• Tiada Hasil Ditemukan

2.2 Pensyariatan Ibadah Zakat Dan Zakat Perniagaan

2.2.2 Kewajipan Zakat Perniagaan

Kewajipan membayar zakat perniagaan adalah sesuatu yang disepakati sejak daripada zaman Rasulullah SAW14 berdasarkan kepada dalil ayat suci al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Nas yang menjadi asas kepada kewajipan membayar zakat perniagaan adalah sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Wahai orang yang beriman, nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”15 Imam Tabari, Imam Jasyasy, Imam Abu Bakr A’rabi, Hasan dan Mujahid mentafsirkan istilah “hasil usaha yang baik-baik” di atas adalah merujuk kepada kekayaan diperoleh melalui hasil perdagangan.16

12 Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh, 734.

13 Ibid.

14 Sayyid Jamili, Fiqh az-zakah was Siyam lil Imam Ibn Taimiyyah (Beirut: Darul Fikr Arabiy, 1996), 18;

15 Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, 45, Surah al-Baqarah (2) ayat 267.

16 Yusuf al-Qaradawi, Fiqh az-Zakah Jilid 1, 341.

University

of Malaya

33

Nas dalam bentuk hadis adalah sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud iaitu dari Samrah bin Jundub berkata, “Rasulullah SAW menyuruh kami untuk mengeluarkan zakat dari segala sesuatu yang kami persiapkan untuk dijual.”17 Selain itu, Saidina Umar bin Khattab (r.a) mengambil zakat dari harta perniagaan, dan tidak seorang pun sahabat yang menolaknya. Pandangan seperti ini turut diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Umar bin Abdul Aziz dan para ulama tabiin juga telah bersepakat dalam hal ini.

18

Zakat perniagaan atau dagangan berasal daripada kalimah al-a’rud (ضورعل ا ( iaitu istilah jamak kepada a’radun (ضراع). Ia bermaksud “barang dalam dunia” selain emas dan perak sama ada ianya barang perhiasan, harta tidak alih, binatang, tanaman, pakaian dan sebagainya yang disediakan untuk perniagaan. Harta tidak alih yang disediakan oleh tuannya untuk berjual beli hukumnya sama seperti barang perniagaan. Ia wajib dikeluarkan zakat sebagai barang perniagaan. Manakala harta tidak alih yang didiami sendiri oleh tuannya atau dijadikan tempat kerjanya seperti tempat berniaga dan perusahaannya maka ia tidak dikenakan zakat19.

Imam Shafie meletakkan enam syarat ke atas harta yang dikenakan zakat perniagaan sebagaimana berikut:-

a. Hendaklah barang perniagaan itu dimiliki dengan cara tukaran seperti jual beli dan bukan dengan cara lain.

b. Hendaklah diniatkan yang barang itu untuk perniagaan semasa dilakukan kontrak jual beli.

c. Jangan harta tersebut untuk kegunaan sendiri

17 Abu Da'ud Sulayman ibn al-Ash`ath al-Sijistan dan Abd al-Hamid Muhammad Muhyi al-Din, Sunan Abu Daud (Beirut: Darul Fikr,tt ) 2: 95. Hadis no. 1562.

18 Yusuf al-Qaradawi, Fiqh az-Zakah Jilid 1., 344-345.

19 Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh, 787.

University

of Malaya

34

d. Cukup haul dari tarikh beli

e. Jangan seluruh harta itu menjadi wang sedangkan harta tersebut tidak cukup nisab.

f. Hendaklah nilai barangan mencapai nisab pada akhir haul.20 2.2.3 Kewajipan Berzakat Oleh Entiti Perniagaan

Isu kewajipan pembayaran zakat dari kaca mata Syariah adalah jelas jika melibatkan kewajipan individu atau entiti perseorangan (individual entity/ syakhsiyyah ‘adiyah). Walau bagaimana dalam konteks syarikat perkara ini menjadi lebih rumit kerana syarikat dikategorikan sebagai syakhsiyyah i‘itibariah atau legal entity kerana institusi korporat (termasuk PLC) tidak mempunyai ciri-ciri individu secara total.21

