• Tiada Hasil Ditemukan

PEMIKIRAN FIQH TUAN GURU HAJI ABDULLAH BENDANG KEBUN DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PEMIKIRAN FIQH TUAN GURU HAJI ABDULLAH BENDANG KEBUN DALAM "

Copied!
380
0
0

Tekspenuh

(1)

PEMIKIRAN FIQH TUAN GURU HAJI ABDULLAH BENDANG KEBUN DALAM

SEJARAH PERKEMBANGAN FIQH DI SELATAN THAILAND

ISMAEE SAMOH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017

(2)

PEMIKIRAN FIQH TUAN GURU HAJI ABDULLAH DALAM SEJARAH DALAM PERKEMBANGAN

FIQH DI SELATAN THAILAND

oleh

ISAMA-AE SAMOH

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Doktor Falsafah

OGOS 2017

(3)
(4)

PENGHARGAAN

ميحرلا نمحرلا الله مسب

ٕإ ذُتذا لله

ٙذُنح

٘ٓٝعتظْٚ

ٙشفػتظْٚ

بٛتْٚ

٘ٝيإ رٛعْٚ

للهاب

َٔ

سٚشػ آظفْأ

َٔٚ

تا٦ٝط آياُعأ

َٔ

ٙذٜٗ

للها لاف

ٌلَ

٘ي

َٔٚ

ًٌلٜ

لاف

ٟداٖ

٘ي ذٗػأ

ٕأ لا

٘يإ

لاإ للها ذٗػأٚ

ٕأ اذُتس

ٙذبع

٘يٛطسٚ

ذعبٚ

.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan segala kepujian hanya kepada Allah Pencipta alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW ahli keluarganya dan para sahabat. Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan pertolongan-Nya dapat saya selesaikan kajian ini.

Sekalung ucapan terima kasih dan penghargaan ditujukan khusus buat penyelia utama tesis ini iaitu Prof. Madya Dr. Atikullah bin Hj. Abdullah yang telah banyak memberikan pandangan, bimbingan ilmiah dan nasihat secara berterusan sehingga saya dapat menyiapkan tesis ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia sekali lagi kerana sanggup berkorban tenaga dalam membantu saya.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia kerana telah memberikan sokongan secara langsung atau sebaliknya untuk menjayakan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada beberapa orang yang telah banyak memberikan bantuan kerjasama dalam penyelidikan ini, iaitu Ustaz Abdullah Sulaiman Samoh dan Dr. Abdullah Yelah kerana sudi memberikan idea dan tunjuk ajar kepada saya.

(5)

Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ayah Hj.Sulaiman bin Cekmad dan ibu saya Mahstum binti Husin yang telah memberikan sumbangan dan bantuan khas kepada saya sehingga saya berjaya mencapai ke peringkat ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang sebaik-baiknya kepada mereka.

Penghargaan juga buat sahabat handai saya yang telah memberikan sumbangan idea, motivasi dan tenaga kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan tesis ini.

Akhir sekali setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri saya Halimah binti Hj.

Husin serta anak-anak yang dikasihi Salman, Tasnim, Muhammad, Muslim, Raiyan,

„Ubaidillah dan Arsyad yang menjadi qurratu „aini di sepanjang pengajian saya di Universiti Sains Malaysia dan penulisan tesis saya ini.

Hanya dengan taufik dan hidayat daripada Allah SWT saya dapat menyiapkan tesis dengan baik. Oleh itu, saya memohon kepada Allah SWT semoga usaha menghasilkan kajian ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada saya sendiri dan kepada umat Islam seluruhnya supaya dapat memahami Islam yang sahih dan hakikat hidup sebenar yang diredai Allah SWT. Saya berdoa agar amalan yang baik ini diterima Allah SWT sebagai ibadah, insya Allah.

Wassalam.

(6)

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iv

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

TRANSLITERASI xvi ABSTRAK xviii ABSTRACT xx

BAB SATU PENDAHULUAN 1

1.0. Pendahuluan 1

1.1. Latar Belakang Kajian 1

1.2. Permasalahan Kajian 6

1.3. Soalan Kajian 9

1.4. Tinjauan Kajian Lalu 10

1.5. Skop Kajian 16

1.6. Kepentingan Kajian 16

1.7. Objektif Kajian 19

1.8. Metodologi Kajian 19

1.8.1.Kaedah Pengumpulan Data 20

1.8.1(a) Pengumpulan Maklumat Melalui Perpustakaan 21 1.8.1(b) Pengumpulan Maklumat Melaui Percetakan Berkala 21

(7)

1.8.2.Kajian Lapangan 22

1.8.2(a) Metode Temu bual 22

1.8.2(b) Metode Pengamatan 24

1.8.3.Kaedah Analisis Data 25

1.8.3(a) Metode Induktif (Manhaj al-Istiqra‟) 25 1.8.3(b) Metode Deduktif (Manhaj al-Istintāj) 26

BAB DUA: ILMU FIQH DAN PERKEMBANGANNYA 27

2.0. Pendahuluan 27

2.1.Pengertian Fiqh 27

2.1.1.Pengertian Mengikut Bahasa 27

2.1.2.Pengertian Fiqh Menurut Istilah Syarak 29

2.1.2(a) Fiqh Menurut Ulama Usul al-Fiqh 29

2.1.2(b) Fiqh Menurut Fuqaha Mengandungi Dua Pengertian 32

2.2.Sumber Fiqh Islam 33

2.2.1.Sumber Fiqh yang Disepakati 34

2.2.1(a) Al-Quran 34

2.2.1(b) Sunnah 36

2.2.1(c) Al-Ijmak 37

2.2.1(d) Al- Qiyas 40

2.2.2.Sumber Fiqh yang Disepakati 42

2.2.2.(a) Istishab 42

2.2.2.(b) Qaul al-Sahabī 43

2.2.2.(c) Al- MaSaleh al-Mursalat 44

2.2.2.(d) Istihsān 45

(8)

2.2.2.(e) Sadd al-Dharī„ah 46

2.2.2.(f) „Uruf 49

2.3.Pembahagian Fiqh 50

2.3.1.Pendapat Pertama dan Hujahnya 50

2.3.2.Pendapat Kedua dan Hujahnya 52

2.3.3.Pendapat ketiga dan Hujahnya 53

2.4.Perkembangan Fiqh di Awal Islam 54

2.4.1.Fiqh pada Zaman Rasulullah SAW 54

2.4.2.Fiqh pada Zaman Sahabat 55

2.4.3. Fiqh di Zaman Pembentukan Mazhab dan Kemuncak Ilmu Fiqh 57

2.4.4.Peringkat Taqlid dan Kejumudan 58

2.4.4(a) Permulaan Zaman Taqlid 58

2.4.4(b) Umat Islam di Zaman Ini Terbahagi Kepada Dua

Golongan 59

2.4.5. Kebangkitan Semula dan Kesedaran Fiqh 61

2.4.5(a) Pengajian Fiqh Berasaskan Dalil 62

2.4.5(b) Menekankan Pembelajaran Fiqh Muqaran dan Tarjih 63 2.4.5(c) Mengusahakan Ijtihad Secara Kolektif 64

2.4.6. Fiqh Terawal di Nusantara 66

2.5.Rumusan 69

(9)

BAB TIGA: PERKEMBANGAN FIQH DI SELATAN THAILAND 71

3.0. Pendahuluan 71

3.1.Latar Belakang Selatan Thailand 71

3.2.Kemunculan Negeri Patani 73

3.3.Kedatangan Islam 75

3.4.Perkembangan Fiqh di Patani 81

3.4.1.Perkembangan Fiqh pada Awal Kedatangan Islam 81

3.4.1(a) Lahirnya Tokoh Ulama Fiqh 83

3.4.1(b) Pertumbuhan Institusi Pondok 84

3.4.2. Perkembangan Fiqh Pada Zaman Kegemilangan (1789-1950M) 87

3.4.2(a) Peranan Pemerintah 88

3.4.2(b) Kemunculan Institusi Pondok Secara Meluas 90 3.4.2(c) Perkembangan Melalui Karya-Karya 93 3.4.2(d) Ciri-Ciri Fiqh pada Zaman Kegemilangan 96 3.4.3. Perkembangan Fiqh Menerusi Gerakan Pembaharuan 98 3.4.3(a) Kelahiran Gerakan Pembaharuan di Patani 99

3.4.3.(a) (i) Peringkat Pertama 99

3.4.3.(b) (ii) Peringkat Kedua 100

3.4.3.(c) (iii) Peringkat Ketiga 104

3.4.4.Bentuk-Bentuk Perkembangan Fiqh Melalui Sistem Tradisional 106

3.4.4(a) Sistem Pengajian Pondok 106

3.4.4(b) Pendidikan Masyarakat Umum 108

3.4.4(c) Badan Fatwa di Bawah Anjuran Majlis Agama Islam 110

(10)

