. Tandatangan Penyelia Utama. DR. DAENG HALIZA BINTI DAENG JAMAL Tarikh: 26/1/2021. Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. i. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.

(4) I hereby certify that the work embodied in this thesis is the result of the original research and has not been submitted for a higher degree to any other University or Institution.. /. OPEN ACCESS. EMBARGOES. I agree that my thesis is to be made immediately available as hardcopy or online open access (full text) I agree that my thesis is to be made available as hardcopy or on-line (full text) for a period approved by the Post Graduate Committee. Date from___________________ until ______________. CONFIDENTIAL. RESTRICTED. (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*. (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*. I acknowledge that University Malaysia Kelantan reserves the right as follows. 1.. The thesis is the property of University Malaysia Kelantan.. 2.. The library of University Malaysia Kelantan has the right to make copies for the purpose of research only.. 3.. The library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.. 971027-01-5838. DR. DAENG HALIZA BINTI DAENG JAMAL. Tarikh: 26/1/2021. Tarikh: 26/1/2021. Note: * If the thesis is CONFIDENTIAL OR RESTRICTED, please attach the letter from the organization stating the period reasons for confidentially and restriction.. ii. FYP FTKW. THESIS DECLARATION.

(5) Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga baginda, para sahabat serta muslimin dan muslimat. Alhamdulilah dengan izin Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan penulisan tesis ini dengan lengkap dan sempurna setelah menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan yang tidak terkata. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr. Daeng Haliza Binti Daeng Jamal terutamanya yang merupakan penyelia terhormat bagi pengkaji dalam kursus Projek Penyelidikan ini. Kemahiran dan kepakaran yang tiada tolok bandingnya dan banyak membantu pengkaji dalam penghasilan tesis ini dengan sempurna. Malah setiap tunjuk ajar, kesabaran, nasihta, sokongan, dan bimbingan padu yang diberikan beliau telah membantu pengkaji untuk terus maju dan tekun dalam menyelesaikan penulisan penyelidikan ini sehingga ke akhirnya. Segala pengalaman yang dilalui pasti tidak dapat dilupakan. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa tersayang, Norhamdi Bin Wagiman dan Suhana Binti Samiaan yang tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat, sokongan dan kepercayaan yang disulami doa setulus hati di sepanjang perjalanan kajian ini dilakukan. Kepercayaan dan ucapan semangat yang diberikan kepada pengkaji telah mengajar erti kesabaran dan keikhlasan sebenar dalam menuntut ilmu pengetahuan dan mempelajari ilmu baharu melalui kajian ini. Pengkaji juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan, iltizam, tekad dan kesungguhan, tiada kejayaan yang bakal menanti pada masa hadapan. Penghargaan yang tidak terkata turut diberikan kepada para responden dan rakanrakan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses pengumpulan maklumat yang dilakukan untuk melengkapkan kajian ini. Sikap mereka yang sentiasa berkongsi ilmu dan sentiasa bersedia dalam menyampaikan maklumat, amat saya sanjungi dan akan diingati. Kesudian mereka dalam segala yang baik itu datangnya dari Allah Yang Maha Esa dan setiap yang buruk itu datangnya dari pengkaji sendiri.. iii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(6) Halaman PERAKUAN TESIS. i. PENGHARGAAN. iii. KANDUNGAN. iv. SENARAI RAJAH. viii. SENARAI JADUAL. viii. ABSTRAK. ix. ABSTRACT. x. BAB SATU PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan. 1. 1.2. Permasalahan Kajian. 2. 1.3. Persoalan Kajian. 3. 1.4. Objektif Kajian. 4. 1.5. Skop Kajian. 4. 1.6. Definisi Operasional. 4. 1.6.1. Muzium. 5. 1.6.2. Pengurusan Muzium. 5. 1.6.3. Organisasi. 5. 1.6.4. Penglibatan. 6. 1.7. Organisasi Penulisan. 6. iv. FYP FTKW. SENARAI KANDUNGAN.

(7) SOROTAN KAJIAN LEPAS DAN TEORI. 2.1. Pengenalan. 8. 2.1.1. Maksud Muzium. 8. 2.1.2. Sejarah Muzium Dunia. 9. 2.1.3. Perkembangan Muzium di Malaysia. 11. 2.1.4. Latar Belakang Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. 13. 2.1.5. Pengurusan Muzium. 14. 2.1.6. Organisasi Dalam Pengurusan Muzium. 15. 2.1.7. Penglibatan Organisasi Luar. 19. 2.2. Kerangka Teori. 22. 2.2.1. 23. Teori Fungsionalisme. 2.3. Kesimpulan. BAB TIGA. METODOLOGI. 3.1. Pengenalan. 25. 3.2. Rekabentuk Kajian. 26. 3.2.1. Kaedah Kualitatif. 26. 3.2.2. Kaedah Kajian. 27. 3.3. 3.4. 24. Pengumpulan Data. 28. 3.3.1. Data Primer. 28. 3.3.2. Data Sekunder. 28. 3.3.3. Persampelan. 30. 3.3.4. Analisis Data. 31. Kesimpulan. 34. v. FYP FTKW. BAB DUA.

(8) 4.1. Pengenalan. 36. 4.2. Analisis Dapatan Temu Bual Responden. 37. 4.3. Analisis Jenis-Jenis Organisasi Luar. 39. 4.3.1. 39. Definisi Organisasi Luar. 4.3.2 Jenis-Jenis Organisasi Luar dalam Pengurusan. 40. Muzium di Kelantan. 4.4. 4.3.3 Kriteria Organisasi Luar yang sesuai. 42. Sumbangan Organisasi Luar. 43. 4.4.1. 44. Bentuk Sumbangan Oleh Organisasi Luar Terhadap Pengurusan Muzium. 4.4.2. Kelebihan Pada Organisasi Luar Dalam. 45. Pengurusan Muzium 4.4.3 Manfaat Penglibatan Organisasi Luar. 46. Dalam Pengurusan Muzium 4.4.4 Pengurusan Dana dan Keperluan. 47. Sepanjang Bekerjasama. 4.5. 4.4.5 Pembahagian keuntungan antara dua pihak. 48. Cabaran Dalam Pengurusan Muzium. 49. 4.5.1. Masalah Dalam Pengendalian Program Bersama. 50. 4.5.2. Cabaran Dalam Pengurusan Muzium Bersama. 51. vi. FYP FTKW. BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN.

(9) 52. Pengurusan Muzium 4.6. Analisis Teori Fungsionalisme. 52. 4.7. Kesimpulan. 56. BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. 5.1. Rumusan Kajian. 57. 5.2. Penutup. 60. RUJUKAN. 61. LAMPIRAN A. 64. vii. FYP FTKW. 4.5.3 Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam.

(10) No. Rajah. Halaman. Rajah 3.1. Rangka Reka Bentuk Kajian. 26. Rajah 3.2. Proses Analisis Data. 32. Rajah 4.1. Analisis Teori Fungsionalisme. 55. SENARAI JADUAL No. Jadual. Halaman. Jadual 4.1. Kod Responden dan Pandangannya. 37. Jadual 4.2. Senarai Tema dan Sub Tema Temu Bual. 38. viii. FYP FTKW. SENARAI RAJAH.

(11) KELANTAN: KAJIAN DI PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN. ABSTRAK Kajian ini membincangkan mengenai penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muzium di Kelantan yang dilakukan di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Muzium merupakan sebuah institusi yang bersifat tetap, memelihara dan memulihara khazanah warisan serta kepelbagaian budaya negara yang menjadi daya tarikan bagi pelancong. Akan tetapi, bahagian pengurusan muzium dianggap kurang mendapat sambutan daripada pengunjung terutama dalam kegiatan-kegiatan permuziuman yang dianjurkan oleh pihak muzium. Pengurusan muzium didapati kurang menjalankan acara-acara yang melibatkan masyarakat dan memerlukan sokongan serta penglibatan daripada organisasi luar untuk bersama-sama menguruskan sebuah institusi permuziuman. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis organisasi luar yang terlibat dalam pengurusan muzium di Kelantan, menghurai sumbangan organisasi luar dalam pengurusan muzium dan menganalisis cabaran dalam pengurusan muzium di Kelantan oleh organisasi luar. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang bersifat etnografi untuk memperoleh maklumat melalui temu bual responden dan kepustakaan. Hasil kajian menjelaskan bahawa terdapat beberapa penglibatan oleh organisasi luar yang bekerjasama dengan pihak muzium untuk menguruskan program atau pameran yang dianjurkan di muzium negeri Kelantan. Selain itu, sumbangan oleh organisasi luar amat penting dalam melancarkan sesebuah program atau pengurusan muzium yang berkesan untuk jangka masa yang lama seperti sumbanagn idea, kepakaran dan bahan pameran atau koleksi. Akhir sekali, terdapat pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pihak muzium sepanjang menguruskan aktiviti, progran dan pameran bersama organisasi luar.. ix. FYP FTKW. PENGLIBATAN ORGANISASI LUAR DALAM PENGURUSAN MUZIUM DI.

(12) MANAGEMENT IN KELANTAN: A STUDY KELANTAN STATE MUSEUM CORPORATION. ABSTRACT This study discusses the involvement of external organizations in museum management in Kelantan at the Kelantan State Museum Corporation. The museum is an institution that is permanent form, preserving and conserving the heritage treasures as well as the cultural diversity of the country that is an attraction for tourism. However, the museum management section is considered as get less responsive from visitors, especially in the museum activities which is organized by the museum. The management of this museum is interesting to study based on the problems studied, namely the museum does not conduct events to attract the interest of the community and requires support and involvement from external organizations to jointly manage a museum institution. This study was conducted to identify the types of external organizations involved in museum management in Kelantan, describe the contribution of external organizations in museum management and analyze the challenges in museum management in Kelantan by external organizations. In addition, this research uses qualitative research methods that are ethnographic in nature to obtain information through respondents interviews and libraries. The results of the study explain that there are several involvement by external organizations that work with the museum to manage programs or exhibitions that organized at the Kelantan state museum. In addition, the contribution of external organizations is very important in launching an effective museum program or management for a long period of time such as the contribution of ideas, expertise and exhibition materials or collections. Finally, there are various challenges and problems faced by the museum while managing activities, programs and exhibitions with external organization.. x. FYP FTKW. THE INVOLVEMENT OF EXTERNAL ORGANIZATIONS IN MUSEUM.