Oleh itu, terdapat banyak perbincangan mengenai kewajipan zakat oleh PLC kerana hukum yang jelas adalah zakat hanya dikenakan atas individu sedangkan syarikat tersenarai awam bukan individu tetapi adalah satu entiti perundangan (legal entity) atau boleh juga dikenali dengan syakhsiyyah i‘itibariyyah. Dalam erti kata lain, ibadah zakat dikenakan ke atas orang Islam sedangkan PLC adalah entiti yang tidak mempunyai status agama.22

Walau bagaimanapun Jawatankuasa Fatwa melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut23:

20 Ibid., 788.

21 Aznan Hasan, “Zakat on Shakhsiyyah i‘itibariah (Legal Entity)”, 1.

22 The New Straits Times, “Zakat Not for Companies, Says Tun Abdul Hamid” laman sesawang The New Straits Times, dicapai 21 Disember 2013. http://www.nst.com.my/latest/zakat-not-for-companies-says-tun-abdul-hamid-1.313162#ixzz2o91lAnhr.

23 e-fatwa, “Zakat ke Atas Syarikat” laman sesawang e-fatwa dikemaskini 20 Disember 2013, dicapai 21 Disember 2013, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/zakat-ke-atas-syarikat.

University

of Malaya

35

a. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam.

b. Perniagaan dimiliki oleh orang Islam yang merdeka.

c. Sempurna milik.

d. Cukup nisab.

e. Cukup haul (genap setahun qamariah/ 354.3hari) f. Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.

“Syarikat yang dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang Islam sahaja….”24. Asas kepada pengenaan zakat ini adalah bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW iaitu:

ةقدصلا ةفاخم عمتجم نيب قرفي لا قرفتم نيب عمجي لاو

Terjemahan: “ Dan tidak terhimpun antara yang terpisah dan tidak terpisah antara yang terhimpun kerana takut bersedekah (zakat)”25

Berdasarkan hadis ini dapat disimpulkan bahawa beberapa individu yang berada dalam satu syarikat atau perkumpulan maka dianggap satu tanpa dipisah-pisahkan antara satu sama lain. Apabila sebuah syarikat ditubuhkan dengan niat untuk menjalankan perniagaan sama ada syarikat perkhidmatan, syarikat guaman, perhotelan, runding cara, perubatan, rekreasi, cari gali dan sebagainya, maka syarikat tersebut dianggap syarikat perniagaan yang dikenakan zakat perniagaan.

Menurut perbahasan fikah khultah terbahagi kepada dua iaitu:-

24 Ibid.

25 Abu Da'ud Sulayman ibn al-Ash`ath al-Sijistan dan Abd al-Hamid Muhammad Muhyi al-Din, .Sunan Abu Daud (Beirut: Darul Fikr,tt ) 2: 99. Hadis no. 1571 ; Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih Bukhari, Jilid 4. no. hadis 1382, Terj Syed Ahmad Semait (Kuala Lumpur: Pustaka Nasional, 2006), 1812.

University

of Malaya

36

a. Khultah asy-syyu’ iaitu berlaku percampuran yang menyebabkan tidak dapat dibezakan milikan masing-masing

b. Khultah al-jiwar iaitu berlaku percampuran pemilikan yang masih dapat dibezakan pemilikan masing-masing.26

Menurut Muhammad Taqi Usmani (1998) pengiraan zakat oleh syarikat menggunakan prinsip khultah asy-syyu’ di mana percampuran pemilikan adalah tidak dapat dibezakan.Dalam konteks ini kewajipan berzakat tidak dikenakan atas individu perseorangan tetapi individu perundangan (judicial person). Individu perseorangan tidak dipertanggungjawabkan secara langsung di dalam hal ini tetapi perkongsian pegangan (joint stock). Ini bermakna perkongsian pegangan dikira sebagai entiti terpisah dan tanggung jawab menunaikan zakat dipindahkan kepada entiti yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan individu perundangan walaupun tidak sama sepenuhnya.27

