• Tiada Hasil Ditemukan

Model Kecerdasan Emosi Salovey dan Mayer (1990)

In document KECERDASAN EMOSI DALAM NOVEL REMAJA (halaman 94-104)

KERANGKA TEORITIS

2.5 Teori Kecerdasan Emosi

2.5.1 Model Kecerdasan Emosi Salovey dan Mayer (1990)

Salovey dan Mayer (1990) telah membangunkan model EQ yang dikenali sebagai Four Branch Model bagi menjelaskan konsep kecerdasan emosi (EQ). Dalam model ini, kecerdasan emosi dipecahkan kepada empat peringkat proses yang merangkumi pembentukan emosi sehingga menguruskan emosi. Individu mula memikirkan bentuk emosinya seperti sedih, gembira atau takut pada satu-satu masa. Selain itu, dalam peringkat yang sama juga, individu turut memikirkan perkara yang berkemungkinan berlaku dalam emosi orang lain. Peringkat ini berlaku apabila wujudnya perkara yang merangsang emosi untuk menanggapinya. Mayer et al (1999) menambah bahawa tahap kecerdasan emosi akan lebih tinggi apabila umur meningkat dan pengalaman bertambah. Manakala dalam buku seterusnya, Mayer dan Salovey (2007:35), memberi takrif kecerdasan emosi seperti berikut:

“melibatkan kebolehan untuk memahami, menilai, dan memperlihatkan emosi secara tepat; kebolehan untuk mengadakan atau menghasilkan perasaan-perasaan untuk mempermudahkan pemikiran; kebolehan untuk memahami emosi-emosi dan pengetahuan tentang emosi; dan kebolehan untuk mengawal emosi-emosi untuk menggalakkan pembangunan emosi dan intelek.”

Definisi ini hanya memberi penekanan terhadap mengesan, memahami dan mengawal emosi-emosi, sedangkan yang terbaharu ini juga melibatkan pemikiran tentang pelbagai perasaan. Definisi terkini Mayer & Salovey dibentangkan dalam bentuk grafik dalam rajah 2.2 yang telah menyusun kemahiran-kemahiran itu dalam susunan dari proses psikologi yang paling asas sehingga ke tahap proses integrasi psikologi tinggi. Keempat-empat cabang itu ialah peraturan refleksi emosi untuk menggalakan pertumbuhan emosi dan intelek, memahami dan menganalisa emosi;

menggunakan pengetahuan emosi, pemudahan pemikiran oleh emosi, dan persepsi, penilaian dan penyataan emosi. (Rujuk Rajah 2.2).

84

2. Kebolehan untuk melibatkan emosi atau tidak dalam sesuatu perkara bergantung kepada keadaan sama ada ia sekadar untuk maklumat atau keperluan

3. Kebolehan untuk mengawal emosi bergantung kepada hubungan dengan diri dan orang lain – sejauh mana telus, biasa, penting, atau warasnya hubungan-hubungan itu

2. Kebolehan mentafsir makna yang dipamerkan oleh emosi benci, atau gabungan perasaan seperti kekaguman iaitu rasa kegerunan dan terkejut

Peraturan refleksi emosi untuk menggalakkan pertumbuhan emosi dan intelek

Memahami & menganalisa emosi: menggunakan pengetahuan emosi

Pemudahan pemikiran oleh emosi seni, dalam bahasa-bahasa yang digunakan, bunyi, penampilan

Rajah 2.2: Kecerdasan Emosi – Model Mayer & Salovey

(Sumber: Salovey. P., Brackett. M.A.. & Mayer. J.D. (ed.). 2007. Emotional Intelligence:Key

2.5.1.1 Konstruk Kecerdasan emosi Mayer & Salovey i. Persepsi, penilaian dan penyataan emosi:

Tahap terendah cabang proses psikologi ini melibatkan kebolehan individu untuk mengenal pasti emosi dan makna emosi itu secara tepat. Bayi dan kanak-kanak belajar untuk mengenalpasti keadaan emosi diri masing-masing dan orang lain, dan membeza-bezakan antara pelbagai jenis emosi ini. Bayi belajar keadaan emosi dari mimik muka ibu bapa mereka dan bertindak balas terhadap emosi yang dilihatnya itu. Apabila dia semakin meningkat usianya, dia akan mampu mengenalipasti deria-deria lahiriah dan tindakbalas fizikalnya, dan persekitaran sosialnya (kotak 1). Seorang dewasa mampu mengawal perasaan-perasaan terpendamnya. Sekiranya seseorang dewasa yang sedang berjaga lewat malam tentang yang yang sedang dialaminya, jawapannya mungkin dia merasakan dirinya masih bertenaga, agak kelesuan, dan bimbang sama ada pemikirannya masih tajam atau tidak.