3.4.5. Bentuk-Bentuk Perkembangan Fiqh Melalui

Gerakan Pembaharuan 113

3.4.5(a) Melalui Majlis Ilmu dan Ceramah 113

3.4.5(b) Institusi Pengajian Tinggi 115

3.4.5(c) Badan Fatwa 117

3.5.Rumusan 120

BAB EMPAT: RIWAYAT HIDUP TUAN GURU HJ.ABDULLAH

BENDANG KEBUN (1916-1991M) 121

4.0.Pendahuluan 121

4.1.Suasana Umum Masyarakat Patani Sebelum dan Pada Zaman Tuan Guru

Hj.Abdullah Bendang Kebun 121

4.2.Nama dan Keturunannya 124

4.3.Tarikh dan Tempat Lahir 125

4.4.Pendidikan Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 126

4.4.1.Pendidikan Agama 126

4.4.1(a) Pengajian al-Quran 126

4.4.1(b) Pendidikan di Pondok 128

4.4.1(c) Pendidikan di Mekah dan Sebab Keberangkatannya 131

4.4.2. Bahagian Akademik 133

4.4.3. Guru-Gurunya di Mekah 135

4.5.Peranan dan Kegiatan Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 137

4.5.1. Membuka Halaqah Ilmu di Mekah 138

4.5.2. Membina Institusi Pondok 140

4.5.3. Membuka Majlis Ilmu 143

(11)

4.6.Murid-Muridnya 145

4.6.1. Murid-Murid yang Belajar di Mekah 145

4.6.2. Murid-Murid di Jawi 147

4.7.Pujian Ulama Terhadapnya 150

4.8.Hubungan dengan Ulama Sezaman 151

4.9.Karya-Karya Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 153

4.9.1.Karya-Karya yang Dicetak 154

4.9.1(a) Al-Kawākib al-Naiyirāt fī Radd Ahl al- Bida„i wā

al-Ādāt 154

4.9.1(b) Kasyf al-Asrār fī Ta„līq Manāsik al-Abrār 157

4.9.2.Manuskrip 158

4.9.2(a) Manuskrip Tulisan Beliau Sendiri 158 4.9.2(b) Manuskrip yang Ditulis oleh Anak Beliau

Secara Imla‟ 159

4.9.3.Karya-Karya yang Diberi Kepercayaan untuk Disemak 160 4.9.3(a) Al-Manhaj al-Jadīd fi Tahrīr al-Tajwīd 160

4.9.3(b) Intipati Niat Sembahyang 160

4.9.3(c) Risālah Mukh al-„Ibadat 161

4.10.Keperibadian Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 161 4.11.Pemikiran Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 164

4.11.1.Dalam Bidang Aqidah 164

4.11.2.Dalam Bidang Fiqh 166

4.11.3.Dalam Bidang Tasawuf 168

(12)

4.12.Sikap Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dalam Menyebar

Fiqh 169 4.12.1.Tegas Pendirian dan Berani Menghadapi Cabaran 169

4.12.2.Bersikap Terus Terang 171

4.12.3.Mempunyai Tanggungjawab yang Tinggi 172 4.13.Reaksi Masyarakat Patani Terhadap Fatwa Tuan Guru Hj.Abdullah

Bendang Kebun 174

4.13.1.Perdebatan di Kampung-Kampung 174

4.13.2.Menulis Buku 176

4.13.3.Majlis Agama Islam Wilayah Pattani 178

4.13.4.Meminta Keputusan dari Negara Arab Saudi Arabia 181

4.14.Meninggal Dunia 182

4.15.Rumusan 183

BAB LIMA: ANALISIS BEBERAPA MASALAH FIQH MENURUT

PANDANGAN TUAN GURU HJ.ABDULLAH BENDANG

KEBUN 185

5.0. Pendahuluan 185

5.1.Isu-Isu Berkaitan Solat 185

5.1.1. Bentuk Pakaian Wanita dalam Solat 186

5.1.1(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 188

5.1.1(b) Perbincangan dan Analisis 189

5.2.Membaca Zikir dan Wirid Secara Nyaring 195

5.2.1. Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 196

5.2.2. Perbincangan dan Analisis 196

(13)

5.2.2(a) Pertama: Zikir yang Dibaca Secara Nyaring 197 5.2.2(b) Kedua:Zikir yang Dibaca Secara Sembunyi 199

5.3.Isu-isu Berkaitan dengan Jenazah 203

5.3.1. Membaca al-Quran Sebelum Mayat Dimandikan 204 5.3.1(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 204

5.3.1(b) Perbincangan dan Analisis 205

5.3.2. Mandi Mayat 205

5.3.2(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 206

5.3.2(b) Perbincangan dan Analisis 206

5.3.3. Azan Ketika Mayat Keluar dari Rumah 209

5.3.3(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 210

5.3.3(b) Perbincangan dan Analisis 210

5.3.4. Menulis Nama Si Mati di atas Batu Nisan 212 5.3.4(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 212

5.3.4(b) Perbincangan dan Analisis 213

5.3.5. Membina Bangsal di Atas Kubur 215

5.3.5(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 215

5.3.5(b) Perbincangan dan Analisis 217

5.3.6. Kenduri Kematian 222

5.3.6(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 224

5.3.6(b) Perbincangan dan Analisis 226

5.3.7. Mengingkari Masalah Kenduri Kematian 236 5.3.7(a) Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 239

5.3.7(b) Perbincangan dan Analisis 241

(14)

5.3.7(c) Fatwa Ulama Saudi Tentang Kenduri

Kematian dan Takfir 247 5.4.Mengeluarkan Zakat Padi yang Masih Bertangkai 251

5.4.1. Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 252

5.4.2. Perbincangan dan Analisis 253

5.5.Miqat Ihram Haji atau Umrah di Jeddah 257

5.5.1. Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 258

5.5.2. Perbincangan dan Analisis 258

5.6.Riba al-Qard 260

5.6.1. Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 261

5.6.2. Perbincangan dan Analisis 262

5.7.Nikah Tahlil (Cina Buta) 266

5.7.1. Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 268

5.7.2. Perbincangan dan Analisis 270

5.8.Nafkah Isteri 274

5.8.1. Hujah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 275

5.8.2. Analisis dan Perbincangan 276

5.9.Ayam Dilanggar Kereta 280

5.9.1. HujahTuan GuruHj.Abdullah Bendang Kebun 282

5.9.2. Perbincangan dan Analisis 283

5.10.Pelantikan Kadi Syar„i Darurī 288

5.10.1.HujahTuan GuruHj.Abdullah Bendang Kebun 289

5.10.2.Perbincangan dan Analisis 290

5.11.Metode Fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 295 5.11.1.Berpegang dengan Ajaran al-Quran danal-Sunnah 295

(15)

5.11.2.Berdasarkan kepada Ijmak Ulama 297 5.11.3.Mengguna „Illat dalam Menetapkan Hukum Fiqh 298 5.11.4.Berpegang Pendapat Ulama dalam Memahami

Al-Quran dan Hadis 298

5.11.5.Membahaskan Tata Bahasa Arab 299

5.11.6.Berpegang Pendapat Fuqaha yang Mu„tamad

dalam Mazhab Syafii 300

5.11.7.Halus dalam Memahami Ibarat Perkataan Fuqaha 302

5.11.8.Bertaqlid kepada Mazhab Syafii 304

5.11.9.Nazari yang Difahamkan kepada Tatbik Amali

Secara Bersungguh 305

5.12.Rumusan 306

BAB ENAM: KESIMPULAN DAN SARANAN 308

6.0. Kesimpulan 308

6.1.Cadangan Lanjutan / Saranan 319

6.2.Penutup 320

BIBLIOGRAFI 321

LAMPIRAN

(16)

SENARAI LAMPIRAN

Halaman

Lampiran A. Contoh Soal Tembual 304

Lampiran B. Senarai Responden Temubual 310

Lampiran C. Gambar Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 314 Lampiran D. Karya Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun 315 Lampiran E. Karya Tuan Guru Hj.Ahmad Hj.Abdul Wahab al-Fusani 316 Lampiran F. Karya Tuan Guru Hj.Ismail bin Ahmad al-Legori 317 Lampiran G. Buku Catatan Muzakarah Ilmiah yang Dianjurkan Oleh

Majlis Agama Islam Wilayah Pattani 318 Lampiran H. Gambar Ahli Jawatankuasa Lujnah Ulama Pattani 319 Lampiran I. Lampiran Gambar Pakaian Wanita dalam Solat yang

Diselenggarakan Oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun

320

(17)

SENARAI SINGKATAN

B Buddha

Bil Bilangan

Cet Cetakan

CH Changwad (Wilayah)

Dr Doktor

Ed Edisi

H Hijrah (diguna untuk tahun Islam)

Hj Haji

Hal Halaman surat

Jil Jilid

M Masihi

No Nombor

Prof Profesor

t.p Tanpa ada tempat penerbit t.t Tanpa tarihk terbit

Terj. Terjemahan

SAW Sallāl Lāhu „layh wa Sallam SWT Subhānahu wa Ta‟ālā R.A Radiallahuanhu

UKM Universiti Kebangsaan Malaya UM Universiti Malaya

USM Universiti Sains Malaysia UIY Universiti Islam Yala

(18)

TRANSLITERASI

PEDOMAN TRANSLITERASI HURUF ARAB KE HURUF RUMI

Huruf Rumi Bacaan Huruf Arab

A a

أ

B bā‟

ب

T tā‟

ت

Th thā‟

خ

J jīm

ز

ḥ ḥā‟

ح

Kh kh

خ

D dāl

د

Dh dhāl

ر

R ra‟

س

Z Zay

ص

S Sīn

غ

Sy Syīn

ؾ

ṣ ṣād

ق

ḍ ḍāḍ

ض

ṭ ṭā‟

ط

ẓ ẓā‟

ظ

ʻ ʻian

ع

Gh ghain

غ

(19)

