• Tiada Hasil Ditemukan

View of ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN DALAM MEMBENTUK KECERDASAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN DALAM MEMBENTUK KECERDASAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

70

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464

Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN DALAM MEMBENTUK KECERDASAN

SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Nor Azizah Mohammad1* dan Suziyani Mohamed2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: azizahmd850525@gmail.com

Article Information:

Article history:

Received date : 27 June.2020 Revised date : 10 July.2020 Accepted date : 5 September 2020 Published date : 25 September 2020

To cite this document:

Mohammad, N., & Mohamed, S. (2020).

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN DALAM MEMBENTUK KECERDASAN SOSIOEMOSI KANAK-

KANAK. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(3), 70-82.

Abstrak: Pembelajaran mengenai sosioemosi merupakan satu elemen penting yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Prasekolah di Malaysia. Pembelajaran sosioemosi adalah untuk meningkatkan kecerdasan sosioemosi kanak-kanak iaitu keupayaan kanak-kanak untuk mengalami, mengawal dan mengekspresikan emosi, membentuk hubungan interpersonal yang rapat dan selamat dengan orang-orang sekeliling. Kecerdasan sosioemosi dikalangan murid akan memberi kesan ke atas pembelajaran lain serta kesediaan murid prasekolah sebelum menempuh alam persekolahan yang sebenar.

Pembelajaran yang dapat meningkatkan kecerdasan sosioemosi pelajar akan menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti di dalam kelas. Kajian ini di jalankan adalah untuk mengenal pasti sama ada guru-guru prasekolah memahami tentang pembelajaran sosioemosi serta keperluan menyediakan modul pembelajaran dalam membantu guru menjalankan aktiviti pembelajaran yang dapat memupuk kecerdasan sosioemosi kepada kanak-kanak. Analisis keperluan dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dengan instrumen soal selidik diberi kepada 30 orang guru prasekolah di sekitar Lembah Klang dari prasekolah yang berbeza. Instrumen mengandungi 3 konstruk yang ingin dinilai iaitu tahap kefahaman guru, tahap perlaksanaan pembelajaran sosioemosi dan juga tahap keperluan modul pembelajaran sosioemosi di prasekolah. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai min dan sisihan piawai bagi skor yang diperolehi untuk setiap konstruk. Hasil kajian mendapati tahap

(2)

71

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pengenalan

Pembelajaran mengenai sosioemosi telah dikaji sejak dua puluh tahun yang lalu tetapi ia kini semakin menarik minat para pengkaji, ibu bapa, guru-guru dan pembuat dasar untuk mengintegrasikan pembelajaran mengenai sosioemosi di dalam struktur pengajaran yang lebih formal (Martha, 2017). Ini disebabkan, sosioemosi merupakan kunci utama kepada hasil kehidupan yang lebih penting seperti kejayaan di sekolah dan kerjaya di masa akan datang kerana dengan emosi yang baik ia dapat memupuk keupayaan pemikiran tentang tingkah laku dan sosial yang positif (Jones & Doolittle, 2017). National Association for The Education of Young Children yang merupakan pemberi akreditasi kepada tadika-tadika di Amerika Syarikat menekankan kepentingan perkembangan sosioemosi kanak-kanak di dalam kurikulum pembelajaran serta penilaian terhadap perkembangan kanak-kanak. Beberapa pertubuhan seperti Centre on the Social and Emotional Foundation for Early Learning (CSEFEL) dan Technical Assistance Center on Social and Emotional Interventions (TACSEI) ditubuhkan bagi memberi sumber kepada negara tentang kepentingan pembelajaran sosioemosi kepada kanak-kanak.

Di Malaysia, dalam melahirkan insan yang seimbang dan berinovatif, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 diperkenalkan. Kurikulum ini telah menggariskan enam tunjang dalam kerangka kurikulumnya iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika, serta sains dan teknologi.

Penekanan dalam tunjang ketrampilan diri adalah mengenai perkembangan sosioemosi kanak- kanak dalam memahami emosi sendiri juga emosi individu lain.

Sosioemosi adalah gabungan dua perkataan sosial dan emosi. Menurut kamus dewan edisi keempat, sosial bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan manakala emosi pula membawa maksud satu perasaan yakni jiwa yang sangat kuat. Kecerdasan emosi adalah gabungan integrasi emosi dan struktur kognitif dalam personality individu (Teng Lee Fang, 2017). Goleman (1998) memberi takrifan kepada kecerdasan emosi iaitu kebolehan individu untuk mengenal pasti, mengurus emosi dan memotivasikan diri dan orang lain dan seterusnya dapat menjalinkan hubungan mesra dengan orang lain (Nurul Ain & Siti Marziah, 2018).

kefahaman guru adalah tinggi, tahap perlaksanaan berada pada tahap sederhana tinggi dan tahap keperluan modul pembelajaran adalah tinggi. Implikasi kajian ini adalah dapat menyediakan maklumat awal ke atas keperluan menyediakan modul pembelajaran dalam membantu memupuk kecerdasan sosioemosi kanak-kanak. Kajian ini boleh ditambah baik di masa akan datang dengan menjalankan kajian ke atas lebih ramai responden bagi memperolehi data analisis keperluan yang lebih tepat.