(13) FYP FTKW. BAB 1. PENDAHULUAN. 1.0. PENGENALAN. Pengurusan merupakan proses mengorganisasi, memimpin, merancang dan mengawal usaha dalam menguruskan sesebuah organisasi dengan baik dan teratur bagi mencapai matlamat organisasi. Setiap organisasi dalam pengurusan berfungsi untuk merancang sebuah tindakan di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat. Fungsi pengurusan yang seterusnya ialah pengorganisasian dalam menyusun, menyelaras dan mengagihkan sumber untuk melaksanakan tugasan serta kepimpinan seorang pengurus dalam mempengaruhi pekerjanya. Selain itu, pengurusan berfungsi sebagai mengawal atau memantau prestasi pekerja dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Jaaafar Muhammad (1992) menyatakan bahawa pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan tenaga kerja) dengan cara. perancangan,. pengorganisasian,. pengarahan. dan. pengawalan. untuk. tujuan. mengeluarkan output iaitu segala barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Antara kepentingan pengurusan ialah menyelaraskan sumber supaya dapat diagihkan dan digunakan secara berkesan sekaligus dapat mencapai matlamat sesebuah organisasi. Selain itu, pengurusan juga penting dalam membantu melancarkan operasi sesebuah organisasi dengan baik serta mengurangkan pembaziran. Kesemua bentuk organisasi sama ada berskala kecil atau besar memerlukan 1.

(14) yg tidak terkecuali memerlukan pengurusan yg sistematik ialah institusi permuziuman. Menurut. Edson. (1994),. muzium. adalah. institusi. yang. menggabungkan. pembelajaran, budaya dan pembangunan komuniti sejak dari tahun 1960-an lagi. Peranan muzium dilengkapi dengan adanya galeri serta arkib yang mengetengahkan pameran seni dan sejarah. Khalil et al. (2000) dalam kajian mereka, telah menganggarkan bahawa terdapat lebih kurang 70 buah muzium, 26 buah galeri dan 10 arkib/memorial/pustaka di Malaysia pada tahun 2000. Sesebuah muzium yang baik harus mampu menarik perhatian pengunjung dan menimbulkan perasaan ingin tahu untuk mempelajari khazanah warisan bangsa. Malangnya, peranan dan daya tarikan sektor permuziuman kini semakin mendapat saingan oleh daya tarikan lain seperti kompleks beli-belah, pusat rekreasi dan pelbagai lagi yang lebih moden. Secara amnya muzium dianggap sebagai tempat penyimpanan koleksi atau barangan lama di dalam sebuah bangunan. Institusi muzium memerlukan sebuah organisasi bagi memastikan koleksi di muzium dijaga dengan baik dan teratur. Pengurusan muzium melibatkan perancangan, penyelidikan, pengumpulan koleksi dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan penubuhan muzium bagi mencapai matlamat organisasi. Antara beberapa aspek pengurusan yang dijalankan dalam sesebuah organisasi ialah pengurusan perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan bagi menjaga imej muzium, meningkatkan mutu pameran yang sedia ada, meningkatkan jumlah pelancong dan menjaga keselamatan bahan pameran muzium. 1.2. PERMASALAHAN KAJIAN. Muzium berperanan sebagai sebuah institusi yang mengumpul koleksi warisan dan tempat rujukan bahan sejarah terdahulu. Dalam pengurusan muzium , sokongan dan kerjasama daripada pihak lain adalah penting untuk mengembangkan pengaruh dalam pengurusan muzium.. 2. FYP FTKW. pengurusan yang sistematik bagi mencapai objektif penubuhannya. Salah satu organisasi.

(15) kaedah yang berkesan untuk melancarkan operasi muzium. Program pemasaran yang baik memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pasaran. sasaran. (Pengarah. Komunikasi Korporat TV3, 2000). Hal ini memerlukan tindakan oleh pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), orang sumber dan sukarelawan yang merupakan antara organisasi luar yang sepatutnya terlibat dalam pengurusan muzium agar. dapat. meningkatkan sistem pengurusan yang lebik baik. Selain itu, muzium di Malaysia kurang menjalankan acara-acara yang boleh menarik minat masyarakat untuk turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan muzium (Pengarah Komunikasi Korporat TV3, 2000). Hal ini akan memberi kesan kepada pihak muzium sekiranya tidak menerima sebarang sumbangan atau sokongan dari pihak lain dalam meninjau usaha-usaha yang ingin disempurnakan dengan baik. Oleh hal yang demikian, kajian ini telah menimbulkan beberapa persoalan kajian melalui permasalahan kajian ini. Setelah itu persoalan kajian akan dijawab dengan objektif kajian yang bersesuaian sebagai tujuan penulisan kajian ini. 1.3. PERSOALAN KAJIAN. Kajian ini merupakan kajian mengenai penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muziun di Kelantan. Persoalan kajian ini adalah untuk : 1) Apakah jenis-jenis organisasi luar yang terlibat dalam pengurusan muzium di Kelantan ? 2) Sejauhmanakah sumbangan organisasi luar dalam pengurusan muzium di Kelantan ? 3) Apakah cabaran yang dihadapi oleh organisasi luar dalam pengurusan muzium?. 3. FYP FTKW. Sesebuah institusi permuziuman perlu memainkan peranan untuk mengenalpasti.

(16) OBJEKTIF KAJIAN. Kajian ini merupakan kajian mengenai penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muziun di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk : 1) Mengenalpasti jenis-jenis organisasi luar yang terlibat dalam pengurusan muzium di Kelantan. 2) Menghurai sumbangan organisasi luar dalam pengurusan muzium di Kelantan. 3) Menganalisis cabaran dalam pengurusan muzium di Kelantan oleh organisasi luar. 1.5. SKOP KAJIAN. Tumpuan utama kajian ialah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) yang merupakan sebuah institusi muzium yang mentadbir dan menguruskan warisan di setiap sembilan muzium yang terdapat di Kelantan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya menumpukan kepada dua atau tiga jenis muzium di bawah Perbadanan Muzium Kelantan, iaitu Muzium Diraja, Muzium Kraftangan dan Muzium Wau. Hal ini demikian kerana, muzium-muzium ini mempunyai lebih daripada dua buah organisasi luar yang terlibat dalam pengurusannya. 1.6. DEFINISI OPERASIONAL. Definisi operasional bertujuan sebagai menghuraikan keseluruhan penulisan. Dalam kajian ini, konsep dan istilah yang akan dihuraikan ialah berkaitan muzium, pengurusan muzium, organisasi dan penglibatan pihak yang berkenaan.. 4. FYP FTKW. 1.4.

(17) Muzium. International Council of Museum (ICOM) pada mesyuarat agong yang diadakan pada tahun 1974 telah menggariskan definisi muzium sebagai satu institusi yang bersifat tetap dan tidak mencari keuntungan dengan memberikan khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya. 1.6.2. Pengurusan Muzium. Menurut panduan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) (1974), prinsip asas bagi pengurusan sesebuah muzium itu, hendaklah mempunyai etika untuk menyediakan standard minimum bagi operasi muzium, iaitu menyenggara dengan baik, memajukan semua aspek muzium dengan baik dan menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya. Kemunculan muzium pada peringkat awal lebih mementingkan koleksi dan barang, tidak menitikberatkan hal yang berkaitan dengan konservasi. 1.6.3. Organisasi. Menurut John D. Millet (1954), organisasi ialah kerangka atau struktur yang memerlukan orang-orang yang bekerjasama untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Dengan begitu bermaksud organisasi adalah suatu sistem mengenai tugasan pekerjaan di antara kelompokkelompok orang yang mengkhususkan diri dalam tahap-tahap khusus dari suatu tugas. Manakala menurut Ralp Currier Davis (1951), organisasi merupakan sesuatu sekelompok orang yang sedang bekerja ke arah tujuan bersama yang berada di bawah kepemimpinan.. 5. FYP FTKW. 1.6.1.

(18) Penglibatan. Tosun memberikan definisi penglibatan komuniti sebagai “satu bentuk tindakan sukarela yang. melaluinya. individu. mengambil. peluang. dan. memikul. tanggungjawab. kemasyarakatan” (Tosun,2000:614) 1.7. ORGANISASI PENULISAN. Secara keseluruhannya, penulisan ini terbahagi kepada 5 bab. Perbincangan Bab 1 adalah huraian tentang pengenalan terhadap tajuk kajian yang merangkumi permasalahn kajian tentang penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muzium di Perbadanan Muzium Kelantan. Seterusnya, bab ini membincangkan tentang tiga persoalan kajian dan objektif kajian yang dijadikan sebagai tujuan kajian ini. Pengkaji telah memilih skop kajian iaitu di Perbadanan Muzium Kelantan kerana mempunyai potensi untuk mendapatkan maklumat. Pada akhir bab ini, pengkaji menghuraikan tentang definisi operasional dan organisasi penulisan sebagai gambaran mengenai kajian ini. Dalam Bab 2 pula, pengkaji akan menghuraikan mengenai sorotan kajian lepas dan kerangka teori yang bersesuaian dengan tajuk kajian ini. Sorotan kajian lepas yang dikaji oleh pengkaji ialah berkaitan institusi muzium, pengurusan sesebuah muzium, organisasi dan penglibatan oleh pihak yang terlibat. Pengkaji akan menghuraikan tentang teori Fungsionalisme sebagai panduan penulisan dalam kajian ini. Setelah itu pengkaji akan membuat kesimpulan bagi bab 2 sebagai penutup bab ini. Bab 3 membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakan dalam penulisan kajian ini. Pengkaji akan menghuraikan reka bentuk kajian yang dipilih iaitu kaedah kualitatif sebagai kaedah kajian. Selain itu, pengkaji menerangkan tentang kaedah pengumpulan data yang terbahagi kepada dua iaitu, data primer dan data sekunder. Pengkaji turut menjelaskan mengenai kaedah persampelan yang dipilih dan yang terakhir ialah analisis data yang dijadikan sebagai rangka penghasilan kerja.. 6. FYP FTKW. 1.6.4.