F faʼ

ف

Q qāf

م

K kāf

ى

L lām

ٍ

M mīm

ّ

N nūn

ٕ

W waw

ٚ

H hā‟

٘ـ ، ٙ

ʼ hamzah

٤

Y yāʼ

ٟ

T t

٠

Sumber : Pedoman Transliterasi huruf Arab ke huruf Rumi, Dewan Bahasa dan Pustaka, ( 1992: 1-2)

(20)

PEMIKIRAN FIQH TUAN GURU HAJI ABDULLAH BENDANG KEBUN DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN FIQH DI

SELATAN THAILAND

ABSTRAK

Sejarah fiqh di Selatan Thailand telah melalui liku-likunya yang tersendiri di sepanjang era perkembangannya. Antara era yang membentuk liku dalam aliran fiqh di Selatan Thailand ialah era semasa kehidupan salah seorang ulama masyhur di kalangan masyarakat Islam Selatan Thailand iaitu Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dari 1960M hingga 1991M. Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun telah mencetuskan satu fenomena baru dalam perkembangan fiqh di Selatan Thailand melalui pemikiran fiqhnya dalam beberapa isu fiqhiyyah. Pemikirannya agak tersendiri kerana mempunyai beberapa perbezaan asas dengan pandangan para ulama dalam dua aliran yang berbeza yang sudah pun wujud pada ketika itu iaitu aliran tradisional dan aliran pembaharuan. Oleh itu, pandangan-pandangan beliau dianggap sebagai kontroversi dalam kalangan ulama Selatan Thailand pada ketika itu dan juga dalam kalangan masyarakat awam. Kajian ini bertujuan untuk melihat sumbangan pemikiran Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dalam konteks perkembangan fiqh di Selatan Thailand serta menganalisis asas-asas dan metode pandangan fiqhnya. Bagi mencapai tujuan ini, maka kajian menggunakan kedua-dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah kepustakaan dan kajian lapangan. Kaedah kepustakaan digunakan secara meluas dalam mengkaji latar belakang sejarah fiqh di Selatan Thailand manakala kaedah lapangan khususnya temubual digunakan secara meluas bagi mengumpulkan data tentang pemikiran dan pandangan fiqh beliau.

(21)

Data-data yang dikumpul dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun sememangnya mempunyai kedudukan dalam liku perkembangan fiqh di Selatan Thailand. Beliau secara tidak langsung telah membentuk aliran yang tersendiri dalam pemikiran fiqh.

Asas pemikirannya juga berbeza daripada asas pemikiran fiqh kebanyakan para ulama Selatan Thailand pada zamannya. Beliau berpegang dengan pendapat mu‟tamad dalam Mazhab Syafii. Sumbangan pemikiran Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun terlihat dalam konteks keteguhannya berdalil dengan nas agar dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat. Beliau bersungguh-sunguh tanpa bertolak ansur apabila ada dalil yang jelas untuk menyebar pemikiran fiqhnya dan tidak menggunakan pemikirannya sendiri tanpa ada sandaran daripada mana-mana ulama.

(22)

THE FIQHI THOUGHT OF TUAN GURU HAJI ABDULLAH BENDANG KEBUN IN THE HISTORICAL DEVELOPMENT

OF FIQH IN SOUTHERN THAILAND

ABSTRACT

The development of fiqh in Southern Thailand had gone through its own journey during its history. Among the area that formed the milestone in its journey was the era in which one of its most famous scholar actively involved in between 1960 to 1991. He was Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Mohd Saleh or better known as Haji Abdullah Bendang Kebun who had sparked a new phenomenon in the development of fiqh in Southern Thailand through his fiqhi views in several fiqhi issues. He had his own views which were fundamentally different from the views hold by scholars from two different schools which were already in existence at that time namely the traditionalists school and the reformists school. Therefore his fiqhi views were regarded as controversial among the religious scholars as well as the public in Southern Thailand at that time. This research is conducted in order to identify the contribution of Haji Abdullah Bendang Kebun towars the development of fiqh in Southern Thailand and to analyze the basic and the method of his fiqhi views and thoughts. In order to achieve this objective, this research will use both method of data collection namely library research and field research. Library research method was used extensively in collecting the data regarding the historical background of fiqh in Southern Thailand whereas field research especially interview was used in collecting data regarding of fiqhi toughts and views of Haji Abdullah Bendang Kebun. The data collected were analyzed inductively and deductively. The finding of the research shows that Haji Abdullah Bendang Kebun did enjoy a distinct

(23)

status and position in the development of fiqh in Southern Thailand. He had indirectly formed a peculiar way of fiqhi thought which were different from the two approaches that were in existence at that time. The basis of his thought was also differing from the basis of fiqhi thought hold by most of the religious scholars in Southern Thailand during his time. He firmly hold on the most authentic view of Shafi‟i school of law. The contribution of Tuan Guru Haji Abdullah Kebun thought was clearly manifested in his firm dependences on textual evidences over his own views.

(24)

BAB SATU PENDAHULUAN

1.0. Pendahuluan

Bab ini sebagai pendahuluan perbincangannya meliputi latar belakang kajian, soalan kajian, objektif kajian, kajian lepas, skop kajian berserta dengan sebab pemilihan teks dan bab kajian, disusuli dengan kepentingan kajian dan metode kajian.

1.1. Latar Belakang Kajian

Agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT untuk manusia dan merupakan agama yang diredai-Nya melalui utusan-Nya Nabi SAW Tugas Rasulullah SAW adalah menyampaikan wahyu Allah SWT di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT:

آَُّي َ أَٰٓ َي ٱ ُلُٔشَّرل َُّ َلَاَشِر َجۡغَّيَة اٍََػ ۡوَعۡفَت ًَّۡى نوَإِ َۖ َمِّبَّر ٌَِ َمۡ َلَِإ َلِزُُأ ٓاٌَ ۡغِّيَة ۥ

Maksudnya: Wahai Rasulullah sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya) maka bererti tiadalah engkau menyampaikan risalahnya.1

Setelah baginda Nabi SAW wafat, maka ulama adalah warisan yang mengambil peranan dalam menyebarkan risalah tersebut kepada umat manusia semesta alam. Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

1 Al-Quran, Surah al-Maidah. ayat: 6

(25)

ِٖٕإَٚ

َ٤اًَََُعِيا

ُِِٖ

ُ١َثَسَٚ

ٔ٤اَٝٔبِْلأا

ٕٓإ

َ٤اَٝبِْلأا

َِِي اُِٛثِسُِٜٛ

اّسآَِٜٔد اَُِّٖسٔدلاَٚ

آَُْإ

َسَٚ

اِٛث

ًَِِٔعيا

Maksudnya: “Dan sesungguhnya ulama itu adalah warisan para nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewarisikan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewarisi ilmu pengetahuan”2

Golongan ulama berkewajipan menyebar, mendidik dan mengajar ilmu kepada umat manusia umumnya. Manakala setiap peribadi muslim pula berkewajipan menuntut ilmu pengetahuan yang difardukan oleh Allah SWT supaya memahami agamanya secara lurus. Sabda Nabi SAW:

ِِّٜٔذيا ٞٔف ُِِّ٘ٗكَفُٜ اّشَِٝخ ٔ٘ٔب ًَُّ٘يا ِدِشُٜ ََِٔ

Maksudnya: Barangsiapa yang Allah SWT menghendaki kebaikan pada dirinya, maka Allah SWT akan memberikan kefahaman dalam masalah agama.3

Daripada hadis di atas, setiap peribadi muslim sepatutnya memahami agama Allah SWT dengan mempelajari ilmu pengetahuan melalui wahyu Allah SWT yang dibawa oleh baginda Nabi SAW. Antara tujuan mendalami ilmu pengetahuan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT lantaran manfaat ilmu merupakan teras yang paling penting untuk menentukan kesahihan sesuatu hukum syarak hasil daripada ijtihad ulama berasaskan sumber-sumber utama iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias. Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan hadis Mu„adh bin Jabal R.A iaitu ketika Rasulullah SAW mengutuskan beliau ke Negara Yaman untuk mendakwah orang ramai sebagaimana ternyata dalam sabdanya:

2 Hadis dikeluarkan oleh Ibn Majah. Sunan Ibn Mājah . no:223

3 Hadis dikeluarkan oleh Bukhārī. Sahīh al- Bukhārī , no: 67

(26)

فٝن عٓـت

ٕإ ضشع وي ٤الق ؟

ٍاق :

ٞلقأ ابم في باتن

،للها

ٍاق :

ٕإف لم

ٔهٜ

في باتن للها ؟

ٍاق : ١ٓظبف

ٍٛطس للها ٢ًؿ للها

ً٘ٝع ٚ

،ًِط

ٍاق :

ٕإف لم

ٔهٜ

في ١ٓط

ٍٛطس للها ؟

ٍاق :أ ذٗتد

ٜٞأس

لا

ٛيآ .