Kata Kunci: Analisis keperluan, kecerdasan sosioemosi, modul pembelajaran.

(3)

72

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Kecerdasan sosioemosi adalah keupayaan kanak-kanak untuk mengalami, mengawal dan mengekspresikan emosi, membentuk hubungan interpersonal yang rapat dan selamat dengan orang-orang sekeliling. Kanak-kanak akan meneroka alam sekitar serta belajar mengenainya, dan semuanya di dalam konteks bersama keluarga, komuniti dan budaya (Goh, Yeo dan Rohaya, 2019). Pendidikan sosioemosi adalah proses di mana kanak-kanak dan orang dewasa memahami dan menguruskan emosi, menetapkan dan mencapai matlamat positif, merasa dan menunjukkan empati kepada orang lain, mewujud dan mengekalkan hubungan positif, dan membuat keputusan yang bertanggungjawab (Collaborative for Academic, Social, and Emotional Learning, CASEL).

Sosioemosi yang berkesan bukan sahaja memberikan perkembangan yang optimum kepada domain peribadi dan interpersonal malah lebih meluas lagi dalam domain akademik (Pam & John, 2018). Kecerdasan emosi adalah mengiktiraf individu, memahami emosi sendiri dan orang lain, proses penyelesaian masalah dan pembentukan tingkah laku (Salovey & Meyer di dalam Mohd Faizul, 2017). Sama seperti Teori Goleman dalam Suzyliana yang yang menitikberatkan kecerdasan emosi individu dengan memahami emosi sendiri dan individu lain kerana ia akan memberikan keseimbangan dari segi mental dan emosi seterusnya akan menghasilkan individu yang unggul (Suzyliana, 2016)

2. Kajian Literatur

Kanak-kanak seringkali dikaitkan dengan pengalaman yang gembira dan menyeronokkan.

Walaubagaimanapun, tidak semua kanak-kanak merasakan pada usia ini mereka sedang melalui pengalaman yang menggembirakan kerana perlu menghadiri sesi pembelajaran di prasekolah.

Proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah akan menjadi lebih positif sekiranya kanak-kanak dapat meluahkan emosi dengan cara yang betul (Zaharah, 2016). Kanak-kanak juga akan mudah menerima dan tertarik untuk belajar jika kaedah pembelajaran tidak membosankan dan lebih banyak gerakan (Mahzan dan Chee, 2017). CASEL (2019) menyatakan terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik daripada meta-analisis 2011 yang diperolehi terdapat sebanyak 213 kajian melibatkan lebih 270,000 pelajar yeng mengikuti program pembelajaran berasaskan sosioemosi menunjukkan peningkatan sebanyak 11% di dalam pencapaian akademik mereka.

Perubahan cara belajar dalam pembelajaran abad ke 21 menuntut generasi kini untuk melengkapkan diri dengan kecerdasan emosi bagi mengawal perasaan dalam proses pembelajaran yang lebih mencabar (Mohd Faizul, 2017). Lorita dan Rohaty (2017) juga menyatakan bahawa pembelajaran semasa di prasekolah memberi pengalaman belajar yang bermakna, berkesan dan menggembirakan. Pengalaman tersebut akan menghasilkan pelajar yang berkemahiran, berkeyakinan, berfikiran positif dan bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan yang lebih formal. Kebanyakan kajian telah dijalankan berkenaan kecerdasan sosioemosi kanak-kanak dan hubungkaitnya dengan kesediaan pelajar menghadapi cabaran pembelajaran yang makin sukar.

Goh, Yeo dan Rohaya (2019) telah membina satu instrumen bagi mengesan kecerdasan sosioemosi dan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak yang mana mungkin akan menjejaskan pencapaian akademik dan kesediaan mereka ke sekolah.

(4)

73

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

CASEL (2019) mendapati berlaku penurunan kadar keciciran, masalah tingkah laku di sekolah dan di dalam kelas, penggunaan dadah, kehamilan remaja, masalah kesihatan mental, dan tingkah laku jenayah selepas CASEL menjalankan kajian selama dua dekad terhadap pembelajaran sosioemosi. Pam dan John (2018) menjalankan kajian dengan mengkaji keberkesanan program- program berkaitan kecerdasan sosioemosi di prasekolah mendapati bahawa program-program yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran sosial di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan pengaruh antisosial, pencetus masalah dan perlakuan yang ganas oleh kanak- kanak. Emosi dan kecerdasan emosi mencerminkan tingkah laku dan cara manusia mengendalikan hidup mereka (Teng dan Norzaini, 2017). Kegagalan seseorang individu di dalam bidang akademik yang lain berpunca dari kepincangan dalam perkembangan emosi. (Lorita dan Rohaty, 2017).