(19) penting dalam penulisan kajian kerana ia menghuraikan mengenai dapatan kajian dengan lebih mendalam dan terperinci. Segala dapatan kajian yang dihuraikan dalam bab ini adalah hasil daripada pengumpulan data yang diperolehi melalui kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Analisis dapatan kajian dalam bab ini memberikan penjelasan secara terperinci berkaitan tajuk kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Akhir sekali ialah bab 5 yang menghimpunkan tentang segala rumusan atau kesimpulan yang telah diperolehi dalam penulisan kajian ini. Bab ini menghuraikan tentang rumusan atau kesimpulan berkaitan keseluruhan bab yang dibincangkan mengenai tajuk kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Bab ini akan memudahkan para pembaca untuk memahami segala isi kandungan yang telah dirumuskan dalam keseluruhan bab.. 7. FYP FTKW. Bab 4 merupakan bab yang membincangkan tentang dapatan kajian. Bab ini amat.

(20) SOROTAN KAJIAN LEPAS DAN TEORI. 2.1. PENGENALAN. Bab ini membincangkan sorotan kajian lepas dan kerangka teori. Sorotan kajian lepas membincangkan kajian-kajian yang dilakukan oleh sarjana lepas dan portal rasmi sesebuah institusi berkaitan kajian. Selain itu, kerangka teori pula membincangkan Teori Fungsionalisme yang dijadikan panduan dalam memanganalisis data kajian. 2.1.1. Maksud Muzium. Muzium ialah tempat penyimpanan koleksi warisan dan barang-barang lama yang disimpan dalam sebuah bangunan warisan. Pandangan berkaitan istilah muzium sering berubah sehingga pertubuhan The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) melalui badan professional muzium yang dikenali sebagai International Council of Museums (ICOM) telah memberikan definisi dengan lebih terperinci berkaitan muzium. International Council of Museums (ICOM) pada tahun 1974, telah mendefinisikan muzium sebagai institusi yang bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, menghubung, merawat dan mempamerkan koleksi untuk tujuan 8. FYP FTKW. BAB II.

(21) Konsep permuziuman itu dianggap sebagai satu konsep yang luas, umum dan artifak atau koleksi yang ada diperagakan dan ditempatkan di dalam sebuah bangunan untuk penyimpanan. Kewujudan sesebuah muzium mempunyai prinsip yang berasakan kepada beberapa keperluan iaitu memberi pendidikan kepada masyarakat, memelihara dan mengekalkan sejarah warisan, kebudayaan, alam semulajadi dan pelancongan dunia. Menurut. Edson. (1994),. muzium. adalah. institusi. yang. menggabungkan. pembelajaran, budaya dan pembangunan komuniti sejak dari tahun 1960-an lagi. Sebuah institusi muzium yang baik harus mampu menarik perhatian pengunjung dan menimbulkan perasaan ingin tahu serta ingin memperolehi sesuatu berkaitan sejarah dunia. Muzium sering menjadi tumpuan masyarakat sebagai tempat untuk memperoleh ilmu pengetahuan terutamanya tentang bukti sesuatu peristiwa atau sejarah lampau yang telah berlaku di negara kita. Oleh hal yang demikian, muzium diakui sebagai institusi terpenting yang memainkan peranan mengumpul, menjaga, merawat serta mempamerkan warisan ketara (tangible) dan tak ketara (intangible) sebagai sejarah sesuatu bangsa. Ia sangat berguna untuk tujuan menyampaikan ilmu dan mendidik anggota masyarakat tentang kepentingan warisan sejarah sesuatu bangsa. Atas dasar itu, badan dan persatuan muzium sedunia telah menjadikan agenda pembangunan dan pendidikan masyarakat sebagai matlamat terpenting (Ab Samad Kechot, 2012). 2.1.2. Sejarah Muzium Dunia. Kewujudan muzium pada awalnya ditubuhkan sebagai tempat untuk ahli-ahli ilmuwan dan ahli falsafah berkumpul untuk saling bertukar pandangan antara satu sama lain. Segala bahan berkaitan sejarah akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai bukti sejarah dunia yang telah diketahui oleh masyarakat. Perpustakaan pula dijadikan tempat untuk penyimpanan bahan penulisan hasil kajian dan rekod-rekod sejarah warisan dunia.. 9. FYP FTKW. pembelajaran atau pendidikan, hiburan, bukti peninggalan manusia daan persekitarannya..

(22) Pada tahun 1925, seorang ahli arkeologi bernama Leonard Wolley yang bertugas di muzium England telah menjumpai penemuan kebuk silinder yang diperbuat daripada tanah liat secara tidak sengaja ketika menjalankan kerja-kerja eksavasi di sebuah istana lama. Setelah penemuan tersebut, menunjukkan masyarakat berminat untuk mengkaji sejarah, sosio-ekonomi, etnologi, geologi, botani, zoologi dan beribu-ribu pengalaman manusia. Pengkaji dalam bidang arkeologi telah membuka mata masyarakat untuk menyimpan barang penemuan di dalam muzium sebagai rekod perkembangan sejarah dunia. Budaya Muzium ini berasal daripada masyarakat Eropah pada abad ke-18 dan 19 Masihi yang menganut dan mengamalkan falsafah renaissance. Falsafah ini secara dasarnya berupa sifat ingin mempelajari ilmu dan benda baru daripada dunia luar, yang telah mendorong pelbagai ekspedisi penjelajahan ke benua-benua lain di seluruh dunia. Ia juga usaha mengumpul dan mengklasifikasi benda baru mengikut pengkhususan bidang seperti etnografi, botani, zoologi dan mineral untuk tujuan kajian dan penyelidikan. Di Britain sendiri telah lahir beberapa orang tokoh falsafah sains terkemuka, antaranya Charles Darwin dan Alfred Russel Wallace. Pengumpulan koleksi artifak yang dilakukan oleh golongan bangsawan telah disimpan dan dipamerkan dalam ruangan khusu yang dikenali sebagai „cabinet of curiosities‟. Menurut Paulette Dellios (1999), apabila pemilik asal koleksi ini meninggal dunia, ia kemudiannya diserahkan kepada muzium bagi menjamin proses penjagaannya. Sebagai contoh utama dapat dilihat pada kes Sir Hans Sloane (1660 - 1753), seorang doktor, ahli naturalis dan pengumpul yang telah menyumbangkan lebih 71,000 objek artifak yang dikumpulkan sepanjang hayatnya kepada King George II. Segala hasil koleksi artifak dalam pelbagai bentuk ini seperti buku, manuskrip, spesimen alam semula jadi selain objek antikuiti seperti syiling, pingat, cetakan dan lukisan serta bahan spesimen etnografi menjadi asas kepada penubuhan British Museum yang dibuka kepada awam pada tanggal 15 Januari 1759.. 10. FYP FTKW. Muzium pertama yang ditubuhkan di dunia iaitu sekitar kurun ke-3 oleh Ptolemy II..

(23) Perkembangan Muzium di Malaysia. Konsep yang mula diperkenalkan dalam kewujudan muzium mungkin bermula dari pengumpulan barang oleh orang kaya yang bertujuan untuk dinikmati semata-mata sebagai objek yang tidak pernah dilihat ( Mustafa Kamal, 1979 ). Penubuhan muzium pada awalnya adalah untuk memberi pendidikan kepada masyarakat kerana kebanyakan masyarakat dahulu adalah buta huruf. Salah satu tujuan penubuhan muzium di Malaysia adalah sebagai agen untuk meningkatkan martabat kebudayaan negara agar hasil pengumpulan koleksi warisan negara mampu dipamerkan kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, muzium mula memainkan peranan sebagai tempat untuk mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dalam kehidupan seharian mereka secara turun-temurun. Kewujudan muzium di Malaysia merupakan cetusan idea Sir Hugh Low, seorang ahli botani Inggeris yang berkhidmat di bawah pemerintahan Raja Charles Brooke selama 29 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Perak untuk menggantikan J.W.W Birch kerana mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang meluas tentang masyarakat Melayu tempatan. Beliau telah membentuk sosio-budaya dalam kalangan masyarakat di Perak kerana telah berjaya menguruskan segala kemelut di Perak ketika itu. Sir Hugh Low berpendapat untuk membangunkan sebuah muzium di Perak seperti di Eropah. Tujuan utama pembangunan muzium ini adalah untuk menyimpan dan memelihara khazanah Alam Melayu agar dapat memperkenalkan atau memberi gambaran secara menyeluruh tentang sejarah Alam Melayu dari segi alam semulajadi dan kemasyarakatan Melayu. Pada awal abad ke 20, sejarah permuziuman di Malaysia bermula dengan penubuhan Muzium Perak di Taiping pada tahun 1883. Idea penubuhan muzium adalah untuk mengumpulkan segala bahan-bahan sejarah yang dijadikan sebagai pusat mengkaji budaya adat resam setempat. Kerja pembinaan sebuah muzium telah dimulakan dengan rekabentuk bangunan yang dicipta oleh seorang arkitek dari England untuk mereka bentuk bangunan tersebut. Proses pembinaan muzium di Perak ini telah mengambil masa selama 3 tahun untuk siap sepenuhnya. Pada tahun 1886, muzium tersebut telah beroperasi untuk menerima kunjungan daripada orang ramai. Pada tahun 1888, penubuhan Muzium Sarawak 11. FYP FTKW. 2.1.3.