Maksudnya: Bagaimanakah tuan hendak berbuat sekiranya diajukan masalah supaya tuan menyelesaikannya? Beliau menjawab: Saya akan berhukum menurut kitab Allah, baginda bertanya lagi: Jika tidak terdapat di dalam kitab Allah SWT bagaimana pula tuan akan berhukum? Beliau menjawab: Saya akan berhukum dengan berpandukan Sunnah Rasulullah SAW Baginda bertanya lagi: Sekiranya tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah? Beliau berkata: Saya akan berijtihad dengan menggunakan pendapat sendiri di samping tidak mengabaikannya.4

Daripada hadis di atas, dapat difahamkan bahawa dalam mengeluarkan hukum adalah boleh bagi ahli ilmu untuk berijtihad terhadap beberapa masalah yang tidak ada dalil yang jelas dari al-Quran dan hadis.Oleh yang demikian, berlakulah khilaf dan timbullah perbezaan pandangan ulama dalam menetapkan hukum pada masalah cabang-cabang fiqh.Perbezaan ini berlaku kerana pemahaman terhadap nas yang tidak sama dalam kalangan ulama.

Perselisihan pendapat berpunca daripada wujudnya pelbagai sikap para mujtahid. Terdapat pihak yang cenderung memperketatkan, ada juga pihak yang melonggarkan, ada juga pihak yang cenderung kepada zahir nas dan ada yang cenderung kepada akal (ra‟yi). Faktor-faktor kecenderungan inilah yang mewujudkan perselisihan hukum di antara para ulama. Sungguhpun begitu, mereka tetap diberi pahala di atas ijtihad mereka . Sabda Rasulullah SAW:

4 Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Musnad Imam Ahmad, no: 2207 .

(27)

اَرِإ

ََِهَس

ُِٔناَتذا

َذََٗتِداَف

ُِٖث

َباَؿَأ

ًََُ٘ف

،ِٕاَشِدَأ اَرِإَٚ

ََِهَس

َذََٗتِداَف

ُِٖث

َأَطِخَأ

ًََُ٘ف

ْشِدَأ .

Maksudnya: Apabila seseorang hakim menghukum dengan hasil daripada ijtihadnya kemudian ternyata ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila seseorang hakim berijtihad, kemudian ternyata ijtihadnya itu salah,maka baginya satu pahala.5

Hadis tersebut menyatakan bahawa ijtihad yang betul diberi dua pahala dan yang salah diberi satu pahala.Walaupun begitu, bukanlah setiap perselisihan tentang masalah cabangan (furu„iyah) itu dibolehkan sekiranya berada dalam lingkungan perselisihan yang layak dinilaikan. Berkata ulama:

عٝيٚ

ٌن فلاخ ٤اد ابرتعَ

لاإ فلاخ ٘ي غس

َٔ

شعٓيا

Maksudnya: Dan bukanlah setiap khilaf itu boleh diambil kira kecuali khilaf yang ada kelayakan untuk dinilaikan.6

Umumnya mengetahui perselisihan pandangan ulama yang sihat boleh membawa rahmat bagi umat Islam lantaran pemahaman mereka berkenaan pelbagai hukum Islam akan menjadi semakin luas. Syeikh Yusuf al-Qardāwī menegaskan:7

“Perbezaan umat selain daripada merupakan kemestian (darurah). Ia juga merupakan rahmat terhadap umat dan kebebasan baginya.”

Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat Islam ke arah kefahaman yang

5 Hadis dikeluarkan oleh al-Bukhārī. Sahih al-Bukhari, no. 7352

6 Ibn Hajar al-Haitam, Tuhfat al-Muhtāj. jil. 11 hal. 453 .

7 Yusuf al-Qardāwī. Fiqh Ikhtilaf Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam Yang Dibenarkan Dan Dilarang. Hasan Kasan (terj.) hal. 58.

(28)

tulen terhadap setiap amalan yang dilakukan, di samping berusaha untuk beramal dengan amalan Sunnah yang mempunyai dalil-dalil yang jelas dan boleh disabitkan kesahihannya.

Ramai daripada kalangan alim ulama Patani yang menceburkan diri dalam bidang cabang-cabang ilmu fiqh sehingga lahir beberapa tokoh yang masyhur seperti Syeikh Daud al-Fatoni dan Syeikh Zainal Abidin. Tokoh-tokoh tersebut bukanlah berkecimpung dalam bidang pembelajaran sahaja malahan mereka berjaya menghasilkan karya-karya mengenai fiqh.

Bertolak daripada era perkembangan ilmu dan kesuburan ekonomi di rantau ini, penduduk-penduduk kawasan ini mula menjelajahi beberapa buah negeri untuk menuntut ilmu, terutama di kawasan Timur Tengah. Pemahaman ilmu yang dituntut mempengaruhi mereka untuk menerima pendapat yang berbeza dalam bidang fiqh dan lain-lainnya dengan sikap yang sedia wujud dalam masyarakat Islam Patani. Hal tersebut menyebabkan sebahagian mereka tidak terikat dengan sifat bertaqlid secara melulu tanpa berasaskan nas yang sahih. Selain daripada itu, mereka tidak mengagungkan ahli ilmu secara keterlaluan dan juga tidak khawatir apabila dikritik kononnya menyalahi amalan-amalan masyarakat ramai tanpa berasas kepada hujah- hujah yang betul.

(29)

1.2. Permasalahan Kajian

Sejarah telah membuktikan bahawa pada satu masa dahulu Patani mencapai masa kegemilangan dalam bidang ilmu pengetahuan di rantau ini dalam pelbagai jurusan yang merangkumi jurusan akidah, fiqh, tasawuf. Hal ini jelas dapat dilihat daripada kesan-kesannya secara bertulis yang dihayati oleh masyarakat Islam Patani dan masyarakat-masyarakat lainnya. Kemunculan tokoh-tokoh ulama Patani yang berwibawa tidak terhenti sehingga era generasi itu, malahan muncul pula generasi selepasnya dalam setiap masa dan tempat di kawasan Patani.

Kemunculan ulama yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Patani menyumbang kepada perkembangan ilmu yang pelbagai dengan pesat. Oleh yang demikian, timbullah kepelbagaian pandangan ulama Patani dari sudut fiqh yang menyebabkan berlakunya berbezaan pandangan di antara mereka. Masalah kelainan fiqhiyah di kalangan ulama Patani telah menjadi satu mercu tanda kepada perkembangan fiqh. Di antara tempoh masa yang paling hangat bila berlakunya khilaf fiqhiyah dalam kalangan ulama Patani ialah di sekitar tahun 1960-1985an.8 Di antara ciri-ciri khilaf dalam era perkembangan fiqh adalah berpunca daripada pandangan fiqhiyah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun di sekitar isu berkaitan solat, zakat, haji, dana nikah. Terutama masalah yang berkaitan dengan jenazah berikutan menolak pandangan yang sepakat di kalangan ulama Patani dan lain- lainnya.

Setelah itu pelbagai reaksi daripada kalangan ulama Patani menentang pendapatnya, akhirnya Majlis Agama Islam Wilayah Pattani selaku badan tertinggi

8 Iaitu zaman Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun berperanan dalam menyebarkan dakwahnya.

(30)

agama dan fatwa menganjurkan suatu mesyuarat dan mengadakan majlis muzakarah bagi membincangkan isu ini yang dihadiri oleh beberapa orang alim ulama ternama.

Di antara tokoh yang terlibat langsung dengan isu ini ialah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun. Selain itu, terdapat beberapa orang ulama Patani yang menulis buku-buku sebagai menentang dan menolak pendapatnya, antaranya:

1. Tuan Guru Hj.Ahmad bin Abdul Wahab al-Fusani wafat (1389H) menulis dalam tajuk, Khulasah al-Mardiyah fī Masā‟il al-Khilāfiyah dicetak pada tahun (1971M).

2. Tuan Guru Hj.Wan Idris bin Ali @ Baba Yeh Tokyong ( 1398H) menulis dalam tajuk: Ini Beberapa Jawapan Yang Bagus Pada Soalan Yang Datang Daripada Majlis Agama Islam Changwad Pattani tanpa menyebut tarikh cetak.

3. Tuan Guru Hj.Ismail bin Ahmad ulama dari Legor telah menulis sebuah buku khusus bernama Manhāj al-Salimīn fi Tariqah al-Mutaqadimīn. Dicetak pada tahun (1381H).

4. Tuan Guru Hj.Ali bin Ya„kub Sekam Saulati wafat (1381H) menulis buku dalam tajuk, al-Syams Tali„ah fi Nakh al-Kawākib al-Naiyirāt tanpa tarikh cetak.

5. Catatan buku yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Pattani yang bertajuk: Keputusan Mesyuarat Lujnah Ulama Pattani, tentang masalah membuat kenduri kematian dan membaca Qulhu atau bertahlil di rumah ahli mayat. Kesemua risalah tersebut mencanggah pandangan Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun. Buku ini diterbitkan pada tahun (1352H).

(31)

6. Tuan Guru Hj.Ahmad bin Abdul Wahab (1389H) Tarīq al-Maslak fi Jawabi Soal ma Yuhalu „Alahi al-Halak. Diterbitkan pada tahun (1376H).

Kitab ini ditulis untuk menolak pendapat Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun tentang masalah hukum ayam yang disembelih selepas dilanggar kereta.

Adakah ayam tersebut halal atau tidak? Iaitu suatu isu yang hangat di kalangan masyarakat Patani pada ketika itu.