Walaupun pemilikan salah seorang tidak mencukupi nisab, nilai yang diambil adalah nilai terkumpul kerana kewajipan zakat dikenakan bukan atas tanggungjawab seseorang individu tetapi atas perkongsian harta yang kini dikira sebagai satu entiti.28 Adalah menjadi kewajipan syarikat perniagaan mengeluarkan zakat bagi pihak pemiliknya dan sekiranya syarikat tersebut tidak mengeluarkan zakat, maka pemiliknya hendaklah mengeluarkan zakat secara persendirian. Syarikat perkongsian antara orang Islam dan bukan Islam, maka zakat hanya dikeluarkan berdasarkan saham milik orang Islam sahaja.29

Malik M. Hafeez membuat kesimpulan di dalam kajiannya bahawa maksud perkataan

“seseorang” (person) adalah digunakan kebiasaannya untuk individu manusia tetapi di dalam

26 Panduan Zakat Perniagaan (Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor, 2008), 29.

27Muhammad Taqi Usmani, An Introduction to Islamic Finance (Karachi: Idaratul Ma'arif, 1998), 157.

28 Ibid., 156-157.

29 e-fatwa, “Zakat ke Atas Syarikat” laman sesawang e-fatwa dikemaskini 20 Disember 2013, dicapai 21 Disember 2013, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/zakat-ke-atas-syarikat.

University

of Malaya

37

konteks perundangan ia mempunyai istilah teknikal yang membawa maksud hak dan kewajipan. Undang-undang mengiktiraf status “individu perundangan” (legal person) sebagai entititi yang sah seperti sesebuah syarikat. Walaupun individu perundangan ini mungkin merupakan individu perundangan yang bukan asli (artificial juristic person), tetapi ia boleh menerima pertanggungjawaban seperti memiliki harta dan menjalankan perniagaan sama seperti individu perseorangan yang sebenar. Institusi Baitulmal, wakaf dan masjid merupakan contoh pengiktirafan Islam terhadap entiti perundangan ini.30

Namun begitu, Abdul Hamid Mohamad31 berpandangan bahawa fatwa yang mewajibkan syarikat membayar zakat adalah bercanggah dengan undang-undang kerana perlembagaan mengatakan bahawa agama hanya berkait dengan individu dan tidak sama sekali kepada syarikat. Untuk mengenakan tanggungjawab perundangan (legal obligation) terhadap syarikat untuk membayar zakat bagi pihak pemilik atau pemegang saham bermakna ia meletakkan kewajipan membayar zakat adalah lebih tinggi kepada syarikat berbanding orang perorangan. Selain itu, menurut Hamid syarikat adalah di luar bidang kuasa negeri (Dewang Undangan Negeri) dan ia juga di luar skop Mahkamah Syariah. Oleh itu, menurut beliau walaupun sesuatu fatwa itu telah digazetkan tetapi ia tidak boleh dikuatkuasakan ke atas syarikat.32

Namun begitu, dari segi syarak kewajipan membayar zakat adalah jelas33 tetapi berdasarkan kepada undang-undang manusia ianya sukar untuk dikuatkuasakan sebagaimana pandangan Abdul Hamid Mohamad.

30 Malik M. Hafeez, “An Analysis of Corporate Entity and Limited Liability in Islamic and Western Perspectives of Corporate Governance”, International Journal of Business, Economics and Law 2, no. 3 (2013), 104-107.

31 Abdul Hamid Mohamad juga dikenali Tun Hamid merupakan mantan Ketua Hakim Negara.

32Abdul Hamid Mohamad dan Adnan Trakic, “Critical Appraisal of the Companies’ Obligations To Pay Zakat in the Malaysian Context”, International Company And Commercial Law Review 10 (2013), 491.

33 Berita Harian, “Pemilik Saham Islam Wajib Bayar Zakat” Laman sesawang Berita Harian dicapai 26

Disember 2013

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PemiliksahamIslamwajibbayarzakat/Article/index_html. Berita

University

of Malaya

38