(24) penubuhan Muzium Selangor pada tahun 1899. Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor telah disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pengurusan tersebut telah dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah suatu sistem pengagihan kuasa oleh pemerintah British pada tahun 1930. Selepas itu, muzium tersebut telah ditukarkan menjadi sebuah muzium negeri. Pihak kerajaan telah memberikan peruntukan kepada pihak muzium untuk mengadakan program penyelidikan dan penerokaan agar dapat diterbitkan dalam Jurnal Jabatan Muzium sehingga tahun 1939 kerana berlaku peperangan. Kemusnahan pada sebahagian bangunan Muzium Selangor telah roboh akibat daripada terkena bom Tentera Udara Berikat pada 10 Mac 1945. Kejadian pengeboman itu berlaku secara tidak sengaja kerana sasarannya adalah keretapi pengangkut barang tentera Jepun yang berada pada landasan bersebelahan bangunan muzium. Kerosakan teruk telah dikenalpasti sehingga menyebabkan sebahagian besar artifak dan koleksi barangan lama musnah. Walaubagaimanapun, pegawai-pegawai muzium dan 50 orang kakitangan kerajaan berusaha untuk memindahkan koleksi muzium ke Sekolah Convent Bukit Nanas agar dapat memelihara koleksi tersebut daripada terus musnah dan rosak. Dua tahun selepas kemerdekaan iaitu 16 September 1959, kerajaan telah melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk bangunan khas di atas tapak bekas bangunan Muziun Selangor dan Syarikat Yew Lee dilantik unruk memulakan pembinaan bangunan Muzium Negara pada 2 Januari 1962. Bangunan Muzium Negara telah siap sepenuhnya dan upacara perasmian pembukaan muzium telah dirasmikan oleh DYMM YDP Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963. Pada tahun 1978, Jabatan Muzium telah dipindahkan seketika dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Jabatan Muzium dipindahkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang kemudiannya ditukar nama kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987. Pada tahun 1992, nama kementerian ini telah ditukar lagi kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian 12. FYP FTKW. di Kuching oleh Raja Sarawak kedua, Sir Charles Brooke dan kemudiannya diikuti dengan.

(25) Antikuiti telah ditubuhkan. Akhir sekali, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah ditukarkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pada 1 Mac 2006. 2.1.4. Latar Belakang Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK). Pada awalnya, bangunan Muzium Negeri Kelantan merupakan sebuah bangunan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu sebelum dijadikan muzium. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan membuat beberapa perubahan yang sesuai dengan binaan sebuah muzium. Usaha penubuhan Muzium Negeri Kelantan telah dikendalikan oleh satu “Jawatankuasa Muzium Negeri” yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1952. Sesuai dengan Enakmen Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bilangan 6 Tahun 1975 dan Undang-Undang yang berkaitan seperti Ordinan Benda Purba dan Harta Karun No. 14/1957 serta akta Perlembagaan A704/111988, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah diamanahkan untuk menentukan arah, perlaksanaan kerja, tugas dan tanggungjawab dalam menguruskan muzium. Pada tahun 1980, perlantikan beberapa orang kakitangan telah dibuat bagi menjalankan segala aktiviti dan tugasan dalam Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Pejabat semnetara Perbadanan Muzium ini telah berpindah daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ke Rumah Kerajaan, JKR 12.1, Kampung Sireh, Kota Bharu ( kini berada dalam kawasan kompleks Kota Darulnaim) pada 1 Januari 1981. Pada bulan Mac 1981, Kerja-kerja pembaikan dn pengubahsuaian Istana Jahar sebagai muzium sementara telah dijalankan dengan kos sebanyak RM164,650. Muzium sementara tersebut mulai dibuka kepada pelancong dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada 1 Julai 1981 sekaligus pejabat sementara Perbadanan Muzium juga telah berpindah ke Istana Jahar. Pada tahun 1991, Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah berpindah sekali lagi ke bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), kemudiannya bangunan Istana Jahar telah dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan manakala bangunan lama MPKB dijadikan sebagai Muzium Negeri. Dalam memenuhi sektor 13. FYP FTKW. dan Pelancongan Malaysia. Pada 11 Mac 1993, secara rasminya Jabatan Muzium dan.

(26) Perbadanan Muzium ini telah berjaya mewujudkan beberapa buah muzium atau galeri khusus yang diletakkan dalam zon budaya warisan. Negeri Kelantan mempunyai sebanyak 9 muzium iaitu Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan, Muzium Islam, Muzium Kraftangan Kelantan, Muzium Wau, Bank kerapu, Balai Seni Lukis Kelantan, Muzium Kuala Krai dan Istana Jahar. Setiap muzium mempunyai tarikan yang sendiri untuk menarik pelancong datang berkunjung. 2.1.5. Pengurusan Muzium. Berdasarkan panduan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) (1974), prinsip asas bagi pengurusan sesebuah muzium itu, hendaklah mempunyai etika untuk menyediakan standard minimum bagi operasi muzium, iaitu menyenggara dengan baik, memajukan semua aspek muzium dengan baik dan menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya. Kemunculan muzium pada peringkat awal lebih mementingkan koleksi dan barang, tidak menitikberatkan hal yang berkaitan dengan konservasi. Oleh hal yang demikian, muzium menjadi salah satu daya tarikan utama pelancong yang berfungsi untuk memulihara keunikan dan kepelbagaian budaya negara berdasarkan aspek-aspek kehidupan, tradisi, alam semula jadi, teknologi dan pelbagai lagi. Selain itu, muzium juga berperanan untuk peluang kepada pelancong tempatan dan asing belajar dengan lebih mendalam mengenai khazanah negara dan koleksi warisan negara. Menurut Md.Redzuan (p.20), terdapat banyak koleksi muzium yang mudah rosak didapati telah musnah kerana kurang penjagaan dan tidak diselenggara secara tetap mengikut kaedah saintifik. Hal ini menerangkan bahawa aspek pengurusan koleksi perlu diberi perhatian dengan lebih serius oleh pihak pengurusan muzium. Menurut Fahy (1995), masyarakat menganggap muzium sebagai membosankan kerana konsep lama pengurusan muzium yang tidak memberi ruang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan koleksi-koleksi pameran dan hanya menerima secara pasif setiap maklumat pameran. Konsep lama pengurusan muzium mungkin menjadi punca utama berlakunya pengurangan jumlah pengunjung yang berkunjung ke muzium, galeri dan arkib 14. FYP FTKW. pelancongan serta bagi memperkenalkan dan mencerminkan kebudayaan negeri Kelantan,.

(27) pengunjung semenjak 1992 yang gagal mencecah sejuta dengan angka terendah dicatatkan pada 1999 iaitu sebanyak 500,174 (data-ehsan daripada Muzium Negara). Pengurangan kadar pengunjung menjadi satu cabaran kepada pihak muzium untuk menjalankan peranannya sebagai satu institusi pembelajaran tentang kesenian, sejarah dan budaya sesuatu bangsa. Institusi permuziuman perlu menukar konsep pengurusan daripada „gedung penyimpan barangan lama‟ kepada pusat pembelajaran bagi pengunjung dengan cara „menggunakan asset dan keupayaan muzium untuk menarik dan memenuhi kehendak masyarakat, mengeluarkan produk dan menjualnya pada harga yang boleh menguntungkan muzium‟ (Hooper-Greenhill,1994). Muzium di Malaysia merupakan sebuah sejarah perkembangan mengenai Muzium Negara (MN) sebagai sebuah muzium yang bertanggungjawab mengurus aktiviti permuziuman.. Institusi. muzium. merupakan. sebuah. institusi. yang. besar. dan. pengelolaannya adalah berstruktur dan tersusun. Jabatan Muzium Malaysia (JMM) ialah sebuah badan pengurusan aktiviti muzium berada di bawah portfolio Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sebelum ni lebih dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Sebelum Jabatan Muzium Malaysia (JMM) ditubuhkan, Muzium Negara (MN) merupakan organisasi besar yang memainkan peranan yang sama dengan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) kini. Pada tahun 1992, Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA) ditubuhkan sejajar dengan Muzium Negara (MN) yang tidak mampu menampung pengurusan yang semakin banyak. Selepas kewujudan Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA), Muzium Negara (MN) diletakkan di bawahnya dan turut mengurangkan fungsi Muzium Negara (MN). 2.1.6. Organisasi Dalam Pengurusan Muzium. Penglibatan organisasi atau agensi pelaksanaan akan mempengaruhi bentuk pengurusan muzium kerana mereka akan membantu dalam usaha perancangan untuk mencetuskan idea serta hala tuju yang bernas bagi meningkatkan minat orang ramai untuk melawat muzium. Institusi permuziuman memerlukan kerjasama dan sokongan daripada badan organisasi 15. FYP FTKW. di Malaysia daripada setahun ke setahun. Hal ini dibuktikan dengan rekod kedatangan.

(28) telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, pemilihan organisasi yang sesuai dan tepat akan membantu pihak muzium mengadakan aktiviti pameran dan pendidikan muzium mengikut undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih jelas. Muzium Negara (MN) merupakan sebuah muzium yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pemeliharaan, pengekalan, penyebaran pengetahuan mengenai warisan kebudayaan, dan alam semulajadi. Muzium Negara telah diketuai oleh seorang pengarah yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (JMM). MN ialah sebuah muzium Kerajaan Persekutuan yang telah diatur scara seragam dengan jabatan agar mengikut segala perancangan serta prosedur dan polisi yang telah ditetapkan malah peruntukan yang diperuntukkan oleh jabatan. Segala peranan utama permuziuman dikendalikan di Jabatan Muzium Malaysia kerana mempunyai kemudahan yang lengkap dan kakitangan yang berkemahiran. Kini MN berfungsi sebagai penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan serta menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan berkaitan sejarah dan alam semulajadi melalui aktiviti pameran, penerbitan dan khidmat pendidikan. Upacara perasmian Muzium Negara (MN) telah diadakan pada hari Sabtu iaitu 31 Ogos 1963 dan telah dirasmikan oleh Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Penubuhan MN merupakan cetusan idea oleh Allahyarham Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman iaitu bekas Perdana Menteri yang pertama Malaysia. Beliau berpendapat untuk membina sebuah muzium nasional untuk mempamerkan khazanah negara bersejarah, kebudayaan dan alam semulajadi selepas mencapai kemerdekaan pada 1957. Hal ini menjadi salah satu sejarah perkembangan muzium di Malaysia untuk menyimpan segala khazanah dan mengekalkan kebudayaan masyarakat terdahulu. MN merupakan muzium yang bersifat umum dan berlatarkan nasional yang menjalankan kajian mengenai budaya dan sejarah negara Malaysia. Muzium Negara (MN) pada masa itu sering menjadi tumpuan pengunjung kerana berada di kawasan yang strategik iaitu terletak di Kuala Lumpur yang berada berdekatan dengan perkhidmatan awam seperti komuter dan bas.. 16. FYP FTKW. untuk membantu melancarkan segala pengurusan muzium dan mencapai objektif yang.