Pembelajaran mengenai sosioemosi dapat meningkatkan pemahaman tentang pengajaran melalui tingkah laku yang diingini dan juga dapat mencegah pola tingkah laku yang tidak diingini (Pinar, 2019). Pinar dalam kajiannya mengenai pembinaan program bagi membantu perkembangan sosioemosi di prasekolah mendapati program yang dibina adalah efektif dan berkesan dalam menangani tingkah laku negatif yang turut akan memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Pinar memperkenalkan lima program yang sesuai untuk pembelajaran di prasekolah dalam membentuk dan menilai tingkah laku positif berdasarkan penekanan pembelajaran sosioemosi di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Goh, Yeo dan Rohaya (2019) berpendapat bahawa masih kurang instrumen-instrumen untuk menilai kecerdasan sosioemosi kanak-kanak di Malaysia dan ia meyukarkan para pendidik untuk menilai kecerdasan emosi dan mencegah tingkah laku negatif di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, kefahaman tentang pentingnya kecerdasan sosioemosi perlu diberi kepada pengamal- pengamal pendidikan supaya lebih banyak kajian dan pembinaan instrumen dan modul mengenai penilaian kecerdasan sosioemosi ke atas kanak-kanak prasekolah.

2.1 Penyataan Masalah

Peralihan dari prasekolah kepada pembelajaran formal ke tahun satu adalah satu peralihan yang sangat memberi kesan kepada sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak (Henna Pirskanen et al, 2019). Setiap tahun para guru akan menghadapi masalah ketidaksediaan pelajar ke tahun satu kerana pelajar akan menunjukkan pelbagai ragam dan gangguan emosi (Lorita & Rohaty, 2017).

Pelajar yang baru memulakan hari dan pembelajaran di tempat baru akan merasa takut dan kurang yakin dengan persekitaran yang baru iaitu sekolah yang baru, kelas baru, rakan-rakan yang baru, guru-guru baru dan paling utama adalah pendekatan akademik yang baru (Saturia, Peter & Agnis, 2014). Masalah mengenai kesediaan pelajar ini berpunca dari perubahan emosi sehingga menimbulkan rasa ketegangan dan ketidaktentuan fizikal dan mental (Zanariah & Kamarul, 2017).

Pelajar pada awal usia persekolahan ini perlu disemai dan disuburkan dengan kecerdasan emosi untuk memperolehi keseimbangan dalam perkembangan lain seperti kognitif, fizikal dan bahasa (Lorita & Rohaty, 2017). Kanak-kanak akan dikategorikan sebagai telah bersedia hanya jika tahap sosioemosi, kognitif, perkembangan motor dan fizikal berada pada tahap yang tinggi (Saturia, Agnis & Peter, 2014). Ini adalah kerana, perkembangan emosi yang positif seperti seronok, gembira dan ketawa akan mengurangkan ketegangan emosi yang dialami oleh kanak-kanak (Zaleha, 2017). Zuhaila (2015) dalam kajiannya mendapati pembelajaran yang gembira dan

(5)

74

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

menyeronokkan dapat membantu mewujudkan perubahan sikap supaya sentiasa bersedia untuk belajar dikalangan kanak-kanak prasekolah.

Penggunaan modul pembelajaran sebagai salah satu alat bantu mengajar dapat membantu guru dalam menyampaikan pembelajaran mengenai sosioemosi. Pembinaan modul-modul dengan kaedah belajar sambil bermain telah dilaksanakan oleh beberapa orang pengkaji sebagai satu alat pemudahcara dalam pembelajaran (Loy Chee Luen, 2017). Walau bagaimanapun masih kurang kajian mengenainya kerana kurangnya pendedahan terhadap kepentingan perlaksanaan kaedah belajar sambil bermain dalam aspek perkembangan pembelajaran kanak-kanak (Zakiah dan Mohamad Kamis, 2017) lebih-lebih lagi yang menekankan aspek sosioemosi. Permainan yang dijalankan dalam pembelajaran hanya dianggap berkesan sekiranya guru berjaya merancang dan bergantung kepada kekreativitian guru bagi menghasilkan satu permainan yang berkesan kepada murid-murid (Mohd Nazrin dan Ku Suhaila, 2017). Kajian-kajian dijalankan oleh pengkaji sebelum ini lebih tertumpu kepada pembangunan modul belajar sambil bermain di dalam pengajaran subjek-subjek kognitif dan bahasa (Aliza dan Zamri, 2015; Zakiah, Azlina dan Yeo, 2017; Eda dan Suziyani, 2017; Lilis, 2018).

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman guru mengenai pembelajaran sosioemosi dan perlaksanaannya kepada kanak-kanak di prasekolah.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan modul pembelajaran dalam membentuk kecerdasan sosioemosi kanak-kanak terutamanya kanak-kanak di peringkat prasekolah iaitu di dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun.

3. Metodologi

Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mendapatkan maklumat daripada guru-guru prasekolah mengenai permasalahan dan keperluan pembinaan modul. Kajian awal ini merupakan kajian analisis keperluan yang dijalankan bagi mengetahui sekiranya terdapat permasalahan dan tindakan yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah (Nur Nazuha, 2017). Nur Nazuha dalam kajannya juga turut menyatakan kajian analisis keperluan ini merupakan salah satu proses utama dalam reka bentuk pembangunan sesebuah modul iaitu di dalam fasa tinjauan. Kajian analisis keperluan dijalankan untuk menyelesaikan masalah dalam ruang lingkung yang lebih spesifik.

.