Selain daripada khilaf fiqhiyah yang berlaku dalam era perkembangan ilmu ini di Patani, timbul juga suasana yang tidak sihat dan sangat serius apabila sampai kepada peringkat takfir dan pertelingkahan fiqh yang berpanjangan dalam kalangan ulama Patani. Hal ini menunjukkan bahawa, bumi Patani merupakan bumi yang subur bagi pertumbuhan dan perkembangan ilmu fiqh yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan ilmu fiqh di rantau ini. Tambahan pula, sebelum itu ulama Patani sememangnya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu di Nusantara melalui penulisan kitab dan juga penubuhan institusi pengajian pondok. Berdasarkan hal inilah, perlunya kajian ilmiah dilakukan terhadap satu dekad utama dalam sejarah perkembangan fiqh di Patani iaitu sekitar tahun 1960an sehingga 1980an. Perkembangannya didominasi oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun. Berkata Ahmad Fathy: Hj.Abdullah Bendang Kebun boleh dikatakan tokoh ulama yang sangat kontroversial di Patani selama dekad 1960an hingga 1980an itu.9

9 Ahmad Fathy, Majalah Pengasuh. Hj.Abdullah Bendang Kebun Tokoh Penentang Adat dan Khurafat. bil 570. hal 18.

(32)

Sebelum ini, fatwa-fatwa ulama Patani hampir tidak mengalami perbezaan pendapat yang boleh menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat Islam. Perbezaan yang berlaku adalah perbezaan dalam pendekatan terhadap cara pembelajaran, perubahan kurikulum tertentu atau penekanan dalam satu-satu bidang ilmu. Yang demikian itu, sedikit sebanyak bergantung kepada keahlian seseorang.

Dalam bidang akidah misalnya, seorang guru lebih menumpukan pengajaran dalam bidang usuluddin berbanding bidang ilmu fiqh. Suatu fenomena yang jelas berlaku di Patani pada hari ini adalah perbezaan kecenderungan setiap pondok. Sebagai contoh, Pondok Dala menekankan kepada jurusan ilmu nahu, Pondok Sekam Mayor lebih menumpukan kepada usuluddin, manakala Pondok Tokyong lebih menumpukan kepada ilmu fiqh dan sebagainya. Secara keseluruhannya pondok-pondok tersebut berjalan dengan harmoni dan hampir seragam malahan terkadang mereka juga menggunakan teks–teks yang sama lantas mewujudkan suasana yang harmoni bagi masyarakat Islam di Patani. Pada awal dekad 1960an suasana tenang itu mula terjejas apabila isu-isu fiqhiyah diperkenalkan kepada masyarakat Islam Patani secara meluas. Isu-isu fiqhiyah ini, mula dibincangkan secara meluas sebagai kesan daripada beberapa pandangan fiqh yang dikemukakan oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun yang berbeza daripada pandangan para ulama Patani yang lain.

1.3. Soalan Kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa persoalan yang memerlukan jawapan bagi memenuhi objektif kajian. Di antara soalan yang berkaitan adalah seperti berikut:

1. Bagaimana sejarah perkembangan fiqh di Selatan Thailand ? 2. Bagaimana sejarah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun ?

(33)

3. Apakah isu-isu fiqh yang dikemukakan oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun ?

4. Pemikiran Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun terhadap isu fiqh yang dikemukakan ?

1.4. Tinjauan Kajian Lalu

Sehingga kini masih belum ada kajian di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran yang membahas secara langsung tentang isu-isu fiqhiyah yang dibangkitkan oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dalam mana-mana aspek. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan turut mengemukakan maklumat-maklumat yang mempunyai hubung kait dengan fiqh, amalan masyarakat Islam Patani termasuk juga ulama Patani seperti berikut:

1. Kajian tesis sarjana (Ph.d) bertajuk al-Sunnah dan Kedudukannya dalam Amalan Ibadat Masyarakat Islam: Kajian Kes di Selatan Thailand telah ditulis oleh Abdullah bin Yousef Kareena, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 1998M.

Kajian ilmiah merupakan suatu kajian kes ke atas amalan ibadat masyarakat orang-orang Melayu beragama Islam yang merupakan golongan dominan dalam wilayah di Selatan Thailand yang terdiri daripada Wilayah Pattani, Yala dan Naratiwat. Kajian tersebut membincangkan amalan-amalan yang dilakukan oleh mereka secara satu persatu berdasarkan al-Sunnah, tanpa menyatakan ikhtilaf pandangan ulama. Amalan-amalan tersebut ialah adab berwuduk, solat fardu, solat sunat, puasa, zakat, menunaikan haji, amalan

(34)

selepas kematian, adab perkahwinan, adab berpakaian (aurat), ibadat zikir dan doa serta perayaan Maulidur Rasul.

2. Adnan Suemae telah membuat kajian tesis (Ph.d) tentang sumbangan Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zin al-Fatoni pada tahun 2005M sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tesis bertajuk “al-Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zin al-Fatoni wa Juhuduh fi al-Lughah al- Arabiyah.” Dalam tesis ini, beliau membentangkan sejarah Patani pada zaman dahulu dan sekarang, riwayat hidup Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zin al-Fatoni yang menyentuh tentang kelahirannya, rihlah menuntut ilmu agama, dan suasana ilmu, masyarakat dan soal politik pada zamannya. Adnan Suemae kemudian menceritakan tentang peranan Syeikh Wan Ahmad dalam ilmu Bahasa Arab dan sumbangan beliau tanpa menganalisis tentang ilmu fiqh dan aqīdah.

3. Abdullah Yeelah, Menyediakan tesisnya (Ph.d) dalam bidang Fiqh berjudul “ Amalan Percampuran Mazhab dalam Ibadat: Kajian di Kalangan Masyarakat Islam Pattani Thailand.” 2010M, tesis ini memfokus kepada tiga objektif asas iaitu mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat Islam Pattani terhadap amalan percampuran mazhab dan pendapat-pendapat ulama terhadap percampuran pendapat mazhab di Pattani, serta mengkaji bentuk amalan percampuran mazhab. Penyedia tesis ini, tidak menyentuh tentang pemikiran fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun.

4. Kajian tesis (Ph.d) Ahmad Umar Chapakia. tentang “ Politik Thai dan Reaksi Masyarakat Islam di Selatan Thai.” 2000M, Perbincangan dalam tesis ini

(35)

lebih menumpukan kepada tindakan politik dan polisi kerajaan Thai terhadap masyarakat Islam di Selatan Thai dan reaksi mereka terhadap tindakan kerajaan tersebut. Perbincangan ini meskipun secara langsung tidak membincangkan pemikiran Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun tetapi sedikit sebanyak dapat membantu perbincangan dalam masalah latar belakang Selatan Thailand.

5. Abdullah Hayee Sa„id telah membuat kajian yang berjudul “Gerakan Islah di Patani 1970-1990M,” Kajian Sejarah Perkembangan dan Pemikiran sebagai memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana di bahagian Sejarah dan Tamadun Universiti Sains Malaysia pada tahun 2002M. Dalam tesis ini, beliau lebih banyak mengupas tentang gerakan islah di Patani serta menghuraikan pengaruh gerakan ini dengan gerakan islah di Timur Tengah termasuk gerakan islah oleh Muhammad Abduh dan tokoh yang lain. Kajian ini juga menyebut beberapa orang tokoh islah di Patani seperti Tuan Guru Hj.Sulong (1954M), Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun (1991M) Ustaz Hj.Abdul Ghani Fikri (1982M) dan Tuan Guru Hj.Harun Muhammad Tahir (2003M). Tesis ini ada menyentuh sejarah ringkas Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dalam aspek pendidikan, pemikiran dan aliran fiqahnya.

Penerangan ringkas yang ditulis tidak lebih daripada lapan mukasurat ini tidak membincangkan secara terperinci tentang sumbangan Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun terutamanya dalam bidang fiqh.

6. Azman Tae Ali telah membuat kajian tentang metodologi fiqh dalam Bahasa Thai pada tahun 2004M sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana di Prince of Songkla University Pattani Campus. Tesis beliau

(36)

bertajuk “The Writing Method on Fiqh of Syeikh Muhammad bin Ismail al- Dawudi al-Fatoni in Matla„ al-Badrayn.” Tesis ini memfokuskan kajian tentang sumbangan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Dawudi terhadap ilmu fiqh di dalam masyarakat Patani dahulu dan sekarang, di samping menyebutkan pengertian fiqh pada lughah dan pada istilah. Dalam tesis ini juga, beliau turut membincangkan riwayat hidup Syeikh Muhammad bin Ismail al-Dawudi, dan sumbangan ilmu beliau terhadap masyarakat Patani, menganalisis karya Muhammad bin Ismail al-Dawudi iaitu buku Matla„ al- Badrayn daripada aspek penulisan serta isi kandungannya. Dalam kajian ini, beliau tidak menyentuh berkenaan sumbangan ulama Patani yang lain di Selatan Thailand.

7. Terdapat juga sebuah kajian ilmiah sarjana Syariah ditulis oleh Muhammad Zawawi bin Zainal Abidin bertajuk: “Amalan Tahlil di Kuantan: Satu Analisis Menurut Hukum Islam” , Jabatan Fiqh dan Usul, bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2001M.

Kajian ini membincangkan mengenai amalan tahlil yang diadakan dalam kenduri arwah. Beliau mengemukakan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menunjukkan bahawa pahala amalan orang lain akan sampai kepada si mati.