(29) berkemahiran atau professional dalam bidang permuziuman. Oleh hal yang demikian, MN hanya mengambil staf yang terdiri daripada anak tempatan yang mempunyai kelulusan sekolah biasa. Pada tahun 1963-1975, MN telah berjaya menarik perhatian masyarakat di Balai Alam Semulajadi sebelum dipindahkan kepada Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya, Kuala Lumpur. Namun MN masih berperanan untuk memberikan latihan kepada staf dari beberapa buah muzium berkenaan penyediaan pameran di galeri dan seni ukir agar dapat menarik minat pengunjung atau para pengkaji. Jurnal yang bertajuk Federation Museum Journal dan penerbitan khas yang lain telah diterbitkan secara berkala yang dipenuhi dengan segala hasil penyelidikan dan pameran yang dikendalikan oleh pegawai muzium dan para penyelidik luar. Menurut Juhaniza (2008), sebelum kewujudan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pada sekitar tahun 1980-an, berlaku sedikit perubahan pada struktur organisasi Jabatan Muzium Malaysia apabila Akta Bendapurba Bil. 168/1976 diluluskan oleh parlimen. Bahagian Antikuiti yang mempunyai unit monumen, arkeologi dan Pusat Pemuliharaan Nasional telah ditubuhkan untuk menentukan Akta Bendapurba dapat dijalankan dengan berkesan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Staf bahagian ini ditempatkan di pejabat Muzium Negara tetapi mereka perlu melakukan kerja di lapangan untuk menentukan monument dan tapak bersejarah yang perlu diselenggara mengikut prosedur yang ditetapkan. Pada tahun 1993, Jabatan Perkhidmatan Awam telah merasmikan penggunaan nama bagi Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA) pada 11 Mac 1993. Struktur organisasi JMA turut digubah untuk memenuhi penyusunan semula bidang tugas dan keperluan baru dengan lebih efesien. Kedudukan Muzium Negara (MN) telah mengalami perubahan agar tidak melakukan bidang perngurusan muzium tetapi lebih mengutamakan aktiviti pameran jabatan yang dikendalikan oleh kurator A11 dan Kurator S3. Fungsi utama MN ialah menguruskan Muzium Negara (MN) dari segi teknikal, kemudahan awam, koleksi di galeri pemeran serta program pendidikan. Selain itu, kerja. arkeologi,. penyelidikan kebudayaan dan konservasi artifak telah dikendalikan oleh unit di Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Hal ini kerana Muzium Negara ialah muzium persekutuan di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan segala perkara berkaitan polisi, akta serta 17. FYP FTKW. Pada peringkat awal penubuhan, Muzium Negara (MN) tidak mempunyai staf yang.

(30) di bawah portfolio Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kemudian kementerian tersebut berpindah ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Pada tahun 1987, kementerian itu ditukar semula di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan namun kemudian ditukar kepada kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) namun kini telah kembali kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Pada 1 Mac 2006, setelah perwujudan Akta Warisan Kebangsaan 2005, Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA) telah ditukar kepada Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Jabatan Warisan Negara telah ditubuhkan pada tahun 2007. Pada tahun 2007, Jabatan Warisan Negara (JWN) merupakan sebuah badan tertinggi dan paling berkuasa dalam hal-ehwal perlindungan dan pemuliharaan warisan negara. Jabatan ini telah mengambil alih fungsi atau peranan oleh Muzium Negara (MN). Pada awal perkembangan muzium di Malaysia, Muzium Negara (MN) lebih dikenali sebagai badan induk dengan kuasa tertinggi dalam hal ehwal perlesenan, pendaftaran dan penguatkuasaan undang-undang warisan di seluruh negara. Jabatan Warisan Negara (JWN) membangun dengan kuasa oleh Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan mendahului kesemua muzium. Perlaksanaan jabatan ini berlandaskan objektif dan matlamat penubuhannya untuk melaksanakan penggubalan Akta yang berkenaan, mengumpul, mendokumentasikan, menyelidik, memulihara dam membangunkan warisan negara dengan cekap mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. Pada 2009, Jabatan Warisan Negara (JWN) diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Perubahan yang ketara setelah penubuhan Jabatan Warisan Negara (JWN) telah berlaku iaitu peranan Jabatan Muzium dan Antikuiti menjadi semakin kecil. Bidang kuasanya hanyalah tertumpu kepada pameran tanpa melibatkan pembangunan pemuliharaan dan penguatkuasaan. Secara rasminya, Jabatan Warisan Negara (JWN) berperanan untuk menguruskan warisan negara terutamanya dalam perlesenan, pendaftaran dan penguatkuasaan serta bahagian warisan budaya. Seterusnya, kerajaan telah menyenaraikan beberapa warisan negara untuk dijadikan hak milik negara atau dipatenkan sebagai warisan kebangsaan. Jabatan Warisan Negara (JWN) boleh bergerak dengan kuasanya dan diberikan peruntukan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Selain itu, jabatan ini berperanan untuk mendaftarkan setiap 18. FYP FTKW. tugasan pameran haruslah tertakluk kepada pihak Jabatan. Selepas itu, JMM ditempatkan.

(31) Warisan Kebangsaan. Operasi Jabatan Warisan Negara (JWN) telah bermula dengan penubuhan tiga buah cawangan iaitu Cawangan Persuratan dan Adat, Cawangan Kawalan dan Sumber serta Cawangan Monumen dan Alam Semula Jadi. Penubuhan cawangan tersebut adalah mengikut keperluan dan situasi semasa untuk mengelakkan pertindihan kuasa. Menurut Yuszaidy Mohd Yusof et al. (2013), penubuhan sebuah agensi yang khusus dan sesuai dengan tanggungjawab serta bidang kuasanya yang meluas berbanding dengan Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Jabatan Warisan Negara (JWN) 2006 telah ditubuhkan untuk merancang dan melakukan sebarang tindakan agar dapat menjayakan dasar kerajaan dalam melindungi warisan negara seperti warisan bawah air, warisan alam semulajadi dan warisan budaya. Seterusnya, pembentukan bahagian perlu diperkemaskan agar operasi atau aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan penggunaan tenaga yang optimum. Penyusunan semula sebuah organisasi mengikut bahagian telah membantu Jabatan Warisan Negara (JWN) dalam pelaksanaan tugas serta penguatkuasaan yang lebih tegas. Penyusunan tersebut telah diselaraskan dengan piawaian yang ditetapkan oleh United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikendalikan oleh United National Educational, Scientific and Cultural Organizational (UNESCO). 2.1.7. Penglibatan Organisasi Luar. Sebuah institusi permuziuman memerlukan penglibatan daripada beberapa pihak yang berpengaruh kerana berpotensi untuk meningkatkan penyertaan dan kerjasama masyarakat dalam program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak muzium. Muzium di Malaysia kurang mendapat penglibatan daripada masyarakat atau komuniti dalam segala program dan aktiviti yang dianjurkan oleh institusi permuziuman kerana kurang menarik perhatian mereka (Pengarah Komunikasi Korporat TV3, 2000). Penglibatan komuniti dalam menyertai segala program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak muzium amat penting agar dapat memberi kerjasama dan memberi impak yang positif dalam usaha pembangunan institusi permuziuman. Hal ini kerana penglibatan komuniti telah didefinisikan sebagai 19. FYP FTKW. khazanah negara yang bernilai dan bersejarah di dalam Senarai Daftar Warisan dan Daftar.

(32) tanggungjawab dalam kemasyarakatan (Tosun, 2000). Selain itu, penglibatan komuniti dapat memastikan bahawa keperluan dan aspirasi komuniti tersebut tidak diabaikan dan ahli komuniti yang terlibat akan mendapat didikan serta mampu diperkasakan (Tosun, 2000). Dalam proses pembangunan institusi permuziuman, menurut Timothy (1999) menjelaskan bahawa penglibatan komuniti dapat dilihat melalui dua perspektif iaitu melalui proses membuat keputusan dan faedah yang dibawa oleh pembangunan tersebut. Selain itu, penglibatan ahli komuniti penting dalam meningkatkan pembangunan pelancongan kerana ia akan membantu dari segi pertambahan sumber manusia dan perkongsian pengetahuan mengenai kawasan dan sumber tempatan yang diperlukan. Institusi permuziuman memerlukan sumber manusia yang berpengetahuan komuniti setempat untuk membeikan sokongan moral serta menyumbangkan idea dan tenaga dalam pembangunan pelancongan muzium. Hal ini dapat meningkatkan peluang untuk sebarang program dan aktiviti pelancongan agar dapat mencapai objektif institusi permuziuman. Selain itu, pihak muzium mengambil inisiatif untuk menarik penyertaan dan menjalinkan hubungan dengan institusi atau organisasi luar untuk bantuan teknikal dan perkhidmatan nasihat dalam program dan aktiviti muzium seperti penglibatan korporat. Penglibatan korporat seperti syarikat swasta dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) merupakan satu langkah bijak untuk meningkatkan kerjasama antara muzium dan organisasi luar atau pihak swasta. Pemilihan syarikat swasta untuk bekerjasama perlulah bersesuaian dan mempunyai perusahaan yang kukuh atau ternama agar dapat memberi pulangan atau balasan yang besar kepada pihak muzium dalam pengurusan dan sebarang penganjuran program. Menurut Kotler (1996), sebagai pulangan, syarikat swasta yang memberi tajaan akan menerima publisiti dan menaikkan imej. syarikat. berkaitan. penglibatan mereka dalam program atau aktiviti muzium.Selain itu, syarikat tersebut berpeluang untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka secara tidak langsung kepada masyarakat. Beberapa bentuk penglibatan lain antara muzium dan syarikat swasta ialah melalui penerbitan dan penajaan. Kunci kejayaan untuk mendapatkan penajaan oleh syarikat swasta dan organisasi luar bergantung kepada komposisi ahli lembaga pengarah ( Weber, 1998 ). Komposisi ahli lembaga pengarah perlulah dianggotai oleh ahli korporat 20. FYP FTKW. salah satu bentuk tindakan sukarela secara individu yang mengambil peluang dan memikul.