3.1 Material

Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan. Soal selidik yang disediakan adalah adaptasi daripada penilaian yang dibuat oleh Collaboration for Academic, Social and Emotional Learning (CASEL, 2019). Instrumen soal selidik yang diedarkan mengandungi empat bahagian soalan. Bahagian pertama adalah mengenai demografi responden bagi mengetahui tempoh pengalaman mengajar dan tahap penidikan responden di prasekolah. Kedua maklumat ini adalah penting kerana ia dapat memberi gambaran awal terhadap kepakaran guru tersebut (Norshafinaz dan Faridah, 2018). Bahagian kedua borang soal selidik adalah berkenaan pendapat guru mengenai pembelajaran sosial dan emosi. Lapan soalan di bahagian ini bertanyakan tahap kefahaman guru terhadap kepentingan pengajaran sosioemosi di kalangan kanak-kanak tanpa mengira perbezaan taraf dan pangkat. Bahagian ketiga pula mengandungi enam soalan mengenai perlaksanaan pembelajaran sosioemosi di tadika respondan sama ada telah dijalankan atau masih belum

(6)

75

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

dilaksanakan. Seterusnya bahagian ke empat pula adalah pandangan dari para respondan sama ada mereka memerlukan atau tidak modul pembelajaran di bina bagi membantu menambahbaik pengajaran yang sedia ada.

3.1.1 Sampel

Dalam kajian ini, 30 orang guru prasekolah yang terdiri daripada guru baru dan guru yang berpengalaman telah dilibatkan. Responden yang dipilih secara bertujuan dengan memastikan setiap responden dari prasekolah yang berbeza. Tujuan pemilihan ini adalah disebabkan pengkaji ingin membandingkan data yang diperolehi dari prasekolah yang berlainan dan seterusnya akan memberikan gambaran yang lebih jelas tentang pembelajaran sosioemosi di prasekolah yang berbeza pada masa ini.

3.1.2 Lokasi

Kajian ini dilakukan ke atas guru-guru prasekolah di sekitar Lembah Klang iaitu di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur dan Selangor. Rasional pemilihan kawasan kajian ini supaya tidak terdapat jurang terlalu besar untuk menilai situasi semasa pembelajaran di prasekolah yang disebabkan faktor muka bumi dan budaya yang berbeza. Prasekolah di sekitar Lembah Klang ini kebanyakan kanak-kanak terdiri daripada latar belakang budaya dan sosial yang sama.

3.1.3 Kaedah Kajian

Responden yang dipilih dihubungi terlebih dahulu untuk diterangkan tentang keperluan kajian dijalankan. Responden yang bersetuju untuk bekerjasama dengan kajian ini diberikan borang soal selidik menggunakan aplikasi borang Google. Kaedah ini digunakan kerana ianya lebih mudah dan data diperolehi lebih cepat. Dengan kaedah ini prosedur kajian ini menjadi lebih menjimatkan dari segi masa, wang dan tenaga.

.

3.2 Pengukuran

Soal selidik ini adalah berskala 5 poin iaitu bermula dengan nilai 1 tidak setuju, kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju untuk poin 5. Setiap item dalam bahagian soal selidik akan dinilai kekerapan dan peratusan bagi setiap poin. Tahap skor min bagi setiap bahagian atau konstruk akan diukur untuk menilai tahap keperluannya. Tahap skor min diukur dengan nilai 0.00 hingga 2.00 adalah pada tahap rendah, 2.01 hingga 3.00 pada tahap sederhana rendah, 3.01 hingga 4.00 pada tahap sederhana tinggi dan 4.01 hingga 5.00 merupakan tahap skor min yang tinggi (Nunnaly & Bernstein, 1994). Daripada penilaian tahap skor min dapat dikenal pasti tahap keperluan sesuatu tindakan dalam menyelesaikan permasalahan yang telah dibangkitkan.

3.3 Analisis Data

Data yang diperolehi dari 30 responden dianalisis mengunakan analisis deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan setiap item serta nilai min dan sisihan piawai setiap konstruk kajian. Analisis dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) dan dari data yang diperolehi pengkaji dapat mengenalpasti tahap keperluan setiap konstruk kajian dan seterusnya menjawab persoalan kajian.

(7)

76

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3.4 Kesahan dan kebolehpercayaan

Soalan-soalan yang dipilih terlebih dahulu disemak oleh seorang pensyarah yang pakar dalam bidang piskologi untuk menentukan kesahan muka dan kesahan kandungannya. Beberapa pandangan dan pendapat yang diberikan telah digunakan untuk membaiki kandungan soal selidik tersebut. Selain itu, ujian korelasi Pearson dijalankan ke atas setiap item dan memperolehi nilai korelasi melebihi 0.35 bagi setiap item. Ianya dikira sebagai memperolehi nilai kesahan yang tinggi (Nunnaly & Bernstein, 1994). Seterusnya soal selidik dinilai menggunakan Cronbach Alfa bagi menguji kebolehpercayaanya. Mohd Majid di dalam Nur Nazuha menyatakan bahawa instrument kajian boleh diterima apabila nilai pekali alfa Cronbach melebihi 0.70 (Nur Nazuha, 2017) Hasil semakan menggunakan (SPSS) mendapati nilai pekali alfa Cronbach bagi instrumen ini adalah 0.834.