Di antara amalan tersebut ialah amalan tahlil. Beliau turut mengemukakan pendapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa pahala bacaan al- Quran tidak sampai kepada si mati. Penulis juga membincangkan hukum membaca al-Quran di tanah perkuburan di samping mengemukakan pendapat-pendapat ulama mengenainya. Di akhir perbincangannya, beliau memutuskan bahawa amalan tesebut adalah harus.

(37)

8. Numan Hj.Masae, telah membuat kajian tentang perjuangan dan sumbangan Hj.Sulong Abdul Kadir di dalam masyarakat Selatan Thailand sebagai memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana di bahagian Sejarah dan Tamadun, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2002M. Kajian tersebut berjudul “Hj.Sulong Abdul Kadir 1985-1954M: Perjuangan Dan Sumbangan Beliau Kepada Masyarakat Melayu Patani” . Dalam kajian ini, Numan Hj.Masae menitikberatkan tentang perjuangan politik Hj.Sulong di Selatan Thailand serta menyebut tentang pengaruh perjuangan Hj.Sulong Abdul Kadir. Beliau turut menyentuh tentang perkembangan awal politik di Selatan Thailand. Namun begitu, Numan tidak banyak menyebut tentang sumbangan dalam bidang penulisan karya-karya oleh kerana Hj.Sulong Abdul Kadir adalah seorang tokoh yang cenderung dengan bidang politik.

9. Hasan Madman telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Traditional Muslim Institutions in Southern Thailand: Critical Study of Islamic Education and Arabic Influence in the Pondok and Madrasah Systems of Patani.”

Dalam buku ini, beliau lebih memfokuskan kepada masalah pendidikan tradisional di Patani, khususnya pendidikan pondok dan madrasah serta menonjolkan nama-nama ulama termasyhur yang banyak jasanya dalam menghasilkan karya-karya daripada pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Di samping itu, beliau juga menjelaskan polisi kerajaan Thai dalam melakukan perubahan terhadap sistem pendidikan pondok kepada sistem pendidikan sekolah. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menyentuh mengenai perkembangan fiqh di Patani terutamanya fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dengan secara khusus.

(38)

10. Ahmad Fathy Fatoni telah mengarang sebuah buku yang berjudul: Ulama Besar Dari Fatoni. Beliau menyebut dalam tarajum Ulama Besar Dari Fatoni, bahawa Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun merupakan tokoh yang ke-14, diatur menurut tarikh wafatnya. Dalam tarajum ini, sejarah beliau dimulai dengan sejarah kelahiran dan pengajian ilmu beliau di Patani dan di Mekah. Selepas itu, penulis membawa isu yang paling ketara yang diketengahkan oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dalam fatwanya yang sensitif iaitu isu menganjurkan majlis jamuan makan selepas kematian dan beberapa masalah yang berkaitan dengannya serta menyebut reaksi ulama Patani terhadap fatwanya yang menyalahi pendapat kebanyakan ulama Patani pada waktu itu. Secara keseluruhannya, Ahmad Fathy Fatoni telah mengetengahkan sejarah beliau secara ringkas dan penulisannya tidak lebih daripada sekadar kata pengantar atau muqadimah untuk kajian lanjut yang lebih terperinci. Ahmad Fathy Fatoni telah menyebut di akhir tarajumnya bahawa perlunya satu kajian yang lebih terperinci lagi mendalam dalam bentuk kajian tesis bagi mendalami isu ini secara menyeluruh.10

11. Muhammad Lazim Lawi telah membuat kajian tentang sejarah Syeikh Ahmad al-Fatoni pada tahun 2004M yang bertajuk “Syeikh Ahmad al-Fatoni dan sumbangannya kepada khazanah tamadun Islam di Nusantara” di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada umumnya beliau membincangkan tentang sejarah Syeikh Ahmad al- Fatoni dan sumbangannya kepada khazanah tamadun Islam di Nusantara dan peranan Syeikh Ahmad al-Fatoni dalam pembangunan tamadun Islam di Nusantara.

10 Ahmad Fathy. Ulama Besar Dari Fatoni. hal.237

(39)

1.5. Skop Kajian

Bagi tujuan mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkenaan, pengkaji membataskan skop kajian seperti berikut:

Skop pertama ialah dari segi masa, iaitu kajian ini dijalankan di sekitar tahun 1950-1991M. Hal ini adalah sejajar dengan tempoh munculnya Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun yang berperanan dalam bidang pendidikan dan pengajaran kepada masyarakat Islam Patani iaitu di Selatan Thailand. Selain itu, tempoh ini juga merupakan tempoh yang agung bagi Tuan Guru kerana selain daripada pengajaran, beliau juga turut berfatwa beberapa masalah berkaitan keagamaan.

Skop kedua adalah melibatkan fatwa berkaitan fiqh.Antara karya penting Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun adalah Kawākib al-Naiyirāt fi Radd Ahl al- Bid„at wa al-Ādāt, Kasyf al-Asrār fī Ta„līq Manāsik al-Abrār, dan juga fatwa dalam majlis ilmu berkenaan kesalahan yang diamalkan oleh masyarakat ramai dan juga keputusan muzakarah ilmiah yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Pattani.

1.6. Kepentingan Kajian

Berdasarkan kepada maklumat di atas, tercetusnya konflik dalam kalangan masyarakat Patani ekoran sebab pandangan fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun yang mana berbeza dengan kebanyakan ulama Patani menjadi sebab pentingnya untuk membuat kajian secara ilmiah. Kepentingan tajuk ini antara lainnya adalah:

(40)

Pandangan fiqh yang ditonjolkan oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun adalah berlainan dengan pandangan fiqh ulama lain di Selatan Thailand yang wujud pada masa itu. Oleh yang demikian, hal ini diberi perhatian oleh masyarakat ramai, terutamanya golongan ulama.

Pandangan fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun masih dipegang teguh oleh muridnya, malah disebarkan oleh mereka lantaran terpengaruh dengan dasar-dasar Tuan Guru. Pengikutnya merasakan bahawa manhaj yang dibawanya adalah manhaj fiqh yang betul meskipun bercanggah dengan masyarakat ramai.

Perbahasan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam pada tahun 1352H di atas nama Lujnah Ulama Patani yang dihadiri oleh ulama yang ternama di Pattani merupakan perbahasan yang besar pada ketika itu. Perbincangan pokok adalah untuk menolak pandangan-pandangan Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun.

Perbincangan ini adalah satu usaha bagi mengatasi perpecahan dalam masyarakat, kerana masalah-masalah seperti ini tidak pernah ditimbulkan oleh ulama lain sebelumnya.

Kajian ini merupakan satu pendedahan terhadap pandangan fiqh yang dengannya muncul satu golongan yang terkenal dengan golongan Bendang Kebun yang telah menyebabkan masyarakat terbahagi kepada tiga golongan iaitu Kaum Tua, kaum pembaharuan dan golongan Bendang Kebun yang terlahir dari Kaum Tua.

Ini merupakan satu bentuk kefahaman dan amalan masyarakat Islam di Selatan Thai daripada sudut hukum fiqh.

Konflik ini mencetuskan isu takfir yang merupakan suatu isu yang amat berat lantaran isu sebegini belum pernah dicetuskan oleh mana-mana ulama. Oleh yang

(41)

demikian alasan takfir perlu diketahui oleh masyarakat terutamanya pihak yang terlibat.

Kajian ini akan menjadi satu sumbangan kepada perkembangan fiqh di Selatan Thailand yang mana pada umumnya ulama-ulama yang berselisih ini adalah lulusan dari tempat yang sama iaitu Mekah. Oleh sebab berbeza dari sudut kefahaman dalam mengistinbatkan hukum daripada nas-nas dan berlainan di sudut manhaj, maka perselisihan ini perlu dikaji dengan secara terperinci. Sehingga kini masih belum ada kajian yang membicarakan tentang pandangan fiqh Tuan Guru sama ada kajian di peringkat Sarjana Muda mahupun Sarjana.

Perlu diketahui juga, hakikat yang sebenar berlaku dalam liku-liku perselisihan tersebut, apakah boleh dikategorikan dalam khilaf yang muktabar atau tidak. Ekoran daripada itu, dapatlah dilihat sikap sebagai seorang ulama yang mempunyai ketegasan dalam menghadapi permasalahan yang bertentangan dengan keyakinannya sepanjang perjuangannya. Oleh yang demikian, dengan wujudnya kajian yang bersifat ilmiah seperti ini, hakikat permasalahan ini dapat didedahkan di samping dapat mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu berkenaan dan dapat mengeratkan semula persaudaraan dalam kalangan masyarakat Patani.

Melihat kepada besarnya impak yang tercetus, maka pengkaji melihat amat penting untuk menjalankan kajian tentang pandangan fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun bagi memahami pandangan beliau dan menilai kekuatan dan kelemahan dalil-dalil yang beliau sandarkan daripada sumber-sumber syariat yang sepatutnya diketahui oleh ahli akademik Islam.

(42)

Daripada penjelasan di atas, pengkaji merasakan perlu membuat satu penyelidikan mengenai pandangan fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun.

Penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti sejarah Tuan Guru dalam mengasaskan pondok, penulisan karya-karya dan sumbangan beliau kepada masyarakat daripada sudut fiqh. Pengkaji memilih tajuk ini kerana setakat ini belum ada kajian sarjana yang membahas dan menganalisis tentang tajuk tersebut.

1.7. Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Untuk mengkaji latar belakang dan sejarah perkembangan fiqh di Selatan Thailand.