(33) muzium. Sementara itu, syarikat penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil peluang untuk menerbitkan karya kurator muzium berkenaan tema pameran, aspek sejarah dan sebagainya. Menurut Pengarah Perhubungan Antarabangsa Smithsonian (2000), beliau telah bekerjasama dengan satu syarikat penerbitan swasta untuk menerbitkan bukunya dan karya para kuratornya. Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) merupakan sebuah organisasi yang amat diperlukan dalam segala aktiviti pengurusan dengan menarik ahli-ahli organisasi sebagai ahli sukarelawan muzium. Menurut Bryant (2002), Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) merupakan sebuah agensi bukan kerajaan yang tidak mengambil keuntungan iaitu kumpulan sukarelawan dan menyokong isu-isu yang melibatkan kebaikan awam di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, berorientasikan tugas dan ahli-ahli organisasi yang mempunyai kepentingan bersama, NGO akan membawa kebimbangan atau aduan masyarakat kepada kerajaan, dasar monitor dan pelaksanaan program serta menggalakkan penyertaan oleh pihak berkepentingan atau berpengaruh dalam peringkat komuniti ( Singh, 2014 ). Penglibatan NGO dalam pengurusan muzium akan lebih memudahkan segala urusan kerana berupaya untuk melaksanakan pelbagai kerja serta tindakan dalam pelbagai sektor yang berbeza. Qita (2009) menghuraikan dari sudut pentadbiran bahawa NGO berperanan memperkasakan keupayaan dalam pengurusan moden seperti mengenalpasti visi, menentukan matlamat, menyediakan program, membangunkan dan mengkaji semula strategi program, menilai belanjawan dan meneliti ketelusan gerak kerja yang dijalankan oleh pihak muzium. Fischer et al. (2011) dari kajian mereka, kebanyakan NGO lebih berdikari dari sudut kewangan dalam menerima sumber pendapatan yang pelbagai termasuk sumbangan persendirian atau dari hasil program yang digerakkan. Oleh hal yang demikian, pentingnya pemilihan syarikat swasta dan sebuah organisasi yang bukan sembarangan kerana ia melibatkan peruntukan yang besar dalam pengurusan institusi-institusi muzium. Menurut Hedley dan Smith (1992), beliau telah memerhatikan pelbagai bentuk aktiviti sukarelawan iaitu mengumpulkan atau mengendalikan wang, bertugas sebagai ahli 21. FYP FTKW. agar lebih mudah untuk mendapatkan penajaan untuk mencapai objektif dalam pengurusan.

(34) atau pentadbiran, menyediakan pengangkutan, khidmat masyarakat, perwakilan atau sokongan dan melawat orang di institusi atau kaunseling. Bagi peringkat institusi permuziuman, ahli sukarelawan boleh mengambil bahagian atau berkhidmat di muzium untuk membantu mengendalikan sebarang program atau pameran. Secara tidak langsung, sukarelawan mampu menceburkan diri untuk bergiat aktif dalam pelbagai program yang bermanfaat sekaligus mendapat pengalaman an pengetahuan sewaktu berkhidmat. Menurut Gwen et al. (2000), untuk menarik penglibatan masyarakat sebagai ahli sukarela, muzium perlu menjalankan usaha „pemasaran perhubungan‟ iaitu satu bentuk pengurusan bagi memelihara dan mempertingkatkan suatu asset tidak nyata terhadap institusi-institusi seperti muzium iaitu sikap muhibah. Pemasaran perhubungan tersebut mampu memberikan kesan kepada tiga perkara iaitu tempoh keahlian, penglibatan dan kerjasama ahli (Gruen, 1995). Oleh itu, pihak muzium perlu mengekalkan perhubungan bersama sukarelawan dengan lebih lama dan aktif agar mereka dapat memberikan khidmat dan sumbangan kepada muzium dalam segala perkara. Kerjasama daripada ahli sukarelawan amat diperlukan dalam pengurusan institusi permuziuman kerana sikap dan gelagat mereka dapat membantu memajukan muzium seperti melubatakan diri sebagai ketua atau fasilitator sesuatu. program,. aktiviti. kerjasama. awam. muzium,. mempromosikan. muzium,. menyumbangkan idea demi membangunkan muzium dan melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan. Menurut Gruen et al. (2000), hubungan baik anatar ahli sukarelawan mampu dipertingkatkan melalui persekitaran yang mementingkan motivasi, peluang dan kebolehan ahli yang luar biasa dalam melakukan sesuatu perkara. Ilmu pengetahuan ahli sukarelawan juga turut diperlukan tentang isu-isu semasa dan perkara-perkara yang berlaku dalam organisasi selain daripada sumber tenaga ahli. Hal ini dapat membentuk kumpulan masyarakat yang terbaik dalam organisasi pengurusan muzium di Malaysia. 2.2. KERANGKA TEORI. Kerangka teori telah diwujudkan untuk memudahkan proses dalam menjalankan kajian yang ingin dilakukan (Haron, 2010). Pengkaji telah memilih Teori Fungsionalisme oleh Emile Durkhem. Sebagai rujukan dalam menyelesaikan penulisan kajian ini, pengkaji 22. FYP FTKW. jawatankuasa, mengatur atau menolong kendali acara, melakukan kerja kesetiausahaan.

(35) digunakan pengkaji adalah seperti berikut : 2.2.1 Teori Fungsionalisme Teori ini dicetuskan oleh Emile Durkhem, seorang ahli sosiologi Perancis pada abad ke- 19 yang mengandaikan kebudyaan muncul kerana terdapat unsur-unsur yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam kebudayaan tersebut (Mazali, 1997). Setiap unsurunsur penting dalam kebudayaan seperti kepercayaan, keluarga dan institusi sosial adalah saling berkaitan antara satu sama lain sehingga terbina kesepaduan dalam suatu perhubungan. Hal ini berlaku kerana setiap unsur tersebut mempunyai „fungsi‟ tertentu. Ungkapan „fungsi‟ dapat diistilahkan sebagai saling memerlukan. Teori fungsionalisme merujukan kepada masyarakat atau organisasi yang memiliki bahagian-bahagian (struktur) atau peranan masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dalam memberikan sumbangan pada suatu kemajuan (Hadrianto, 2017). Kata kunci bagi teori ini ialah „keperluan‟ yang memaparkan kewujudan sesebuah organisasi dalam menguruskan sesuatu program atau aktiviti. Penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muzium sangat penting kerana berfungsi untuk mengembangkan kemajuan muzium melalui kerjasama bersama. Peranan Lembaga/ Jabatan Muzium Negeri tentunya dapat membantu menyokong misi dan usaha yang sememangnya bukan hanya terletak pada tindakan kerajaan dan pihak muzium semata-mata tetapi memerlukan komitmen dan sokongan daripada semua pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan sumber orang hidup. Setiap organisasi mempunyai fungsi yang berbeza mengikut bahagian masing-masing dalam memberi sumbangan tenaga kerja dalam pengurusan muzium. Menurut teori ini, ia mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam segala kegiatan yang membawa kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian serta fungsinya yang tersendiri. Menurut Merton (1957), beliau telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara 23. FYP FTKW. menggunakan teori berhubungan dengan fungsi yang sesuai. Penjelasan tentang teori yang.

(36) dalam aktiviti sosial tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari atau tidak dijangkakan. Hal ini yang menentukan sama ada penglibatan sesebuah organisasi mampu memberi fungsi kepada sebuah institusi permuziuman untuk mencapai matlamat. Setiap organisasi perlu memainkan peranan dalam penglibatan sosial supaya pengurusan institusi permuziuman lebih terkawal dan memberi impak yang berkesan kepada masyarakat. 2.3. KESIMPULAN. Sebagai kesimpulannya, sejarah perkembangan Muzium Negara (MN) dan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) merupakan pencetus kepada perkembangan dan penubuhan muzium yang lain di Malaysia. Muzium-muzium di Malaysia mempunyai potensi dan pelbagai peluang agar dapat berkembang dengan lebih aktif dalam pengurusan muzium. Oleh hal yang demikian, fungsi atau peranan bagi setiap muzium amat penting dalam pengurusan muzium kerana boleh membantu menjayakan dasar kerajaan dalam pembangunan warisan negara. Hal ini kerana muzium pada awalnya lebih dikenali sebagai tempat menyimpan khazanah dan sebagai pusat pembelajaran sejarah warisan negara. Pihak kerajaan telah berusaha untuk mengembangkan institusi muzium di Malaysia setelah melihat kepentingan melindungi warisan dengan mengambil keputusan untuk menubuhkan agensi Jabatan Warisan Negara (JWN) yang diperuntukan dalam. Akta. Warisan. Kebangsaan 2005. Selain itu, terdapat pelbagai organisasi yang telah berjaya membantu untuk membangunkan institusi-institusi permuziuman di Malaysia yang bermula dari perkembangan muzium pada zaman pemerintahan British. Institusi permuziuman amat memerlukan kerjasama serta sokongan daripada kerajaan, badan organisasi bukan kerajaan dan masyarakat untuk bersama-sama mengangkat martabat warisan bangsa melalui pengurusan muzium.. 24. FYP FTKW. dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki.