4. Dapatan dan Perbincangan 4.1 Demografi respondan

Jadual 1 menunjukkan terdapat ramai guru prasekolah yang merupakan guru novis iaitu sebanyak 40%. Ini bermakna guru yang terlibat adalah guru baharu yang hanya berpengalaman kurang daripada tiga tahun. Peratus kedua tertinggi adalah guru yang berpengalaman lebih 10 tahun iaitu sebanyak 30%. Data juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden memiliki ijazah pertama di dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu 36.7%, diikuti dengan memiliki sarjana dan sijil.

Walau bagaimanapun terdapat 26.7% guru prasekolah yang tidak memiliki sebarang pendidikan secara formal mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Maklumat secara perinci boleh dirujuk pada jadual.

Jadual 1: Demografi Respondan

Item Kategori Kekerapan Peratusan (%)

Pengalaman Mengajar Kurang 3 tahun Kurang 5 tahun Lebih 5 tahun Lebih 10 tahun

12 4 5 9

40 13.3 16.7 30 Tahap Pendidikan Sijil

Diploma Ijazah Sarjana

Tidak berkenaan

4 3 11 4 8

13.3 10 36.7 13.3 26.7

4.2 Kefahaman Mengenai Pembelajaran Sosioemosi

Objektif pertama: Mengenal pasti tahap kefahaman guru prasekolah mengenai kepentingan dan keperluan pembelajaran sosioemosi bagi kanak-kanak.

Data yang diperolehi dari respondan adalah seperti dalam Jadual 2. Tahap kefahaman guru terhadap pembelajaran sosioemosi berada pada tahap yang tinggi dengan min 4.08 dan sisihan piawai 0.59. Kenyataan bagi semua item di dalam konstruk ini memperoleh lebih 80% responden menyatakan mereka setuju dan sangat setuju mengenai kepentingan pembelajaran sosioemosi.

Terdapat juga sebanyak 13.3% guru yang tidak pasti bahawa keperluan pembelajaran sosioemosi ini terkandung di dalam kurikulum prasekolah. Hanya 6.7% responded sahaja yanag tidak pasti bahawa pembelajaran sosioemosi ini dapat membentuk tingkah laku positif dikalangan kanak-

(8)

77

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

kanak prasekolah. Berdasarkan data ini dapat dinyatakan bahawa responden memahami dan bersetuju dengan keperluan pembelajaran sosioemosi ke atas kanak-kanak di prasekolah.

Keperluan pembelajaran ini akan memberi kesan ke atas tingkah laku, emosi, serta penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di prasekolah (Pam dan John, 2018).

Jadual 2: Tahap Kefahaman Pembelajaran Sosioemosi

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, responden memahami kesan dan keperluan pembelajaran sosioemosi kepada kanak-kanak. Selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Maguire et al (2016) yang mendapati kanak-kanak tidak dapat memberikan kerjasama yang baik di dalam kelas sewaktu sesi pemberlajaran kerana mereka tidak dapat menguruskan emosi dengan baik. Tahap kefahaman guru adalah penting untuk mengaplikasikan pembelajaran sosioemosi kepada kanak-kanak selain memudahkan penyampaian pengajaran, penguasaan guru dalam pengetahuan dapat memotivasikan diri dan seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajarnya (Kalaiselvi Ettikan et.al. 2015)

Guru-guru sedar dan faham bahawa tindak-tanduk dan perilaku kanak-kanak yang negatif adalah disebabkan mereka mempunyai kecerdasan sosioemosi yang rendah. Kanak-kanak ini tidak dapat memberi kerjasama yang sewajarnya, tidak mengikuti arahan yang diberikan dan seterusnya mengganggu hubungan mereka dengan rakan sebaya. Guru-guru yang memahami tentang keperluan pembelajaran sosioemosi kepada kanak-kanak sekolah akan dapat melihat dan

Pernyataan Kekerapan dan Peratus

1 2 3 4 5

Guru memahami bahawa pembelajaran sosial dan emosi adalah penting untuk kanak-kanak prasekolah

- - 1

(3.3%) 5 (16.7%)

24 (80%) Pembelajaran sosial dan emosi terkandung di dalam

kurikulum prasekolah

- - 4

(13.3%) 8 (26.7%)

18 (60%) Pembelajaran sosial dan emosi perlu untuk semua

kanak-kanak tanpa mengira latar belakang

- - 1

(3.3%) 5 (16.7%)

22 (73.3%) Program yang menekankan pembelajaran sosial dan

emosi dapat mengurangkan masalah ketakhadiran kanak-kanak ke sekolah

- - 2

(6.7%) 10 (33.3%)

18 (60%) Program yang menekankan pembelajaran sosial dan

emosi dapat menarik minat kanak-kanak untuk turut serta dalam aktiviti

- - 2

(6.7%) 9 (30%)

19 (63.3%) Program yang menekankan pembelajaran sosial dan

emosi dapat membantu kanak-kanak bertingkahlaku sosial yang positif

- - 1

(3.3%) 6 (20%)

23 (76.7%) Program yang menekankan pembelajaran sosial dan

emosi dapat meningkatkan prestasi pembelajaran kanak-kanak

- - 1

(3.3%) 10 (33.3%)

19 (63.3%) Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial

dan emosi yang baik akan dapat menjadikan kanak- kanak lebih bersedia berhadapan dengan dunia sebenar

- - 2

(6.7%) 6 (20%)

22 (73.3%)

Tahap kefahaman guru tentang keperluan pembelajaran sosioemosi di prasekolah Min : 4.08

Sisihan piawai : 0.59 Tahap : Tinggi

(9)

78

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

mengenali tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas dan seterusnya memahami kehendak dan keperluan kanak-kanak di bawah penjagaan mereka.