Perasaan bukan sahaja boleh dikenal pasti dalam diri sendiri, tetapi juga orang lain. Seorang kanak-kanak boleh mengesan perasaan dalam dirinya, orang lain dan juga benda-benda yang tidak bernyawa secara imaginasi. Dia akan mengaitkan pengalaman peribadinya kepada keadaan orang lain yang mengalami perasaan yang serupa dan membuat andaian akan keadaan emosi orang, binatang atau benda itu, contohnya kehadiran perasaan kebimbangan (kotak 2). Seseorang individu yang telah menjadi matang secara sesuai dan bertepatan, dia mampu menilai emosi di mana-mana sahaja emosi itu dipamerkan – di dalam diri orang lain, dalam seni bina, dalam hasil karya-karya seni halus dan sebagainya. Individu itu juga mampu untuk memperlihatkan perasaannya secara tepat di samping kehendak yang mendorong penampilan perasaan itu (kotak 3). Oleh sebab individu-individu yang mempunyai kecerdasan emosi mengetahui tentang penampilan emosi dan kesan-kesan penampilan itu, mereka juga

peka terhadap penampilan emosi yang palsu atau emosi yang dimanipulasikan. (kotak 4).

ii. Pemudahan pemikiran oleh emosi:

Cabang proses psikologi ini berkaitan dengan emosi yang mempengaruhi kecerdasan:

menghuraikan peristiwa-peristiwa berkaitan emosi yang membantu dalam pemprosesan intelek. Emosi bertindak sebagai sistem pemberitahuan sejak kelahiran seseorang individu itu, contohnya, seorang bayi menangis apabila kelaparan atau dahaga dan akan tersenyum apabila dibelai. Apabila individu itu semakin matang, emosi mula membentuk dan menambahbaik pemikiran dengan mengarah perhatian individu itu kepada perubahan-perubahan penting. Seseorang itu akan mengutamakan sesuatu tugas penting yang perlu diselesaikan (walaupun membosankan) berbanding melakukan sesuatu yang sekadar untuk keseronokan sahaja (kotak 1). Sumbangan kedua emosi kepada pemikiran adalah penghasilan emosi “apabila diperlukan” supaya apa yang difikirkan itu lebih jelas untuk difahami. Terdapat suatu pentas pemerosesan dalam ruang pemikiran di mana emosi dihasilkan, dimanipulasi, dan dinilaikan agar ia lebih mudah difahami. Semakin berkesan pentas pemerosesan ini berfungsi, semakin mudah emosimembantu individu itu untuk membuat pilihan tepat terhadap pelbagai pilihan yang terdapat di dalam kehidupannya (kotak 2).

Emosi mungkin mampu membantu seseorang individu itu untuk memilih pelbagai perspektif dalam kehidupannya. Pilihan untuk mengingat kembali sesuatu kenangan lalu memerlukan penilaian kepada keadaan pemikiran yang sedia ada;

kenangan yang menggembirakan memerlukan perasaan yang gembira dan akan membawa kepada pemikiran yang optimistik; sedangkan perasaan yang tidak gembira menghasilkan pemikiran yang pesimistik. Keadaan perasaan yang berubah-ubah

membawa kepada penghasilan pelbagai perspektif untuk sesuatu keadaan atau peristiwa, memberi peluang kepada individu itu untuk melihat pemasalahannya dari pelbagai perspektif (kotak 3). Kebolehan keempat yang berkaitan rapat dengan cabang proses psikologi ini ialah pekerjaan yang berbeza-beza dan pemikiran yang berbeza-beza (contohnya; deduktif berbanding induktif) mungkin dipermudahkan oleh pelbagai jenis perasaan (atau mood) yang berbeza-beza (kotak 4).

iii. Memahami dan menganalisa emosi: menggunakan pengetahuan emosi Cabang proses psikologi yang ketiga berkaitan dengan kebolehan untuk memahami emosi-emosi dan menggunakan pengetahuan tentang emosi-emosi itu. Selepas sahaja dilahirkan seorang bayi itu mula mengenali, melabelkan dan memahami hubungan-hubungan antara pelbagai jenis emosi. Bayi mula mengenali persamaan dan perbezaan antara pelbagai jenis emosi kerana kebanyakan emosi terbentuk atas satu jalur kesinambungan tahap intensiti, contohnya, menyukai dan mencintai; jengkel dan marah;

dan sebagainya (kotak 1). Apabila kanak-kanak itu semakin membesar, dia akan belajar tentang makna setiap perasaan dan hubungkaitnya terhadap hubungan dengan orang lain. Dia juga belajar membuat pertimbangan emosi dengan mengaitkan situasi-situasi dengan emosi-emosi. Pengetahuan tentang emosi bermula di zaman kanak-kanak dan berterusan sepanjang hayat (kotak 2).

