• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 416 – Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 416 – Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih "

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2016/2017

Mei/Jun 2017

JMK 416 – Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

Masa: 3 jam

__________________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

…3/- [JMK 416]

- 2 -

1. Jelaskan kaedah-kaedah kajian ilmu sastera bandingan dan bincangkan dengan contoh-contoh yang sesuai.

(25 markah)

2. Merujuk cerita lagenda China abad ke-17 berjudul Dewi Putih karya Ren Shaozeng, jelaskan tradisi kepercayaan Taoisme yang dipaparkan dalam karya tersebut.

(25 markah)

3. Puisi “PadaMu Jua” oleh Amir Hamzah dan “Tuhan, Kita Begitu Dekat” oleh Abdul Hadi W.M adalah karya Mistik Islam yang lahir daripada pengalaman cinta transendental. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk lampiran A.

(25 markah) 4. Baca petikan di bawah;

Majnun melafazkan sanjak-sanjak-nya kepada Laila

Dan siapakah aku gerangan-yang begitu jauh darimu, namun begitu dekat?

Pengemis yang berdendang! Laila, dengar-kah dikau?

Kerana terbebas dari susah payah dunia, maka kesepian-ku, Kesedehan dan kedukachitaan bererti kebahagiaan bagi-ku.

Dan kerana kehausan dalam sinar pedih kegembiraan, Maka aku mati lemas. Putera sang matahari, aku kelaparan sa-malaman

(Laila dan Majnun, 1986: 136).

Ulaskan maksud ungkapan puisi di atas untuk menggambarkan sebuah trilogi cinta abadi.

(25 markah)

(3)

[JMK 416]

- 3 -

5. Inspirasi Haiku Jepun (Haiku Inspiration) ialah susunan indah tentang tempat, manusia, budaya, perayaan dan alam dengan putaran musimnya. Berdasarkan kenyataan berkenaan, analisis makna yang dapat ditanggapi dalam Haiku oleh Basho dan Buson seperti berikut:

Listen ! a frog

Jumping into the stillness Of an ancient pond

(oleh Matsuo Basho dalam A Haiku Journey, Dorothy Britton:

1980:10).

The butterfly sleeps well

Perched upon the temple bell

Until it rings!

(oleh Buson dalam An Anthology of Haiku Ancient and Modern, Asataro Miyamori, 19:21).

(25 markah)

6. Pantun Melayu merupakan genre kesusasteraan yang amat indah dan berupaya menggambarkan kebijaksanaan dan pemikiran masyarakat Melayu masa silam.

Bincangkan.

(25 markah)

(4)

…5/- [JMK 416]

- 4 -

Lampiran

Padamu Jua Habis kikis

segala cintaku hilang terbang pulang kembali aku padamu seperti dahulu

Kaulah kandil kemerlap pelita jendela di malam gelap melambai pulang perlahan sabar, setia selalu

Satu kekasihku aku manusia rindu rasa rindu rupa.

Di mana engkau rupa tiada suara sayup

hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu engkau ganas

mangsa aku dalam cakarmu bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar

sayang berulang padamu jua engkau pelik menarik ingin serupa dara di balik tirai

Kasihmu sunyi

menunggu seorang diri lalu waktu – bukan giliranku mati hari – bukan kawanku.

(Amir Hamzah)

(5)

[JMK 416]

- 5-

Lampiran Tuhan, Kita Begitu Dekat

Tuhan

Kita begitu dekat

Sebagai api dengan panas Aku panas dalam apimu

Tuhan

Kita begitu dekat

Seperti kain dengan kapas Aku kapas dalam kainmu

Tuhan

Kita begitu dekat

Seperti angin dan arahnya Kita begitu dekat

Dalam gelap Kini aku nyala Pada lampu padamu

(Kumpulan Anak ALut Anak Angin- Abdul Hadi W.M)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang bawalah bakti mersa kepada Tuhan kepada insan pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang usahlah durhaka pula kepada Tuhan

Hal ini demikian kerana, faktor –faktor tersebut mempengaruhi penggunaan bahasa mahupun dialek yang digunakan oleh responden sekaligus menjadi penyumbang kepada

Bincangkan aspek-aspek budaya Melayu yang berkaitan dengan sejarah, andaian, kontradiksi dan kontroversi yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu...

Jelaskan tradisi kepercayaan Taoisme yang dapat dihubungkaitkan dengan unsur-unsur alam seperti yang dipaparkan dalam karya tersebut.. Puisi “PadaMu Jua” oleh Amir Hamzah dan

[Salah satu tema yang dominan dalam karya The Dream of the Red Chamber ialah rasuah dan penyalahgunaan kuasa5. [Berdasarkan drama Shakuntala bincangkan peranan badut dengan

Penilaian terhadap pengalaman terdahulu untuk permohonan APEL (C) merangkumi proses perbandingan pembelajaran berasaskan pengalaman yang diperoleh oleh pelajar kepada HPK

Bincangkan secara kritis ciri-ciri istimewa yang terdapat pada beberapa stanza puisi Hamzah Fansuri daripada tradisi Islam dan Songs of Song daripada tradisi

Berdasarkan puisi “Padamu Jua” karya Amir Hamzah dan “The Song of Songs” daripada The Holy Bible yang dilampirkan dalam Lampiran 1, bandingkan unsur-unsur gaya bahasa