4.3 Perlaksanaan Pembelajaran Sosioemosi di Prasekolah

Objektif kedua: Mengenal pasti sejauh mana amalan pembelajaran sosioemosi telah dilaksanakan di prasekolah.

Jadual 3 melaporkan data berkaitan tahap perlaksanaan pembelajaran sosioemosi yang telah dijalankan di prasekolah. Data menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan adalah pada tahap sederhana tinggi dengan min 3.61 dan sisihan piawai 0.898. Ini menunujukkan bahawa pembelajaran sosioemosi di prasekolah masih belum mencukupi dan perlu ditambah baik lagi (Goh, Yeo dan Rohaya, 2019) . Walaupun terdapat 63.3% guru yang tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan kanak-kanak tidak berminat untuk menyertai aktiviti di tadika mereka, 26.9% dari responden bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kanak-kanak pada usia 4 hingga 6 tahun juga didapati masih ada yang menangis sewaktu di hantar ke tadika iaitu sebanyak 20%.

Kanak-kanak di prasekolah menunjukkan pergaulan yang baik dikalangan rakan sebaya iaitu sebanyak 93.3% mungkin disebabkan penekanan pembelajaran sosioemosi oleh guru-guru prasekolah iaitu sebanyak 83.4%. Kenyataan lain boleh dilihat dari jadual berikut.

Jadual 3: Tahap Perlaksanaan Pembelajaran Sosioemosi

Pernyataan Kekerapan dan Peratus

1 2 3 4 5

Adakah kanak-kanak di tadika anda selalu merasa tidak berminat menyertai aktiviti di dalam tadika

10 (33.3%)

9 (30%)

3 (10%)

4 (13.3%)

4 (13.3%) Adakah kanak-kanak kerap menangis sewaktu

kanak-kanak dihantar ke tadika

6 (20%)

10 (33.3%)

8 (26.7%)

6 (20%)

- Adakah kanak-kanak di tadika anda bergaul

baik antara rakan-rakannya

- 1

(3.3%) 1 (3.3%)

18 (60%)

10 (33.3%) Pembelajaran yang menekankan sosial dan

emosi kanak-kanak sentiasa dijalankan di tadika anda

- - 5

(16.7%) 14 (46.7%)

11 (36.7%) Adakah semua guru di tadika anda diberi

penekanan untuk menerapkan pembelajaran sosial dan emosi di dalam kelas

- 1

(3.3%) 6 (20%)

11 (26.7%)

12 (40%)

Adakah suasana pembelajaran di tadika anda menyeronokkan

- - 4

(13.3%) 16 (53.3%)

10 (33.3%) Tahap perlaksanaan pembelajaran sosioemosi di prasekolah

Min : 3.61 Sisihan piawai : 0.898

Tahap : Sederhana tinggi

Pembelajaran yang dijalankan di prasekolah adalah meliputi segala aktiviti yang disampaikan kepada kanak-kanak secara formal atau tidak formal (Rosmah & Mariani, 2014). Pembelajaran sosioemosi di prasekolah diamalkan dalam aktiviti seharian kanak-kanak di prasekolah dan dapat dilihat melalui penglibatan dan pergaulan kanak-kanak dengan rakan sebaya sewaktu aktiviti pembelajaran dijalankan. Aktiviti di prasekolah perlulah bermakna dan menyeronokkan untuk meningkatkan minat kanak-kanak secara menyeluruh (Zakiah & Mohamad Kamis, 2017).

(10)

79

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Peranan guru dalam melaksanakan pembelajaran sosioemosi kepada kanak-kanak prasekolah adalah sangat penting. Sekiranya guru memahami keperluannya, mereka juga akan tahu bagaimana kanak-kanak perlu diterapkan dengan pembelajaran sosioemosi. Walaupun perlaksanaan pembelajaran sosioemosi ini di tahap sederhana tinggi, terdapat juga guru-guru yang tidak pasti tentang peranan dan tanggungjawab mereka. Hal ini terjadi mungkin disebabkan mereka adalah dikalangan guru-guru novis yang kurang berpengalaman dan memerlukan bantuan dan panduan untuk mengaplikasikan serta menerapkan pembelajaran sosioemosi di dalam pembelajaran kognitif yang lain.

4.4 Penambahbaikan Dalam Pembelajaran Sosioemosi

Objektif ketiga: Keperluan pembinaan modul pembelajaran sosioemosi di prasekolah.

Jadual 4 menunjukkan dapatan yang diperolehi dengan tahap keperluan dan penambahbaikan dalam pembelajaran sosioemosi berada pada tahap tinggi dengan min 4.19 dan sisihan piawai 0.82.