2. Untuk mengkaji sejarah Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun daripada aspek keilmuan, ketokohan dan kedudukannya dalam masyarakat Islam Patani.

3. Untuk menganalisis tentang pemikiran fiqh dan isu-isunya yang dikemukakan oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun.

1.8. Metodologi Kajian

Metodologi kajian pengkaji akan menggunapakai beberapa cara sebagaimana akan dijelaskan adalah seperti berikut:

Kajian ini bertujuan menekankan tiga persoalan asasi iaitu mengkaji tentang susur galur perkembangan fiqh di Selatan Thailand, mengkaji sejarah Tuan Guru

(43)

Hj.Abdullah Bendang Kebun dari segi keilmuan, ketokohan dan kedudukannya dalam masyarakat Islam Patani, dan juga bertujuan untuk mengkaji tentang isu-isu fiqh yang dikemukakan oleh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun serta pandangan dalam isu-isu yang berkenaan. Kajian ini melibatkan pemprosesan data secara kualitatif. Dalam usaha mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut, data-data yang berkaitan akan dikumpul, diproses dan dianalisis.

1.8.1. Kaedah Pengumpulan Data

Dalam pengumpulan segala data ini, pengkaji berusaha mengumpul data-data yang berkaitan dengan tajuk dan objektif kajian. Kemudian pengkaji menganalisis dan menyusun data-data tersebut untuk dijadikan laporan. Sumber-sumber data kajian ini dikumpulkan melalui dua bentuk iaitu dari penyelidikan kepustakaan dan lapangan.

Bagi tujuan mendapat maklumat-maklumat berkenaan pengkaji merujuk kepada sumber dokumentasi berbentuk rujukan asas atau masdar asliy (primer) iaitu kitab-kitab yang ditulis secara langsung berkaitan tajuk kajian dan juga berbentuk rujukan thanawi )sekunder). Iaitu diambil dari hasil karya penulisan dan hasil laporan-laporan penyelidikan dari para ilmuan yang telah dibukukan atau dikumpul oleh pelbagai institusi media penerbitan, termasuk laman web, maqalah dan jurnal.

Untuk maksud ini, pengkaji akan menggunakan cara pengumpulan data sumber maklumat adalah seperti berikut:

(44)

1.8.1(a) Pengumpulan Maklumat Melalui Perpustakaan

Penggunaan pengumpulan segala data dalam model ini, dengan melalui penyelidikan dalam perpustakaan. Pengumpulan segala data utama ialah maklumat yang ada hubung kait dengan latar belakang sejarah awal para ulama dalam menyebar fiqh Islam, penubuhan institusi pendidikan pondok, asal usulnya di Selatan Thailand, pembukuan riwayat hidup Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dan karya-karya yang dituliskan oleh beliau sendiri. Pengkaji memperoleh bahan-bahan tersebut daripada universiti-universiti yang disenaraikan di bawah:

1. Perpustakaan Universiti Songkhla Nakaring Pattani 2. Perpustakaan Universiti Narathiwat Ratchanakarin 3. Perpustakaan Universiti Fatoni

4. Perpustakaan Universiti Sains Malaysia 5. Perpustakaan Universiti Malaya

6. Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia

7. Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 8. Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis

Hasil penyelidikan kepustakaan di atas dimuatkan dan dianalisis dalam kajian ini.

1.8.1(b) Pengumpulan Maklumat Melaui Percetakan Berkala

Pengunaan pengumpulan data dalam model ini sebagai pelengkap sumber maklumat dalam penyelidikan ini. Diperoleh daripada catatan yang sedia ada dalam laporan dan penulisan sementara iaitu secara berkala yang pernah dilakukan oleh penyelidik

(45)

sebelumnya seperti bentuk maqalah atau kertas kerja, majalah dan jurnal telah disiarkan dan didiskusikan oleh pelbagai para ilmuan melalui forum seminar nasional juga antarabangsa yang ada hubung kait dengan tajuk melalui laman web yang menawarkan sumber maklumat terhadap tajuk yang ingin diselidiki.

1.8.2. Kajian Lapangan

Bagi memantapkan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah lapangan iaitu metode temu bual dan pengamatan untuk mendapat maklumat tersebut iaitu:

1.8.2(a) Metode Temu bual

Metode temu bual ialah satu cara pengumpulan maklumat yang amat berkesan. Bagi temu bual dalam kajian ini, pengkaji merancang jadual perjanjian untuk bertemu dengan responden iaitu individu-individu daripada keturunannya yang terdiri dari anak dan menantunya yang menguruskan Pondok Bendang Kebun. Selain itu responden turut terdiri daripada murid-murid yang pernah menuntut ilmu di Mekah dan yang belajar di Pondok Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun, termasuk murid beliau yang membuka pondok yang ada sekarang ini. Selain itu, responden turut melibatkan golongan masyarakat yang tidak sealiran dan juga yang tidak menyebelahi dari kedua pihak mereka itu ialah terdiri daripada tok guru, ustaz-ustaz, lepasan pendidikan Islam tradisional atau pondok dan lepasan pendidikan Islam moden. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada penduduk dari Pattani, Yala dan Narathiwat untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan asasi kajian ini. Pilihan

(46)

responden untuk temu bual dilakukan melalui kaedah purposive sampling (persampelan bertujuan).

Respoden yang ditemu bual itu terdiri daripada empat kumpulan iaitu anak menantu, murid-murid Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun, yang bersetuju dengan pemikiran dan yang tidak bersetuju dengan pemikiran beliau iaitu mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pemilihan seperti ini dilakukan dengan tujuan untuk mengelak sebarang unsur berat sebelah atau fanatik.

Jumlah keseluruhan responden yang ditemu bual adalah seramai 42 orang.

telah cukup untuk mewakili semua pihak bagi menilai pandangan dan pemikiran Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun. Ini kerana setelah dibuat temu bual jawapan yang diberi oleh setiap orang dalam kumpulan yang sama hampir menyerupai antara satu sama lain. Responden yang dipilih adalah seramai 5 orang daripada kaum kerabat Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun, 25 orang terdiri daripada murid-murid beliau, 6 orang yang tidak sealiran dan 6 orang yang tidak menyebelahi mana-mana pemikiran. Maklumat yang diperoleh akan dianalisis menurut keperluan kajian. Data-data melalui proses temu bual ini merupakan bukti yang kukuh yang dapat membantu dan menyediakan jawapan bagi persoalan kajian ini:

Jadual jumlah responden

Bil Responden Jumlah (orang)

1 Anak cucu dan menantu 5

2 Murid-murid 25

(47)

3 Guru-guru dan ustaz yang tidak sealiran 6 4 Guru-guru dan ustaz yang tidak berpihak 6

Jumlah 42

1.8.2(b) Metode Pengamatan

Pengamatan ialah cara pengumpulan data secara langsung terhadap sesuatu objek dengan berulang-ulang kali dalam tempoh atau keadaan yang ditentukan dari masa ke masa sepanjang tempoh kajian ini. Kaedah ini dilaksanakan dengan mengadakan pemerhatian dan pengamatan secara langsung terhadap subjek penelitian. Kenyataan tersebut secara terperinci adalah seperti berikut:

1. Pemerhatian melalui pengajaran yang dikendali oleh murid-murid beliau di Pondok Bendang Kebun.

2. Pemerhatian melalui murid-murid beliau yang ramai dalam masyarakatPatani. Ini termasuk kehidupan peribadi pengkaji sebagai salah seorang anggota dalam masyarakat.

3. Pengkaji sendiri adalah salah seorang yang pernah mengikuti pengajian bersama dengan Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun pada masa hidupnya.

Fokus pemerhatian tersebut akan ditumpukan kepada majlis ilmu yang dikendalikan oleh beliau. Hasil dari pemerhatian tersebut akan diambil kira dalam pemprosesan analisis kajian ini. Justeru pemerhatian dapat menyokong maklumat- maklumat yang ditegaskan oleh responden yang ditemu bual.

(48)

1.8.3. Kaedah Analisis Data

Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan bagi persoalan kajian. Bagi mencapai matlamat kajian ini, maklumat yang diperoleh hasil daripada pengumpulan data itu dianalisis dan diberi huraian secara deskriptif dengan berpandukan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan.

1.8.3(a) Metode Induktif (Manhaj al-Istiqra’)

Metode induktif ialah cara mendapatkan kesimpulan daripada beberapa data yang dianalisiskan daripada sifat khusus untuk membuat kesimpulan yang bersifat umum.

Proses ini menghasilkan kesimpulan yang umum berdasarkan kepada hukum yang sama dengan data yang khusus.11

ٖٛ

ِهتذا ٢ًع

ًٞهيا تٛبجي وير

ِهتذا في ضتدا

ٞ٥ .

Pengkaji menggunakan metode ini untuk mengkaji data dan maklumat yang bersifat khusus yang diperoleh.

Pengkaji membuat kesimpulan umum setelah memperoleh keputusan kajian.12

Kaedah induktif adalah berkaitan dengan induksi iaitu proses penghuraian yang membawa kepada pencapaian sesuatu kesimpulan hukum daripada fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang bersifat khusus. Metode induktif ialah satu kaedah mencari satu kesimpulan sesuatu permasalahan melalui pengkajian data-data yang bersifat khusus. Dalam penulisan tesis ini, data-data yang bersifat khusus

11 S.Hadi Broto, Mitod Researcs. hal. 13

12 Jamil Salibā, al-Mu„jam al-Falsafī bi Alfāz al-„Arabiyyah wa al-Faransiyah wa al-Ingliziyyat wa al Latiniyyah. jil 1.hal. 71

(49)

dibentangkan dan daripada data-data tersebut dibuat satu kesimpulan umum.

