• Tiada Hasil Ditemukan

JKP 316 – Pembangunan Politik Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JKP 316 – Pembangunan Politik Malaysia "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

…2/-

____________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2015/2016

Mei/Jun 2016

JKP 316 – Pembangunan Politik Malaysia

Masa : 3 jam

____________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab TIGA soalan. Bahagian A WAJIB dijawab. Pilih dan jawab DUA soalan dari Bahagian B.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 100 markah.

(2)

…3/-

- 2 - [JKP 316]

BAHAGIAN A

Soalan WAJIB dijawab.

1. Slogan “matlamat menghalalkan cara” dipelopori oleh Machiavelli dan slogan tersebut semakin mendapat sambutan daripada pemimpin politik, birokrat dan ahli perniagaan. Tambahan pula, ketiga-tiga aktor tersebut saling bekerjasama untuk terus berkuasa. Bahaskan senario ini dengan merujuk kes yang berlaku di Malaysia.

(100 markah)

BAHAGIAN B

Pilih dan jawab DUA soalan dari bahagian ini.

2. Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dulunya dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru merupakan parti serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Parti AMANAH mengaplikasikan pendekatan politik gabungan dan keahlian partinya bersifat pelbagai etnik (multi ethnic). Selain itu, cara mereka berpolitik berbeza dengan Semangat 46, Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA). Jelaskan strategi AMANAH dalam mengharungi senario politik Malaysia dan mengekalkan kewujudannya sebagai parti politik.

(100 markah)

3. “Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Dato’ Husam Musa boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan, digantungkan keanggotaan mahupun dipecat daripada PAS kerana tindakan beliau sejak kebelakangan ini dilihat banyak mengkritik parti itu”.

Dato’ Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS Malaysiakini 9 Februari 2016

Bincangkan senario di atas dari sudut konsep permuafakatan.

(100 markah)

4. Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berjaya mengekalkan kuasa mereka sebagai kerajaan. Berikan hujah anda apakah implikasinya ke atas konsep negara federal?

(100 markah)

5. Jelaskan pendekatan yang sesuai dalam membincangkan konsep masyarakat sivil bagi menilai tahap partisipasi politik sesuatu masyarakat.

(100 markah) - oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“… in Malaysia we have progressed from being an agricultural-based to an upper- middle income economy, well on the path to becoming a high-income developed nation.” [… di

“Pada 4 Februari 2016, sebanyak 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia

Kemenangan berterusan parti politik disebabkan bakti serta janji yang ditunaikan dalam pembangunan sesebuah kawasan sama ada pembangunan politik, ekonomi dan

Dalam persekitaran politik di Malaysia, perkaitan hubungan ahli politik dalam sistem ekonomi oleh kebanyakan firma yang disenaraikan akan meningkatkan keperluan

Matlamat yang sebenar ialah untuk memberi rakyat kehidupan yang baik, kebahagiaan dan kemajuan negara" (Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand, dipetik

Keywords: development, economic issues, General Election on State Legislative Assembly (DUN) of Sarawak 2011, national front, opposition

48 Ahmad Shabery Cheek (1989). Politik Peringkat Tempatan: Tinjauan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu. PAS Post-Fadzil Noor: Future Directions and

Manifesto pilihan raya dan prestasi parti politik utama Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13: Suatu analisis linguistik.. Idris