Berdasarkan data tersebut dapat diketahui bahawa guru-guru di prasekolah sangat memerlukan sokongan dan penambahbaikan di dalam aktiviti pembelajaran terutamanya dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Perkara ini disokong dengan data yang diperolehi dengan peratusan sebanyak 90% resonden bersetuju bahawa guru-guru perlu dibantu untuk menerapkan pembelajaran sosial dan emosi di dalam kelas. Sebanyak 53.3% responden sangat bersetuju bahawa penyediaan modul yang menekankan pembelajaran sosial dan emosi diperlukan sebagai panduan guru. Maklumat lain dapat dijelaskan dari jadual berikut

Jadual 4: Keperluan dan penambahbaikan

Item Kekerapan & Peratus

1 2 3 4 5

Pembelajaran sosioemosi sudah mencukupi di dalam program aktiviti prasekolah

1 (3.3%)

10 (23.3%)

7 (23.3%)

7 (23.3%)

5 (16.7%) Adakah program-program yang menekankan

pembelajaran sosial dan emosi perlu ditambah lagi di dalam aktiviti prasekolah

- 1

(3.3%) 3 (10%)

10 (33.3%)

16 (53.3%) Adakah guru-guru perlu dibantu untuk

menerapkan pembelajaran sosial dan emosi di dalam kelas.

- 1

(3.3%) 2 (6.7%)

8 (26.7%)

19 (63.3%) Penilaian terhadap perkembangan sosial dan

emosi perlu dibuat ke atas kanak-kanak prasekolah

- - 1

(3.3%) 12 (40%)

17 (56.7%) Penyediaan modul yang menekankan

pembelajaran sosial dan emosi diperlukan sebagai panduan guru

- 1

(3.3%) 2 (6.7%)

11 (36.7%)

16 (53.3%) Tahap keperluan dan penambahbaikan dalam pembelajaran sosioemosi

Min : 4.19 Sisihan piawai : 0.82 Tahap : Tinggi

(11)

80

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Berdasarkan keputusan yang diperolehi, keperluan dalam pembelajaran sosioemosi sangat diperlukan sejajar dengan kajian Aliza & Zamri (2015) iaitu guru-guru memerlukan bantuan dan panduan seperti pembinaan dan pembangunan program instruksi untuk guru menyampaikan pengajaran supaya dapat mematuhi standard murid yang ingin dicapai. Pembangunan modul yang bersesuaian juga sangat membantu sesi pengajaran untuk kanak-kanak prasekolah.

5. Kesimpulan

Kajian analisis keperluan ini memberi gambaran bahawa guru-guru merupakan medium utama yang penting untuk membantu meningkatkan kecerdasan sosioemosi kanak-kanak. Guru yang memahami peranan mereka lebih mudah menyelami keperluan kanak-kanak dalam menguruskan emosi sendiri dan membentuk tingkah laku yang positif di dalam pergaulan dengan rakan sebaya juga di dalam penglibatan aktiviti dalam kelas. Hasil analisis keperluan ini menunjukkan bahawa guru-guru prasekolah jelas dan faham tentang kepentingan pembelajaran sosioemosi dan kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak. Pendidikan prasekolah telah diperkenalkan dengan pembelajaran mengenai sosioemosi tetapi masih kurang dan para guru memerlukan lebih banyak panduan berkaitan pembelajaran sosioemosi.

Kaedah pengajaran yang paling berkesan untuk membantu guru menyampaikan pembelajaran sosioemosi adalah penyediaan modul pembelajaran lengkap yang mengandungi aktiviti yang bersesuaian untuk kanak-kanak prasekolah. Panduan dari modul membolehkan guru sentiasa bersiap sedia untuk terus mengaplikasikan pengajaran kepada kanak-kanak di prasekolah.

Implikasi dari kajian ini didapati pembelajaran mengenai sosioemosi masih perlu diberi perhatian dan memerlukan kajian yang lebih mendalam mengenainya. Pengkaji-pengkaji akan datang dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan untuk membuat kajian lanjutan dengan menggunakan lebih ramai responden serta diluaskan ke lebih besar kawasan kajian untuk mengetahui tahap keperluan pembelajaran sosioemosi di peringkat prasekolah dengan lebih tepat dan jelas.

6. Penghargaan

Ucapan terima kasih kepada Tadika dan Taska Impian Maah, pensyarah penyelia Dr Suziyani Mohamed pakar-pakar yang terlibat dalam kajian ini, suami dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan.

(12)

81

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Rujukan

Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2015) Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul Pendekatan Berasaskan Bermain Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil. 3 Isu 1

Collaboration for Academic, Social and Emotional Learning.CASEL (2019) www.casel.org/research/

Donna K Housman. (2017) The Importance Of Emotional Competence And Self Regulation From Birth: A Case For The Evidence-Based Emotional Cognitive Social Early Learning Approach.