(37) METODOLOGI KAJIAN. 3.1. PENGENALAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini. Menurut Hornby (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Menurut Fine an Sandstorm (1988), menyatakan bahawa seorang penyelidik mestilah menyediakan penerangan yang menyeluruh tentang tujuan penyelidikan terutama apabila penyelidik tidak mempunyai kuasa penuh terhadap subjek dan responden. Metodologi kajian adalah bagi menjamin kualiti serta mutu kepada penyelidikan yang dihasilkan. Metodologi kajian yang digunapakai oleh pengkaji adalah untuk mengkaji kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mencapai objektif kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan reka bentuk kajian, kaedah kajian, persampelan kajian, dan analisis data dalam penulisan kajian ini. Kaedah ini memudahkan pengkaji untuk mendapatkan sebarang maklumat dengan lebih mendalam melalui sumber yang tepat untuk mencapai objektif kajian. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang menekankan cara-cara atau kaedah (tool) yang digunakan di dalam kajian untuk mengumpul data, dan menganalisis data (Haron, 2010). Melalui metodologi yang dilakukan ini, objektif kajian diyakini mampu untuk dicapai dan keputusan di akhir kajian dapat disimpulkan.. 25. FYP FTKW. BAB III.

(38) Reka Bentuk Kajian. Reka bentuk kajian merupakan satu kaedah yang penting sebagai panduan agar dapat mencapai objektif kajian. Menurut Kerlinger (1973:300), reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan dalam suatu pengkajian untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan kajian. Reka bentuk kajian terbahagi kepada dua iaitu kedah kualitatif dan kuantitatif. Menurut Denzin dan Lincoln (1994) berpendapat bahawa penyelidikan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk menggunakan pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Oleh hal yang demikian, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini kerana lebih beresuaian dan tepat.. REKA BENTUK. KUALITATIF. Kajian Etnografi. KAJIAN. Rajah 3.1 : Rangka Reka Bentuk Kajian Rajah 3.1 menunjukkan rangka reka bentuk kajian yang perlu digunakan untuk memudahkan pengkaji membuat kaedah analisis dalam kajian ini. Ia telah dikategorikan sebagai sebuah kajian yang berbentuk percampuran kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan maklumat berkenaan objektif kajian dalam kajian ini. 3.2.1. Kaedah Kualitatif. Menurut Rohana Yusof (2003), pendekatan kualitatif pula menekankan kepentingan pengalaman subjektif individu yang perlu dianalisis secara kualitatif dan realitisosial mempunyai makna tertentu yang bersifat subjektif dan personal. Kaedah penyelidikan kualitatif merupakan suatu kajian ke atas individu dan situasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian secara terperinci. Penyelidikan ini menerangkan tentang 26. FYP FTKW. 3.2.

(39) kaedah interaksi secara bersemuka mengenai kajian, penjanaan teori dan pengumpulan data daripada informan untuk memperoleh maklumat yang bersesuaian. Pengkaji telah menggunakan kajian etnografi, iaitu suatu bentuk kajian dalam penyelidikan kualitatif melalui kajian ini. Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif dalam penyelidikan untuk menerangkan, menganalisis dan menginterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, bahasa, ekonomi, kepercayaan, struktur politik, kehidupan, interaksi dan gaya dalam perhubungan. Tujuan kajian etnografi ini adalah untuk pendidikan dalam penambahan pengetahuan, aplikasi secara menyeluruh, etnografi tradisonal atau klasik untuk menghuraikan pelbagai persoalan dan analitik yang melibatkan kerja lapangan. Pengumpulan data sesuatu kajian kebanyakannya melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dalam kajian pengkaji. 3.2.2. Kaedah kajian. Kaedah kajian merupakan langkah yang perlu diambil kira untuk mencapai objektif kajian dalam penulisan sesuatu penyelidikan (Iman, 2016). Ianya melibatkan dua sumber data utama iaitu sumber data primer dan data sekunder yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini. Segala data-data yang diperoleh melalui sumber data primer dan data sekunder mampu mengunpulkan segala maklumat yang diperlukan dalam kajian ini dengan lebih mendalam dan cepat. Kaedah ini merupakan cara melaksanakan kajian seperti temu bual, rujukan buku, laman sesawang dan sebagainya. Beberapa kaedah tersebut telah digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kajian ini menerangkan tentang sejarah dan perkembangan muzium,. pengurusan. muzium,. penglibatan organisasi, pengkaji menggunakan beberapa kaedah antaranya berikut ialah :. 27. FYP FTKW. proses, langkah dan punca berkaitan kajian oleh pengkaji. Kaedah kualitatif melibatkan.

(40) PENGUMPULAN DATA. 3.3.1. Data Primer. Teknik temu bual boleh diguna sebagai metod utama pengumpulan data, digabung dengan kaedah lain atau hanya dijadikan pendekatan kajian (Robson 2011). Dalam sumber data primer ini, pengkaji memperoleh data dan maklumat melalui sesi temu bual secara mendalam kepada informan atau gate keeper di Perbadanan Muzium Kelantan. Informer yang ditemu ramah merupakan seorang pegawai yang telah dilantik untuk menguruskan setiap muzium yang terdapat di Kelantan. Proses ini dilakukan secara berhadapan dengan 2 atau 3 orang informan iaitu gate keeper di muzium, Penolong Pengarah Muzium dan Pegawai Unit Promosi untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan jelas. Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengkaji untuk mengetahui penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muzium di Kelantan. Selain itu, pengkaji mendapat maklumat berkaitan sumbangan organisasi luar dalam menguruskan muzium dan warisan yang terdapat di Kelantan sama ada dari segi pengaruh dan juga kewangan. Melalui kaedah ini, informer lebih selesa untuk sesi soal jawab secara berhadapan dengan pengkaji agar dapat berkongsi maklumat dengan jelas. Penggunaan rakaman suara, rakaman video, nota catatan dan gambar digunakan untuk merekodkan maklumat dan mengukuhkan maklumat yang diperlukan. Sumber data yang diperoleh melalui sesi temu bual dianalisis mengikut tematema yang telah ditetapkan. 3.3.2. Data Sekunder. Menurut Mohd Shaffie (1991), data sekunder melibatkan kajian kepustakaan iaitu kaedah yang digunakan oleh seseorang penyelidik atau penulis untuk mendapat data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod-rekod yang sedia ada. Langkah ini akan lebih memudahkan pengumpulan data dapat dilakukan untuk menyokong dapatan kajian dan mencapai objektif kajian. Menurut Marshall & Rossman (1989), tujuan kajian kepustakaan adalah untuk menghubungkan kajian lalu dengan satu kajian lanjutan kini yang lebih besar dari segi topik perbincangan serta dapat menggambarkan bahawa kajian yang dijalankan 28. FYP FTKW. 3.3.

(41) itu, tinjauan kepustakaan bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja yang menggambarkan kepentingan kajian dalam dalam masa yang sama sebagai penanda aras untuk membandingkan hasil kajian pengkaji dengan penemuan kajian sebelum ini. Antara kajian kepustakaan yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui sumber internet iaitu merujuk dokumen rasmi di laman web kerajaan, buku, artikel dan keratan akhbar. Sumber maklumat melalui internet merupakan kaedah paling mudah untuk memperoleh maklumat sebagai rujukan buat pengkaji. Pengkaji akan menggunakan sumber melalui internet sebagai sumber maklumat tambahan yang pelbagai sekiranya tidak memperoleh maklumat yang diperlukan ketika sesi temu ramah. Pengkaji akan membuat penyelidikan awal melalui internet sebelum sesi temu ramah bersama informan berkaitan penglibatan oerganisasi luar dalam pengurusan muzium-muzium di Kelantan. Maklumat tersebut boleh diperolehi di laman-laman web dan blog di carian Google termasuklah Google Scholar, Academia dan sebagainya. Selain itu, keratan akhbar secara online juga akan membantu pengkaji memperoleh maklumat tambahan dengan mudah berkaitan pengilbatan organisasi luar. Kaedah ini lebih mudah dan cepat untuk memperoleh maklumat sebagai rujukan melalui penulisan di blog dan kajian-kajian lepas. Selain itu, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan rujukan daripada buku ilmiah di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan kajian yang ingin dilakukan secara pengetahuan am. Sumber-sumber ilmiah ini diperolehi melalui perpustakaan di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan. Terdapat beberapa buah buku yang mengandungi maklumat dan perisian sama ada secara terperinci atau pengetahuan am yang digunakan sebagai pelengkap dalam kajian ini. Kebanyakan buku yang pengkaji perolehi ialah berkaitan pengurusan, muzium, penglibatan organisasi luar seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Pengkaji mampu memperoleh maklumat secara meluas melalui pembacaan buku. Seterusnya, pengkaji juga turut menggunakan penulisan tesis berkaitan pengurusan muzium yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan dalam penulisan kajian ini. 29. FYP FTKW. akan mengisi ruang-ruang kosong untuk kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Selain.

(42) penglibatan organisasi luar dalam pelbagai pengurusan. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan mencari pelbagai bentuk tesis yang bersesuaian dengan tajuk kajian ini untuk dijadikan rujukan. Terdapat juga beberapa tesis daripada universiti-universiti di Malaysia yang menjadi pilihan terbaik oleh pengkaji berkaitan tajuk kajian yang sesuai. Hal ini memudahkan pengkaji membuat penambahan maklumat berdasarkan kajian tesis yang lain. 3.3.3. Persampelan. Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Tujuan persampelan ini. adalah. untuk. memperoleh maklumat yang saling berkaitan dengan kajian yang dijalankan dan menetapan matlamat utamanya ialah untuk mendapatkan sampel yang menjadi cerminan populasi dari segi pembolehubah yang diberi perhatian oleh pengkaji (Laja & Chabu, 2011). Teknik persampelan mempunyai dua jenis iaitu teknik persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian (Laja & Chabu, 2011). Teknik persampelan ini dilakukan dalam kajian untuk mendapatkan responden atau informan agar mampu memperoleh maklumat dengan cepat dan mencapai objektif kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik persampelan „Bola Salji‟ (Snow Ball Sampling) untuk mendapatkan maklumat utama berkaitan penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muzium di Kelantan. Menurut Rohana Yusof (2004), persampelan bola salji bermaksud mendapatkan jumlah sampel yang sedikit pada awalnya kemudian jumlahnya semakin bertambah melalui maklumat yang diberikan pada sampel awal. Ia dianggap seperti proses bola salji bergolek dari atas ke bawah dan kemudian menjadi besar. Persampelan „Bola Salji‟ merupakan teknik persampelan bukan kebarangkalian dalam kaedah persampelan kajian. Persampelan ini bergantung pada rujukan dari informan. Pemilihan populasi informan selalunya ditentukan oleh pengkaji berdasarkan ciri-ciri perilaku dan sampel respondennya.. 30. FYP FTKW. Kebanyakan pengkaji lain telah membuat kajian tentang pengurusan muzium dan.

