• Tiada Hasil Ditemukan

ANJUNG R&B BERI KEMUDAHAN UNTUK IBU BERSALIN BEREHAT DAN MENYUSUKAN BAYI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "ANJUNG R&B BERI KEMUDAHAN UNTUK IBU BERSALIN BEREHAT DAN MENYUSUKAN BAYI"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

untitleddfhdf

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan satu kemudahan baharu yang diberi nama Anjung R&B (Rest & Breastfeeding) untuk ibu-ibu bersalin berehat selepas menyusukan bayi mereka yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital USM.

Timbalan Dekan Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Rosline Hassan berkata, dengan adanya Anjung R&B ini, ibu-ibu lebih mudah untuk memerah susu, memberikan susu serta merawat bayi mereka yang sedang dirawat.

“Anjung ini juga merupakan satu inisiatif untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu yang masih berpantang berehat sementara menunggu waktu untuk menyusukan bayi mereka kerana pelbagai kemudahan disediakan antaranya katil pesakit, tandas, bilik solat, pantri dan banyak lagi.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

ANJUNG R&B BERI KEMUDAHAN UNTUK IBU BERSALIN BEREHAT DAN MENYUSUKAN BAYI

17 AUG

(2)

“Seperti yang semua maklum, ibu-ibu yang baru bersalin masih lagi tidak sihat sepenuhnya, namun mereka perlu menyusukan bayi mereka yang dirawat di NICU. Dengan adanya Anjung R&B ini, mereka boleh berehat tidak kira berapa lama kerana ia dibuka setiap masa iaitu 24 jam sehari,” jelasnya.

Tambah Rosline, hanya ibu-ibu yang anaknya dirawat di NICU sahaja boleh menggunakan anjung tersebut bagi mengelakkan ianya disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ibu-ibu yang ingin berehat di Anjung R&B perlulah mendaftar dan mendapatkan kunci dari ketua jururawat yang bertugas di wad NICU terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Rosline merasmikan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang merupakan acara tahunan yang disambut oleh Hospital USM bagi memberi pengiktirafan kepada usaha ibu-ibu untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif dan sehingga umur anak sekurang-kurangnya dua tahun.

Sambutan yang diadakan di Dataran Merah, PPSP USM itu dihadiri kira-kira 200 orang peserta terdiri daripada staf USM, kakitangan pusat kesihatan berhampiran, ibu-bapa dan kanak-kanak diisi dengan pelbagai program antaranya pertandingan mewarna, bercerita, pertandingan keluarga anggun menyusu dan banyak lagi.

Menurut Rosline, tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini ialah

‘Breastfeeding: A Key To Sustainable Development’ atau ‘Penyusuan Ibu: Kunci Perkembangan Kelestarian’ sangat sinonim dengan moto USM iaitu ‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’.

“Tema pada tahun ini mengajak orang ramai menghargai kesejahteraan hidup sejak dari awal kehidupan, bagaimana untuk menghormati antara satu sama lain dan bersama menjaga dunia yang kita kongsi ini.

“Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia ini disambut secara besar-besaran kerana penyusuan ibu adalah cara yang paling berkesan untuk menjimatkan kos dan memperbaiki kehidupan kanak- kanak selain memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi,” katanya lagi.

(3)

Rosline berkata, susu ibu penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat dan menyokong penyusuan ibu merupakan salah satu pelaburan yang bijak, bukan saja memberi kebaikan pada individu, malah juga kepada negara.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

(4)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, 16 Jun 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Lau Jiun Sien, 24, mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

USM, PULAU PINANG, 17 April 2016 – Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menganjurkan Festival ‘Research & Innovation Towards Integration and

KUBANG KERIAN, 17 September 2016 - Persatuan Rakan Masjid, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dan Bahagian Penyelidikan, Jabatan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia

KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2016 - Kampus Kesihatan sekali lagi menjulang nama Universiti Sains Malaysia (USM) apabila merangkul enam Anugerah Emas dalam Konvensyen

KUBANG  KERIAN,  KELANTAN,  25  July  2016  ­  The  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  School  of 

KUBANG  KERIAN,  KELANTAN,  11  September  2016  –  The  School  of  Medical  Sciences  (PPSP),  Health Campus,  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  recently  launched