International Journal Of Child Care And Education Policy

Goh Wah Im, Yeo Kee Jiar Dan Rokiah Bt Talib, (2019) Development Of Preschool Social Emotional Inventory For Preschoolers: A Preliminary Study. International Journal Of Evaluation And Research In Education (Ijere) Vol 8 No 1 ; 158-164

Irwan Mahazir Ismail, Siti Khadijah Anis, Tamil Selvan Subramania, Mohd Hasril Amiruddin &

Mohd Erfy Ismail. (2017) Penerapan Elemen Perkembangan Kognitif, Psikomotor Dan Sosio- Emosi Dalam Permainan Dalam Mencapai Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 2017 IEEE 9th International Conference on Engineering Education (ICEED) Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf. (2015)

Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya. International Journal of Education and Training (InjET) .1-8

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2017)

Lorita Bide anak Nyawin & Rohaty Mohd Majzub. (2017) Kesan Pendidikan Prasekolah Dalam Kesediaan Sosioemosi Kanak-Kanak Di Tahun 1. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017.

1881-1892

Loy Chee Luen. (2017) Boneka Sebagai Alat Pedagogi Dalam Perkembangan Sosial Dan Emosi Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 6. 45-56

Maguire LK, Niens U, McCann M, Connolly P. (2016) Emotional Development Among Early School-Age Children: Gender Differences In The Role Of Problem Behaviours. Educational Psychology, 36(8). 1408-1428.

Mahzan Bin Arshad, Chee Sook Ching. (2017) Penilaian Semula Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pembacaan Awal. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2017 Special Issue 79-86

Mohd Faizul bin Yusup. (2017) Tahap Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Tingkah Laku Serta Pencapaian Murid Pedalaman. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017. 1675-1685 Mohd Syaubari Othman, Ahmad Yunus Kassim. (2018) Kajian Rintis Bagi Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Menerusi Pendidikan Akidah Sekolah Rendah Di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education. Vol. 2, No. 2 (2018), 55-60

Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

National Association For The Education of young Children. (2018) Preschool Play Plans: Mud- luscious Play. Washington

Pam Gershon & John Pelliteri. (2018) Promoting Emotional Intelligence in Preschool Education : A Review of Programs. International Journal of Emotional Education; 26-41

Pinar aksoy. (2019) Prevention Programs For The Development Of Social-Emotional Learning In Preschool Years. European Journal Of Education Studies. Vol 6

(13)

82

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Rosmah Binti Abd. Ghani & Mariani Md Nor. (2014). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh Guru Prasekolah. Jurnal Peradaban Vol 7 ; 40-68

Saturia bt Amiruddin, Agnis Sombuling, Peter Voo Sui Kiong.(2014) Penilaian Kesediaan Ke Sekolah Kanak-Kanak Dan Pengaruhnya Terhadap Penyesuaian Di Sekolah. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014

Sunny crandell, (2019) Bit By Bit: How One Preschool Increased Its Natureness. The International Journal Of Early Childhood Environmental Education 6(3) :64-77

Suzyliana Mamat. (2016) Tahap Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Remaja Di Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal Sains Sosial Malaysin Jilid 1 2016: 115-136

Tania Gaspar, Ana Cerqueira, Catia Branquiho dan Margarida G. Matos. (2018) The Effect of A Social Emotional School Based Intervention Upon Social And Personal Skills In Children And Adoleescents. Journal Of Education And Learning. Vol 7. No. 6 ; 57-65

Teng Lee Feng & Norzaini Azman, (2017) Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Komitmen Guru Linus Di Daerah Padawan. Seminar Penyeilidikan Pendidikan 2017. 1790-1801

Zaharah Osman.( 2016) Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Menggunakan Lagu Didi & Friends.

Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid . 49-60

Zaleha Damanhuri. (2017) Perkembangan Main Dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal. Jurnal Sains Sosial. 144-155

Zanariah Mat Isa, Kamarul Shukri Mat Teh. (2017) Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak- Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu. Malaysian Online Journal Of Education. Vol. 1, No 1 (2017) 36-44

Zuhaila Binti Ismail. (2015) Kesan Pembelajaran Yang Menyeronokkan Terhadap Kesediaan Belajar Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tujuan kajian pembangunan ini dijalankan adalah untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan teknologi dan gaya pembelajaran pelajar bermasalah pendengaran bagi program

Di samping itu, tindakan guru mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran pelajar ADHD adalah penting bagi mempertingkatkan keupayaan pelajar ADHD untuk belajar di

Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah bagi meneroka pandangan guru terhadap keperluan modul RBT kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek bagi menerapkan

Hal ini merujuk kesungguhan guru dalam menyediakan pengajaran pembelajaran mengikut perubahan semasa. Tujuan kajian ini dijalankan untuk merungkai bagaimana guru

Keperluan pembangunan kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan analisis bagi mengenal pasti komponen – komponen untuk membangunkan model Myflipped dalam persekitaran

Bagi memastikan kanak-kanak memasuki sekolah rendah dengan penguasaan kemahiran sosioemosi yang baik, usaha untuk memupuknya perlu dimulakan di peringkat pendidikan awal

Selain daripada itu peranan guru besar mengenal pasti kualiti guru menyampaikan pembelajaran secara langsung memantau penglibatan murid dalam proses pembelajaran

Kedua-dua ujian ANOVA telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan nilai min bagi semua aspek dalam tahap pengetahuan dan kemahiran pendidikan seksualiti guru prasekolah antara