Penyelidikan ini menggunapakai metode induktif dalam meneliti pandangan Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun dalam masalah fiqh yang tertentu, contohnya masalah kenduri kematian atau membina pondok kecil di atas kubur. Pandangan beliau dalam masalah ini, akan dijadikan asas untuk membuat rumusan umum tentang pandangan dan fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun.

1.8.3(b) Metode Deduktif (Manhaj al-Istintāj)

Metode deduktif adalah suatu cara menganalisis data berdasarkan daripada pola berfikir untuk mencari pembuktian dengan berdasarkan kepada dalil umum terhadap hal-hal yang khusus.

Deduktif adalah berkenaan kesimpulan yang dibuat berdasarkan deduksi iaitu kaedah membuat kesimpulan atau rumusan berdasarkan maklumat atau fakta-fakta yang ada. Metode deduktif ialah kaedah membuat kesimpulan sesuatu masalah berdasarkan pengkajian data-data yang bersifat umum. Penyelidikan ini akan menggunakan metode deduktif dalam mengkaji iaitu sebagai contoh pengkaji dapat mempraktikkannya dalam bab memahami bagaimana pandangan fiqh Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun yang bersifat umum itu dan digunakan dalam menganalisis isu-isu fiqh yang tertentu.

(50)

BAB DUA

ILMU FIQH DAN PERKEMBANGANNYA

2.0. Pendahuluan

Mengenal istilah-istilah ilmu fiqh dan perkembangannya merupakan suatu perkara utama dan penting dalam memahami ilmu fiqh secara terperinci. Oleh yang demikian, dalam bab ini akan dinyatakan beberapa istilah yang berkaitan dengan fiqh, sumber fiqh dalam Islam, pembahagian fiqh, perkembangan fiqh Islam dan disudahi bab ini dengan perkembangan fiqh di Nusantara yang ada hubungkait dengan perkembangan di Patani.

2.1. Pengertian Fiqh

Pengertian fiqh boleh dikategorikan kepada dua bahagian, pertama, pengertian mengikut ahli bahasa dan yang kedua, pengertian fiqh menurut istilah syarak. Untuk mengetahui secara terperinci adalah seperti berikut:

2.1.1. Pengertian Mengikut Bahasa

Fiqh mengikut ahli bahasa ialah mengetahui sesuatu dan memahaminya.13 Fairūz Ābādī berkata:

13Ibn Fāris,Mu„jam al-Maqāyīs al-Lughah. jil. 4 hal. 442.

(51)

٘ي َُِِٗفياٚ ،ٔ٤ٞؼياب ًُِِٔعيا شظهياب ،ُِ٘كٔفيا

Maksudnya: Fiqh dibacakan dengan berbaris kasrah ertinya, mengetahui sesuatu dan memahaminya.14

Al-Tūfī menyatakan dalam karyanya Syarh Mukhtashar al-Raudah, bahawa ilmu pengetahuan dan kefahaman berkait rapat antara kedua-duanya kerana dengan ilmu itu seseorang dapat memahami sesuatu.15Penggunaan perkataan fiqh yang memberi erti mengetahui dan memahami sesuatu adalah selaras dengan ayat al- Quran sebagaimana Allah SWT berfirman:

َٜ اُٛياَق

ٍُُٛكَت اَُِّٖ اّيرٔجَن َُ٘كِفَْ اََ ُبَِٝعُػ ا

Maksudnya: Mereka berkata wahai Syu„ib kami tidak faham kebanyakan daripada apa yang kamu katakan itu.16

Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan bahawa makna fiqh ialah memahami sesuatu, sama ada faham mendalami atau tidak.

Sebahagian ulama bahasa menyatakan bahawa makna fiqh menumpukan kepada memahami tujuan perkataan seseorang atau memahami tujuan perkataan itu sendiri sepertimana pepatah Arab:17

تٗكف

ّلاهيا

ٟأ تُٗف ضشغ

ًِهتلما

َ٘ٓ

Maksudnya: Aku faham perkataan itu ertinya: Aku faham maksud apa yang engkau bercakap.18

14Ābādī Fairūz, al-Qamūs al-Muhīt. jil. 3 hal.384.

15 Al-Tūfī,SyarhMukhtashar al-Raudah. jil. 1 hal. 131.

16Al-Quran, Surah Hud, ayat. 91

17Al-Subkī, al-Ibhāj fi Syarh al-Minhāj. jil. 1 hal. 28.

(52)

Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa ulama bahasa berbeza pendapat berkenaan pengertian fiqh. Terdapat golongan ulama yang mengatakan fiqh adalah semata-mata memahami sesuatu, sama ada memahami maksud atau tidak, manakala sebahagian lain berpendapat mengatakan fiqh adalah memahami tujuan perkataan tersebut. Namun begitu, pendapat yang pertama adalah selaras dengan al-Quran.

2.1.2. Pengertian Fiqh Menurut Istilah Syarak

Fiqh pada istilah syarak mengandungi dua pengertian sebagaimana ulama muta‟akhirīn membuat definisi yang dimaksudkan dengan ulama muta‟akhirīn yang dijelaskan oleh Syeikh Umar Sulaiman al-Asyqar dalam karyanya Madkhal al-Fiqh al- Islāmī ialah ulama memberi definisi setelah ilmu itu dibahagikan dan ditadwinkan iaitu dibukukan menurut bidang masing-masing.19

2.1.2(a) Fiqh Menurut Ulama Usul al-Fiqh

ٖٛ

ّاهسلأاب ًِعيا ١ٝعشؼيا

١ًُٝعيا بظتهلما

َٔ

اٗتيدأ ١ًٝٝـفتيا

Maksudnya: Ialah ilmu pengetahuan yang berhubung dengan hukum-hukum syarak yang berbentuk amali yang mana ilmu itu dapat melalui usaha yang hasil dari dalil-dalil yang terperinci.20

18Al-Jarjānī, Kitāb al-Ta„rīfāt. hal. 216

19 Al-Asyqar, Madkhal al-Fiqh al- Islāmī. hal. 35-36.

20 Jarjanī, al-Ta„rīfāt. hal. 19.

(53)

Pengertian fiqh di atas, terdiri daripada beberapa unsur yang mengandungi ciri-ciri khas bagi fiqh. Ciri-ciri khas tersebut membezakan fiqh daripada ilmu-ilmu yang lain. Ciri-ciri fiqh tersebut adalah seperti berikut:

1. Al- Ilmu bi al-Ahkām: Maksudnya ialah pengetahuan manusia tentang hukum-hukum. Oleh yang demikian, fiqh adalah sifat keilmuan yang dimiliki manusia. Manusia yang memiliki sifat tersebut dipandang sebagai faqih. Ringkasnya, mempunyai pengetahuan itulah yang disebut fiqh.21

2. Bi al-Ahkām (tentang hukum-hukum). Pengetahuan manusia adalah pelbagai. Tidak semua pengetahuan disebut fiqh. Fiqh adalah pengetahuan manusia khusus mengenai hukum-hukum sahaja.

Adapun pengetahuan manusia tentang selain hukum tidak disebut fiqh iaitu ilmu tentang zat seperti zat Zaid, ilmu sifat seperti warna hitam dan perbuatan seperti sifat berdiri.22

3. Al- Syar„iyah (yang diambil dari syariat). Fiqh bukan pengetahuan manusia tentang semua hukum apa sahaja, tetapi khusus tentang hukum-hukum yang diambil dari

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Perkembangan Islam khususnya di Patani didukungi oleh gerakan-gerakan dakwah yang dipelopori oleh ulama Patani sendiri. Gerakan-gerakan dakwah di Patani yang wujud

Walau bagaimanapun pengkaji berpendapat kekurangan ini dapat diatasi dengan berkunjung ke perpustakaan Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim, 54 Kota

Dapatan kajian mendapati, Tuan Haji Yusof Rawa memainkan peranan yang cukup besar dalam usahanya menerbitkan Majalah al-Islah.. Majalah ini, hanya memberi sumbangan dalam memberi

Tetapi Ramli Awang lebih cenderung untuk menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Saleh di atas dua sebab iaitu, Ramli Awang menyebutkan bahawa

Artikel ini menjelaskan bahawa Tuan Guru Haji Hasan bin Mat Saman atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Chu Hasan Tok Wali merupakan seorang tokoh ulama

Konsep rabitah yang difahami oleh Tuan Guru Haji Jahid bin Haji Sidek adalah lebih luas daripada apa yang telah dikemukakan oleh tokoh tasawuf silam kerana beliau menyifatkan rabitah

101 Dalam usaha membantu penduduk kampung, kumpulan parang panjang dari Kampung Semat yang dianggotai oleh Tuan Haji Yop Dun bin Haji Jana, Tuan Haji Mohd Jana bin Nordin, Tuan

Penglibatan beberapa orang ulama tempatan seperti Tuan Haji Salleh bin Abdul Manan, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Manan dan Tuan Haji Shahbudin bin Lebai Sulaiman Bakul telah