Individu yang semakin matang pula mula mengetahui tentang kewujudan emosi-emosi yang lebih kompleks dan bertentangan dalam sesuatu situasi. Seseorang itu mula memahami perasaan menyayangi dan membenci seseorang itu serentak, contohnya, emosi kekaguman itu adalah gabungan emosi kegerunan dan emosi kejutan (kotak 3).

Emosi sering berlaku dalam rentetan yang tertentu, seperti kemarahan boleh menjadi keberangan, ditunjukkan, kemudian menjadi suatu kepuasan atau penyesalan,

bergantung kepada keadaan. Individu itu mula mempertimbangkan tentang kesan-kesan emosi; seorang individu yang merasakan dirinya terpinggir mungkin akan menolak perhatian orang lain pada masa-masa yang akan datang kerana takut akan dilukai lagi.

Pertimbangan atau penilaian terhadap kemaraan perasaan dalam hubungan-hubungan interpersonal adalah tonggak kepada kecerdasan emosi (kotak 4).

iv. Peraturan refleksi emosi untuk menggalakkan pertumbuhan emosi dan intelek:

Cabang proses psikologi tertinggi dalam Rajah 2.2 berkaitan dengan kawalan emosi secara sedar untuk pertumbuhan emosi dan intelek. Reaksi-reaksi emosi harus ditoleransi, malah dialu-alukan tanpa mengira sama ada emosi-emosi yang ditunjukkan itu menyeronokkan atau sebaliknya. Sekiranya seseorang individu itu menghadapi pelbagai jenis perasaan baharulah dia mampu belajar daripada pengalaman itu. Oleh itu, cabang tertinggi proses psikologi ini didahului oleh keterbukaan atau kebolehan untuk menerima pelbagai jenis perasaan (kotak 1). Bertambahnya kematangan individu itu membawa kepada kesedaran bahawa emosi boleh dipisahkan daripada tingkahlaku.

Oleh itu, dia mampu untuk mempamerkan atau menyorokkan emosinya mengikut keadaan. Seseorang inividu yang matang emosinya mampu berfikiran tenang dan mempunyai pertimbangan yang waras walaupun dalam keadaan yang amat getir.

Kemudiannya, pengajaran dan pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman itu membolehkannya untuk memotivasikan dirinya atau memanipulasikan keadaan kepada kehendaknya (kotak 2).

Semakin seseorang individu itu meningkat matang, semakin seseorang itu memahami bahawa terdapat emosi dan perasaan yang mencerminkan pelbagai pengalaman yang sering berulangan. Dia sering tidak memahami kenapa dia bertindak

secara tertentu dalam keadaan yang tertentu tetapi tindak balas meta-perasaan tetap akan berlaku kerana ia adalah refleksi meta-emosi secara sedar. Meta-pengalaman perasaan terbahagi kepada dua jenis iaitu meta-penilaian dan meta-kawalan. Penilaian termasuk betapa berat penekanan individu itu terhadap perasaannya, dan betapa jelas, biasa, diterima, atau berpengaruh perasaan itu (kotak 3), sedangkan kawalan melibatkan sama ada individu itu berusaha untuk membetulkan perasaannya yang tidak baik, mengurangkan tahap keriangan melampau, ataupun membiarkan perasaan itu begitu sahaja. Meta-pengalaman perasaan ini dilihat mempunyai kaitan rapat dengan peristiwa-peristiwa penting, seperti berapa lama individu itu mengenangkan sesuatu pengalaman yang amat pahit. Perihal meta-pengalaman ini masih belum banyak lagi difahami namun semakin banyak kajian telah dibuat mengenai kejadian dan ciri-cirinya. Satu perkara yang amat penting diperhatikan mengenainya ialah emosi-emosi difahami tanpa perlu membesar-besar atau mengecil-ngecilkan kepentingnya (kotak 4).