(43) berterusan melalui temu ramah sehingga pengkaji mampu memperoleh maklumat daripada informan yang dikehendaki. Subjek atau perkara yang ingin ditanyakan kepada individu tersebut ialah sebagai sampel bola salji mengikut saiz. Menurut Reinard (2001), Persampelan ini amat berguna bagi pengkaji yang tidak benar-benar mengenal pasti kesemua ahli populasinya. Kaedah bola salji ini merupakan subjek tinjauan yang dipilih berdasarkan tinjauan lain. Hal ini demikian kerana pengkaji akan menentukan individu atau informan tertentu yang bersesuaian untuk menjalankan sesi temu ramah terhadap individu terpilih dan kemudiannya akan memberitahu individu lain iaitu pegawai muzium. Kajian ini dilakukan ke atas „gate keeper‟ muzium dan kemudiannya pengkaji akan berjumpa dengan pegawai-pegawai muzium dalam sesebuah organisasi untuk memberikan maklumat berkaitan penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muzium. 3.3.4. Analisis Data. Teknik untuk menganalisis data memerlukan urutan mahupun susunan yang betul dan lengkap supaya penghasilan dapatan kajian dapat diperolehi. Teknik ini boleh dilakukan menggunakan teori yang telah dipilih oleh pengkaji dan tahap pengumpulan data yang terperinci. Teknik yang digunakan untuk menganalisis data adalah seperti berikut :-. 31. FYP FTKW. Kaedah ini bersesuaian dengan kajian ini kerana persampelan ini dilakukan secara.

(44) Triangulasi data. Pembacaan semula. Pemilihan subkumpulan. Penentuan tema. Pemilihan kod kumpulan. Semakan untuk kesahan. Rajah 3.2 : Proses Analisis Data Rajah 3.1 menunjukkan proses menganalisis data. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pengkaji adalah dengan melakukan proses transkripsi iaitu pengalihan struktur yang berbunyi dari alatan rakaman suara dan audio yang diambil semasa sesi temu ramah dilakukan ke bentuk penulisan ayat. Susunan dan aturan ayat yang lebih baik melalui alatan rakaman memberi kebolehan kepada pengkaji untuk menulis ke dalam bentuk ayat yang lebih baik dengan tontonan mahupun mendengar semula proses temuramah untuk meningkatkan lagi kefahaman pengkaji. Alat rakaman suara melalui telefon bimbit merupakan cara yang paling berkesan supaya setiap percakapan serta maklumat yang diucapkan oleh responden dapat disimpan dan ditafsirkan ke bentuk perkataan di dalam hasil kajian kelak. Alatan ini amat diperlukan dan dianggap sebagai salah satu alatan kajian terpenting untuk mengelakkan dari sebarang keciciran maklumat berlaku sehingga merugikan pengkaji untuk menghasilkan kajian tersebut.. 32. FYP FTKW. Proses transkripsi data.

(45) untuk. diterjemahkan kepada bentuk penulisan di dalam kajian yang dijalankan kerana setiap butiran maklumat daripada informer, hasil dari sesi temubual secara bersemuka. Segala maklumat penting di lapangan yang dicatatkan menunjukkan perasaan dan refleksi diri pengkaji semasa sesi temuramah pegawai muzium di Kelantan. Pengkaji juga perlu mencatat maklumat penting dengan jelas dan teratur. Nota lapangan mampu memberikan impak positif kepada pengkaji ketika melakukan pengumpulan data secara keseluruhan. Hal ini kerana ia memudahkan pengkaji menyusun atur semula segala data yang dikumpul berdasarkan susunan soalan dan jawapan tambahan yang diperolehi. Seterusnya, pengkaji turut membaca serta meneliti semula hasil-hasil penulisan berasaskan sumber-sumber pengumpulan maklumat tersebut untuk memastikan tahap kerelevanan dan kesinambungan maklumat dalam kajian yang ingin dijalankan ini. Pembacaan semula maklumat yang diperolehi amat penting supaya tiada kesalahan mahupun ketidakjelasan dalam penyusunan ayat dilakukan untuk menghasilkan satu kajian yang terbaik. Pembacaan yang teliti bersama penentuan dan pengenalpastian data-data tertentu dapat mengetengahkan maklumat-maklumat penting dan utama dalam kajian. Melalui proses ini, pengkaji dapat melihat, memahami dan mencuba untuk menetapkan isiisi penting yang menjadi landasan bagi matlamat kajian yang ingin dicapai. Setelah. proses. pembacaan. dan. penentuan. data-data. penting. dilakukan,. pengkategorikan dan pembahagian kumpulan mengikut objektif kajian akan dilakukan mengikut apa yang diinginkan oleh pengkaji untuk diletakkan dalam kajian. Pembahagian maklumat berkaitan penglibatan organisasi luar, sumbangan organisasi luar dan cabaran dalam pengurusan muzium. Hal ini akan memudahkan pengkaji untuk membahagikan maklumat yang bersesuaian mengikut sub-topik yang telah ditetapkan agar dapat memperoleh bentuk penulisan yang mudah difahami oleh pemabaca. Kesesuaian maklumat yang dikumpul dengan kumpulan-kumpulan tersebut adalah penting untuk menjawab serta mengisi persoalan-persoalan dan tujuan utama kajian yang ingin dirungkaikan. Pemilihan maklumat yang sesuai dapat diperoleh melalui hasil pengumpulan data seperti temu bual dan sumber data sekunder sebagai maklumat tambahan. 33. FYP FTKW. Nota lapangan juga dianggap sebagai satu sumber yang penting.

(46) sumber data,tenaga pengkaji, teori yang digunakan dan teknik-teknik metodologi kajian yang digunakan sepanjang proses kajian ini dilakukan. Setiap perkara tersebut mempunyai hubungan yang saling berkait rapat untuk memastikan kesesuaian dan ketulenan kajian yang dilakukan. Data-data hasil daripada sesi temu bual bersama maklumat yang diperolehi daripada sumber sekunder yang terdiri daripada sumber internet, buku rujukan dan tesis akan digabungkan menjadi maklumat lengkap. Setiap maklumat tersebut akan mempengaruhi keputusan akhir kajian sama ada ianya mampu mencapai objektif yang digariskan mahupun tidak. Keputusan di akhir kajian yang terbaik dan mencapai sasaran merupakan impian bagi setiap pengkaji kerana menunjukkan bahawa tenaga yang dikeluarkan oleh mereka adalah tidak sia-sia dan wujudnya perasaan puas terhadap hasil penulisan sendiri. Analisis data adalah rangka penghasilan kajian yang diperlukan supaya setiap langkah dilakukan dengan teratur dan tertib mengikut teknik rangka kerja yang betul untuk mengelakkan terjadinya kesilapankesilapan yang berpotensi menjadi gangguan di sepanjang proses kajian dilakukan. 3.4. KESIMPULAN. Kesimpulannya. bab ini menerangkan tantang metodologi kajian yang menjadi keutamaan dalam setiap kajian yang ingin dilakukan oleh pengkaji. Setiap kajian memerlukan kaedah kajian yang tepat dan jelas mengikut kesesuaian tajuk kajian yang dipilih oleh pengkaji. Hasil daripada pengumpulan data yang diperoleh mampu menghasilkan sebuah penulisan kajian yang jelas dan berkualiti. Metodologi lebih dikenali sebagai struktur perancangan dalam penulisan kajian agar lebih teratur dan memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat. Metodologi kajian yang dijalankan perlulah selaras dengan objektif kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif dalam bentuk etnografi kerana dapat membantu pengkaji mendapatkan hasil yang terbaik setaraf dengan usaha yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, pengkaji membuat pengumpulan data 34. FYP FTKW. Langkah terakhir adalah dengan melakukan proses „triangulasi‟ terhadap gabungan.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selepas kajian ini dijalankan oleh pengkaji, banyak maklumat baru yang diperoleh termasuklah yang berkaitan sejarah dan perkembangan, perbezaan tarian ‘Langgie Pingadap’ pada

Selain itu, kajian ini memberikan peluang dan ruang kepada pengkaji akan datang untuk mengkaji tentang Rumah Warisan Haji Su ini, Selain itu, keputusan yang telah dibuat oleh

Melalui kaedah temubual pengkaji telah menemubual dua orang responden iaitu pemilik Pakatan Jurukir dan staf yang bekerja disana untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk

Kajian ini penting untuk menambah sumber rujukan kepada para pengkaji yang akan membuat kajian yang berkaitan dengan teknik pencahyaan dan analisis colour grading dalam

Kajian mendapati penulisan tentang cerita-cerita naratif masyarakat Melayu bermula pada era tahun 20-an disusuli dengan maklumat-maklumat yang berkaitan pada masa

oleh teknologi, manakala untuk ISS-OMSF, elemen-elemen tersebut ialah strategi sistem maklumat, dan strategi pengurusan organisasi. Dapatan kajian juga menunjukkan dua isu

Malaysia, drama radio dan lakonan suara, pengkaji juga membuat kajian ke atas buku yang berkaitan teori yang digunakan dalam topik ini.. Pengkaji menggunakan

Potter (t.t), Food Science, ed. New York; Avi Publishing Company, INC, h.. 19 pengkajian tersebut amat membantu pengkaji dalam kajian ini kerana data dan maklumat tersebut