Weisenger (1998) dan Mayer, Salovey dan Caruso (dalam Bar-On & Parker 2000) menyatakan bahawa setiap faktor di atas mewakili keupayaan tertentu dan membentuk kecerdasan emosi apabila digabungkan. Faktor ini tersusun dalam bentuk hierakikal iaitu faktor yang berada di atas adalah gabungan faktor-faktor di bawah.

Mayer et al. (2000) dan Weisenger (1998) membicarakan empat faktor tersebut seperti yang berikut.

a. Kebolehan membuat persepsi berkaitan emosi

Kebolehan ini menggambarkan bahawa keupayaan seseorang menerima, menilai dan mempamerkan emosi dengan efektif (emotional perception).

Persepsi emosi ini adalah langkah pertama dalam kecerdasan emosi seseorang individu. Individu yang dapat melihat riak wajah seseorang

yang sedang berduka akan lebih memahami emosi dan pemikiran orang tersebut berbanding individu yang tidak melihatnya.

ii. Pemikiran bersandarkan emosi

Kebolehan ini menggambarkan bahawa keupayaan seseorang memahami diri sendiri dan orang lain serta menunjukkan perasaan memahami diri sendiri dan orang lain serta menunjukkan perasaan mengikut situasi (emotional facilitation of thought). Komponen kedua ini melibatkan integrasi emosi dengan kognitif dalam membentuk pemikiran. Emosi boleh mempengaruhi kognitif dalam membentuk sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza sama ada negatif atau positif. Ini boleh mendorong seseorang individu untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Pada peringkat ini, individu menggunakan emosi sebagai alasan dan sebab ke atas pemikiran berkenaan sesuatu. Kemudian, individu mula mengaitkan kesesuaian emosinya dengan situasi yang dialaminya.

iii. Memahami emosi

Kebolehan ini menggambarkan keupayaan seseorang mentafsir sesuatu emosi serta maklumat yang diterima (understanding of emotion). Apabila telah dikenal pasti, barulah seseorang undividu itu dapat memahami pelbagai jenis emosi (Makna-makna emosi, perkembangan emosi dan bagaimana emosi-emosi bergabung antara satu dengan yang lain) mampu memahami tabii manusia dan hubungan antara individu. Pada peringkat ini, individu mula memikirkan situasi emosinya dan orang lain yang beremosi sedemikian. Pada peringkat ini juga, tahap empati memainkan

peranan penting. Individu mula bersimulasi dengan meletakkan dirinya dalam diri orang lain bagi memahami emosi yang dialami oleh orang tersebut.

iv. Mengurus emosi

Kebolehan ini menggambarkan keupayaan seseorang mengawal emosi dalam meningkatkan perkembangan emosi dan intelek. Selepas membuat persepsi emosi tepat, mengintergrasikan emosi dan kognitif dan kemudian memahami emosi barulah emosi kendiri dapat dikawal.

Kebolehan mengawal emosi ini adalah luwes bergantung kepada pandangan individu itu sendiri tentang perkara yang terbaik untuk dirinya. Hal ini bergantung kepada faktor dan situasi yang sentiasa berubah. Hal yang penting ialah memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat sesuai dengan emosi serta logik bagi mendapatkan hasil.

Gambar rajah di bawah menunjukkan Model Kecerdasan Emosi yang dihasilkan oleh Mayer dan Salovey (1990).

Rajah 2.3: Model Four Branch (Salovey.P,Brackett. M.A & Mayer. J.D., 2007) 1. Mengenal pasti Emosi

Kebolehan mengetahui dan mengiktiraf persekitaran perasaan.

4. Mengurus Emosi

Kemampuan mengurus emosi diri serta orang lain.

3. Memahami emosi

Kemampuan memahami emosi yang kompleks dan rantaian emosi serta perubahan emosi pada setiap masa

2. Menggunakan emosi

Kemahiran untuk membina emosi, kemudian menjadikannya alasan untuk sesuatu pemikiran.

Menurut Mayer dan Salovey (1990), Kecerdasan emosi memainkan peranan penting dalam mengaktifkan tingkah laku sama ada tingkah laku sosial ataupun di tempat kerja. Selain itu, kecerdasan emosi juga memberi motivasi, mengelola, dan mengarah kepada perubahan tingkah laku. Keadaan emosi positif dan negatif dapat mempengaruhi tingkah laku individu sama ada membawa kejayaan ataupun menghalang kejayaan dalam proses kognitif dan proses membuat keputusan.

In document KECERDASAN EMOSI DALAM NOVEL REMAJA (halaman 94-104)